TERKINI :

Thursday, December 24, 2015

Nik Amar baru tahu bahaya AMANAH kepada Pas



DARI HATI

Kenapa tiba-tiba sahaja Naib Presiden Pas Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) berharap supaya parti Amanah menunaikan janji mereka agar tidak mengacau Pas di Kelantan dengan meletakkan calon dalam pilihan raya umum akan datang?

Apakah TMB itu sudah mulai menyedari kedatangan Amanah itu memberi kesan menakutkan kepada Pas? Atau pun dia sudah merasai bahan panas di bawah sana dimana ada ahli dan penyokong Pas tidak senang dengan aksi yang ditunjukkan pemimpin Pas yang berbaik-baik dengan pemimpin Umno?

Bahawa penentangan rancangan kerjasama itu semakin meluas dan kehadiran presiden Pas dalam majlis Multaqa Perpaduan anjuran Alumni Al Azhar itu sebagai menjolok mata?

Nik Amar juga dilaporkan berharap Amanah menunaikan janjinya sebelum ini untuk membantu Pas di Kelantan. Beliau mengungkit kenyataan berupa janji dikeluarkan Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang menegaskan Amanah ditubuhkan bukan bertujuan menganggu Pas, sebaliknya untuk membantu perkuat dan mempertahankan kerajaan Kelantan, dalam masa sama memberi peringatan kepada Pas supaya tidak mudah termakan dengan janji-janji manis Umno. Itulah hasrat Wan Rahim.

Kerajaan PAS Bakal Tumbang Di Kelantan

KERAJAAN PAS BAKAL TUMBANG DI KELANTAN


Walaupun pada peringkat awal kehadiran Amanah hanya dianggap seperti nyamuk dalam arena politik negara, namun kini PAS seolah terjaga dari khayalan sendiri dan sedar kedudukan mereka sebagai kerajaan Kelantan sebenarnya tergugat jika berlaku 3 penjuru antara PAS, Umno, dan Amanah.

Pun begitu, adakah pemimpin PAS juga sedar mungkin tanpa kehadiran Amanah pun di Kelantan, mereka akan jua tumbang?

Skandal balak Kelantan dan kegagalan menguruskan (dilihat gagal) kesan selepas banjir melanda kelantan akhir tahun lepas, tidak mustahil ada undi PAS Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan beralih kepada parti lain.

Apatah lagi pada tahun ini dibongkarkan gaya hidup mewah pemimpin kerajaan negeri yang memiliki banyak kereta mewah yang berharga ratusan ribu ringgit.

Faktor zuhud akhirnya tidak lagi relevan dan talian hayat terakhir PAS hanyalah hudud sahaja.

Umno Kelantan yang lebih 20 tahun menjadi pembangkang tentunya dilihat lebih bersih berbanding PAS Kelantan, apatah lagi terdapat ura-ura mengatakan tokoh agama Datuk Ashraf Wajdi yang berkemungkinan mengetuai kepimpinan kerajaan Kelantan sekiranya Umno Barisan Nasional menang kelak.

Kenapa dengan Umno boleh bekerjasama tapi dengan parti lain kita tolak ?

Oleh Abdul Fatah Bin Haron


Jangan cuba belajar menari dihadapan orang yg sudah mahir menari. Sepanjang sejarah perjuangan Pas diMalaysia Pas tidak pernah menentang sabrono kebaikan yg dibuat olih umno.

TAPI apa yg terjadi sebaliknya umnolah yg sentiasa menentang dan membangkang segala program Pas walau pun paling baik disisi Allah Taala, contoh yg terbaru ialah mempermain mainkan Kanun Jenayah Syariah 11(HUDUD).

Pemimpin Pas tak perlu menyusahkan diri mengarah ahli dan penyukung Pas supaya menyukung kebaikan yg dibuat olih parti lawan(umno).

ARAHLAH ahli dan penyukung Pas supaya patuh dan taat serya memberi tumpuan dan kerjasama segala program yg dubuat dan dianjurkan oleh parti kita(PAS) disetiap peringkat.

Kenapa hanya kebaikkan yg dibuat olih umno kita hendak beri kerjasama sedangkan kebaikan yg dibuat olih parti2 politik yg lain kita tolak bulat2.

PAS maafkan UMNO - Siapa Pemegang Kata "MAAF" itu..??

SIAPA PEMEGANG KATA MAAF?

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/07/umno_pas_600.jpg

Sejak timbulnya isu kerjasama antara UMNO dengan Pas, terdapat pihak tertentu dalam parti Islam itu yang dilihat "terlebih lajak daripada laju" dalam memberi pandangan dan seolah-olah  "sudah geli" serta tidak sabar benar mahu menjadikan hubungan itu sebagai realiti.

Setelah Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan menyatakan pihaknya sedia memaafkan kesalahan lampau UMNO terhadap parti itu, semalam Pengarah Pusat Penyelidikannya, Dr Zuhdi Marzuki pula mahukan lembaran baru dibuka bagi menjayakan kerjasama tersebut.

Sekiranya generasi pemimpin dan ahli UMNO hari ini mahu merapatkan persaudaraan Islam, maka adakah perlu diungkit segala dosa dan kesalahan lampau? tanya beliau.

Belum pun Najib Razak dan lain-lain pemimpinnya bercakap bagi pihak UMNO meminta maaf atau menunjukkan hasrat berbuat demikian, sudah terdapat pemimpin Pas sendiri yang terlebih dahulu menawarkan kemaafan itu.

Wahhh... baiknya hati mereka!!

Teringin benar nampaknya mereka untuk berbaik-baik dan menjalin kerjasama dengan UMNO yang sedang dipimpin oleh Pahlawan Bugis yang dengan bangga pernah mengaku kemasukan wang sejumlah RM2,600 juta ke dalam akaun peribadinya.

Adakah PKR pengkhianat? – Mohd Zuhdi

Adam Abu Bakar | December 23, 2015

Kenyataan Wan Azizah berhubung rundingan pengagihan kerusi PRN Sarawak membayangkan PKR tidak setia kepada tahaluf siyasi

dr,wan-azizah

PETALING JAYA: Kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengatakan rundingan pengagihan kerusi di Sarawak hanya akan dilakukan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menunjukkan parti itu bersedia mengkhianati kerjasama politik dengan PAS.

“Apabila keluar kenyataan seperti ini, tidak mustahil pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, pendekatan seperti itu akan digunakan iaitu PAS tidak boleh bertanding di banyak kerusi, hanya di Kelantan, dan kubu PAS di kawasan Melayu.

“Kalau ini berlaku, ia satu bentuk ketidaksetiaan, pengkhianatan kepada hubungan tahaluf siyasi PAS dan PKR,” kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki kepada FMT ketika dihubungi pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, Zuhdi turut mempersoalkan adakah PKR juga akan membelakangkan PAS dalam pilihan raya umum akan datang, terutamanya di Selangor.

Izin 8 tol naik tahun depan, kerajaan ‘pekak’ terhadap suara rakyat

 #ShutdownJalanDuta
PETALING JAYA: Tindakan kerajaan mengizinkan lapan lebuh raya menaikkan kadar tol masing-masing pada tahun depan membuktikan sikap ‘pekak badak’ kerajaan terhadap suara rakyat, kata Jawatankuasa Bertindak #ShutdownJalanDuta.

Pengerusinya Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, ini kerana keizinan tersebut diberikan walaupun pelbagai NGO serta parti politik bersuara mendesak kerajaan mengubah fikiran mereka.

“Kenaikan lapan konsesi tol bukan hanya memberi kesan kepada rakyat di bandar dan di pinggir bandar, tetapi juga kepada mereka di luar bandar, kerana akan meningkatkan kos operasi barangan keperluan yang dibawa ke sana.

“Kesan domino ini langsung tidak disentuh kerajaan ketika menjustifikasikan kenaikan tersebut. Mungkin mereka ingat rakyat mudah diperbodohkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Hubungan Azmin-Dr Mahathir bukan halangan, PKR masih utamakan bebas Anwar

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini bercakap tentang hubungan istimewa beliau dengan Tun Dr Mahathir yang tidak disenangi partinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Disember, 2015.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengejutkan anggota partinya baru-baru ini apabila beliau menyebut mengenai satu hubungan istimewa antaranya dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Penyokong tegar PKR tidak senang dengan Dr Mahathir, yang mereka persalahkan sebagai punca jatuhnya dari Umno ketua umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemenjaraannya dari 1998 hingga 2004.

Oleh itu, beberapa mereka terkejut apabila menteri besar Selangor itu bercakap tentang hubungan istimewa beliau dengan Dr Mahathir dalam ucapannya semasa perkahwinan anak perempuan sulungnya terdahulu bulan ini.

Dr Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, hadir sebagai tetamu jemputan bersama-sama dengan Sultan Selangor dan Perak.

"Saya dan Tun (Dr Mahathir) mempunyai hubungan yang sangat istimewa.

"Semasa saya kahwin dahulu, Tun datang. Sekarang ketika anak saya kahwin, Tun juga datang.

"Pendek kata, hubungan kami sangat erat umpama air dicincang tidak akan putus," kata Azmin pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), 13 Disember lalu.

PAS Kena Dekati Ahli UMNO Bukan UMNO.

Ahli-ahli PAS perlu mendekati ahli-ahli UMNO tetapi bukan UMNO.

Mereka perlu mendekati ahli-ahli UMNO untuk menarik mereka kepada PAS.

Ramai dari mereka telah mulai kecewa dengan parti mereka dan adalah menjadi tugas ahli-ahli PAS untuk menarik mereka ke dalam PAS.

Oleh itu tawaran persahabatan yang dihulurkan adalah kepada ahli-ahli UMNO. Saya yakin ramai dari mereka yang tertunggu-tunggu untuk keluar dari UMNO dan PAS mesti membuktikan mereka adalah alternatif yang meyakinkan.

Di Selangor pada kempen keahlian tahun ini hampir 6,000 orang telah memohon menjadi ahli PAS dalam masa 3 minggu. Satu kempen lagi akan dilancar pada bulan Januari ini.

Masa untuk UMNO telah berlalu. PAS mesti menunjukkan kemampuan sebagai parti masa depan. Menjadi pencetus inisiatif politik baru dan bukan sekadar menjadi pengikut di belakang.

YB Dato' Iskandar A. Samad
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
24 Disember 2015

Umno sokong dakwah Pas, tapi mungkin tolak hudud

Hudud

SHAH ALAM - Umno mungkin akan menyokong dan menyediakan kemudahan bagi Pas untuk menyebarkan dakwah, bagaimanapun parti tersebut mungkin tidak akan menyokong perjuangan hudud yang dibawa oleh Pas.

Ini kerana menurut Ketua Kluster Politik dan Polisi bagi Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, jika benar Umno ingin melaksanakan hudud, ia sudah pun dilaksanakan lama dahulu tanpa menunggu gesaan Pas. 

"Dari segi dakwah Pas, selepas ini mungkin tidak akan ada masalah. Mungkin Umno akan bantu dari segi peruntukan dan sebagainya, tetapi kalau untuk hudud, mungkin Umno tidak akan sokong. 

"Kalau (Umno) mahu hudud, sudah lama mereka laksanakan hudud," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini. 

Mengulas mengenai kerjasama yang dibawa oleh Pas dan Umno, Muhammad Shamshinor berkata, kerjasama tersebut mungkin akan membuahkan hasil yang baik kepada rakyat dan kedudukan agama Islam di negara ini. 

Ini kerana Umno mempunyai kuasa majoriti dalam pengurusan dan pentadbiran negara  ini. 

"Umno ada kuasa, Pas ada aspirasi dan prinsip yang jelas dalam menegakkan Islam. Kalau digabungkan dari segi kerjasama, mungkin ada kebaikan. Pengukuhan Islam dalam negara ini akan dikuatkan," katanya lagi.

Pakatan Harapan sentiasa buka pintu untuk Pas

SHAH ALAM – Pakatan Harapan sentiasa membuka pintu buat Pas bagi sebarang perbincangan berhubung dengan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak April depan.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub berkata, Pas berhak untuk bertanding di mana-mana kawasan Dun yang dikehendaki memandangkan parti itu bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan.

"Dulu ketika dalam PR, semua keputusan yang dibuat adalah secara bersama tapi bila Pas bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Harapan, mereka (Pas) berhak untuk bertanding di mana sahaja yang mereka kehendaki.

"Namun begitu, kita (Pakatan Harapan) sentiasa buka pintu buat Pas bagi mengadakan sebarang perbincangan mengenai pembahagian kerusi di PRN Sarawak nanti,"  katanya ketika dihubungi Sinar Harian bagi mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee yang menyatakan parti itu akan bertanding di lebih 10 kawasan Dun Sarawak pada PRN Sarawak ke-11.

Jelas Salahuddin lagi, Pas berhak meletakkan calon di mana-mana kawasan Dun Sarawak memandangkan parti itu bukan lagi termasuk dalam gabungan parti pembangkang yang mahu berdepan BN.

"Kita (Pakatan Harapan) tak pernah halang mereka (Pas) kalau mereka nak bertanding walaupun Pakatan Harapan sendiri meletakkan matlamat untuk pertembungan satu lawan satu supaya rakyat nampak dengan lebih jelas gabungan ini," katanya.
 

Pas akan hilang undi simpati jika bersama Umno

Umno Pas

SHAH ALAM - Pas akan kehilangan undi simpati daripada masyarakat sekiranya mengambil keputusan untuk bergabung dengan Umno.

Ini kerana menurut penganalisis politik Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, persepsi masyarakat terhadap Pas adalah lebih baik berbanding Umno.

"Sekarang, tanggapan masyarakat terhadap Pas sedang meningkat naik ekoran daripada keciciran Pas daripada Pakatan Harapan. Pas dianggap sebagai mangsa.

"Sikap DAP yang berterusan 'membuli' Pas (selepas tertubuh Pakatan Harapan) dengan cara menekan PKR untuk menyingkirkan Pas menyebabkan ramai yang kasihan dengan Pas," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Muhammad Shamsinoor yang juga merupakan Ketua Kluster Politik dan Polisi bagi Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor berkata demikian ketika mengulas mengenai isu penggabungan kedua parti politik berkenaan yang menjadi topik hangat negara pada hari ini.

Sebaliknya, katanya, bagi Umno, penggabungan dengan Pas pula akan memberikan kelebihan besar kepada parti keramat itu.

"Untuk bergabung sepenuhnya dan bukan hanya sekadar kerjasama, itu beri kelebihan pada Umno. Sekarang Umno dianggap lemah kerana kepimpinannya dikritik," ujarnya.

Beliau berkata, keduanya tidak akan mempunyai sebarang masalah sekiranya meneruskan kerjasama demi kepentingan rakyat.

Tidak sampai 15 minit untuk PM berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong

SHAH ALAM - Tidak sampai 15 minit untuk Perdana Menteri berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan jika mahu mengisytiharkan kawasan keselamatan atau darurat.

Demikian kata Ketua Whip Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul dengan sindiran sinis sambil mempersoalkan keperluan memberikan kuasa lebih kepada Perdana Menteri untuk mengambil alih hak baginda itu.

"Apa masalahnya untuk Perdana Menteri berjumpa dengan YDP Agong? Sekiranya Agong bercuti, timbalan Agong ada.

"Maknanya isu untuk mendapatkan perkenan persetujuan Agong itu tidak timbul, kerana dalam Perlembagaan dengan jelas mengatakan Agong hendaklah bertindak atas nasihat Perdana Menteri," katanya kepada Sinar Online.

Beliau mengulas mengenai RUU MKN 2015 diluluskan Dewan Negara, kelmarin yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan negara.

Perkara itu diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang pada pukul 8.20 malam sambil berkata undang-undang itu diluluskan berdasarkan undian suara dengan lebih ramai yang menyokong berbanding yang membantah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika menggulung RUU itu berkata tidak timbul isu Perdana Menteri mengambil kuasa YDP Agong seperti yang menjadi kebimbangan banyak pihak sebelum ini.

Mengulas lanjut, Johari juga berkata, keperluan itu wujud jika baginda sahaja mempunyai kuasa mutlak untuk mengisytiharkan darurat tanpa nasihat Perdana Menteri.

"Tetapi dalam Perlembagaan sekarang ini, Agong hendaklah bertindak atas nasihat Perdana Menteri," ujarnya.

Johari selaku Ahli Parlimen Sungai Petani berkata lagi, RUU itu didakwa memberikan kuasa mutlak kepada Perdana Menteri dalam soal keselamatan.

"Kuasa yang ada pada Ketua Polis Negara selama ini di bawah Akta Polis 1967 dan kuasa yang ada kepada Agong di bawah Perlembagaan Perkara 150, dipusatkan kepada Perdana Menteri.

"Perdana Menteri boleh melakukan lain-lain peraturan, dia boleh letakkan apa juga yang dia nak (menyebabkan) tiada lagi peranan KPN dan Ketua Angkatan Tentera," dakwanya.

Tambah beliau, lebih membimbangkan apabila kuasa itu disalahgunakan oleh Perdana Menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak.

RUU MKN: #Amanah pertimbang cabar di mahkamah

Mahkamah

SHAH ALAM – Amanah sedang mempertimbangkan untuk mencabar keabsahan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) di mahkamah dalam masa terdekat.

Ketua Pemudanya, Sany Hamzan berkata usaha itu untuk menghalang daripada Rang Undang-undang MKN itu daripada mengambil alih kuasa Yang Dipertuan Agong khususnya dalam pengisytiharan darurat.

“Kami juga menyeru untuk seluruh anggota Majlis Raja-Raja Melayu bersuara dan menolak undang-undang yang tidak masuk akal ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Dewan Negara malam semalam telah meluluskan Rang Undang-undang MKN 2015 yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan negara.

Perkara itu diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang pada pukul 8.20 malam sambil berkata undang-undang itu diluluskan berdasarkan undian suara dengan lebih ramai yang menyokong berbanding yang membantah.

Wahai Zuhdi.. Siapa yang boleh memaafkan kesalahan Umno?

Siapa boleh memaafkan kesalahan Umno?

Siapa yang boleh memaafkan kesalahan-kesalahan Umno?

Sudah tentu bukan keputusan mana-mana pimpinan.

Tetapi mangsa-mangsa kezaliman dan penindasan Umno itu sendiri.

Mungkin juga keluarga-keluarga mereka jika mereka tiada lagi di dunia ini.

Siapakah mereka? Ramai sekali.

Bekas tahanan-tahanan ISA.

Mangsa peristiwa Memali.

Peneroka bandar yang dirobohkan rumah mereka.

Penjaja dan peniaga yang dirobohkan gerai dan warung mereka kerana menyokong pembangkang.

Pelajar-pelajar yang dinafikan biasiswa kerana datang dari keluarga yang menyokong pembangkang.

Petani dan peladang yang ditahan subsidi dan bantuan kerana menyokong pembangkang.

Seluruh rakyat negeri Kelantan dan negeri Terengganu yang tidak mendapat royalti petroleum.

Penduduk kampung yang tidak mendapat jalan berturap dan lampu jalan kerana menyokong pembangkang.

Penjawat awam yang dipindahkan atau ditahan kenaikan gaji kerana menyokong pembangkang.

Rakyat yang dinafikan hak membeli rumah kos rendah kerana bukan ahli Umno.

Senarainya terlalu panjang untuk dinyatakan di sini.

Tanya mereka terlebih dahulu sebelum mahu memaafkan kesalahan-kesalahan Umno. - HARAKAHDAILY 24/12/2015

PAS perlu terima hakikat bahawa mereka lemah di Sarawak

Dr-Syed-Husin-Ali,pas-,sarawak
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali menyifatkan kemahuan PAS Sarawak untuk bertanding di sebelas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun depan sebagai tidak realistik.

Beliau berkata, PAS perlu mengakui hakikat bahawa parti itu tidak mempunyai kekuatan untuk berdiri sendiri di negeri itu.

“Dalam keadaan sekarang ini, memang PAS lemah di Sarawak dan juga Sabah. Jadi takkan nak bertanding di banyak kerusi. Sebelas kerusi adalah tidak realistik,” katanya dalam satu sesi wawancara di sini petang tadi.

Justeru, beliau menegaskan betapa pentingnya rundingan antara PAS, PKR dan Amanah bagi mengelakkan perlawanan tiga penjuru dan seterusnya menjamin keputusan yang lebih baik.

Isu Dalam Negara - Ketawa salah, tak ketawa lagi salah

  
 
Khamis ini kita akan menyambut perayaan Hari Krismas. Pagi, petang, siang dan malam beralih cepat sekali. Tiba-tiba kita masuk tahun baru. Selamat tinggal 2015 dan selamat sampai 2016. Empat tahun lagi kita akan menyambut tahun 2020 – tahun janji Mahathir.

Seratus tahun dari hari ini – kalau Kuantan belum ditenggelami bauksit dan kalau masih ada oksigen – jika anak cucu cicit piut kita membuka kitab dan membaca tentang tahun 2015 ini pasti mereka akan ketawa bedekah-dekah.

Kenapa tidak, tahun 2015 ini telah dinobatkan sebagai Tahun Melawak Malaysia.

Jangan lupa tahun 2015 bermula dengan banjir besar di Kelantan. Heboh satu negara. Banjir ini rupa-rupanya ada hikmah. Selama ini dengan senyap-senyap Tok Aji dan Pak Lebai telah berbismilah menyembelih hutan memotong balak. Dalam gelap-gelap ketika orang nyenyak tidur, tiba-tiba hutan dara Kelantan menjadi hutan janda.

Jangan buat-buat tak faham. Jangan buat buat tak kenal apa itu hutan janda. Hutan janda ialah hutan yang tidak berbulu dan tidak berbatang. Apabila hujan sampai semua telanjang basah. Air terpancut turun ke lurah hinggakan batang balak datang mengetuk pintu rumah.

Kuala Nerang - ada rakyat makan nasi berlauk air garam, Exco & MB tau dak pasai nie..??

Makan nasi berlauk air garam

KUALA NERANG - Nasi berlaukkan air garam sudah sebati dengan keluarga dari Kampung Rambutan, di sini, sejak enam tahun lalu.

Nenek yang menyara lima cucu ini, Siti Bedah Mat Ali, 62, berkata, kekangan hidup menyebabkan dia dan suami, Mohamad Mat Husin, 72, terpaksa menyediakan juadah berkenaan setiap kali terputus bekalan makanan.

Menurutnya, dia dan suami sudah enam tahun menjaga lima cucu mereka selepas anaknya bercerai.

"Saya dan suami perlu cari duit nak sara mereka. Tahun ini hanya empat orang yang bersekolah, tahun depan semua cucu akan bersekolah, bertambahlah perbelanjaan sekolah," katanya.

Siti Bedah berkata, dia buntu memikirkan nasib cucunya memandangkan musim persekolahan bakal tiba dan segala kelengkapan persekolahan belum lagi dibeli.

"Dulu suami ambil upah panjat pokok kelapa, sekarang dah tak boleh kerja kuat-kuat sebab ada penyakit.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...