TERKINI :

Wednesday, January 13, 2016

Adakah PINDAAN AKTA355 boleh merialisasikan Perlaksanaan HUDUD di Kelantan?

ADAKAH PINDAAN AKTA 355 BOLEH MEREALISASIKAN PELAKSANAAN HUDUD DI KELANTAN?


Hampir 2 thn lepas iaitu pd 25 Mei 2014, ambo telah tulis satu status fb menyatakan cadangan pindaan Akta 355 bukanlah laluan sebenar kpd pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan telah membayangkan kesukarannya untuk mendapat kelulusan di Parlimen. Kelmarin seorang sahabat fb ambo Tok Akie telah mencongkeh balik nostalgia ini.

Jika benar spt yg didakwa, Kerajaan Pusat telah memberi laluan kpd Kerajaan Kelantan, dan pemimpin Pas Kelantan pasca TGNA cukup yakin dgn lampu hijau yg telah dinyalakan, ambo tetap masih yakin laluan yg dipilih menggunakan pindaan Akta 355 melalui RUU Persendirian (private members bill) adalah " jalan mati" yg sengaja dibuka oleh UMNO utk "menyesatkan" Pas.

Jika pindaan Akta 355 ini diluluskan oleh Parlimen sekalipun, Kerajaan Kelantan masih perlu melepasi banyak halangan lagi, bahkan halangan yg menunggu, lebih sukar dan lebih mencabar drp usaha mendapat kelulusan meminda Akta 355, antaranya ialah;

I. Meminda Senarai II, Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kpd Kerajaan Negeri dlm perkara2 berkaitan jenayah hudud dan qisas kerana buat masa ini semua perkara berkaitan jenayah diletakkan dlm Senarai I, Perlembagaan Persekutuan yg menjadi kuasa Kerajaan Pusat. Pindaan ini perlu bagi membolehkan DUN Kelantan mempunyai kuasa yg sah di segi Perlembagaan untuk menggubal dan meluluskan enakmen KJS II ( 1993) 2015.

II. Meminda semula Perenggan 1, Seksyen 2 Akta 355 berkaitan bidangkuasa jenayah kerana cadangan pindaan yg dikemukakan melalui RUU Persendirian MP Marang hanyalah berkaitan kuasa hukuman yg disebut dlm perenggan 2, Seksyen 2 Akta yg sama.

III. Menubuhkan Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas dgn melantik sekurang2nya 8 orang hakim yg terdiri drp 5 orang hakim syarei yg setaraf dgn mufti/qadhi besar dan 3 orang hakim sivil yg setaraf dgn Hakim Mahkamah Tinggi spt yg diperuntukkan dlm Sek 63, 66 dan 67, KJS II ( 1993) 2015.

IV. Menyusun semua Unit Penguatkuasa dan Penyiasatan JHEIK dan Jabatan Pendakwa Syarei Negeri Kelantan dgn pertambahan tugas baru berkaitan kesalahan2 hudud dan qisas yg sblm ini diurus oleh PDRM dan Pendakwa Raya/Peguam Negara.

Ambo melihat Kerajaan Kelantan akan menghadapi kesukaran utk memenuhi semua prasarana dan persiapan yg diperlukan. Laluan ini menjadi semakin sukar dan berliku wpun lampu hijau telah dinyalakan, bila Akta 355 yg sepatutnya dibawa ke Parlimen untuk pindaan dilakukan oleh pihak Kerajaan, namun diserah kpd Pas untuk dikemukakan sbg bill persendirian, satu perkara yg tak pernah berlaku dlm sejarah perundangan negara.

Jika Kerajaan Pusat benar2 ingin merealisasikan hasrat Kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud dan qisas di Kelantan, Kedua dua pihak melalui Jkuasa Teknikal Bersama yg telah ditubuhkan sepatutnya meminda KANUN KESIKSAAAN dgn memasukkan hukuman mengikut hukum syarak dlm semua kesalahan berkaitan hudud dan qisas yg telah diperuntukkan dlm Kanun tersebut.

Jika ini dapat dilakukan, kita tidak perlu meminda Perlembagaan Persekutuan dan juga Akta 355 kerana semua kesalahan hudud dan qisas boleh terus dibicarakan dgn menggunakan mekanisma yg sedia ada, iaitu Peguam Negara merujuk kes ini ke Mahkamah Tinggi dan hakim bicara boleh menjatuhkan hukuman mengikut hukum hudud dan qisas bagi kesalahan2 tersebut.

Kerajaan Pusat hanya perlu menyelaraskan pelaksanaannya dgn Kerajaan Negeri secara guna sama pegawai2 di Mahkamah Syariah Kelantan, Jabatan Pendakwa Syarei dan JHEIK. Kes2 hudud dan qisas akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu dgn Pendakwa Raya Persekutuan akan bertindak sbg Pegawai Pendakwa dan Polis Draja Msia akan bertindak sbg Pegawai Penyiasat. Pegawai2 Agama Kerajaan Kelantan (PTU dan Pegawai Kehakiman Syarei) boleh dipinjamkan atau bergerak bersama dgn institusi dari Persekutuan tersebut.

Che Ibrahim Mohamed
Naib Pengerusi,
Parti Amanah Negara ( Amanah)
Negeri Kelantan

13 januari 2016

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...