TERKINI :

Friday, December 25, 2015

Yapeim nafi beli simulator golf guna sumbangan jariah tapi dari hasil perniagaan mereka

Pengarah Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) Akmal Nasir menunjukkan gambar pusat sukan golf simulator milik Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), pada sidang media di Kuala Lumpur, 17 Disember lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Disember, 2015.
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) menafikan dakwaan pihak tertentu mengenai yayasan itu membeli simulator golf menggunakan sumbangan jariah orang ramai.

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin berkata sebaliknya simulator itu dibeli hasil daripada pendapatan perniagaan yayasan itu.

"Kita tak guna sumber amal jariah (untuk pembelian simulator golf) kerana kita jalankan perniagaan dan ada sumber-sumber kewangan sendiri yang kita gunakan untuk kembangkan perniagaan lain," katanya kepada pemberita di Klang hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan kewangan pendidikan kepada waris 5 sekeluarga yang mati lemas di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu, Sabtu lepas.

Dr Asri bimbang rakyat hilang keyakinan terhadap sistem keadilan

 Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
PETALING JAYA : Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan kebimbangannya terhadap rakyat yang mula hilang keyakinan dengan sistem keadilan dalam negara ini sehingga mereka mula bertindak sendiri.

Menurutnya, kejadian membakar lori-lori bauksit di Kuantan baru-baru ini merupakan satu petanda yang perlu dipandang serius.

“Jika hal ini berterusan, lalu merebak maka satu negara tidak terkawal lagi. Rakyat bawahan akan berkeyakinan bahawa hanya mengambil undang-undang di tangan sendiri sahaja yang dapat membela diri daripada dizalimi,” katanya menerusi status terbarunya di Facebook.

Bekas Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu turut bersimpati terhadap nasib penduduk di Kuantan yang menerima kesan daripada aktiviti perlombongan bauksit yang dilakukan pihak tertentu bagi mendapatkan keuntungan.

“Setiap pihak berhak untuk berniaga dan membuat keuntungan dengan syarat tidak menzalimi pihak yang lain. Mementingkan keuntungan sendiri sehingga menyakiti pihak lain adalah satu kezaliman.

Nampaknya NAJIB semakin tidak popular di alam maya..!!

NAJIB MAKIN TAK POPULAR


Menurunnya populariti Najib Razak di hati rakyat sebenarnya bukan lagi sekadar andaian atau jangkaan semata-mata. Ia adalah realiti yang semakin nyata serta boleh dilihat di mana-mana.

Kekal berkuasa dan penyokongnya pula bangga kerana konon kepimpinannya masih mampu mengaut derma beribu-ribu juta, hakikatnya populariti beliau semakin ketara menurunnya.
 

Wang haram : Malaysia jangan jadi sarang mafia

Negeri kecil, pertumbuhan ekonomi tidaklah sehebat negara maju. Tiba-tiba tersenarai nombor 5 aliran keluar wang haram tertinggi.

Menurut laporan tahunan terbaru Global Financial Integrity (GFI), yang beribupejabat di Washington, Malaysia telah kehilangan jumlah terkumpul sebanyak AS$418.542 bilion (RM1.8 trilion) sejak tahun 2004. Ini meletakkan Malaysia nombor 5 aliran keluar wang haram tertinggi.

Sudah tentu ia melibatkan mereka yang berada di pihak tertinggi. Barang pasti bukan yang melibatkan penjual goreng pisang dan laksa buyung di tepi jalan.

Jika benar laporan ini menambahkan lagi masalah yang sedia ada di negara ini dengan keadaan ekonomi yang merudum, harga petrol yang turun di peringkat antarabangsa, mata wang makin kecil.

Pelabur mana yang hendak datang ke negara kita, jika keadaan ini berterusan.

Apa yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Agensi kerajaan seperti Bank Negara, SPRM, Kastam, LHDN, PDRM adalah badan yang bertanggungjawab. Jangan hanya memburu ikan bilis sedangkan ikan jerung terlepas begitu sahaja.

Tahun 2008  rakyat  pernah dikejutkan mengenai wang RM40 juta yang ditangkap oleh pihak berkuasa Hong Kong ke atas Michael Chia melibatkan kes membabitkan permit membalak di Sabah. Bagaimana negara lain boleh menangkap mereka yang hendak membawa wang keluar di lapangan terbang negara mereka.

Jangan nanti dunia ketawa, Malaysia semuanya lemah. Wang keluar RM1.8 trilion pun tak tahu, wang masuk RM2.6 bilion pun tak tahu. Jadi apa yang Malaysia tahu? – HARAKAHDAILY 25/12/2015

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS

Hadi : Yang lemah iman tak lagi istiqamah

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang menegur pihak yang terpengaruh dengan provokasi ketika beliau menegaskan parti itu mengambil pendekatan menjadi pembangkang yang menasihati kerajaan.

"Apabila saya menegaskan bahawa PAS mengambil pendekatan menjadi pembangkang yang menasihati kerajaan, ramai kalangan yang terlalu bersemangat, sehingga mahu menjadi pembangkang semata-mata, atau terpengaruh dengan musuh Islam yang mencipta provokasi.

“Maka, yang lemah imannya menjadi tidak istiqamah," katanya dalam tulisdan berjudul "Fahami Konsep Nasihat" di akhbar web PAS Harakahdaily hari ni.

M'sia kekal No 5 aliran keluar wang haram tertinggi

Malaysia sekali lagi tersenarai antara lima negara yang mencatatkan purata aliran kewangan haram tertinggi sepanjang dekad ini.

Menurut laporan tahunan terbaru Global Financial Integrity (GFI), yang beribupejabat di Washington, Malaysia telah kehilangan jumlah terkumpul sebanyak AS$418.542 bilion (RM1.8 trilion) sejak tahun 2004.

Pada tahun 2013 sahaja, Malaysia kehilangan sejumlah AS$48.25 bilion, kata pemerhati kewangan global itu.

Aliran keluar modal haram, kata laporan itu, berpunca daripada pengelakan cukai, jenayah, rasuah, dan aktiviti haram lain.

Malaysia juga kekal pada kedudukannya sebagai antara lima negara dengan aliran keluar kewangan haram tertinggi.

Selepas menduduki tempat kedua paling teruk pada tahun 2010, kedudukannya "bertambah baik" dengan berada di tempat keempat pada 2011 dan kekal di tempat kelima sejak 2012.

Bagi tahun 2013, Malaysia sekali lagi berada di kedudukan di belakang China, Russia, Mexico dan India.

Jika AMANAH kuda DAP bagaimana dengan PAS yang jadi keldai tunggangan perompak nombor satu rakyat Malaysia?

Khalil perlu guna politik berhikmah

SHAH ALAM – Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi disarankan mengguna pakai pendekatan politik berhikmah berbanding mengikut jejak ‘orang-orang tua’ dalam politik yang gemar berbalah antara satu sama lain.

Naib Ketua (Politik) Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata sikap yang ditunjukkan anak kepada Presiden Pas itu hanyalah tindakan ke belakang sekaligus menjauhkan anak-anak muda dari politik.

“Apa perasan Khalil jika ada orang menuduh Pas sebagai 'keldai tunggangan' perompak nombor satu rakyat Malaysia? Apa pula perasaan Khalil jika orang menuduh Pas bersekongkol dengan manusia yang sepatutnya didakwa bawah hudud kerana merompak wang rakyat dalam terang?

“Jangan ditambah lagi jarak (politik) dan prejudis tersebut dengan meneruskan kaedah dan cara berpolitik seperti itu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Khalil hari ini yang menuduh Amanah terikat dengan DAP dan parti serpihan Pas itu hanya akan mendengar dan mengikut telunjuk DAP.

Khalil juga berkata jika Pas dan Amanah perlu bekerjasama, pihaknya akan meneliti hasrat tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Perkara itu menjadi hangat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenakan pakaian sama atau sedondon ketika menghadiri Multaqa Serantau  Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, pada Khamis lalu.

Pertemuan dua pemimpin utama Melayu Islam itu menunjukkan Pas semakin positif terhadap pelawaan Najib untuk menghulurkan "tali silaturahim" kepada parti Islam itu untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.

Iskandar: Pimpinan tiada hak maafkan Umno

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad sekali lagi membangkitkan persoalan tentang kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan Umno sebelum ini.

Persoalan itu timbul ekoran cakap-cakap yang mengatakan parti Islam itu akan menjalin kerjasama dengan Umno.

Iskandar berkata, kesalahan yang pernah dilakukan Umno sebelum ini tidak boleh dimaafkan oleh mana-mana pimpinan.

Katanya, kesalahan tersebut hanya boleh dimaafkan oleh pihak yang didakwanya pernah ditindas oleh parti pemerintah itu.

"Siapa yang boleh memaafkan kesalahan Umno? Sudah tentu bukan keputusan mana-mana pimpinan. Tetapi mangsa-mangsa kezaliman dan penindasan Umno itu sendiri.

"Mungkin juga keluarga-keluarga mereka jika mereka tiada lagi di dunia ini. Siapakah mereka? Ramai sekali," kata Iskandar dalam satu kenyataan.

ADUN Chempaka itu turut menyebut beberapa mangsa yang didakwa ditindas oleh Umno antaranya bekas tahanan ISA, mangsa peristiwa Memali, seluruh rakyat Kelantan dan Terengganu yang tidak mendapat royalti petroleum serta penjawat awam yang dipindahkan kerana menyokong pembangkang.

"Senarainya terlalu panjang untuk dinyatakan di sini. Tanya mereka terlebih dahulu sebelum mahu memaafkan kesalahan-kesalahan Umno," kata Iskandar tanpa menyebut nama mana-mana pihak.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu sedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno memandangkan ia sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka.

Malah, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki pula berkata, PAS wajar membuka lembaran baru bersama Umno bagi mewujudkan kerjasama berkaitan perkara ketakwaan dan kebaikan serta tidak perlu mengungkit segala dosa dan kesalahan lampau yang dilakukan Umno.

Kenyataan Idris halau individu yang nak gabung dengan umno buat ahli runsing

SHAH ALAM - Kenyataan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad yang menyeru individu dalam Pas yang mahu bergabung dengan Umno supaya meninggalkan parti, telah merunsingkan ahli Pas.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ramai ahli berpandangan kenyataan Idris seperti mengiakan wujud usaha pihak-pihak tertentu dalam Pas untuk bergabung, bekerjasama atau bertahaluf siyasi dengan Umno-BN.

“Masakan tiada angin pohon bergoyang. Sudah tentu individu tersebut bertaraf pimpinan tertinggi Pas dan bukannya ahli biasa.

“Kalau ahli biasa Pas, mereka percaya Ustaz Idris tidak perlu buat kenyataan untuk meminta individu tersebut meninggalkan Pas kerana usaha dilakukan ahli biasa Pas tidak akan memberi kesan untuk menjadikannya keputusan parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Idris dilaporkan berkata, individu dalam parti itu yang teringin untuk bergabung dengan Umno perlu meninggalkan Pas.

Beliau turut menyenaraikan beberapa tokoh Pas sebelum ini yang pernah meninggalkan Pas untuk bersama Umno seperti Ahmad Fuad Hassan, Tan Sri Asri Muda dan Nakhaei Ahmad.

Menurut Mahfuz, kenyataan Idris juga seolah-olah menunjukkan terdapat dua pihak dalam kepimpinan Pas.

“Satu pihak yang hendak bergabung, bekerjasama atau bertahaluf dengan Umno-BN, manakala satu pihak lagi menentang.

“Saya tidak pasti siapa dalam kalangan mereka. Tetapi kenyataan Ustaz Idris menjadi bahan perbualan dan perbahasan dalam kalangan ahli biasa Pas,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ahli Pas turut berasa hairan dengan kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa ahli Pas yang menentang kerjasama Pas-Umno perlu akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

“Mereka (ahli Pas) menyatakan bagaimana Ahmad Zahid boleh keluar arahan dan boleh tahu keputusan Majlis Syura. Adakah Majlis Syura sudah buat keputusan? Ini yang membingungkan ahli-ahli.

“Saya percaya kerisauan ahli Pas dalam isu ini ada asasnya dan bukan soal bersetuju atau menentang kerjasama. Tetapi mereka mahukan kepastian,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...