TERKINI :

Wednesday, November 18, 2015

PAS perlu jadi jantan, hentikan politik ‘geli-geli’

– Zasyaf Ishak


Memang tidak banyak yang diharapkan dalam strategi pembangkang untuk tidak meluluskan Bajet 2016.

Berdasarkan kiraan mana sekalipun, nampak jelas niat untuk memalukan Perdana Menteri tidak boleh berlaku dengan mudah.

Ini Malaysia.

Politik kita bukan terkenal dengan integriti dan maruah.

Tetapi apa yang lebih mengecewakan adalah pendirian politik parti berteraskan Islam, berkepimpinan ulama, juga mengambil pendirian yang cacamarba dan tidak matang.

Politik yang boleh diterangkan dengan mudah dengan budaya “geli-geli” orang muda; sangat memualkan.

Atas dasar apa, PAS sebagai sebuah parti yang berpengalaman dan lama berada dalam politik Malaysia, mengambil pendirian “berkecuali” dan tidak bersama menentang Bajet 2016?

Ini strategi politik jenis apa?

PAS takdak pilihan melainkan terpaksa pecat Husam.


Malaysiakini melaporkan:
Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa menegaskan beliau sama sekali tidak akan keluar daripada perjuangan parti itu.

Menjawab pertanyaan di program dialog “Demo Tanya Ambo Jawab” di Kota Bharu hari ini, Husam berkata, tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk mengarahkan beliau supaya keluar PAS.

Husam yang juga ADUN Salor berkata, Dewan Ulama PAS juga tidak mempunyai hak untuk menyuruh beliau berbuat demikian. - Mkini.
Nampak gayanya Husam pilih untuk terus kekal nak jadi gunting dalam lipatan walaupun ramai nampak jelas dia macam mempelam harumanis.  Hj Husam juga dilaporkan:
"Demo sapo, kawe sapo? (kamu siapa, saya siapa) Ijtihad saya masih pilih duduk di dalam 'kapal' sebab kapal belum karam.

"Ketua Dewan Ulama PAS sama taraf dengan saya, PAS bukan milik dewan Ulama, bukan juga milik saya‎," kata Husam.

Mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfozd Mohamed, Husam mempersoalkan atas alasan apa beliau perlu keluar daripada perjuangan parti itu. - Ibid.
Nampak gayanya PAS takdak pilihan melainkan kena pecat jugak Husam. Sampai tara tu dia belasah Ketua Dewan Ulama. Takkan nak biar husam terus jadi gunting dalam lipatan macam ni.

Terbukti Hari Ini di Parlimen, Hudud Hanya Mainan Ulama PAS Sahaja!!!!!

TULANG BESI

 

Pada 28hb April 2014, Jamil Khir berkata Kerajaan Pusat tidak akan menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan.

Hari ini, setelah didesak oleh Mahfuz Omar, Jamil Khir yang sama mengaku tidak berhasrat dan berusaha untuk membawa Ruu Syariah ini.

Dari tarikh 28 April 2014 sehingga hari ini telah berlaku beberapa peristiwa besar akibat hudud ini:

1) Pecahnya Pakatan Rakyat

2) Pecahnya PAS

Ulama2 dlm PAS sanggup melihat hancur lebur Pakatan Rakyat serta PAS hanya kerana pembohongan UMNO dan Najib.

Yang penting jawatang mereka dlm parti terjaga dan org2 yg mereka benci dihalau dari parti melalui Chai mereka [LINK - DEwan Ulamak Salah Guna PAGE FB edar nama Chai]

Islam dah jadi alat untuk mengejar dunia dalam PAS sekarang ni.

Tudia..!!! Tidak bayar Zakat melalui kerajaan 'BERDOSA'

PPZ: Berdosa tak bayar zakat melalui kerajaan


Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Datuk Che Mat Che Ali menegur tindakan pihak yang tidak membayar zakat melalui pusat zakat yang disediakan kerajaan.

Che Mat berkata, walaupun tindakan sesetengah pihak membayar zakat terus kepada institusi tertentu, namun ia dianggap "berdosa" kerana tidak membayar kepada kerajaan memerintah.

Bagi mengukuhkan hujahnya, beliau turut membacakan sepotong ayat al-Quran yang menyeru umat Islam supaya taat kepada Allah, Rasul dan pemerintah.

"Seperti yang Majlis Fatwa Kebangsaan tahun 2006 sebut... kena bayar kepada pemerintah. Tapi ada mereka yang bayar macam ini (tidak kepada pusat zakat) hukumnya sah tetapi berdosa.

"Sebab ini kerajaan. Kalau bayar secara terus, nanti orang yang kita rasa nak bayar, ramai yang bayar di situ sedangkan kalau melalui sistem agihan Baitulmal, kita ada data siapa yang betul-betul orang yang layak atau tidak," katanya.

PAC mengaum tapi tiada gigi

tony-pua_pac_600
KUALA LUMPUR: Kuasa dan pengaruh yang ada pada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) amat mengecewakan di mana segala siasatan yang dilakukan oleh PAC tidak diambil serius oleh pihak kerajaan.

Anggota PAC, Tony Pua berkata, badan itu tidak mempunyai sebarang hak untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan atau kegiatan salah laku pihak yang telah disiasat.

“PAC hanya berhak memanggil, menyoal dan menyiasat badan-badan atau kementerian-kementerian yang didapati terlibat dalam rasuah, itu sahaja.

“Kita boleh siasat tetapi tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan. PAC hanya menghulurkan laporan siasatan kepada Parlimen dengan harapan ia diberikan kepada kementerian,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.

Episode Isu "CARI MAKAN" Pengerusi PAC..akhirnya macam makan diri..!!!

Saya nak cari makan juga, kata pengerusi PAC


Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata, badan itu tidak perlu memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberi keterangan berhubung isu 1MDB.

"Tak perlu," kata Ahli Parlimen Rompin itu apabila ditanya media mengenai langkah selanjutnya yang diambil PAC menyiasat kes syarikat tajaan kerajaan itu.

Apabila diasak lebih lanjut, Hassan berkata: "Janganla, saya pun nak cari makan juga."

Kenyataan itu dibuat apabila beliau dimaklumkan Pengerusi PAC terdahulu Datuk Nur Jazlan Mohamed mengakui mungkin memanggil Najib membantu siasatan isu 1MDB jika dirasakan perlu.

Dalam kenyataan media selepas itu, Hasan berkata terdapat salah faham terhadap penggunaan “ayat cari makan” dalam sidang medianya hari ini.

Aduhai PAC..boleh pula jawab kata tak perlu panggil Najib & Jho Low untuk siasat 1MDB

Tiada keperluan panggil Najib, Jho Low untuk siasatan 1MDB- PAC
Adam Abu Bakar | November 18, 2015

Kenyataan Hasan Ariffin itu bercanggah dengan kenyataan yang dibuat bekas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini.

hassan-ariffin,najib-razak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu dipanggil untuk disiasat dalam skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tidak perlu pada masa ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin di Parlimen pada Rabu.

Ahli Parlimen Rompin itu berkata, jutawan Low Taek Jho (Jho Low) juga tidak akan dipanggil memandangkan nama jutawan itu tidak ada dalam skop siasatan PAC.

“Kita kena tengok terlebih dahulu kerangka kerja sama ada dia perlu dipanggil atau tidak dalam isu ini (1MDB). Sehingga kini, pihak polis sendiri tidak tahu di mana dia berada,” katanya.

Kenyataan Hasan mengenai keperluan Najib dipanggil untuk disiasat itu bercanggah dengan kenyataan yang dibuat bekas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini.

'Ahli PAS dalam JKKK kena pecat bukan letak jawatan'

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk berkata hari ini menjelaskan bahawa ahli PAS yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) yang baru-baru ini melepaskan jawatan mereka sebenarnya dipecat.

Katanya, JKKK dari kawasan pilihan raya yang ditandingi oleh PAS ditamatkan perkhidmatan mereka bulan lalu dan diminta mengosongkan jawatan masing-masing.

Beliau berkata hanya pengerusi dan setiausaha JKKK yang dipegang oleh ahli PAS diminta supaya berundur.

"Jawatan mereka akan digantikan dengan ahli Parti Amanah Negara (AMANAH)," kata Rashid.

Rashid berkata langkah itu dibuat selepas kerajaan negeri mengumumkan ia kini diterajui oleh kerajaan Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan AMANAH.

Bakpe jadi gitu Ustaz...pakat malu-malu kucing habih...?

Oleh Ahmad Firdaus Mohd


Duk teringat tahun 2013. Teruja boh pertama kali buleh ngundi pilihan raya. Daripada skoloh lagi dok sabor nok ngundi.Waktu tu hangat dengan isu lembu duduk kondo. Memang penuh harapanlah harap-harap dengan ngundi boleh uboh Malaysia tercinta ni.

Waktu tu tiga orang tanding rebut kerusi P39 Parlimen Dungun, Wan Hassan (PAS), Datuk Rosli Mat Hassan (Umno) dan Mazlan Harun (Bebas).

Memang soheh doh ngundi Wan Hassan. Sebabnya Umno teruk ngat duk bahang pitih rakyat sokmo.

Pasti doh dengan ngundi Wan Hassan kalau dokleh uboh Malaysia pn, paling kurang boleh lawan Umno kat parlimen.

Tahun 2015, Umno-BN masih memerintoh. Penyelewengan koho parok.

Isu 1MDB, RM2.6 billion, duit Mara, skandal dana anok yatim dan orang miskin (isu YaPIEM) dan banyok lagi.

Pas yakin ganti UMNO pada PRU14

Khairuddin,pas-umno
PETALING JAYA: Pas yakin pengundi Melayu akan memberi sokongan kepada parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi menggantikan UMNO.

Perkara itu ditegaskan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri apabila parti itu tidak menyertai Pakatan Harapan dan memilih untuk bergerak secara bersendirian menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, DAP dan PKR telah berjaya menarik sokongan pengundi Cina, maka Pas perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan undi Melayu dengan slogan ‘Pas ganti UMNO’.

“Dengan Pas bergerak sendirian, orang Melayu Islam boleh beralih kepada Pas. Begitu juga Cina dan India yang tidak bersetuju dengan pendekatan DAP boleh beralih undi kepada Pas.

Kepada MP DAP Kepong..kamu tidak payah beralasan, jika dah ponteng tu cakap ajalah ponteng..!!

Wakil tunggal DAP yang gagal hadir di parlimen ketika undian Bajet 2016 dibuat pada Isnin lalu, Tan Seng Giaw (Kepong) memberitahu dia terlepas sesi itu kerana terleka menonton televisyen yang menyiarkan laporan lintas langsung mengenai serangan pengganas di Paris.

Kata ahli parlimen veteran itu, akibat laporan lintas langsung itu dia tersilap membuat perkiraan mengenai masa undian.

"Saya terlambat. Saya pergi selepas menerima satu panggilan telefon," katanya.

Apabila tiba di parlimen, Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat (PAS) memberitahu proses undian sudah berlangsung.

Kata Tan, dia tidak berniat untuk melepaskan proses undian itu dan mengakui ia sangat penting kepadanya.

'Kejayaan memihak saya dalam isu k'jaan perpaduan' - Husam


ADUN PAS Datuk Husam Musa percaya kebenaran memihak kepadanya selepas Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar beliau melafazkan sumpah talak untuk membuktikan dakwaannya.

Husam mendakwa Hadi mahu bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan di Selangor sewaktu krisis menteri besar tahun lalu dan bersedia menceraikan isterinya jika dakwaan beliau benar.

Dalam kenyataannya hari ini, bekas exco kanan kerajaan Kelantan itu memberikan anologi perlawanan gusti yang memerlukan dua pihak yang terlibat.

"Cabaran TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) agar saya bersumpah 'solo', saya kira adalah petanda kejayaan saya.

"Kalau gusti sebagai analogi, jika lawan sudah meminta pesaingnya bergusti seorang diri, fahamlah penonton apa konsekuennya," katanya.

Khairuddin, Mathias tiada kesalahan keselamatan, bebas diikat jamin

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/KHAIRUDDIN_ABU_HASSAN_MATTHIAS_CHANG_COURT_121015_TMINAJJUA_04.jpg
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan pertuduhan yang dihadapi bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang kerana mensabotaj ekonomi Malaysia, bukan satu kesalahan keselamatan.

"Oleh itu, prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak boleh digunakan ke atas mereka," kata Hakim Datuk Mohd Azman Husin dalam membenarkan permohonan mereka berdua.

Beliau membebaskan mereka dengan ikat jamin RM10,000 dan juga mengarahkan perbicaraan bermula di Mahkamah Sesyen.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang turut hadir di mahkamah pagi ini bagi memberi sokongan kepada bekas setiausaha politiknya dan Khairuddin berkata, sejak awal beliau menegaskan kesalahan itu tidak timbul dan penggunaan Sosma tidak betul.

"Saya sangat gembira kerana saya memang fikir tidak ada kes. Saya selalu fikir tidak ada kes di bawah undang-undang (Sosma) itu. Keadilan kini terlaksana," katanya kepada pemberita.

Gaji Shahrizat sebagai penasihat PM lagi tinggi dari gaji Najib


DAP hari ini mempersoalkan rasional di sebalik tindakan Putrajaya membayar gaji yang lebih tinggi kepada penasihat khas kerajaan, berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, dalam bajet terkini di bawah Jabatan Perdana Menteri, gaji Penasihat Khas Hal Ehwal Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melebihi RM27,000 sebulan.

Begitu juga gaji Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan di Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Ini lebih tinggi daripada gaji Najib RM22,826 sebulan, kata Liew.

"Mengapa gaji mereka lebih tinggi daripada PM?" soalnya. – 18 November, 2015.

PERKASA pula lontar 2 soalan buat Jamil Khir



Biro Pemantauan dan Integriti (BPI) PERKASA ingin mengajukan satu cadangan dan dua soalan kepada Datuk Seri Jamil Khir, menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

BPI berpandangan secara tegas dan wajib Dato Seri Jamil saman saja Akmal Nasir dengan segera.

Tidak perlu menunggu untuk Akmal Nasir membuat permohonan maaf.

Bila ada pembicaraan di mahkamah nanti, maka rakyat akan tahu kebenarannya.

Jika Akmal Nasir berani bercakap, maka semestinya beliau juga mesti berani untuk menanggung akibatnya.

Berani buat berani pikul.

TPM suruh tangkap "BARUA" tu, tapi IGP kata biarkan 'BERUK' itu


Alvin Tan terus mencetuskan kontroversi demi kontroversi dan posting terbarunya dianggap keterlaluan dan melampaui batasan agama dan budaya negara ini.

Penulis blog yang melarikan diri di Amerika Syarikat itu, baru-baru ini menghina Islam dengan memuat naik gambar dengan tatu bertulis kalimah Allah di paha kirinya sambil membuang air besar dan membaca al-Quran.

Berikutan kemarahan dan aduan orang ramai, Facebook telah menutup akaunnya,

Ada yang mendakwa telatah itu adalah satu percubaannya untuk mendapatkan suaka politik berdasarkan maklum balas negatif dan ancaman ke atas dirinya.

Bagi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta orang ramai untuk tidak terus menviralkan perbuatan Tan.

PAS Kepala Batas umum tarik diri pegang jawatan JKKK


PAS Kepala Batas mengumumkan menarik diri daripada memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kawasan Parlimen itu berkuat kuasa serta-merta.

Yang Dipertuanya, Bukhori Ghazali berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti beberapa sebab, antaranya PAS bukan lagi dalam kepimpinan kerajaan Pulau Pinang selepas Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan Pulau Pinang sebagai Kerajaan Pakatan Harapan, lapor Bernama.

Beliau mendakwa Lim juga dengan sesuka hati mengambil tindakan tidak sewajarnya terhadap rakan yang selama ini beralah dalam banyak perkara.

"PAS tidak sewajarnya dilihat masih melukut di tepi gantang, mana mungkin JKKK dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang PAS bertanding boleh berkhidmat di bawah DAP yang memantau dan menyelaras segala urusan JKKK, dan pada masa sama meminta pimpinan PAS kawasan menolak kepimpinan ulama," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kepala Batas malam tadi

Lepaskan jawatan: Umno bukan 'milik' Najib

Lepaskan jawatan, Umno bukan milik Najib
KAJANG - Selepas 13 Umno cawangan Teluk Kemang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya Oktober lalu, semalam Umno Sepang pula tambil membuat perkara sama menentang kepimpinan parti.

Kumpulan yang disertai sembilan wakil dalam bahagian Sepang itu berkata, ahli Umno perlu mempertahankan parti keramat itu, bukannya individu tertentu.

Ketua Umno Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed berkata, Umno bukan milik peribadi Datuk Seri Najib, dan mereka berharap perkara yang membimbangkan sekarang diselesaikan segera sebelum Umno dan BN ditolak dalam PRU14 akan datang.

"Saya tak nampak hari ini apaila bersama akar umbi, bersama pengundi bahawa Umno dan BN akan dipilih sekali lagi.

Corat-Coret Berkenaan Bajet Negeri Kedah 2016

SEDIKIT ULASAN BAJET KEDAH 2016


1) Seperti biasa, ucapan bajet memperihalkan pembangunan negeri yang sangat hebat. Apapun ianya cuma satu strategi mengaburi mata rakyat. Senarai kehebatan tersebut semuanya projek Kerajaan Persekutuan, bukannya Negeri. Antaranya ialah Maktab Rendah Sains Mara di Sik, Sekolah berasrama penuh di Pendang, Hospital Daerah Pendang, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Muda, Sungai Anak Bukit dan Sungai Kerian.

2) Dalam Bajet 2015 tahun lalu, Kerajaan Negeri mensasarkan unjuran hasil sebanyak RM743.65 juta. Hasil yang berjaya dikutip sehingga November 2015 hanyalah RM344.09; kira-kira 46 peratus sahaja.

3) Bagi tanah yang diluluskan kepada Kerajaan Persekutuan, RM68.2 juta belum dapat dikutip. Bayaran premium tanah yang tidak dapat dikutip dari pemaju berjumlah RM145.32 juta. Bayaran premium dari Felcra Berhad juga gagal dikutip berjumlah RM19 juta. Nampaknya banyak yang gagal.

4) Mungkin kerana pengalaman kegagalan tersebut, sasaran hasil untuk 2016 turun; dari RM743.65 juta kepada RM721.62 juta. Pesimis sungguh kerajaan BN Kedah, sepatutnya hasil semakin meningkat tetapi berlaku sebaliknya.

Salahuddin: Ada yang iri hati kejayaan Amanah

Salahuddin Ayub

SHAH ALAM - Perkembangan pesat Parti Amanah Negara (Amanah) yang mendapat perhatian masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah pencapaian yang boleh dibanggakan walaupun baru berusia hanya dua bulan, kata Timbalannya Salahuddin Ayub.

Salahuddin berkata, selain itu pemimpin- pemimpin kanan Amanah telah diberikan penghargaan menyertai pelbagai forum sama ada diperingkat nasional mahupun antarabangsa.

‎"Perkara ini membuktikan bahawa Amanah telah diiktiraf sebagai sebuah entiti politik yang penting.

"Di samping itu, pihak sekretariat pula sedang bekerja keras memproses permohonan keahlian yang telah mencapai 50 ribu disamping menunggu 150 ribu borang keahlian yang telah diedarkan ke seluruh negara. Hasrat untuk Amanah mencapai 100 ribu ahli sebelum akhir tahun ini akan menjadi kenyataan insya-ALLAH," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kerajaan Negeri Kedah diminta kaji semula semakan kadar cukai sewa tanah yang naik sampai 300%

Kaji semula semakan kadar cukai
ALOR SETAR - Kerajaan negeri diminta mengkaji semula semakan kadar cukai sewa tanah yang mula berkuatkuasa awal tahun hadapan agar tidak membebankan penduduk berpendapatan rendah.

Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, langkah itu dijangka meningkatkan hasil kerajaan negeri kepada RM215 juta berbanding tahun ini hanya RM112 juta.

Beliau berkata, beberapa kategori seperti rumah kos rendah dan keluasan tanah kecil turut mengalami kenaikan agak tinggi.

"Kita buat andaian sebuah rumah dalam bandar dengan keluasan tanah 10,000 kaki perseg. Jika dahulu kadar cukai RM150 dan selepas ini menjadi RM350 lebih 100 peratus kenaikan.

"Begitu juga rumah berkembar dengan keluasan 3200 kaki persegi. Kadar lama RM80 dan meningkat kepada RM112," katanya kepada media selepas sidang Dun Kedah, di sini hari ini.

Menurutnya, bagi kawasan industri sederhana di Pekan Baling dengan keluasan tanah kurang dari dua hektar sebagai contoh, satu hektar sebelum ini perlu bayar RM1,100 dan tahun hadapan kadarnya ialah RM3,500 iaitu kenaikan 300 peratus.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...