TERKINI :

Saturday, January 2, 2016

1MDB melakukan pengkhianatan kepada rakyat Malaysia kerana menjual tanah kepada syarikat asing.

Penyelesaian hutang 1MDB menjijikkan – Khairuddin

Khairuddin_1mdb_600
PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia yang memiliki syarikat pelaburan strategik, 1MDB, telah melakukan pengkhianatan kepada rakyat Malaysia kerana menjual tanah kepada syarikat asing.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, penjualan ekuiti 60 peratus dalam Bandar Malaysia kepada syarikat usahasama kerajaan Johor dan China dianggap menggadai harta milik negara.

“Kini negara telah hilang kepentingan pemilikan sebahagian dari hartanah di Bandar Malaysia Sungai Besi kerana 60% ekuitinya telah dibeli oleh syarikat China Rail Engineeting Corporation (CREC).

“Rakyat Malaysia telah hilang sebahagian daripada hartanah pusaka milik kerajaan kepada syarikat asing. Ini satu pengkhianatan kerana harta milik negara terpaksa digadai kepada orang luar.

“Apakah kaedah penyelesaian hutang syarikat 1MDB seperti mana yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dibanggakan serta boleh diterima secara waras?

“Hakikatnya, kaedah ini amat jijik kerana rakyat Malaysia telah hilang sebahagian daripada hartanah paling potensi di negara kita kepada kuasa luar.

‘Kita sepatutnya mempertahankan segala harta milik kerajaan dan negara bukan menggadaikannya untuk membayar hutang syarikat 1MDB,” katanya.

Khamis lalu, 1MDB mengumumkan penjualan 60 peratus pegangannya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB) kepada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan CREC pada harga RM7. 41 bilion.

Konsortium IWH-CREC Sdn Bhd adalah usaha sama 60:40 antara IWH dan CREC.

Sebelum ini, 1MDB mengumumkan anak syarikatnya, Edra Global Energy Bhd, menjual semua loji janakuasa elektrik kepada China General Nuclear Power Corp dengan nilai RM9.83 billion.

Dalam masa yang sama, Khairuddin mengingatkan Najib supaya jangan cepat syok sendiri kerana kaedah penyelesaian masalah 1MDB itu tidak harus dipuji sama sekali.

“Budak sekolah tingkatan 6 pun boleh fikir macam Najib selesai masalah bebanan hutang syarikat 1MDB. Saya secara peribadi tak minat mengenai program rasionalisasi 1MDB tetapi lebih berminat untuk tahu mana duit-duit pelaburan 1MDB dulu berada?

Beliau menyenaraikan soalan-soalan yang belum terjawab iaitu:
  1. Mana pergi duit-duit pelaburan di Kepulauan Cayman kira-kira RM7 billion?
  2. Apa jadi dengan kononnya duit sejumlah hampir RM4 bilion yang sepatutnya disimpan di Bank BSI Singapura?
  3. Apa jadi dengan duit Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) sejumlah RM 4 billion?
  4. Kenapa bayar tanah di Ayer Hitam Pulau Pinang dengan kadar harga begitu tinggi berharga RM1.3 billion?
  5. Kenapa pinjam melalui syarikat Goldman Sachs bayar faedah setinggi kadar 12%?
  6. Mengapa beli janakuasa letrik dengan harga amat tinggi dari kadar harga pasaran?
“Banyak lagi soalan-soalan yang harus dijawab oleh Najib serta 1MDB,” tegasnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...