TERKINI :

Thursday, November 19, 2015

Gempar : Benarkah Ada Usaha Gulingkan Tuan Guru Presiden PAS oleh Mustafa Ali..??

GEMPAR : USAHA GULINGKAN TUAN GURU PRESIDEN PAS OLEH MUSTAFA ALI


Dato Mustafa Ali tengah memainkan peranan aktif sekarang untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden PAS. Kononnya dia bertindak berdasarkan banyaknya aduan yang diterima daripada segenap peringkat khususnya dari beberapa pemimpin kanan PAS tentang gelagat Tuan Guru Presiden yang kononnya merugikan parti.

Tidak mengejutkan jika perancangan sulit ini turut melibatkan kerjasama jitu seorang bekas pimpinan Pusat dari Kelantan yang sekarang ini semakin gila menghentam kepimpinan Tuan Guru Presiden yang amat kita kasihi.

Seumpama bermain badminton, ia memerlukan regu untuk memastikan permainan dapat berlangsung dengan baik. Satu pihak melambung bola, satu pihak smash. Ia sinonim dengan apa yang berlaku antara Dato Mustafa Ali dengan Bekas Pimpinan Pusat dari Kelantan ini. Bukan susah untuk faham game mereka ini, satu pihak lambung dari dalam, satu pihak smash dari luar.

Ia bukti yang jelas, nyata,terang lagi bersuluh betapa wujudnya "sparing partner" ini apabila melalui ucapan bekas pimpinan pusat ini dalam kes MB Selangor mendedahkan perbuatan cilik Mustafa Ali atau lebih dikenali sebagai Cikgu Pa mengugut presiden untuk meletakkan jawatan , satu perbuatan yang sungguh biadap!

Umno Siasat Dalang Mahu Najib Letak Jawatan


KUALA LUMPUR: Umno sedang menjalankan siasatan bagi mengesan ‘dalang’ di peringkat cawangan yang menggesa supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melatakkan jawatan.Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, gesaan yang kononnya datang dari pemimpin akar umbi peringkat cawangan itu sebagai usaha untuk melemahkan parti.

"Kita akan siasat dan lihat masalah dalang-dalang yang ingin melemahkan parti yang sedang utuh dan kuat.

"Kita tiada masalah. Kita ada lebih kurang 25,000 cawangan. 30 cawangan ini pun kita tidak tahu siapa dan cawangan-cawangannya. Inilah masalah ada orang yang cuba menjadi dalang mengeruhkan keadaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Rabu.

Tengku Adnan yang juga dikenali sebagai Ku Nan berkata demikian sebagai mengulas tindakan sekumpulan pemimpin akar umbi Umno yang mendakwa mewakili 20 cawangan Umno di Sepang, memohon Najib meletak jawatan.

Jurucakap kumpulan itu, Rushdan Mohamed berkata Najib perlu meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno kerana skandal berpanjangan yang melanda dirinya telah menjadikan beliau sebagai liabiliti.

Ahli UMNO desak Najib berundur bukan kumpulan pro-Muhyiddin

Faiz Zainudin | November 19, 2015

Kumpulan itu juga tidak mewakili majoriti akar umbi UMNO Bahagian Sepang tetapi lebih kepada memenuhi kehendak individu.

123

SEPANG: UMNO Bahagian Sepang menafikan kumpulan yang mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletak jawatan Perdana Menteri dan Presiden parti adalah kumpulan pro-Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Bahagiannya, Datuk Marsum Paing berkata, desakan itu juga bukan menggambarkan kehendak akar umbi ahli UMNO Bahagian itu tetapi lebih kepada kehendak peribadi.

Katanya, beliau telah menerima aduan daripada ahli UMNO lain yang tidak berpuashati dengan tindakan kumpulan itu yang diketuai Rusdan Mohamad.

“Kumpulan tersebut tidak mewakili keseluruhan UMNO Bahagian sebaliknya bersifat individu.

“Saya telah menerima maklum balas daripada beberapa kepimpinan peringkat cawangan yang dilibatkan menyatakan rasa kesal dan kecewa terhadap tindakan yang dibuat oleh saudara Rushdan,” katanya pada sidang media pada Khamis.

Apabila menteri gila saman, sampai kes telur penyu ajapun..itupun dia nak saman..!!

TELUR PENYU SAJA PUN, KENAPA BERANG SAMPAI MAHU SAMAN-MENYAMAN?

 
Jika saman Najib Razak terhadap akhbar perniagaan The Wall Street Journal atau WSJ yang dijanjikan pada hari Selasa tidak diketahui bila akan menjadi kenyataan, nampaknya hari ini, Khamis boleh dianggap hari saman-menyaman bagi dua orang menteri.

Pertama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom akhirnya menunaikan janjinya untuk mengemukakan saman terhadap Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan atau NOW, Akmal Nasir berhubung dakwaan penyalahgunaan dana anak-anak yatim YaPEIM untuk lawatannya ke Amerika Syarikat.

Beliau mengemukakan saman fitnah dan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta.

Yang kedua, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob yang berang dengan penyebaran gambar-gambarnya bersama  hidangan telur penyu di media sosial, mengancam unntuk mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

Ketika sekeping gambarnya  bersama hidangan telur penyu tersebar luas minggu lalu, beliau menafikan turut memakan hidangan terlarang itu atas alasan kandungan kolesterolnya yang tinggi.

Katanya, beliau bukan saja menjauhi makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi, bahkan sentiasa memakan ubat penahannya berikutan kandungan bahan itu sudah sedia tinggi dalam badannya.

ADUN tunggal PAS masih mengaku beliau sebahagian Kerajaan PAKATAN HARAPAN P/PINANG

Saya masih sebahagian pentadbiran Pulau Pinang, kata wakil tunggal PAS
Datuk Mohd Salleh Man menegaskan beliau masih sebahagian daripada pentadbiran di Pulau Pinang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 November, 2015. 
Wakil rakyat tunggal PAS dalam dewan perundangan Pulau Pinang menegaskan beliau masih sebahagian pentadbiran negeri walaupun setiausaha agung parti itu mengisytiharkan ia kini di pihak pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man berkata, beliau baru sahaja membaca berita mengenai kenyataan setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan apabila pemberita menyerbu beliau di DUN Pulau Pinang bertanyakan hal itu.

Beliau berkata, Takiyuddin hanya mengumumkan parti itu kini pembangkang di Pulau Pinang tetapi tidak berkata apa-apa tentang wakil rakyatnya.

"Beliau tidak kata wakil rakyat pun sama. Beliau hanya menyebut parti. Ia tak sama," kata Salleh.

Ditekan pemberita untuk mendapatkan menjelaskan, beliau berkata, "Bagaimana pula dengan keadaan di Selangor?"

PAS larang debat Mustafa-Husam diadakan

PAS larang debat walau Mustafa-Husam bersedia

Walaupun Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali dan ADUN Salor Datuk Husam Musa bersedia untuk berdebat, namun hasrat mereka untuk berbuat demikian tidak kesampaian.

Ini kerana, Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS melarang sebarang debat atau dialog yang dibuat di luar parti.

"Kita tak mahu sebarang debat dan dialog di luar parti. Kita tidak akan benarkan mana-mana pihak menganjurkan debat antara mereka.

"Ini adalah arahan gag order yang dikenakan kepada semua melibatkan pimpinan termasuk Husam, Mustafa Ali dan penganjur," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

PAS isytihar jadi pembangkang di Pulau Pinang

PAS hari ini mengisytiharkan parti itu sebagai pembangkang di Pulau Pinang.

Langkah itu diambil susulan hampir 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) daripada PAS dipecat di negeri itu.

Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah kerajaan Pakatan Harapan itu tidak memberikan manfaat kerana mungkin tiada pengganti bagi membolehkan kelangsungan perkhidmatan kepada rakyat.

Takiyuddin juga berkata tidak dapat dinafikan bahawa PAS bersama Pakatan Rakyat sebelum ini turut menyumbang ke arah kemenangan DAP di negeri itu walaupun hanya mempunyai sebuah kerusi dewan negeri.

Dengan apa yang berlaku sekarang, kata Takiyuddin, PAS akan bertindak sebagai pembangkang di negeri Pulau Mutiara itu.

Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen,

Peguam Khairuddin saran TPM, IGP minta maaf

Timbalan perdana menteri (TPM), ketua polis (IGP) dan peguam negara (AG) patut meminta maaf kepada bekas pemimpin akar umbi Umno Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang, kata peguam Hanif Khatri Abdullah.

Hanif mewakili Khairuddin dan Chang, peguam dan bekas pembantu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hanif berkata memohon maaf adalah pilihan terbaik memandangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan pertuduhan pada mereka bawah Seksyen 124L Kanun Keselamatan tidak tertakluk bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.

“IGP panggil mereka pengganas dan TPM kata penggunaan Sosma pada mereka berdua sebagai tindakan tepat.

“(AG Tan Sri) Apandi (Ali) semasa pengurusan kes berkata penggunaan Sosma adalah wajar,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan tuduhan mensabotaj perkhidmatan kewangan bukan bawah Sosma dan hakim memerintahkan Khairuddin dan Chang dibicarakan di Mahkamah Sesyen.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin memutuskan bahawa perkhidmatan kewangan tidak termasuk bawah Perkara 149 (1) Perlembagaan Persekutuan, yang mana undang-undang Sosma digubal oleh parlimen.

Khairuddin dan Chang sebelum ini ditahan selepas membuat laporan polis di pelbagai negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat, berkaitan isu 1MDB.

Jamil Khir fail saman fitnah terhadap NOW

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bahrom memfailkan saman fitnah terhadap Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) berhubung dakwaannya mengenai penyalahgunaan dana untuk anak yatim

Jamil bernama Pengarah NOW, Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebagai defendan.

Peguamnya, Adnan Seman @ Abdullah berkata walaupun pernyataan tuntutan tidak menetapkan jumlahnya, tetapi anak guamnya menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta.

'Ketua Umno Cawangan Gesa lebih ramai Ketua Umno tolak Najib'

'Gesa lebih ramai Ketua Umno tolak Najib'

KAJANG - Ketua Umno Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed menggesa agar lebih ramai ketua cawangan Umno 'menyertainya' untuk meminta Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletakkan jawatan serta-merta.

Rushdan berkata, sekiranya mereka (ketua-ketua cawangan Umno) tidak bertindak segera (meminta Najib melepaskan jawatan) maka berkemungkinan Umno akan ditolak dalam pilihan raya akan datang.

"Saya menyerulah kepada ahli-ahli Umno dan ketua-ketua cawangan Umno seluruh negara supaya kita lebih sayangkan parti berbandingkan kita sayang seorang pemimpin.

"Sebab bagi saya kalau kita ada duit berbilion pun tetapi kalau kita ditolak oleh rakyat dalam PRU14 sudah pasti tidak ada guna lagi. Sebagai contoh di Kelantan berpuluh tahun kita tidak dapat kembalikan ke tangan kita, Selangor pula sudah dua penggal bukan makin elok tapi makin teruk.

Pemuda AMANAH - Batalkan AES yang bakal beban rakyat

Oleh Faiz Fadzil


Walaupun AES dilaksanakan bertujuan mengawal had laju kenderaan dan pelanggaran lampu isyarat melalui tangkapan gambar kamera yang dipasang di laluan tertentu bagi mengurangkan kemalangan jalanraya, namun ia bukanlah mekanisma yang paling berkesan bagi mengatasi masalah ini.

AES dilihat lebih kepada langkah kerajaan mendapat hasil daripada rakyat melalui pengisuan saman kepada pesalah trafik.

Pelaksanaan AES yang bermula pada 2012 yang melibatkan pengisuan 2.14 juta saman, tetapi dihentikan selepas tentangan rakyat dan komplikasi beberapa isu ketidakpatuhan undang-undang yang berkaitan.

AES juga dilihat sebagai langkah penswastaan agensi kerajaan yang menguntungkan golongan korporat kapitalis.

Walaupun penguatkuasaan AES dilaksanakan oleh Jabatan Pengangukatan Jalan, namun kerajaan perlu membayar RM16 bagi setiap saman yang dikeluarkan sebagai fi perkhidmatan (control service fee) kepada syarikat penyedia perkhidmatan.

Umno tidak wajar tolak pinangan PAS

Oleh Wan Ji Wan Hussin

Jika benar PAS gabung dengan Umno, ia sejarah berulang kembali yang menarik untuk direnungi. Namun, gabungan PAS dan Umno pada kali ini tidak boleh disamakan dengan sejarah dulu. Ini kerana, Umno dulu tidak sokong cadangan hudud PAS, sedangkan pada kali ini, pimpinan Umno sendiri yang mencadangkan “hudud” dibawa PAS ke parlimen.

Mufti Perlis menyatakan perbezaan PAS dan Umno sudah tidak ketara lagi, malahan kesamaan antara keduanya amat banyak sekali.

Dari sudut pandang ramai pula, kelihatan dalam banyak isu yang melibatkan negara, ternyata PAS lebih ramah dengan Umno/BN, dan agak marah-marah dengan kalangan yang memusuhi Umno/BN.

Di awal terbinanya kerajaan Pakatan Rakyat antara PAS, PKR dan DAP, kelihatan Umno saja selalu menyebarkan propaganda kononnya DAP anti Islam dan anti melayu. Namun kini, propaganda yang sama dilaksanakan sebilangan besar pendokong dan sebilangan pemimpin PAS.

Asyraf Wajidi MB baru Kelantan?

Oleh Subky Latif

SAYA tidak fikir parti pimpinan Mat Sabu mampu mengambil kuasa Kelantan daripada PAS dalam PRU yang datang. Tetapi yang sudah menunggu lama bagi menggantikan kuasa PAS itu ialah Umno. Ia ada persiapan dan ada persediaan.

Apakah Umno mampu melucutkan pengaruh dan kuasa PAS dalam suasana Umno pada keseluruhannya sangat uzur di bawah Najib? Harapan BN untuk mempertahankan Putrajaya payah diramalkan, maka masakan mudah baginya untuk menafikan kekuatan PAS yang di negerinya paling berpengaruh.

Tetapi Umno Kelantan bukanlah kerana ia lebih daripada Umno keseluruhannya. Cuma sekarang ia ada Dr. Asyraf Wajidi Dasuki yang boleh dikira calon MB-nya yang paling baik sejak kekalahan Umno tahun 1990.

Tidak pernah Umno sejak era Almarhum Tan Sri Mohamad Yaakub tahun 1990 dulu ia ada calon Menteri Besar yang terbaik dibanding dengan sekarang justeru munculnya Dr. Asyraf. Jika dulu Umno sendiri pun tidak tertarik dengan calon-calon MB-nya, maka bagaimana ia hendak menarik orang yang bukan Umno.

Tetapi kini ia ada Dr. Asyraf, seorang yang ada potensi menjadi pemimpin kiranya dia berada dalam parti yang betul.

Duduk bersama tak bererti Pas, Umno akan bersatu - Ketua Penerangan Pas Pusat

Nasrudin Hassan

KUALA LUMPUR - Pas tiada keperluan untuk bersatu dengan Umno, bagaimanapun tidak menolak kepentingan kerjasama dan perbincangan bersama Umno.

Demikian ujar Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan ketika ditemui media di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Menurut beliau, adalah penting bagi kedua parti tersebut untuk bekerjasama demi kepentingan rakyat dan kepentingan negara.

Nasruddin berkata, ia perkara biasa dan tidak perlu diperbesarkan kerana perkara tersebut berlaku dalam semua parti.

"Sebagai contoh, jika mahu laksanakan pembangunan ke atas Pulau Pinang, DAP akan bertemu dengan PKR, dengan Najib (Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak) dan pimpinan kerajaan," katanya.

Penjelasan Yapeim tidak bermakna bagi rakyat



KUALA LUMPUR - Penjelasan yang diberikan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) berhubung dana yang digunakan menteri tidak akan meredakan kemarahan rakyat.

Ini kerana, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (Now), Rafizi Ramli persoalan sekarang bukan dari mana wang itu datang sebaliknya ke mana dana itu dibelanjakan.

Kata Rafizi lagi, sebagai salah sebuah yayasan kebajikan orang miskin, Yapeim mesti sentiasa mengambil pendekatan yang betul.

Menurutnya lagi, setiap sen yang disumbangkan oleh orang ramai seharusnya disalur terus kepada orang miskin sebelum dibelanjakan oleh Yapeim sendiri.

Ditanya mengenai tindakan saman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Rafizi berkata, itu merupakan hak Jamil Khir untuk mengambil tindakan undang-undang.

Buka tender baiki insinerator di Langkawi

Langkawi

ALOR SETAR - Kerajaan membuat tender terbuka untuk membaiki dan menguruskan loji pelupusan sampah (insinerator) di Pulau Langkawi yang kini mengalami kerosakan teknikal.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, insinerator terletak di Kampung Belanga Pechah, Kuah mula beroperasi pertengahan 2012 dan dihentikan enam bulan kemudian disebabkan masalah teknikal.

Beliau berkata, insinerator itu dibina oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan namun akibat beberapa masalah teknikal, ia terpaksa dihentikan.

"Kementerian itu sudah buka tender kepada syarikat yang mampu meneruskan operasinya," katanya ketika menjawab soalan lisan Nor Saidi Nanyan (BN-Kuah).

Menurutnya, masalah itu cuba diselesaikan segera bagi mengatasi masalah sampah dan mengekalkan kebersihan di sana sebagai tempat pelancongan.

"Kita sedar proses menguruskan sampah di Langkawi amat penting dan berharap insinerator itu dapat beroperasi semula secepat mungkin," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...