TERKINI :

Sunday, January 17, 2016

68 terima pingat sempena Hari Keputeraan ke 88 Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini.


Hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan Datuk Aziah Ali mengetuai senarai 68 penerima darjah dan bintang kebesaran negeri bersempena Hari Keputeraan ke-88 Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini.

Beliau bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Othman Mahmood menerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyampaikan darjah berkenaan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, dekat Alor Setar.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan menerima darjah Datuk Paduka Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa gelaran Datuk bersama 3 penerima lain.

Tiga penerima darjah berkenaan ialah Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Kedah Syeikh Abdul Rahman Abdullah, Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War (KLFCW) Prof Salleh Buang.

Sebanyak 45 orang pula menerima Darjah Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka termasuk Pengarah Pendidikan Negeri Datin Azuyah Hassan dan 2 anggota exco kerajaan negeri Kedah, Aminuddin Omar dan Datuk Mohd Tajuddin Abdullah. – Bernama, 17 Januari, 2016.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...