TERKINI :

Wednesday, November 25, 2015

Apa dosa saya sehingga dihalang rasmikan sayap Umno, soal Muhyidin

Timbalan Preysiden Umno Tan Sri Muhyidin Yassin mempersoalkan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang menghalang buat pertama kalinya seorang timbalan presiden daripada berucap merasmikan mesyuarat sayap Umno.

"Apalah dosa saya lakukan terhadap Umno sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada timbalan presiden dinafikan kepada saya pada tahun ini?

"Atau apakah ada mereka yang cukup takut dengan apa yang akan saya ungkapkan di hadapan anak muda yang dipercayai boleh meluputkan keyakinan kepada seseorang pemimpin," katanya yang juga ahli Parlimen Pagoh.

Meskipun dihalang, Muhyiddin berkata beliau tetap akan terus bersuara dan tidak akan mengalah dalam menyatakan pendiriannya.

Melalui posting di laman Facebook miliknya, Muhyiddin berkata, beliau menghormati keputusan MT Umno itu, namun turut mengingatkan mereka tiada sesiapa yang boleh mendiamkan dirinya.

"Saya akan terus berbicara menyatakan yang hak. Perjuangan saya di dalam Umno bukanlah untuk mempertahankan individu,tetapi, untuk membela agama, bangsa, dan negara yang tercinta," katanya.

Beliau berkata, sejak 6 tahun lalu, sebagai timbalan presiden Umno, beliau menyampaikan amanat kepada perwakilan sayap Umno yang datang daripada seluruh negara dengan penuh tanggungjawab.

"Ia adalah ucapan terpenting saya di hadapan para pejuang parti yang melakarkan harapan serta cita-cita saya agar Umno terus gagah meredah cabaran zaman.

"Nampaknya saya tidak lagi berpeluang untuk menyampaikan amanat saya dalam majlis yang amat bermakna buat saya sebagai timbalan presiden," katanya.

Muhyiddin mendakwa, beliau dimaklumkan ada pihak tertentu yang mahu menghalangnya daripada berucap.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini dilaporkan berkata, keputusan untuk tidak membenarkan Muhyiddin merasmikan mesyuarat sayap Wanita, Pemuda, dan Puteri parti Melayu itu atas permintaan pengerusi sayap.

Zahid berkata, keputusan itu dibuat ahli MT Umno demi menghormati permintaan pengerusi sayap parti Melayu itu.

"Itu permintaan pengerusi sayap. MT hormati permintaan pengerusi sayap," kata Zahid kepada pemberita, selepas berucap merasmikan Majlis pemangkaian pangkat bersekutu, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) kepada pemimpin muda di bawah Kesatria Muda Keselamatan (KMK), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Perkara itu turut disahkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang turut hadir ketika sidang media berkenaan.

"Saya sahkan apa yang dikatakan Zahid. Itu permintaan saya,Wanita dan Puteri. Perasmian tidak tertulis dalam Perlembagaan dan ia hanya konvensyen," katanya, yang juga merupakan menteri belia dan sukan.

"Tidak ada niat untuk senyapkan sesiapa, saya rasa lebih sesuai ia dibuat diperingkat sayap sendiri," kata Khairy.

Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan MT memutuskan mesyuarat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agung Umno bulan Disember depan akan dirasmikan ketua sayap dan bukannya Muhyiddin.

Najib yang juga perdana menteri itu berkata, keputusan itu dicapai bagi mengekalkan "suasana baik dan positif" perhimpunan.

"Perhimpunan agung kali ini kita hendak suasananya baik dan suasananya positif.

"Antara keputusan yang kita buat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan dirasmikan ketua sayap," katanya.

Keputusan yang dicapai pada mesyuarat di bangunan sementara Parlimen petang semalam dibuat tanpa kehadiran Muhyiddin yang juga timbalan presiden dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mengikut konvensyen Umno, mesyuarat sayap parti akan dirasmikan timbalan presiden.

Muhyiddin dan Shafie sebelum ini digugurkan dalam rombakan Kabinet pada hujung Julai lalu dan ia berlaku selepas kedua-dua mereka rancak menyatakan perbezaan pendapat dengan Najib dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Buang profesional PAS, Harakah merudum

Dari: fb Tarmizi Md Jam


Ketua Cawangan Pas Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, KL, Hj Abdul Kadir Tauhid terpaksa berhenti daripada menjadi pengedar utama Harakah bagi kawasan Bandar Baru Sentul berikutan semakin ramai ahli enggan membeli lidah rasmi Pas itu, sebaik selepas Muktamar Pas ke-61 awal Jun ini.

Ini berikutan senario yang semakin buruk membadai parti Islam itu. Katanya, ramai lagi pengedar-pengedar kecil Harakah terpaksa berhenti kerana ahli-ahli sudah tidak berminat.

Ujarnya, terdapat 6-7 orang yang memberitahu beliau, mereka sudah tak mahu jadi ahli Pas, kerana sangat flip flop, tak ada pendirian. Ada seorang yang mematah-matahkan kad keahlian Pas di hadapannya sehingga berkecai.

LAWATAN OBAMA : Seperti Tempua Bersarang Rendah


Luarbiasanya hubungan Presiden Barack Obama dengan DS Mohd Najib Tun Abdul Razak tentunya ada sesuatu yang terselindung yang amat sukar dimengertikan oleh rakyat biasa. Pastinya ada sesuatu rahsia yang sedang ‘disembunyikan’ untuk ditidak diketahui secara umum oleh rakyat Malaysia. Jikalau tidak masakan Presiden Amerika Syarikat itu sanggup ‘mencemar duli’ dan ‘merendah diri’ dan sanggup pula semacam ‘berdiri sama tinggi’ dan ‘duduk sama rendah’ dengan pemimpin sebuah negara yang amat kerdil berbanding dengan negara-negara besar dunia yang lain.

Kenyataan Maria Chin Abdullah selaku Pengerusi BERSIH yang menyatakan, ‘ He (Obama) said while the US recognised the civil liberties violation in Malaysia but at the same time they have to balance the issue with the economic ties they have with Malaysia. So that tells you quite a bit and this message was repeated not once but twice’.

Maknanya ‘minat’ Obama untuk ‘bekerjasama’ dengan Malaysia dalam hal TPPA terlalu tinggi dan seolah-olah meletakkan harapan yang begitu tinggi agar Malaysia ‘tak boleh tidak’ mesti menyertai pertubuhan ini. Dan yang anihnya pula ialah pemimpin Malaysia terutamanya YB DS Mustafa Muhammad selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri semacam tidak berani ‘membuka mulut’ bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan TPPA. Lantas rakyat yang perhatin tentang keadaan negara terus menerus mempersoalkan mengenai TPPA ini.

Usaha sedang dijalan untuk menutup mulut saya - Tun M

KUALA LUMPUR: "Saya tidak akan bertanding untuk apa-apa jawatan. Tetapi usaha gigih sedang dijalan untuk menutup mulut saya, untuk menyekat saya dari berjumpa dengan ahli Umno, bahkan orang ramai," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu menyatakan demikian menerusi tulisan bertajuk Menghadapi Cabaran dalam blognya, hari ini.

Berikut tulisan penuh beliau.

1. Dalam kehidupan manusia, menghadapi cabaran adalah perkara biasa. Sudah tentu jika sesiapa mencebur diri dalam bidang politik, lebih banyak cabaran akan dihadapi. Jika ingin terus dalam bidang politik semua cabaran ini mesti diterima. Mereka yang tidak sanggup menghadapi dan mengatasi cabaran adalah lebih baik tinggal sahaja bidang politik.

2.Semasa saya jadi presiden UMNO dan Perdana Menteri cabaran tidak pernah berhenti. Sudah tentu ada percubaan menjatuhkan saya sebagai presiden UMNO.

3.Diantara cabaran yang terbesar ialah apabila Tengku Razaleigh Hamzah dicalonkan untuk bertanding jawatan presiden UMNO.

4.Kita sudah terima sistem demokrasi dalam pemilihan pemimpin. Apa yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh adalah sah dalam sistem demokrasi. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh saya untuk mengelak dari dicabar olehnya.

Hutang 1MDB: Harta negara mana lagi akan dilelong?

HARAKAHDAILY | 24 November 2015.

KUALA LUMPUR: 1MDB semalam mengumumkan penjualan aset penjana bebas (IPP) di bawah anak syarikatnya Edra Energy kepada konsortium China-Qatar yang akan memiliki 100% aset penjanaan.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata ini adalah bertentangan dengan dasar negara selama ini bahawa aset-aset strategik seperti penjanaan dan pembekalan elektrik tidak boleh jatuh ke tangan syarikat asing dan tertakluk kepada had pegangan ekuiti asing sebanyak 49%.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan telah memfailkan dua usul di Parlimen untuk menghalang perkara ini dari berlaku.

Katanya, satu usul ialah untuk menghadkan bidaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada nilaian RM8 bilion bagi ekuiti Edra Energy untuk menghalang kerajaan dari menggunakan TNB untuk membayar hutang 1MDB.

Keluar Parti Pas dilabel sebagai pengkhianat dan munafiq, betul atau retorik??


dari Blog Sysss..!!!

1. Sh Said Hawa menantu Imam Hassan al Banna dan pengarang buku 'Jundullah' keluar Ikhwan Muslimin dan menubuhkan Parti Ikhwan Qutri tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

2. Sh Said Syaaban keluar Ikhwan Muslimin kerana berseliseh faham dengan Mustafa Masyhur tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

3. Dato Asri, Presiden Pas keluar Pas menubuhkan Hamim dan kemudian menyertai UMNO tidak pernah dilabel sebagai pengkhianat dan munafiq.

4. Ustaz Nakhaei Ahmad keluar Pas dan menyertai UMNO tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

5. Hassan Adli 'Panglima Jihad Pas' keluar Pas pada 1974 tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

6. Abu Bakar Hamzah, Ketua Pemuda Pas Ke-3 tinggalkan Pas pada 1974 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

Cerita Alwi bagaimana dia membawa Presiden Pas & Timbalan berjumpa Pak Lah di Seri Perdana

Oleh Mohd Sayuti Omar

http://2.bp.blogspot.com/-MLCynEBEmL4/VlLFTcn_UnI/AAAAAAAABzY/J8WuOmGwumI/s1600/11046778_324752214362198_719523594571847264_n.jpg
Hormat semua. Pagi ini tertengok dan terdengar ceramah Adun Kok Lanas sdr Md Alwi Che Ahmad dalam klik video dalam wall Hj Hashim Omar yang menceritakan macam mana dia bantu membawa Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan Timbalannya ketika itu Nasharuddin Mat Isa masuk berjumpa dengan Abdullah Ahmad Badawi di Seri Perdana.
Kata Alwi beliau membantu Pas kerana atas permintaan Pas yang ingin berjumpa dengan PM Pak Lah bagi membincangkan masalah Melayu kemudian menubuhkan kerajaan Perpaduan, dengan Pas bersama Umno.

Cerita Alwi orang yang menghubungi beliau untuk buat temu janji dengan Pak Lah ialah Salahuddin Ayub yang ketika itu Naib Presiden. Katanya dia tanya Salahuddin siapa yang suruh, jawab Salahuddin, bosnya (presiden).

Antara Erdogan dan BJ Habibie..!!!

Oleh Abd Shukur Harun

Ketika memikirkan keinginan yang menggunung di kalangan rakyat, khususnya umat Islam, untuk menyaksikan kemunculan pemimpin dunia baru bukan saja di rantau ini, bahkan dipelbagai belahan dunia, saya segera teringat 2 sosok yang sangat menarik dan menjanjikan – Recep Tayyip Erdogan dan BJ Habibie.

Erdogan yang kini muncul sebagai presiden Turki setelah menang dalam pemilihan umum di negaranya dan BJ Habibie, bekas presiden ke-3 Indonesia, kiranya tampil sebagai pemimpin dunia baru yang diharapkan.

Walaupun Habibie sudah tidak lagi berkuasa setelah meletakkan jawatan secara terhormat, tetapi beliau mengukir sebuah legasi kepimpinan yang mempunyai saham besar dalam membangun peradaban Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia.

Sementara Erdogan pula, dengan segala keberanian dan kebijaksanaannya mampu menjadi pemimpin harapan dunia Islam seluruhnya, setelah pemimpin dunia Arab yang terkepung dengan pelbagai masalah tidak mampu muncul sebagai pemimpin yang diharapkan.

Erdogan yang memimpin AK Parti daripada mula lagi ketika ia berada di pentas politik, walaupun tidak menjanjikan pembentukan sebuah “negara Islam”, tetapi apa yang dilakukannya sebagai perdana menteri hingga sebagai presiden Turki ialah melaksanakan Islam sebagai nilai hidup rakyat Turki.

Pas bakal hilang jawatan JKKK di Selangor?


PasSHAH ALAM - Pas dijangka bakal kehilangan beberapa jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Selangor apabila Parti Amanah Negara (Amanah) mahu jawatan itu turut dibahagikan kepada mereka pada lantikan akan datang.

Ini susulan kenyataan Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim bahawa pihaknya sedang mengadakan beberapa perjumpaan bersama pemimpin kerajaan negeri dan pemimpin daripada DAP bagi membincangkan kuota yang akan diberikan kepada parti itu dalam pembahagian jawatan JKKK dan jawatan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan.

Katanya, lantikan itu kelak adalah pengiktirafan kepada Amanah sebagai parti politik yang bersama-sama membentuk Pakatan Harapan dengan PKR dan DAP.

"Amanah mempunyai tiga Anggota Parlimen dan dua Adun di Selangor.

"Bagaimanapun berapa jumlah kerusi ahli majlis dan JKKK yang akan diberikan kepada Amanah hanya ditentukan selepas perbincangan mengenainya selesai dalam masa terdekat ini," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Kesemua Ahli Majlis Kerajaan Tempatan akan tamat kontrak perkhidmatan mereka pada penghujung tahun ini.

Kerajaan BN kata keputusan 1MDB jual edra global tidak jejas industri tenaga

https://lh3.googleusercontent.com/qX1H8vgzDmq2JLuZCJf_QMaZZrwPPEAF-1WWNx1gZQY4i9XCnk4zmB4HekfIUZg2LX5XBJZlqKlsUPCN4GUl=s800

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini menegaskan keputusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjual anak syarikatnya, Edra Global Energy Bhd kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN Group) tidak akan menjejaskan industri tenaga negara.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili memberitahu persidangan Dewan Rakyat, bahawa pelepasan 100 peratus ekuiti kepada syarikat milik kerajaan China itu hanya melibatkan 14 peratus daripada jumlah keseluruhan penjanaan tenaga bagi negara ini.

"Kerajaan telah bersetuju dengan pelepasan ekuiti itu memandangkan ia merupakan sebahagian daripada transformasi sektor tenaga negara.

"Kita berasakan semuanya terjamin kerana ia (penjualan) hanya membabitkan sebanyak 14 peratus (daripada jumlah penjanaan tenaga)... kita masih ada lagi kira-kira 50 peratus penghasilan tenaga negara di bawah Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan 20 peratus daripada Malakoff," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sim Tze Tzin (DAP-Bayan Baru) dan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Pembekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu.

Muhyiddin Tetap Akan Berucap Walaupun Disekat..!!

dari Blog : ZamKata


Walaupun disekat dari merasmikan serentak tiga sayap UMNO iaitu Wanita,Puteri dan Pemuda di Perhimpunan Agung UMNO Disember ini tetapi Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin akan mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan ucapannya kepada mereka bagi meneruskan tradisi zaman berzaman.

Inilah konklusi yang dapat dibuat oleh saya setelah mengemukakan kemungkinan sekatan itu akan berlaku dalam perbualan dengan Tan Sri Muhyiddin di Cafe saya Zam Newsroom Cafe di Ayer@8 Putrajaya baru baru ini.

Bagaimanapun Muhyiddin tidak mahu memberitahu saya bagaimanakah cara beliau hendak menyampaikan ucapannya yang tentunya akan lebih menarik perhatian umum.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mendakwa keputusan untuk menggantikan peranan Timbalan Presiden UMNO oleh ketua-ketua sayap UMNO sendiri telah diputuskan oleh mesyuarat MKT UMNO di bangunan Parlimen malam ini. Alasan yang diberikannya adalah atas permintaan ketua-ketua berkenaan sendiri.

Premis di Langkawi diminta bayar cukai

 Langkawi

LANGKAWI - Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) mengingatkan pemilik premis di seluruh pulau peranginan ini supaya menjelaskan cukai pintu masing-masing sebelum 31 Disember ini.

Yang Dipertuanya Ishak Murat berkata, pihaknya telah pun mengeluarkan surat peringatan kepada 193 pemilik premis yang belum menjelaskan cukai itu sehingga kini.

"Jika mereka gagal menjelaskannya dalam tempoh yang diberikan itu MPLBP tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya lebih daripada 80 peratus premis di Langkawi telah pun menjelaskan cukai masing-masing.

Ishak berkata pelbagai cara diadakan seperti kempen untuk menyedarkan pemilik premis tentang kepentingan melunaskan cukai yang dikenakan itu.

Daripada Januari hingga Oktober tahun ini, MPLBP telah mengutip sebanyak RM8 juta cukai daripada premis di pulau terbabit dan berharap dapat mengutip RM2 juta lagi dalam tempoh dua bulan terakhir tahun ini. - Bernama

Saya tahu dipecat melalui televisyen – Hamidah

hamidah2
KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, beliau hanya tahu dipecat UMNO menerusi televisyen.

Katanya, beliau belum menerima apa-apa surat daripada parti yang memaklumkan telah dipecat.

Sehubungan itu, bekas Ketua Wanita Bahagian Gopeng itu enggan mengulas lanjut pemecatannya itu sehingga sidang media pada Jumaat ini.

“Saya tak nak komen dahulu. Saya akan buat sidang media (mengenai pemecatan) di Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Setakat ini saya dengar dekat TV,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Keputusan memecat Hamidah itu diumumkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Hamidah, bekas Exco Kerajaan Perak didapati bersalah kerana melanggar disiplin parti.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...