TERKINI :

Thursday, December 10, 2015

'Playboy' punca masalah Malaysia, kata Sanusi

Mendakwa terhalang di Kedah, sebuah cawangan Umno dari negeri itu meraikan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.

Kira-kira 500 orang bernyanyi dan bersorak ketika bekas perdana menteri dan Presiden Umno itu tiba di Muzium Kesenian Islam ketika Tan Sri Sanusi Junid menyampaikan ucapan penuh bersemangat.

Sanusi diketahui salah seorang penyokong tegar Dr Mahathir dan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Umno serta Menteri Besar Kedah.

Kata Sanusi masalah yang sedang dihadapi negara ini "mudah saja" iaitu "kita mempunyai pemimpin yang tidak ada moral".

Tanpa berselindung Sanusi mendakwa "pemimpin" tersebut sebagai seorang "playboy yang susah untuk mengawal nafsu".

Kata Sanusi, 'penyakit' kedua yang dihadapi negara ini ialah "gila duit".

Kedua-dua masalah itu, katanya, mendorong pihak yang berkenaan mencari duit secara mudah.

"Penyelesaian kepada masalah ini ialah rakyat perlu bangkit. Kita terus membaca dan cuba memahami tetapi kita tak boleh lagi duduk berdiam diri.

"Kita orang Kedah, kita hidup di tengah-tengah sawah padi dan petani tidak tahu untuk bersembunyi," kata Sanudi mengulas mengenai kemelut semasa parti itu.

Seperti Dr Mahathir, Sanusi juga secara terang-terangan mengecam kepimpinan semasa Datuk Seri Najib Razak.

Majlis hari ini diadakan ketika lebih 2,000 perwakilan Umno berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur sempena perhimpunan tahunan parti berkenaan.

Menurut Sanusi, Najib kini tidak mampu mengenang nafsunya.

Dr Mahathir sebelum ini mengadu pihak yang cuba menganjurkan majlis penerangan membabitkan dirinya sukar mendapat tempat atas faktor tertentu.

Umno bertakbir ajak PAS bekerjasama

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini secara terbuka mengajak PAS untuk bekerjasama dengan parti pemerintah itu atas dasar membina Malaysia di atas syariat Islam.

Najib ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis memuji keputusan PAS meninggalkan “Pakatan Pembangkang”.

“Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali‎ silaturahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya,” katanya dalam ucapan dasar beliau hari ini.

Ucapan beliau itu mendapat tepukan gemuruh ribuan delegasi Umno hari ini yang spontan melaungkan takbir “Allahuakbar!”

Najib menyentuh perhubungan dingin dan retak antara PAS dan DAP di negeri yang dikuasai mereka dan menyatakan parti pemerintah Pulau Pinang itu sebagai tidak pernah setia dengan rakan sekutu mereka selama ini.

“Itulah dia DAP, yang tidak pernah setia dengan rakan gabungannya. Tahun 1990, mereka membentuk gabungan pembangkang. Lalu berpecah pada tahun 1995. Bergabung semula di tahun 1999. Kemudian tahun 2004, berpisah lagi.

“Kalau nak ikutkan perumpamaan orang berkahwin, sudah tiga kali jatuh talak. Nampaknya, besok-besok, kalau pecah pulak dengan Pakatan Harapan, tak taulah pulak talak berapa nak pakai nanti,” kata Presiden Umno itu.

Najib turut mengutuk Pulau Pinang yang didakwanya menzalimi orang Melayu sehingga ADUN Penanti dari PKR mengalirkan air mata di Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

“Ini tidak pernah berlaku ketika pemerintahan BN.

“Realitinya, siapa yang zalim sebenarnya? Tepuk dada, tanyalah selera,” kata beliau during tepuk sorak delegasi yang memenuhi dewan dan ruang legar PWTC.

Kes rogol di Malaysia berlaku setiap 35 minit

GEORGE TOWN: Sebanyak 42,449 kes keganasan rumah tangga, 31,685 kes rogol dan 24,939 kes cabul dilaporkan dari tahun 2000 hingga 2013, kata Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) Yap Soo Huey.

Beliau berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (WCC), secara purata 3,000 kes rogol dilaporkan di Malaysia setiap tahun.

“Ini bermakna setiap 35 minit terdapat seorang gadis atau wanita dirogol di Malaysia. Kebanyakan kes rogol melibatkan mangsa berumur bawah 16 tahun, pada 2013, jumlah kes melibatkan remaja bawah umur adalah sebanyak 2,111 kes,” katanya yang dipetik dari Bernama.

Soo Huey berkata, menurut Kementerian Dalam Negeri, sebanyak 28,741 kes rogol dilaporkan dari tahun 2005 hingga 2014 dengan 16 peratus (4,514 kes) dibawa ke mahkamah dan 2.7 peratus (765 kes) didapati bersalah.

Saifuddin: Pahlawan Bugis halang Muhyiddin berucap

PETALING JAYA : Sekiranya Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak bijaksana, Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya diberikan peluang untuk menggulung perbahasan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ke-69.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Presiden akan menggulung paling akhir dan beliau boleh membidas Timbalan Presidennya habis-habisan.

“PAU kali ini nazak. Presiden berucap sebagai Pahlawan Bugis. Tapi halang Timbalan Presiden rasmi sidang sayap-sayap dan penggulungan.

“Kalau Presiden bijaksana, biarlah Timbalan Presiden menggulung. Sebab Presiden menggulung paling akhir… bidaslah Timbalan Presiden habis-habis,” katanya menerusi status terbarunya di Facebook miliknya.

Beliau yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, UMNO di bawah pentadbiran Najib kini amat nazak.

Semalam, Majlis Tertinggi (MT) UMNO tetap dengan keputusan untuk tidak membenarkan Timbalan Presiden berucap pada sesi penggulungan.

Muhyiddin turut melahirkan rasa kecewa dengan pendirian MT.

“Saya masih tidak diberikan peluang untuk berucap. Saya tidak tahu atas alasan apa. Saya tidak boleh merasmikan, tidak boleh berucap. Mulut saya dikunci,” kata Muhyiddin.

Ucapan dasar Najib di PAU yang tiada dasar..!

Kenyataan Media.

UCAPAN DASAR NAJIB YANG TIADA DASAR.

1. Kemeriahan majlis perasmian Persidangan Agong Umno (PAU) kali ini hanya dapat dilihat pada warna merah yang menguasai persekitaran PWTC. Tetapi tidak pada Ucapan Dasar Presiden Umno.

2. Ucapan Dasar Presiden Umno, Najib kali ini tidak pun menyatakan halatuju perjuangan Umno sebaliknya ucapan dasar menjadi medan untuk mempertahan diri atas segala persoalan yang mempersoalkan kredibiliti dan integriti beliau. Namun, Najib gagal menjawab segala isu yang berbangkit dan berkaitan dirinya seperti Skandal 1MDB, Rasuah RM2.6 bilion dan lain-lain isu.

3. Sebagai Pahlawan Bugis, Ucapan Najib lebih mengaut emosi dan sentimen pimpinan Umno dan Perwakilan dengan menyindir dan menyerang Tan Seri Muhyidin Yassin dan Datuk Shafie Afdhal selepas mereka berdua diikat kaki, tangan dan ditampal mulut di sepanjang PAU pada kali ini daripada memberi apa-apa ucapan pada Perwakilan. Najib juga cuba membangkitkan kebencian Perwakilan kepada Tan Seri Muhyidin, Tun Mahathir dan Datuk Shafie.

4. Namun, daripada sudut kepentingan politik pendekatan ini terpaksa dilakukan untuk memastikan hayat politiknya dapat bertahan selepas dia berjaya meyakin dan menyatukan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan kepimpinan BN berdiri bersamanya dan tidak menyertai gerakan kem Muhyidin Yasin.

5. Saya percaya PAU kali ini akan dijadikan Najib sebagai pembuktian pimpinan dan ahli umno berdiri teguh di belakangnya kerana Perwakilan dikuasai oleh kem Najib. Cuma masyarakat umum akan terus mempersoalkan Najib dengan soalan kenapa takut beri peluang kepada Muhyidin dan Shafie jika benar slogan Najib dalam ucapan Dasar sebagai Pahlawan Bugis "I Am Gentleman".

PERSIDANGAN AGONG UMNO (PAU) MENJADI MEDAN KUKUS KUEH PAU

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
10 Des 2015/28 Safar 1437H

Najib saran ahli Umno ‘hulur silaturahim’ kepada PAS

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak seru ahli parti Melayu itu menghulurkan salam ukhuwah dan silaturahim kepada PAS, lebih-lebih lagi parti Islam itu kini sudah meninggalkan pakatan pembangkang.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyeru ahli parti Melayu itu menghulurkan salam ukhuwah dan silaturahim kepada PAS, lebih-lebih lagi parti Islam itu kini sudah meninggalkan pakatan pembangkang.

Najib dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno hari ini berkata, sistem 2 parti juga tidak boleh diamalkan di negara ini, sebaliknya rakyat kini berdepan pilihan antara pakatan parti pemerintah Barisan Nasional (BN) yang diketuai Umno ataupun parti pembangkang yang diketuai DAP dalam Pakatan Harapan.

"Maka saudara dan saudari, kita di dalam Umno, berasa lega, malah gembira, apabila PAS, kini tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariat-Nya," kata Najib di hadapan 2,654 perwakilan dari 191 bahagian Umno seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

"Contoh yang sangat ketara sekarang, betapa DAP cuba ‘menguasai’ parti lain dalam pakatan pembangkang.

"Ini dapat kita lihat, bila mana ada di kalangan pemimpin mereka, yang menyatakan hasrat untuk bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), yang dimenangi PAS di Selangor sebelum ini, pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

"Lebih-lebih lagi DAP di Sarawak, dengan angkuhnya memutuskan hubungan dengan PAS dan PKR, kerana ingin bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak nanti.

"Itulah dia DAP, yang tidak pernah setia dengan rakan gabungannya. Tahun 1990, mereka membentuk gabungan pembangkang. Lalu berpecah pada 1995. Bergabung semula pada 1999. Kemudian 2004, berpisah lagi,” katanya.

Najib berkata, DAP juga cuba lagi untuk berpakat, pada 2008 dan 2013, dengan PAS dan PKR.

"Kalau nak ikutkan perumpamaan orang berkahwin, sudah 3 kali jatuh talak. Nampaknya, besok-besok, kalau pecah pula dengan Pakatan Harapan, tak taulah talak berapa nak pakai nanti."

Malah, Najib berkata, gabungan pembangkang tidak peduli apabila PAS disingkirkan daripada pakatan mereka.

"PAS disepak dan diterajang keluar daripada Pakatan, mereka macam itu saja."

Sehubungan itu, katanya, sistem 2 parti itu juga berbahaya kepada perjuangan Umno.

"Bersabit perkara ini, selagi saya memimpin, seruan saya kepada rakan dan saudara saudari seperjuanganku sekalian, kita sekali-kali tidak akan membiarkan individu tertentu bercakap sembarangan, kononnya kita perlu menjurus kepada sistem 2 parti.

"Mana boleh! Mana boleh perkara ini kita terima? Bukan atas dasar kita tidak faham pengertian demokrasi, tetapi, dari sudut falsafah dan perjuangan Umno itu sendiri, yang memartabatkan bangsa dan mempertinggi syiar Islam.

"Saya ingin bertanya kepada perwakilan dan ahli Umno semua, takkan kita tidak faham akan bahayanya, akibat seruan yang tidak bijaksana itu," katanya.

Najib berkata, realiti politik di Malaysia hari ini, rakyat hanya mempunyai 2 pilihan, sama ada satu gabungan parti politik yang dipimpin Umno atau satu lagi yang dipimpin atau didominasi DAP.

Sekiranya Umno ditolak, katanya, negara ini akan diperintah mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu dan Bumiputera. – 10 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-saran-ahli-umno-hulur-silaturahim-kepada-pas#sthash.B0uj3udZ.po9xPLbz.dpuf

Antara teguran KJ dan 'pertanyaan derhaka' Muhyiddin..???

GESAAN Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar kepada Kerajaan untuk menghentikan segala kenaikan kos di negara ini sebenarnya boleh dikatakan satu paksaan untuk menangani kos sara hidup yang sudah lama disuarakan oleh akar umbi.

Ia bukan sahaja satu desakan namun permintaan terutama melindungi nasib golongan M40 iaitu mereka berpendapatan antara RM3,860 ringgit hingga RM8,320 ringgit dengan semakan semula had pelepasan cukai yang ditekankan sejak pembentangan Bajet 2016 baru-baru ini.

Harapan itu bukan baharu sebenarnya, ia sudah lama dipinta rakyat kerana kenaikan kos sara hidup sudah menjadi satu bebanan yang harus ditelan selain banyak juga cadangan daripada kepimpinan atasan Kerajaan yang memberi cadangan untuk mengurangkan kos sara hidup yang dilihat kurang bernas sekali gus hanya dipandang sepi oleh masyarakat sendiri.

Teguran terbuka Khairy sendiri terhadap Kerajaan semasa mesyuarat perasmian sayap Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pagi Rabu merupakan harapan yang dimahukan rakyat secara keseluruhannya.

Tiada pilihan lain selain dedah nama penderma budiman RM2,600 Juta

Shahbudin Husin, 

 http://images.says.com/uploads/story_source/source_image/424069/fcde.jpg

Sekiranya Najib Razak tidak mengelak dan berani berdepan di Parlimen pada 3 Disember lalu untuk menjawab isu derma RM2,600 juta yang diterimanya, pastilah Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini memberi lebih kelegaan kepadanya.

Tetapi, oleh kerana Pahlawan Bugis itu memilih untuk menjadi pengecut, bahana wang derma yang banyak misteri itu akan berterusan menjadi beban kepadanya.

Tindakan menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi membacakan kenyataan 3 minit mengenai wang itu di Parlimen bukan saja suatu kesilapan, bahkan menolak sebarang soalan serta perbahasan mengenainya, lebih menampakkan ketidakmatangan Najib dalam berpolitik dan menguruskan persepsi rakyat.

Alasan subjudis yang dinasihatkan oleh Peguam Negara dan kemudian ditolak oleh dua bekas hakim berikutan tiada sebarang kes dibawa ke mahkamah, juga menunjukkan seolah-olah dalam lingkungan yang rapat dengan Najib sendiri mahukan beliau terus terbeban dengan isu wang RM2,600 juta itu.

KJ - Takkan bawa suara rakyat pun dianggap derhaka?

Khairy

KUALA LUMPUR - Pemuda Umno mengkritik tindakan sesetengah pihak yang menuduh sayap parti itu bertindak populis, hendak menangguk di air yang keruh serta melawan 'tauke' ketika membawa suara dan rintihan rakyat.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata,apa yang Pemuda Umno lakukan bukan populis tetapi untuk membuatkan Umno kembali popular dalam kalangan rakyat.

"Kadang kala membawa suara rakyat menuntut Pemuda membuat pendirian yang kurang disenangi sesetengah pihak. Ada kalanya ia menyebabkan kita menentang arus.

"Takkanlah usaha Pemuda menjadi utusan dan membawa fikiran dan suara rakyat pun dianggap menderhaka? Kalau begitu baik dijahit sahaja mulut kami," katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda Umno, hari ini.

Menurutnya, pendirian Pemuda tidak pernah populis dan mereka yang menuduh Pemuda sebagai populis ternyata tidak faham erti populis.

Aku pilih AMANAH atau PAS..???


Nak perintah malaysia TERPAKSA kena tahaluf dgn non muslim

Umno dh perintah negara ni berpuluh tahun bukan saja tak laksanakan syariat malah berlaku zalim dan menyeleweng hasil negara

Jadi tiada tahaluf dgn umno/bn

Satu2nya pilihan yg tinggal ialah tahaluf dengan DAP. DAP tolak hudud? Itu sebelum dpt kuasa, lepas dh dpt kuasa nnt mungkin berbeza, ketika itu media kita dah kuasai, polis tentera semua kita kuasai, jadi jalan terbentang luas utk kita berdakwah kpada non muslim tentang keindahan syariat Islam.

Yg paling penting kita dh selamatkan khazanah negara dari dikendurikan oleh umno bn.

Jadi tahaluf dgn dap n pkr adalah pilihan terbaik. Sebab tu TGNA pertahankan PR hingga ke akhir hayat beliau.

Amanah meneruskan jalan yg telah dipilih oleh TGNA iaitu bersama dap n pkr dlm satu pakatan pembangkang yg kuat.

MT UMNO putuskan hanya Najib sampaikan ucapan penggulungan, Muhyiddin tetap tak boleh


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal tidak akan berucap pada sesi penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 Sabtu ini.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesyuarat tersebut memutuskan hanya Najib akan berucap pada sesi penggulungan perhimpunan itu nanti.

"Saya akan duduk dalam mesyuarat sampai selesai, sebab saya Timbalan Presiden (UMNO) dan hak saya sebagai Timbalan Presiden saya akan terus duduk dari awal sampai akhir," katanya selepas menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn di sini hari ini.

Sebelum ini, Najib mengumumkan MT telah memutuskan mesyuarat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agung UMNO hanya akan dirasmikan ketua sayap masing-masing dan bukannya Muhyiddin.

Keputusan itu memyebabkan Muhyiddin sedih dan kecewa sekali gus mendakwa dirinya tidak lagi berpeluang menyampaikan amanat kepada ahli UMNO yang disayanginya.

Piala Malaysia : Tiket dalam talian aksi final habis dijual

Piala Malaysia 2015

KUALA LUMPUR - Sebanyak 10,000 keping tiket dalam talian yang diperuntukkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk aksi final Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah di Stadium Shah Alam, Sabtu ini telah habis dijual.

Tinjauan Bernama mendapati kesesakan teruk berlaku sejak laman sesawang www.tickethotline.com.my yang menjual tiket final Piala Malaysia dibuka bermula
jam 10 pagi, hari ini.

"Peruntukan tiket untuk penjualan online telah habis dijual namun anda masih boleh dapatkan tiket di Stadium Shah Alam dan Stadium Darul Aman bermula esok," demikian menurut kenyataan yang dipetik daripada laman sesawang berkenaan.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dijangka menjual sejumlah 30,000 tiket masing-masing yang diperuntukkan oleh FAM bermula pukul 10 pagi esok di kedua-dua kaunter tiket stadium berkenaan.

Tidak hadir Taklimat Presiden, Muhyiddin jawab

Tidak hadir Taklimat Presiden, Muhyiddin jawab
KUALA LUMPUR - Susulan ketidakhadirannya pada majlis Taklimat Presiden, Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 malam semalam yang menjadi tumpuan, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini tampil menjawab kepada Sinar Online.

Menurut Muhyiddin, beliau telah mempunyai temu janji lain yang ditetapkan lebih awal dengan Umno Pagoh di Universiti Malaya (UM), malam semalam.

“Itu bukan merupakan satu perkara besar. Taklimat presiden itu biasa. Saya sudah jangka mungkin apa-apa yang nak dijelaskan itu bukan sesuatu perkara yang baharu. Namun kebiasaannya, taklimat itu diadakan sebelah petang, kali ini dibuat sebelah malam.

“Saya pula sudah ada jadual dengan ahli-ahli parti saya (Pagoh) kira-kira 200 orang dalam majlis makan malam di Kompleks Persatuan Alumni UM. Maka, saya sudah terikat dengan program itu,” katanya.

Semalam, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata beliau menerima maklumat bahawa Muhyiddin telah sampai ke PWTC namun tidak masuk ke Dewan Merdeka di mana majlis taklimat itu berlangsung.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...