TERKINI :

Monday, November 16, 2015

Sehingga hari ini pimpinan AJK PAS yang masih kekal belum lagi jawab YA atau TIDAK...!!!

SINOPSIS VIDEO UCAPAN HUSAM

Kronologi Isu MB Selangor secara konsistennya telah di perjelaskan oleh mana-mana pimpinan parti samada dari Pas atau PKR sehinggalah di perjelaskan secara terbuka oleh Husam Musa di Kedai Mulong, Kelantan.

SINOPSIS VIDEO UCAPAN HUSAMKronologi Isu MB Selangor secara konsistennya telah di perjelaskan oleh mana-mana pimpinan parti samada dari Pas atau PKR sehinggalah di perjelaskan secara terbuka oleh Husam Musa di Kedai Mulong, Kelantan."Tajuk yang sensitif yang mungkin saya akan terkorban dengan tajuk ini, tapi saya telah meredai semua apa yang akan berlaku". Ujar Husam.Segala usaha untuk bersama Umno telah bermula semenjak 2008. Pada tarikh 10.3.2008, Khalid Samad turut hadir di dalam perbincangan membentuk sebuah kerajaan bersama PAS-UMNO di Selangor. Khalid di ketahui sebagai 'penyendal' agar kerjasama ini tidak berlaku. Malangnya kerusi yang di menangi oleh PKR dan DAP sama banyak dengan kerusi yang di menangi PAS dan UMNO. Selama 2 hari, selepas memenangi Pilihanraya umum ke-12 iaitu pada 08.03.2008, pasukan Hj Hadi telah berusaha keras agar terbentuknya sebuah Kerajaan PAS-UMNO di Selangor.Pertemuan demi pertemuan berlangsung. Ucapan YB Alwi ADUN Kok Lanas, di dalam ceramah mengisarkan tentang pertemuan Hj Hadi dan Abdullah Badawi serta cercaan Hj Hadi keatas Tuan Guru Nik Aziz ketika berbincang. "Tinggalkan Nik Aziz" Kata Hj Hadi. "Tak boleh tinggalkan Nik Aziz, dia Mursyidul Am, dia orang tua balik berkira dulu". Balas Abdullah Badawi."Masalah Nik Aziz ni mesyuarat tak datang. Kalau dia datang, dia tido.." Kata Hj Hadi kepada Abdullah BadawiMINIT 07.43[sebagaimana ucapan ceramah YB Alwi. YouTube - https://youtu.be/kW3bp1BHhyk]Husam menghantar sms kepada Nasaruddin Md Isa dan Mustafa Ali yang berada di Hotel Darby Park, Kuala Lumpur selang 15 minit pertemuan PAS-UMNO berlangsung. Maklumat di sampaikan oleh seorang pekerja hotel melalui sms kepada Husam. Usaha kearah kerjasama politik terus berlangsung dari masa ke semasa di dalam kelam bagi mengelakkan dari di ketahui oleh ahli serta penyokong bawahan yang jelasnya menentang.Di sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Mesyuarat Pas Pusat pada 25.08.14 gempar apabila Hj Hadi mengakui akan wujud sebuah kerajaan kerjasama PAS-UMNO di Selangor dalam isu Menteri Besar. AJK sesi 2013~2015 saksi minit mesyuarat tersebut untuk mengesahkannya.Sehingga hari ini pimpinan PAS termasuk Hj Hadi, Mustafa Ali, Tuan Ibrahim dan beberapa yang lain masih tegar untuk menafikan pakatan tersebut. 1. Sampai bila.? 2. Kenapa pemimpin PAS tidak berani bercakap benar sedangkan di kalangan pengikut PAS, mereka ini di gelar Tuan Guru, Ustaz, AJK Dewan Ulama dan Ahli Majlis Syura.?3. Selayaknyakah mereka yang di akui sebagai kumpulan Asatizah menjadi pembohong.?4. Apa alasan mereka untuk berbohong.?Kamu boleh berdalih serta berbohong kepada ahli dan penyokong dengan beribu alasan tetapi kebenaran akan tetap muncul di hadapan mata kamu sendiri. Apa bila datang yang HAQ akan hancur yang BATHIL. Sesungguhnya yang BATHIL tidak kekal lama!~AdminUAA SUPPORTERS

Posted by Ustaz Ahmad Awang Supporters on Sunday, 15 November 2015
"Tajuk yang sensitif yang mungkin saya akan terkorban dengan tajuk ini, tapi saya telah meredai semua apa yang akan berlaku". Ujar Husam.

Segala usaha untuk bersama Umno telah bermula semenjak 2008. Pada tarikh 10.3.2008, Khalid Samad turut hadir di dalam perbincangan membentuk sebuah kerajaan bersama PAS-UMNO di Selangor. Khalid di ketahui sebagai 'penyendal' agar kerjasama ini tidak berlaku.

Malangnya kerusi yang di menangi oleh PKR dan DAP sama banyak dengan kerusi yang di menangi PAS dan UMNO. Selama 2 hari, selepas memenangi Pilihanraya umum ke-12 iaitu pada 08.03.2008, pasukan Hj Hadi telah berusaha keras agar terbentuknya sebuah Kerajaan PAS-UMNO di Selangor.

Pertemuan demi pertemuan berlangsung. Ucapan YB Alwi ADUN Kok Lanas, di dalam ceramah mengisarkan tentang pertemuan Hj Hadi dan Abdullah Badawi serta cercaan Hj Hadi keatas Tuan Guru Nik Aziz ketika berbincang.

"Tinggalkan Nik Aziz" Kata Hj Hadi.

Kisah dongeng tentang ‘Government Shutdown’

Oleh Ahmad Anwar Asyraf

http://www.roketkini.com/wp-content/uploads/2015/11/BAJET-2016-e1445848304529-650x400.jpg
PANDANGAN kononnya undi tidak percaya atau penolakan terhadap Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 di Dewan Rakyat hanya menyusahkan rakyat, adalah kisah dongeng yang bertebaran kebelakangan ini.

Timbul juga kisah dongeng lain, kononnya ia akan mengakibatkan ‘Government Shutdown’ sehingga boleh mengganggu urusan harian rakyat termasuk gaji penjawat awam tidak boleh dibayar.

Dongeng seterusnya, jika Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 ditolak, kononnya bermaksud menolak atau membantah kenaikan gaji penjawat awam dan pencen pesara kerajaan, bonus, kenaikan had gaji minimum dan beberapa lagi manfaat dalam bajet itu.

Secara peribadi terkejut dengan kisah dongeng itu. Lebih terkejut apabila ia dilontar oleh seorang timbalan presiden sebuah parti politik yang memerintah sebuah negeri selama lebih 20 tahun.

Mengapa terkejut? Pastilah, kerana seorang timbalan presiden sebuah parti politik tidak memahami proses perjalanan demokrasi berparlimen sehingga melontar pandangan yang mengelirukan rakyat.

Adakah Najib akan jatuh sepertimana krisis perlembagaan PERAK pada 2009 dahulu?

Najib mungkin alami nasib sama krisis Perak 2009 - Zaid

Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh merekayasa krisis perlembagaan Perak pada tahun 2009, tidak ada sebab mengapa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh melakukan perkara yang sama ke atasnya, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

"Ia adalah prinsip asas yang sama bagi melucutkan pemimpin melalui cara demokratik.

"Awak (Najib) tidak boleh kata hanya saya boleh lakukannya tetapi awak (Mahathir) tak boleh," kata Zaid pada sidang akhbar di rumahnya di Petaling Jaya, hari ini.

Krisis perlembagaan Perak menyaksikan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat yang hanya berusia sembilan bulan digulingkan selepas tiga ADUN berpaling tadah menyokong BN.

Zaid awal hari ini disiasat polis mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung kandungan ucapannya yang disampaikan di Kelab Diraja Selangor pada bulan September lalu.

Dalam ucapannya, Zaid menggesa rakyat untuk berdiri teguh di belakang Mahathir yang menjadi pengkritik yang paling lantang membidas pentadbiran Najib.

Mahkamah: Harakah, ADUN PAS tak fitnah bekas MB

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa akhbar rasmi PAS Harakah dan ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi tidak memfitnah bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berhubung laporan skandal pakaian seragam sekolah.

Dalam menegakkan keputusan Mahkamah Rayuan, panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong memutuskan bahawa perayu Ahmad gagal menimbulkan persoalan undang-undang.

"Dengan ini, permohonan untuk kebenaran (untuk merayu) ditolak," kata Hakim Abdull Hamid.

Mahkamah juga mengarahkan Ahmad membayar kos RM10,000 kepada Syed Azman dan dua yang lain, termasuk Harakah.

Syed Azman dan Harakah diwakili oleh peguam Sharifah Nur Asmaa’ Syed Azman dan Nadzratun Naim Hammad Azizi dari Tetuan Mohamed Hanipa and Associates. Ahmad diwakili peguam Zammani Ibrahim, Rosli Khady dan Helmi Hamzah.

DAP sokong mufti berkenaan PAS dan juga bertanya siapa yang sebenarnya keluar lesen judi


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mencadangkan supaya PAS dan Umno "bernikah" memandangkan kedua-dua parti itu tidak mempunyai banyak perbezaan.

Lim berkata demikian sebagai mengulas saranan yang dibuat Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) supaya PAS lebih serius untuk bergabung dengan Umno

"Apa mufti cakap saya setuju. Walaupun (mufti) tak guna istilah nikah, saya yang guna, tapi macam dia cakap kopiah dan songkok tak ada beza, saya rasa nikah saja.

"Jangan pura-pura. Maka pilihan raya akan datang satu undi PAS sama dengan undi BN," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pusat khidmat DAP DUN Taman Templer di Selayang.

Siapa keluar lesen judi, soal Lim

Sementara itu, Lim turut mempersoalkan kenyataan presiden PAS yang menentang usaha DAP memperkenalkan pilihan raya pihak berkuasa tempatan.

PAS memberikan alasan tidak mahu kaum Cina menguasai kawasan bandar dan menghalalkan arak dan judi kepada orang Islam.

Umno T'ganu kini boleh ambil tanah rizab Melayu atas nama parti politik

Kerajaan negeri Terengganu dilaporkan telah meminda dan mewartakan undang-undang negeri yang membolehkan Umno Terengganu mengambil alih tanah rizab Melayu.

Menurut ahli parlimen Pakatan Harapan di Parlimen hari ini, pindaan kepada Seksyen 9 Enakmen Tanah Rizab Melayu Terengganu dibuat di DUN Terengganu pada Mei lalu.

"Sebagai seorang peguam, saya tidak pernah melihat undang-undang sebegini," kata Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin pada sidang akhbar di lobi parlimen.

Beliau diiringi oleh ADUN Bandar Terengganu Azan Ismail yang mendakwa dirinya adalah wakil rakyat tunggal yang membantah pindaan tersebut.

"Saya cadangkan anda tanya kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengapa sebagai pemimpin pembangkang Terengganu, beliau tidak membantah (pindaan) ini," kata Hanipa.

Azan mengakui beliau khuatir pindaan baru itu akan menyusul ke negeri-negeri lain.

Kerjasama boleh berjaya, PAS kini menyamai Umno, kata mufti Perlis

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata PAS pada hari ini tidak mempunyai banyak perbezaan berbanding Umno dan kerjasama antara kedua-dua parti itu mungkin akan berjaya.

Beliau berkata, kerjasama politik PAS dan Umno kali ini mungkin dapat mencipta kejayaan selepas melihat kepada idealisme 2 parti itu yang kini tidak jauh berbeza berbanding dulu.

"PAS hari ini hampir menyamai Umno daripada segala segi melainkan perbezaan nama, kopiah dan songkok saja.

"Itu pun bukan soal pokok. Jika PAS dan Umno dapat menjadi sahabat baik yang berpesan kepada kebaikan dan kebenaran serta mencegah kemungkaran mungkin banyak manfaatnya," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Asri berkata, sudah tiba masanya PAS menimbangkan untuk mengadakan kerjasama secara serius dengan Umno.

Asri berkata, idea yang diinginkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi untuk bekerjasama dengan Umno tidak mustahil dapat direalisasikan jika kedua-dua parti majoriti Melayu itu berusaha menjayakannya.

"Hari ini saya terfikir alangkah indahnya jika PAS dapat membaiki dan mengimbangi Umno dengan mewujudkan hubungan yang matang, tegas tapi mesra," katanya dalam tulisan di Facebooknya hari ini.

Reaksi mufti Perlis itu dipercayai susulan daripada kenyataan Hadi semalam mengesahkan akan bekerjasama dengan Umno, tetapi berkeras mengatakan PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN).

Hadi menegaskan berulang kali kerajaan perpaduan bersama BN tidak akan berulang, namun kerjasama PAS dengan gabungan pemerintah itu akan tetap berjalan.

Katanya, definisi kerjasama yang dimaksudkan itu ialah seperti ketika berlaku pencerobohan negara asing ke atas Malaysia, daripada segi menangani jenayah, dadah dan pelarian.

Malah hari ini Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan Hadi  akan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan yang dinamakan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia pada 16 hingga 18 Disember depan.

Pengesahan itu ekoran sebuah poster berkaitan program tersebut yang kini hebat disebarkan di laman sosial, menyokong dakwaan kerjasama antara PAS di bawah pimpinan Hadi dengan Umno.

Pada masa sama Asri berkata, saranan itu dibangkitkan memandangkan sebelum ini cubaan PAS untuk bekerjasama dengan pakatan pembangkang tidak pernah berhasil.

"Gagal disebabkan sifat parti dan idealisme PAS yang dipegang.

"PAS patut mencuba dengan Umno lebih serius mana tahu mungkin di sana ada kebaikan untuk umat di negara ini," katanya. – 16 November, 2015.

PAS sahkan Hadi bersama Najib dalam multaqa Disember ini

PAS mengesahkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan yang dinamakan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia pada 16 hingga 18 Disember depan.

Ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan ia bukti PAS mengamalkan pendekatan politik baru yang matang dan berani dan tidak patut diputar belit sebagai 1 bukti kerjasama antara PAS dan musuh politik mereka.

"Langkah berani menerokai seluruh segmen dakwah dan siasah. PAS tidak eksklusif seperti yang dituduh sesetengah orang," kata Sanusi, bekas setiausaha politik menteri besar Kedah ketika PAS memerintah Kedah pada 2008 hingga 2013.

"Ini politik matang dan berani, bisa berhadapan dengan sesiapa saja, di mana juga. Inilah PAS!" kata Sanusi dalam kenyataan, mengucapkan tahniah kepada Hadi ekoran penyertaannya.

Katanya, mereka akan bersama dalam persidangan bertema "Perpaduan Ummah Merentas Idealogi" itu, yang akan diadakan di sebuah hotel di Putrajaya.

Beliau mengesahkan sebuah poster yang kini disebarkan di laman sosial, yang didakwa mengesahkan lagi kerjasama antara PAS di bawah pimpinan Hadi dengan Umno.

Hadi pada sidang media semalam mengesahkan akan bekerjasama dengan Umno, tetapi berkeras menyatakan PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN).

Beliau menegaskan berulang kali kerajaan perpaduan bersama BN tidak akan berulang, namun kerjasama PAS dengan gabungan pemerintah itu akan tetap berjalan.

"PAS tidak akan masuk BN tapi akan ada kerjasama. Kerjasama itu biasa. Kita tidak terikat," katanya.

Katanya, definisi kerjasama yang dimaksudkan itu ialah seperti ketika berlaku pencerobohan negara asing ke atas Malaysia, daripada segi menangani jenayah, dadah dan pelarian.

Menurut Sanusi, menyampaikan idea dan pandangan yang tegas dan berani berteraskan Islam dalam acara terbuka seperti ini ialah pendekatan baru dalam menyampaikan risalah kebenaran.

"Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor juga pernah sepentas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Palestin. Ia menjadi sejarah hebat gerakan Islam Malaysia," katanya.

Kali ini, katanya, Hadi akan berucap di hadapan pembesar negara, menyampaikan ucap utama, melontarkan pandangan dan mutiara dakwah Islam atas dasar menjana kebaikan untuk ummah.

"Sasaran program ini ialah cendikiawan Islam, mereka yang mudah memahami bahasa dakwah dan siasah Islam.

"Umat Islam pasti bergembira, penentang PAS sejak puluhan tahun kini bersedia mendengar secara terus daripada presiden PAS," katanya dipercayai merujuk kepada Najib.

Beliau berkata, tidak dapat dinafikan atau dielak, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan senang dengan perkembangan ini.

"Akan ada pihak yang sengaja memutar belit dan membuat tuduhan baru pula. Memang dasar mereka yang sudah menutup mata telinga dan hati.

"Sakit hati terhadap golongan yang mahu tegakkan agama Allah adalah penyakit yang bahaya," katanya yang menang buat pertama kali sebagai AJK PAS Pusat dalam muktamar Jun lalu.

"Ayuh! Jom kita sokong presiden PAS membawa pendekatan baru, matang dan konstruktif serta hebat seperti ini.

"Islam ini, kedudukannya tinggi, maka tentulah jalannya tidak sempit," tegas Sanusi dalam kenyataannya. – 16 November, 2015.

Zeti: Bank Negara tidak akan dipengaruhi agenda politik

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata Bank Negara tidak akan sekali-sekali dipengaruhi oleh sebarang tekanan atau agenda politik sama ada dalam siasatannya terhadap syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mahu pun apa-apa entiti lain.

Kata beliau, kepercayaan rakyat terhadap institusi bank pusat amat penting dalam memastikan keberkesanan bank itu.

“Saya sudah bekerja dengan bank pusat selama 35 tahun, kami sentiasa lakukan semua yang kami mampu bagi melindungi institusi ini dari terjebak dengan sebarang agenda politik,” tegas beliau.

Beliau menegaskan keberkesanan bank pusat adalah berdasarkan kepercayaan dan rasa hormat rakyat, industri, dan pasaran terhadap entiti tersebut.

Justeru beliau berkata Bank Negara tidak akan ditarik ke dalam apa-apa perkembangan politik atau agenda politik dalam proses siasatannya.

“Kami hanya menumpu kepada melakukan tugas kami dengan sebaik mungkin,” kata Zeti.

Beri penjelasan segera jika hendak elak andaian - Azmin

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya memberi penjelasan segera berhubung mana-mana tuduhan yang dilontarkan terhadap beliau supaya dapat mematikan andaian negatif, kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

"Selagi Perdana Menteri tidak beri jawapan, maka perkara ini (andaian) akan berterusan," kata Azmin kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor diminta mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Mahkamah Malaysia perlu menerima gaya hidup mewah seseorang individu sebagai bukti wujud elemen rasuah.

"Tun Mahathir dah keluarkan banyak kenyataan.

"Saya kira, soal beliau beri pandangan atau teguran, itu hak dia sebagai rakyat Malaysia," kata Azmin.

Walau bagaimanapun, tegas Azmin, Kerajaan harus bersedia memberi penjelasan berlandaskan fakta bagi mengelakkan andaian-andaian negatif.

Kenapa Pas perlu lantik Penyelaras Parlimen Tumpat sedangkan mereka masih ada kerjasama dengan PKR

Pertikai Pas lantik Penyelaras Parlimen Tumpat

TUMPAT – Parti Amanah Negara (Amanah) Tumpat kesal tindakan Pas Kelantan melantik Penyelaras Parlimen Tumpat bagi menggantikan tugas Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar yang menyertai PKR.

Ketua Penaja Amanah Tumpat, Wan Mohd Johari Wan Omar berkata, pelantikan itu nyata bertentangan dengan semangat kerjasama Pas dan PKR seperti yang digembar-gemburkan parti itu selama ini. Katanya, tindakan Pas itu jelas tidak tidak menghormati PKR sebagai rakan sekutu tunggalnya buat masa sekarang.

“Seperti yang kita sedia maklum, Pas menegaskan mereka masih bersama Pakatan Rakyat dan bekerjasama (bertahaluf) dengan PKR. “Ini dibuktikan dengan beberapa siri kenyataan yang dibuat oleh pimpinan Pas sejak dari krisis sehingga meruntuhkan Pakatan Rakyat,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, Adun Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang juga Exco Kerajaan Negeri telah dilantik Pas Kelantan sebagai Penyelaras Parlimen Tumpat. Wan Johari berkata, selain Penyelaras Parlimen Tumpat, Pas Kelantan juga telah melantik Naib Yang DiPertua Pas Kawasan Tumpat, Wan Roslan Wan Hamat sebagai Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah Jajahan (JHET) bagi mewakili Ahli Parlimen Tumpat. Beliau mendakwa, pelantik Wan Roslan yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar telah dibuat tanpa berunding dengan PKR.

Wan Mohd Johari memaklumkan pengumuman lantikan itu dilakukan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob merangkap YDP Pas Tumpat pada 7 November lalu di Dewan Wisma I’badurrahman, Pejabat Pas Dun Pasir Pekan.

Pendengaran semakan semula kes Liwat II bermula hari ini

Usaha bekas ketua pembangkang yang sedang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyemak semula sabitan dan hukuman kes Liwat II akan didengar di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Semakan semula itu pertamanya akan melibatkan mendengar permohonan Anwar untuk memanggil bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusof, yang sebelum ini merupakan timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada tahun 1998 semasa kes Liwat I dan 'insiden mata lebam' Anwar.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram mewakili Anwar.

LAPORAN LANGSUNG

9.55am: Gopal berkata tidak ada afidavit balas dari Gani untuk menolak keterangan yang dibuat oleh Ramli.

"Apabila dakwaan dibuat, ia mesti dijawab. Ini bukan perkara remeh," katanya.

Hakim Malanjum bertanya sama ada ini telah dibangkitkan sebelum ini, dan Gopal berkata tidak ada bukti itu pada masa itu, tetapi bukti ini kini menunjukkan terdapat dakwaan kemungkinan tentang konspirasi politik, kerana kes mereka ialah bahawa Saiful telah bertindak sebagai 'Trojan Horse' seperti yang ditunjukkan apabila dia dibawa bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Di samping itu terdapat juga penglibatan SAC II Mohd Rodwan Mohd Yusof, yang juga terlibat dalam perbicaraan kes Liwat I.

"Ancaman politik (terbesar) terhadap PM sekarang ialah Anwar," katanya.

9.45am: Gopal menyebutkan tentang kejadian dengan saksi Ramli, yang berkata dia adalah orang yang telah menarik IGP ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Ramli, kata Gopal, telah diminta oleh Musa, AG ketika itu Tan Sri Mohtar Abdullah dan Gani untuk membuat laporan polis bahawa Anwar telah memukul dirinya sendiri, yang mana Ramli tidak buat.

Gopal berkata, terdapat kecenderungan untuk memangsakan anak guamnya kerana Musa naik menjadi IGP dalam kes Liwat II.

Hakim Zulkefli berkata, ada akuan berkanun oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim mengenai isu ini, tetapi Gopal berkata mahkamah tertinggi itu telah menolak SD Mat Zain.

Pokoknya, kata beliau, adalah ini adalah satu lagi bukti positif.

Ini, katanya, menyokong (dakwaan konspirasi politik) rancangan yang telah diatur lebih awal.

Jangan campuri urusan Pas di Selangor

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan memberi amaran kepada pimpinan DAP supaya tidak mencampuri pentadbiran Kerajaan Selangor.

Beliau berkata parti itu tidak mempunyai hak untuk menghalang Pas untuk membawa dasar parti Islam itu ke dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Dia sepatutnya tidak boleh campur tangan dari sudut kerajaan sebab beliau merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, dan kita Kerajaan Selangor.

"Kita tiada sebarang masalah sama ada Pas, DAP atau PKR, kita boleh bekerjasama, kita boleh duduk semeja untuk berbincang," katanya kepada pemberita di SACC, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini bahawa DAP perlu berada dalam Kerajaan Selangor bagi menghalang Pas melaksanakan 'dasar yang tidak baik' kepada rakyat di negeri itu.

Wan Hasrina juga berkata, DAP perlu menghormati agama Islam sebagai dasar parti Islam itu. "Kalau ada usaha untuk menyekat Pas daripada menyuarakan dan memperjuangkan hudud dan sebagainya, itu perjuangan kita kerana dasar Pas," katanya lagi.

Hanya Pas Permatang Pauh Putus hubungan dengan Salleh Man

PERMATANG PAUH - Pas Kawasan Permatang Pauh hari ini mengumumkan keputusan memutus hubungan dengan Adun Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man. Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata Pas kawasan itu membuat keputusan tersebut pada mesyuaratnya pada Isnin lepas.

"Keputusan ini dibuat berikutan kenyataan Salleh Man dengan jelas menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP dan bertentangan dengan pendirian Pas pusat," katanya kepada pemberita di Dewan Yusof ar-Rawa di sini hari ini. Katanya, pendirian Pas pusat tidak mengiktiraf kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Dalam kenyataan pada 2 November, Salleh Man mengumumkan pendirian menyokong kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Omar yang juga timbalan Yang Dipertua 2 Pas Pulau Pinang berkata, keputusan itu yang mendapat persetujuan Pas negeri, akan dimaklumkan kepada Pas pusat. - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...