TERKINI :

Thursday, November 26, 2015

UMNO kini tidak lagi ikut tradisi – Ku Li

Oleh Adam Abu Bakar

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/10/Tengku-Razaleigh-Hamzah_umno_600.jpg
Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang tidak membenarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan mesyuarat sayap-sayap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan datang, dilihat bertentangan dengan amalan parti itu.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sejak parti itu ditubuhkan, ia merupakan kali pertama berlaku di dalam UMNO apabila Timbalan Presiden tidak dibenar merasmikan mesyuarat sayap-sayap parti.

“Kali pertama amalan ini berlaku, Timbalan Presiden UMNO tidak diundang untuk merasmikan mesyuarat pemuda, wanita dan puteri,” katanya kepada FMT ketika ditemui di Parlimen pada Rabu.

Mengulas lanjut, veteran UMNO itu yakin bahawa Majlis Tertinggi (MT) UMNO sudah memikirkan kesan dan akibat jika membenarkan Muhyiddin merasmikan mesyuarat sayap-sayap.

“Barangkali sudah difikir tentang implikasi kerana lari dari tradisi yang biasanya Timbalan Presiden akan merasmikan mesyuarat,” ujarnya lagi.

Adakah saya dipecat kerana bersama Dr Mahathir, tanya Hamidah Osman

Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman mengetahui beliau dipecat parti menerusi media semalam. – Gambar web, 25 November, 2015.
Pemimpin Umno Perak yang dipecat, Datuk Hamidah Osman tidak tahu punca sebenar pemecatan beliau daripada parti dan akan berbincang dengan penyokongnya terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan.

Ketua Wanita Umno Gopeng yang dipecat malam tadi selepas mengkritik pemimpin Umno secara terbuka berkata, beliau akan membuat sidang media Jumaat ini untuk mengumumkan pelan masa depannya.

"Saya hanya tahu mengenai hal ini malam tadi selepas media menghubungi saya.

"Saya belum menerima sebarang makluman rasmi dan belum jelas punca keputusan ini dibuat," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Saya dapati ia agak ganjil kalau saya dipecat kerana bersama Dr Mahathir kerana dia juga ahli Umno.

Pembunuhan Kevin berkait siasatan ‘pegawai kanan kerajaan’, kata abangnya

Pembunuhan bekas timbalan pendakwaraya Kevin Morais didakwa ada kaitan dengan kertas pertuduhan yang sedang beliau sediakan terhadap seorang ‘pegawai kanan kerajaan’, kata abangnya Charles hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 November, 2015.
Pembunuhan bekas timbalan pendakwaraya Kevin Morais didakwa ada kaitan dengan kertas pertuduhan yang sedang beliau sediakan terhadap seorang “pegawai kanan kerajaan”, kata abangnya Charles hari ini.

Ketika bercakap pada sidang media yang penuh dengan wartawan dan jurugambar di pejabat peguamnya Americk Sidhu, Charles berkata, Kevin sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan itu, ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara.

Beliau juga mendakwa adiknya, Datuk Richard Morais, bersekongkol dengan “seseorang” yang mengawal “permainan” melibatkan pembunuhan Kevin.

Charles mendakwa, inilah puncanya kenapa Richard mengambil mayat Kevin dari rumah mayat pada hari sama dia (Charles) memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk membuat bedah siasat kedua.

Charles yang kelihatan marah melontarkan kritikan kepada Jabatan Peguam Negara kerana didakwa mempermainkannya.

Diamkan Muhyiddin? KJ kata 'tidak', Zahid ketawa kecil


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menafikan terdapat cubaan untuk mendiamkan mana-mana individu semasa Perhimpunan Agung Umno yang bakal diadakan bulan depan.

Beliau mengulas sama ada keputusan Majlis Tertinggi bahawa ketua pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri merasmikan perhimpunan agung mereka sendiri sebagai usaha untuk 'menutup mulut' timbalan presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ini tidak ada apa-apa hasrat atau niat untuk mendiamkan sesiapa. Cuma kita rasa bahawa tahun ini lebih sesuai perasmian di peringkat sayap (oleh ketua pergerakan masing-masing), itu sahaja," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi, yang juga hadir dalam sidang media itu, bila ditanya soalan yang sama, beliau berkata tiada niat untuk berbuat demikian.

"Mungkin mereka ada niat, tapi saya tidak fikir begitu," katanya yang ketawa kecil.

Salleh Man akur sebarang tindakan dari PAS

ADUN tunggal PAS di Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man berkata, beliau akan terus istiqamah dengan perjuangan parti itu dan akur dengan sebarang keputusan yang akan dibuat pimpinan pusat.

Mohd Salleh yang enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu ketika ditemui selepas majlis Sumbangan Saguhati Jawatankuasa Qaryah 2015 berkata, beliau akan bertemu dengan kepimpinan PAS negeri pada malam ini bagi membincangkan beberapa perkara termasuk berhubung kedudukannya.

ADUN Permatang Pasir itu juga berulang kali memberitahu pihak media bahawa dia tidak mahu memberikan sebarang kenyataan pada masa ini.

"Saya akur dengan apa yang akan diputuskan oleh parti selepas ini. Cukuplah, cukuplah.

"Mungkin selepas pertemuan dengan pimpinan negeri malam ini baru saya boleh memberi kenyataan. Apa-apa saya perlu mendengar penjelasan pada malam ini terlebih dahulu," katanya.

Nik Abduh - Siapa kata zaman TGNA semua betul?

Nik Abdul Aziz Nik Mat

SHAH ALAM - Sewaktu zaman pemerintahan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, negeri itu turut dihidangi peristiwa pahit manis.

Menurut anaknya, Nik Mohamad Abduh, hal itu berlaku kerana bapanya itu hanya insan biasa yang tidak maksum.

"Siapa kata pada zaman TGNA, semuanya benar dan betul? Itu pembersihan yang kotor. Mana ada kemaksuman daripada insan dan insani?

"Bezanya adalah bagaimana kekurangan, keaiban dan kesalahan itu dibendung dan diperbaiki. Ia berlaku baik, pada zaman pemerintahan almarhum TGNA," katanya melalui tulisan di Facebook.

Menurutnya lagi, peristiwa manis yang dihadapi Kelantan sentiasa disyukuri dengan anggapan ia hadiah dan ganjaran awal sebelum hadiah dan ganjaran yang lebih besar menanti.

ADUN DAP letak jawatan sebagai setiausaha pengelola DAP Pulau Pinang

Teh Yee Cheu

GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu meletak jawatan sebagai setiausaha pengelola DAP Pulau Pinang berkuat kuasa Ahad, kata setiausaha DAP negeri Lim Hui Ying.

Hui Ying berkata, Yee Cheu menghantar surat peletakan jawatannya melalui emel kepada beliau dan pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow.

Katanya, dalam surat itu, Yee Cheu memaklumkan kepada parti bahawa beliau mengambil keputusan itu berhubung sokongannya terhadap usul Umno mengenai tebus guna tanah semasa persidangan Dewan Undangan Negeri pada 20 November.

"Peletakan jawatan itu, yang dibuat melalui emel bertarikh 23 November, dialamatkan kepada pengerusi dan setiausaha parti negeri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yee Cheu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komennya.

Kaunter pandu bayar di MBAS untuk menjelaskan bayaran cukai pintu dan saman.

Kaunter pandu bayar di MBAS

ALOR SETAR - Orang awam dipelawa menggunakan perkhidmatan kaunter pandu bayar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang terletak di pintu keluar pejabatnya untuk menjelaskan bayaran cukai pintu dan saman.

Datuk Bandar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, kaunter itu mula beroperasi pada 11 November lalu dan orang ramai boleh membuat pembayaran secara tunai, kad kredit dan cek tanpa perlu keluar beratur atau masuk ke dalam pejabat MBAS.

Menurutnya, selepas ini tidak ada lagi alasan susah untuk membuat pembayaran berkaitan.

“Kaunter dibuka pada Ahad hingga Khamis bermula jam 9 pagi hingga 3 petang termasuk waktu rehat. Sementara itu pada Jumaat dan Sabtu, bayaran boleh dibuat di Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah.

Dimana suara Mufti?

Oleh Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar

http://www.pmo.gov.my/images/gallery/images/?i=vvFW319675_PTJ14_210314_SELAWAT.jpg
Hadith Sahih yang di laporkan Imam Muslim mengingatkan kita kepada Sabda Nabi Muhammad saw mengenai keperluan mengambil beberapa pendekatan dalam menghadapi kemungkaran. Pertamanya, dengan tangan, keduanya dengan bersuara dan akhirnya jika masih tidak berupaya dengan kedua dua cara tadi maka memadailah dengan sekadar menentang di dalam hati dan sesungguhnya penentangan dalam hati adalah selemah lemah Iman.

Semenjak kebelakangan ini modus operandi menyalah gunakan hak hak asnaf terutamanya fakir miskin anak yatim dsbnya semakin terbongkar dan berulang terutamanya selepas episod seorang bekas menteri yang ketika menjadi menteri menyalah gunakan peruntukan rakyat termiskin lebih rm40 juta.

Selepas itu orang yang sama menjadi pengerusi sebuah institusi kerajaan dan tidak menghairankan bila membeli bangunan asrama pelajar di Australia dengan cara terlebih bayar. Institusi berkenaan yang di tubuhkan puluhan tahun yang lalu untuk asalnya membantu orang orang melayu bumiputra supaya dapat turut maju dalam bidang pelajaran dan perniagaan namun wang peruntukan institusi berkenaan menjadi wang percuma kepada manusia seperti bekas menteri berkenaan. Justru makin berkuranglah atau hampir tiada pelajar yang akan di hantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran selepas berhempas pulas mendapat keputusan peperiksaan yang baik.

Kulim - 25 tahun penduduk terpaksa guna jalan rosak

25 tahun penduduk terpaksa guna jalan rosak

KULIM - Kerosakan jalan utama Kampung Ulu Dingin Mahang, di sini, membahayakan penduduk kampung berkenaan terutamanya penunggang motosikal.

Penduduk, Azman Che Hamid 43, berkata, jalan sepanjang lima kilometer itu kini sudah rosak teruk menyebabkan penduduk perlu berhati-hati setiap kali melaluinya.

Menurutnya, jalan berkenaan sudah 25 tahun tidak baik pulih dan kini kerosakannya semakin teruk malah membahayakan penduduk yang sering menggunakan laluan itu untuk ke pekan Mahang.

“Saya difahamkan hampir 25 tahun jalan itu berlopak malah sekarang sudah rosak teruk dan perlu dibaik pulih segera.

“Saya minta kerajaan dan pihak terlibat dapat menyalurkan peruntukan untuk pembinaan jalan yang selesa untuk penduduk di sini,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...