TERKINI :

Tuesday, December 29, 2015

Umno dan PAS, siapa dapat apa?

Oleh Mohsin Abdullah


Apa definisi “kerjasama” yang ditawar presiden Umno kepada PAS tempoh hari ? Walaupun ramai dalam Umno dan PAS bercakap mengenai tawaran itu tetapi tiada siapa yang bercakap mengenai bentuk “kerjasama” itu sendiri.

Adakah “kerjasama” itu membabitkan PAS bergabung dengan Umno ? Maka, akan dikenali sebagai PASNO atau UMPAS? Atau PAS kekal dalam bentuk sekarang tetapi menjadi komponen BN ?

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kerjasama kini di peringkat “persefahaman” tetapi mengakui “ belum menjurus kepada pendekatan politik dengan ikatan organisasi ”.

Satu kenyataan yang membuka ruang kepada pelbagai intepretasi.

Namun hakikatnya ialah perkiraan mengenai keuntungan politik yang boleh diraih daripada tawaran Datuk Seri Najib Razak kepada PAS yang dibuat penghujung Perhimpunan Agung Umno 12 Disember lalu.

Untung untuk Najib ialah beliau “membuktikan” khusus kepada ahli partinya yang beliau pemimpin “Islamik berjiwa besar” yang “rendah hati menghulur tangan untuk menjalin silatulrahim kepada musuh politik demi perpaduan ummah”.

Jika DAP menang 56 kerusi parlimen ...

Oleh sakmongkol AK47
 

Malas betul nak komen pasal PAU 2015. Apa nak jadi kepada parti itu, siapa peduli. Ianya sudah jadi parti Najib Tun Razak. Sudah sampai masanya orang Melayu sedar , UMNO bukan segalanya. Setakat ini, tidak ada orang yang boleh mengubah opinion saya mengenai kepimpinan Dato Najib.

Cakap macam mana pun, opinion saya mencukupi untuk saya, kecuali ada orang boleh memberi penghujjahan yang meyakinkan bahawa Najib seorang pemimpin baik. Dia bukan.

Saya sikitpun tidak percaya bila Presiden UMNO kata, memartabatkan Islam dekat dihatinya; atau dia keturunan pahlawan Bugis. Cakap mengenai kepahlawanan Bugis ini hanya sejak akhir2 ini sahaja. Di Pekan dahulu, Dato Najib tak pernah sebut pun hal keturunan Bugis ini. Dan saya percaya orang terkejut pahlawan Bugis takut untuk meneruskan sessi nothing to hide bila tahu Dr Mahathir hadhir atau takut untuk menerangkan perihal RM2.6 billion.

Realiti nya. dia seorang pemimpin yang lemah. Kalau hendak cakap mengenai hal ini, sampai kerbau, lembu, kambing, ayam dan itik pulang petang pun tidak habis. 40 tahun pengalaman buat kerja serupa, tidak berguna. Pemotong rumput yang ada 40 tahun pengalaman pun boleh bercakap serupa tapi pengalaman nya ialah dalam hal ehwal memotong rumput.

Menanti ‘kegelapan’ tahun 2016

Oleh Amin Iskandar

http://c4hr.co.uk/wp-content/uploads/2015/12/2015-6.jpg
Tinggal beberapa hari lagi 2015 akan berakhir. Terlalu banyak peristiwa besar berlaku dalam tahun ini yang tidak mungkin kita akan lupakan.Tambahan pula kerana ia memberikan kesan langsung kepada kehidupan kita.

Kedatangan tahun baru turut membawa “harapan” baharu kepada kita. Kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik berlaku pada 2016, terutamanya kepada kehidupan kita.

Tetapi yang nyatanya, kedatangan tahun baru tidaklah begitu menggembirakan memandangkan kos kehidupan pada hari ini meningkat dengan mendadak akibat pengurangan subsidi bagi pelbagai barangan dan perkhidmatan berlaku secara serentak.

Jika tidak percaya, pergilah pasar dengan membawa RM100. Lihatlah apa yang dapat anda bawa pulang dengan jumlah wang sebanyak itu. Kemudian, bandingkan apa yang boleh dibeli dengan jumlah sama 3 bulan lalu.

Bagi yang berkeluarga dan mempunyai anak bersekolah tidak kurang hebatnya. Apatah lagi jika mempunyai lebih daripada seorang anak bersekolah.

‘Perang mulut’ Amanah dan PAS menampilkan perbezaan.

http://ilhamcentre.com/wp-content/uploads/2015/11/173725_l.jpg
KUALA LUMPUR: Semakin hari semakin terpancar fenomena ‘perang mulut’ di antara Parti Islam Semalaysia (PAS) dan serpihannya Parti Amanah Negara (Amanah) yang ditubuhkan oleh bekas pimpinan Pas selepas kecundang dalam pemilihan Muktamar awal tahun lalu.

Tindakan serangan yang dilancarkan terutamanya daripada Amanah dilihat hanya sekadar untuk mencari populariti, memandangkan parti yang berusia tiga bulan ini masih belum menumpukan gerakan bagi meraih undi terutamanya daripada masyarakat luar bandar dan kawasan pendalaman.


Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar menyifatkan tindakan Amanah yang berbalas serangan dengan parti lama mereka itu adalah bagi menampilkan perbezaan perjuangan diantara kedua-dua parti tersebut.

“Jadi saya melihat disitu mungkin ada sedikit kenapa mereka berbalas kenyataan, iaitu untuk memberikan perbezaaan diantara perjuangan Amanah dengan PAS atau parti lama mereka dahulu.

Dugaan parti politik di Malaysia


Oleh Timmy Say



Umno

Kenaikan mendadak kos sara hidup dan kesusahan rakyat marhaen di kawasan tradisi bakal menentukan masa depan Umno.

Tidak siapa yang boleh menafikan Umno kini resah kerana PAS sudah muncul sebagai bahtera yang boleh diterima pengundi kawasan tradisi selepas senjata Umno “PAS kuda DAP” hilang bisa.


Cubaan berjinak-jinakan PAS supaya tidak melawannya tidak akan menjadi kerana PAS mempunyai bilangan kerusi Parlimen yang kecil berbanding Umno.

PAS ingin menambah kerusi Parlimennya, dan caranya ialah menumbangkan Umno. Umno pula ingin mengekalkan apa yang ada kalau boleh, dan ini hanya boleh dilakukan jika Umno terus menewaskan PAS.

Kerjasama politik antara 2 parti hanya akan terjalin jika Umno sudi melepaskan kerusi Parlimennya kepada PAS, dan ini bermaksud mempertaruhkan nyawa BN sebagai kerajaan dan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri – dan ini yang menyebabkan perkara ini mustahil berlaku.

Pergolakan dalaman Umno akan berterusan. Setiap gerak-geri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal membawa gegaran ditambah dengan suara pedas mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apa yang dibimbangi ialah Najib akan disibukkan dengan tugas menjaga kedudukannya daripada tugas mentadbir negara, yang kini bakal berdepan dengan keadaan ekonomi yang meruncing kerana harga minyak sedunia yang kekal rendah.

Dilema Haji Hadi - Antara 2 pilihan..!!!!

Oleh Muammar Qaddafi


Kemenangan besar kumpulan kepimpinan pro ulama dalam muktamar Julai lepas yang disangka sebagai kemenangan Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) terhadap seteru politiknya dari dalam PAS berubah menjadi malapetaka buat parti Islam itu.

Kesan paling besar akibat kemenangan itu adalah berpecahnya Pakatan Rakyat apabila muktamar meluluskan usul Perwakilan Pahang, Mokhtar Senik memutuskan hubungan bersama DAP dan seterusnya membawa kepada penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) yang percaya untuk menang menentang Barisan Nasional (BN) melalui kerjasama politik bersama PKR dan DAP.

Kemunculan Amanah pula membawa kepada kewujudan pakatan baharu menggantikan Pakatan Rakyat iaitu Pakatan Harapan.

Walaupun pada peringkat awal PAS berulang kali mendakwa Pakatan Harapan dan Amanah adalah entiti yang lemah dan tidak perlu bersama mereka untuk menawan Putrajaya, namun kini parti Islam itu dan Hadi sebagai presiden mungkin sedar Amanah bersama Pakatan Harapan bukanlah entiti lemah sebaliknya sebuah gabungan yang mampu dan satu-satunya cara mengalahkan Umno BN.

Desak tukar nama plaza tol, ahli MDHS tak kisah dikritik


Seorang ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) tidak kisah dikritik orang ramai kerana mendesak penukaran nama Plaza Tol Tanjung Malim kepada Plaza Tol Hulu Bernam dan bukan menghapuskan tol berkenaan.

B Raj Kumar berkata beliau mempunyai tujuan tersendiri untuk mendesak penukaran nama tersebut.

Beliau percaya, jika desakan penukaran nama tol itu berjaya, ia bukan sahaja dapat mempromosikan Hulu Bernam tetapi juga mampu menarik pelabur luar ke kawasan sempadan Perak-Selangor itu dan sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada anak muda di situ.

“Kalau sekarang ini saya bersuara turun atau hapuskan tol, belum tentu kadar tol akan diturunkan. Kita fikir logik. Tapi jika saya minta LLM tukar nama tol ini ikut lokasi, berkemungkinan besar tempat ini (Hulu Bernam) boleh dimajukan.

Menteri: Tanah TRX Tabung Haji tak dijual kerana bernilai tinggi


Tanah yang dibeli oleh Tabung Haji di Tun Razak Exchange (TRX) bernilai tinggi untuk dijual, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ini kerana Tabung Haji membeli tanah itu pada harga terendah yang ditawarkan dan ia dilihat mempunyai peningkatan nilai yang tinggi dan berterusan dari segi harga hartanah dan sewaan.

"Tanah di TRX bernilai tinggi dari segi potensi pembangunan bersepadu, lokasi yang strategik dan pulangan pelaburan yang baik.

“Pembelian tanah ini juga memenuhi keperluan syariah, selera risiko serta pontensi unjuran yang positif kepada Kumpulan Tabung Haji pada masa hadapan," kata Jamil Khir dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini.

Rayani Air: Kenapa ada yang rasa tergugat?

rayani-air
Tiba-tiba sebuah syarikat penerbangan tempatan dengan hanya lapan juruterbang dan 50 krew menjadi buah mulut, bukan sahaja dalam kalangan orang kita tetapi juga antarabangsa.

Tahniah Rayani Air atas usaha dan pemikiran kreatif lagi terbuka yang menjadikan anda buah mulut semua orang sepanjang cuti Krismas. Ingat, publisiti sangat mahal dan anda memperolehnya secara percuma!

Menarik tentang syarikat penerbangan ini, ia dilabelkan sebagai antara penerbangan Islamik yang terhad di dunia dan pertama di Malaysia sekaligus membuka peluang kepada penumpang Islam untuk terbang lebih selesa dan yakin.

Peliknya, ramai pula orang bukan Islam yang terasa tergugat. Persoalan saya, kenapa mesti anda rasa tergugat? Saya tidak faham, bagi saya pilihan di tangan kita sama ada mahu menggunakan penerbangan itu atau sebaliknya.

Tak suka, tak perlu naik, kita masih banyak lagi pilihan. Takde orang yang paksa anda!

Majlis Raja-Raja Melayu benteng terakhir sekat MKN

 Faiz-Fadzil_raja-raja_nsc_600
PETALING JAYA: Majlis Raja-Raja Melayu menjadi harapan terakhir bagi menghalang kegilaan peralihan kuasa diktator melalui akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan Parlimen pada 22 Disember 2015.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara, Faiz Fadzil berkata, kuasa asal mengisytiharkan darurat terletak di bawah Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) mengikut perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, namun kini ia sudah dirampas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Hanya Majlis Raja-Raja Melayu yang merupakan kuasa tertinggi sistem pemerintahan negara berkeupayaan menghalang kegilaan peralihan suatu kuasa diktator di negara ini.

“Rakyat selama ini berpayungkan kepada kebijaksanaan dan keadilan YDPA dan Raja-Raja Melayu amat berharap agar YDPA dan Majlis Raja-Raja Melayu dapat bersidang dan bertitah menolak undang-undang MKN ini dan seterusnya ditarik balik oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menteri tidak boleh saman individu bawa isu kepentingan awam, kata pengarah NOW

Pengarah NOW Akmal Nasir dalam hujah pembelaannya berkata, tindakan Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyaman atas kapasiti sebagai ahli Parlimen dan menteri tidak boleh dilakukan kerana tiada kedudukan undang-undang untuk mengambil tindakan itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Disember, 2015.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk membawa kes saman fitnah berhubung dakwaan salah guna wang rakyat kerana perkara itu merupakan isu kepentingan awam, kata Pengarah Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir dalam hujah pembelaannya.

Beliau berkata, Jamil yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri memfailkan saman kerana terkesan sebagai tokoh masyarakat yang melaksanakan tugas dan kewajipan kepada rakyat Malaysia.

"Oleh itu, kelakuan, perangai dan perbuatan yang dilaksanakan oleh plaintif (Jamil Khir) adalah perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam yang melampau dan faedah mesti tertakluk kepada perbincangan awam dan juga terbuka kepada kritikan dan penelitian yang mantap," kata Akmal dalam satu dokumen diberikan kepada The Malaysian Insider.

Jamil dalam writ samannya, juga menyatakan dirinya sebagai ahli Parlimen Jerai dan ketua Umno bahagian tercemar reputasi akibat pendedahan Akmal.

Defendan berkata, Jamir merupakan ahli politik Barisan Nasional perlu mendukung ketelusan awam, kejujuran dan integriti di semua peringkat dalam kerajaan.

Katanya, kerajaan yang sama mempromosikan keperluan bagi tadbir urus korporat yang baik dalam syarikat.

Rafizi - Bayar PTPTN jika gaji cecah RM4,000

Rafizi Ramli

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digesa meminda semula peraturan pembayaran pinjamannya jika peminjam memperolehi gaji sebelum cukai RM4,000 sebulan.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, kelonggaran itu perlu diberikan dengan syarat peminjam mengemaskini butiran pekerjaan dan gaji yang disahkan oleh majikan setiap enam bulan.

"Ini bagi memastikan mereka membayar secara potongan automatik mengikut jadual yang dipersetujui setelah gaji mereka mencecah RM4,000 sebulan.

"Peminjam yang engkar boleh dikenakan tindakan undang-undang walaupun skim bayaran yang lebih adil telah ditawarkan kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mungkin akan menarik balik kebenaran kepada PTPTN membuat pemotongan gaji untuk kakitangan awam, sekiranya agensi itu masih melaksanakan pemotongan maksimum.

Presiden Cuecpacs, Datuk Azih Muda melahirkan kekesalannya apabila ada kakitangan awam yang dipotong gaji pada kadar maksimum yang disifatkan sebagai tidak wajar.

Ikram sambut baik tindakan DAP tarik kenyataan


IkramSHAH ALAM - Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menyambut baik tindakan pimpinan DAP Perak yang telah menarik balik kenyataan pimpinan mudanya yang membidas tindakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembelaan Umat Sejagat Ikram, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, ia adalah usaha untuk memberi tekanan kepada Israel agar akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghentikan penjajahan, kepungan serta dasar aparteidnya ke atas rakyat Palestin.

Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin kesal kenyataannya mengenai sekatan terhadap dua atlet Israel daripada memasuki negara ini diputarbelitkan pihak-pihak tertentu.

Sehubungan itu, Zhemin memutuskan untuk menarik balik kenyataan yang dibuat semalam.

“Kami mengecam sebarang usaha normalisasi hubungan Malaysia-Israel dalam apa bentuk sekali pun sama ada dari sudut politik, ekonomi, akademik, sukan, kebudayaan dan sebagainya.

“Kami mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana hubungan dagang Malaysia-Israel sekiranya ada,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sanusi - Kekal status hutan simpan di Charok Genting Bunga, Tasik Pedu

Kekal status hutan simpan

ALOR SETAR - Ladang buah-buahan yang dicadangkan kerajaan negeri terdahulu di Charok Genting Bunga, Tasik Pedu tidak diteruskan sebaliknya digantikan dengan tanaman getah berklon balak.

Exco Pertanian dan Asas Tani, Datuk Suraya Yaacob berkata, kerajaan negeri BN memutuskan untuk mengekalkan status hutan simpan di Tasik Pedu, dengan menanam semula pokok hutan yang dibenarkan iaitu spesies getah berklon balak.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.466326!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_700/image.jpg

“Hutan simpan tidak boleh ditukarkan kepada ladang buah. Sebab itu kita mahu kekalkan dengan tanaman getah yang pada masa sama menjana pendapatan. Dalam syarat pengekalan hutan simpan, tidak boleh ditanam buah-buahan, perlu ditanam pokok hutan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri PR sebelum ini belum sempat menanam pokok buah-buahan dan hanya pokok mempelam sahaja yang tumbuh sehingga kini.

Najib tidak berhak untuk peluang kedua- Syed Saddiq

PETALING JAYA: Juara debat, Syed Saddiq Abdul Rahman merayu kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar agar menimbang semula seruannya supaya rakyat Malaysia memberikan peluang kedua kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana Najib, katanya, telah banyak mencampuri urusan siasatan skandal yang turut melibatkan dirinya sendiri, dakwanya di laman Facebooknya semalam.

Antaranya, mencampuri siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis terhadap 1MDB selain memecat bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

“Campur tangan dalam siasatan yang dikendalikan amat dikesali oleh rakyat marhaen seperti saya. Ini bukanlah kali pertama beliau dan pasukannya bertindak demikian.

“Patik kira Najib hanya layak diberi peluang kedua jika beliau sedia untuk berundur sementara sehingga siasatan ke atasnya selesai,” katanya lagi.

Syed Sadiq mengulas kenyataan yang dibuat Sultan Ibrahim dalam satu wawancara di akhbar The Star baru-baru ini, yang antara lain mengatakan”Saya tahu Perdana Menteri telah dihujani pelbagai kritikan, tetapi bagi saya berilah dia peluang.

“Tahun (2015) sudah sampai ke penghujungnya, kita perlu melangkah ke hadapan. Memang ini tahun yang mencabar buat semua, termasuk saya sendiri,” katanya seperti dipetik.

Pelajar tahun akhir Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu juga menyifatkan Sultan Ibrahim sebagai “sumbu harapan rakyat”.

“Pinjamkan suara Tuanku kepada kami. Najib sudah diberi peluang berulang kali. Kini tiba giliran rakyat pula diberi peluang,” katanya lagi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...