TERKINI :

Monday, December 28, 2015

Kesian Mat Maslan nie.. Tak tahu beza antara KERJA dengan JAWATAN..!

Oleh : Shahbudin Husin

Apabila Ahmad Maslan mengatakan beliau sendiri melakukan tiga kerja dalam satu masa iaitu sebagai timbalan menteri, ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO, apakah beliau sebenarnya kelihatan lebih cerdik dan hebat atau lebuh teruk daripada sebelumnya?

Semalam beliau menyebut bahawa mereka yang melakukan dua kerja dalam satu-satu masa bukanlah perkara luar biasa, malah katanya, kerajaan juga menggalakkannya sebagai satu cara menangani peningkatan kos sara hidup.

Untuk mewajarkan kata-katanya itu, hari ini beliau sekonyong-konyongnya cuba tampil dengan hujah lebih kukuh dengan menjadikan dirinya yang kononnya mempunyai tiga kerja secara serentak sebagai contohnya.

Dalam erti kata lain, Ahmad Maslan cuba meyakinkan rakyat bahawa jika beliau yang berbadan kecil dan agak rendah pula boleh memikul tiga kerja dalam satu masa, apalah susahnya untuk rakyat melakukan sekadar dua kerja sahaja.

Kesian Mat Maslan...beliau nampaknya tidak tahu membezakan antara kerja dengan jawatan. Apa yang dimilikinya sekarang iaitu sebagai timbalan menteri, ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO secara serentak adalah jawatan dan bukannya kerja...

Baca seterusnya di..

http://shahbudindotcom.blogspot.my/2015/12/kesian-mat-maslan-tak-tahu-beza-antara.html

POLITIKING BODOH MUNCUL LAGI - PAN & PAS sudah nak jadi bingai macam Donald Trump

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

http://media.therakyatpost.com/wp-content/uploads/sites/4/2015/09/Pas-dan-Amanah-600x360.jpg
1) Ada mangkok PAS angkat gambar Dr Mariah pegang tangan lelaki, kononnya memegang tangan bukan mahram. Geng PAN bagai mendapat bom pelancar roket, memviralkan kemangkokan tersebut bahawa itu adalah suami Dr Mariah.

2) Bergalak sakan geng PAN melaukkan mamat PAS tersebut, bagaikan pesta. Dari macai, sampai pemimpin besar-besar PAN, rasa mcm heaven giler dapat bantai mamat PAS tu. Haa...padanlah muka kan, sapa suruh cuba buat fitnah.

3) Ada mangkok DAP mau atlet Israel tidak disekat masuk negara kita. Katanya sukan tak boleh campur dengan politik. Mangkok tersebut marahkan KJ. Mangkok itu ingat dengan marahkan KJ Umno, akan dapat sokongan geng PAN.

4) Dalam isu ini, ada sebilangan orang PAS galak membantai PAN. Kononnya PAN akan tunduk kepada DAP. Kononnya, "hah... apa PAN nak kata dengan DAP yang menyokong Israel". Mamat-mamat PAS rasa macam heaven pula boleh troll PAN dalam isu ini.

MP UMNO - Buat dua kerja tidak selesai beban ekonomi

Buat dua kerja tidak selesai beban ekonomi

JOHOR BAHRU - Melakukan dua pekerjaan bukan penyelesaian terbaik bagi mengukuhkan ekonomi golongan berpendapatan rendah kerana dikhuatiri menambah kos sampingan selain turut mengganggu masa kualiti bersama keluarga.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, langkah terbaik adalah dengan menggalakkan masyarakat meningkatkan pendapatan keluarga menerusi perniagaan yang beroperasi dari rumah.

“Kalau buat dua kerja ibu bapa terpaksa menanggung kos tambahan untuk hantar anak ke pusat jagaan dan ini akan menjadi tekanan kepada rakyat.

“Keadaan ini juga akan menimbulkan masalah apabila ibu bapa kurang meluangkan masa bersama keluarga dan tidak dapat memantau anak-anak dengan baik.

“Sebab itu, kita mahu masyarakat melakukan kerja dari rumah dan kerajaan telah menyediakan banyak program bimbingan dan bantuan usahawan untuk galakkan masyarakat berniaga dari rumah contohnya menerusi program 1 Azam,” katanya.

MAI NAK HABAQ : Apa Najib Mahu dari PAS sebenarnya..?

Apa sebenarnya yg najib mahu hanyalan menang pru 14 dgn bantuan Pas.

Najib tahu bahawa Bn akan tumbang tanpa kesepakatan dgn Pas.

Najib tiada pilihan sebab itu najib bersungguh mahukan Pas.Menangnya umno pd  pru14 najib sudah selamat dari segala ancamam dan tuduhan.

Pada masa itulah pas akan menjadi seperti temukut di tepi gantang.

Sejahat jahat pakatan harapan di pulau pinang seluruh masjid di pulau pinang diisi oleh ustaz ustaz pas dgn kuliah kuliah dan program imarah masjid.

Maka bertambahlah rezeki ustaz2 Pas. Apabila Pas menguasai masjid di pulau pinang langsung tidak memberi ruang dan peluang pd ustaz2 pakatan harapan memberi kuliah kuliah di masjid.

Apakah pas sudah lupa semasa zaman pemerintahan umno mereka tidak diberi peluang oleh AJK masjid dari Umno pada waktu itu ?

Apa jawapan Pas pada masa itu.... Jawapannya apa umno ingat masjid ini bapak dia punya.

Hentikan semua ini, rakyat sudah muak dgn perangai sebahagian ustad2 Pas.

‘Salib’ di bumbung: Majlis Daerah panggil pemaju


Majlis Daerah Langkawi akan mengadakan mesyuarat dengan sebuah syarikat perumahan di Langkawi dalam usaha memperbetulkan semula struktur binaan pada bahagian bumbung rumah yang kelihatan seperti simbol salib.

Exco Perumahan, Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata mesyuarat itu, yang dijadualkan esok, akan membuat keputusan sama ada pemaju perlu menukar warna struktur itu agar sepadan dengan jubin bumbung supaya ia tidak menyerupai salib.

"Mesyuarat itu akan memberikan peluang kepada pemaju itu menjelaskan sama ada reka bentuk itu adalah satu trend.

"Saya mahu mereka duduk bersama dan menunjukkan sama ada mereka bertujuan untuk menjadikannya sebagai salib," katanya yang dipetik oleh The Star Online hari ini.

Beliau juga menafikan bahawa pihaknya telah mengarahkan bangunan itu dirobohkan.

Saran lakukan 2 kerja, MTUC pula bidas Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan terus dibidas pelbagai pihak berhubung cadangannya agar golongan berpendapatan rendah menjalankan dua pekerjaan bagi menampung kos sara hidup yang terus meningkat.

Hari ini, giliran Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) berbuat demikian.

Menurut Setiausaha Agung MTUC, N Gopal Krishnam, kerajaan sepatutnya mencadangkan strategi untuk meningkatkan pendapatan rakyat.

"Bagi MTUC cadangan itu bukan satu idea konstruktif yang sepatutnya ditimbulkan.

"Sebaliknya MTUC mahu kerajaan memikirkan semula pendekatan dan merangka strategi-strategi yang berkesan untuk memastikan bahawa setiap pekerja tanpa mengira sektor swasta atau awam, mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menyara diri dan keluarga mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Langkawi, Kota Kuala Muda masih berisiko tsunami


Walaupun sudah lebih sedekad tragedi Tsunami 2004 melanda, namun Kedah terutamanya Pulau Langkawi dan Kota Kuala Muda masih berisiko untuk dilanda tsunami, kata Pengarah Meteorologi Kedah Rosli Zakaria@Che Kob.

Beliau berkata, ia disebabkan kedudukan geografi kawasan berkenaan yang berdekatan dengan kawasan sebelah Barat Sumatera yang merupakan kawasan aktif berlakunya gempa bumi.

Langkawi katanya, berisiko tinggi terkena tsunami terlebih dahulu, memandangkan tsunami pada 2004 menyaksikan jarak antara pusat gempa dengan Pantai Chenang lebih dekat.

"Mengikut jarak rentas (lurus) antara pusat gempa dengan Langkawi, kita anggarkan 550 kilometer, tapi kalau jarak sebenar ombak tsunami boleh bergerak ialah hampir 1,000 kilometer," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Malah beliau berkata kesan tsunami akibat gempa bumi di Lautan Hindi-Barat Laut Sumatera, pada 26 Disember 2004 menyaksikan Pantai Chenang di Langkawi mencatatkan ketinggian ombak 3.7 meter, dan masa ketibaan tiga jam 15 minit dan Kuala Muda pula mencatat ketinggian ombak 3.9 meter dengan masa ketibaan empat jam 32 minit.

Lima fakta menarik anda kena tahu tentang Rayani Air

Rayani Air

RAYANI Air yang membuat penerbangan sulung 20 Disember lalu mencuri tumpuan dunia apabila memilih untuk menjadi syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia.

Meskipun begitu, usaha pasangan Ravi Alagendran dan Karthiyani Govindan tetap menerima respons positif dan negatif dari seluruh pelosok dunia.

Berikut lima perkara yang anda perlu tahu tentang syarikat penerbangan baharu yang memilih Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) di Langkawi sebagai pusat operasi mereka.

1.Patuh syariat Islam

Bermakna, syarikat penerbangan ini mematuhi undang-undang Islam. Selain menyajikan menu halal, doa perjalanan juga dibacakan sebelum pesawat berlepas.

Syarikat penerbangan ini turut tidak membenarkan makanan dan minuman tidak halal dihidangkan dalam penerbangan.

Selain itu, semua anak kapal yang beragama Islam turut diwajibkan menutup aurat manakala bagi yang bukan beragama Islam perlu berpakaian sopan.

Namun menurut pengasasnya, penerbangan itu tetap mengalu-alukan penumpang daripada mana-mana kepercayaan.

Krisis IS: Pas ada penawar terbaik

Dr Maszlee Malik
SHAH ALAM - Pas mempunyai penawar bagi mereka yang bersimpati dan terpengaruh dengan doktrin keganasan militan IS di negara ini.

Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik berkata, kemampuan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan demokrasi merupakan sistem paling hampir dengan Islam perlu dihayati oleh mereka yang mula terpengaruh dengan IS.

“Umum mengetahui bahawa mereka yang cenderung dengan IS bermula dengan penolakan mereka terhadap demokrasi dan juga sistem perubahan seacara aman.

“Mereka sering mengemukakan hujah-hujah yang difahami secara literal dan bias di dalam menolak sistem demokrasi yang dianggap sebagai sistem kufur dan tidak Islamik. Malangnya hujah-hujah mereka itu dapat dipatahkan oleh Abdul Hadi di dalam karya-karya beliau, dan juga menerusi penglibatan beliau dan Pas secara langsung dengan sistem demokrasi yang ada di negara ini,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Maszlee, Abdul Hadi telah membuktikan bahawa pemahaman Islam berteraskan tauhid tiga (Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyan dan Tauhid Asma wa Sifat) boleh menerima demokrasi.

AJK PAS PUSAT - Nasihat Pas beri Umno peluang berubah

Zaharuddin Muhammad

SHAH ALAM - Kesediaan Pas menjadi penasihat kepada kerajaan Umno dan BN tidak terhad kepada institusi kepimpinan semata-mata bahkan teguran itu dibuat demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu termasuk ahli parti hingga akar umbi.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Zaharuddin Muhammad berkata, konsep nasihat yang dihasratkan Pas bukan untuk menjatuhkan Umno dan BN setiap masa, sebaliknya memberi peluang kepada parti Melayu itu untuk berubah.

“Ada masa nasihat, justeru tiada ruang jatuhkan Umno-BN pada masa sekarang kerana tiada pilihan raya. Kalau Umno boleh berubah..Alhamdulillah.

“Kalau tak berubah, maka pilihan raya nanti lawan tetap lawan kerana waktu itu adalah waktu sebaiknya mengubah kerajaan dalam konteks demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahalu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu berkata, kesediaan parti Islam itu untuk menjadi penasihat kepada kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.

Katanya, ia juga termaktub di dalam al-Quran dan sunah yang menjadi dasar yang tertinggi dalam undang-undang tubuh Pas.

Jangan ungkit kisah silam Umno-Pas

Umno Pas

SHAH ALAM - Sejarah hubungan Umno-Pas pernah bersatu dalam BN tidak perlu diungkit dan dijadikan alasan untuk menggagalkan usaha kerjasama baharu yang lebih menjurus kepada penyatuan umat Islam dan orang Melayu.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata usaha itu tidak perlu dicurigai sebaliknya perlu dilihat secara lebih positif dalam konteks kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Ada kalangan pemimpin Pas menjadikan sejarah lalu sebagai dendam politik untuk menolak pelawaan Umno, ini tidak membawa keuntungan kepada kepentingan sejagat,” katanya dalam entry terkini blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.my hari ini.

Terdahulu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menegaskan mana-mana individu dalam parti Islam itu yang teringin bergabung dengan Umno supaya meninggalkan Pas.

Idris berkata, Pas pernah kehilangan ramai tokoh besar yang lari bersama Umno termasuk pengasas Pas, Ahmad Fuad Hassan; Datuk Asri Muda dan Setiausaha Agung, Osman Abdullah.

Syed Ali juga berkata, kepimpinan Umno dan Pas perlu meletakkan penyatuan orang Melayu dan umat Islam sebagai kerangka utama dalam merintis jalan penyatuan tersebut.

Isu atlet Israel: Ia bukan pendirian parti, kata DAP Perak



Nga Kor MingIPOH - DAP Perak berpendirian tegas menolak keganasan dan penindasan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata, kenyataan dikeluarkan oleh seorang daripada pemimpin parti itu kelmarin sudah ditarik balik dan ia tidak mewakili DAP Perak.

Menurutnya, pihaknya berpendapat Kementerian Belia dan Sukan harus berusaha mencari penyelesaian terbaik dalam isu melibatkan kejohanan luncur angin yang berlangsung di Langkawi itu.

“Dengan mengekalkan semangat kesukanan yang merentasi batas politik dan agama, namun pada masa sama turut mengekalkan bantahan dan pendirian tegas terhadap Israel, kami yakin pihak kementerian boleh mencari jalan tengah untuk menyelesaikan permasalahan sedia ada.

“DAP Perak yakin dan percaya, kompromi profesional untuk dua orang ahli sukan profesional tidak akan mengubah barang sedikit pun prinsip dan pendirian tegas kita semua dalam isu Palestin-Israel,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) Perak tampil mengemukakan pendirian bahawa organisasi itu tidak sesekali akan menyokong Zionis Israel.

Apa punya bengong kerajaan BN, sampai beli pakaian sekolah pun kena GST

Alangkah elok keperluan sekolah dikecualikan GST!

Alangkah elok keperluan sekolah dikecualikan GST!

TERKESAN dengan kenaikan harga barang selepas pelaksanaan GST, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan mempertimbangkan untuk mengecualikan keperluan sekolah daripada dikenakan GST.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman berkata, kenaikan kos sara hidup sudah cukup membebankan, kini ditambah pula dengan kenaikan harga keperluan sekolah yang pastinya membebankan lagi kewangan ibu bapa.

Katanya, saban tahun berlaku kenaikan harga barang dan perkhidmatan dan ia memberi kesan terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan mempunyai ramai anak bersekolah.

“Suasana sekarang ini dirasakan lebih sukar bagi ibu bapa memenuhi keperluan sekolah anak-anak, dengan kenaikan harga barang sedangkan pendapatan tidak meningkat.

“GST diketahui membebankan, ditambah pula dengan kos menyediakan keperluan sekolah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pelbagai cara dan alternatif diguna pakai oleh kebanyakan ibu bapa dalam menjimatkan perbelanjaan persekolahan anak, namun dengan kenaikan harga, perkara itu tidak dapat dielakkan.

Amanah Perak kesal difitnah dikatakan turut menyokong kemasukan atlet Israel ke negara ini.


IPOH - Amanah Perak kesal dengan tindakan pihak tertentu menerbitkan poster mengaitkan parti itu dengan DAP Perak.

Menerusi poster berkenaan yang kini tersebar di laman sosial, parti itu dikatakan turut menyokong kemasukan atlet luncur angin Israel ke negara ini.

Setiausahanya, Salman Saleh berkata, pihaknya kecewa dengan dakwaan berkenaan yang memburukkan imej Amanah Perak.

Menurutnya, poster yang turut memaparkan gambar Pengerusi Amanah Negeri, Asmuni Awi serta logo parti itu turut dikongsi di laman Facebook rasmi sebuah parti politik lain dan mendorong lebih ramai orang mempercayainya.
PAGE RASMI DEWAN PEMUDA PAS PUN BOLEH TERLIBAT SAMA MEMYEBARKANNYA

“Kami sangat kecewa dengan sebaran tersebut dan ia telah mencemar nama baik Amanah dan reputasi Asmuni sendiri.

“Kenyataan kononnya kami menyokong keterlibatan Israel adalah satu tindakan melampau dan mempunyai agenda memburukkan imej parti yang baru bertapak,” katanya.

Salman berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan peguam untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu serta pihak yang terlibat menyebarkan poster palsu.

MAB: MH132 terima dua haluan berbeza

MAB Malaysia Airlines Berhad

PUTRAJAYA - Penerbangan MH132 Malaysia Airlines dari Auckland, New Zealand ke Kuala Lumpur yang dilaporkan menuju haluan yang salah pada 24 Disember menerima dua laluan berbeza, kata Malaysia Airlines Bhd.

Menurut kenyataan syarikat itu malam tadi, MH132 diberikan pelan penerbangan terbaru oleh Pusat Dispatch Operasi (ODC) sementara Menara Kawalan Trafik Udara Auckland (ATC) telah dengan tidak sengaja diberikan pelan penerbangan yang lebih awal.

Bagaimanapun menurut syarikat penerbangan itu kedua-dua laluan mengikuti haluan penerbangan yang disahkan dan pesawat berkenaan mempunyai minyak yang cukup untuk kedua-dua laluan.

Syarikat penerbangan itu menyatakan pelan penerbangan bagi setiap penerbangan disediakan berdasarkan keadaaan pada masa berkenaan meliputi hal seperti cuaca, sebarang notis trafik udara serta tahap kecekapan laluan.

"Sekali-kali tidak ada tolak ansur bagi keselamatan penumpang dan kru pada sebarang masa," katanya.

Tiada kompromi pegawai, anggota buat jenayah

MARANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak berkompromi dengan pegawai dan anggota yang dikesan terlibat dalam kesalahan jenayah dan syariah.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Jamshah Mustapa berkata, pihaknya sentiasa tegas dalam menangani integriti kalangan kakitangan PDRM.

Katanya sepanjang tahun ini sebanyak 2,436 aduan telah diterima menerusi unit aduan JIPS melibatkan kes salah laku, gagal melaksanakan tugas, tidak cekap dan sebagainya.

"Aduan yang diterima pada tahun ini meningkat di mana pada tahun lalu hanya 2,208 aduan yang diterima. Kesemua aduan yang dilaporkan oleh orang awam itu merangkumi pelbagai kesalahan yang dilakukan pegawai dan anggota.

"Kita tidak akan melindungi mereka yang dikesan melakukan kesalahan dan tindakan tegas akan dikenakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis daerah Marang, di sini hari ini.

Menurutnya orang ramai boleh menggunakan pelbagai alternatif untuk menyalurkan maklumat berhubung kesalahan yang dilakukan termasuk sistem pesanan ringkas (SMS), panggilan telefon, emel, surat mahupun berjumpa terus dengan Ketua Polis Daerah.

"Kita menggalakkan orang ramai untuk membuat aduan dan jika tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Mungkin sebelum ini orang ramai tidak tahu untuk menyalurkan aduan tersebut kepada pihak kam

"Jadi kita minta orang ramai lebih berani untuk tampil menyalurkan maklumat kesalahan yang dilakukan oleh pihak polis," katanya.

Beliau berkata, kira-kira 80 peratus dari aduan yang diterima itu adalah benar dan pihaknya akan terus memantau kesalahan yang dilakukan pihak polis.

IPD Marang mula beroperasi pada 2007 di kawasan seluas 46 hektar melibatkan kos RM36 juta. - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...