TERKINI :

Wednesday, December 23, 2015

Ucapan MAT SABU di JERAI - Kenapa perlu berikan tongkat kepada UMNO?


Apabila pimpinan PAS pakat dok coverline dalam isu percintaan PAS & UMNO

Farouq Albaloque
Umno Pas
DAMAGE CONTROL SAMBIL KONA BARING...

Iskandar Samad : Menyalahkan media.



Ustaz Idris : Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan PAS akan bergabung dengan UMNO



Nik Amar: Kerjasama bukan bergabung.
Kahkahkah. 

TMB sudah terasa nak kalah, Amanah boleh gugat Kerajaan Kelantan

Mohd Amar
KOTA BHARU - Pas tidak menolak keputusan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding di negeri akan memberi kesan termasuk boleh menyebabkan Kerajaan Pas Kelantan tergugat.

Timbalan Menteri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keputusan Amanah untuk bertanding di negeri ini akan memberi kelebihan kepada BN kerana akan memecahkan undi.

“Kalau nak bertanding Kelantan, Amanah kena jelaskan alasannya, sebab bila bertanding di sini, jelas dia ingin bantu Umno, kita tak boleh nak halang sebab negara demokrasi, bertandinglah, menang atau kalah kita serah pada ALLAH.

“Kemungkinan Kelantan jatuh ada, Malaysia jatuh pun ada, semua kemungkinan tu ada, jangan pelik,” katanya selepas Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Mohd Amar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang tidak menolak kemungkinan wujud saingan tiga penjuru antara Amanah, Pas dan BN di Kelantan pada PRU14 nanti.

Touch ‘n Go nafi kenakan GST tahun depan

touch-n-go
PETALING JAYA: Touch ‘n Go menafikan khabar angin bahawa mereka akan mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi setiap isian semula nilai bermula 1 Januari 2016.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya, Touch ‘n Go berkata, GST hanya dikenakan ke atas bayaran RM0.50 bagi isian semula yang dibuat di agen seperti stesen petrol dan peniaga runcit seperti pasar raya Giant dan rangkaian 7-Eleven.

“Dan perkhidmatan tambah nilai tanpa bayaran masih ada di Hub Touch ‘n Go, Touch ‘n Go SPOT, laluan tambah nilai di plaza tol, pasar raya Tesco, Watson, KK Super Mart dan Guardian, stesen Petronas terpilih, Kiosk Layan Diri dan mesin ATM,” katanya lagi.

Khabar angin mula tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp hari ini bahawa syarikat itu akan mula mengenakan caj 6 peratus GST bagi setiap transaksi bermula tahun depan.

Apa beza haramnya VAPE dengan ROKOK dimata orang agama & kerajaan memerintah

'Jangan diskriminasi pengharaman vape dengan rokok' - Dr Najmil

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta tidak mendiskriminasi pengharaman penggunaan dan vape dengan rokok sehingga boleh mencetus pelbagai tanda tanya daripada rakyat.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, promosi melampau pengharaman vape juga harus selari dengan pengharaman rokok yang sudah lama diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

"Ada banyak kemungkinan, salah satu mungkin kerana cukai kerana penurunan jualan rokok. Jadi di sini nampak promosi untuk pengharaman vape menjadi berlebih-lebih pula.

"Perniagaan vape dimonopoli oleh orang Melayu. Habislah perniagaan mereka ini. Untuk berhenti merokok memang bagus kalau beralih ke vape dahulu dan ada beberapa pakar sudah mengesahkan kuantiti bahan kimia yang ada di dalam vape jauh lebih rendah daripada rokok.

"Isunya mudah, buat kaedah sama, promosi pengharaman sama untuk rokok seperti yang dibuat untuk vape. Kalau mahu buat, buat betul-betul. Jangan bezakan pengharaman vape dengan rokok," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Dr Najmil mengulas keputusan pengharaman rokok elektronik dan vape oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang dibuat pada Selasa.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin menjelaskan, keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.

Sementara keputusan pengharaman rokok dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 23 Mac 1995.

Perbandingan

Dalam pada itu kata Dr Najmil, beberapa pakar juga sudah memberikan hujah masing-masing mengenai perbandingan bahaya vape dengan rokok.

"Saya ada terbaca kenyataan Pengarah Unit Kajian Kebergantungan Tembakau, Barts And The London School Of Medicine And Dentistry, Prof Peter Hajek yang menilai kajian Farsalinos yang mengesahkan vaping adalah 95 peratus lebih selamat daripada merokok.
"Selain itu Pengetua Akademi Farmasi Malaysia, Prof. Madya Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed juga ada menjelaskan, secara amnya bilangan dan kuantiti bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam wap rokok elektronik adalah jauh lebih rendah berbanding asap rokok yang mengandungi sekurang-kurangnya 4,000 bahan kimia berbahaya termasuk penyebab kanser," jelasnya.

Sebelum ini, Dr Najmil menggesa Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam menanggung semua kerugian yang dialami oleh pengusaha dan perniaga vape yang terlibat dengan operasi yang dilakukan kementeriannya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Isnin turut meminta Kerajaan Persekutuan membuat penegasan atau keputusan rasmi berkaitan isu rokok elektronik atau vape bagi diselaraskan dari segi penggunaannya di seluruh negara.

Siapakah individu PAS yang mahu PAS bergabung dengan UMNO?

Kenyataan Media.

1. Kenyataan YB Ust Idris Ahmad, Naib Presiden Pas yang menyeru mana-mana individu Pas yang nak Pas bergabung dengan Umno supaya meninggalkan Pas suatu yang mengejutkan dan merunsingkan ahli-ahli akar umbi Pas. Kenyataan tersebut adalah ekoran daripada kenyataan bertulis beliau ( pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi). Contoh nama-nama yang disebut oleh YB Ust Idris yang lari mengikut Umno semuanya adalah bertaraf pemimpin. Ini yang merunsing mereka. Bukan soal bersetuju atau tidak dengan isu Pas bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn. Tapi kerunsingan mereka kerana dilihat tiada ketentuan haluan masa depan politik Pas dalam nak menghadapi PRU14 dan PRN11 Sarawak.

2. Saya tidak tahu apa tujuan dan maksud daripada kenyataan tersebut. Ramai ahli berpandangan kenyataan tersebut seolah-olah wujudnya usaha pihak-pihak tertentu dalam Pas untuk bergabung, berkerjasama atau bertahaluf antara Pas dengan Umno Bn. Masakan tiada angin pohon bergoyang. Sudah tentu induvidu tersebut bertaraf pimpinan tertinggi Pas dan bukannya ahli biasa. Kalau ahli biasa Pas mereka percaya YB Ust Idris tidak perlu buat kenyataan untuk meminta individu tersebut meninggalkan Pas kerana usaha yang dilakukan oleh individu ahli biasa Pas tidak akan memberi kesan untuk menjadikannya keputusan Parti.

3. Kenyataan YB Ust Idris semacam wujudnya dua pihak dalam kepimpinan Pas sekarang ini. Satu pihak yang hendak bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn, manakala satu pihak lagi menentang. Saya tidak pasti siapa di kalangan mereka. Tetapi kenyataan YB Ust Idris menjadi bahan perbualan dan perbahasan di kalangan ahli biasa Pas.

4. Saya sendiri dihubungi ahli ahli Pas meminta pencerahan. Saya hanya menjawab saya tiada maklumat apa yang sedang bergolak dalam Pas tentang isu kerjasama Pas Umno. Tetapi ahli-ahli menyatakan wujudnya kenyataan-kenyataan yang pada pandangan mereka berlaku percanggahan terbuka di kalangan Pimpinan. Ditambahkan lagi dengan kenyataan Dato' Takiuddin Hassan, Setiausaha Agong Pas yang menimbulkan pelbagai spekulasi tentang masa depan dan haluan politik Pas.

5. Yang menghairankan mereka lagi ialah kenyataan Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan ahli Pas yang menentang kerjasama Pas Umno kena akur kepada keputusan majlis Syura Ulamak Pas pusat. Mereka menyatakan bagaimana Zahid bolrh keluar arahan dan boleh tahu keputusan Majlis Syura. Adakah Majlis Syura sudah buat keputusan? Ini yang membingungkan ahli-ahli.

6. Saya percaya kerisauan ahli-ahli Pas dalam isu ini ada asasnya dan bukan soal bersetuju atau menentang kerjasama. Tetapi mereka mahukan ketentuan dan kepastian. Saya percaya mereka boleh menerima keputusan hatta untuk berkerjasama dan bertahaluf dengan Umno Bn. Yang penting bagi mereka ialah keputusan yang pasti. Saya hanya menyatakan kepada mereka bertenang dan bersabar dalam menanti episod seterusnya. Saya percaya semuanya akan berakhir dengan kepastian dan kesudahannya nanti.

YA ALLAH KAU BERILAH KAMI PETUNJUK MU.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena.
23 Disember 2015/11 Rabiulawal 1437H

Zuhdi: Tidak perlu ungkit dosa lampau Umno

PAS wajar membuka lembaran baru bersama Umno bagi mewujudkan kerjasama berkaitan perkara ketakwaan dan kebaikan, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Kerjasama itu, katanya bukan bermaksud parti Islam itu bergabung dengan Umno, sebaliknya untuk menegakkan dan mempertahankan Islam demi kebaikan rakyat dan negara.

Jelasnya, dalam perkara yang mengancam Islam dan merugikan rakyat serta negara, menjadi kewajipan PAS mencegah perkara itu termasuk membetulkan Umno sebagai parti pemerintah.

“Sekiranya generasi pemimpin dan ahli Umno hari ini mahu merapatkan hubungan persaudaraan Islam, maka adakah perlu diungkit segala dosa dan kesalahan lampau yang bukan dilakukan mereka,” katanya seperti dilapor akhbar Berita Harian hari ini.

Zuhdi berkata demikian mengulas kesediaan PAS memaafkan dan melupakan kesalahan Umno yang lalu.

Sebelum ini Setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilapor berkata parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka.

Malah, anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata tindakan memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti Islam itu.

Sementara itu, Zuhdi mengakui bahawa hubungan Umno dan PAS satu ketika dahulu meruncing sehingga berlaku beberapa peristiwa yang tidak diingini.

Namun katanya, ada kalangan pemimpin itu telah lama meninggal dunia dan sekiranya masih hidup, mereka bukan lagi pemimpin yang menggerakkan Umno.

“Kita serah lah kepada Allah untuk mengadili seadilnya pemimpin dahulu pada hari akhirat kelak," katanya.

3 pemimpin kanan PAS bangkit menentang kerjasama dengan Umno

ANALISIS OLEH ZULKIFLI SULONG
Published: 23 December 2015

Seorang demi seorang pemimpin kanan PAS bangkit menentang usaha membawa parti mereka mendekati Umno seperti presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun dalam pelbagai nada, antara kerjasama dan bergabung, namun jelas sekurang-kurangnya 3 pemimpin kanan PAS sudah mula kelihatan dalam menentang arus yang cuba dibawa untuk bersama dengan Umno.

Nada penolakan kerjasama ini bermula dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sentiasa bertegas, tidak akan ada gabungan antara parti Islam itu dengan Umno.

Kenyataan Tuan Ibrahim disokong naib presiden yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Terbaru, seorang lagi Naib Presiden PAS Idris Ahmad bangkit dengan kenyataan paling panas iaitu menghalau mana-mana pemimpin atau ahli keluar parti itu jika mahu bergabung dengan Umno.

"Heboh di media sosial dan media perdana, PAS hendak bergabung dengan Umno.

"Ingin saya tegaskan PAS ada organisasi daripada peringkat Majlis Syura Ulama, AJK PAS Pusat dan muktamar.

"Pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu saja yang pergi," kata ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sehingga kini, siapakah yang disasarkan Idris tidak dapat dikenal pasti.

Apakah presiden PAS sendiri yang memakai baju Melayu sedondon dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia?

Atau pihak yang berusaha dan menjadi dalang kerjasama antara Umno dan PAS ini.

Kenyataan Idris selari dengan kenyataan bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hayatnya yang marah dengan usaha untuk bekerjasama dengan Umno.

"Umno kena buang kebangsaan dan terima Islam dulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang Umno cari PAS, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?" kata Nik Aziz sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Online pada 8 Mei, 2013.

Sejak awal, Tuan Ibrahim yang kebetulan anak saudara kepada isteri Nik Aziz, antara pemimpin PAS kini yang paling tidak senang dengan kerjasama dengan Umno.

Apabila media melaporkan beliau merestui kerjasama antara PAS dan Umno ekoran kenyataannya yang dilihat lembut selepas pertemuan antara Najib-Hadi, beliau bangkit menafikannya secara bertulis.

"PAS tidak akan bergabung dengan Umno. Malah kini, PAS sedang merangka strategi mempertahankan kerajaan Kelantan, menguasai kerajaan Terengganu dan menguasai 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Umno di Selangor dan menambah kerusi Parlimen di tempat berlawan dengan Umno," kata Tuan Ibrahim menafikan laporan media beliau kini setuju PAS bekerjasama dengan Umno.

Bahkan dalam kenyataan itu, beliau menegaskan kenyataannya pada 14 Disember lalu yang antara lain menyebut, "PAS tidak mahu memikul pengkhianatan Umno kepada agama".

Katanya, lebih 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Islam secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju.

Iskandar yang juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Selangor pula bertegas, dosa Umno terhadap PAS terlalu besar untuk dimaafkan akar umbi parti Islam itu. – 23 Disember, 2015.

Prof Mohammad Agus - Bolehkah AMANAH kekal lama..?

Ramai menyifatkan tidak boleh. Alasannya sejarah menunjukkan parti yang lahir sebagai serpihan PAS seperti Berjasa dan Hamim tidak kekal lama. 

Sejarah dari serpihan parti UMNO juga begitu.  Pada tahun 1950-an, IMP dan Parti Negara berkubur dan pada tahun 1996 pula S46 berkubur.

Atas hujah di atas, ramai yang pesimis tentang keupayaan Amanah untuk bertahan lama.  Kata kawan saya, “selepas PRU-14 nanti, berkuburlah Amanah.”

Saya berpendapat tidaklah semudah itu untuk Amanah berkubur.  Mengapa?

i. Amanah ditubuhkan bukan atas alasan kecewa dalam pemilihan parti, tetapi tidak bersetuju dengan dasar dan arah tuju pucuk pimpinan parti.
ii. Amanah dipimpin oleh pemimpin yang tahan uji dan komited dalam perjuangan untuk mewujudkan Malaysia yang progresif.
iii. Amanah mendapat sokongan anak muda dan kelas pertengahan yang kecewa dengan perjuangan Umno dan Pas. Mereka teruja dengan sistem dua parti dan mahu melihat adanya sistem semak dan imbang dalam politik Malaysia.
iv. Semua parti saingan Amanah sedang menghadapi masalah krisis kepimpinan dan keyakinan membolehkan Amanah memberikan persaingan yang kompetitif dalam politik negara, biarpun Amanah masih baru.
v. Amanah memperjuangkan isu yang dekat di hati rakyat—keadilan sosial, hubungan kaum yang harmoni, kemiskinan dan lainnya. 
vi. Amanah masih membawa konsep Islam sepertimana PAS, tetapi dengan wajah yang sederhana dan lebih inklusif.

Begitulah hujah saya kenapa Amanah boleh kekal lama dalam politik negara. Tetapi alasan saya di atas tertakluk kepada kaveat berikut.

i. Pemimpin Amanah perlu lebih jelas dari segi hala tuju perjuangannya. Apakah Amanah sebagai alternatif kepada Pas, atau Amanah ada ‘produk baru’ yang ditawarkannya untuk rakyat?
ii. Amanah tidak boleh berdiri sendiri. Amanah perlu bergabung dengan parti-parti pembangkang yang lain sama ada itu dalam Pakatan Harapan atau lainnya.

Di akhir analisisnya, Kedudukan Amanah seterusnya dalam politik negara adalah bergantung kepada pencapaian Amanah dalam PRU-14. Sekiranya Amanah gagal membawa impak dalam PRU-14 nanti, maka jalan ke arah Amanah terkubur itu jelas.

Justeru, ke depannya Amanah memerlukan tindakan strategik yang penuh taktikal untuk mendapat sokongan rakyat dan kekal lama dalam politik negara.

Prof Mohammad Agus Yusoff

Najib, Hadi perlu berundur demi perpaduan Melayu, kata bekas menteri

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mestilah berundur daripada kepimpinan negara dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula harus meletakkan jawatan sebagai presiden PAS demi menjayakan perpaduan Melayu, kata Tan Sri Zainuddin Maidin.

Bekas menteri penerangan itu berkata, Najib dan Hadi sudah hilang kredibiliti dan tidak mempunyai kekuatan menjadi asas perpaduan antara PAS dan Umno untuk pemulihan maruah bangsa, agama dan ekonomi negara.

"Orang Melayu melihat gerakan ke arah perpaduan PAS dan Umno sekarang ini lebih kerana dorongan kepentingan survival masing-masing dan bukan memenuhi idealisme dan mimpi rakyat," katanya melalui blognya zamkata.blogspot.com semalam.

Zainuddin berkata, ketamakan kuasa dan kebencian melulu PAS terhadap Umno menjerumuskan parti Islam itu ke lembah kehinaan politik dengan penggadaian prinsip utamanya, iaitu penjualan maruah parti, bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermoral dan tidak Islamik.

Beliau memberi contoh kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang melihat Umno sebagai "biawak" tetapi tidak melihat diri parti Islam itu sebagai "ular berkepala dua".

Zainuddin merujuk kepada kenyataan Tuan Ibrahim sebelum ini yang menegaskan pendirian parti agar tidak sesekali menerima tawaran kerjasama dengan Umno walaupun dipelawa Najib kerana PAS tidak akan bersekongkol "memikul biawak hidup" sepertimana yang pernah diucapkan Hadi.

"Tuan Ibrahim masih mendabik dada terhadap kebersihan partinya tanpa menyedari ekornya bergelumang dengan najis," kata Zainuddin yang pernah memimpin Utusan Melayu satu ketika dulu.

"Menteri besar Kelantan menyatakan kesediaan PAS untuk memaafkan kesilapan Umno pada masa lalu tetapi rakyat di kalangan PAS dan juga Umno malah rakyat di luar kedua-dua parti ini tidak dapat melupakan kesilapan baru Umno dan pemimpinnya dalam isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan (wang derma) RM2.6 bilion."

Zainuddin berkata, tindakan pentadbiran Najib menggunakan media arus perdana untuk menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan dapat menutup fakta bekas perdana menteri itu disanjung rakyat Malaysia.

"Apa pun cerita disebarkan sama ada bersifat fitnah atau benar terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir, tidak akan dapat menutup suatu era pimpinannya yang tersohor, bergelora dengan kebanggaan dan semangat tinggi rakyat dan negara mendapat sanjungan luar.

"Sebaliknya sekarang rakyat merasa kehinaan diri atas beberapa isu terutama sekali keadaan ekonomi. Contoh paling kecil hakisan ringgit dari hari ke hari sedangkan PM membuat beberapa kali janji ringgit akan naik semula. Sekarang beliau tidak lagi berani mengulangi kenyataan ini," kata Zainuddin.

Bekas menteri itu berkata, rakyat Malaysia kini terasa hakisan moral apabila mahu berbelanja di luar negara.

"Di Thailand mereka diminta pekedai supaya menukarkan mata wang Malaysia kepada mata wang  ain lebih dahulu pada hal sebelum ini mata wang Malaysia menjadi rebutan.
"Membangkitkan cerita Dr Mahathir menolong saudara maranya dan menyalahgunakan wang negara adalah menelanjangkan 'cybertroopers' Najib setaraf dengan media sosial lain yang sering dikecam kerajaan sendiri kerana tidak menghormati etika kewartawanan," katanya. – 23 Disember, 2015.

Isu PTPTN: CUEPACS - Kalau baki gaji RM19 nak makan apa?

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mungkin akan menarik balik kebenaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) membuat pemotongan gaji untuk kakitangan awam, sekiranya agensi itu masih melaksanakan pemotongan maksimum.

Presiden Cuecpacs, Datuk Azih Muda melahirkan kekesalannya apabila ada kakitangan awam yang dipotong gaji pada kadar maksimum yang disifatkan sebagai tidak wajar.

"Ada slip gaji kakitangan awam yang tinggal sampai RM19, nak makan apa nanti? Gunakanlah kuasa sebaik-baiknya.

"Cuepacs juga mengingatkan, kami tidak akan teragak-agak untuk menarik balik keputusan benarkan penjawat awam potong gaji mereka untuk bayar PTPTN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Cuepacs 2015, semalam.

Azih turut mengingatkan PTPTN agar lebih bertimbang rasa terhadap kakitangan awam dalam melaksanakan pemotongan gaji agar kakitangan awam tidak terbeban dalam aspek kewangan.

Menurutnya lagi, ‎isu PTPTN adalah antara empat perkara yang menekan kehidupan kakitangan awam pada masa kini selain isu kenaikan kos sara hidup.

Berkaitan kos sara hidup, Azih menggesa Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) campur tangan secara serius dalam isu kenaikan harga barangan, terutamanya barangan dan perkhidmatan yang telah diberi pengecualian daripada dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Kami (Cuepacs) rasa kesal kerana kenaikan harga barang yang sepatutnya 0 peratus dalam GST, telah dinaikkan," katanya.

Nik Abduh - UMNO & PAS : ‘Benda baik kita perlu sokong’

PASIR MAS - "Ini bukan penyatuan tetapi hanyalah kerjasama." Itu tegas Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Muhamad Abduh Nik Abdul Aziz mengulas mengenai 'tali silaturahim' yang dihulurkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, kedua-dua pimpinan tertinggi parti Pas dan Umno itu faham yang dimaksudkan adalah kerjasama dan bukannya penyatuan seperti digembar-gemburkan.

Nik Muhamad Abduh berkata, Pas tetap kekal sebagai pembangkang, manakala Umno terus kekal sebagai pemerintah.

"Kerjasama Pas dan Umno ini adalah demi kepentingan agama dan rakyat.

"Sepanjang yang dibincangkan, kita tidak menyebut perihal gabungan antara Pas dan Umno," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada murid kurang berkemampuan di Parlimen Pasir Mas.

Menurutnya, kerjasama antara Pas dan Umno itu dijangka membuka dimensi baharu dalam landskap politik Malaysia pada masa akan datang.

Katanya, kerjasama itu akan membolehkan kedua-dua parti bersaing secara sihat dan lebih terbuka dalam usaha menarik sokongan rakyat.

"Jika Umno buat benda yang baik,  Pas akan sokong. Sebagai pembangkang, Pas tidak boleh asyik nak bangkang perkara baik yang dibuat oleh Umno dan itu bukan politik sihat.

"Begitu juga dengan Umno, jika Pas atau parti pembangkang lain membuat kebaikan, mereka perlu buat perkara yang sama iaitu tidak menyekat. Inilah yang kita mahukan iaitu berpolitik secara matang," katanya.

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh berkata, ramai yang mahu kedua-dua parti itu bergabung tetapi Pas telah menyatakan syarat iaitu berpegang kepada tali ALLAH.

"Kita lihat semua ahli politik menyeru ke arah perpaduan tetapi belum ada yang mengajak untuk berpegang kepada tali ALLAH.

"Hanya kita sahaja yang mengajak ke arah berpegang kepada tali ALLAH. Itu beza Pas dengan orang lain. Kita ajak bersatu dan asas kepada tali ALLAH. Pas berpisah dengan DAP sebab mereka tidak menghormati pendirian kita berpegang kepada tali ALLAH. Bila tak hormat kita keluarlah," katanya.

Mat Sabu - DAP lawan kerusi MCA..Yang Kalah MCA bukan UMNO..!!

Pas silap besar 'ceraikan' DAP, kata Mat Sabu

 Mohamad Sabu
PENDANG - Tindakan Pas 'menceraikan' DAP adalah satu kesilapan politik yang cukup besar, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, untuk memenangi pilihan raya, Pas mesti berkawan dengan semua pihak termasuk parti bukan Melayu.

"Bagi kita (Amanah), untuk sertai pilihan raya mesti bergabung. Tuduhan komunis dan syiah akan kita hadapi.

"Malah tuduhan sebagai 'barua DAP' itu juga terlalu kecil pada saya. Itu hak mereka nak tuduh," katanya kepada media.

Menurutnya, parti Islam serpihan Pas itu juga tidak mempunyai sebarang isu yang bertentangan Islam bersama DAP.

"Kita tiada pertentangan, itu cuma sentimen yang dimainkan oleh pihak tertentu. Macam mereka kata DAP akan perintah Malaysia kalau Umno kalah. Maknanya kalau DAP menang semua, MCA kalah semua.

"Malah gabungan PR juga menambahkan tujuh kerusi Melayu dalam Parlimen yang sepatutnya bukan Melayu yang menang melalui BN sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, perkara itu membuktikan bahawa gabungan yang disertai DAP dan PKR lebih menguatkan lagi kedudukan Melayu di Parlimen.

Selangor - Teksi percuma untuk ibu bersalin!

teksi
KUALA LUMPUR: Seangkatan 50 teksi menawarkan perkhidmatan teksi percuma untuk para ibu bersalin dilancarkan pada Selasa.

“Kita memperuntukkan kira-kira RM70 untuk setiap pesakit,” kata Pengerusi Lembaga Pelesenan Eksais Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk P Gunaseelan di majlis pelancaran projek itu di Dataran Merdeka.

“50 teksi yang dimiliki oleh Makkal Communication Fleet itu akan menyediakan perkhidmatan percuma 24 jam untuk ibu bersalin.”

Teksi itu akan mengambil pesakit dan menghantar mereka ke hospital kerajaan berdekatan untuk rawatan kecemasan, dan setiap teksi dijangka tiba dalam masa masa 20 minit selepas menerima panggilan.

Buat masa ini perkhidmatan percuma itu terhad dalam Kuala Lumpur. Gunaseelan berharap projek ini dapat diperluaskan ke seluruh Lembah Klang.

Fikir sebelum lapor orang berkhalwat

 naseer,khalwat
PETALING JAYA: Umat Islam seharusnya tidak terburu-buru membuat laporan kepada pihak berkuasa dalam kes khalwat sebaliknya berusaha menutup keaiban mereka.

Dalam kolum terbarunya di Sinar Harian hari ini, pensyarah di Jabatan Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdul Naser Tun Rahman berkata, ini kerana syariat Islam lebih mengutamakan sikap rahmat berbanding hukuman.

“Rakyat umum perlu dididik untuk sedar yang mereka ada hak menutup keaiban kawannya yang berkhalwat. Mereka tidak perlu rasa bersalah atau seolah-olah bersekongkol dengan mereka,” katanya yang lebih dikenali dengan nama Xifu Naser.

Beliau memberikan contoh peristiwa Nabi Muhammad yang enggan melayan seorang mengadu yang mengakui perbuatan khalwatnya, sehingga pengadu tersebut perlu mengekorinya dan mengadu beberapa kali.

Beberapa perkara Umno boleh laksana tanpa Pas


Datuk Tuan Ibrahim Tuan ManSHAH ALAM – Umno sebagai pemangkin pentadbiran dan pengurusan kerajaan harus melaksanakan beberapa perkara sebagai langkah pertama memperbaiki nama Islam dan negara, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Tuan Ibrahim, imej Islam ini bukan perlu dibaiki pada gaya pakaian atau negara sebaliknya melibatkan penghayatan ajaran Islam dalam pelbagai bidang.

“Saya cadangkan kerajaan hapuskan GST. Cukai ini bertentangan dengan Islam kerana orang fakir miskin turut dipaksa bayar cukai. Kerajaan juga perlu mengurangkan pembaziran dan salahguna dana kerajaan dengan mengambil tindakan tegas berdasarkan laporan audit terbaru.

“Kerajaan serta kementerian perlu kurangkan perbelanjaan dan hidup berjimat seperti yang terpaksa dilakukan rakyat dalam menghadapi kemelut kejatuhan harga minyak dan juga kenaikan kos hidup yang semakin meruncing,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menggesa Pas berfikir lebih daripada pertimbangan politik dalam mewujudkan kerjasama dengan Umno sekiranya mahu memartabatkan Islam.

Dewan Negara lulus RUU MKN

nsc,dewan-negara
KUALA LUMPUR: Pada Selasa malam, Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015, maka hanya perkenan Yang di-Pertuan Agong diperlukan untuk mengangkat RUU itu sebagai undang-undang.

Perbahasan RUU selama dua hari itu bermula Isnin sebahagian besarnya tertumpu kepada kebimbangan ia disalahguna oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengkritik RUU itu bimbang ia akan memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan situasi darurat tanpa perkenan Tuanku.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menegaskan kuasa untuk mengisytihar darurat merupakan kuasa mutlak Agong, dan Perdana Menteri hanya boleh mengumumkan “kawasan keselamatan” di satu-satu kawasan sahaja.

Ketika perbahasan berlangsung, beberapa senator Barisan Nasional bingkas mengkritik RUU itu dan menggesa pentadbiran Najib supaya mendengar suara bangkangan di Dewan Negeri yang khuatir dengan kesan luas undang-undang itu.

Alor Setar : Risiko jangkitan kencing tikus bukan sahaja di kawasan rekreasi & pusat peranginan

Risiko jangkitan kencing tikus

ALOR SETAR - Tanggapan penyakit Leptospirosis atau kencing tikus hanya berlaku di kawasan rekreasi, pusat peranginan dan air terjun perlu ditangkis, kerana ia boleh dijangkiti di mana-mana sahaja, terutama kawasan persekitaran yang kotor dan mengundang haiwan liar.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, jangkitan Leptospirosis bukan semata-mata wujud di kawasan rekreasi dan pusat peranginan, sebaliknya kawasan bandar seperti premis makanan, longkang, gudang penyimpanan makanan tidak terkecuali.

“Kawasan persekitaran yang kotor dan dipenuhi sisa makanan mengundang kehadiran haiwan liar seperti tikus, monyet, anjing, lipas, nyamuk untuk membuat sarang dan membiak.

"Selagi tahap kebersihan tidak diatasi, selagi itu risiko dijangkiti tetap ada,” katanya.

Menurutnya, jangkitan Leptospirosis sering dikaitkan dengan aspek persekitaran yang kotor di pusat rekreasi, peranginan, air terjun kerana kehadiran sisa makanan atau sikap pengunjung yang tidak ambil berat aspek kebersihan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...