TERKINI :

Sunday, January 17, 2016

Adenan beri bayangan PRN Sarawak Mac ini

undi
KUCHING - Sarawak akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) ‎selepas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem membayangkan beberapa kali bahawa ia akan diadakan pada Mac ini.

Bagaimanapun isu politik yang membelenggu dua parti komponen BN - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan dua parti baharu 'mesra BN' - Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) - masih belum diselesaikan.

Krisis dalaman membabitkan kedua-dua parti itu membawa kepada penubuhan UPP bagi SUPP dan Teras bagi SPDP.

Soalan popular yang ditanya kalangan rakyat Sarawak ialah bila dan adakah kedua-dua parti, UPP dan Teras akan diterima menyertai BN. Jika mereka tidak diterima apakah peranan kedua-dua parti itu dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang, yang penggalnya tamat pada 20 Jun 2016.

Semua mata kini tertumpu kepada Adenan bagaimana beliau yang juga Pengerusi BN Sarawak akan menyelesaikan perkara itu tetapi Adenan berkata beliau akan membuat keputusan apabila tiba masanya selepas beliau memberi peluang yang cukup kepada pemimpin keempat-empat parti menyelesaikan perkara itu.

Soalan lain yang diaju, jika UPP dan Teras diterima ke dalam BN adakah SUPP dan SPDP bersedia bertolak ansur dalam pembahagian kerusi

Juga menjadi spekulasi, siapa yang akan mendapat 11 kerusi baharu, atau lebih tepat enam kerusi kerana Adenan telah menyatakan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dipimpinnya akan mendapat lima daripada 11 kerusi berkenaan.

Kerusi dan calon yang melobi telah semakin kuat di akar umbi, terutama di kawasan kerusi baharu serta kerusi yang menjadi pertikaian antara SUPP dan UPP, serta antara SPDP dan Teras.

Kedua-dua pemimpin SUPP dan SPDP telah menyatakan secara terbuka dan berulang kali mereka tidak akan bersetuju dengan penerimaan UPP dan Teras serta menegaskan kedua-dua parti itu tidak akan memberi mana-mana kerusi mereka kepada kedua-dua lawannya itu.

UPP diketuai bekas Timbalan Setiausaha Agung SUPP Datuk Seri Wong Soon Kohdan turut dianggotai empat Adun manakala Teras pula yang diterajui bekas P residen SPDP Tan Sri William Mawan Ikom mempunyai lima Adun.Kerusi Dun meningkat kepada 82 daripada 71. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...