TERKINI :

Saturday, November 28, 2015

Tak mustahil PAS ganti UMNO

PAS UMNO 1SATU kalimat yang masyhur di dalam dunia siasah yang biasa disebut dan kadang-kadang menjadi kenyataan ialah tidak ada sesuatu yang mustahil dalam politik. Kawan atau musuh tradisi boleh tiba-tiba sahaja bertukar menjadi sebaliknya. Kesetiaan boleh berubah dan nilai-nilai yang dipegang selama ini boleh ditukar ganti atau diperdagangkan.

Tetap dan berubah adalah dua entiti yang melazimi parti-parti politik dan para pemainnya.

Pada pandangan saya, perkembangan mutakhir politik Malaysia (walaupun bibit-bibitnya sudah lama berakar) telah mulai memberi isyarat bahawa iklim politik Malaysia bakal mengalami satu pertukaran musim yang lebih mengejutkan daripada tsunami yang melanda secara tiba-tiba.

Berbeza dengan fenomena tsunami yang baru pertama kali dialami oleh rakyat Malaysia secara umumnya, perubahan senario dan lanskap politik tanah air yang bakal berlaku sudah boleh dijangkakan.

Yang saya maksudkan di sini adalah kisah hubungan cinta benci (love hate relationship) antara PAS dan UMNO, yang telah mengisi ruang minda rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu sejak hampir 50 tahun.

PRU-14: Pakatan Harapan sasar satu lawan satu

azmin-ali
SHAH ALAM : Pakatan Harapan menyasarkan untuk bertanding satu lawan satu sebagai strategi berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu merupakan perkara asas untuk berhadapan dengan BN dan UMNO.

“Sekurang-kurangnya perjanjian asas kita adalah untuk memastikan satu lawan satu. Itu merupakan perkara asas untuk berhadapan dengan BN dan UMNO,” katanya kepada pemberita pada Kongres Nasional Tahunan Ke-11 PKR pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri baru-baru ini bahawa PKR tidak akan membenarkan Parti Amanah Negara (Amanah) bertanding di kerusi Pas pada PRU-14 nanti.

UMNO berada paling nazak dalam sejarah

Saifuddin-Abdullah_pkr_umno_600
PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan kemelut dalaman parti orang Melayu itu berada dalam keadaan paling teruk.

Katanya, pengalaman itu tidak pernah dilalui parti itu sejak ia diwujudkan puluhan tahun lalu.

Jelasnya, pimpinan di bawah Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjadikannya nazak bukan setakat pada UMNO tetapi juga kepada Barisan Nasional (BN).

“Hari ini UMNO dan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang nazak.

“UMNO dan BN tidak pernah senazak ini,”katanya dalam pidato rakyat semasa Kongres Nasional Tahunan ke-11, di Shah Alam.

Beliau yang juga bekas Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, melihat situasi yang berlaku menjadi faktor yang memihak kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) untuk menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Baru kena penjara tak sampai beberapa bulan, bila keluar terus suruh bebas Anwar

Khairuddin sokong gesaan bebaskan Anwar

Individu yang menerbitkan buku '50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi perdana menteri', hari ini menyokong gesaan supaya bekas ketua pembangkang itu dibebaskan.

Bekas Ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam satu kenyataan berkata, beliau menyokong penuh mana-mana dayausaha untuk membebaskan Anwar dari penjara Sungai Buloh.

"Datuk Seri Anwar telah pun dihukum sebelum ini dan kini saya berpendapat beliau harus berada di luar penjara Sungai Buloh untuk menyemarakkan lagi landskap serta senario politik tanahair.

"Biar landskap politik tanahair kita bertambah warna-warni! Apa yang harus kita gusarkan sekiranya mentadbir negara ini secara amanah?" kata Khairuddin.

Sebagai pemimpin akar umbi Umno yang memihak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Khairuddin baru dibebaskan dengan jaminan selepas didakwa mensabotaj ekonomi Malaysia berhubung laporan-laporan yang dibuatnya terhadap 1MDB.

Kenapa arwah TG NIK AZIZ kata kerjasama dengan DAP ada kebaikan jangka panjang...

Mat Alishah


1) dengan dap berada dlm PR maka Pas sudah berjaya menghalang Dap dari bertanding bnyk kerusi...dan sudah pasti dgn 50 kerusi yg dipersetujui masa pru13 dahulu maka kerusi itulah jgk yg akan dap lawan pru14 nanti...ini secara automotiknya Pas akan menjadi parti dominan dari Dap sbb majority kerusi Pas lebih 70...jadi berusaha menang kerusi Pas dgn bnyk dan sudah pasti suara Pas akan jd dominan..dan kuasa Islam juga ada diatas dr Dap...

2) Dengan bekerjasama dgn Dap maka Pas akan menunggag Dap dlm bahasa indah saling2 menunggang satu sama lain..maka dari situ undi dapat dikaut dari kaum yg ada antara satu sama lain jd masing msing akan mendapat kemenangan....

9 ketua cawangan Umno berdepan tindakan disiplin


Sembilan ketua Cawangan Umno Telok Kemang akan dihadapkan ke tribunal disiplin parti itu kerana membuat desakan secara terbuka supaya Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai presiden Umno baru-baru ini.

"Sembilan orang di kalangan mereka yang membuat sidang media di Telok Kemang baru-baru ini, telah menerima surat tindakan tatatertib," kata Ketua Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman dalam sidang media "Perjuangan Mendemokrasikan Umno" di Puchong, malam tadi.

Menurut Kamarul, kesemua mereka akan dihadapkan ke tribunal disiplin parti itu Rabu depan.

Sebelum ini, kepimpinan tertinggi Umno yakin desakan seumpama itu tidak memberi kesan kepada kedudukan Najib.

"Kalau tak berkesan mengapa kami dikenakan tindakan?" soal Kamarul.

"Tetapi nyata tindakan itu begitu pantas kerana mereka dah bimbang dengan gerakan (desakan agar Najib letak jawatan) ini," tegas Kamarul lagi.

Malah, ujar Kamarul, pihaknya sedang mengatur beberapa tindakan susulan bagi terus mendesak perdana menteri meletakkan jawatan.

Gabungan akar umbi cabar Najib adakan pemilihan parti

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/UMNO_GENERAL_ASSEMBLY_2014_241114_TMINAJJUA_02.jpg

Gabungan Ketua Umno Cawangan Malaysia yang mendakwa mewakili kira-kira 200 cawangan Umno, mencabar presiden parti itu, Datuk Seri Najib Abdul Razak supaya mengadakan pemilihan Umno tahun depan.

Mewakili mereka, Ketua Cawangan Kampung Railway, Mohd Said Midon berkata, cabaran itu adalah sebahagian daripada agenda mereka, selain mendesak Najib berundur daripada memimpin parti itu.

Jun lalu, Najib mengumumkan pemilihan parti itu yang sepatutnya berlangsung tahun depan, ditangguhkan selama 18 bulan untuk mengukuhkan parti.

“Kalau dia (Najib) bijak, buat pemilihan pada (perhimpunan agung Umno) 2016, itu yang terpenting sebelum menghadapi pilihan raya.

“Sekarang ini desakan kita ialah untuk Najib undur dan adakan pemilihan parti pada 2016 untuk jalankan pemutihan seperti parti PAS buat, kerana macam itulah akan kembalinya keyakinan Umno itu sendiri dan juga orang ramai,” katanya.

Perkara pelik berlaku dalam Umno, kata Muhyiddin


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata perkara-perkara pelik sedang berlaku dalam Umno sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan balas berhubung pemecatan Ketua Wanita Umno bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman oleh Majlis Tertinggi parti pada Selasa lalu.

“Saya bimbang beberapa perkara pelik yang berlaku di dalam Umno sejak kebelakangan ini membayangkan semakin terhakisnya sikap bertanggungjawab, adil dan beramanah dalam kalangan sesetengah pemimpin parti,” katanya dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Muhyiddin tidak menamakan nama apabila beliau merujuk kepada "sesetengah pemimpin” parti itu tetapi berkata beliau mempunyai pesanan untuk mereka.

“Kepada segelintir mereka ini, saya ingin berpesan. Ingatlah, Umno bukan parti milik mana-mana individu.

“Umno adalah parti milik seluruh umat Melayu! Jangan dihiris hati orang Melayu dengan tindakan tidak amanah dan tidak bertanggungjawab anda semua!” katanya.

Kemelut Pakatan Harapan dengan Pas akan berlarutan

Pas

KUALA LUMPUR - Seorang penganalisis politik berkata kemelut antara Pas dan Pakatan Harapan - pakatan pembangkang yang baharu terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) iaitu kumpulan serpihan Pas, akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umunm ke-14 (PRU14).

"Berdasarkan situasi sekarang, adalah jelas bahawa perbalahan antara pakatan pembangkang akan berlarutan sehingga pilihan raya umum ke-14," kata Pensyarah Sains Politik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Faisol Keling.

"Pertembungan kepentingan berlaku antara DAP, PKR, Amanah dan Pas dengan setiap parti memperjuangkan agenda politik masing-masing," katanya

Lagi desakan mahu Najib segera undur

Lagi desakan mahu Najib segera undur

PUCHONG - “Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dah banyak buat perkara yang menyusahkan rakyat, kita desak beliau berundur... kalau tak, kami semua seluruh negara akan undurkan dia,”demikian desakan Ketua Umno Cawangan Kampung Railway, Mohd Said Midon.

Beliau bersama kira-kira 50 ahli Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia terus mendesak perkara itu dan memberitahu gerakan itu kini mendapat sokongan lebih 20 bahagian di seluruh negara.

Menurutnya, angka bukan sebagai penentu namun pihaknya ingin memberitahu pucuk pimpinan bahawa ketua cawangan yang memberi sokongan meminta Najib berundur bertambah setiap hari.

“Matlamat kami hanya mahu presiden turun, kalau beliau bijak... jalankan pemilihan Umno tahun depan untuk kembalikan keyakinan kepada parti.

“Kami sayang Umno, kami orang Umno, kami tak akan keluar daripada Umno dan tak akan buat parti baharu, cuma dua perkara tu saja kami desak,” katanya pada sidang media Perjuangan Mendemokrasikan Umno ‘Berani Kerana Benar’, di Kelab Golf Kinrara, malam ini.

Pembangkang perlu kuat untuk pastikan kerajaan tidak salah guna kuasa - Tun M


KUALA LUMPUR: Parti pembangkang perlu cukup kuat dan berkesan dalam memastikan urus tadbir kerajaan berada dalam keadaan yang lebih baik.

Menurut bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pembangkang harus berupaya menjadi alternatif yang dipercayai rakyat.

"Tetapi sekiranya pembangkang terlalu kecil, ia tidak berkesan dalam memastikan parti pemerintah tidak menyalahgunakan kuasa yang dimiliki.

"Tiada parti boleh memerintah untuk selama-lamanya," kata Dr Mahathir dalam ucap tama perasmian Kuala Lumpur Summit 2015 di Hotel Istana.

Selain itu, beliau menjelaskan sesebuah negara demokrasi memadai dengan dua parti politik kerana pertambahannya hanya akan membawa perpecahan dalam masyarakat yang seterusnya membentuk kerajaan tanpa majoriti kukuh.

Penjualan aset kepada China langkah terdesak Najib

1MDB

PETALING JAYA - PKR mendakwa penjualan aset strategik penjana kuasa Edra Global Energy kepada China dengan nilai RM 9.87 bilion sebagai langkah terdesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, penjualan tersebut adalah langkah untuk menebus hutang milik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Ini merupakan langkah yang sangat tidak patriotik memandangkan pemilikan syarikat penjana kuasa merupakan kepentingan nasional.

"Beliau telah melutut dan menagih kepada kuasa asing. Penjualan Edra Global Energy kepada China juga kelihatan berkaitan dengan persoalan keselamatan Laut China Selatan dimana China secara agresif mendakwa memiliki Laut China Selatan di dalam ruang “Nine-Dash-Line”," katanya dalam ucapan perasmian Kongres Nasional Tahunan AMK dan Wanita, hari ini.

Imigresen Kedah tahan 16 Pati dalam operasi

Pati

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 16 pendatang asing tanpa izin (Pati) pelbagai warganegara dalam 'Ops Sapu' di Jitra, Pendang dan Alor Setar, semalam.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata kesemua Pati itu ditahan dalam operasi bermula 7.45 malam di lima premis perniagaan dan kediaman di kawasan terbabit.

16 yang ditahan terdiri dari lapan lelaki Bangladesh, tiga lelaki Pakistan dan warga Mynmar terdiri daripada tiga lelaki, seorang wanita dan seorang kanak–kanak lelaki berumur tujuh hingga 34 tahun, katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, anggota Imigresen Kedah turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 21 tahun kerana melindungi Pati.

Terkejut tiba-tiba ada RM342,044 dalam akaun bank

Terkejut tiba-tiba ada RM342,044 dalam akaun bank

RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang lelaki terkejut selepas mendapati wang sebanyak SR303,000 (RM342, 044) dimasukkan ke dalam akuan peribadi miliknya.

Enggan menggunakan wang berkenaan, lelaki tersebut kemudiannya menelefon pihak bank untuk mengetahui individu yang memasukkan wang tersebut ke dalam akaunnya.

Menurutnya, dia diberitahu oleh pihak bank berkenaan, tiada sebarang kesilapan terhadap transaksi berkenaan.

Walau bagaimanapun, dia yang masih tidak berpuas hati bertemu dengan pengurus bank tersebut yang terletak di pelabuhan timur Damman untuk mengenalpasti individu yang memasukkan wang berkenaan.

"Selepas diteliti, pihak bank mendapati, kakitangan bank berkenaan telah melakukan kesilapan mendepositkan wang tersebut ke akaunnya yang sepatutnya dimasukkan ke pemilik akaun yang lain," katanya dipetik Emirates 24/7.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...