TERKINI :

Saturday, December 5, 2015

Datuk, air kosong pun dikenakan GST enam peratus!

Noh Omar 
 
Kehadapan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar yang baru-baru ini tampil menyatakan restoran mamak tidak mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan, GST.

Mahu ke tak saya tergelak dengan kenyataan seumpama itu Datuk?

Bukan apa, saya kasihan kerana banyak perkara yang berlaku dalam negara dan Datuk tidak sedar. Mungkin kerana jarang makan di restoran mamak, maka Datuk pun kurang pasti sekali gus terkejut dengan respon orang ramai terutamanya pelajar di Unisel saban hari.

Saya pun sudah lama tidak bertandang ke restoran mamak. Tapi bukan kerana boikot, bukan tak suka, bukan rasis, cuma tak tahan dengan harga makanan yang makin mahal, kuantiti makin kurang.

Suka saya berkongsi pengetahuan tentang restoran mamak dan GST.

Di forum tempoh hari Datuk berjanji akan mengambil tindakan terhadap restoran mamak yang mengenakan GST. Selepas itu, Datuk bagitau restoran yang tidak berdaftar dengan nombor pendaftaran GST tetapi kenakan GST, akan dikenakan tindakan.

Cara Presiden PAS berpolitik tidak sesuai dalam MALAYSIA

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Saya sudah agak PAS akan kecoh dengan isu "DS Wan Azizah sebut undi tolak bajet sia sia". Tengoklah apa yang Presiden kami buat, last sekali presiden korang pun ikut.

2) Ya, kita akui Presiden PAS hebat, boleh baca politik masa depan, istiqamah, genius, mantop bagai. Tapi korang mesti ingat, tak ada guna dia hebat sorang-sorang kalau orang lain tak faham yang dia buat.

3) Orang lain tidak berupaya membaca masa depan sehebat beliau. Orang lain tidak sehebat cara berpolitik beliau. Dan orang lain tak pandai nak berpolitik dengan cara pelik beliau.

4) Jadi, beliau seharusnya berpolitik mengikut waqi' keadaan setempat. Tak perlu nak berpolotik matang dan futuristik sangat. Orang sekeliling beliau tak dapat terima.

5) Kalau pun akhirnya betul tindakan beliau, orang sekeliling yang sakit hati, tetap takkan iktiraf kehebatan beliau. Malah kecacatan, kesilapan, kejumudan beliau akan sentiasa dicari untuk dibahan dan ditroll.

AMANAH - Politik takut senjata baru Umno

– Faiz Fadzil


Umno merupakan parti politik tertua negara ini yang berjuang atas dasar perkauman Melayu dilihat tidak lagi mampu untuk membela nasib Melayu. Bagaimana hendak diharapkan dapat membela nasib kaum terbesar negara ini jika nasib timbalan presiden sendiri pun tidak mampu dibela 3 juta ahlinya.

Di samping itu, beberapa orang ahlinya yang lantang mengkritik dasar kerajaan dan Perdana Menteri turut dibuang. Krisis yang melanda Umno sekarang semakin parah dengan ruang demokrasi dillihat semakin tertutup.

Khurafat, Umno sahaja yang mampu membela nasib orang Melayu kini semakin diragui. Bagaimana hendak diharapkan Umno jika sasaran ekuiti Melayu dalam ekonomi negara sebanyak 30% di bawah dasar ekonomi baru masih gagal dicapai walaupun sudah lebih 40 tahun dasar ini dilaksanakan. Kadar pengangguran di kalangan anakmuda Melayu pula semakin meningkat.

Kenaikan harga barang dan terkini perkhidmatan pengangkutan awam seperti komuter dan ERL paling dirasai orang Melayu yang kebanyakannya terdiri daripada kelas menengah dan bawahan. Dianggarkan 40% pendapatan isi rumah orang Melayu di bawah RM2000 sebulan.

Tetiba Asraf Wajadi jadi "sasau" bila nak hentam Mahathir untuk back-up Najib penaik tambang ERL

Asyraf dihentam kaitkan ‘syarikat Cina’, Dr Mahathir dengan tambang ERL

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dikritik di media sosial hari ini apabila beliau mengaitkan sebuah
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dikritik dan dicemuh di media sosial hari ini apabila beliau mengaitkan sebuah "syarikat Cina" dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dengan kenaikan tambang Express Rail Link (ERL).

Asyraf yang mengendalikan hal ehwal agama itu menulis dalam laman Facebooknya hari ini beliau mengesyaki ERL Sdn Bhd "mensabotaj" kerajaan dengan menaikkan kadar tambang kereta api itu, sambil menambah Dr Mahathir merupakan pemegang saham terbesarnya.

Katanya, umum mengetahui "syarikat China" tersebut mempunyai saham terbesar di ERL Sdn Bhd, dan menjana kekayaannya menerusi kontrak kerajaan sewaktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

"Saya sudah suarakan pandangan rakan dan rakyat marhaen agar kementerian dan pimpinan tertinggi kerajaan campur tangan serta kaji semula kenaikan mendadak kos tambang pengangkutan awam terutamanya ERL yang amat membebankan pengguna.

"Semacam ada unsur sabotaj syarikat gergasi Cina yang diketahui umum mendapat segala kekayaan melalui kontrak kerajaan pada zaman Dr Mahathir yang memiliki saham majoriti terbesar ERL.

"Apakah syarikat seumpama ini sudah mati rasa hingga langsung tidak memikirkan kesengsaraan rakyat lantaran terlalu rakus mengejar keuntungan semaksimum mungkin hingga mengabaikan tanggungjawab sosial lebih besar," tulis Asyraf dalam Facebook beliau hari ini.

Husam simpati nasib Nurul Izzah

https://lh3.googleusercontent.com/aiOazx33lNswbSQ1OAKXbIhRA55dfCVMI_8rTAvHOlgwLvIlgte3vjzRjNlTzsExNinM9VLzmCHwdxkvdg=s800

KUALA KRAI - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dikecam selepas bertemu Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu Jamalul Kiram III kerana statusnya sebagai anak pemimpin pembangkang.

Adun Salor, Datuk Husam Musa meluahkan rasa simpati ke atas nasib Nurul Izzah, yang juga dikaitkan dengan satu gerakan di Filipina dan menyifatkannya sebagai cara untuk menyusahkan serta menyakiti pembangkang.

“Katakan yang jumpa (Jacel) adalah anak Datuk Seri Najib Tun Razak, dia tidak akan diserang. Walaupun Nurul Izzah tidak membuat kesalahan tetapi dia diserang,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan 10 rumah mangsa banjir Yayasan Darul Hijrah di Manjor, petang semalam.

Turut hadir, Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah; Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman dan sukarelawan Yayasan Darul Hijrah.

Husam yang juga bekas naib presiden Pas berkata, perjumpaan Nurul Izzah dan Jacel bukanlah isu besar jika hendak dibandingkan dengan isu 1MDB.

#HIJAUKUNING| Info Tiket | SHAH ALAM semakin hampir, tapi masih jauh...


2 gol di tempat lawan yang diperoleholeh pasukan Kedah pada aksi separuh akhir pertama bertemu Felda United sebenarnya masih belum selamat jika diambil kira kemampuan pasukan lawan sebelum ini. Walaubagaimanapun, untuk para penyokong Kedah, bolehlah menarik nafas lega seketika memandangkan keputusan dan sedikit kelebihan yang wujud di atas kertas itu berpihak kepada Lang Merah. Yang pasti dan nyata, jelas ‘bumbung’ Stadium Shah Alam sudah mula singgah dalam mimpi serta impian para penyokong setia hijau kuning.

Felda united jelas dalam keunggulan yang tersendiri dibarisan serangan. Namun seperti yang saya bicarakan dalam edisi sebelum ini mengenai peningkatan displin bertahan dan kekebalan barisan pertahanan mereka musim ini, ia tidak berapa jelas kelihatan apabila skuad Lang Merah masih mampu mengucar kacirkan mereka sebagaimana mereka lakukan terhadap pasukan lain.

Kembalinya Baddrol Bakhtiar menjelang separuh akhir kedua TM Piala Malaysia 2015 pada hari Ahad ini juga mungkin boleh menjadi faktor penting sama ada Kedah berpesta mahupun berduka sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan. Begitupun, pasukan lawan yang turut mendapat semula khidmat legenda Liga Malaysia, Indraputra yang kembali ke pangkuan pasukan selepas selesai menjalani pergantungan satu perlawanan, menjanjikan bahawa ’game on’ buat kedua-dua pasukan dan tidak akan terlalu berat sebelah nanti.

UBAH

Ramai yang mengkritik corak bertahan hijau kuning pada aksi di Selayang dengan meletakkan kesalahan di bahu kapten, Khairul Helmi Johari dan rakan seposisinya. Cuma sedarkah anda mereka hanya menurut arahan daripada barisan kejurulatihan untuk mengamalkan ‘zonal marking’ yang membuatkan permainan lebih terbuka berbanding memilih untuk bertahan? Dengan corak sebegitu rupalah menjadi asbab juga untuk pasukan menampilkan corak serangan yang efektif selama ini dan jika ditukar kepada ‘man to man marking’ daripada awal permainan, kita tidak akan mampu untuk menyerang dengan sedemikian rupa.

Walaubagaimanapun, saya juga sedikit risau dengan apa yang berlaku tempoh hari tetapi saya merasakan pemangku jurulatih, Ramon Marcote dan Nizam Adha mungkin boleh menggunakan prinsip ‘man to man marking’ yang diselang-seli dengan ‘zonal marking’ agar tidak terlalu mengganggu corak menyerang si Lang Merah. Apa tidaknya jika kerap dibiarkan berluasa Tiago Agusto dalam ‘final third’ hijau kuning, bahana yang menanti!

Mungkin juga pendekatan ‘double pivot’ atau dalam bahasa mudahnya, meletakkan dua pemain tengah bertahan mampu membendung kelincahan Zah Rahan Krangar dari bertindak bebas menyalurkan bola kepada bahagian atas. Kita hanya memerlukan seri 0-0 ataupun 1-1 untuk layak dan dengan bahagian serangan felda yang mantap, maka mengekang mereka menjaringkan gol adalah amat penting tetapi dalam masa yang sama, kita tidak mahu mengamalkan taktikal ‘berkampung’ sebaliknya bermain seperti biasa. Apapun terpulang kepada kem kejurulatihan untuk mencatur terbaik seperti yang telah dibuktikan sebelum ini.

ELAK TRAGEDI 2012

Masih terkenang tragedi separuh akhir kedua Piala FA 2012 antara Kedah bertemu Kelantan di venue keramat, Stadium Darul Aman. Dengan keputusan 1-1 di Kota Bharu ditambah 2 gol legenda hijaukuning, Khyril Muhymeen Zambree pada separuh masa pertama, Kedah dilihat akan mara ke perlawnan akhir. Malangnya 45 minit berikutnya bumi ibarat berputar 360 darjah!

Pengajaran yang amat berguna buat pasukan untuk kekal fokus dan berjuang selagi perlawanan belum tamat. Begitu juga untuk para penyokong agar tidak riak dan takbur kerana Yang Maha Berkuasa mampu melakukan apa sahaja terhadap tindakan yang dibenciNya itu. Apa tidaknya, masih jelas terdengar perbualan ramai penyokong yang menempah bas ketika rehat separuh masa pertama ditambah tindakan segelintir penyokong yang melakukan provokasi murahan dan merendah-rendahkan kemampuan pasukan lawan. Pengakhiran yang cukup mendukacitakan apabila ramai terpaksa membatalkan tempahan bas sebaik wisel penamat ditiupkan.

LAUTANHIJAU KUNING

Rasanya saya tidak berniat untuk menaip dan mengulas lebih panjang kali ini. Biarlah yang lebih pakar mementukan halatuju pasukan manakala kita sebagai penyokong, menjalankan tugas kita menjadi pemain kedua belas pada hari Ahad ini. Tidak perlu saya gambarkan suasana pada hari bersejarah tersebut kerana semua sedia maklum betapa meriahnya kelak. “Lepas Zohor kena beratur depan pintu dah!” mungkin ayat yang melucukan tetapi amat sesuai sekali untuk menggambarkan suasana di Stadium Darul Aman nanti.

Di sini juga saya memohon untuk semua mengenakan pakaian berwarnakan hijau atau kuning. Amat memohon kerana tidak pernah sekali lagi dalam hidup saya ke Stadium Darul Aman dapat mellihat hanya dua warna ini sahaja menjadi lautan hijau kuning. Pasti ada sahaja baju yang tidak dijadikan warna rasmi pasukan bola sepak negeri Jelapang Padi ini. Bukanlah saya meminta untuk memakai jersi, sebaliknya hanya mengharap warna menjadi lambang rasmi menyatakan ‘hijau kuning itu Kedah dan Kedah itu hijaukuning’ dapat direalisasikan!

Pasti lautan hijau kuning yang dibentukoleh 30,000 penyokong yang hadir daripada seluruh pelusuk kawasan menjadi kemenangan moral pertama buat pasukan. Sorakan, bunting dan kibaran bendera pula sebagai gol penting menggerunkan Irfan Bakti dan anak-anak buahnya!

DOA

Seperti biasa juga, saya akan terus berusaha mengingatkan kita semua agar sentiasa mendoakan kejayaan hijau kuning kerana sebagai penyokong yang beragama Islam, ini antara usaha kita daripada aspek kerohanian untuk membantu pasukan memandangkan doa adalah senjata terbaik selain melaungkan sorakan semangat yang lebih bersifat fizikal.

Stadium Darul Aman pula akan berehat daripada sebarang acara bola sepak membabitkan skuad hijau kuning untuk tempoh sebulan setidak-tidaknya selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua nanti. Semoga perlawanan penutup di venue keramat ini dapat ditamatkan dengan nota kemenangan sekaligus mara ke perlawanan akhir pertama pada 12 Disember sejak kali terakhir melakukannya pada 2008. Jumpa hari Ahad ini di Darul Aman! Pulun Kedah Pulun!

----------------------------

INFO TIKET :

Tiket akan mula dijual petang ini. Tiket adalah terhad dan 'first come first serve basis'.

Banyak lagi tiket akan dijual pada hari esok, Ahad, hari perlawanan bermula jam 9.00 pagi.

Setiap pembelian dihadkan 5 keping tiket.

JADUAL PENJUALAN TIKET TM PIALA MALAYSIA 2015
Stadium Darul Aman

SEPARUH AKHIR 2
KEDAH vs. FELDA UNITED FC
6.12.2015 Ahad 8.45 malam
Stadium Darul Aman
LIVE di TV9

HARGA TIKET:
RM10.00 Terbuka
RM16.00 Berbumbung
RM22.00 Astaka Utama

*Kanak-Kanak bawah 7 tahun tidak dikenakan tiket.
*Harga tiket termasuk caj 6% GST yang dikenakan oleh pihak pengeluar tiket.

WAKTU JUALAN:
Sabtu: 3:00 - 6:00 petang (tiket terhad, first come first serve basis)
Ahad: 9:00 pagi - 9:30 malam (kaunter dibuka hanya selagi tiket masih ada)

KAUNTER TIKET:

Sabtu:
-PETANG- 3:00 petang - 6:00 petang
Kaunter Astaka A3 (tiket untuk RM22.00)
Kaunter D -Depan KFC- (tiket untuk RM16.00 dan RM10.00)

Ahad:
-PAGI- 9:00 pagi - 12:00 tengahari
Kaunter Astaka A3 (tiket untuk RM22.00)
Kaunter B, D (tiket untuk RM16.00 dan RM10.00)

-PETANG- 3:30 petang - 9:30 malam
Kaunter Astaka A3 (tiket untuk RM22.00)
Kaunter B, D, F (tiket untuk RM16.00 dan RM10.00)

LALUAN PINTU MASUK STADIUM:
Astaka utama (W1 & W2)
Berbumbung (B1 & B4)
Terbuka / Teres (T1, T3, T4 & T6)

Husam 'letak senjata' sementara demi memberi peluang kepada PAS kaji teguran beliau

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/pakatan_rakyat_leadership_council-HUSAM_MUSA_PAS-080215-TMI-MUKHRIZ.jpg

Demi memberi peluang kepada PAS yang dilihat mahu mengkaji semua teguran yang pernah dikemukakan, Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan untuk 'meletak senjata' untuk seketika.

Ditemui selepas majlis penyerahan kunci rumah Yayasan Darul Hijrah di Kampung Major, Kuala Krai, Husam berkata, kritikannya terhadap PAS dan Kelantan akan ditangguhkan untuk sementara waktu.

Kata bekas exco kanan Kelantan itu, keputusan berkenaan diambil selepas dia bertemu dengan Jawatankuasa Harian PAS.

"Oleh kerana PAS ambil berat untuk kaji semua, jadi saya gantung senjata untuk beri peluang dan berlaku adil, untuk mereka mengkaji dan seterusnya memperbaiki beberapa kelemahan yang ada," katanya.

Langkah berkenaan, kata bekas Naib Presiden PAS itu, selaras dengan prinsipnya untuk menegur penyelewengan semua pihak.

RUU MKN didakwa rampas hak Agong isytihar darurat


SHAH ALAM – Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (RUU MKN) yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam didakwa bukan sahaja melanggari bahkan merampas hak Yang Dipertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat seperti termaktub dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata tindakan itu hanya memberikan kuasa terlalu besar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali gus membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.

“Adakah Kabinet telah benar-benar membahaskan rang undang-undang ini dahulu? Adakah pihak Raja-Raja telah dirujuk atau mereka telah dikesampingkan dalam hal ini? Rakyat mesti bangkit untuk bertindak bagi menangani pencabulan kuasa Raja-Raja dan Perlembagaan Persekutuan ini.

“Ia mendedahkan ruang kepada salah guna kuasa seperti hari ini tentang salah guna kuasa Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) dan Akta Kesalahan Keselamatan [Langkah-Langkah Khas] 2012 (Sosma),” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya, hari ini.

Majlis Fatwa Pulau Pinang pula haramkan vape


GEORGETOWN - Majlis Fatwa Pulau Pinang memutuskan penggunaan rokok elektronik ataupun vape adalah haram melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa negeri yang diadakan kelmarin.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ia berikutan penggunaan alatan itu membawa kepada pelbagai kesan negatif kepada pengguna termasuk masyarakat sekeliling.

“Jadi kami ingin nasihatkan kepada orang ramai khasnya pemilik vape di negeri ini supaya tidak lagi menghisap alatan elektronik tersebut dan menghormati keputusan yang telah dibuat majlis fatwa negeri.

“Sekurang-kurangnya hormatilah orang lain dan patuh dengan hukum agama ALLAH SWT ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Wan Salim berkata, keputusan pengharaman tersebut sudah difatwakan, namun masih belum diwartakan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...