TERKINI :

Tuesday, November 17, 2015

Mustapa Ali sudah gaharu cendana pula?

TULISAN KECIL


Mustapa Ali berkata dia mahu Husam Musa bersemuka dengannya bagi menjelaskan dakwaan yang mengatakan Abdul Hadi Awang ingin menubuhkan kerajaan bersama Umno di Selangor. Mustapa merujuk kepada pendedahan Husam di Kota Bharu baru-baru ini yang mendedahkan rancangan Hadi untuk bertakup dengan Umno.

Dalam persemukaan itu katanya, ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad juga akan dipanggil walaupun Khalid tidak lagi ahli Pas.

Katanya dia berharap Husam dan Khalid akan bercakap benar. Kenapa Mustapa menggunapakai perkataan itu, "bercakap benar" apakah dia seorang yang tidak oportunis?

Kenyataan Mustapa itu memberi gambaran bahawa apa didakwa Husam itu tidak berlaku dan hanya cerita Husam sahaja.

Siapa PENGKHIANAT RAKYAT YANG SEBENAR, Siapa yang TIDAK ISTIQAMAH MENUJU KEMENANGAN....!!??

ULASAN GB

SUMBER LINK
Hukum kebenaran dan keadilan berjalan.... sekarang ternyata siapa PENGKHIANAT RAKYAT YANG SEBENAR, siapa yang TIDAK ISTIQAMAH MENUJU KEMENANGAN....

Tatkala masing-masing ahli parlimen pembangkang mengundi untuk menolak Bajet 2016, ahli-ahli parlimen PAS kecuali 3 orang, telah bertindak untuk berkecuali.

Sekalipun ada yang berhujjah menyatakan bahawa walaupun jika kesemua MP PAS bertindak untuk menolak Bajet 2016, kita tidak akan menang sebab jumlah kita masih tidak mencukupi untuk melawan BN, namun yang utama ialah pengkhianatan terhadap mandat rakyat tidak sepatutnya berlaku.

Hujjah Presiden PAS kononnya Bajet 2016 Bajet 2016 mampu mensejahterakan rakyat sekalipun tidak mematuhi syariah adalah sesuatu yang amat dikesalkan. Jika demikian bererti PAS bersekongkol dengan UMNO BN untuk melakukan sesuatu yang tidak mematuhi syariah. Yang anehnya, Presiden PAS, seperti di dalam kes-kes terdahulu, lansung tidak hadir sidang parlimen.

Dasarnya baik, pelaksana dan pemimpin yang tidak jujur.. itu yang menjahanamkan Malaysia..!!

Aspan Alias


Ketika negara sedang melalui zaman muram politik dan ekonomi tentulah usaha wajar dilakukan untuk melalui nya dengan tabah sambil mencari jalan bagi penyelesaiannya. Untuk mencari penyelesaiannya, semua pihak wajar mencari jalan penyelesaiannya dan mengetahui sebab kenapa kita sampai menjadi begitu buruk dalam politik dan ekonomi sekarang ini. Dalam ilmu pengurusan ada disebut, ‘we must understand the real problems up to specific even before we think how to solve it’. Lain-lain perkataan tidak akan terjumpa penyelesaiannya jika kita tidak memahami masalah sebenar yang membawa kita ke situasi yang sangat mencabar ini.

Selalunya bagi sesebuah negara masalah besar yang kita hadapi itu tentu lah ia bermula lama sebelum kita merasakan kesan buruknya. Ia bermakna kita telah berulang-ulang dan terus melakukan kesilapan dan kesalahan terhadap negara kita begitu lama sebelum kita sedari yang situasi itu sudah menjadi barah kepada negara dan rakyatnya.

Salah satu dari penyebab kenapa kita menghadapi masalah perpaduan negara adalah dasar-dasar ‘economic and social re-engineering’ negara telah di perkosa dan tidak diperkayakan. Jika dasar yang gubal dahulu ialah untuk menjadikan rakyat di antara kaum berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah sekarang ini diantara orang Melayu sendiri telah terdampar di kalangan orang Melayu sendiri sedang menghadapi masalah yang tinggi bertambah tinggi dan yang rendah bertambah rendah. Belum lagi kita ukur kedudukan orang Melayu berbanding dengan bangsa-bangsa lain dalam negara ini.

Penjelasan skandal berkembar iaitu 1MDB & RM2.6bilion kerajaan sebagai percubaan ‘cuci habis’


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini membidas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berhubung penjelasannya mengenai isu 1MDB dan 'derma' RM2.6 bilion di Parlimen semalam dengan menyifatkannya sebagai percubaan ‘cuci habis’.

"Apa guna ada seorang menteri kewangan kedua jika beliau tidak dapat menjadi seorang gladiator Rom masuk ke gelanggang Coliseum seperti zaman dahulu untuk melawan singa?

"Jawapan Husni mengenai skandal berkembar mega itu adah cubaan ‘cuci habis’ yang memalukan, ia hanya membuktikan kerajaan Najib mempunyai banyak untuk disembunyikan daripada didedahkan berhubung derma RM2.6 bilion dan skandal mega RM50 bilion 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Husni dilantik sebagai jurucakap kerajaan mengenai 1MDB sejak dua bulan lalu dan sepatutnya mempunyai masa yang mencukupi bagi membiasakan dirinya dengan segala kerumitan dalam memberi jawapan terhadap isu yang dibangkitkan ke atas syarikat pelaburan negara itu.

Untuk apa Jamil Khir tuntut ganti rugi RM10 juta?

jamir-khir,-akmal-yusof
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamil Khir Baharom diminta memberi penjelasan mengapa beliau mengemukakan tuntutan sehingga RM10 juta berhubung pendedahan penggunaan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk program di Amerika Syarikat.

Ketua Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir berkata, tuntutan ganti rugi RM10 juta di samping permohonan maaf yang diminta Jamil Khir itu amat mencurigakan.

“Saya pasti rakyat juga tertanya-tanya mengapa beliau (Jamil) bukan sahaja menuntut kemaafan saya dalam tempoh dua hari… tetapi juga bayaran ganti rugi sebanyak RM10 juta sedangkan saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pemberi maklumat bagi mencegah kemungkaran,” katanya dalam satu sidang media di pejabat NOW.

Akmal memberitahu dia telah menerima Surat Tuntutan daripada peguam Jamil Khir namun dia tidak akan memohon maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Katanya, dia tidak bersalah dan pendedahan yang dibuat itu hanyalah demi menyelamatkan dana YaPEIM.

Tengku Razaleigh sokong Bajet 2016, tetapi...


Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyokong Bajet 2016.

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada beliau menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pemimpin veteran Umno itu enggan berterus terang.

"Tidak, ini bermakna kita menyokong program kerajaan untuk tahun (akan datang) seperti yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan yang juga adalah Perdana Menteri," kata Tengku Razaleigh.

Beliau bagaimanapun membisu apabila diasak lanjut mengenai apa yang dimaksudkannya itu.

"Mengapa soalan-soalan ini? Terpulanglah kepada anda, okay?" kata Tengku Razaleigh kepada pemberita di lobi Parlimen.

Penjelasan Yapeim terhadap 'fitnah' Akmal Nasir, mereka tak anggap itu pembaziran

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) adalah sebuah institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 pada 13 Oktober 1976 sebagai institusi yang berorientasikan ekonomi dan kebajikan.

Salah satu program pembangunan ekonomi Islam yang paling berjaya ialah Program Ar Rahnu Yapeim yang kini telah dilaksanakan melalui 202 buah cawangan di seluruh negara.

Malah Yapeim adalah pelopor dan peneraju dunia dalam memperkenalkan instrumen Ar Rahnu sejak 1993. Program Ar Rahnu terbukti telah menjana keuntungan yang amat memberangsangkan.

Tahun ini sahaja, Yapeim berjaya menjana pendapatan mencecah RM83 juta dari aktiviti Ar Rahnu. Pendapatan ini telah meningkat sebanyak RM11 juta berbanding RM72 juta tahun 2014.

Selain daripada Ar-Rahnu, Yapeim kini mula terlibat secara aktif di dalam bidang perniagaan yang lain seperti pasar raya, perniagaan berasaskan emas, bidang keselamatan (termasuk perlindungan takaful dan CCMS) dan pelaburan hartanah.

Betulkah dia seorang ulama atau ular dalam semak..?

XIFU NASER
17 November 2015


"APA hujah kamu bahawa si fulan adalah seorang ulama?" Saya selalu tanya soalan ini kepada mereka yang terlalu taksub kepada satu individu.

Kalau mengikut Katolik Kristian, jawapannya mudah. Autoriti gereja di Vatican yang memberi tauliah kepadanya sebagai paderi dan pengampun dosa.

Dalam agama Buddha, sami tertinggi dalam Sangha yang mempunyai autoriti kata putus dalam menentukan darjat rohani seseorang. Adakah ini juga pandangan Islam?

"Betulkah dia seorang ulama?" Saya dituduh menghina ulama dengan hanya tanya soalan ini! Sebenarnya, soalan ini sangat penting kerana dua sebab:
Yang pertama, ia mengelakkan diri kita daripada taksub kepada seseorang yang dilabel ‘ulama’.

Ia mengajak kita untuk bermuhasabah kembali pandangan kita mengenai indikator-indikator seorang ulama, dan tidak mengikut sahaja buta tuli.

Penilaian kita terhadap ulama mungkin salah. Kalau kita menolak persoalan ini, ia sebenarnya adalah indikator tahap taksub kita sendiri.

Jangan guna wang zakat untuk saman NOW – Nik Nazmi

nik-nazmi,jamil-khir
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom diingatkan agar menggunakan wang peribadi beliau sendiri untuk membayar kos guaman bagi kes saman yang difailkan terhadap Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir.

Amaran itu dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad bagi menggelak berulangnya perkara sama seperti dalam kes permohonan qazaf, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2011.

Menurut Nik Nazmi, dalam kes itu Jamil Khir didakwa telah menggunakan wang zakat berjumlah RM63,650 untuk membiayai kos guamannya.

“Wang zakat, seperti wang kebajikan juga, merupakan wang yang diamanahkan untuk diagihkan kepada asnaf-asnaf atau golongan yang telah ditetapkan, bukannya untuk kegunaan sang Menteri,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Selangor pertimbang beri kerusi PBT pada Amanah, kata exco

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi, dan Inovasi Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerajaan negeri pertimbangkan beri kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan kepada Amanah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 17 November, 2015.
Gesaan Pemuda Amanah Selangor agar parti itu diberikan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyumbang kepada pentadbiran sememangnya dalam pertimbangan kerajaan negeri, kata exco pendidikan, pembangunan modal insan, sains, teknologi, dan inovasi Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ketua Pemuda Amanah Selangor Abbas Azmi yang mengemukakan gesaan itu atas sebab parti baharu itu kini mempunyai 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta 3 orang ahli Parlimen di Selangor.

"Benda ini memang dalam proses rundingan sebab ahli majlis yang ada sekarang akan habis perkhidmatan hujung tahun ini.

"Ini memang dalam perkiraan kerajaan negeri sebab ada 2 wakil Amanah dalam negeri Selangor," katanya merujuk kepada Adun Hulu Kelang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin.

PAS tidak kenakan tindakan displin ahli Parlimen tolak Bajet 2016

PAS tidak akan mengambil tindakan tatatertib terhadap ahli Parlimen mereka yang tidak menyokong Bajet 2016 ketika ia diundi di Dewan Rakyat malam tadi, kata Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hasan.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2015.
PAS tidak akan mengambil tindakan tatatertib terhadap ahli Parlimen mereka yang tidak menyokong Bajet 2016 ketika ia diundi di Dewan Rakyat malam tadi, kata Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hasan.

Takiyuddin yang ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata, tindakan mereka bukanlah perkara yang serius dan mereka boleh membincangkannya melalui sesi “minum kopi”.

"Jangan jadikan isu ini terlalu serius, kita akan panggil mereka untuk “minum kopi” saja, pasal kejadian semalam. Saya tidak fikir bukan isu besar," kata ahli Parlimen Kota Baru itu kepada pemberita.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar semalam berkata, hanya 3 daripada 14 ahli Parlimen PAS yang mengundi menolak Bajet 2016 semasa sesi pengundian belah bahagi (blok) dijalankan,

Mahfuz merupakan salah seorang daripada 3 wakil rakyat yang menolak bajet itu, 2 lagi ialah Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) dan Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh).

Semasa sesi pengundian bajet itu berlangsung semalam, 7 ahli Parlimen PAS tidak hadir.

Bagaimana TPPA jejaskan ubat mampu milik


Teks penuh dokumen Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dikeluarkan pada 5 November lalu mengesahkan kebimbangan mengenai kesukaran yang akan dihadapi rakyat bagi mendapatkan ubat-ubatan.

Perkara-perkara yang terkandung di teks tersebut, termasuklah peruntukan mengenai perlanjutan tempoh paten, pasaran eksklusif bagi ubat-ubatan biologi dan hubungan data akan mengancam kebergantungan terhadap ubat-ubatan generik yang jauh lebih murah.

Data menunjukkan bahawa 84.7 peratus ubat-ubatan berjenama yang disarankan boleh diganti dengan ubat-ubatan generik.

Baru-baru ini, pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh kumpulan penyokong TPPA bahawa perjanjian perdagangan itu tidak akan memberi kesan terhadap harga ubat-ubatan.

Kenyataan-kenyataan ini dibuat oleh pihak yang langsung tidak mempunyai pengalaman dalam perihal kesihatan awam dan perolehan ubat-ubatan.

Ia juga bercanggah dengan bukti-bukti dan kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh ketua pengarah Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), pemenang nobel Doktor Tanpa Sempadan (MSF) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Buat apa belajar tinggi-tinggi?

NORDEN MOHAMED

http://1.bp.blogspot.com/-te7kuP_yYvc/UKqq9OVZNtI/AAAAAAAAgg8/FXxPqP50oPs/s1600/wp_03.1.jpg
PADA tahun ini, lebih 440,000 orang calon menghadapi peperiksaan SPM. Sekitar Mac 2016 nanti, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, sejumlah daripada mereka akan melanjutkan pelajaran. Yang lain akan memasuki pasaran pekerjaan ataupun pasaran pengangguran.

Dahulu, pendidikan adalah salah satu cara orang Melayu dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Setelah begitu lama orang Melayu hanya terpilih menjadi peon dan drebar pada zaman British kerana kononnya mereka adalah bangsa yang pemalas dan bodoh, dasar pelajaran kebangsaan membuka peluang yang luas kepada orang Melayu memperbaiki mobiliti sosial mereka.

Sejak itu, semakin ramai anak Melayu berpeluang memasuki universiti. Apabila mereka keluar dari menara gading, ramai yang memilih untuk bekerja dalam sektor kerajaan sebagai guru atau penjawat awam. Yang lebih menyerlah pula berpeluang menjadi pegawai daerah, sebuah jawatan yang dikira berprestij.

Apabila pemerintah menggalakkan anak-anak Melayu menceburi bidang kedoktoran, kejuruteraan, perakaunan dan lain-lain bidang profesional, maka semakin ramai anak Melayu mula menceburi sektor swasta.

'Tiada manfaatnya Pakatan Harapan konfrontasi dengan PAS'

Tiada manfaatnya bagi parti-parti dalam Pakatan Harapan untuk mengambil pendirian konfrontasi terhadap PAS, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, kerana objektif utama gabungan itu adalah adalah untuk mengalahkan BN.

Untuk berbuat demikian, ia perlu memastikan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya umum akan datang, dan itu memerlukan Pakatan Harapan untuk melibatkan diri dengan PAS, kata Rafizi.

Oleh itu, Rafizi berharap Pakatan Harapan dan blok pembangkang boleh mencapai pendrian di mana mereka mungkin tidak bersetuju terhadap dasar tertentu dan pandangan tertentu, tetapi mereka tidak boleh melupa gambaran besar, iaitu musuh utama mereka adalah BN dan Umno.

Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan bercakap kepada pemberita di Subang malam tadi.

Rafizi ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam yang mencadangkan supaya PAS dan Umno "bernikah" memandangkan kedua-dua parti itu tidak mempunyai banyak perbezaan, dan mengundi PAS dalam pilihan raya akan datang sama dengan undi untuk BN.

Bagaimanapun, Rafizi menyifatkannya kesimpulan seperti itu sebagai pramatang kerana Pakatan Rakyat hanya berpecah beberapa bulan yang lalu dan masih ada dua setengah tahun lagi sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) perlu diadakan.

PAS, katanya, juga telah mengisi sebahagian besar sejarah 60 tahun penubuhannya, dengan menentang BN dan sebelum itu, Perikatan.

"Ini hanya tiga atau empat bulan sejak perpecahan Pakatan (Rakyat).

"Sebab itu saya fikir rakyat juga mempunyai peranan penting untuk menyampaikan mesej itu dan harapan mereka terhadap PAS," katanya.

P.Pinang tak pernah larang guna pembesar suara

 Abdul Malik Abul Kassim
GEORGETOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak pernah mengarahkan larangan penggunaan pembesar suara luar oleh masjid dan surau di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Beliau berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang memutuskan bahawa penggunaan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di Pulau Pinang masih dalam urusan pentadbiran.

"Setelah keputusan ini dibuat, pihak Jabatan Mufti telah menghantar surat kepada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang memaklumkan keputusan ini dan saya juga telah dimaklumkan.

"Bagaimanapun belum lagi ada apa-apa perancangan dan pemberitahuan yang dikeluarkan dan kami juga belum putuskan untuk meneruskan fatwa ini ke peringkat seterusnya," katanya ketika menjawab soalan Nordin Ahmad (BN-Bayan Lepas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Dato Husam : Fatamorgana atau Fenomena?


Fokus rakyat Malaysia sekarang tertumpu kepada tokoh anak Kelate, YB Dato Husam..atas sebab keberanian mempertahankan prinsip Islam dan keyakinan berteraskan apa yang telah diteladani dan dididik oleh Tok Guru Nik Aziz.

Bagaikan seorang hero yang muncul ketika rakyat Malaysia ternanti-nanti seseorang bagi mengisi kehilangan 2 figure utama pemimpin pembangkang tanahair tercinta iaitu Tok Guru Nik Aziz yang pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya dan Dato Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara bagi tempoh masa yang lama.

Saat kemunculannya tepat pada masa pemimpin parti-parti pembangkang sudah hilang arah pedoman membawa bahtera masing-masing berlegar-legar entah menuju kemana.

Ketika Umno-BN sedang terumbang-ambing, pembangkang masih bercakaran. Skrip drama seolah-olah dalam pembikinan filem Melayu yang jalan ceritanya boleh dibuat andaian kesudahannya walaupun intro cerita baru dipaparkan. Kesudahannya PRU akan datang, BN akan terus perintah, pembangkang kekal sebagai pembangkang dengan kerusi berkurangan.

'Saya masih dengan Pas dan sokong Pakatan Harapan' - Datuk Salleh Man

Salleh Man Mat Aji

GEORGETOWN - Adun Permatang Pasir, Datuk Salleh Man Mat Aji menafikan desas desus kononnya dia akan meninggalkan Pas dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Menurutnya, beliau akan tetap dengan parti Islam itu malah beliau merupakan ahli seumur hidup Pas.

“Saya menafikan akan meninggalkan Pas dan akan sertai Amanah. Saya adalah Adun Pas dan ahli kerajaan. Saya akan bersama dengan Kerajaan Pulau Pinang,” katanya kepada media ketika ditemui di luar dewan di Sidang Dun, hari ini.

Menjawab soalan berhubung pendirian Pas yang tidak mahu lagi bekerjasama dengan Kerajaan Pakatan Harapan, Salleh Man berkata, beliau tidak masuk campur pendirian parti dalam isu berkenaan.

“Itu pendirian mereka, saya tidak boleh komen. Saya tetap Adun Permatang Pasir. Saya akan terus berkhidmat dengan rakyat sebagai Adun dan juga ahli Pas.

“Berhubung kenyataan Pas Permatang Pauh, saya terima seadanya keputusan itu. Seperti yang saya katakan, saya akan terus berkhidmat di Permatang Pasir dan seluruh masyarakat dengan semangat serta komitmen yang terbaik, InsyaALLAH,” katanya.

Mengapa benarkan negara campur ‘urusan bilik tidur’?

Oleh Amin Iskandar


Apabila Tawfik Ismail anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman mengatakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) harus dimansuhkan, ramai yang marah-marah. Tetapi kebaikannya ialah isu ini dibincangkan semula secara terbuka di kalangan rakyat Malaysia terutamanya bagi umat Islam agar mendapat “pencerahan” dalam isu ini.

Menurut Tawfik, penubuhan Jakim tidak lebih daripada usaha kerajaan untuk campur tangan dalam kehidupan peribadi rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam.

Selain itu Tawfik mengatakan Jakim menjadi punca kepada berlakunya “Arabisasi” di Malaysia sekaligus memusnahkan budaya Nusantara yang sudah berakar selama beratus tahun di negara ini.

Menjawab kritikan Tawfik terhadap Jakim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memegang portfolio agama mengatakan cadangan itu seolah-olah mahu menggembalikan Malaysia ke zaman “Jahiliyyah”.

Asyraf berkata, tanggungjawab Jakim bukan sekadar melindungi kesucian agama Islam, malah melibatkan isu global termasuk isu Syiah dan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

MB: Kedah bukan 'lubuk pengganas IS'

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/04/mukhriz-kedah.jpg

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengulangi kenyataannya bahawa Kedah bukan 'lubuk lahirnya pengganas IS' seperti didakwa sesetengah pihak.

Beliau berkata, banyak perbincangan telah dilakukan dengan pihak polis dan pemimpin pondok agama bagi mencari tindakan yang akan diambil untuk membendung penyebaran ideologi IS (Islamic States).

"Belum ada trend yang menunjukkan pengikut IS ini, kalaupun ada di Malaysia, adalah lepasan pondok agama termasuk di Kedah.

"Pendirian kita mengenai IS ini konsisten, kita menolak fahaman IS dan kita tidak membenarkan fahaman ini menular di Kedah," katanya dalam sidang media selepas membentangkan Bajet Negeri 2016 di Wisma Darul Aman, di sini.

Tolak bajet, Mahfuz Kata undi untuk rakyat

Oleh: Zikri Kamarulzaman

Tiga ahli parlimen PAS melanggar arahan parti Islam itu dengan mengundi menolak Bajet 2016.

Mereka adalah Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pasir Puteh Nik Mazian Nik Mohamad dan Ahli Parlimen Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah.

Ketiga-tiga mereka tidak mematuhi keputusan PAS untuk berkecuali semasa pengundian bacaan pertama itu diadadakan di Dewan Rakyat, lewat petang tadi.

Ketika ditemui di lobi Parlimen, Mahfuz mempertahankan keputusannya.

"Saya undi menolak kerana saya sayangkan rakyat, saya tak nak bajet yang membebankan rakyat.

Maaf Hadi dan PAS, Saya Mohon Membangkang dalam isu arak

Sebelum saya meneruskan tulisan ini, saya memohon maaf kepada semua rakan-rakan saya terutamanya kepada ahli PAS. Tujuan rencana ini bukanlah untuk menyerang Datuk Seri Hj Hadi Awang sebaliknya untuk menyatakan pengalaman saya sepanjang menjadi Ahli Majlis MPSP di Pulau Pinang.

Seperti yang diketahui, DAP adalah merupakan parti pemerintah di Pulau Pinang yang membentuk kerajaan bersama sebelum ini bersama-sama PKR dan PAS tetapi kini bersama PKR dan PAN.

Ulasan Hadi kononnya PAS menolak Pilihanraya Kerajaan Tempatan supaya orang Cina tidak menguasai bandar yang mana nanti akan menghalalkan arak dan judi kepada orang Islam sangat tersasar dan boleh disifatkan sebagai satu kenyataan politik tidak tentu hala.

Justeru, izinkan saya berkongsi dengan Hadi mengenai ucapan saya di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berkaitan isu Arak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...