TERKINI :

Thursday, December 17, 2015

Terkini : 30 perkara #MAHATHIR perkatakan kepada #NAJIB

Terbaru drp blog Tun M

TAKLIMAT NAJIB


1.Najib mendakwa bahawa sebabnya saya tidak sokongnya ialah kerana saya tidak dapat apa yang saya minta.

2.Bagi diri saya tidak ada apa pun yang saya minta. Tawaran Kerajaan untuk memberi percuma tanah di Putrajaya diwaktu saya letak jawatan, seperti kepada bekas Perdana Menteri yang lain, pun saya tolak. Saya minta untuk membeli tanah di Putrajaya dan saya bayar satu juta untuk sekeping. Duit ini dari tabung simpanan saya selama 29 tahun dalam Kerajaan. Tak hutang.

3.Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam Kerajaan saya pulangkan balik kepada Kerajaan. Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan kediaman PM lama di Jalan Terengganu, off Jalan Damansara.

4.Yang saya minta dari Najib ialah untuk negara dan untuk rakyat. Semuanya ditolak tetapi dalam PRU13 saya masih sokong Najib. Walaupun saya menyatakan Najib harus berhenti jika pencapaiannya dalam PRU 13 lebih buruk dari Abdullah dalam PRU 12, setelah kemenangannya dalam PRU 13 lebih buruk dari Abdullah saya masih terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

5.Hanya apabila rahsia hutang dan kerugian 1MDB terbongkar barulah saya tarik sokongan saya daripada Najib.

Marcote sedia kembali ke Kedah sekiranya ditawar semula tawaran


ALOR SETAR: Jurulatih kecergasan Kedah, Ramon Marcote Pequeno sedia kembali ke Malaysia musim depan sekiranya mendapat tawaran daripada mana-mana pasukan yang beraksi di Liga Malaysia (Liga M) termasuk skuad Helang Merah. 

Jurulatih kelahiran Sepanyol itu berkata, sehingga kini beliau belum menerima sebarang tawaran daripada mana-mana pihak termasuk juara Liga Perdana 2015, Kedah. "Sekarang saya sedang bercuti dan pulang ke Sepanyol bersama keluarga. 

Saya akan pertimbang mana-mana tawaran untuk aksi musim depan," kata mengulas hala tujunya selepas kontraknya bersama Kedah tamat, baru-baru ini. Pequeno yang memulakan tugas sebagai jurulatih kecergasan untuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) pada 12 Disember tahun lalu ketika ditanya mengenai Kedah mengakui sangat teruja dengan sambutan penyokong pasukan itu, lebih-lebih selepas berjaya ke final Piala Malaysia. 

YaPEIM jawab isu "Simulator Golf.."

Program golf amal YaPEIM untuk kumpul dana
FMT Reporters | December 17, 2015

Ia bukan sahaja menerima sumbangan malah meningkatkan lagi jaringan perniagaan YaPEIM.

yapeim,golf

PETALING JAYA : Program Golf Amal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) merupakan sebahagian daripada Skim Korporat Penyayang yang diwujudkan bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada program amal jariah untuk umat Islam.

Menerusi Facebook, Kelab Penyokong Yayasan yang dipercayai diwujudkan untuk memberi penerangan isu-isu YaPEIM berkata, sejak Skim Korporat Penyanyang diperkenalkan pada 1997, sebanyak RM18 juta Berjaya dikumpulkan.

“Program ini diperkenalkan bukan sahaja memberi faedah kepada YaPEIM dari segi menerima sumbangan bahkan juga dapat meningkatkan lagi jaringan perniagaan YaPEIM dengan pemimpin korporat dalam negara,” katanya.

Katanya, penganjuran golf amal pada 29 September 2013 berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM247,000.

Katanya, antara syarikat korporat yang menyumbang adalah Al Rajhi Bank, Kuwait Finance House, Bank Muamalat (M) Berhad, Bank Islam (M) Berhad, UEM Group Berhad, South (M) Industries Sdn. Bhd., Island & Peninsular, Fujixerox, Ericool Engineering, Khairul A & Co., Seri Meraga Properties, DBKL, MPH, TH Plantation dan Jahowaki.

Multaqa alumni Al-Azhar ingin rintis perpaduan PAS dan Umno


Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur diharap dapat merintis jalan ke arah penyatuan dua parti Islam terbesar, iaitu PAS dan Umno.

Harapan ini dinyatakan Pengerusi Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, sesuai dengan seminar berkenaan yang akan membincangkan perbezaan pendapat dan ideologi politik yang sedang melingkari masyarakat Islam di negara ini.

Kesempatan itu, katanya boleh membuka jalan kepada perpaduan antara kedua-dua parti berkenaan.

"Dalam konteks (tema Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi) ini, sebenarnya kita fokuskan kepada fahaman politik, kerana kita ambil kira, sebahagian besar umat Islam di negara ini cenderung kepada dua 2 parti politik Islam terbesar (PAS dan Umno).

"Salah satu tujuan pertemuan ini untuk mendekatkan, hendak menanamkan semangat perbincangan dialog... dan mungkin apa yang berlaku ini dapat mempengaruhi masyarakat Islam di negara kita," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Sekali lagi Najib tawar PAS bekerjasama

Selepas menawarkan kerjasama dengan PAS pada Perhimpunan Agung Umno lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat sekali lagi mengulangi pelawaannya itu hari ini.

Berucap semasa merasmikan Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia, presiden Umno itu turut membacakan ayat dari Surah Al-Imran dalam Al-Quran bagi menyokong kenyataannya.

"Islam menganjurkan betapa pentingnya perpaduan dan kesatuan ummah dan sebaliknya, betapa bahayanya apabila kita umat Islam terjebak dalam kancah perbalahan.

"Dan petunjuk Al-Quran dengan begitu jelas mengariskan perpaduan ini, sehingga orang biasa seperti saya dapat memahami.

"Ini bukan pilihan, ini wajib. Bila mana Allah perintah, hukumnya adalah wajib," katanya semasa merasmikan multaqa itu di Kuala Lumpur hari ini yang menyaksikan perhimpunan bekas pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir dari Malaysia dan Indonesia. – 17 Disember, 2015. TMI

Mufti Perak mengaku dijemput dalam perbincangan penyatuan Umno-Pas

KUALA LUMPUR: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengakui dijemput untuk berbincang dan mencari kerjasama terbaik yang boleh dilakukan UMNO dan PAS.

Jelas Harussani, antara pemimpin yang pernah berbincang berkenaan perkara tersebut termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sekarang ini saya lihat, apa yang diucapkan Perdana Menteri (Najib Razak), Abdul Hadi kepada saya bahawa kedua-duanya menuju ke arah untuk bersatu.

"Walaupun mereka tidak mungkin bersatu dari segi parti, tapi bersatu dengan satu tujuan, bersatu dalam arah mencari perpaduan ummah. Mudah-mudahan ini akan berjaya. 

"Saya juga telah diminta dulu oleh Dr Mahathir...minta saya supaya cari jalan, supaya dapat kita satukan (UMNO dan PAS).

"Alhamdulillah, saya telah temui orang-orang ini dan semuanya telah setuju untuk dapat kita bersatu padu," kata Harussani selepas menyampaikan ucapan selaku panelis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di sini hari ini.

Najib, Hadi di Multaqa, M'kini dihalang buat liputan

Hari ini, mereka dilarang daripada menghadiri program Multaqa Serantau Alumni Al-azhar Malaysia 2015 yang bakal menyaksikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucaptamanya.

Manakala program ini akan di rasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 2.30 petang ini.

Program tiga hari ini yang bermula semalam itu adalah anjuran Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (Rabitah) dengan kerajasama Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Malaysiakini hari ini dimaklumkan bahawa mereka tidak dialu-alukan menghadiri multaqa itu dan membuat sebarang liputan.

"Malaysiakini tidak dibenarkan masuk. Ini merupakan arahan pihak penganjur.

"Sepanjang tiga hari program ini Malaysiakini tidak dibenarkan masuk," kata seorang pegawai yang bertugas kepada Malaysiakini.

Disoal sama ada larangan berkenaan hanya ke atas portal berita bebas dan berkecuali itu sahaja, pegawai tersebut bekata ada beberapa lagi yang juga diharamkan tetapi enggan mengulas lanjut sebabnya.

Program yang berlangsung selama tiga hari dan akan berakhir esok itu menghimpunkan bekas pelajar Universiti Al-Azhar di Mesir.

Minggu lalu, Malaysiakini turut dihalang daripada membuat liputan Perhimpunan Agung Umno ke-69 di Pusat dagangan Dunia Putra.

Arahan berkenaan bagaiamanpun kemudiannya ditarik semula.

Ini adalah kali pertama Malaysiakini dihalang daripada membuat liputan mengenai persidangan serantau yang tidak membabitkan parti politik.

Jika Najib ‘gentleman’, silalah letak jawatan – Tun M

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hanya akan menjadi seorang ‘gentleman’ sekiranya beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pengakuan Najib bahawa dirinya bersikap ‘gentleman’ dan berjiwa besar sangat tidak boleh dipercayai.

Ini kerana, katanya, sikap Najib lebih mirip sikap bos yang mengikat tangan musuh supaya boleh dibelasah tanpa dibalas.

“Inikah sikap gentleman yang berjiwa besar? Ia lebih mirip sikap bos yang mengikat tangan musuh supaya ia boleh dibelasah tanpa dibalas. Dahulu mencabar Presiden adalah perkara biasa dan pencabar bebas bercakap di mana sahaja. Tetapi sekarang tidak,” katanya menerusi entri terbarunya chedet.cc.

Menurut Dr Mahathir, dakwaan yang dibuat oleh Najib bahawa beliau akan ‘bermati-matian memimpin perjuangan yang mulia bagi membela orang Melayu dan Bumiputera’ juga tidak dapat diterma.

“Kerana Najib menghapuskan Dasar Ekonomi Baru dan ia menekan kontraktor Melayu sehingga terpaksa gulung tikar. Biasiswa bagi penuntut Melayu dikurangkan.

“Semua ini lebih mengecewakan orang Melayu, ahli UMNO sehingga mereka bersorak apabila Najib diminta letak jawatan,” katanya yang menegaskan ucapan yang dibuat oleh Najib semasa Persidangan Agong UMNO amat mengecewakan.

Beliau berkata, terdapat pihak yang tidak memahami isu yang dihadapi oleh UMNO dan berpendapat ia hanya merupakan masalah perhubungan antara Presiden dan Timbalan Presiden dan sekiranya bersalam-salaman akan menyelesaikan masalah terbabit.

“Ini bukan masalah perhubungan atau persahabatan. Ini adalah isu salahlaku Presiden yang boleh menyebabkan parti kalah dalam pilihanraya,” jelasnya.

Tambahnya, Najib juga tidak menjelaskan tuduhan ke atasnya berkenaan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya dan masalah syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dr Mahathir mendakwa, Najib juga memilih untuk menghalang siasatan terhadap kehilangan berbilion ringgit duit kerajaan dan menggunakan alasan sub-judice untuk menjawab isu berkenaan.

“Najib berkata bahawa siasatan sedang dijalan dan ia menjadi sub-judice dan tidak boleh dibincang, tidak akan diterima sebagai benar oleh rakyat.

“Ia bukan sedang dibicara dalam mahkamah dan berbincang berkenaannya tidak menjadi sub-judice,” katanya.

Angkat pemimpin korup, ‘kemiskinan moral’ Melayu di tahap kronik?

PETALING JAYA: Adakah kemiskinan moral sebahagian orang Melayu sudah mencapai tahap kronik sehingga sanggup menjunjung ‘tinggi melangit’ pemimpin yang terpalit pelbagai skandal?

Persoalan tersebut dibangkitkan penulis bernama Dr Awang Mat Puteh di Sinar Harian dalam satu rencana bertajuk ‘Kita berdiri di pihak yang mana?’, baru-baru ini.

Katanya, orang Melayu selama ini hanya berusaha menghapuskan kemiskinan fizikal sehingga mengabaikan kemiskinan jiwa dan nilai.

“Kemiskinan tidak boleh dilihat hanya dari satu dimensi…Lebih penting adalah kemiskinan jiwa dan cita-cita. Jika ini dijadikan kayu ukur, kita telah gagal,” katanya lagi, memetik buku ‘The Poverty of the Malays’ karangan Pendeta Zaaba kira-kira sembilan dekad yang lalu.

Menurutnya, ‘kemiskinan jiwa’ masih menebal dalam masyarakat Melayu, termasuk di kalangan golongan kaya dan terpelajar.

“Tidak pernah terjadi dalam sejarah tanah air, sebelum atau pun selepas kemerdekaan, di mana pemimpin yang dicemari pelbagai skandal dan jelik akhlak masih dijunjung tinggi melangit.

“Bukan hanya pemimpin sebegini masih disanjung dan dipuji, malah mereka yang mengkritik akan dicerca, dihukum malah diheret ke mahkamah,” katanya.

Melihat perkara ini serta reaksi sesetengah orang Melayu terhadap isu yang melanda negara, katanya lagi, tidak keterlaluan jika dikatakan kemiskinan moral mereka sudah mencapai tahap kronik.

Dr Awang kemudian membangkitkan tokoh pejuang dahulu seperti Datuk Maharajalela, Tok Janggut dan Mat Kilau yang berani menentang penindasan di zaman mereka.

“Adakah pemberontakan terhadap kezaliman bukannya budaya Melayu? Tidak sama sekali.

“Tetapi mengapa sekarang ini, walaupun ramai yang berpendidikan tinggi, mereka masih miskin nilai? Mengapa ramai yang diam membisu apabila pemerintah dengan rakus menggadai harta negara dan menghukum mereka yang tidak bersalah?” soalnya lagi.

Kerjasama UMNO-PAS untuk BN peroleh dua pertiga majoriti

PERAK 15 DIS: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang melihat langkah ‘salam perdamaian’ yang dihulur UMNO kepada PAS sebagai jalan terakhir Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal di tampuk kuasa.

Menyifatkan langkah itu sebagai terdesak, katanya, Kerajaan BN memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen dengan sokongan PAS untuk meminda perlembagaan seterusnya memberi laluan kepada persempadanan semula dengan menambah kerusi demi kepentingan mereka.

Berucap pada ceramah Pakatan Harapan di Taiping semalam, beliau berkata, BN sanggup melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa walaupun terpaksa mengabaikan suara rakyat yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Perhimpunan Agung membuktikan UMNO melakukan penipuan, menakut-nakutkan, dan menyebarkan api perkauman dan kebencian untuk terus kekal memerintah tanpa mengendahkan krisis sosio-ekonomi,” katanya

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamid mengakui BN dalam keadaan tertekan kerana tidak ada majoriti dua pertiga parlimen bagi mengubah sesuatu hal sesuka hati.

Justeru, Kit Siang menyeru rakyat supaya terus menyokong perjuangan bagi menumbangkan Kerajaan BN di bawah Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, AMANAH dan PKR.

“Cabaran yang dihadapi rakyat Malaysia bukanlah untuk menyelamatkan UMNO atau PAS, sebaliknya untuk menyelamatkan negara,” katanya.

Bantuan RM1,000 untuk bakal mahasiswa kelahiran Pulau Pinang

PULAU PINANG 15 DIS: Kerajaan Negeri memberi bantuan RM1,000 kepada bakal mahasiswa tanpa melihat latar belakang kaum atau agama, yang melanjut pelajaran ke universiti tempatan.

Menyifatkan bantuan itu sebagai yang tertinggi diberi kepada bakal mahasiswa berbanding negeri lain di Malaysia, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata jumlah itu diberi asalkan anak jati negeri ini.

“Program pemberian bantuan pendaftaran pelajar ini bermula pada tahun 2008 dengan bantuan sebanyak RM500.00 kemudian ditingkatkan kepada RM1,000.00 bermula pada tahun 2011,” katanya.

Seramai 1,321 bakal mahasiswa menerima cek bantuan pendaftaran pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) berjumlah RM1,000.00 dalam satu majlis yang dirasmikan Guan Eng di Seberang Perai Jumaat lalu.

Beliau berkata, bantuan itu susulan lebihan belanjawan yang diperoleh Kerajaan Pulau Pinang mengatasi pencapaian Kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah negeri itu antara 1957 ke 2007.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...