TERKINI :

Sunday, November 29, 2015

Umno dan BN tidak pernah ‘senazak’ ini

Perhimpunan agung Umno

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan BN dan Umno berada pada situasi amat kritikal pada ketika ini.

Menurutnya, keadaan itu tidak pernah berlaku sejak kewujudan Umno berpuluh tahun dahulu.

"Hari ini Umno dan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang nazak.

"Umno dan BN tidak pernah senazak ini,"katanya dalam pidato rakyat semasa Kongres Nasional Tahunan ke-11, hari ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT) berkata, berdasarkan situasi itu, tidak ada sebab bagi PKR dan Pakatan Harapan untuk tidak berjaya pada PRU14 akan datang.

Namun, katanya, rakan politik pembangkang seharusnya tidak berlawan sesama sendiri sekiranya benar ingin mencapai hasrat menumbangkan BN.

DAKWAAN PAS DOMINASI POLITIK KEDAH ADALAH TIDAK TEPAT

Merujuk kepada kenyataan yang telah  dikeluarkan oleh Ketua AMK Kedah di Kongress Nasional Keadilan dan kenyataan media Ketua Pemuda Pas Kedah, saya terpanggil untuk menjawab kedua-dua kenyataan tersebut secara kolektif.

Pada mulanya, saya tidak berhasrat untuk menjawab kenyataan Ketua AMK Kedah tersebut kerana kenyataan beliau tidak berpaksikan kepada realiti politik yang sebenar.Akan tetapi apabila sahabat daripada sebuah parti yang menganggap mereka dominan menyahut kenyataan tersebut, saya terpanggil untuk memberikan pendapat dan pandangan di dalam perkara ini.

1- Kenyataan bahawa Pas adalah sebuah parti yang dominan adalah tidak berpijak kepada realiti politik.Ini adalah kerana hakikatnya Pas hanya memerintah Kedah apabila mendapat sokongan daripada semua pihak apabila berada dalam Pakatan Rakyat, kita tidak dapat menolak sokongan daripada masyarakat Tionghua yang merupakan salah satu faktor kemenangan Pakatan Rakyat di Kedah.

Sebagai contoh dalam PRU10 tahun 1999 ketika 65% undi Melayu berpihak kepada pembangkang, Pas hanya mampu mendapat 12 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen.

2- Kenyataan Ketua AMK Kedah bahawa Pas mempunyai sokongan daripada majoriti institusi pondok di Kedah juga adalah tidak tepat.Ini kerana hakikatnya Pas telah kalah di kawasan Pondok yang majoritinya adalah daripada pengundi melayu contohnya seperti di Parlimen Sik di mana Pas telah kalah di kedua-dua Dun dan Parlimen yang ditandingi.Begitu juga di Parlimen Padang Terap, Jerlun dan Baling di mana Pas kalah di Parlimen dan Dun yang majoriti penduduknya berbangsa melayu dan di dalamnya terdapat pondok-pondok.

3. Walaupun Parti Amanah Negara berumur tidak sampai 3 bulan, ramai anak muda telah mula menyertai Parti berteraskan Islam yang baru ini kerana lahir daripada desakan dan kehendak rakyat yang resah dengan kemelut serta kepincangan tatakelola negara.

4- Secara hakikatnya, Pas tidak serius dalam menumbangkan kerajaan UMNO/ BN kerana telah menolak pelawaan untuk berada bersama-sama dengan Pakatan Harapan sedangkan hakikat politik Malaysia UMNO/ BN tidak pernah lagi tewas apabila parti-parti pembangkang tidak bersama.

5. Pemuda AMANAH Kedah komited memperkukuhkan Pakatan Harapan yang telah dibentuk di peringkat Nasional mahupun di peringkat negeri Kedah dan Seketeriat Pakatan Harapan peringkat negeri Kedah telah menjalankan pelbagai aktiviti bersama sebelum ini.

Oleh yang demikian saya menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua pimpinan sahabat pemuda Parti daripada Pas dan AMK Kedah tersebut adalah tidak berpijak kepada hakikat yang nyata.

Asmirul Anuar B. Aris
Ketua Pemuda
Parti Amanah Negara Negeri Kedah
29 November 2015

Bila BN nazak, pembangkang pula kejang otot

Bila BN nazak, pembangkang pula kejang otot

SHAH ALAM - Disaat BN sedang mengalami situasi kritikal, Pakatan Pembangkang pula dilihat tidak mengambil kesempatan malah bercakaran sesama sendiri.

Perwakilan dari Selangor, Najwan Halimi berkata, parti dalam pakatan pembangkang tidak patut memikirkan untuk memerintah negara sekiranya kemelut dalam pakatan tidak diselesaikan terlebih dahulu.

"Kalau kita nak bicara soal menakluk Putrajaya, kita lihat kembali kemelut yang sedang berlaku.Adakah kita akan berjaya merampas Putrajaya sekiranya kemelut belum selesai?

"Di saat musuh kita sedang nazak menunggu ajal,kita pula yang kejang otot," katanya semasa membahaskan usul politik dalam Kongres Nasional PKR 2015.

Menurutnya, rakyat menaruh harapan cukup tinggi kepada pakatan pembangkang untuk bersatu dan tumbangkan BN.

Mustapa yakin Umno boleh rampas Kelantan

Mustafa yakin Umno boleh rampas Kelantan

KOTA BAHARU - Umno Kelantan yakin mampu merampas kembali negeri ini dari tangan Pas pada PRU14 akan datang, kata Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata ia berdasarkan beberapa faktor utama antaranya perpecahan dalam Pas pada muktamar tahunan parti itu baru-baru ini serta penyelesaian beberapa isu nasional yang turut mempengaruhi Umno ketika ini.

"Hari ini kita dapati ada anggota Pas yang nak bersama-sama dengan DAP sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah) dan ada yang masih setia dengan parti itu.

"Selain itu, kita sedia maklum ada beberapa isu nasional yang turut pengaruhi Umno, namun dengan usaha-usaha yang diambil kita yakin isu-isu berkenaan dapat diselesaikan pada tahun hadapan," katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Konvensyen Umno 2015 di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Hanafi Mamat serta Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad.

Jangan bagi menteri lalu jalan kita kalau tak bangun pagi lambat

http://3.bp.blogspot.com/-mHwJP3c3K5E/UaGJmQ8kZUI/AAAAAAAAey4/qDeX5W2BgWU/s1600/IMG_5062.jpg

SHAH ALAM - "Bila polis (pengiring) dan menteri lalu, jangan bagi menteri lalu! Kalau mereka mahu lalu juga, minta mereka bangun pagi!" sindir Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaikh Ismail.

Siti Aishah berkata demikian ketika membahas usul negara hukum pada Kongres PKR di Ideal Convention Centre, di sini hari ini.

Menurutnya, menteri sepatutnya lebih memahami beban yang ditanggung rakyat dan bukannya menambah lagi kesusahan rakyat.

"Bila mereka lalu di tol, jangan beri mereka jalan (mencelah), kena sama macam orang lain, kena bangun lagi untuk lalu awal di atas jalan.

"Jangan hanya minta rakyat bangun awal pagi untuk lalu di jalan yang tak ada tol. Menteri kena buat dulu," katanya lagi.

1MDB : Jual Edra tak kurang hutang

Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Penjualan stesen kuasa Edra Global Energy Bhd kepada syarikat China General Nuclear Power Corp (CGN Group) tidak akan mengurangkan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara RM16 bilion dan RM18 bilion seperti didakwa Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana kejatuhan nilai ringgit menyebabkan hasil jualan itu tidak dapat membayar hutang 1MDB yang dipinjam dalam dolar Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya, 1MDB membeli loji kuasa ketika nilai ringgit adalah RM3.20 berbanding dolar AS dan nilai ringgit kini mencecah RM4.20 untuk satu dolar.

Oleh itu, katanya nilai RM9.83 bilion yang dibayar syarikat China itu adalah kurang daripada RM9.83 bilion yang dibayar 1MDB.

“Jika wang dipinjam 1MDB dalam ringgit, kerugian akan menjadi minimum. Tetapi jika 1MDB pinjam dalam dolar AS, mereka akan rugi RM1 bagi setiap dolar dipinjam.

HELANG MERAH melangkah bergaya ke separuh akhir PIALA MALAYSIA


PENJAGA gol PKNS FC menepis bola sambil diasak pemain Kedah, Chidi Edeh 
pada perlawanan di Stadium Selayang. - Foto Muhd Asyraf Sawal 

Kedah gah benam PKNS di laman lawan Dalam pada itu, Kedah turut mengikuti jejak FELDA yang melakar kemenangan di laman lawan selepas menewaskan PKNS FC 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. 

 

Kemenangan menyaksikan Kedah mara 4-2 secara agregat selepas perlawanan di Alor Setar, Selasa lalu berakhir dengan keputusan seri 1-1. Gol-gol Kedah dijaringkan Chidi Edeh (m29), Sandro Da Silva (58) dan Syafiq Ahmad pada masa kecederaan babak kedua. 

Gol tunggal PKNS dijaringkan Pedro Henrique pada minit ke-64 dengan perlawanan turut terhenti kurang lima minit selepas berlaku kekecohan di atas padang membabitkan pemain.

Haramkan vape perlu serentak penjualannya - Mufti Kedah

Muhamad Baderudin
ALOR SETAR 27 Nov. - Kerajaan disaran supaya mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape) dan shisha stick agar sejajar dengan keputusan bahawa hukum menghisap vape dan shisha stick adalah haram.

Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkara selaras dengan keputusan pengharaman itu, kerajaan juga perlu mengambil kira perkara yang menyumbang kepada aktiviti berkenaan.

“Dalam Islam diharamkan arak bukan untuk minum saja, penjualan, pelesenan, penyediaan, semua diharamkan apabila kita menyumbang,” katanya di sini hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 November lalu memutuskan hukum menghisap vape dan shisha stick adalah haram kerana akan menyebabkan berlaku kemudaratan dan pembaziran kepada masyarakat Islam.

Syeikh Muhamad menjelaskan keputusan itu diambil setelah dibincangkan dengan teliti dan diberi penerangan khusus daripada pihak farmasi, serta berpandu ayat al-Quran.

“Ia hanya mendatangkan kemudaratan khusus kepada generasi yang akan kendalikan urusan pentadbiran negara pada masa akan datang, bukan sahaja orang Islam tapi semuanya,” katanya.

Bayi tiga bulan paling muda berkhatan

Bayi tiga bulan paling muda berkhatan

SUNGAI PETANI – Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan mencuri tumpuan pada majlis berkhatan anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Peruda kerana menjadi peserta khatan paling muda.

Mohd Abu Dzar dikhatankan bersama 14 peserta lain di Masjid Taman Peruda, semalam.

Ibu bayi, Aisya Osman, 36, berkata, dia dan suami mengkhatankan anak bongsu itu kerana menganggap penjagaannya akan menjadi lebih mudah.

Menurutnya, seorang lagi anak lelaki, Mohd Hakim, 9, sudahpun dikhatankan ketika berusia enam tahun namun kali ini mereka mempercepatkan proses berkhatan bagi anak bongsunya itu.

“Kali ini, kami mengambil keputusan untuk mengkhatankan anak lebih awal sempena mengambil peluang penganjuran ini selain menyifatkan penjagaan bayi berkhatan rasanya lebih mudah berbanding anak yang sudah berusia,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha KRT, Mohd Karim Ibrahim berkata, bayi itu didaftarkan pada di saat-saat akhir untuk turut serta dalam majlis berkhatan berkenaan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...