TERKINI :

Thursday, December 3, 2015

Hutang negara melebihi RM600 bilion

hutang-negaraKUALA LUMPUR: Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan setakat 30 September 2015, berjumlah RM623.3 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.

“Daripada jumlah berkenaan 96.4 peratus atau RM601.1 bilion adalah hutang domestik, sementara baki RM22.2 bilion atau 3.6 peratus adalah pinjaman luar pesisir dalam pelbagai denominasi mata wang.

“Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan ini kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjawab soalan Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mahu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai jumlah hutang Kerajaan Persekutuan.

Johari berkata, tahap ukuran hutang Kerajaan Persekutuan, setakat tempoh tersebut, dari segi peratusan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) adalah 50.7 peratus.

Berhubung hutang yang dijamin oleh kerajaan, beliau berkata, hutang tersebut berjumlah RM175.8 bilion setakat Jun 2015, dan telah dikeluarkan kepada 27 institusi termasuk syarikat milik kerajaan.

“Pemberian jaminan itu adalah bagi membolehkan institusi terbabit memperoleh kos pembiayaan yang lebih rendah bagi melaksanakan projek pembangunan strategik yang bersifat jangka panjang yang akan memanfaatkan rakyat secara keseluruhan.

Johari turut berkata, Kerajaan Persekutuan menanggung hutang sebanyak RM30 bilion setakat Jun 2015 bagi melaksanakan program-program di bawah model Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Menurutnya, komitmen hutang tersebut telah pun dimasukkan ke dalam peruntukan bajet tahunan bagi tujuan membiayai bayaran balik pinjaman.

“Komitmen (hutang PFI) juga telah diambil kira dalam pengiraan defisit fiskal dan kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan, dan ini tidak akan meningkatkan sasaran defisit sedia ada,” katanya.

– Bernama

Najib 'Hilang' dari Parlimen Semasa Soalan 2.6 Bilion

Zahid Wakili Najib Jawab Isu Dana RM2.6 Bilion

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibenarkan membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung isu dana politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia melarang sebarang pencelahan ketika penjelasan dibuat.

Penjelasan Najib berhubung dana politik berkenaan diwakilkan kepada timbalan perdana menteri mengikut Peraturan Mesyuarat 14 (1) (i).

Sebelum itu beberapa wakil rakyat pembangkang termasuk Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) membantah keputusan Pandikar membenarkan Ahmad Zahid menggantikan Najib.

Menurut mereka, Najib perlu tampil di Dewan Rakyat bagi membuat penjelasan berkenaan kerana dana berkenaan dimasukkan ke akaun peribadinya.

NIK ABDUH nie serius atau bergurau atau sekadar perang psikologi atau bodoh !!!

oleh MAT ALISHAH


 NIK ABDUH nie serius atau bergurau atau sekadar perang psikologi atau bodoh !!!
YANG PASTI KENA NILAI SEMULA ITU YANG SEBAIKNYA... !!!!

SUMBER

Umno kini sudah jadi "Parti Pasar"

 Umno perlu lebih berdisplin dan tidak menjadikan parti itu seperti pasar atau dalam keadaan cacamerba, kata bekas ketua Wanita Gopeng Datuk Hamidah Osman hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Disember, 2015.
Umno perlu lebih berdisplin dan tidak menjadikan parti itu seperti “pasar” atau dalam keadaan cacamerba, kata bekas ketua Wanita Gopeng Datuk Hamidah Osman hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pemecatan terhadapnya 24 November lalu susulan pengumuman Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang beliau melanggar disiplin parti.

“Jangan jadi parti pasar. Saya hendak ingatkan. Umno kini dah jadi macam parti pasar," katanya kepada wartawan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau hadir di bangunan yang menempatkan ibu pejabat parti itu bagi memberikan sokongan kepada 9 ketua cawangan Teluk Kemang yang dipanggil mengadap Lembaga Disiplin hari ini.

Mengaku masih belum menerima surat pemecatan sehingga hari ini, beliau turut mengulangi tidak kisah dengan tindakan tersebut.

“Sebenarnya saya tidak kisah sangat dengan pemecatan ini. Tetapi, apa yang saya ingin tahu adalah, mengapa saya dipecat tanpa ikut tradisi atau prosedur yang sepatutnya?

Kerajaan di penghujung hayat... ???

OLEH UST ASRI ZAINAL ABIDIN


Kerajaan di penghujung hayat adalah kerajaan yang telah zahir padanya tanda-tanda keruntuhan. Banyak petanda bahawa sesebuah kerajaan itu menuju kepada penghujungnya.

Antara tanda yang jelas apabila negara sudah tidak terkawal dengan terlalu banyak konfliks berlaku sesama rakyat.

Kerajaan kelihatan bersikap tidak toleransi dan dibenci oleh banyak puak dan pihak yang merasakan mereka tertindas ataupun hak mereka diketepikan dalam negara sendiri.

Kebencian merayap dan keinginan rakyat untuk keadaan itu dihapuskan membuak-buak. Akhirnya rusuhan dan pergaduhan kaum dan puak mula tercetus.

Jika kita lihat dalam sejarah, kejatuhan empayar dan dinasti ialah bermula apabila mereka bersikap tidak toleransi sehingga dalam negara berlaku banyak konfliks antara rakyat.

Kerajaan bersifat kepuakan dan gagal menaungi inspirasi rakyat yang pelbagai.

Muhyiddin bersama 9 orang ketua cawangan Umno yang dipanggil mengadap Lembaga Disiplin parti

Ringkasan kepada kenyataan media oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin :

 

1. TSMY turun memberi sokongan moral kerana merasakan 9 ketua cawangan yang terlibat mempunyai hak sebagai ahli UMNO untuk menyuarakan sesuatu yang bagi mereka amat penting walaupun tidak sedap didengar oleh pihak atasan UMNO

2. TSMY berharap Lembaga Disiplin dapat memberi pertimbangan yang bijaksana menghalusi apakah sebab perkara ini timbul dan tidak menghukum semata mata kerana perbezaan pendapat.

3. TSMY mengaku berpegang kepada perjuangan yang benar dan bersedia menerima apa sahaja keputusan oleh pihak atasan UMNO termasuk pemecatan walaupun beliau tidak meminta dipecat.

4. TSMY merasakan dalam keadaan yang meruncing pemimpin akar umbi sudah tidak tertahan lagi melihat keadaan dan isu yang tidak bertambah baik. Mereka ini lah yang berhadapan secara langsung dengan para pengundi.

Antara HUDUD QARADAWI & HADI, sidang parlimen dah nak habis dah nie..??


Perlaksanaan hudud mengikut Sheikh Dr Yusuf al Qaradawi (Hudud dalam wacana Feqah Masa Kini, Al Jazeera TV, 10 Januari 2011)


Sebelum dilaksanakan (hukum) hudud :
1) Beri makan (terlebih dahulu ) kepada orang yang lapar
2) Sediakan pekerjaan kepada penganggur
3) Ajarkan orang yang jahil
4) Latih (para) pekerja (skil dan ilmu)

Dasar perlaksanaan hudud (ialah) tidak dilaksanakan hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan seperti yang telah saya katakan ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan aqidah, syariat, akhlak, tatasusila dan nilai-nilai (murni) kita bangunkan masyarakat Islam dalam keadaan ini, kita laksanakan hudud.

Hujah Hadi menyamai Qaradawi

Ikuti transkrip dari rakaman yang diedit untuk memberi tumpuan kepada kenyataan yang amat penting mengenai pra-syarat pelaksanaan hukum Hudud yang dinyatakan oleh Hj Hadi pada 8 Mei 2009 lalu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...