TERKINI :

Friday, December 4, 2015

Kenaikan tambang ERL, kerja gila – PPIM

Faiz Zainudin

KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tambang Express Rail Link (ERL) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini disifatkan sebagai kerja ‘gila’.

Kenyataan itu dibuat oleh Presiden Pertubuhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan kerana ia jelas membebankan pengguna, selain menyifatkan kenaikan itu tidak kena pada waktunya.

Jelasnya lagi, beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku pemberontakan sekali gus menyebabkan keadaan di luar jangkaan daripada rakyat susulan keputusan kerajaan itu.

“Ini masalah paling besar kerana tidak kena masa dan ia memang kerja gila. Masa kena betullah, harga pun kena betul. Ini naik sampai RM20, lebih dari 50 peratus. Kerja gila jangan buat.

“Kalau buat kerja gila, orang akan ambil tindakan sebab yang tertekan adalah pengguna. Pabila ini tak boleh, itu tak boleh, akhirnya pengguna akan meletup. Bila meletup, jadi macam-macam, hilang akal sebab duit tak ada,” katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Jumaat.

Ekoran itu beliau menggesa kerajaan dan syarikat konsensi yang terlibat supaya mengkaji semula perkara tersebut dan elak mengambil sebarang tindakan secara terburu-buru.

“Kerajaan kena tegas, sebarang kenaikan perlu dijelaskan, kalau nak naikkan harga tiket wayang ‘fine’ tapi ini benda benda yang kita perlu (pengguna perlu),” katanya,

Terdahulu, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 berkuatkuasa 1 Januari 2016 selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Kadar tambang baharu itu melibatkan perjalanan sehala dari Stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2 kepada RM55 berbanding RM35 ketika ini.

FMT.

Najib Awak Kat Mana..????

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini bertanya "awak kat mana?" kepada Datuk Seri Najib Razak merujuk kepada lirik lagu popular Singapura disebabkan kegagalan perdana menteri hadir di Parlimen semalam untuk memberikan jawapan kepada kontroversi derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Rafizi, melalui akaun Facebooknya, juga bertanya "mana RM2.6 bilion?" dalam kempen berterusannya sejak pembentangan belanjawan persekutuan Najib dan menambah akan mula bertanya "awak kat mana" kepada presiden Umno.

Mahkamah arah Papagomo bayar Anwar RM800,000

Hafiz Yatim.

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan supaya blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Datuk Rohana Yusof yang mengetuai panel tiga anggota menolak rayuannya berhubung jumlah dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati beliau bersalah kerana memfitnah bekas ketua pembangkang itu.

Katanya, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa fakta Papagomo dan Wan Muhammad Azri adalah orang yang sama melalui bukti oleh rakan-rakan blogger.

"Oleh itu, mahkamah mendapati tidak ada kesilapan dalam fakta-fakta itu dengan keputusan tersebut. Dengan ini, mahkamah juga mendapati bahawa memorandum rayuan Wan Muhammad Azri tidak menyatakan yang dia merayu mengenai jumlah yang perlu dibayar itu.

"Justeru, kami dapati tidak ada alasan yang munasabah untuk mengganggu keputusan hakim Mahkamah Tinggi berhubung jumlah itu. Dengan ini, mahkamah menolak kedua-duanya," katanya.

Sidang bersama adalah hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hamid Sultan Abu Backer dan hakim Datuk Varghese George Varghese.

Di samping itu, Wan Muhammad Azri, yang tampil seorang diri tanpa diwakili peguam, juga diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar kos RM10,000 kepada Anwar.

Penjelasan RM2.6Bilion : Apa yang diterangkan pun tak tau!!

Kenyataan Media.

ISU RM2.6 BILION -
PENJELASAN YANG TIADA PENJELASAN.

1. Penjelasan yang dibuat oleh TPM atas isu RM2.6 bilion di Parlimen sebenarnya tidak menjelaskan apa-apa yang boleh membantu merungkaikan segala kekalutan, kekusutan dan keraguan rakyat Malaysia terhadap PM Najib dalam isu penerimaan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau. Penjelasan ringkas Zahid yang tiada penjelasan betulkah RM2.6 bilion itu derma dan siapakah penderma.

2. Penjelasan yang tanpa menjelaskan itu sebenarnya terus meninggalkan persoalan demi persoalan yang cenderung mengesyaki bahawa PM Najib melakukan kesalahan rasuah dan salahgunakuasa menerima suapan daripada pihak yang menjadi rahsia.

3. Apakah TPM sengaja memberikan penjelasan yang bertujuan untuk Najib terus dipersoalkan rakyat? Apakah ini juga sebagai signal untuk perwakilan Umno pada PAU minggu depan jangan menjadi tunggul sebaliknya menekan Najib untuk berundur daripada jawatan Presiden Umno dan PM? Semua ini terus menjadi tanda tanya di sebalik rahsia besar Skandal RM2.6 bilion.

4. Apa pun terima kasih kepada TPM Dato'Zahid di atas penjelasan isu RM2.6 bilion yang terus menambah persoalan tanpa penyelesaian.

SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
4 Des 2015/22 Safar 1437H

ISU TUNGGUL UMNO - keputusan yang sudah dijangka

KEPUTUSAN YANG SUDAH BOLEH DIJANGKA


Walaupun UMNO akan mengadakan mesyuarat khas pada 9 Disember untuk menentukan sama ada Timbalan Presidennya, Muhyiddin dibenarkan berucap atau tidak pada majlis penggulungan Perhimpunan Agung UMNO tahun ini, keputusannya tentulah sudah boleh dijangka oleh sesiapa saja.

Keputusannya tidak lain ialah mustahil Muhyiddin akan dibenarkan menyampaikan ucapan penggulungannya, kecualilah jika semua ahli MT sudah "tidak waras" lagi pemikirannya pada malam mesyuarat itu diadakan.

Selagi ahli-ahli MT kekal waras dan dapat membezakan antara syiling 10 sen dengan wang kertas RM100, tidak masuk akal sama sekali untuk mereka memihak kepada Muhyiddin yang tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa berbanding Najib yang hampir mempunyai segala-galanya sebagai alat memenuhi nafsu, keinginan serta kehendak.

Lagi pula, jika berucap merasmikan perhimpunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri yang kehadirannya hanya sekitar 2,000 perwakilan pun sudah dihalang, tentulah untuk ucapan penggulungan dalam majlis penutup yang kehadiran perwakilan melebihi 5,000 orang, lebih tinggi lagi keghairahan Najib Razak untuk menghalang suara Muhyiddin.

Oleh itu, Muhyiddin dan mereka yang masih rasional janganlah meletak harapan yang terlalu tinggi atau menjangkakan keputusan yang berbeza terhadap MT UMNO pada mesyuaratnya 9 Disember itu.

Pembangkang tak mampu menang PRU14 – PasMa

Phahrolrazi-Zawawi_bn_umno_spr_600
PETALING JAYA: Pakatan pembangkang belum lagi mempunyai kekuatan untuk menewaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU 14).

Pandangan itu diberikan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi susulan berdasarkan situasi semasa yang dihadapi pakatan pembangkang.

“Kalau keadaan pembangkang seperti sekarang ini, saya rasa secara umumnya rakyat belum meletakkan keyakinan kepada Pakatan Harapan untuk mencabar BN dalam PRU nanti.

“Keadaan pembangkang sekarang ini saya nampak BN masih mempunyai peluang yang kukuh (untuk menang), walaupun BN mempunyai masalah tetapi mereka masih ada kelebihan kerana berada dalam kerajaan,” katanya kepada FMT.

Phahrolrazi antara individu yang menyokong pembentukan Pakatan Harapan.

Beliau membuat kritikan itu kerana melihat kedudukan gabungan pembangkang ketika ini tidak berada di landasan yang betul untuk menumbangkan BN.

#NajibPenakut | Tak tampil jawab isu RM2.6b: Najib kalah besar

Najib

KUALA LUMPUR - Ketidakhadiran Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menjawab mengenai isu dana RM2.6 bilion di Dewan Rakyat hari ini merupakan 'malapetaka' dalam karier politik Perdana Menteri itu, kata Rafizi Ramli.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, Najib sepatutnya mengambil langkah berdiam diri sahaja jika bukan beliau sendiri yang tampil untuk memberikan penjelasan mengenai dana itu.

"‎Tindakan ini (tidak hadir ke Dewan Rakyat) akan menambah lagi kemarahan rakyat terhadap beliau. Masalahnya dia bagi harapan untuk menjawab, tiga minggu kemudian dia bukan sahaja tak bagi jawapan, dia pun tak berani datang dewan. Itu akan menguatkan lagi persepsi dan pandangan rakyat memang ada benda tak kena.

"Jadi dari segi ukuran politiknya PM kalah besar, ini menambahkan lagi kerugian politik kepadanya sepatutnya saya nasihatkan dia berdiam diri lepas ini jangan jawab lagi tentang 1MDB dan dana RM2.6 bilion kecuali dia betul-betul hendak berterus terang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bola sepak kita tak maju kerana FAM guna kaedah ‘zaman gua’

Lim-Teong-Kim-,fam
KUALA LUMPUR: Mutu permainan bola sepak tempatan tidak akan berkembang sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mengunakan keadah ‘zaman gua’.

Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim berkata, FAM juga dilihat tidak ada kesungguhan untuk membuat perubahan dalam pembangunan sukan paling diminati itu.

“Pelbagai generasi jurulatih pernah bermain untuk negara dan ada yang masih berkhidmat dengan negara sekarang. Tanya mereka bagaimana cara latihan dulu dan sekarang adakah sama?

“Sebab itu saya katakan (kalau guna kaedah lama) sukan kita tidak ke mana. Masih ‘zaman gua’ dan bagaimana sukan bola sepak kita nak naik,” katanya semasa sidang media sempena Kejohanan Piala SuperMokh 2015 di Bukit Jalil pada Khamis.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...