TERKINI :

Monday, December 7, 2015

Najib disaran contohi Mahathir letak jawatan di PAU

khairuddin-mahathir-najib
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak disaran mengikut jejak Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO pada ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, beliau amat berharap Najib meletak jawatan sekaligus menamatkan masalah yang dihadapi oleh parti itu.

“Saya berdoa perkara ini berlaku. Saya akan solat hajat minta Allah SWT bukakan pintu hati Najib, pada ucapan penggulungan UMNO minggu hadapan, beliau akan buat kenyataan tersebut (meletakkan jawatan),” katanya sewaktu diwawancara Free Malaysia Today.

Pada 2002, di pentas yang sama, Dr Mahathir telah melakukan kejutan dengan mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Mengulas lanjut, Khairuddin juga menyatakan jika sejarah tersebut berulang, beliau bernazar untuk berpuasa selama tiga hari berturut-turut.

“Kalau Najib buat kenyataan tersebut (meletakkan jawatan), saya akan berpuasa, namun tidak akan botakkan kepala kerana cukuplah dibotakkan sewaktu dalam penjara,” ujarnya.

Program Muhyiddin terima sambutan hebat

Beberapa tokoh UMNO turut hadir antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Shafie Apdal.

talkl1
KUALA LUMPUR: Program Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru malam ini menerima sambutan hangat.

Kira-kira 600 orang memenuhi dewan menyebabkan keadaan sesak tetapi sedikitpun tidak menghalang hadirin yang sebahagian besar ahli UMNO untuk datang mendengar amanat Timbalan Presiden UMNO.

Tokoh-tokoh besar UMNO turut hadir memberi sokongan kepada Muhyiddin antaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin.

talkl2

Sementara itu, Khairuddin yang ditemui berkata, beliau berdiri teguh bersama Muhyiddin atas prinsip UMNO tulen.

AMK Selangor mahu ‘payung’ Noh Omar makan di restoran mamak


Adam Abu Bakar

Zainol-Abidin_akm_600
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua AMK Selangor, Zainol Abidin Mohamed berbesar hati mempelawa Datuk Seri Noh Omar makan di mana-mana restoran mamak.

Ia bagi membuktikan kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Tanjong Karang itu silap bahawa restoran mamak juga dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus.

“Berikutan dakwaan bahawa harga makanan dan minuman tidak dikenakan GST, AMK Selangor berbesar hati untuk belanja Noh Omar.

“Ia bagi membuktikan bahawa restoran mamak juga dikenakan GST,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar beliau lagi, Noh boleh menetapkan tarikh dan masa untuk bersama-sama ke restoran mamak.

“AMK Selangor akan ‘payung’ rombongan Datuk Seri di restoran mamak nanti,” ujarnya lagi.

Noh yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor dalam satu forum bersama Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa restoran mamak tidak dikenakan GST.

LIVE - Bersama Timbalan Presiden UMNO - Kelab Sultan Sulaiman 7 Dis 2015


SATU LAGI KEHEBATAN MALAYSIA - Siapa punya kapal terbang? Tolong ambil balik..!


Kuala Lumpur: Malaysia Airport (Sepang) Sdn Bhd meminta pemilik tiga buah pesawat untuk menuntut semula pesawat yang didapati 'tersadai' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dalam satu siaran notis yang dikeluarkan syarikat itu, pemilik pesawat berkenaan gagal menjelaskan bayaran caj yang dikenakan terhadap mereka.

"Jika anda gagal untuk mengambil semula pesawat ini dalam tempoh 14 hari notis dikeluarkan, pihak kami berhak untuk menjual atau melupuskan pesawat tersebut dibawah Akta Penerbangan Awam 1996.

"Wang tersebut akan digunakan untuk membayar caj dan hutang syarikat seperti dinyatakan dalam akta berkenaan," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, hari ini.

SPRM dah pergi jumpa penderma RM2.6bilion

SPRM sudah menghantar pegawai ke Timur Tengah baru-baru ini untuk menemui penderma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Disember, 2015.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah menghantar pegawainya ke Timur Tengah baru-baru ini untuk menemui penderma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, lapor portal BH Online.

Menurut portal milik akhbar Berita Harian itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung pemergian pegawai mereka kerana siasatan lanjut masih dijalankan.

"Memang kita ke Asia Barat baru-baru ini untuk menemui individu yang dikaitkan dengan dana RM2.6 bilion berkenaan.

"Sejauh mana pertemuan itu kita tidak boleh dedahkan," katanya di Kota Baru, Kelantan, seperti dilaporkan BH Online. – 7 Disember, 2015

Muhyiddin sudah di 'sound' oleh S/U Agung Umno supaya jangan berucap melampaui batas malam nanti

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh berucap dalam satu majlis perhimpunan yang dijadual diadakan di Kuala Lumpur malam ini namun diingatkan agar tidak melampaui batas, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya, beliau tidak mengetahui 'desas desus' Muhyiddin akan berucap dalam satu perhimpunan khas di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam ini.

Bagaimanapun, Tengku Adnan berkata terpulang kepada bekas timbalan perdana menteri itu jika mahu memberi ucapan pada majlis itu.

"Hanya jangan melampaui batas, jika tidak, kami akan mengambil tindakan," katanya kepada media selepas menghadiri 'Program Back to School' di Menara Seri Wilayah di Putrajaya hari ini.

PAU - Adakah MAHATHIR akan kena "Boo" sepertimana MAT SABU kena dalam muktamar dulu


Tun Mahathir Mohamad didakwa akan berdepan layanan buruk dalam perhimpunan agung Umno kali ini, yang akan bermula esok.

Seorang penulis blog Syed Akbar Ali mendakwa cakap-cakap telah tersebar bahawa bekas perdana menteri itu akan menjadi mangsa bu.

“Malah, fikir macam itu sahaja sudah menandakan bahawa Umno sudah mati.

“Jika mereka sebaliknya bu si dungu itu, Umno masih ada peluang untuk hidup,” katanya penulis blog OutSyed The Box itu.

Syed Akbar mendakwa mendapat maklumat itu daripada cakap-cakap kedai kopi.

Beliau turut mendakwa bahawa perwakilan dan ucapan mereka ditentukan dengan berhati-hati bagi memastikan tiada sesiapa menyimpang daripada skrip.

Beliau juga menyindir semua perwakilan tertakluk kepada imbasan x-ray.

NFC: Apa berlaku kepada pinjaman RM250 juta?

Oleh MOHD AZMI ABDUL HAMID

https://lh3.ggpht.com/Wx1t-MdXUfinfnqRnvevCa31pnS-cFe9rr-b_iI_9VbG3mA3elFLsPNMdVNpZaSia6Ezr1_x7REJ7_lp5A
Pada 24 November 2015, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail telah dibebaskan daripada empat pendakwaan pecah amanah yang melibatkan RM49.7 juta. Ketika kesalahan ini didakwa dilakukan, beliau adalah Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).

Hakim Mahkamah Sesyen telah membebas Dr Salleh, tidak berdasarkan bukti yang direkod semasa pembicaraan penuh dijalankan akan tetapi atas alasan Peguam Negara telah menarikbalik pendakwaan ke atas beliau.

Peguam Negara telah memutuskan hal tersebut setelah mengkaji surat oleh pasukan peguambela beliau. Namun isi kandungan surat tersebut tidak pula didedahkan.

Dr Salleh telah didakwa di Mahkamah Sesyen pada 12 Mac 2012 dan perbicaraan dimulakan pada 23 Jun 2014 bila pihak pendakwa memanggil saksi pertama. Peguam bela telah memohon supaya pendakwaan dibatalkan, namun Hakim Mahkamah Sesyen menolak permohonan tersebut. Keputusan tersebut dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang mengarahkan perbicaraan tersebut diteruskan. Bila perbicaraan diteruskan, Peguam Negara telah dengan tiba-tiba menarik balik pendakwaan dan menyebabkan beliau dibebaskan.

TPP: Malaysia sudah terperangkap, kata Kadir Jasin


KUALA LUMPUR - Malaysia akan hilang kredibilitinya jika bertindak menarik diri daripada perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) selepas menyertai rundingan mengenainya sejak dua tahun lalu.

Tokoh Wartawan Kebangsaan, Datuk A.Kadir Jasin mendakwa, Malaysia juga akan dianggap sebagai pihak yang tidak beramanah jika tidak mahu melaksanakan perjanjian perdagangan itu selepas rundingan dimuktamadkan, baru-baru ini.

"Kita minta itu dan ini, tapi kita tak mahu laksanakannya.

"(Bila) kita tak laksana (TPP), sudah pasti kedudukan (ekonomi) kita akan jatuh kerana Amerika Syarikat tak percaya kita lagi," katanya pada Siri Bicara Prowaris bertajuk Ke manakah Melayu Selepas 1MDB dan TPPA di sini, malam tadi.

Menurut Kadir, Malaysia tidak boleh keluar daripada perjanjian itu walaupun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penyertaan itu tidak perlu disahkan.

Bolehkah kita percaya pembangkang?

Oleh Mahadzir Ibrahim


Berdepan dengan politik kuasa di peringkat nasional, nyata sekali masih banyak kelemahan dalam gabungan politik pembangkang, dan ia menimbulkan kemusykilan rakyat.Maka penganalisis dan penggemar politik merasakan wujudnya ketidaksediaan pembangkang mengambilalih kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sehingga hari ini, kerajaan Umno/BN pada setiap sesi perbahasan di Parlimen mahu pun Dewan Negeri, terus menerus menerima tekanan kuat dari sebelah pembangkang, baik dalam perbahasan bajet mahu pun perbahasan rang undang-undang (RUU) dan sebagainya.

Sungguhpun begitu, hubungan politik antara parti pembangkang ketika ini haru-biru (termasuk baru-baru ini sebahagian wakil rakyat PAS tidak bersama dengan wakil DAP dan PKR menolak bajet BN di Parlimen).

Namun momentum penentangan, iaitu perbahasan dasar di Dewan Rakyat oleh wakil rakyat pembangkang, tetap ampuh ketika berdepan dengan kerajaan BN di setiap negeri dan di Parlimen.

Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sahaja, wakil rakyat BN sendiri merasa lelah dengan perdebatan dewan.

Suhu ini tidak akan surut sehinggalah penggal kerajaan BN tamat, malah kita percaya keadaan ini akan lebih hangat dan kritikal lagi menjelang PRU14.

Dihalang berucap, Muhyiddin temui penyokong di Kelab Sultan Sulaiman pula


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bercakap kepada penyokongnya di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada jam 8.30 malam esok, selepas dihalang berucap di Perhimpunan Agung Umno minggu depan.

Seorang pembantu bekas timbalan perdana menteri itu mengesahkan perkara itu selepas tersebar meluas poster acara itu di media sosial, dan kini menjadi perbualan orang ramai yang mengikuti perkembangan politik tanah air.

Majlis itu mula diperkatakan selepas blog pengamat politik Umno, Shahbudindotcom, mempersoalkan jumlah kehadiran yang akan berjaya digamit acara itu.

Poster dengan kata-kata Muhyiddin berkenaan majlis itu juga turut dikongsi orang ramai. Bagaimanapun, petikan pada poster itu, yang ditampilkan seolah-olah diucapkan Muhyiddin, tidak pula ditemui di laman Facebook beliau.

Isu saman : PPIM sedia jawab hospital


Nadzim JohanSHAH ALAM - "Pihak kita tidak ada masalah. Kami akan bongkar di mahkamah dan ini peluang kami hendak dedahkan perkara sebenar'.

Demikian respons Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan ketika ditanya ‎tentang status terkini mengenai kenyataan Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd akan mengambil tindakan saman terhadap seorang bekas jururawatnya, Naziah Sauni Samat,24, dan PPIM dalam tempoh terdekat.

Tindakan saman itu, susulan sidang media Naziah, bersama Nadzim yang mendakwa jururawat itu dibuang kerja kerana cuba menutup aurat semasa bekerja.

Mengulas lanjut, Nadzim mendakwa, beliau mempunyai bukti yang kukuh untuk mempertahankan kenyataannya bersama Naziah sebelum ini.

"Kita ada rakaman itu, ‎kita buat perkara betul, kita tidak menyebut apa benda.

Kedah tempah tiket ke akhir Piala Malaysia

Piala Malaysia: Selangor, Kedah berentap di final
ALOR SETAR: Kedah semakin hampir mencipta sejarah membawa pulang kembali Piala Malaysia ke negeri itu apabila mara ke final selepas mengenepikan cabaran FELDA United di separuh akhir dengan agregat 4-3, sebentar tadi.

Kemenangan 2-1 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman mengesahkan kemaraan Kedah selepas terikat 2-2 pada separuh akhir pertama di Selayang, Rabu lalu dengan kali terakhir skuad dari utara itu muncul juara pada 2008 selepas menewaskan Selangor 3-2 di final.

Bagi FELDA United, keputusan itu meleburkan impian mereka untuk layak buat kali pertama ke pentas akhir piala paling berprestij itu.

FELDA United bagaimanapun terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-40 selepas pemain itu membuat larian solo sebelum merembat masuk gol pertama pelawat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...