TERKINI :

Sunday, November 15, 2015

'Politik itu memang kena bergolak, panas'

Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR - Politik Islam lahir dan berkembang dari dalam masjid sebelum dibawa ke luar namun umat Islam hari ini 'takut' untuk membicarakan tentangnya ketika berada di dalam masjid.

Oleh itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpendapat, misi memerangi fahaman sekularisme di dalam masjid masih belum selesai.

"Dalam masjid, ada lagi orang bercakap bahawa tidak boleh bercakap (tentang) politik dalam masjid. Nak cakap politik, pergi luar masjid.

"Sedangkan politik itu lahir di dalam masjid. Politik Islam tidak beranak di luar masjid. Ia beranak, dibesarkan, berkembang dalam masjid sebelum dibawa ke luar masjid.

"Tapi hari ini... saya letak sebagai cabaran, memahamkan orang masjid terhadap sistem politik Islam," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian di program Nadwah Pemerkasaan Du'at (Nekad) Siri 8.0 di sini, malam tadi.

Malah Tuan Ibrahim berkata, tidak pelik apabila 'orang masjid' pening ketika mengundi kerana tidak dapat menentukan pemimpin yang perlu diundi.

Husam tak sepatutnya terus babitkan isteri dalam sumpah politiknya..!!

Shahbudin Husin,


Walaupun kita mungkin dapat memahami mengapa bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa sanggup bersumpah mentalak isterinya bagi membuktikan kebenaran dakwaannya mengenai penubuhan kerajaan campuran parti itu dengan UMNO melalui usaha Hadi Awang sendiri, tindakan beliau tetap merupakan sesuatu yang tidak sewajarnya.

Kalau pun ingin menunjukkan dakwaannya itu bukan main-main dan seolah-olah Hadi Awang mengkhianati perjuangan Pas, apakah bersumpah melibatkan isteri sendiri merupakan sesuatu yang seharusnya terus dilakukan?

Kenapa asyik-asyik isteri yang dijadikan gadaian dan galang ganti untuk menunjukkan kehebatan perjuangan?

Bukankah sebagai pemimpin progresif dalam Pas, Husam sepatutnya cuba menghapuskan budaya sumpah sebegitu rupa memandangkan bekas pemimpin kumpulan itu yang kini menyertai Amanah sudah membuang jauh dan tidak mengiktiraf amalan itu?

Tidak adakah perkara lain, selain isteri sendiri yang boleh dijadikan sandaran jika ingin bersumpah berkaitan politik?

Belum selesai Amanah, PAS kini berdepan ‘fenomena Husam Musa’

Dalam dialog
Selepas sebahagian pemimpin tertingginya lari bagi membentuk Parti Amanah Negara (Amanah), PAS kini berdepan "fenomena Husam Musa".

Suasana ini bolehlah dinamakan "fenomena harum manis" iaitu PAS terpaksa berdepan dengan serangan ahlinya sendiri yang berpengaruh dari dalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa merupakan salah seorang darinya manakala Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar juga mempunyai ciri-ciri sama.

Dialog "Demo tanyo, kawe jawab" di Kota Baru, Kelantan malam kelmarin memperlihatkan betapa PAS tersepit apabila diserang juga dari dalam parti.

Kira-kira 10,000 orang menonton dialog itu secara langsung dengan kira-kira 5,000 di dalam dan perkarangan dewan Kelab Suara Muda dan lebih 5,000 lagi menontonnya secara atas talian yang dipancarkan menerusi YouTube.

Ahmad Maslan bohong, buat kenyataan tanpa usul periksa – ABIM

FMT Reporters | November 15, 2015

Kenyataan bohong dan tanpa usul periksa Ahmad Maslan itu amat dikesalkan dan ia merupakan tindakan tidak bertanggungjawab

mohamad-Raimi-Ab-Rahim,-Ahmad-Maslan

PETALING JAYA: Tindakan Timbalan Menteri Perdangaan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan yang memberikan komen negatif menerusi media massa terhadap pihak-pihak tertentu berhubung ketidakhadiran dalam undangan pada Majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu disanggah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim menegaskan, pihaknya tidak dijemput oleh penganjur ke majlis itu apatah lagi untuk mengesahkan kehadiran wakil.

“ABIM kesal dan mengecam kenyataan bohong dan tanpa usul periksa Ahmad Maslan seperti yang telah disiarkan oleh media.

“Kenyataan tersebut jelas amat tidak bertanggungjawab dan tindakannya telah memberikan persepsi yang ternyata palsu kepada masyarakat bahawa ABIM adalah sebuah badan yang tidak bermaruah,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Hadi cabar Husam sumpah talak buktikan pembentukan kerajaan PAS-Umno

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dakwaan bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa berhubung usaha pembentukan kerajaan antara PAS dan Umno di Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 15 November, 2015.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mencabar Datuk Husam Musa untuk bersumpah talak isteri bagi membuktikan dakwaannya berhubung usaha pembentukan kerajaan antara PAS dan Umno di Selangor.

Sambil menafikan dakwaan Husam, presiden PAS itu menyifatkan ianya sebagai satu yang ketinggalan zaman.

"Biarlah dia sumpah. Biarlah dia bersumpah.

"Kalau apa yang dia kata itu betul, kami berbohong mesti dia bersumpah," katanya kepada pemberita di majlis "Hi-Tea Konvensyen Jelas Bersama Presiden" di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor hari ini.

Hadi berkata, usaha pembentukan kerajaan PAS dengan Umno merupakan isu 70-an ketika parti Islam itu menyertai Barisan Nasional (BN).

"Dia ketinggalan zaman. Itu isu 70-an. Kerajaan perpaduan itu bukan masuk BN.

"Kerajaan perpaduan (pada 2008) itu semua parti dalam kerajaan. Itu yang kita usahakan tahun 2008. Tapi kerana banyak pihak tak setuju tak jadilah. Bukan masuk BN," katanya.

Hadi: PAS halang DAP kuasai bandar untuk halal arak, judi


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu menentang DAP memperkenalkan pilihan raya pihak berkuasa tempatan kerana tidak mahu kaum CIna menguasai kawasan bandar.

"Kita halang DAP daripada pemilihan bandaran, (kerana) orang Cina akan kuasai bandar.

"Kita takkan benar (kawasan) bandar dikuasai oleh DAP, (yang) menghalalkan arak dan judi kepada orang Islam. Itu jawapannya, senang," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa DAP perlu kekal di kerajaan Selangor bagi memastikan PAS "tidak buat jahat" dan menghalang parti Islam itu melaksanakan "dasar yang tidak baik" kepada rakyat Selangor.

NGO sedia bagi bukti ada pembalakan haram di Hutan Simpan Kekal Lenteng

BENTONG - Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) sedia tampil untuk mengemukakan bukti bahawa terdapat kegiatan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Kekal Lentang sebelum kejadian banjir lumpur di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur (KL)-Karak pada petang Rabu lepas.

Presidennya Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, pertubuhan bukan kerajaan itu telah meninjau kawasan pembalakan yang dikatakan untuk tujuan laluan projek menara talian elektrik dan mempunyai gambar-gambar yang boleh membuktikan wujudnya aktiviti tersebut. "Sebelum insiden ini berlaku, Peka sendiri pada tahun lepas telah masuk ke kawasan terlibat yang tidak jauh dari kawasan kejadian banjir lumpur dan mendapati terdapat jalan merah tiga lorong untuk laluan balak.

"Kami mempunyai gambar yang jelas untuk membuktikan perkara itu selain keadaan air Sungai Benus di Hutan Lipur Lentang yang dahulu jernih dan kini bertukar menjadi keruh sudah cukup untuk menceritakan tentang keadaan itu. "Kejadian banjir lumpur yang berlaku pada Rabu lepas juga bukti jelas ia merupakan kesan kegiatan pembalakan yang berlaku sebelum ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kegiatan pembalakan tidak terkawal di kawasan berhampirn dikatakan antara punca kejadian banjir lumpur di Km52.4 Lebuhraya KL-karak dan ia tidak dinafikan oleh Anih Berhad sehari selepas kejadian yang menyatakan terdapat 'aktiviti' di luar kawasan penyelenggaraan syarikat pemegang konsensi lebuh raya itu.

Namun Jabatan Perhutanan Pahang dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan kegiatan pembalakan menjadi punca kejadian tersebut yang menyebabkan lebuhraya berkenaan terpaksa ditutup selama empat hari.

Shariffa Sabrina berkata, perkara yang disuarakan oleh Peka selama ini berhubung perkara itu hanyalah untuk memelihara khazanah alam sekitar dan bukannya mempunyai agenda peribadi mahupun politik.

NGO mahu polis siasat dakwaan salah guna dana Yapiem

Satu laporan polis berhubung dakwaan salah guna wang anak yatim di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dibuat hari ini oleh Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir.

Menurut Akmal, laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini bertujuan supaya satu kertas siasatan dibuka terhadap Yapiem.

Katanya, siasatan perlu dibuat terhadap yayasan Islam tersebut, menteri yang bertanggungjawab serta ahli lembaga pemegang amanah Yapeim.

"Laporan polis ini dibuat bagi satu kertas siasatan dibuka dan siasatan dibuat.

"Laporan polis hari ini juga sebenarnya nak minta supaya pihak berkenaan disiasat sama ada berlaku salah guna kedudukan atau pecah amanah.

"Sebab itu kita harap agar pihak polis boleh mula buat siasatan dan merungkai masalah atau skandal yang dilakukan," katanya kepada pemberita di IPD Dang Wangi.

Pada Jumaat lalu, Akmal mendakwa seorang menteri Umno ke Amerika Syarikat dengan perbelanjaan RM410,978 didakwa dibayar oleh Yapiem melalui dana sebuah anak syarikat yang sepatutnya digunakan untuk anak yatim dan kanak-kanak miskin.

Malah, Akmal turut mendakwa lawatan ke Washington DC, Iowa dan Minnesota daripada 21 hingga 29 Mei 2014 itu membabitkan aktiviti golf dan kunjungan ke pusat membeli-belah.

Bagaimanapun, semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menuntut Akmal memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam atau beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Jamil berkata dakwaan tersebut adalah satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang daripada fakta sebenar.

Akmal bagaimanapun enggan meminta maaf sebaliknya membuat laporan polis pada hari ini.

Guan Eng terus kritik GST, sifatkan sebagai 'celaka'

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini terus mengkritik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai "celaka".

Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang menyeru supaya cukai tersebut dihapuskan kerana ia memang membebankan rakyat .

Menyedari dirinya mungkin akan disaman kerana menyebut GST sebagai "celaka", namun beliau tidak takut untuk didakwa ke mahkamah.

"Pertama mesti hapuskan GST, setuju tak? Celaka punya GST. Ini celaka punya GST kena hapuskan.

"Saya tahu, saya cakap GST celaka, mungkin dia (perdana menteri) akan saman saya, dia akan dakwa saya di mahkamah.

"Tak apalah, (kalau nak) dakwa, dakwalah. Celaka betul-betul, celakalah GST," kata Lim ketika berucap di Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2015 hari ini.

Walaupun beliau menyeru supaya GST dihapuskan, namun bajet alternatif Pakatan Harapan pada 21 Oktober ini tidak menghapuskan GST akan tetapi menyenaraikan semua barang dan perkhidmatan sebagai cukai berkadar sifar.

Sementara itu, Lum turut mendakwa pelbagai skandal termasuklah 1MDB menyebabkan kerajaan Najib terpaksa melaksanakan cukai itu untuk menambah pendapatan kerajaan.

"1MDB menyebabkan kerajaan pusat susahkan rakyat dengan laksana GST, supaya rakyat bayar lebih cukai kepada kerajaan.

"Kalau tak ada GST, kerajaan persekutuan akan bankrap. Nasib baik ada GST boleh selamatkan kerajaan BN supaya kerajaan dia tak jadi bankrap.

"Tetapi untuk selamatkan kerajaan BN, dia (Najib) rela lihat rakyat Malaysia jadi bankrap," kata Lim.

100 hari Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memilih individu yang tepat apabila melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalannya.

Pandangan itu dilontarkan oleh penulis blog Zabidi Saidi apabila menganggap Ahmad Zahid sebagai pilihan yang amat serasi dengan Najib untuk menjadi orang nombor dua dalam menerajui negara.

“Kira-kira lebih dari 100 hari yang lalu, iaitu ketika beliau mula memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Zahid berjanji akan membantu Perdana Menteri memberikan perkhidmatan terbaik dengan segala keupayaan dan pengalaman yang beliau miliki.

“Beliau telah menepati janjinya itu dan terus memegang amanah tersebut dengan melaksanakan tanggungjawab dengan begitu berkesan sekali,” kata Zabidi menerusi blog catatanzabidi.blogspot.my pada Ahad.

Zabidi menulis demikian pada blog itu sebagai mengulas pelantikan 100 hari Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menurut Zabidi, rakyat di negara ini sememangnya memerlukan kepimpinan daripada seorang yang tegas seperti ditunjukan oleh Ahmad Zahid.

Katanya, Ahli Parlimen Bagan Datoh itu tidak perlu membuktikan apa-apa lagi kerana beliau telah dikenali dan bukannya seorang yang asing dalam kancah politik.

Tulisnya lagi, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri itu juga mempunyai pengalaman yang amat berharga serta telah matang dengan selok- belok politik di negara ini.

Jamil Khir akan buat laporan polis terhadap NOW hari ini..

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau terlibat dengan penyalahgunaan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada Ahad.

Menurut sumber, laporan polis juga akan dibuat oleh Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Negara (NOW) , Akmal Nasir berhubung isu sama di Balai Polis Dang Wangi hari ini.

Bagaimanapun, tidak diketahui masa kedua-dua laporan itu akan dibuat.

Pada Jumaat lepas, Akmal menerusi sidang media mendakwa, wang anak yatim sebanyak RM410,978.56 telah digunakan untuk membiayai perbelanjaan menteri berkenaan ketika mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat dengan sebahagian daripada jadual adalah membeli-belah bersama isterinya dan bermain golf.

Bagaimanapun, Jamil Khir yang dimaksudkan sebagai menteri itu telah membuat penafian pada hari sama dengan menyifatkan ia sebagai satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang daripada fakkta sebenar.

Ayuh debat, Rafizi pula tunggu jawapan Arul

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berharap Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy tidak berdalih lagi selepas menyatakan kesediaan untuk berdepan sesiapa sahaja di hadapan penyokong Umno, hari ini. Menurutnya, jika Arul menolak cabaran debat itu sekali lagi, beliau menganggap Arul bukan seorang ahli profesional.

"Saya berharap kesediaan saya melayan kembali ego Arul Kanda tanpa syarat ini akan disambut oleh beliau. Jika beliau berdalih sekali lagi dan memberi pelbagai alasan, saya beranggapan beliau pun tidak berbeza dengan ahli-ahli politik Umno yang hanya berani mendabik dada di gelanggang sendiri di depan penyokong sendiri.

"Maka saya nasihati beliau menyertai Umno secepat mungkin. Saya akan menunggu maklumbalas beliau," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Arul hari ini berkata, beliau bersedia memberi penerangan mengenai agensi pelaburan milik kerajaan yang dibebani hutang itu kepada sesiapa yang berminat, termasuk Rafizi dan Setiausaha Publisiti, DAP Tony Pua. "Kami (1MDB) akan berjumpa dengan sesiapa saja yang mahu memahami lebih lanjut (tentang syarikat berkenaan), termasuk Rafizi dan Tony," beliau dipetik sebagai berkata di Majlis Penerangan Perdana 1MDB, Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPP) dan Bajet 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Menurut Rafizi lagi, beliau akan menulis secara rasmi hari ini kepada Arul mengenai tawaran debat itu. "Oleh kerana beliau telah menyatakan secara terbuka kesediaan untuk berdepan dengan saya, maka saya akan menyahut kesediaan itu," katanya.

Dr M: Keamanan dicapai jika isu Palestin selesai

Kewujudan negara Israel didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai permulaan kepada keganasan di seluruh dunia dan ia tidak dapat dihentikan selagi tiada wujud formula untuk Palestin.

Menuru bekas perdana menteri itu, sebelum negara Israel terbentuk tiada serangan pengganas dilaporkan walaupun di Timur Tengah.

"Satu-satunya serangan pengganas sebelum wujud negara Israel dilakukan oleh Haganah dan Irgun yang memang pertubuhan pengganas," katanya.

Haganah adalah pertubuhan separa tentera yang beroperasi antara 1921 hingga 1948 sebelum kemudiannya membentuk Pasukan Pertahanan Israel ketika ini, manakala Irgun - bermaksud Pertubuhan Tentera Kebangsaan di Tanah Israel - bergerak di tanah Palestin antara 1931 hingga 1948.

Dr Mahathir sebelum itu mengulas serangan pengganas di Paris, Perancis yang mengorbankan sekurang-kurangnya 120 orang hari ini.

Kata Dr Mahathir apabila ada pihak merampas tanah sesebuah negara, penduduknya akan bangkit untuk mempertahankan hak mereka.

"Dan mereka melawan dalam perang yang mereka mampu.

"Mereka tidak memiliki kapal terbang, kapal laut, kereta kebal atau sebagainya. Maka mereka melawan dalam cara yang termampu dan ia kemudian membentuk apa yang kita panggil sel pengganas," katanya.

Namun, kata Dr Mahathir, perlu diingat bahawa apabila ada pihak "menggugurkan bom" ke atas orang awam, ia juga dianggap keganasan.

"Jika mereka mahu menyelesaikan masalah ini, mereka mesti menerima formula yang membolehkan rakyat Palestin mendapat tanah mereka semula dan kembali ke negara asal.

"Hanya selepas itu keamanan boleh dicapai," katanya.

Bukti dakwaan: Husam sanggup sumpah talak isteri

KOTA BHARU - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan beliau sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan dakwaan terdapat usaha untuk menyatukan Pas dengan Umno adalah benar.

Menjawab soalan ketika majlis 'Demo Tanya, Ambo Jawab', di Kota Bharu malam tadi, Husam berkata, usaha itu bermula selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada 2008 apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan pertemuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun ujar Adun Salor itu, usaha bagi membentuk kerajaan hasil daripada gabungan dua parti itu gagal berikutan kerusi yang diperolehi tidak mencukupi.

“Setiap kali dekat PRU,  ramai mari ke rumah Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat)  pujuk supaya baik dengan Umno, tetapi Tok Guru cakap kita tidak boleh baik dengan Umno, kata-kata itu masuk dalam kepala saya, sampai bila pun Umno kita tidak boleh percaya.

“Usaha  berbaik dengan Umno  berlaku pada  pilihan raya  2008, malam itu ada mesyuarat lajnah pusat pejabat Pas, tetiba nak berunding Umno, hancur harapan rakyat,  masa tu DAP tak jahat, PKR tak jahat lagi, jadi  mesyuarat itu berlaku  dua hari selepas PRU13, (bekas AJK Pas ) Khalid samad pergi sebagai ‘nyadar’ (elak terperangkap), kalau tak mungkin mereka sudah berdakap (berpeluk)," jelas Husam.

Terdahulu dalam majlis itu, seorang penyokong Pakatan Rakyat mahu Husam memberi bukti jelas kepada ahli tentang dakwaan beliau terhadap usaha  untuk menyatukan Pas dan Umno yang menjadi spekulasi berpanjangan.

Dakwa Husam, ketika rundingan itu berlangsung selama lima belas minit, beliau ada menghantar mesej kepada bekas Setiusaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa bertanyakan pertemuan itu.

Katanya, beliau mendapat maklumat mengenai rundingan itu dari pekerja hotel yang tidak mahu kedua-dua parti itu bergabung.

“Saya sebut nama Datuk Mustafa supaya dia boleh jadi saksi, mungkin esok dia nafi, saya tanya mereka rundingan apa yang dibuat? Tetapi adakah Pas dan Umno tidak boleh berbaik? Boleh dengan dasar terbuka (tetapi) bukan kerana fulus (duit)," kata Husam.

Husam sebelum ini turut mendedahkan bahawa Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor dan menuntut presidennya itu menafikan dakwaan itu sekiranya ia tidak benar.

"Berbaik dengan Umno bukan makna kita tunduk"

KUALA TERENGGANU – Berbaik dengan lawan tidak bermakna tunduk kepada kehendak lawan.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Dr Abu Bakar Abdullah ketika menjelaskan dakwaan pihak tertentu berhubung Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan mengambil pendekatan berbaik dengan Umno.

Beliau memberitahu, tidak salah sekiranya pemimpin tersebut berbaik dengan lawan politik kerana kaedah itu boleh menjadi satu uslub dakwah yang boleh melembutkan hati lawan menerima dakwah Islam, sekali gus menarik mereka menyertai gerakan Islam.

“Sebagaimana Salahuddin al-Ayyubi yang menjadi panglima perang ketika peperangan salib yang merupakan peperangan paling lama dalam sejarah. Dalam suasana berperang itu, ketua perang di pihak kristian iaitu Raja Richard gering, tetapi Salahuddin menyamar dan pergi memberi rawatan kepada raja tersebut tanpa diketahui raja tersebut. Selepas Raja Richard tahu mengenai perkara itu, dia berasa malu dan meminta tenteranya berundur.

“Musuh tetap musuh tetapi kita perlu berlaku adil. Sikap adil adalah lebih hampir kepada taqwa dan pendekatan yang diambil presiden pun begitu. Kalau kita tidak bertegur sapa, macam mana kita hendak dakwah mereka (Umno)... apabila kita (berbaik), mereka akan terpengaruh dengan uslub kita.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan orang Umno yang sudah tidak suka kepada Umno akan pergi kepada Pas. Kalau kita terus menunjukkan sikap permusuhan, macam mana mereka mahu pergi kepada Pas,” katanya.

Menurutnya, kemungkinan uslub dakwah dilakukan Abdul Hadi itu tidak difahami sesetengah pihak, khususnya yang tidak berpuas hati dan sering mencari kesalahan pemimpin tertinggi Pas itu.

Sementara itu, mengulas dakwaan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang sekali lagi menyerang partinya apabila mendakwa Abdul Hadi mengaku pernah merancang bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor, beliau menjelaskan tidak timbul soal kerjasama dengan Umno.

Jelasnya, perkara itu telah pun ditegaskan dalam muktamar termasuk di Perak dan Selangor dan sehingga sekarang, Pas masih istiqamah dalam pakatan pembangkang bersama-sama PKR.

“Perkara yang ditimbulkan Husam satu perkara yang perlu dilihat oleh rakyat sebagai satu kenyataan yang tidak tepat, tidak betul. Kalau hendak betul, kena tanya presiden sendiri,” katanya.

Beliau turut hairan dengan sikap Husam yang lantang terhadap isu tersebut sedangkan perkara itu tidak timbul ketika Adun Salor menjadi pemimpin parti itu.

“Apabila sudah tiada jawatan dalam parti timbul isu begini, kenapa masa jawat jawatan dalam parti tidak timbul?” katanya.

Cuti pegawai, anggota bomba Kedah dibekukan

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah membekukan cuti semua pegawai dan kakitangannya di seluruh negeri sebagai langkah awal menghadapi kemungkinan banjir.

Pengarahnya, Ahmad Shahabuddin berkata, tindakan itu diambil setelah melihat perkembangan keadaan cuaca sejak kebelakangan ini tidak menentu dan hujan lebat di beberapa kawasan.

Bagaimanapun, pertimbangan masih tetap diberikan kepada mana-mana 780 kakitangan yang memohon cuti kecemasan seperti cuti sakit.

"Tempoh cuti itu bermula pertengahan bulan lalu dan dijangka berakhir bulan hadapan selaras dengan saranan kerajaan," katanya kepada Sinar Harian ketika menghadiri Program Sehari Bersama JBPM di pekarangan Surau Darussyifa Taman Mutiara, Jalan Sultanah, di sini, hari ini.

Program dirasmikan Exco Kerajaan Tempatan, Sumber Air dan Tenaga Kedah, Datuk Badrol Hisham Hashim.

Beliau berkata, peralatan yang akan digunakan dalam sebarang operasi ketika musim banjir sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia.

"Terdapat 48 bot penyelamat boleh digunakan jika banjir berlaku di mana-mana kawasan di negeri ini.

"Bagaimanapun fokus utama tetap diberikan kepada daerah kerap dilanda banjir seperti Sik, Baling dan Pokok Sena," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...