TERKINI :

Friday, December 18, 2015

MyWatch: Pusat maksiat hanya 300 meter dari IPK KL

R-Sanjeevan,spa
PETALING JAYA: Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) mendakwa sebuah spa di ibu negara telah menjalankan aktiviti maksiat dengan berselindung atas nama pusat urut.

Pengerusinya, Datuk R. Sri Sanjeevan menyatakan, premis tersebut telah menjalankan aktiviti pelacuran, jual beli dadah dan tempat berkumpul ahli-ahli kongsi gelap tetapi tidak diserbu pihak berkuasa.

“Pusat maksiat yang diberi nama Saboon Spa ini beroperasi sejak sekian lama tanpa pernah diserbu oleh pihak berkuasa. Pemiliknya adalah seorang lelaki berbangsa Cina yang dikenali sebagai Leng Chai (Lelaki Tampan).

“Berselindung di sebalik nama pusat urut, premis ini turut menyajikan aktiviti pelacuran, jual beli dadah, dan tempat berkumpulnya para kongsi gelap yang ada diantaranya sedang diburu pihak polis,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tak boleh harap gaji bulanan sahaja sekarang nie..!!!

Tak boleh harap gaji bulanan sahaja sekarang

SHAH ALAM - Terpaksa buat dua kerja dalam satu masa untuk tampung kos sara hidup. Itu realiti bagi mereka yang hidup berkeluarga dan tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Hakikat yang terpaksa ditelan jika mahu hidup sedikit senang. Tidak boleh harap makan gaji bulan semata-mata kerana memang tidak cukup!

Bagi seorang kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Muhammad Firdaus Radzi, 26, dia perlu melakukan dua pekerjaan dalam masa sehari bagi menampung kos perbelanjaan yang semakin meningkat saban hari bagi menampung kos kehidupan di bandar.

“Saya menetap di Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu, dan disebabkan oleh gaji yang tidak mencukupi, saya terpaksa membuka perniagaan menjual burger selepas waktu bekerja bagi menambah pendapatan sedia ada,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Firdaus berkata, dia yang baru sahaja berkahwin pada Oktober lalu perlu melakukan dua pekerjaan memandangkan isterinya kini masih berusaha mencari kerja bagi membantu menambah pendapatan mereka sekeluarga.

Perpaduan Melayu bukan sahaja hanya Pas dengan Umno

SUARA PAGI


Cadangan Al Alumni Azhar untuk menubuhkan Jawatankuasa sebagai pihak ketiga untuk mebentuk plat form penyatuan Umno dengan Pas, bukan perkara sukar dilakukan. Sebelum ini pun berbagai-bagai jawatankuasa atau pun entiti, dan individu telah berusaha untuk menyatukan kedua parti berkenaan demi kepentingan bersama, tetapi gagal.

Bahkan ada golongan agamawan termasuk Mufti juga pernah berusaha ke arah itu, sehingga ada seorang Mufti sanggup bekereta waktu malam dalam hujan lebat semata-mata untuk melihat wujudnya kerajaan bersama di antara Pas dengan Umno pada tahun 2008. Tetapi ia juga gagal.

Untuk merealisasikan kerjasama yang indah itu, ia bukan boleh diimplimen oleh jawatankuasa atau pun mana-mana pihak dengan menjadi mediator. Orang ketiga hanya boleh menyata dan melaungkan keindahan natijah penyatuan itu,Titik tolak akhir yang akan menentukan apakah kerjasama itu jadi, wajar atau tidak ialah ahli parti itu sendiri. Ahli yang berhak menyuarakan dan menentukan apakah agenda itu cukup penting atau sebaliknya.

'Bekas MP Pas Baling sokong perpaduan Umno-Pas'

Umno-Pas
KUALA LUMPUR- Bekas Ahli Parlimen Pas, Datuk Taib Azamuddin Md Taib mengharapkan agar kesatuan politik‎ dapat dijalinkan antara Pas dan Umno.

Katanya, semua pihak perlu mengetepikan sejarah silam dan bergerak ke hadapan dalam usaha untuk membolehkan perpaduan ini berlaku.

"Kalau kita nak ambil kira cerita-cerita lama ini maka sudah tentunya tidak ada sesiapa pun yang sempurna.

"Sebagai orang Islam kita tidak boleh tidak berjumpa yang mana ia adalah merentasi ideologi seseorang itu.

"Islam tidak bawa kepada permusuhan sesama sendiri manakala politik pula hanyalah satu pendekatan yang digunakan sedangkan umat Islam hanya boleh menentang melibatkan aqidah, dasar dan prinsip," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, di Hotel Grand Seasons hari ini.

Pusat latihan golf YaPEIM telah ditutup

 input-yapeim
PETALING JAYA: Pintu kaca premis yang didakwa menempatkan simulator golf milik agensi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) berkunci, manakala kandungannya telah dikosongkan kecuali beberapa perabot dan sampah-sarap.

Krew FMT turun ke Menteri Business Park pada Jumaat untuk melihat sendiri simulator yang diuar-uarkan oleh National Oversight and Whistleblowers Centre (NOW).

Hanya seorang penjaga tempat letak kenderaan yang berada di situ.

“YaPEIM ini macam nak buang duit,” kata Ishak Awang Kechik, yang menjaga kawasan itu sejak 13 tahun lepas.

“Saya tengok tiap-tiap hari, orang yang nak datang (ke pusat latihan) itu tidak ada. Cuma pekerjanya sahaja ada…dalam dua, tiga orang,” katanya.

Menurut Ishak lagi, Pusat Latihan Input Golf itu telah ditutup antara bulan Jun dan Julai lalu, serta peralatan-peralatan sukan juga telah dipindahkan dan premis itu terbiar kosong.

Mufti Kedah : Saya sokong Umno, Pas bertaut semula

Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad

KUALA LUMPUR - Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad menzahirkan sokongan penuh sekiranya Pas dan Umno ingin menjalinkan kerjasama politik yang lebih serius.

Menurutnya, dengan kerjasama itu, perpaduan umat Islam di negara ini akan lebih erat berbanding suasana ketika ini.

"ALLAHUAKBAR, saya selaku Mufti Kedah amat menyokong sebab inilah kita harap supaya perpaduan kita sesama umat Islam lebih erat.

"Kita umat Islam di Malaysia bangsa Melayu walaupun kita hidup dengan masyarakat majmuk tetapi orang Melayu dan Islam ini tidak boleh dipisahkan oleh dua buah parti ini (Pas-Umno)  sahaja wakili Melayu Islam.

"Oleh itu, kalau bolehlah pucuk pimpinan dua parti ini bertaut semula saya selaku mufti amat menyokong menjunjung sikap ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di program Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Hotel Grand Seasons, di sini, hari ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam sekali lagi mengajak Pas untuk bergabung dengan parti itu demi perpaduan ummah.

Alumni Al-Azhar juga turut bersetuju mewujudkan sebuah jawatankuasa yang akan menjadi pihak ketiga menyediakan platform penyatuan pemimpin Umno dan Pas dalam satu pentas yang sama.

Mengulas lanjut, Muhamad Baderudin turut memberi cadangan bagi merintis ‎perjalanan tersebut.

"Sebagai contoh, misalnya dalam  rumah tangga  ‎kita jangan hanya cari kesalahan orang.

"Nabi ajar kesalahan kita maafkan, doa bagi hidayah kalau kita cari kesalahan orang sampai bila tak selesai masalah," katanya.

‎Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai pendirian Pas yang tidak mahu jatuh ke dalam lubang yang sama kerana pernah 'terkena' suatu ketika dahulu, Muhamad Baderudin berharap, Pas dapat berjiwa besar untuk melupakan peristiwa itu.‎

"Harap kita boleh duduk semeja berfikir tenang, jangan pakai emosi.

"Bagi saya , perpecahan dalam parti ini lebih mendatangkan mudarat kepada kemaslahatan ummah," katanya.

Multaqa lulus 7 resolusi, seru Umno-Pas bersatu

Sekali lagi Najib ajak Abdul Hadi bersatu

KUALA LUMPUR - Tujuh resolusi dimuktamadkan dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang antaranya menyeru kerjasama politik antara Pas dan Umno.

Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WAAGM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul berkata, seruan itu penting kerana ia boleh membawa kepada perpaduan umat  Islam yang lebih baik dan harmoni.

"Multaqa Serantau memutuskan tujuh resolusi, iaitu mengajak umat Islam agar bersatu, menjaga adab dalam berbeza pendapat, mewujudkan satu jawatankuasa penaja untuk mengadakan pertemuan berkala antara Pas-Umno," katanya ketika menyampaikan resolusi itu di Hotel Grand Seasons, di sini, hari ini.

Semalam, Alumni Al-Azhar bersetuju mewujudkan sebuah jawatankuasa yang akan menjadi pihak ketiga menyediakan platform penyatuan pemimpin Umno dan Pas dalam satu pentas yang sama.

Mohd Fakhrudin menyatakan persetujuan itu ketika cadangan dilontarkan oleh Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Johan Jaaffar yang menjadi moderator forum Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi bersempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015.

Mengulas lanjut, ‎Mohd Fakhrudin berkata, perpaduan antara Pas dan Umno ditekankan dalam resolusi ini kerana sudah tiba masanya umat Islam bertaut sepertimana yang diajar oleh Nabi SAW.

"Umno dan Pas perlu bekerjasama ‎demi kebaikan ummah, perbezaan ideologi politik harus diangkat sebagai kelainan pendekatan.

"Ia tidak semestinya dileburkan menjadi satu namun perbincangan dan dialog secara efektif dan berterusan harus dilakukan agar wujud keakraban hubungan dan pandangan. (Pas-Umno) hadapi cabaran, tentang ideologi barat dan ideologi asing," katanya.

Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini.

UMNO beritahu MCA, parti lain janganlah cemburu

Muzakarah

KOTA BHARU – MCA atau mana-mana parti komponen BN tidak perlu cemburu atau salah sangka dengan penyatuan umat Islam jika benar Pas mahu bekerjasama dengan Umno, kata Ketua Penerangan BN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad.

Menurutnya, semua pihak dinasihatkan untuk bercakap mengikut sempadan, tidak biadab dan tidak menyimpan rasa curiga kepada penyatuan itu kerana masyarakat Islam selama ini tidak pernah merasakan perkara yang sama dan menghormati orang bukan Islam.

"Orang Islam baik Umno mahu pun Pas tidak pernah ada usaha memaksa orang Cina jadi Melayu atau memeluk Islam. Perpaduan orang Islam di Malaysia akan membawa kepada kebahagiaan untuk semua kaum. Huru-hara Islam, maka huru-hara semua orang di Malaysia.

"Jika orang Melayu bersatu, ia akan bawa faedah yang besar juga kepada orang bukan Melayu. MCA tidak perlu curiga, kaya orang Melayu, kaya juga orang lain di Malaysia ini, dan sebaliknya. Berpeganglah kepada toleransi sedia ada yang telah membuktikan kejayaan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang didakwa sebagai berkata, pihaknya tidak akan masuk campur dalam sebarang urusan melibatkan pendamaian Pas dan Umno.

Katanya, jika Umno berhasrat membawa Pas menyertai BN, MCA mahu ia dibawa ke Majlis Tertinggi BN untuk dibincangkan dan pihaknya tidak akan bersetuju jika Pas masih tetap mahu melaksanakan hudud.

Md Alwi berkata, pihak yang berkenaan perlu memahami secara lebih meluas mengenai pelaksanaan hudud yang mahu dilakukan Pas, kerana ia tidak melibatkan orang bukan Islam.

Beliau berkata, Tiong Lai sepatutnya memikirkan cara yang terbaik untuk menguatkan MCA, daripada terus mengeluarkan kenyataan tanpa memahami dengan jelas apa yang orang Islam mahu laksanakan mengikut perintah ALLAH SWT.

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan, tidak pernah ada kerjasama politik (Umno) dengan Pas, malah jauh sekali untuk menyertai BN, tetapi masyarakat Islam berbaik sangka dan bersama-sama bila bercakap hal Islam.

"Jangan pertikai, jangan cemburu, jangan curiga, jangan masuk campur, kami sentiasa solat satu masjid, baca al-Quran yang sama, puasa bulan Ramadhan dan ke Makkah bersama-sama, dan taat kepada Sultan yang sama. Apa yang hendak dipertikai?," katanya.

Ketua Dewan Ulama Pas - Mahu agenda perpaduan diperhalusi

Mahu agenda perpaduan diperhalusi
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed membentangkan kertas kerja bertajuk "Perpaduan Ummah dan Kepentingan Dari Perspektif Ulama" pada Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mahfodz Mohamed hari ini melahirkan harapan agar 'tali perpaduan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pas dapat dilaksanakan selari dengan syiar Islam.

Namun, beliau berkata perkara itu harus diperhalusi dengan perbincangan yang berterusan antara kedua-dua pihak supaya ikatan itu dapat dijayakan demi kepentingan umat Islam di negara ini.

"Kalau nak tunjukkan Perdana Menteri ada kesungguhan, mesti ada tindakan susulan ini...maknanya kalau betul ikhlas, tunjukkan pelaksanaan ucapannya.

"Pas belum buat apa-apa keputusan, cuma tok guru (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dah nyatakan dari segi prinsipnya itu, kita kena dekatkan lagi hubungan berasaskan kepada 'Tali ALLAH'," katanya ketika ditemui pemberita selepas mendengar ucapan perasmian Najib di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, di sini hari ini.

Kedah tawar kenaikan pangkat buat Marcote Pequeno

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menawarkan 'kenaikan pangkat' kepada jurulatih kecergasan, Ramon Marcote Pequeno untuk terus bersama pasukan itu musim depan.

Perkara itu disahkan Setiausaha Kehormat KFA, Aminuddin Omar yang menjelaskan tawaran kontrak selama setahun sebagai penolong jurulatih diberikan kepada Pequeno selepas melihat kemampuannya sepanjang memikul tugas selaku jurulatih sementara Helang Merah.

Bagaimanapun, Aminuddin berkata, Pequeno masih belum memberi kata putus mengenai tawaran itu dan kini sedang bercuti di negara kelahirannya, Sepanyol.

"KFA menawarkan jawatan penolong jurulatih kepada Pequeno berbanding sebelum ini dia bertugas sebagai jurulatih kecergasan.

"Ketika ini dia sedang bercuti dan kami masih menunggu jawapan daripada Pequeno sama ada mahu menerima tawaran itu atau sebaliknya.

"Mengenai Tan Cheng Hoe pula, dia kekal sebagai ketua jurulatih dengan kontraknya masih berbaki setahun bersama Kedah," katanya.

Pequeno diberi tanggungjawab mengendali sementara skuad Helang Merah berikutan ketiadaan Cheng Hoe yang menjalani kursus lanjutan kejurulatihan pro di China pertengahan bulan lalu.

Pequeno membuktikan kemampuannya selepas berjaya membawa Helang Merah ke perlawanan akhir Piala Malaysia dengan mengenepikan cabaran PKNS FC dan FELDA United FC di peringkat suku dan separuh akhir.

Sementara itu, Pequeno menyuarakan kesediaannya untuk kembali ke Malaysia musim depan sekiranya menerima tawaran daripada mana-mana pasukan termasuk skuad Helang Merah.

"Sekarang saya sedang bercuti dan saya akan pertimbang mana-mana tawaran untuk aksi musim depan sama ada dari Malaysia atau mana-mana kelab lain," katanya.

Hulur tangan tidak bermakna perlu talian hayat

ALOR SETAR - Umno menghulurkan tangan kerjasama kepada Pas bukan bermakna parti pemerintah itu sedang lemah dan memerlukan talian hayat menjelang PRU14.

Setiausaha Umno Kedah, Datuk Othman Aziz berkata, ia bukan sekadar tindakan parti politik tetapi secara keseluruhannya melibatkan soal Melayu dan Islam.

“Kita sedar kemelut yang dihadapi dan kelemahan yang sedang dilalui. Tapi apabila Umno hulur tangan untuk bersama (Pas), sebelah pihak pula kata Umno merasa sudah lemah dan minta talian hayat.

“Ini tidak betul. Kita bimbang jika perkara seumpama ini berterusan, kita mungkin akan berputih mata seperti kata pepatah ‘buang tangga, berayun kaki’,” katanya selepas menyampaikan sijil tauliah wakil Pengerusi Wilayah II dan IV, biasiswa kecil dan anugerah pelajar cemerlang Mada 2014/2015 di Ibu Pejabat Mada, Ampang Jajar, hari ini.

Menurutnya, semua pihak seharusnya mengetepikan ego masing-masing sebaliknya mengamalkan hati mulia dan berjiwa besar untuk duduk bersama melihat isu sebenar.

“Umno tidak lemah, Umno hebat. Tapi walaupun kita tidak lemah, kita tahu cabaran yang mendatang.

“Atas semangat ukhuwah Islamiah itulah kita panggil mereka (Pas). Tetapi jangan kata kita panggil mereka sebab kita lemah,” katanya.

Beliau berkata, tangan yang dihulurkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada parti Islam itu juga bukan bermakna mereka sebuah parti politik yang kuat.

“Mereka (Pas) pun tidak kuat. Tapi janganlah kerana pihak ini lemah, itu pun lemah. Akhirnya akan berpecah juga.

“Tapi kita tidak pandang itu semua. Kita pandang soal perjuangan ummah. Janganlah bila Najib buat jemputan untuk ajar bersembang, dikatakan kita lemah,” katanya.

Menurutnya, individu yang menyifatkan Umno semakin lemah seolah-olah tidak mempunyai jiwa besar dan bukan seorang pejuang.

“Kalaupun ada pergeseran dan salah faham, duduklah dulu berbincang. Kalau Pas kata DAP lebih baik untuk berkawan, pergilah berkawan dengan mereka.

“Tapi apa nak jadi, takkanlah mereka tidak tahu permainan DAP kepada Pas. Takkanlah mereka tidak tahu perpecahan Pas hari ini kerana DAP,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun bagaimanapun tidak mahu menyentuh lanjut isu yang melanda Pas dan DAP selain meminta pihak berkenaan menarik semula kenyataan bahawa Umno menghulurkan tangan kepada Pas kerana memerlukan talian hayat.

“Kita harap perkara yang berlalu dijadikan sebagai pedoman,” katanya.

Semalam, Pas Kedah menyifatkan tindakan Umno yang menghulurkan tangan untuk berbaik dengan parti Islam itu umpama meminta nyawa pada masanya sedang  menghadapi sakarul maut.

Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, perhimpunan agung Umno minggu lalu turut menyerlahkan masalah besar yang sedang melanda parti berkenaan.

Umno umpama minta nyawa ketika sakaratul maut

ALOR SETAR - Pas Kedah menyifatkan tindakan Umno yang menghulurkan tangan untuk berbaik dengan parti Islam itu umpama meminta nyawa pada masa Umno sedang menghadapi sakaratul maut.

Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, perhimpunan agung Umno minggu lalu turut menyerlahkan masalah besar yang sedang melanda parti berkenaan.

“Sekalipun Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan pelbagai ‘sekatan’ dalam perhimpunan itu bagi menggambarkan kononnya mereka tidak berpecah, namun ia tetap jelas kelihatan.

“Selain itu, terdapat satu pihak yang berkepentingan kelihatan menyokong Najib tetapi golongan yang lebih besar khususnya di akar umbi pula menyanggah presiden parti itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Umno yang menjadi teraju utama dalam BN turut menjadi sasaran kemarahan rakyat akibat pelbagai skandal dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu derma RM2.6 bilion, GST, cadangan kenaikan tol, penghapusan subsidi, perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) serta bebanan kos hidup yang semakin bertambah.

“Isu-isu itu secara tidak langsung menjadikan Umno kelihatan benar-benar sedang nazak dan kelemasan,” katanya.

Beliau berkata, Pas Kedah juga menyokong kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyeru supaya Umno kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya.

“Seruan itu bertepatan dengan masanya, memandangkan banyak kehancuran yang berlaku dalam negara dan pelbagai derita yang melanda rakyat adalah angkara kegagalan Umno yang berpunca daripada tindakan mengetepikan syariah.

“Jika kepimpinan tertinggi Umno tidak bersedia menyahut seruan Pas, maka saya menasihatkan ahli-ahli Umno supaya meninggalkan parti itu dan sertailah Pas beramai-ramai,” ujarnya.

Beliau berkata, pelbagai saranan yang dilontarkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Kongres Rakyat Peringkat Negeri Kedah baru-baru ini juga menunjukkan keselesaan rakyat untuk bersama Pas dalam memperjuangkan nasib rakyat.

“Ia memberi isyarat bahawa Pas wajar menggantikan Umno sebagai parti yang dominan dalam kalangan umat Islam dan Melayu di negara ini,” katanya.

Berhubung tahaluf siyasi yang masih dipertahankan dengan PKR melalui muafakat PR, Pas Kedah mengambil pendekatan proaktif untuk terus menjalin kerjasama politik dengan parti tersebut.

“Perbincangan akan dibuat dari semasa ke semasa, khususnya dalam menyelaraskan program kedua-dua parti sebagai persediaan menghadapi PRU14,” katanya.

Sebelum ini, Umno menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Pas bagi memastikan pentadbiran akan datang tidak jatuh ke tangan pembangkang pro-DAP.

Antara pertemuan HADI/NAJIB dengan FADHIL/MAHATHIR & NIK AZIZ/PAK LAH

ADAKAH BOLEH DISAMAKAN PERTEMUAN HJ HADI-NAJIB DGN PERTEMUAN UST FADHIL NOR-MAHATHIR DAN TG NIK AZIZ-MAHATHIR, PAK LAH DAN NAJIB?

Sudah tentu tak sama;

Ust Fadzil Nor sepentas hanya kerana isu Palestin

TG Nik Aziz hanya kerana beliau seorang menteri besar merai perdana menteri dari pusat

Namun kedua2 pemimpin ulung tersebut tidak pernah berhenti dari menyerang umno bn hingga ke akhir hayat masing2 dan jauh sekali untuk terlibat dgn mna2 agenda perpaduan dgn umno

Hj hadi? Dia bertemu atas tajuk " perpaduan ummah merentasi sempadan ideologi politik". Dia juga dlm keadaan rakyat marah kepada najib keluarkan knyataan2 seperti "umno tidak seburuk firaun", "isu 2.6b perlukan saksi" malah beliau dipuji najib terutama kerana partinya  tidak mengundi utk menolak bajet yg sepakat ditolak oleh parti2 pembangkang lain, malah isu rm2.6b beliau diam membisu tidak mempersoalkan.

Paling najib n umno seronok hj hadi tidak mahu sertai pakatan pembangkang dan sudah berikrar akan menentang Dap dlm pru akn datangyg paling penting UFN n TGNA tak pernah pakai baju sedondon dgn presiden Umno apatah lgi nk berpegangan tangan sebegini.

Firman Allah SWT (maksudnya): "Dan jgn sekali2 kamu cenderung hati terhadap org2 yg zalim itu, kelak kamu disambar api neraka"





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...