TERKINI :

Tuesday, November 24, 2015

Muhyiddin kempunan untuk rasmi mesyuarat sayap-sayap UMNO

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan merasmikan mesyuarat sayap-sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO pada bulan hadapan.

Sebaliknya, Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak berkata, majlis perasmian mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO kali ini dilakukan oleh ketua sayap masing-masing.

Menjadi amalan Timbalan Presiden merasmikan mesyuarat sayap-sayap parti sempena Perhimpunan Agung UMNO.

“Keputusan ini dibuat atas cadangan sayap masing-masing dan atas kehendak mereka. Majlis Tertinggi (MT) UMNO menghormatinya,” katanya pada sidang media ringkas selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Bangunan Parlimen, pada Selasa.

Mengenai Mesyuarat MT kali ini yang diadakan di Bangunan Parlimen, Najib berkata ia bukanlah sesuatu yang luar biasa .

“Kita adakan di perkarangan pejabat Parlimen sebab kita perlu dekat dengan Dewan Parlimen jika ada undi belah bagi.

“Pembangkang juga sering mesyuarat mereka di pejabat Parlimen,” ujarnya lagi.

Perasmian sayap oleh ketua sayap dan Ketua Umno Gopeng dipecat

Ketua Wanita UMNO Gopeng dipecat, perasmian sayap oleh ketua sayap

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini memutuskan Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman dipecat atas pelanggaran disiplin parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak memberitahu, setakat ini hanya Datuk Hamidah diambil tindakan biarpun terdapat hal berkaitan diutarakan dalam mesyuarat berkenaan.

"Majlis Tertinggi turut memutuskan mesyuarat sayap untuk Perhimpunan Agung UMNO kali ini tidak dijalankan serentak, sebaliknya akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing.

"Ini adalah atas permintaan ketua sayap dan ahli Majlis Tertinggi menghormati keputusan mereka," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Najib turut memberitahu tujuan mesyuarat tersebut diadakan di pekarangan Parlimen.

"Mesyuarat hari ini dibuat di bangunan Parlimen kerana takut jika ada pengundian berlaku di sidang parlimen dan kita mahu pastikan kehadiran orang kita hari ini," katanya.
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO kali ini tidak dihadiri Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Naib Presiden, Datuk Seri Shapie Apdal.

Mesyuarat MT Umno tanpa Muhyiddin, Shafie

Mesyuarat MT Umno tanpa Muhyiddin, Shafie

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Parlimen hari ini berlangsung tepat jam 6 petang.

Antara yang dilihat hadir seawal jam 5.30 petang tadi termasuk Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Turut kelihatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Datuk Seri Tajuddin Rahman, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Idris Haron.

Bagaimanapun kelibat Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal tidak kelihatan pada mesyuarat itu.

Mesyuarat dijangka berlangsung selama satu jam bermula dari sekarang dan dijangka tamat jam 7 petang nanti.

Sebelum ini,  terdapat khabar angin yang tersebar mengenai nasib Muhyiddin dan Mohd Shafie bakal ditentukan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada petang ini.

Bagaimanapun dakwaan itu disangkal oleh Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sebuah sidang media semalam.


Apa Sudah Jadi Dengan Utusan & Harakah..??

ULASAN GREENBOC
 
http://1.bp.blogspot.com/-ScY5QpaB6Wk/VlMrFULEIjI/AAAAAAAB5Y8/F6Iy3AwmLMs/s1600/utusan_harakah1.jpg

Kerana banyak sangat memfitnah, Utusan telah diheret beberapa kali ke mahkamah dan telah tewas dalam banyak kes yang melibatkan bukan saja puluhan malahh ratusan ribu ringgit.

Entah siapa lagi yang bebal sangat nak beli dan baca utusan. Ia adalah sama seperti menggalakkan akhbar itu untuk terus menabur fitnah ditambahi dengan isu-isu perkauman yang tebal.

Membeli dan membaca Utusan berererti meredhakan fitnah itu berterusan dan kemudian mendapat "saham dosa" dari fitnah-fitnah yang dipaparkan.

Penyakit Utusan nampaknya sudah berjangkit kepada akhbar lidah rasmi PAS juga yang bernama Harakah. Salinan surat dari pejabat agung PAS kini berlegar di media sosial yang meminta setiap cawangan PAS melanggan 10 naskah Harakah setiap keluaran. Alasan yang diberikan ialah agar ahli-ahli PAS mendapat maklumat yang terkini dan tepat.


Namun semua orang tahu Harakah kini sudah tidak laku di pasaran. Ramai pengedarnya sudah lari dan enggan menjual Harakah lagi.

AHLI PAS ENGGAN BELI HARAKAH

Ketua Cwg Pas Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, KL, Hj Abdul Kadir Tauhid terpaksa berhenti drpd menjadi pengedar utama Harakah bg kws Bandar Baru Sentul berikutan semakin ramai ahli enggan membeli lidah rasmi Pas itu sebaik slps Muktamar Pas ke-61 awal Jun ini. Ini berikutan senario yg semakin buruk membadai parti Islam itu. Katanya, ramai lg pengedar2 kecil Harakah terpaksa berhenti kerana ahli2 sudah tidak berminat. Ujarnya, terdapat 6-7 orang yg memberitahu beliau, mereka sudah tak mahu jadi ahli Pas, kerana sangat flip flop, tak ada pendirian dan ada seorang yg mematah2kan kad keahlian Pas di hadapannya sehingga berkecai.

Difahamkan juga beberapa orang wartawan dan editor Harakah telah meletakkan jawatannya. Sebelumnya Harakah telah bertindak memberhentikan secara serta-merta khidmat Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam, pada 1 Oktober 2014, kerana mengkritik UG (kerajaan campuran) dalam pimpinan PAS. Diikuti pertengahan Disember tindakan yang sama ke atas Roslan Hamid (editor rencana) kerana menyiarkan tulisan Dinsman yang mengkritik ulama dalam pimpinan PAS.

"Dan yang paling zalim ialah tindakan ke atas Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman, atas alasan kesihatan, ketika beliau sedang bercuti sakit dan masih dalam rawatan doktor.

Sebelum ini, salah seorang pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, Ishak Surin pernah mendedahkan selama dua dekad Datuk Mustafa Ali memegang jawatan Pengerusi Harakah, sudah terlalu banyak pembaziran yang dilakukan Setiausaha Agong PAS itu.

"Sehinggakan perjuangan dan imej Islam yang dibawa oleh PAS sedikit sebanyak tercemar," tambah beliau.

Secara terus terang, Ishak memberitahu, malah Mustafa juga menggunakan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk kepentingan dirinya dan keselesaan dirinya sendiri.

"Terlalu banyak pembaziran yang dilakukan oleh Mustafa, sehingga melakukan apa yang tidak perlu dilakukan. Mustafa membazirkan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk mengubahsuai biliknya menjadi bilik yang sangat mewah," katanya dalam satu forum pendedahan bertajuk Harakah Dalam Bahaya, di Gombak awal tahun ini.

Ishak yang merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Batu turut mempersoalkan apakah kepentingan bilik yang sebegitu mewah di Ibu Pejabat Harakah kepada pengarah urusan kerana menurutnya, permulaan wang jualan akhbar Harakah adalah daripada titik peluh rakyat (ahli) khususnya.

Bukan itu sahaja, Ishak turut melahirkan kekesalannya apabila melihat pihak pengurusan Harakah gagal untuk mengurus wang tersebut dengan baik.

Selain itu, veteren PAS itu juga turut kesal apabila mendapat tahu kebajikan kakitangan akhbar Harakah tidak dijaga sebaiknya.

"Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimana perkara ini boleh berlaku, kerana kita sering bercakap soal Islam, tetapi adakah ini gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam?

Ishak turut mendedahkan kewangan Harakah tidak pernah diaudit walaupun perkara ini sering dibangkitkan dalam muktamar PAS.

Demikianlah kisah Harakah yang kini persis saudara kembar Utusan.

SUMBER

'Low Yat 2' dibuka 8 Disember ini

Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR - 'Low Yat 2', pusat jualan dan borong alat telekomunikasi seumpama Plaza Low Yat di Bukit Bintang, akan dibuka secara rasmi pada 8 Disember ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sempena pembukaannya di Tingkat 3, Menara Mara di sini, nama baharu dan logo pusat jualan dan borong alat telekomunikasi itu akan diumumkan.

"Sebanyak 36 premis menjual alat telekomunikasi yang dimiliki seratus peratus syarikat bumiputera telah disenarai pendek untuk memulakan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Inovasi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) 2015 di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pusat itu yang juga akan menjual produk teknologi maklumat (IT) secara terbuka dan bebas, diharap akan menjadi pilihan kepada orang ramai untuk mendapatkan kemudahan peralatan komunikasi.

Menurut Ismail Sabri, andainya projek perintis pusat jualan peralatan komunikasi itu berjaya dan mendapat sambutan, Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengembangkan konsep berkenaan ke seluruh negara.

Mara akan menaik taraf kesemua arked Mara serta melakukan penjenamaan semula untuk membuka peluang perniagaan serta membantu masyarakat luar bandar memajukan perniagaan mereka, katanya. - Bernama


Azalina pertahan saiz XXXL Kabinet

Azalina pertahan saiz XXXL Kabinet

KUALA LUMPUR - Saiz anggota kabinet Perdana Menteri, Datuk Najib Razak yang besar dibuat kerana negara semakin berkembang sebagai negara moden.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, negara hari ini berdepan pelbagai cabaran dan tanggungjawab.

"Negara kita semakin berkembang dengan pesat dan maju. Maka kerana itulah kita tidak boleh semata-mata membandingkan bilangan menteri antara pentadbiran perdana menteri sekarang dan yang lepas-lepas.

"Dalam keadaan dunia tanpa sempadan yang serba moden ini, pelbagai cabaran dan tangungjawab harus dipikul oleh kerajaan demi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan sentosa," katanya dalam jawapan bertulis Parlimen bagi menjawab soalan Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) berhubung rasional anggota kabinet Najib yang terdiri daripada 37 menteri dan 32 timbalan menteri.

Azalina menambah, Perdana Menteri mempunyai hak prerogatif untuk menentukan bilangan Kabinet sebagai anggota pentadbiran kerajaan termasuk portfolio dan bidang tugas masing-masing telah dikhususkan.

"Sungguhpun begitu pemilihan menteri dan timbalan menteri untuk setiap kementerian adalah dibuat berdasarkan keperluan yang dirasakan sesuai dengan kehendak semasa," katanya.

Sehubungan itu, menteri dan timbalannya yang dilantik bawah portfolio masing-masing bagi memastikan segala perancangan dan agenda yang dirangka dapat dilaksanakan dengan berkesan.

"Seterusnya memberi manfaat kepada rakyat keseluruhan," katanya.


MP AMANAH - Tol naik: Tak cukupkah lagi bebankan rakyat?

Tol naik

KUALA LUMPUR - Selepas kenaikan kadar tol baru-baru ini, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli mempersoalkan tindakan kerajaan yang sekali lagi membenarkan lapan syarikat konsesi berbuat demikian pada tahun hadapan.

Mohd Hatta berkata, tindakan kerajaan itu bukan hanya mengejutkan malah menambah lagi beban rakyat tanpa henti.

Beliau turut yakin bahawa rakyat tiada pilihan dan terpaksa menanggung derita dalam diam memandangkan sebahagian pengguna jalan raya merupakan penyokong kerajaan.

"Sebelum ini sudah naikkan tol sehingga ada yang mencecah kadar 50 peratus (kenaikan pada 15 Oktober tahun ini, jika mahu naik lagi, saya tidak dapat bayangkan beban yang terpaksa dilalui rakyat," katanya ketika ditemui Sinar Online di pekarangan lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di Dewan Rakyat ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya semalam.

Lapan lebuh raya berkenaan adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Link Kedua, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP), Lebuhraya Selat Klang Utara  (NKSB) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Pada 15 Oktober lalu, kadar tol di beberapa lebuh raya di sekitar Lembah Klang sudah pun dinaikkan dan mendapat kritikan pelbagai pihak.

Saya ahli Pas yang beramanah, kata Mahfuz

Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR - "Saya Pas yang beramanah," demikian respon Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika disoal Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tentang kesetiaannya terhadap Pas.

Mahfuz yang merupakan Ahli Parlimen Pas berkata demikian ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2016 pada sidang Dewan Rakyat, di Parlimen, di sini, hari ini.

"(Ahli Parlimen) Pokok Sena (Mahfuz) ini Pas atau Amanah? Saya selalu keliru sama ada Pokok Sena ini Pas, atau Amanah," soal Speaker sewaktu Mahfuz membahas usul tersebut.

Persoalan itu mengundang keriuhan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pada hari ini.

Tidak melatah, Mahfuz menegaskan bahawa beliau masih berpegang teguh kepada parti Islam itu.

"Hendak jadi ahli politik, ahli Pas perlulah beramanah dalam menjalankan tugas," katanya ketika keriuhan di Dewan beransur reda.

Sementara itu, dalam  perbahasan Mahfuz, beliau mempersoal penggunaan alat berlainan dalam ujian cermin gelap kenderaan di negara ini.

Menurutnya, penggunaan alatan berlainan dalam ujian itu akan menyebabkan penghasilan keputusan  berbeza, sekaligus menyukarkan pengguna untuk mematuhi peraturan penggunaan cermin gelap yang dibenarkan.

Rafizi: Analisis dari kajian Pusat Penyelidikan PAS tak realistik

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan analisis dibuat Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengenai hayat Pakatan harapan sebagai tidak berpanjangan sebagai "terpisah daripada realiti".

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pihaknya percaya gabungan politik yang menyatukan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) itu akan membentuk pakatan lebih kukuh melalui mekanisme perjanjian yang akan dibuat menjelang 2016.

"Analisis yang dibuat agak terpisah daripada realiti bahawa Pakatan Harapan sekarang belajar daripada kesilapan lalu dan kini akan ada mekanisme yang akan menjadikannya lebih kukuh.

"Kita (Pakatan Harapan) berdepan dengan Umno yang sangat lemah dan rakyat sedang beralih cita rasa dan rakyat sudah tahu kebaikan ada pembangkang yang kuat," katanya kepada media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Malaysiakini hari ini melaporkan, PPP membuat jangkaan jangka hayat Pakatan Harapan adalah lebih pendek daripada Pakatan Rakyat.

Pengarahnya Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata andaian itu dibuat berdasarkan kepada konflik antara parti komponen Pakatan Harapan.

"Berdasarkan kepada konflik yang berlaku antara parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan hari ini, ditambah lagi dengan masalah dalaman parti masing-masing, dijangkakan paling lama hayat Pakatan Harapan boleh bertahan ialah sebaik sahaja selepas PRU14 (pilihan raya umum ke-14).

"Malah PPP tidak menolak, kemungkinan gabungan itu berakhir lebih awal daripada PRU14 juga adalah tinggi, berikutan satu demi satu konflik di kalangan mereka timbul," kata Mohd Zuhdi.

Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Azmin Ali juga memberitahu pemimpin AMANAH supaya berhenti mengkritik kerajaan negeri yang masih dianggotai oleh wakil dari PAS.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berpendapat, isu besar atau tidak analisis dibuat PPP itu tidak timbul namun menegaskan ia "tidak realistik".

"Malah analisis itu itu muncul ekoran masalah dalaman PAS sendiri," katanya.

Jual aset IPP bercanggah dasar negara

Penjualan aset penjana tenaga bebas (IPP) di bawah anak syarikat Edra Global Energy Bhd kepada konsortium China - Qatar bertentangan dengan dasar negara yang mengawal aset strategik daripada dijual kepada syarikat asing.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, penjualan aset syarikat itu kepada konsortium asing akan membawa lebih banyak dagangan antara IPP dengan syarikat luar negara pada masa depan.

"Ini bertentangan dengan dasar negara yang selama ini menghalang aset strategik seperti pembekalan elektrik supaya tidak jatuh ke tangan syarikat asing dan tertakluk kepada had pegangan ekuiti asing sebanyak 49 peratus," tegas Naib Presiden PKR itu dalam sidang medianya di ibu pejabat parti itu hari ini.

Semalam Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy menjelaskan anak syarikat agensi pelaburan itu, Edra Global Energy Bhd, menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dengan nilai RM9.83 bilion.

Transaksi itu, kata Arul Kanda, dijangka selesai pada Februari 2016 juga mencatat kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB, seperti dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei lalu.

'PAS lancar perang ibarat IS ke atas anggota AMANAH'

Naib Presiden Parti Amamah Negara (AMANAH) hari ini mendakwa anggota parti itu menjadi mangsa kepada ‘tindakan melampau’ ahli-ahli dan penyokong PAS.

Ahli Parlimen Parit Buntar dan juga bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menyamakan tindakan mereka sama seperti ciri-ciri rangkaian pengganas Negara Islam (IS).

Bercakap pada sidang media di Parlimen, Mujahid berkata anggota AMANAH dimaki hamun secara lisan dan juga di laman Facebook pada setiap hari.

"Asasnya ialah sebaran secara sedar atau tidak disedari beberapa doktrin di kalangan pengkuliah dan penceramah agama antaranya menganggap jemaah atau kelompoknya memiliki kebenaran mutlak lalu mewajarkan pelabelan sesat, munafik dan mengkafirkan sesama umat Islam yang bukan dari kalangannya.

"Fenomena takfiri ini adalah asas pemikiran IS dan seumpamanya," katanya.

Menurut Mujahid, terdapat insiden di mana ahli-ahli PAS atau pengikutnya terus ke rumah-rumah ahli AMANAH dan memanggil mereka sebagai "kafir dan munafik" sebelum menoreh tayar kereta mereka.

"Orang-orang ini fikir mereka adalah kebenaran mutlak dan melabelkan yang lain (ahli-ahli AMANAH) sebagai sesat, munafik dan kafir serta tidak sama dengan mereka," katanya.

Memetik kejadian di mana pemimpin AMANAH diminta menceraikan isteri mereka kerana meninggalkan PAS, Mujahid berkata pemikiran itu adalah sama dengan kumpulan pengganas IS.

"Memilih wadah politik lain dengan meninggalkan parti lama dianggap pengkhianat dan layak mendapat laknat, malah ia dianggap seolah keluar daripada Islam.

“Inilah pelabelan murtad, sesat munafik dan tinggalkan jemaah yang dikuliahkan sebahagian pengkuliah dan penceramah.

"Corak pemikiran inilah yang membentuk gaya IS dan seumpamanya yang amat membahayakan masyarakat," katanya.

Mujahid juga mendakwa bahawa dengan berdiam diri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merestui tindakan tersebut

Bahasa Inggeris di Sarawak, Apa komen pejuang UMNO & PERKASA..!


Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak amat berani. Bukan sahaja berani tetapi tegas dalam usahanya melaksanakan dasar menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di Sarawak seiring dengan Bahasa Malaysia. Sudah dua hari pengumuman tentang hal ini dibuat namun tidak banyak komen yang diberikan terhadap tindakannya itu.

Apakah kerajaan pusat yang terasnya diterajui oleh UMNO bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak itu? Apakah para pejuang PERKASA yang sentiasa menitikberatkan tentang ‘Melayu’ juga akur dengan perkembangan yang berlaku di Sarawak ini. Dimanakah hilangnya ‘suara-suara’ para pejuang bahasa yang kebiasaannya akan menjerit, terpekik dan terlolong apabila ‘disentuh’ saja tentang soal bahasa dan agama di negara ini.

Bagi aku TS Adenan Satem bukan sahaja berani dan tegas tetapi amat praktikal dalam melaksanakan dasar yang diperlukan bagi kepentingan rakyat Sarawak. “Defending his decision in making English, along with Bahasa Malaysia (BM) as the preferred official language of the state administration, he said it would be unrealistic to expect people in other countries to speak in BM when doing business here. He said this in front of the captains of the industry at the Sarawak Chambers of Commerce and Industry's 64th annual dinner” Malaysian Insider 21 November 2015.

NOW persoal tujuan YaPEIM ke AS

Faiz Zainudin | November 23, 2015

Lawatan yang menelan belanja lebih RM100,000 dianggap tidak relevan dengan fungsinya sebagai badan kebajikan.

jamil-khir-Akmal-Nasir

KUALA LUMPUR:National Oversight and Whistleblowers (NOW) mempersoalkan tindakan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) membelanjakan lebih RM100,000 untuk satu lagi program di luar negara, kali ini membabitkan New York, Amerika Syarikat melibatkan 100 pelajar di sana.

Pengarahnya, Akmal Nasir mempersoal program di New York yang menelan belanja keseluruhan sebanyak RM168,680, sedangkan menurut sumber, hanya 10 pelajar yang menyertai program tersebut.

“Terdapat satu dokumen yang menunjukkan bahawa YaPEIM dikatakan telah terlibat dengan Program Kembara Santun ke New York, Amerika Syarikat bersempena lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia ke Amerika Syarikat.

Lapan Aset Penting Menjadi Milik Warga Asing...negara Komunis pulak tuu..!!

Tahniah Najib, Edra Kini Dijual Kepada China Komunis 
- Lapan Aset Penting Menjadi Milik Warga Asing.
Lihat gambar, ini aset-aset yang berada di bawah Edra Power ;

http://2.bp.blogspot.com/-ggrfCcsVsY0/VlMrsEktMNI/AAAAAAAALz0/5g9B7kNht0Q/s1600/edra%2Bpower.JPG
Sekarang ianya dimiliki oleh sebuah firma dari China. Puak2 UMNO kutuk cina komunis kemain lagi. Sekali 1MDB pujaan korang jual aset penting kepada firma asing dari China yang terang2 pro komunis pula tu. Cerdikkkkkk...

TNB nak mendapatkan hak ke atas Edra tetapi kononnya ada yang bercakap tak wajar jual Edra ke TNB jika TNB tawarkan nilai kurang daripada pembida lain. Hak ala.

1MDB beli tanah-tanah kerajaan pada harga murah, takpe pula?
TNB GLC milik kerajaan.
Daripada jatuh ke tangan firma asing ataupun swasta kan lebih baik berpindah ke atas GLC at least kerajaan ada kawalan ke atasnya?

100% pula tu. Pegangan firma asing tersebut berjaya dapatkan hak 100% pegangan. Tahniah. 5 aset dalam negara lebur dan 8 lagi di luar negara.

PJ PAS Perak hanya berani atas pentas sendiri, bila AMANAH ajak debat beliau tolak..!!

Debat terbuka tidak beri faedah

Debat terbuka tidak beri faedah

IPOH - “Tiada keperluan berdebat,” itu reaksi , Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berhubung cadangan Amanah Parlimen Parit Buntar yang mahu debat terbuka diadakan antara beliau dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagi meleraikan isu pengkhianatan baiah.

Beliau berkata, perdebatan itu bukan sahaja membuang masa malah tidak memberikan faedah dan nilai tambah, khususnya kepada Pas.

“Pas Perak tidak akan melayan sebarang provokasi daripada Amanah. Bagi kita, perdebatan atau perbahasan tidak memberikan apa-apa keuntungan dan hanya memberi kelebihan kepada Umno,” katanya.

Terdahulu, perdebatan itu dicadangkan oleh Amanah Parlimen Parit Buntar selepas melihat beberapa pemimpin Pas Perak menggunakan platform ceramah bagi membidas kredibiliti dan ‘pengkhianatan’ dilakukan Mujahid.

Nasharudin Mat Isa pula tampil membela Hj Hadi menafikan pertemuan bincang UG

Pertemuan 2008 tak bincang isu gabung Pas, Umno

Nasharudin Mat Isa

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menafikan pertemuan antara pimpinan tertinggi Pas dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 membincangkan usaha Pas untuk bergabung dengan Umno melalui kerajaan perpaduan.

Sebaliknya, kata beliau, pertemuan yang turut dihadiri bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tersebut hanya membincangkan maslahat politik Pas dan Umno pada waktu itu,

"Setakat yang saya tahu, perbincangan adalah bagaimana untuk melihat masa depan pakatan politik antara Pas dan Umno ketika itu. Tak pergi lagi kepada peringkat bincang kerajaan perpaduan dan sebagainya.

"Tak ada bincang mengenai kerajaan perpaduan, yang kita bincang ialah bagaimana mencapai atau perbincangan yang berkaitan maslahat politik. Kerajaan perpaduan? Tiada dalam agenda," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas perasmian buku The Middle Path of Moderation in Islam, di sini, hari ini.

Zuhdi - Pakatan Harapan diramal 'berkubur' sebelum PRU14

Mohd Zuhdi Marzuki

SHAH ALAM - Jangka hayat Pakatan Harapan dijangka hanya mampu bertahan menjelang PRU14 susulan parti komponennya masih gagal menguruskan konflik dalaman secara berkesan.

Pusat Penyelidikan Pas (PPP) berkata, Pakatan Harapan juga dijangka tidak dapat bertahan lebih lama berbanding Pakatan Rakyat.

Pengarahnya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, pihaknya tidak menolak pakatan pembangkang itu akan berakhir lebih awal sebelum PRU14.

"Kemungkinan gabungan itu berakhir lebih awal dari PRU 14 juga adalah tinggi, berikutan satu demi satu konflik di kalangan mereka timbul.

"Sehingga hari ini, Pakatan Harapan masih belum mempunyai keputusan bersama terhadap perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) walaupun setelah hampir sebulan dokumen perjanjian tersebut didedahkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Lebih 200 lagi ketua cawangan akan tegur Najib

logo umno

PUCHONG - Lebih 200 lagi cawangan Umno dipercayai akan mengadakan protes kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan diadakan dalam satu majlis khas Jumaat ini.

Pendedahan ini disuarakan Ketua Umno Cawangan Kampung Railway, Mohd Said Amidon.

Mohd Said berkata, perkara ini dijangka akan menjadi satu protes lebih besar kepada Najib.

"Selangor sahaja ada 22 bahagian Umno, sekurang-kurangnya 10 cawangan setiap bahagian akan bersama kami dalam bantahan ini.

"Ramai ketua-ketua cawangan menyatakan persetujuan untuk bersama dalam majlis berkenaan nanti," katanya ketika ditemui semalam.

Beliau ditemui ketika mengadakan sidang media bersama 22 lagi ketua cawangan Umno dalam bahagian Puchong menegur kepimpinan

Bantahan PAS terhaap kenaikan mendadak CUKAI TANAH di KEDAH

BANTAHAN TERHADAP KENAIKAN MENDADAK CUKAI TANAH


1. PAS Kedah merasakan kenaikan cukai tanah yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar dalam Ucapan Bajet 2016 pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini sebagai keterlaluan dan tidak kena pada masanya.

2. Sekalipun Seksyen 101 Kanun Tanah Negara 1965 memberi kuasa kepada pihak berkuasa negeri untuk membuat semakan dan menyelaras semula cukai sewa tanah berkala selepas tempoh sepuluh tahun; tetapi ia tidak bermakna kenaikan menjadi pilihan wajib, apatah lagi kenaikan berlaku secara mendadak.

3. Kenaikan cukai sewa tanah keseluruhan, secara purata adalah sebanyak 72 peratus. Kenaikan itu sangat tinggi dan ianya pasti akan membebankan rakyat. Sepatutnya kenaikan tidak terlalu tinggi dan ia dibuat secara bertahap memandangkan rakyat kini terpaksa menanggung pelbagai kenaikan dalam perbelanjaan harian ekoran pelaksanaan cukai GST.

MBAS ambil alih kutipan caj tempat letak kereta


MBASALOR SETAR - Bermula 28 November ini, perkhidmatan kutipan caj tempat letak kereta di Bandaraya Alor Setar akan diuruskan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Datuk Bandar MBAS, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, semua tempat letak kereta di sekitar bandar raya itu akan diuruskan sendiri oleh MBAS selepas syarikat swasta yang dilantik pada 1 April lalu gagal menjalankan tugas yang diberikan.

"Bagi mengelakkan daripada menanggung lebih banyak hutang, kita telah mengeluarkan notis pemberhentian kepada syarikat berkenaan pada 28 September lalu dan perkhidmatan mereka akan berakhir pada 27 November ini.

"Orang ramai yang masih mempunyai kupon dan menyewa petak tempat letak kereta khas perlu membuat tuntutan daripada syarikat berkenaan kerana MBAS tidak bertanggungjawab untuk proses ganti rugi," katanya kepada pemberita di Pejabat MBAS hari ini.

Mat Noh berkata, semua ejen yang mengendalikan tempat letak kereta di bawah syarikat berkenaan hanya sah sehingga 27 November ini dan MBAS akan mengambil alih tugas berkenaan bermula 28 November ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...