TERKINI :

Tuesday, December 15, 2015

Belanja PRU13: Keputusan PKR saman Najib 21 Jan


KUALA LUMPUR: Mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman yang difailkan oleh PKR terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan berbelanja berlebihan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Peguam mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata mahkamah sivil atas sifatnya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan deklarasi yang bersifat jenayah.

"Plaintif mempunyai motif terselindung apabila memfailkan saman ini iaitu melemahkan keputusan pilihan raya umum ke-13.

"Ini jelas menyalahgunakan proses mahkamah dan sesuatu yang mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa yang diperlukan untuk mendengarnya," kata beliau pada prosiding mendengar permohonan Najib dan tiga pihak lain untuk membatalkan saman yang difailkan oleh PKR.

Kerjasama PAS Kelantan, kerajaan persekutuan sudah lama terjalin, kata MB

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kerjasama antara kerajaan PAS Kelantan dengan kerajaan Persekutuan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN), sudah lama wujud. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Disember, 2015.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kerjasama antara kerajaan PAS Kelantan dengan kerajaan Persekutuan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN), sudah lama wujud.

Beliau berkata, kerjasama antara kedua-duanya dapat dilihat terutama dalam aspek pengurusan perkhidmatan kerajaan misalnya bagi membincangkan isu tertentu mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan.

"Contohnya, setiap menteri besar mesti hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Majlis Tanah Negara untuk berbincang mengenai isu tanah serta perkara yang ada kaitan antara negeri dan pusat.

"Ini menunjukkan kerjasama antara negeri dan persekutuan memang berlaku," katanya sebagai mengulas mengenai kerjasama antara PAS dan Umno.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Anggota Perkhidmatan Awam Kelantan Tahun 2014, menyampaikan Sijil Tasawwur Islam Siri II dan Sambutan Hari Intergriti Peringkat Kelantan di Kota Baru, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Pas Pulau Pinang mahu saman Mat Sabu

mat sabu
PETALING JAYA: Pas Pulau Pinang mahu menyaman Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu kerana enggan menarik balik dakwaan kononnya parti Islam itu diresapi fahaman militan negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Setiausaha Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata tindakan terhadap Mohamad atau Mat Sabu akan dilakukan sejurus perbincangan mengenainya dimuktamadkan di peringkat pusat.

Katanya, perbincangan mengenainya di peringkat pusat membabitkan beberapa pihak dalam parti, termasuk Jawatankuasa Undang-undang Pas dan peguam yang dilantik parti.

“Kita sedang menunggu maklum balas mengenai perkara ini daripada Pas Pusat. Keputusan mengenainya tidak dapat dimuktamadkan secara terus di peringkat negeri kerana ada batas tertentu,” katanya, lapor Berita Harian.

Mat Sabu pada 1 Disember laly dilaporkan berkata, antara punca Amanah ditubuhkan kerana Pas sudah diresapi pemikiran kumpulan militant ISIS.

Pakcik Makcik... Felda sudah ‘miskin’...!!

felda
Saham FGV tinggal RM1.56, jatuh lebih 70% dari ketika ia diterbitkan iaitu RM4.55 pada tahun 2012 lalu. Gembar gembur kejayaan hampir tiada kedengaran.

Bajet Felda sekitar RM1.5 bilion seperti dahulu tiada lagi kerana sumbangan terbesar melalui Felda Plantation telah dipajak oleh FGV selama 99 tahun. Pendapatan dari Estet Felda ini menyumbang RM1 bilion setahun.

Felda sudah ‘miskin’ sekarang. Berbelas tabung yang bersifat kebajikan hampir tidak berfungsi. Para kontraktor yang buat kerja di Felda mengeluh kerana bayaran terlalu lembab, hingga 5-6 bulan baru dapat. Mereka dakwa sebelum ini tidak pernah seteruk ini.

Pengumuman YAB PM mengenai rumah Gen 2 dalam pembentangan Bajet, dijangka retorik semata-mata. Projek yang seumpamanya diumumkan sejak 10 tahun lalu pun amat perlahan seperti kura-kura. Ia tidak lebih mengambil hati anak muda Felda.

Agong hilang kuasa terhadap tentera jika RUU MKN lulus, kata aktivis


Yang di-Pertuan Agong akan hilang kuasa terhadap angkatan tentera jika Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) diluluskan, kata peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan, menambah rang undang-undang itu melanggar 3 artikel dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, rang undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan kerana ada banyak peruntukan di dalamnya yang bertentangan dengan Perlembagaan.

Peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan menyerahkan memo kepada wakil Dewan Negara, Senator Siti Aishah Shaik Ismail (tudung biru) di Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau berkata, Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara tidak boleh dilaksanakan kerana banyak peruntukan bertentangan dengan Perlembagaan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 15 Disember, 2015.“Kita temui isu baharu yang berkaitan ketenteraan – perundangan itu mengabaikan rantaian arahan secara keseluruhan berkaitan dengan tentera.

“Mengikut Artikel 41, anda akan lihat Yang di-Pertuan Agong memberi arahan kepada tentera.

“Kuasa itu kini diabaikan oleh RUU itu,” kata Ambiga yang juga jurucakap kempen #TakNakDiktator menentang RUU itu.

Beliau bercakap demikian pada sidang akhbar selepas taklimat kepada senator Dewan Negara di Parlimen, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong ialah komander kehormat dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Di bawah RUU MKN yang diluluskan di Dewan Rakyat, perdana menteri yang mengetuai majlis boleh mengisytiharkan sesuatu kawasan keselamatan dan membenarkan tangkapan, pencarian dan penggeledahan dibuat di kawasan berkenaan tanpa waran. – 15 Disember, 2015.

PAS diresapi fahaman Isis: Mat Sabu tak akan tarik balik kenyataan

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamed Sabu hari ini berkata beliau tidak akan sesekali menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan "PAS diresapi fahaman militan Negara Islam (Isis) atau pengganas Daesh".

Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Mat Sabu berkata tiada keperluan baginya untuk menarik balik kenyataannya walaupun PAS tampil membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.


"Mahu tarik apa? Apa punya laporan polis pun saya tak tahu. Saya tak pernah baca apa-apa pun mengenai laporan polis dibuat PAS terhadap saya," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Amanah peringkat negeri di Kepala Batas, hari ini.

Mat Sabu berkata kritikan kepimpinan PAS terhadapnya adalah hanya melalui tafsiran mereka sendiri dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai hal tersebut.

"Lebih baik kamu pergi tanya PAS mengenainya dan kenapa mereka kemukakan kenyataan berkenaan.

"Paling utama, kamu lihat sendiri berapa ramai yang hadir di majlis petang ini. Ini membuktikan kerjaya politik saya masih relevan dan tidak seperti digambarkan kepimpinan PAS," katanya.

Liong Sik fail pula fail saman terhadap Najib

Liong Sik Fail pula fail saman terhadap Najib

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Kabinet, Tun Dr Ling Liong Sik memfailkan saman balas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memetik laporan Mstar, Liong Sik dilaporkan berkata, Najib tidak meneruskan sebarang saman fitnah terhadap individu lain termasuk pemimpin Umno yang berulang kali mengkritik tingkah laku dan integriti beliau.

Dalam dokumen mahkamah, Liong Sik berkata, beliau mengalami kerugian dan menuntut ganti rugi, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Laporan itu juga berkata, peguam utama Liong Sik, Ranjit Singh berkata saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin.

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun mengesahkan bahawa mereka menerima satu salinan pernyataan pembelaan dengan saman balas pada hari yang sama.

MCA tolak PAS bawa hudud

Ketika Umno menghulurkan tangan perdamaian kepada PAS, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu tidak akan campur tangan dalam hal berkenaan.

Bagaimanapun, jika Umno berhasrat membawa PAS masuk menyertai BN, MCA berpendapat ia mesti dibawa ke Majlis Tertinggi BN untuk dibincangkan.

Jika PAS tetap dengan pendiriannya untuk memperjuangkan hudud pula, kata Liow, MCA akan menentang kemasukan berkenaan.

"MCA tidak mempersoalkan atau campur tangan dalam hal dianggap isu dalaman Umno, tetapi jika mereka (Umno) mahu membawa PAS menyertai BN, kami pasti akan menentang kecuali PAS mengetepikan hudud," katanya kepada media di Subang hari ini.

Liow menjawab soalan media yang bertanya sama ada hubungan mesra Umno - PAS akan merugikan MCA dan menguntungkan DAP.

Video & Gambar | Kedah umum pemain import baru dari Brazil, Carlos Kahe menggantikan Chide Edeh


KUALA LUMPUR: Pemain import dari Brazil, Carlos Kahe menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk menggantikan Chidi Edeh dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. 

Kahe, 33, atau nama sebenarnya Carlos Eduardo de Souza Floresta pernah mewakili beberapa kelab Brazil antaranya Palmeiras dan Ponte Preta sebelum berkelana di Jerman bersama Borussia Monchengladbach.

Mengesahkan perkembangan berkenaan, pengurus pasukan Kedah, Datuk Jeffrey Low Hang Chow, berkata bekas penyerang bawah 20 tahun Brazil itu yang kini beraksi dengan sebuah kelab divisyen dua Brazil, Oeste sudah menandatangani kontrak dengan KFA dan akan melaporkan diri di Stadium Darul Aman pada 15 Januari ini. 

Silaturahim PAS-Umno boleh, asal jangan sertai BN, kata MCA

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tidak akan masuk campur pelawaan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kepada PAS, tetapi ia perlu dibincangkan dalam majlis tertinggi BN jika ia membabitkan PAS masuk gabungan parti pemerintah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Disember, 2015.
MCA, parti komponen kanan Barisan Nasional (BN), tidak akan campur tangan dalam urusan Umno dengan PAS, tetapi menetapkan batasan, jalinan silaturahim antara 2 pihak itu tidak seharusnya hingga menyebabkan parti Islam itu menyertai gabungan parti pemerintah.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan portal berita Malaysiakini berkata, parti etnik Cina itu "tidak akan menyoal dan campur tangan dalam hal peribadi Umno".

"Tetapi jika mereka (Umno) mahu membawa PAS ke dalam BN, ia perlu dibincangkan dalam majlis (tertinggi) BN.

"Kami pasti akan menentangnya. Kami akan menyuarakan pemikiran dan idea kita. (Kami tidak akan menerima PAS) melainkan jika ia meninggalkan hudud," Liow dipetik berkata kepada pemberita di Subang hari ini.

Antara Kisah NAJIB & MENTERI dengan ALI BABA & 40 PENYAMUN



Perdana Menteri tidak ubah seperti 'ketua penyamun'

Andai ditanya siapa yang tidak pernah menonton filem arahan Allayarham P. Ramlee yang bertajuk Ali Baba Bujang Lapok (ABBL) pasti jawapannya majoriti dari kita membesar dengan filem tersebut. Didalam filem tersebut kita dapat melihat empat watak penting iaitu Ali Baba, Kasim Baba, Marjina dan Ketua Penyamun. ABBL adalah antara filem dimana P. Ramlee tidak menjadi hero tetapi memainkan watak antagonis komedi.

Pada permulaan filem ABBL kita dapat saksikan bagaimana Ali Baba merupakan orang yang miskin sering dihina oleh abangnya Kasim Baba. Sehingga suatu hari Ali Baba telah ke hutan dan terjumpa dengan seorang ketua penyamun. Ali Baba telah menggunakan helah bagi mendapatkan harta rompakan milik ketua penyamun terbabit. Sejurus dari itu Ali Baba mula dikenali sebagai orang kaya.

Kasim Baba yang pada mulanya iri hati dengan kekayaan Ali Baba berjaya mengetahui rahsia dari mana datangnya harta tersebut. Tanpa menghiraukan nasihat dari adiknya Ali Baba, Kasim Baba terus menuju ke kawasan harta itu disembunyikan. Malangnya dia telah dibunuh akibat kelekaan dan ketamakkan ketika sedang memunggah semua harta tersebut keatas kenderaannya.

Pasca Perhimpunan Agung UMNO: Drama parti yang tak sudah...


KUALA LUMPUR: PENGAKHIRAN sesebuah filem atau drama aksi biasanya akan sedikit tergantung jika episod itu mahu dibuat sambungan pada masa akan datang.

Oleh sebab itu kebanyakan filem-filem hebat mempunyai siri kedua, ketiga dan seterusnya selagi penonton tidak muak dengan jalan cerita yang dibawakan pengarah serta penulis skripnya.

Cerita kehebatan filem dan sambungannya ini sama sahaja dengan Perhimpunan Agung UMNO. Watak heronya adalah presiden yang kebiasaannya akan menang pada akhir plot.

Perhimpunan Agung UMNO ke-69 merupakan babak drama satu minggu yang memaparkan pelbagai aksi saspens berbeza setiap hari.

Bagaimanapun, tahun ini jalan ceritanya agak menarik. Ia mengenai kisah seorang pemimpin nombor satu parti yang menerima tekanan daripada beberapa orang kanannya sendiri.

MESEJ UNTUK UMNO : Kurangkan Syarahan BERAPI dan lihatlah FAKTA MELAYU


Salam hormat saya tujukan kepada UMNO, sebuah parti yang telah berkhidmat untuk bangsa dan negara selama 69 tahun lamanya sejak tahun 1946 dan sedang bersidang lima hari di PWTC. Di sebalik senyum, gelak ketawa, pujian dan syarahan berapi-api perwakilan, saya berharap parti ini lihat keluh kesah ekonomi Melayu sekarang.

Kos sara hidup melonjak. Pertumbuhan gaji yang perlahan. Pengangguran naik. Nilai ringgit jatuh. Harga komoditi jatuh. Saiz hutang meningkat. Jurang kaya-miskin bertambah. Pemilikan saham dan hartanah Melayu masih menyedihkan.

Beberapa data yang pilu dan sayu untuk renungan UMNO :

1. Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana antara 4 hingga 5 peratus setahun berbanding pertumbuhan mantap melebihi 7 peratus selama lebih daripada 53 tahun dari tahun 1945 hingga 1998.

2. Duit ringgit sudah jatuh 25 peratus dalam masa setahun kepada USDMYR 4.25 berbanding purata USDMYR 2.5 dari tahun 1970 ke 1998. Jurang ekonomi kaya-miskin semakin melebar dengan 20% orang terkaya di Malaysia menguasai 90% daripada kekayaan negara.

Krisis dalaman UMNO dijangka berterusan


KUALA LUMPUR: Krisis dalaman UMNO akan berterusan jika kritikan oleh beberapa individu dalam parti itu tidak dihentikan, kata Prof Madya Dr Fuad Mat Jali.

Penganalisis Geopolitik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata kritikan yang dibuat oleh beberapa individu perlu dihentikan kerana ia menjejaskan kreadibiliti kepimpinan UMNO.

"Isu ini akan berterusan...tapi dia (kritikan) terpaksa diberhentikan.

"Keberhentian ini akan diputuskan oleh pucuk pimpinan dan juga Jawatankuasa Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

"Apa yang penting adalah untuk UMNO bergerak ke hadapan.

"Adakah mereka (MT) cuba katakan sama ada untuk memberhentikan sahaja komen-komen ini? Apa yang penting adalah untuk kepimpinan parti terus bersatu padu, terus maju ke hadapan untuk Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang," kata Fuad ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Justeru, pimpinan UMNO harus bersepakat dalam membuat keputusan sekaligus menghentikan segala kritikan yang menjejaskan kredibiliti parti Melayu itu.

Muhyiddin ‘terpaksa’ bersuara selagi ada jawatan

Muhyiddin Yassin

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘terpaksa’ bersuara selagi masih memegang jawatan meskipun kenyataannya akan dilihat bertentangan dengan pendirian parti itu‎.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Muhyiddin hanya bersuara demi kepentingan rakyat dan ia tidak memungkinkan sebarang tindakan disiplin boleh diambil ke atasnya.

“Itu hak beliau untuk bersuara. Kalau tiada jawatan, lainlah cerita. Apa perkara yang dia tidak setuju, dia kena bersuara. Kalau dia bersetuju pun dia akan bersuara. Suara beliau ada autoriti di situ.

“Beliau tidak boleh dikenakan tindakan kerana beliau bersuara atas kepentingan rakyat. Bukan atas dasar menjatuhkan presiden. Sebenarnya, Umno pun tidak ada cara nak sabitkan kesalahan kepada beliau kerana beliau bukannya menyalahi apa-apa disiplin dalam parti,” katanya kepada Sinar Online.

Harus diingat.. Dajjal sekarang bukan bermata satu dah..!!

XIFU NASER

BILA sebut sahaja al-Masih Dajjal, ada yang terus tergelak kerana menganggap ia adalah cerita dongeng, mitos seperti cerita Ultraman dan Superman.

Ada yang percaya pada kemunculannya tetapi berkata, “memanglah dia akan muncul satu hari nanti, tetapi hari ini aku kena cari makan. Kalau dia muncul esok hari pun, aku tetap kena cari makan juga! Buat apa fikir sangat tentangnya. Lebih utama fikir tentang cari makan!”

Kedua-dua golongan di atas tidak peduli langsung tentang sifat-sifat al-Masih Dajjal. Ketidakpedulian ini sangat bertentangan dengan amaran Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW pernah mengumpulkan jemaah Muslim dan memberi nasihat dan amaran tentang Dajjal. Semasa berkhutbah, suara Baginda SAW begitu mencemaskan kalangan sahabat sehingga mereka rasa seolah-olah Dajjal sedang bersembunyi dan mengintip di sebuah pokok luar masjid. Bila-bila sahaja dia akan serang.

Kos sara hidup: KJ cakap tak serupa bikin


PETALING JAYA - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar didakwa 'cakap tak serupa bikin' apabila hanya menyuarakan keluh kesah rakyat tentang kenaikan kos sara hidup tanpa sebarang tindakan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata selaku menteri dalam Kabinet, Khairy seharusnya mencari jalan untuk mengubah dasar pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Beliau berada dalam Kabinet, dia tak boleh mengasingkan dirinya daripada keputusan yang dibuat oleh Kabinet.

"Kecuali dia meletak jawatan, mengundur diri, maknanya dia serius apa yang dikatakan terhadap kenaikan kos sara hidup," katanya kepada pemberita, di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Sungai Petani - 14 rumah rosak dipukul ribut

14 rumah rosak dipukul ribut

SUNGAI PETANI - 14 buah rumah, dewan orang ramai dan masjid di Taman Keladi mengalami kerosakan akibat dilanda ribut, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, angin kuat turut menyebabkan kubah Masjid Taman Keladi tercabut.

Ahli Jawatankuasa masjid, Idrus Abu Bakar ketika ditemui semalam berkata, kubah masjid berkenaan diterbangkan angin sejauh 50 meter.

Menurutnya, perkara itu hanya disedari ketika dia hadir ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib, kelmarin.

Katanya, sebahagian ruang utama solat turut basah kerana dimasuki air gara-gara bumbung mengalami kebocoran.

Idrus berkata, pihak masjid sudah melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk proses pembaikan.

Sementara itu, seorang penduduk, Yusof Ahmad,67, berkata, ketika ribut kuat dia sedang berada di dalam rumah.

Alor Setar - Produk tidak halal perlu diasingkan

Produk tidak halal perlu diasingkan

ALOR SETAR - Penjualan barangan halal dan tidak halal hendaklah diasingkan berikutan termaktub dalam syarat-syarat yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sekiranya terdapat pasar raya pamer atau menjual kedua-dua barangan itu pada tempat sama, ia suatu kesalahan dan tindakan boleh diambil terhadap premis berkenaan.

“Syarat yang kita tetapkan adalah, pasar raya hendaklah pastikan barangan halal dan tidak halal termasuk penjualan arak diletak berjauhan atau terasing, malah disarankan adakan satu sudut khas untuk barang tidak halal,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Jom Kembali Ke Sekolah 2016, peringkat negeri Kedah, semalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...