TERKINI :

Sunday, December 20, 2015

Pas, Umno perlu bersama demi orang Melayu

SHAH ALAM - Pas dan Umno perlu ketepikan perbezaan dan cari persamaan untuk bekerja bersama di masa hadapan.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Fuad Othman berkata, ia perlu dilakukan demi kepentingan Islam dan orang Melayu di negara ini.

Menurutnya lagi, sepatutnya, kerjasama itu bukan sahaja dihulurkan kepada Pas, malah turut disuakan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) dan juga PKR.

“Sekiranya semua pihak ikhlas demi kepentingan Islam dan Melayu, mereka perlu berbuat demikian.

“Umat Islam perlu mencari jalan penyatuan, bahkan ajak sekali mereka yang ada dalam PKR dan Amanah,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Bagaimanapun katanya lagi, kerjasama tersebut perlulah disertai dengan perjanjian persefahaman bagi mengelakkan sebarang perselisihan di kemudian hari.

“Sekiranya penggabungan ini berlaku atas dasar penyatuan ummah dan tiada niat tersirat, ia pastinya suatu perkara yang dialu-alukan,” ujarnya lagi.

PERKASA mungkin ketepi BN, pilih PAS dalam PRU

Datuk Ibrahim Ali hari ini menegaskan PAS akan menjadi pilihan kumpulan pendesak Melayu PERKASA menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, presiden PERKASA itu berkata pilihan tersebut hanya akan dibuat sekiranya parti Islam itu berubah menjadi parti progresif.

Bekas anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata, pilihan raya lepas PERKASA memberikan sokongan jitu kepada Umno-BN.

Namun, PERKASA menetapkan bahawa pertubuhan itu tidak akan menyokong Umno lagi jika parti Melayu terbesar itu masih gagal memperbaiki kegagalan mereka.

"PERKASA tidak memberikan sokongan kepada mana-mana pihak, waima Umno, BN atas dorongan emosi dengan perkiraan semberono atau prinsip membuta tuli.

"Oleh sebab itu, pendirian PERKASA dalam PRU14, akan kami tentukan berdasarkan kajian terperinci dalam PRU14 kelak. Kita mempunyai dua pilihan, antara Umno dan PAS yang sudah memutuskan ikatannya dengan DAP.

"Jika menjelang PRU14, PAS tidak lagi beretorik dan menunjukkan kemampuan untuk membela hidup dan mati Melayu, PAS mampu jadi pilihan PERKASA,"kata Ibrahim dalam ucapan dasarnya pada mesyuarat agung PERKASA di Pusat Islam di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, Ibrahim berkata, Umno perlu menyelesaikan isu berbangkit seperti kenaikan kos sara hidup, pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST), dan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

"Ahli PERKASA pun ramai ahli Umno, tiada masalah. Sebaik sahaja Dewan Rakyat bubar, kita akan putuskan," katanya.

Sehubungan itu, PAS dan Umno katanya perlu bekerjasama bagi merealisasikan penubuhan Majlis Ukhwah Islamiah Nasional (Muin), susulan pertemuan bersama kepimpinan tertinggi PAS pada 13 Oktober lalu di pejabat agung parti Islam itu.

"Kami juga cadangkan penubuhan Muin sebab kami yakin ura-ura kerjasama antara PAS dan Umno mutakhir ini tidak mungkin menjadi kenyataan.

"Oleh demikian, kami harap PAS dan Umno akan 'berjiwa besar' untuk segera merealisasikan kewujudan Muin."

UMNO-PAS, Alang-alang Bekerjasama, Biar Terus Bersatu...

PAS, pergilah bersatu dengan Umno – Riesya H


Alhamdulillah, sudah terang lagi bersuluh. Resolusi sudah dibuat. Resolusi bukan daripada sebarang resolusi. Bukan daripada rakyat marhaen. Ini resolusi dari sekalian barisan mufti, kadi, hakim dan pemimpin.

Hakim dan pemimpin bukan sebarang pemimpin. Ini pemimpin keluaran Universiti Al Azhar, Mesir yang tersohor itu. Resolusi menyeru Umno dan PAS untuk bersatu.

PAS, pergilah bersatu

Jangan diremehkan resolusi dari orang besar, berjubah besar dan berserban besar sebegini. Jangan pula dihina presiden PAS. Bukan sebarang presiden, tetapi presiden bertaraf naib ketua ulama antarabangsa.

Jangan juga dihina perdana menteri yang sudah mencemar duli turun berbaju sedondon meraikan martabat presiden PAS.

PAS, pergilah bersatu

Kawan di sana sudah lama menunggu. Tidak manis membuat orang menunggu. Bak kata pepatah orang tua, jangan ditunggu lama-lama, nanti berputih mata.

Apabila TIMB PRESIDEN nak pertahankan PRESIDEN, maka habis semua nak ditemberangnya..!!!

TUAN IBRAHIM HENTIKAN TEMBERANG! (SUMBER)


Apakah yang telah di tegur secara berdepan oleh Hj Hadi keatas Najib?

1. Adakah Hj Hadi membuat teguran keatas ketirisan 1MDB RM42 Billion?

2. Adakah Hj Hadi menimbulkan persoalan siapakah Pak Arab Gila (seperti dakwaan Dr Mahathir) yang telah menderma kedalam akaun peribadi Najib dan kemana perginya wang tersebut? Sedangkan umum mengetahui Hj Hadi beria-ria mempertahankan Najib mengenai isu tersebut.

3. Adakah Hj Hadi mempersoalkan kos kenaikan harga minyak yang membebankan rakyat?

4. Adakah Hj Hadi mempersoalkan kos kenaikan sara hidup dan kos perkhidmatan?

5. Adakah Hj Hadi mempersoalkan kenapa RUU 'Private Bill' yang di dakwa hudud tidak dapat di bentangkan di dalam sidang Parlimen?

6. Adakah Hj Hadi mempersoalkan kenaikan harga tol lebuhraya?

7. Adakah Hj Hadi mempersoalkan kes pembunuhan Altantuya?

8. Adakah Hj Hadi mempersoalkan kenapa kerajaan Malaysia tidak pernah memohon maaf di atas kejadian 'Tragedi Memali'?

9. Adakah Hj Hadi turut mempersoalkan pembaziran yang di lakukan oleh Rosmah?

PAS sedia maaf, lupakan kesalahan Umno, kata setiausaha agung

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

PAS bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka, kata Datuk Takiyuddin Hassan.

Bercakap kepada pemberita di mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) ke-6 di Kuala Lumpur hari ini, setiausaha agung PAS itu berkata, memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti itu.

"Itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan ini.

"Ini bukan perkara baharu, ramai pemimpin lain masuk dalam PAS. Mereka ada kedudukan baik, diterima hati terbuka di kalangan ahli, sekarang ini antara parti kita akan laksanakan perkara sama," katanya kepada pemberita.

Ahli Parlimen Kota Baru itu turut berkata, PAS kini dalam proses memberikan penjelasan kepada ahli-ahli mereka berhubung kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu.

"Kita dalam proses untuk beri penjelasan menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat itu."

Katanya, susulan perkara itu masih baharu untuk ahli, PAS masih lagi berusaha untuk memberikan pemahaman yang jelas berhubung perkara itu.

"Boleh lihat benda baru ada suasana kefahaman masing-masing, pokoknya dalam PAS apa yang dibawa oleh presiden perlu bersikap kolektif atas nama parti, itu keputusan kolektif," katanya, merujuk kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Prinsip perjuangan PAS katanya adalah berlandaskan syariat Islam dan apabila terdapat pihak yang sama mempunyai prinsip sama PAS akan bersikap terbuka.

"Sepanjang masa PAS berjuang atas dasar itu apabila sampai ketika ada pihak lain yang mahu ambil prinsip sama dan bersikap terbuka menjayakan agenda bersama.

"Atas kata kuncinya perpaduan berdasarkan syariat kita sedia bersama dengan mana-mana pihak atas kebaikan orang Islam."

Takiyuddin bersama-sama pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali turut hadir bagi menjayakan mesyuarat agung tahunan Perkasa, hari ini.

Kedua-dua mereka juga diberikan tepukan gemuruh ahli-ahli Perkasa apabila Datuk Ibrahim Ali mengumumkan kehadiran pemimpin PAS itu. – 20 Disember, 2015.

Zahid yakin MAJLIS SYURA PAS akan setuju kerjasama UMNO/PAS dan yang dibawah akan wala'

Zahid yakin penentang kerjasama dalam PAS tunduk kepada Majlis Syura


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi optimis dengan keserasian kerjasama antara Umno dan PAS yang kini menurutnya berada di peringkat persefahaman walaupun belum menjurus kepada "pendekatan politik dengan ikatan organisasi".

Bercakap kepada Mingguan Malaysia dalam wawancara eksklusif, naib presiden Umno itu juga percaya mereka dalam PAS yang tidak bersetuju dengan kerjasama itu akan diurus menerusi Majlis Syura.

"Saya cukup yakin chemistry (keserasian) sudah wujud dalam pemimpin PAS dan Umno, walaupun kedengaran ada suara-suara menolak daripada PAS.

"Oleh kerana kita faham mereka mempunyai sistem syura yang cukup kuat, suara-suara yang tidak setuju ini akan bersetuju pada akhirnya.

"Saya yakin Umno tidak akan menghadapi masalah kerana kita sejak dahulu memang menghulurkan tangan untuk ini dilaksanakan bersama," katanya yang juga timbalan perdana menteri seperti dilaporkan edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini.

DAP akan menjadi dominan dalam barisan pembangkang atau kerajaan jika BN tumbang PRU14 nanti

Zulkifli Abdullah


Di waktu UMNO menghala serangannya kepada PAS dalam tahun 90an dahulu, PAS menjadi semakin kuat. Lagi kuat serangan dilakukan, lagi kuat kepimpinan PAS. Berbondong-bondong golongan profesional menyertai PAS. Bahkan golongan artis turut menyertai PAS. 

Walaupun tidak bersama PAS, sokongan tetap diberikan. Malahan golongan bukan Islam juga tidak ragu-ragu memberi undi kepada PAS. Mereka amat menghormati golongan agamawan kerana sentiasa dapat dibawa berbincang dalam segala hal. Sehingga tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS. Itulah hebatnya PAS ketika itu.

Kini, di ketika UMNO kuat memuji PAS, makin ramai dilihat meninggalkan PAS. PAS kelihatan layu dek belaian UMNO. PAS kelihatan begitu nyenyak tidur di atasa ribaan UMNO sambil bermimpi yang indah-indah. PAS dilihat lemah sekarang. Kerajaan Kelantan yang 20 tahun lebih dipertahankan oleh Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz pun sudah mulai nampak tanda-tanda akan tumbang.

PERKASA desak kerajaan BN timbang semula perjanjian TPPA

Irwan-Fahmi-Ideris,tppa
KUALA LUMPUR: Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak pemerintah supaya menimbang semula Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang bakal dimeterai pada tahun hadapan.

Ketuanya, Irwan Fahmi Ideris berkata tuntutan itu dibuat kerana pemeteraian TPPA merugikan rakyat dan negara.

Disebabkan itu, seramai 200 orang ahli Perkasa telah hadir dalam satu tunjuk perasaan di hadapan Kelab Sultan Sulaiman yang menuntut agar perjanjian TPPA itu disemak semula dan dibawa ke Parlimen.

“Kita minta kerajaan berterus terang isu TPPA dan minta kerajaan kaji semula apa yang ada daripada TPPA itu.

Jangan berpadu satu kaum sahaja – Azmin

 zmin,malaysia
KUALA SELANGOR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegur UMNO dan PAS bahawa perpaduan dan permuafakatan untuk menyelamatkan Malaysia perlu melibatkan seluruh rakyat.

Beliau menjelaskan semua kaum dan anutan perlu digerakkan supaya memainkan peranan.

“Jangan ambil sosok kaum kerana ini tidak membantu pembangunan negara. Kita mahu perpaduan semua rakyat Malaysia, soal perpaduan ini jangan diambil pertimbangan sesuatu kaum sahaja.

“Sekiranya Malaysia ingin maju kita mahu semua rakyat Malaysia bersatu-padu untuk menyelamatkan negara dan ekonomi itu pendirian yang harus diambil oleh semua pihak,” katanya kepada pemberita seusai Majlis Perasmian Agrofest 2015 peringkat negeri Selangor pada Sabtu.

Cilaka cina DAP....kamulah penyebab Melayu Mundur..!!!

 http://lh3.googleusercontent.com/-0xgufEgRBJE/VnNqZmlJSUI/AAAAAAAAkrY/SoG8I2NJzeA/s640/IMG-20151218-WA0000.jpg
Org malayu tak payah salahkan org cina.... org cina jadi begitu kerana umno bn yg bagi mereka hak istimewa di beri menguasai bandar dn ekonomi.....

sekarang bila mereka berjaya mengapa nak salahkan mereka, cuba dulu umno bn bagi org malayu menguasai bandar dn ekonomi pasti semua bandar hak org malayu..

cuba kamu lihat bandar tempat kamu org malayu ke yg punya.......??

Yang Dipertuan Agong Melayu...
Raja-Raja Melayu...
Gabenor-Gabenor Melayu...
Gabenor Bank Negara Melayu...

Perdana Menteri Melayu...
Menteri Kewangan Melayu...
Menteri Pendidikan Melayu...
Menteri Pertahanan Melayu...

'Hakim tak boleh takut' walaupun berdepan dengan eksekutif "berkuasa"



Hakim tidak boleh takut menerapkan kebebasan supaya dihormati walaupun berdepan dengan eksekutif "berkuasa" kata Tan Sri Mohd Hishamudin Mohd Yunus.

Menurut bekas hakim mahkamah rayuan itu seseorang hakim mesti cukup berani dan benar-benar besar bertindak dalam membuat keputusan.

"Apakah yang dimahukan seseorang hakim? Adakah mereka mahu dihormati atau mereka mahu dipandang rendah oleh rakyat?

"Memanglah ada eksekutif berkuasa perlu dihadapi yang berkuasa membuat lantikan, menaikkan pangkat, malah memecat hakim seperti dalam kes Tun Salleh Abbas, Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh dan Datuk George Seah," katanya di satu forum anjuran Majlis Peguam Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Henti sebar berita tumbuhan beracun

USM

GEORGETOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini meminta pihak yang menyebarkan berita berhubung dakwaan terdapat tumbuhan beracun yang menyebabkan kematian agar membuat aduan rasmi berserta bukti.

Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam USM, Mohamad Abdullah berkata, pihaknya menerima banyak pertanyaan berhubung kajian sejenis tumbuhan yang didakwa telah mengakibatkan kematian yang menjadi viral di laman sosial.

"Membuat viral tanpa bukti yang sahih seperti ini hanya akan menimbulkan masalah. USM sedia membuat siasatan rapi dengan kepakaran yang ada di Pusat Pengajian Sains Kajihayat mahupun bidang-bidang lain yang berkaitan," katanya dalam kenyataan hari ini.

"USM juga memohon agar penyebaran maklumat ini dihentikan segera sehingga kita mempunyai bukti sahih untuk menjelaskan tentang dakwaan itu," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...