TERKINI :

Tuesday, December 1, 2015

Pas yakin rampas kembali Kedah dan Terengganu – Nik Abduh

PETALING JAYA: Pas yakin akan merampas kembali negeri Kedah dan Terengganu yang pernah dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti selain, mengekalkan negeri Kelantan yang ditadbir sejak 1990.

Keyakinan itu disuarakan, Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz apabila menyatakan, aura parti Islam itu semakin diterima rakyat.

“Pas insyallah, akan memenangi PRU-14 nanti dan akan kembali menguasai negeri Terengganu dan Kedah selain terus mengekalkan kemenangannya di Kelantan. Pas juga akan menambah kekuatannya di beberapa negeri termasuk di pantai barat,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Selasa.

Jelas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, peluang Pas untuk menawan hari rakyat amat terbuka, setelah rakyat sudah mula menolak UMNO susulan daripada pelbagai kememelut yang dihadapi pada ketika ini, termasuklah skandal yang melibatkan syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu derma RM2.6 bilion.

“Selain saingan Pas iaitu UMNO yang semakin gagal menawan hati rakyat dengan persembahan semakin buruk, kami yakin rakyat Malaysia, terutama jentera dan kaki tangan kerajaan telah bersedia untuk menerima kehadiran Pas dalam pemerintahan di seluruh negara.

“Rakyat Malaysia baik. Hanya yang sedang merosakkannya adalah anasir-anasir perosak yang tidak dihalang, bahkan dijaga oleh UMNO dan BN,” tulisnya.

Terdahulu, Nik Abduh berkata,rakyat Kelantan sesekali tidak akan membenarkan kerajaan Pas tumbang, apabila UMNO negeri itu menyuarakan keyakinan untuk menang setelah ketiadaan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Maaf sekali lagi.. Akan datang undi kami belum pasti untuk PKR tapi yang 'pasti' bukan untuk Azmin Ali dan kuncu-kuncunya.

MINTA MAAF UNTUK AZMIN ALI!!!

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/07/azmin-ali-PAS.jpg
Maaf Azmin Ali dan PKR. Pengundi bukan mengundi PR sebab sukakan parti dan calonnya. Tetapi sebab benci teramat kepada UMNO BN.

Maaf kepada Azmin Ali dan PKR. Kami akui pengorbanan Anwar sehingga terpenjara. Kami sempati. Tetapi Anwar juga bukan indikator penting untuk kami buat memilih PKR dalam pilihanraya.

Maaf Azmin Ali dan PKR. Anda nampak seronok bergantung kepada PAS. Tetapi kami sedar anda hanya pergunakan PAS. Perlu diingat (diantara) undi kami kepada PAS (dulu) bukanlah kerana keyakinan kepada dasar perjuangannya. Tetapi sebab tolak kami kepada UMNO BN. Bukan juga disebabkan lebih Islam dan Melayunya PAS. Tetapi tolak kami kepada politik perkauman.

Maaf Azmin Ali dan PKR. Undi kami kepada PKR bukan untuk mengaya dan menggula gulakan tokoh tokoh politik dengan jawatan di GLC, Institusi dan pelbagai lantikan politik. Sehingga semua boleh menjilat kamu.

Rahsia tetiba kenapa Khairuddin boleh sokong Anwar dibongkar..!!!

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/11/Khairuddin-Abu-Hassan.jpg 
 
Sokongan secara tiba-tiba bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ke atas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin didorong oleh pengalaman hidupnya semasa dalam tahanan polis, kata isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Bila kena tahan (lokap), kena denggi mungkin beliau (Khairuddin) sudah insaf.

“Dari dulu lagi, kita kata Anwar tidak bersalah, sepatutnya dibebaskan,” kata Wan Azizah kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Khairuddin pada Ahad lalu membuat kenyataan yang mengejutkan dengan menuntut pembebasan Anwar.

Ini berlaku seminggu selepas Khairuddin dibebaskan dari tahanan polis.

Katanya, beliau menyokong penuh mana-mana daya usaha untuk membebaskan Anwar dan sudah tiba masanya bekas ketua pembangkang itu berada di luar penjara Sungai Buloh untuk menyemarakkan lagi landskap serta senario politik tanah air.

PAS dan PKR sudah tercium kekalahan jika berlaku pertandingan 3 penjuru

ULASAN GB

http://3.bp.blogspot.com/-RE85BA6TnjA/VhUyAqvKjqI/AAAAAAACNNg/ueZil7WzX40/s1600/pakatan-harapan_600_1.jpg 

Pilihanraya lama lagi, tapi parti-parti PAS dan PKR sudah sibuk mengenainya. Masing-masing sudah tercium kekalahan jika berlaku pertandingan 3 penjuru. Nampaknya Azmin seperti mahu bertindak sebagai "abang besar" dalam Pakatan Harapan.

Azmin akur dengan "ugutan" PAS. Jangan ada pertandingan 3 penjuru. Sebab jika berlaku begitu, PAS dan PKR paling teruk akan mengalami kekalahan.

Mana tahu? Sebab PAS yang telah memulakan dulu. Pertandingan 3 penjuru sudah bermula semenjak kecurangan dan pengkhianatan PAS terhadap Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum 2013. Isu "watikah" yang telah menyebabkan kekalahan calon Pakatan di tujuh buah kerusi iaitu Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Labuan, Kota Damansara, Sungai Acheh dan Panti.

Sekarang PAS pula tak mahu pertandingan tiga penjuru. Lalu didesak Azmin supaya Pakatan Harapan tidak bertanding di kerusi-kerusi di mana PAS bertanding. Manyak lemak dan manyak cantik punya parti.... dia boleh buat, orang lain jangan..

Melayu akan hina Umno jika setia demi kepentingan diri, kata Dr Mahathir

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat budaya setia kepada pemimpin demi kepentingan peribadi akan menyebabkan Umno hilang kesenangan hari ini pada masa akan datang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 November, 2015.
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat budaya setia kepada pemimpin demi kepentingan peribadi akan menyebabkan Umno hilang kesenangan hari ini pada masa akan datang.

Seruan itu dibuat pengkritik utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu dalam satu surat terbuka menjelang Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung pada 8 sehingga 12 Disember akan datang.

"Wahai ahli dan pemimpin Umno di akar umbi. Fikirlah baik-baik. Jangan sokong dan setia secara buta tuli, atau kerana dapat nikmat hari ini.

"Bangsa kita akan kutuk kita jika nasib bangsa menjadi buruk kerana kita tamak dan lupakan perjuangan Umno. Dan segala nikmat yang kita dapati akan musnah, bahkan kerajaan parti lawan akan bertindak ke atas kesalahan mereka semasa memerintah," tulisnya dalam blog popularnya www.chedet.cc hari ini.

Menurut Dr Mahathir, peringatan itu diberikan melalui blognya kerana kini tidak lagi boleh bercakap terus dengan ahli Umno dan orang ramai.

PEMUDA PKR KEDAH juga tidak hormati rakan baru mereka iaitu AMANAH

Mat Alishah

SEDIKIT PESANAN KEPADA PEMUDA PKR KEDAH YG RASA HEBAT BERCAKAP ABANG LONG SANA ABANG LONG SINI...



Pemuda PKR Kedah hanya pandai bercakap pasal sikap hormat-menghormati tetapi dengan kenyataan yang berpihak kepada PAS adakah Pemuda PKR hormat pada Amanah?

Tidak ada jalan lain untuk mengukuhkan pembangkang melainkan PKR mendesak PAS bersama-sama PH. Dan PAS tidak akan bersetuju kerana PH di usahakan oleh Amanah kerana dalam semua hal PAS ingin jadi pemula dan sebagai ketua.

Jika selepas PR berkubur, keadaan adalah seperti keadaan sekarang dan PAS mampu usahakan satu pakatan menganti PR, barulah PAS memikirkan untuk berkerjasama dengan Amanah. Ini sekarang PAS sudah malu dan rasa rendah diri tapi menyalahkan orang lain.

PAS dengan perangai asyik nak jadi hero tapi tidak ada apa-apa kehebatan pada PAS untuk merancang sesuatu selain melabel dan mencela.

Pemuda Amanah sanggah AMK dan PAS Kedah


http://media.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2015/10/Amanahlogo-L.jpg

Tampil membidas dakwaan yang dilihat bersifat keanak-anakkan, Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah menyanggah dakwaan kononnya PAS mendominasi lanskap siasah di negeri utara tanah air itu sebagai tidak berpaksi kepada realiti politik sebenar.

Ketuanya, Asmirul Anuar Aris berkata, PAS hanya dapat memerintah Kedah selepas mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk sokongan masyarakat Tionghoa apabila berada dalam Pakatan Rakyat.

“Sebagai contoh dalam PRU (pilihan raya umum) 1999 ketika 65 peratus undi Melayu berpihak kepada pembangkang, namun PAS hanya mampu mendapat 12 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen,” ujar beliau dalam kenyataannya hari ini.

Mengulas dakwaan Ketua AMK Kedah kononnya PAS mendapat sokongan daripada ribuan pondok di Kedah, Asmirul berkata, PAS kalah di kawasan pondok yang majoritinya pengundi Melayu seperti di Parlimen Sik.

“PAS kalah di kedua-dua Dun dan Parlimen yang ditandingi iaitu Padang Terap, Jerlun dan juga Baling juga begitu di mana PAS kalah di Dun yang majoritinya terdapat pondok dan didiami pengundi Melayu.

Tempat letak kereta di hospital akan dikenakan caj


Hilmi YahayaKUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan memutuskan untuk mengenakan caj bagi tempat letak kereta di kawasan hospital di zon tengah Semenanjung bagi mengelak salah guna kawasan parkir, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata langkah ini adalah untuk mengelak mereka yang tidak mempunyai urusan di hospital daripada menggunakan tempat parkir di hospital.

Beliau berkata, kementerian sedang menawarkan tender terbuka bagi syarikat yang ingin menguruskan tapak parkir di hospital secara sementara dengan kadar yang ditetapkan kementerian.

"Kadar tempat letak kereta akan kita tetapkan dan penender yang ingin libatkan diri kena ikut kadar yang telah ditetapkan," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) yang mempersoalkan penyalahgunaan kemudahan tempat letak kereta di hospital oleh orang awam yang tidak mempunyai urusan di hospital.

Dr Hilmi juga berkata, kementerian itu juga sedang berurusan untuk mengeluarkan tender bagi menambah bilangan parkir tambahan di semua hospital di seluruh negara.

MENTERI maklumkan bahawa PLUS boleh penaik kadar TOL 5% tahun hadapan


KUALA LUMPUR - Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (Plus) Malaysia Bhd boleh menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus di semua lebuhraya laluannya mulai tahun 2016.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, syarikat itu juga berhak mengkaji semula kadar tol setiap tiga tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2038.

"Berdasarkan perjanjian konsesi tambahan Plus yang ditandatangani pada November 2011, kerajaan dan Plus Expressway Berhad (PEB) bersetuju memutuskan tiada kenaikan kadar tol di semua lebuh raya di bawah kendalian Plus bagi temph lima tahun daripada 2011 hingga 2015.

“Perjanjian terkini tersebut juga menetapkan kenaikan kadar tol lima peratus sahaja setiap tiga tahun mulai 2016 hingga tamat tempoh konsesi pada 31 Disember 2038,” katanya menerusi jawapan bertulis bagi menjawab soalan Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa).

Batu sempadan pisahkan Pulau Pinang-Kedah

Batu sempadan pisahkan Pulau Pinang-Kedah

SUNGAI MUDA - Penemuan batu terat pertama atau lebih dikenali sebagai batu sempadan yang wujud ketika Pulau Pinang dipajakkan oleh Sultan Kedah kepada pihak British, dikunjungi buat kali kedua oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK).

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof berkata, batu terat itu berfungsi sebagai penanda garis sempadan yang memisahkan Pulau Pinang dan Kedah berdasarkan perjanjian terakhir di antara British, Siam dan Kedah pada 6 Mei 1869.

Menurutnya, penandaan batu sempadan ini bermula dari Sungai Muda dan berakhir di Sungai Kerian dengan jarak setiap batu terat ialah 1.6 kilometer, manakala batu terat jumpaan kedua ditemui di di Kampung Dato’ Mohd Sharif, Bandar Baharu dan dikunjungi oleh PSMCK pada Oktober lalu.

“Batu pertama ditemui pada tahun 2008 lalu oleh penduduk di Kampung Sematol, kini tempat itu dinamakan Terat Batu, tempat ini antara kawasan dilawati dan dibuat kaji selidik oleh PSMCK.

Isu Vape : Kedah minta pandangan jawatankuasa fatwa

Vape

ALOR SETAR - Kerajaan negeri akan bermesyuarat dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri sama ada mahu mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape), kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid.

Beliau berkata, walaupun Kedah telah mengharamkan vape, namun kerajaan negeri tidak akan tergesa-gesa mengharamkan penjualannya.

Katanya langkah awal yang akan diambil ialah memberi amaran dan penerangan mengenai penjualan vape.

"Mungkin kita terangkan dulu. Misalnya yang bercadang meniaga vape jangan meniaga, yang sudah cadang berniaga fikirlah mengenai cadangan lain, sementara yang sudah berniaga, jangan perkembangkan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad menyarankan supaya kerajaan negeri mengharamkan penjualan vape dan kayu shisha agar sejajar dengan keputusan mengharamkan menghisap vape dan kayu shisha.

Guar Chempedak - 'Allahuakbar! Rumah aku terbakar...'

'Allahuakbar! Rumah aku terbakar...'

GUAR CHEMPEDAK - “Allahuakbar! Allahuakbar! Rumah aku terbakar,” jerit seorang mangsa kebakaran sebaik menyedari pondok wakaf yang didiaminya sejak empat tahun lalu terbakar semalam.

Fatimah Din, 69, hanya menyedari kebakaran itu setelah terdengar bunyi seakan-akan percikan api sebelum bekalan elektrik terputus.

“Semasa kejadian, semua orang (pelajar pondok) sedang menunaikan solat Subuh di masjid berdekatan. Hanya makcik seorang tinggal dalam rumah sebab tidak berapa sihat.

“Tiba-tiba makcik terdengar bunyi seolah-olah percikan api di tingkat atas rumah sebelum terbau hangit. Kemudian bekalan elektrik pula terputus,” katanya ketika menceritakan semula detik cemas mengenai kebakaran di Pondok Haji Hussein Che Dol, di sini, hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...