TERKINI :

Saturday, December 19, 2015

Warkah kpd Yb Ustaz Nik Abduh, antara bersatu atas Islam dan politik atau poket sendiri..!

Assalamualaikum yb ustaz,

Ramai akar umbi PAS agak pelik dgn pimpinan PAS pusat skrg yg agak baik dgn Umno serta mengeluarkan kenyataan seperti PAS dan Umno bakal bergabung.

Di kelantan kerajaan negeri di bawah Pas perlu hanya ada satu musuh iaitu Umno. Jd saya harap Pas Kelantan tidak akan berkongsi kuasa pemerintahan bersama Umno. Ingatlah peristiwa lalu yg telah menunjukkan byk kemungkaran Umno.

Sedarlah bhw Umno berbaik dgn Pas kerana Umno sekarang sudah hilang sokongan orang Melayu. Harap yb ustaz dpt meneruskan perjuangan Almarhum Tok Guru Nik Aziz bg menegakkan hukum Hudud.

Ingat pesan Almarhum Tok Guru Fadzil Noor bhw sekiranya musuh buat baik dgn kita pasti ada yg tak kena dan apa yg kita faham dlm konteks politik musuh itu ditujukan pd Umno setelah Umno menjadi dalang sebalik Peristiwa Memali dan Lubuk Merbau.

Ya, bukan selamanya Pas dan Umno hendak bermusuh tp adakah Umno akan mengubah dasar sekular bersifat kebangsaan kpd dasar Islam yg berpandukan Al Quran dan Sunnah.

Bersatu untuk kepentingan Islam tidak mengapa tapi jgn sesekali bersatu atas politik atau poket sendiri.

Muhd Abrar Sadiq

AMANAH teruskan perjuangan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) adalah sebuah parti Islam yang memperjuangkan keadilan dan menentang kemungkaran. Ia adalah perjuangan yang bersiri dan bersambungan sehingga ke hari kiamat.

2. Perjuangan untuk menegakkan ma'ruf dan menentang kemungkaran akan berlaku setiap masa dan setiap ketika. Ada kalanya kita ditegur dalam perjuangan dan ada ketikanya kita menegur orang lain.

3. Kita mengkritik orang lain, dan kita menentang orang lain kerana mereka melakukan kesilapan dan kemungkaran. Kita juga tidak terlepas dari perkara sama. Maka sesama kita juga perlu tegur menegur. Inilah apa yang dipanggil muhasabah. Pesan memesan di atas perkara yang hak dan berpesan dengan kesabaran.

4. Kita jangan berasa gusar dengan perubahan politik dan suasana yang berlaku kepada musuh politik kita atau rakan kita kerana perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kemungkaran tidak ada batas waktu dan ketika.

5. Ingat, ulamak-ulamak hebat dan muktabar muncul ketika negara Islam beroperasi ketika itu, sama ada kerajaan Islam berada di bawah kerajaan Umayyah atau Abbasiyah atau pun kerajaan pimpinan Uthmaniyyah Turki.

6. Imam-imam yang hebat, seperti Imam Syafie, Iman Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Nawawi, dan ulamak-ulamak muktabar yang lain, mereka menegakkan ma'ruf dan menentang kemungkaran tanpa mengira waktu, masa, zaman dan tempat.

7. Justeru itu, perjuangan parti AMANAH sentiasa berada di persada tanah air dan muka bumi ini terus bersifat menyeru kepada yang ma'ruf dan menentang kemungkaran dan sedia untuk dikritik oleh mereka yang tidak bersetuju dengan kita.

8. Perubahan politik berlaku setiap waktu dan ketika. Kadang-kadang pihak musuh menjadi kecil dan ada kalanya mereka menjadi besar. Ingat, jihad yang paling afdal ialah jihad menyatakan kebenaran dihadapan pemerintah yang zalim dan bukan di hadapan mereka yang telah berpencen.

9. Selamat maju jaya kepada semua pimpinan, ahli, dan penyokong AMANAH, penyokong Pakatan Harapan dan seterusnya seluruh rakyat Malaysia.‎

"Harapan Baru"

HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
19 Disember 2015
07 Rabi'ul Awwal 1437H

PERKASA sindir Umno?

Genap seminggu selepas Umno menamatkan perhimpunan agung tahunannya - dan timbalan presiden parti itu dilarang berucap - hari ini pertubuhan PERKASA tampil dengan sindiran tajam.

Menolak kebiasaan, persidangan khas tahunan sayap Wira pertubuhan berkenaan yang biasanya dirasmikan oleh pemimpin tertinggi, hari ini dirasmikan oleh naib presidennya saja.

Dalam ucapan perasmiannya, Naib Presiden PERKASA Syed Osman Syed Mansor berkata pertubuhan berkenaan membuktikan mereka bersifat inklusif dan bukan seperti "pertubuhan lain".

"PERKASA ni lain sikit daripada pertubuhan lain apabila seorang naib presiden boleh rasmikan mesyuarat sayap.

"Ada sesetengah pertubuhan, naib presiden pun tak boleh merasmikan sayapnya," katanya tanpa menamakan mana-mana pertubuhan dimaksudkan.

Keyataan itu dibuat Syed Osman ketika beliau merasmikan Persidangan Khas Tahunan Wira PERKASA 2015 di ibu negara.

Minggu lalu ketika persidangan tahunan Umno berlangsung salah seorang pemimpin tertinggi parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak diberi ruang untuk berucap seperti selalu.

Mengikut kebiasaan, seorang timbalan presiden diberi penghormatan merasmikan mesyuarat sayap pemuda, wanita dan puteri, selain peluang menggulung perbahasan di akhir hari persidangan.

Namun Muhyiddin yang diketepikan - dan berasa dirinya mahu dijadikan 'tunggul' - tidak mendapat peluang itu kali ini.

Umno kini berdepan dengan kritikan pelbagai pihak termasuk dari dalam parti itu sendiri.

Muhyiddin adalah salah seorang tokoh yang dilihat berani menongkah arus dan berselisih pendapat dengan bosnya, Datuk Seri Najib Razak.

Turut berpendirian begitu ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

PERKASA kini dipimpin Datuk Ibrahim Ali yang juga salah seorang penyokong tegar Dr Mahathir.

Najib dilihat semakin terdesak, dakwa AMK

KOTA BHARU -  Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan pelawaan kali kedua Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalinkan kerjasama politik dengan Pas seperti tindakan yang tertekan.

Ketua AMK negeri, Dr Hafidz Rizal berkata, kesungguhan itu dilihat hanya pada satu pihak sahaja dan BN seperti ‘berkeseorangan’, selain tidak mengikut saluran betul.

Menurutnya, Perhimpunan Agung Umno juga tidak jelas apabila hanya Najib sahaja yang berucap.

"Sepatutnya mereka kena selesaikan dahulu kesepakatan dalam BN sebelum mengorak langkah dalam isu bergabung dengan Pas.

“Najib seperti tertekan dan terancam. Beliau juga diserang bertubi-tubi oleh pimpinan Umno sendiri, jika benar nak bergabung jangan hanya ajak Pas, jemput semua parti pembangkang lain bagi membantu negara capai wawasan 2020 yang masih berbaki lima tahun," katanya kepada Sinar Harian.

Hafidz mengulas tindakan Najib yang sekali lagi mengajak Pas bergabung dengan parti itu dan kali ini hasrat itu disuarakan di hadapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar.

Menurutnya, tindakan itu menampakkan Najib semakin terdesak untuk menarik perhatian dalam isu terbaru, di saat beliau dihimpit pelbagai kontroversi membabitkan isu derma RM2.6 bilion.

“Kalau nak bergabung ajaklah secara keseluruhan, jika begini macam ada yang tidak kena. Pas bagaimanapun memberikan respons cukup baik, di mana sentiasa menghormati PKR, menjaga keutuhan hubungan dalam PR,” katanya.

Langkawi perlu muncul sebagai 'Monaco Timur'


LANGKAWI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu lebih banyak usaha dilakukan untuk menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan mewah di rantau ini.

Berucap pada majlis Anugerah Pelancongan Langkawi 2015 di sini, beliau berkata usaha menjadikan Langkawi sebagai 'Monaco Timur' untuk pelancong mewah harus dilakukan, sambil mengekalkan tarikan kepada pelancongan massa.

"Saya mahu melihat Langkawi muncul sebagai 'Monaco Timur' untuk pelancongan mewah sambil mengekalkan tarikannya kepada pelancongan massa.

"Saya mahu melihat pembangunan dua peringkat di Langkawi, satu untuk pelancongan massa dan satu lagi untuk pelancongan mewah," katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) pada Jumaat.

Beliau berkata usaha menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan mewah untuk golongan berada mampu menyuntik pelbagai kesan kepada ekonomi tempatan seperti mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi dan sebagainya.

SkyGlide tarikan terbaru kereta kabel Langkawi

 SkyGlide
KERETA kabel Langkawi antara tarikan popular dan menjadi destinasi wajib pelancong jika berkunjung ke pulau legenda itu.

Dalam usaha menambah tarikan pelancong, terbaharu, Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLBS) menawarkan SkyGlide iaitu kabin pengangkutan yang membolehkan pengunjung melawat titian gantung atau SkyBridge tanpa perlu berjalan kaki.

Melalui laman web syarikat itu, walaupun berjalan kaki untuk ke SkyBridge adalah menyeronokkan tetapi ia agak mencabar terutamanya kepada warga emas dan kanak-kanak.

Oleh itu, dengan SkyGlide pengunjung akan mempunyai cara yang lebih cepat dan mudah untuk melawat SkyBridge dimana sebelum ini pengunjung perlu berjalan kaki melalui denai hutan lebih kurang 10 minit.

SkyGlide adalah jenis kabin pengangkutan yang boleh bergerak ke atas dan ke bawah mengikut tahap cenderung tertentu dan boleh memuatkan 12 penumpang atau 1050 kilogram beban bagi setiap perjalanan yang mengambil masa hanya 2 minit.

Kisah drebar jadi jutawan

https://pbs.twimg.com/media/COWnUU0U8AANSt5.jpg
TENGAH hari kelmarin, saya terserempak dengan Samad Kinto di sebuah kedai mamak di Sungai Buloh. Kalaulah lelaki berusia 45 tahun itu benda, saya boleh anggap dia adalah benda ajaib yang kelapan di dunia.

Tetapi oleh kerana Samad orang, manusia seperti kita, dia tidaklah boleh dianggap sebegitu ajaib kerana ramai lagi orang yang lebih ajaib berbanding dia. Malah ada orang yang keajaibannya jauh lebih power berbanding Samad kerana berupaya mendapat derma berbilion ringgit daripada orang lain.

Apa pun, bagi saya Samad Kinto tetap seorang yang ajaib.

Sepanjang hidupnya, Samad yang bersekolah setakat tingkatan lima dengan keputusan SPM gagal Bahasa Inggeris dan Matematik pernah bekerja sebagai pembantu kantin, pengangkat sampah, pemotong rumput, buruh binaan dan pembantu van. Pekerjaan paling selesa baginya sebelum ini ialah pemandu kepada seorang pengarah syarikat.

Itulah sumber rezekinya hingga dia berkahwin dan beranak-pinak.

Pada Jun 2008, Samad berhenti kerja pemandu setelah berkhidmat selama 10 tahun dengan gaji terakhir RM1,516. Ketika dia berhenti kerja, wang dalam akaun banknya hanya RM53.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...