TERKINI :

Wednesday, December 16, 2015

Siapa sokong RUU MKN boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948

Semua Ahli Parlimen BN yang sokong RUU MKN
boleh didakwa di bawah Akta Hasutan1948

1. Rang Undang Undang ( RUU ) Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015 dengan 104 Ahli Parlimen BN mengundi menyokong RUU tersebut.

2. Memandangkan RUU MKN tersebut antara lain mengambil kuasa Yang Dipertuan Agong ( YDPA ) di bawah Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan, maka RUU MKN tersebut bukan sahaja mempersoalkan kuasa YDPA tapi ia lebih dari mempersoalkan kuasa dan budibicara YDPA iaitu ia merampas sama sekali kuasa YDPA.

3.Oleh itu jika kita mengambil kira seksyen 3 ( 1 ) ( a ) , ( b ), ( d ) dan ( f ) Akta Hasutan 1948 , maka tindakan kesemua Ahli Parlimen BN yang menyokong RUU MKN tersebut adalah jelas melakukan kesalahan menghasut di bawah Akta Hasutan. Malahan saya berani menyatakan termasuk yang melakukan kesalahan tersebut adalah Speaker dan timbalan timbalan Speaker Dewan Rakyat yang membenarkan RUU MKN dibentangkan dan dibahaskan dalam Dewan Rakyat.

4. Akta Hasutan tidak memberi kekebalan kepada mana mana Ahli Parlimen hatta ketika mereka melaksanakan tugas mereka berbahas di dalam Dewan Rakyat. Malahan Akta Hasutan juga tidak mengambil kira niat seseorang .

5. Di dalam kes Pendakwa Raya v Karpal Singh , Mahkamah Rayuan memutuskan kenyataan mendiang Karpal Singh yang menyatakan Y.M Almarhum Sultan Perak boleh disaman dalam kes rampasan kuasa Perak adalah menghasut kerana mendiang didakwa mempersoalkan budibicara Sultan berkaitan isu pelantikan Menteri Besar.

6.Jika kita bersandar kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Karpal Singh tersebut, adalah jelas yang dilakukan oleh Ahli Ahli Parlimen BN pada 3 hb Disember 2015 ketika meluluskan RUU MKN yang lalu adalah lebih dahsyat lagi.

7. RUU MKN 2015 bukan sahaja mempersoalkan kuasa atau budibicara YDPA di dalam Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya RUU tersebut merampas sama sekali kuasa dan budibicara YDPA tersebut dan diberi kuasa dan budibicara tersebut kepada Perdana Menteri. Lebih jelas lagi pelanggaran Akta Hasutan 1948.

8. Menteri menyatakan dalam Parlimen bahawa RUU MKN telah dapat perkenan Peguam Negara, maka bagi saya Peguam Negara juga sebagai pihak yang menasihati Kerajaan dalam penggubalan RUU tersebut juga boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.

9. Jika begitu, adakah Amanah menyokong semua mereka di atas didakwa di bawah Akta Hasutan ?

10. Pendirian Amanah adalah kami menolak Akta Hasutan iaitu warisan undang undang penjajah. Amanah tidak sokong Akta Hasuta  tersebut , maka Amanah juga tidak menyokong sesiapa pun hatta musuh politik Amanah disiasat jauh sekali didakwa di bawah Akta Hasutan.

11. Walaupun Kerajaan BN telah menyalahguna Akta Hasutan dengan mendakwa musuh musuh mereka di bawah Akta zalim itu, Amanah tidak mahu Akta yang sama digunakan kepada BN meskipun BN secara jelas melanggar Akta tersebut .

12. Sebaliknya Amanah mahu Kerajaan gunakan kuasa mereka dengan menarik balik atau membatalkan kedua dua undang undang drakonian tersebut iaitu Akta Hasutan dan RUU MKN.

13.'Amanah mahukan kerajaan yang menghormati kebebasan bersuara dan juga  menghormati kemuliaan seorang insan.

Bersama sama kita tolak RUU MKN dan Akta Hasutan.

16.12.2015

Mohamed Hanipa Maidin
Pengerusi KANUN
('Biro Undang Undang Amanah )
Ahli Parlimen Sepang.

3 perkara orang ramai patut tahu tentang derma RM2.6b

Terdapat tiga sebab kenapa rakyat Malaysia perlu tahu berkaitan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dua tahun lalu.

Perkara itu diberitahu oleh peguam kanan Tommy Thomas kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Sebab pertama, kata Thomas, berkaitan sumber bayaran dan siapa individu yang membayar jumlah AS$680 juta itu.

“Kedua, apa yang berlaku kepada wang itu dan akhir sekali kenapa ia diberikan.

“Jawapan itu hanya boleh diperoleh jika Najib dibawa (ke ke kandang saksi) dan disoal balas,” katanya.

Thomas berhujah bahawa saman PKR berkaitan sumbangan itu patut dibicarakan dan tidak harus ditolak oleh mahkamah.

AMANAH sedia diheret ke mahkamah oleh PAS

Parti Amanah Negara (Amanah) sedia bertemu dengan PAS di mahkamah berhubung kenyataan presidennya Mohamad Sabu yang didakwa mengaitkan parti itu dengan kumpulan pengganas.

Ketua biro undang-undang AMANAH Hanipa Maidin berkata parti itu hormat pada hak semua pihak, termasuk PAS, untuk menyaman mana-mana pemimpin mereka.

“Tetapi kami hendak ingatkan PAS bahawa AMANAH tidak pernah menganggap PAS sebagai musuh politiknya,” kata Hanipa, anggota parlimen Sepang dan bekas peguam PAS.

Hanipa juga berkata beliau juga telah membentuk pasukan peguam untuk mempertahankan Mohamad jika parti lama mereka itu serius mahu mengheretnya ke mahkamah.

Hanipa bagaimanapun mengingatkan bahawa AMANAH juga mempunyai hak membuat tuntutan balas terhadap dakwaan pemimpin PAS, jika kes itu dibawa ke mahkamah.

Seorang pemimpin PAS Pulau Pinang semalam berkata PAS sedang menunggu keputusan daripada pemimpin pusat sebelum memulakan sebarang tindakan undang-undang kepada Mohamad.

Kenyataan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu dikatakan dibuat dalam wawancara bersama sebuah portal berita awal bulan ini.

Sabtu lalu, beliau berkata tiada sebab untuk menarik balik kenyataan itu walaupun PAS sudah membuat laporan polis terhadap bekas timbalan presiden mereka itu.

Projek ladang hutan simpan Gunung Inas berisiko bencana

PETALING JAYA: Hentikan segera projek perladangan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Inas, Kulim jika tidak ingin melihat bencana alam seperti hakisan tanah dan banjir kilat mengancam kehidupan penduduk sekitar, kata Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Tinjauan dua NGO itu mendapati projek tersebut melibatkan kawasan hutan seluas 30,000 hektar dan telah mula menimbulkan kerisauan penduduk di sepuluh kampung berhampiran.

Sepuluh kampung itu adalah Kampung Kepala Titi, Kampung Gelugor, Kampung Kuala Tawar, Kampung Buluh Lemang, Kampung Bukit Rawa, Kampung Lindungan Raja, Kampung Baru, Kampung Desa Teruna, Kampung Sungai Riau dan Kampung Sungai Buluh.

“Kami percaya hakisan tanah, mendapan, pencemaran sungai serta banjir kilat akan berlaku jika kawasan ini diteroka dan dimusnahkan.

“Maka kami menggesa kerajaan negeri menyiasat dan menghentikan projek perladangan ini kerana berisiko mengancam alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan,” kata Presiden CAP, SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan.

Setakat ini, kerja-kerja awal seperti pembinaan jalan untuk kegunaan lori balak telah pun dijalankan.

Beliau juga menyatakan kerisauan yang projek tersebut akan turut menjejaskan bekalan air penduduk sekitar.

“Ia melibatkan kawasan tadahan air bagi kegunaan lebih 5,000 penduduk kampung-kampung berkenaan.

“Tiga sungai utama iaitu Sungai Sedim, Sungai Mahang dan Sungai Kerian serta berpuluh anak sungai juga akan tercemar dan diancam mendapan lumpur,” katanya lagi.

RUU MKN: Boleh roboh rumah tanpa pampasan

KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu memberikan kuasa kepada kerajaan untuk merobohkan kawasan perumahan yang dianggap mengancam keselamatan negara.

Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Prof. Dr Abdul Aziz Bari berkata, pemilik rumah yang dirobohkan itu pula tidak akan diberikan sebarang pampasan oleh kerajaan.

“Dengan adanya undang-undang seperti ini, kawasan keselamatan rumah kita boleh ‘ditolak’ (diroboh) dengan begitu sahaja. Tidak ada pampasan.

“Ini satu perkara yang cukup serius. Lepas ini kita (juga) susah nak buat protes harga minyak, harga barang, sebab kerajaan boleh istihar macam-macam,” katanya.

Dia berkata demikian ketika menjadi salah seorang ahli panel dalam Forum Awam RUU MKN 2015 Kenapa Perlu Ditentang di ibu negara malam tadi.

Menurut pakar Perlembagaan itu, RUU MKN ini juga membolehkan kerajaan mengistiharkan darurat secara tidak langsung.

“Saya fikir perkara ini berlaku ialah kerana kerajaan menduga bahawa dalam masa yang terdekat akan wujud Bersih 5.0,” tegasnya.

Naik taraf kota Darul Ehsan: Jawapan Azmin dipertikai

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempertikaikan jawapan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmi Ali berhubung projek menaik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan bernilai RM9.7 juta.

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menjelaskan, jawapan Azmin bahawa keputusan itu diluluskan Dewan Negeri Selangor dan tidak boleh dipersoalkan sebagai tidak boleh diterima.

Ini kerana, katanya, projek itu membazir wang rakyat kerana ia melibatkan kos yang tinggi hanya untuk kerja-kerja mengecat.

Chegubard berkata, jika jawapan itu diambil kira, bermakna pembangkang juga tidak boleh mempersoalkan GST kerana cukai itu diluluskan Dewan Rakyat.

“Bila ditanya media, Azmin hanya menjawab projek tersebut tidak boleh dipertikai kerana telah diluluskan melalui sidang Dewan Negeri Selangor.

“Soal GST (contohnya) diluluskan dalam dewan (Dewan Rakyat) juga, adakah Azmin ingin mengatakan ia tidak wajar ditentang walaupun berpotensi melahirkan diktator hanya kerana diluluskan melalui Dewan?,” soalnya yang juga ahli seumur hidup PKR.

Gugur hudud jika PAS nak sertai BN, kata MCA

KUALA LUMPUR, Rabu – Parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional (BN) yang mewakili kaum Cina – MCA – mengingatkan PAS supaya menggugurkan agenda hudud jika parti itu berhasrat menyertai BN.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata parti itu tetap dengan pendirian membantah rancangan PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud.

“Anda tahu pendirian MCA. Kita sudah pasti membantahnya semasa mesyuarat itu – melainkan mereka menggugurkan agenda hudud,” katanya mengulas langkah UMNO yang menghulurkan tali silaturahim kepada PAS demi perjuangan memartabatkan Islam.

Ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak membuka lembaran baru dalam hubungan politik antara UMNO dan PAS apabila menghulurkan tali silaturahim kepada parti Islam itu dalam usaha menuju kesempurnaan membina Malaysia yang mengikut syariat Islam sebenar.

Najib yang juga Perdana Menteri berkata, UMNO berasa lega dan gembira apabila PAS kini tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

“Kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya,’’ katanya.

Tiong Lai berkata, MCA tidak akan campur tangan mengenai hal ehwal dalaman pentadbiran parti itu, tetapi jika PAS berhasrat menyertai BN, ia adalah hal lain.

'Umno dah tak ada dahan nak berpaut'

Wanita Umno

PETALING JAYA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya 'tidak ikhlas' menghulurkan tali silaturahim dengan Pas.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Umno sibuk bercakap soal perpaduan dengan parti Islam itu apabila parti itu dalam keadaan lemah.

"Bila Umno lemah, mereka sibuk cari kawan, bila dia (Umno) dapat sokongan itu, mereka (Pas) tidak akan hargainya.

"Bila dia (Umno) kuat, mereka tak pernah cakap isu ini, suka atau tidak, mereka akan menindas semula rakan-rakan yang bergabung dengan mereka termasuk Pas sendiri seperti sebelum ini," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Najib minggu lalu yang mahu menjalin kerjasama dengan Pas untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam yang sebenar.

'Jodoh' Kedah Dengan Jurulatih Ramon Marcote Berakhir, ini puncanya..

BASHAH ZAINOL ABIDIN

 

PENOLONG jurulatih Kedah, Ramon Marcote yang berperanan membawa skuad Helang Merah ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu lalu membuat keputusan untuk tidak lagi bersama skuad hijau kuning pada musim depan.

Marcote yang menyertai pasukan Kedah pada April lalu terpaksa membuat keputusan yang sukar baginya kerana perlu pulang ke Sepanyol.

Bekas penolong jurulatih Atletico Madrid itu berjaya membawa Kedah ke pentas final ketika memangku tanggungjawab jurulatih berikutan ketiadaan Tan Cheng Hoe yang mengikuti kursus kejurulatihan pro di China.

Kepintaran Marcote mengemudi skuad Helang Merah tidak dapat dinafikan kerana skuad itu berjaya menewaskan dua pasukan Liga Super di peringkat suku dan separuh akhir Piala Malaysia sebelum mereka tewas dalam perlawanan akhir kepada Selangor.

"Saya memang sedih untuk meninggalkan pasukan Kedah sayangkan hubungan dengan pemain, pegawai dan juga ribuan peminat setia. Setakat ini saya pasti 90 peratus kemungkinan saya tidak akan kembali bersama pasukan Kedah lagi untuk tahun depan.

"Saya akan meninggalkan Kedah untuk pulang ke Sepanyol pada Rabu. Kepulangan ini mungkin akan membuatkan saya tidak kembali lagi, ia bukan kerana kontrak tidak disambung tapi saya rindukan isteri dan anak yang berada di Madrid.

Selepas #PAU2015, Pemimpin #UMNO terus mengeluh tentang #Najib

Shahbudin Husin,

https://lh6.ggpht.com/Wgge99k395I4lOcVgUNL_mRNmrt_EyCUS8EpPuzBpKvZXe1mL3ZiRNzbKRIwueTt3yaHs5qErO4ZUSBLJkE=s800 

Ramai kawan-kawan dalam UMNO, sebaik saja berakhirnya Perhimpunan Agung 2015 ini bertanya, apa penyudahnya isu derma RM2,600 juta yang melibatkan Najib Razak selepas ini?

Apakah ia akan berterusan menjadi beban dan bualan atau akan dilupakan serta berakhir begitu saja?

Mereka membangkitkan pertanyaan itu kerana merasakan UMNO melalui perhimpunannya baru-baru ini nampaknya sudah dapat menerima dengan baik dan menyetujui perbuatan Najib itu, malah turut memberikan sokongan padu kepadanya untuk terus menerajui parti dan kerajaan sehingga pilihanraya akan datang.

Tetapi, di sebalik itu mereka tetap bimbang tentang penerimaan rakyat kepada UMNO dan Najib berkaitan wang derma itu. Kata mereka, ahli UMNO mungkin boleh melupakan isu derma itu, tetapi rakyat biasa barangkali akan terus memendam rasa sehingga ke peti undi.

Tidak kurang pemimpin UMNO peringkat bahagian dan cawangan yang berterus-terang mengatakan peluang BN tetap sukar dengan adanya isu derma yang melibatkan Najib itu.

Dr M, Muhyiddin hentilah 'cangkul angin'


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuat cadangan yang praktikal bagi menyelamatkan parti itu daripada "politik wang".

Ketika membuat gesaan itu, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) berkata, dua tokoh tersebut sebelum ini mengkritik politik wang dan kerahsiaan dana politik yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, tetapi tidak memberikan sebarang cadangan bagi memastikan integriti pembiayaan dana politik.

Sehubungan itu, BERSIH menyeru agar kedua-dua tokoh 'rebel' Umno itu agar tidak sekadar "mencangkul angin" dan hendaklah memberikan idea yang praktikal bagi membasmi apa yang didakwa NGO itu sebagai budaya "cash is king" dalam parti itu.

"Sekiranya mereka tidak mampu, BERSIH mencadangkan supaya Mahathir dan Muhyiddin menyokong sahaja saranan 70 badan bukan kerajaan yang dipimpin kumpulan G25 dan BERSIH (antara lain) yang telah dilancarkan dua minggu lalu," kata NGO itu dalam kenyataan hari ini.

Mahasiswa bukan 'jurujilat' kerajaan


Saya ingin berikan komentar terhadap ucapan wakil mahasiswa, saudara Farhan Khairuddin dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015.

Saya 100 peratus setuju bahawa mahasiswa menilai politik dari sudut intelektualisme.

Tetapi saya 100 peratus tidak bersetuju dengan kenyataan saudara bahawa "Segala kesenangan hidup di Malaysia ini adalah disebabkan hasil perjuangan Umno".

Kenyataan ini jelas sekali bertentangan dengan konsep ilmu dan intelektual. Nampaknya saudara gagal memahami konsep intelektual.

Saya setuju bahawa Aspirasi adalah penyokong BN. Segala polisi kerajaan mereka sokong tanpa culas.

Namun, saya nasihatkan agar mahasiswa Umno ini untuk lebih progresif selain menjadi 'jurujilat' kerajaan, kalian harus berani mengkritik dan mengutarakan cadangan kepada kerajaan berteraskan keyakinan berpesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Usah jadikan Umno-ultra Melayu sebagai prinsip, sebaliknya jadikanlah kebenaran, keadilan dan persaudaraan sebagai prinsip.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...