TERKINI :

Saturday, November 14, 2015

Akmal Nasir tidak akan mohon maaf pada Jamil Khir

Adam Abu Bakar | November 14, 2015

Rakyat berhak tahu sebab Jamil Khir menggunakan wang yayasan untuk tujuan melawat dan bermain golf di Amerika dan bukan duit yang diperuntukkan kepada beliau atas kapasiti seorang menteri.

akmal-nasir,jamil

KUALA LUMPUR: Pengarah National Oversight Whistleblowers (NOW) Akmal Nasir bertegas tidak akan memohon maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ia ekoran pendedahan NOW yang mendakwa beliau menggunakan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk tujuan bersuka-ria termasuk bermain golf di Amerika Syarikat.

“Bukan saya yang ambil duit YaPEIM. Kita hanya minta dia jelaskan sebab beliau menggunakan duit yayasan. Saya tidak akan minta maaf,” kata Akmal Nasir dalam satu sidang media di Ibu Pejabat NOW pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau juga berkata, tidak gentar sekiranya Jamil Khir membawa isu wang YaPEIM ke mahkamah kerana rakyat berhak tahu sebab duit anak yatim dan miskin digunakan bagi membiayai perjalanan Jamil Khir ke Amerika Syarikat.

RM300,000 lesap melalu yayasan...Veteran UMNO lapor SPRM

Wang itu disumbangkan untuk menganjurkan program pada tahun lalu yang diberikan melalui sebuah yayasan tetapi tidak diterima oleh veteran UMNO sehingga hari ini.

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/11/sprm1.jpg
PUTRAJAYA: Veteran UMNO membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kehilangan wang RM300,000 hasil sumbangan penaja untuk menganjurkan program tahun lalu.

Pegawai Publisiti Veteran UMNO Wilayah Persekutuan, Abdul Rahim Haroon berkata, penaja telah menyumbang wang itu kepada UMNO bahagian menerusi sebuah yayasan.

“Dana itu sepatutnya diberikan kepada Veteran UMNO Wilayah Persekutuan untuk kita menganjurkan program pada 10 Mei tahun lalu.

“Bagaimanapun, yayasan berkenaan tidak pernah memberikan kami dana itu sehingga sekarang.

“Kami terpaksa menggunakan wang sendiri untuk menanggung kos penganjuran program termasuk kos penginapan, makanan dan pengangkutan,” katanya di luar Ibu Pejabat SPRM di sini, pada Sabtu, lapor The Star Online.

Apa lagi JAMIL KHIR...SAMANLAH!!


Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan atau NOW, Akmal Nasir memutuskan tidak akan meminta maaf atau menarik balik pendedahannya mengenai pemergian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom ke Amerika Syarikat yang didakwa menggunakan wang YaPEIM.

Dengan ini, desakan Jamil Khir semalam yang memberi tempoh selama 24 jam kepada Akmal untuk menarik balik dakwaannya atau berdepan tindakan undang-undang, sudah pun terjawab dengan sendirinya.

Kini segala-galanya terserah kepada Jamil Khir untuk tindakan seterusnya.

Esok hari Ahad dan lusa hari Isnin, maka sepatutnya tindakan undang-undang terhadap Akmal Nasir sudah boleh dimulakan tanpa ada alasan lagi.

Depa kata kita pengkhianat...kita jugak kata depa pengkhianat...!!!

Siapakah pengkhianat....??


depa kata depa bawa pelari kerusi depa...kita kata kerusi depa tu menang bukan ahli hangpa saja yang pangkah tapi rakyat yang pangkah

depa kata kita khianat perjuangan Islam... kita kata depa yang khianat sebab Islam nak menang 2% sahaja lagi tapi depa yang jahanamkannya

depa kata kita khianat sokong kapiaq tolak hudud...kita kata hangpa tu khianat nak bagi hudud terlaksana sebab orang tinggai 2% sahaja lagi nak dapat kuasa...dan dengan kuasa kita boleh guna segala kemudahan negara untuk laksanakan hudud dalam keadaan berkuasa..bab kapiaq tolak nak heran apa..nama pon kapiaq depa bukan wajib sokong pun..nak halang pun dok peduli apa....

depa kata kita khianat TGNA sebab tolak perjuangan dia.. kita kata hangpa yang khianat kerja buat TGNA...selama 23 tahun beliau berusaha mengangkat Islam dan selama dekat 10 tahun bekerjasama dalam 3 parti PAS PKR DAP..tetiba bila dia mati hangpa khianat kerja buat dia dengan turun tinggalkan inspirasi beliau

Akhirnya menteri buka mulut jawab isu bersuka-ria guna dana anak yatim

Jamil Khir Baharom

SHAH ALAM – Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan dakwaan mengatakan beliau menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) adalah satu fitnah besar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, dakwaan yang dilemparkan oleh National Oversight and Whistleblowers (Now) menyimpang daripada fakta sebenar selain menjelaskan beliau hanya mengikuti rombongan bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah seliaan beliau.

"Adalah menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab saya selaku Menteri di JPM bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya. Segala perjalanan dan kegiatan rasmi saya ditanggung oleh agensi berkenaan mengikut polisi dan tatacara kewangan agensi berkaitan,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.

'Selagi mahkamah tak kata salah, saya akan terus cakap' - Tun M



Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar terus membangkitkan isu kemasukan dana RM2.6 bilion ke akaun Datuk Seri Najib Razak selagi tidak diheret ke mahkamah dan diputuskan bersalah.

Ini reaksi pertama Mahathir di blognya selepas disoal siasat oleh polis pada 6 November lalu.

“Mahkamah boleh putuskan sama ada apa yang saya buat atau kata menjadi kesalahan jenayah.

“Tetapi selagi saya tidak disabitkan bersalah oleh mahkamah, saya akan terus percaya dan cakap saya tidak buat sebarang kesalahan, tiada tindakan tidak demokratik,” katanya.

Justeru, katanya, beliau akan terus menuntut Najib meletakkan jawatan selain tidak akan percaya penjelasan bagaimana beliau mendapat dana itu serta pinjaman-pinjaman 1MDB.

Mahathir membangkitkan haknya sebagai seorang warganegara Malaysia.

UMNO pun dah pening, kejap pecat kejap siasat.. nampaknya dah kena penyakit U-turn...

Tok Kelembai

Baru2 ini Zahid Hamidi dan Hishamuddin datang berjumpa MB Kedah bagi membincangkan kedudukan kerusi panas MB.

Persengketaan antara geng Tun M dan geng Najib semakin parah bilamana siasatan dilakukan terhadap Tun M.

Jadi siasat terhadap RM 2.6B macamna....



Husam cop Ketua Dewan Ulamak PAS macam 'samseng'


Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa menegaskan beliau sama sekali tidak akan keluar daripada perjuangan parti itu.

Menjawab pertanyaan di program dialog “Demo Tanya Ambo Jawab” di Kota Bharu hari ini, Husam berkata, tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk mengarahkan beliau supaya keluar PAS.

Husam yang juga ADUN Salor berkata, Dewan Ulama PAS juga tidak mempunyai hak untuk menyuruh beliau berbuat demikian.

"Demo sapo, kawe sapo? (kamu siapa, saya siapa) Ijtihad saya masih pilih duduk di dalam 'kapal' sebab kapal belum karam.

"Ketua Dewan Ulama PAS sama taraf dengan saya, PAS bukan milik dewan Ulama, bukan juga milik saya‎," kata Husam.

Mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfozd Mohamed, Husam mempersoalkan atas alasan apa beliau perlu keluar daripada perjuangan parti itu.

"‎Apa salah saya? Bagi nas, (ayat) al-Quran, hadis, ijmak dan qias, apa kesalahan saya? Ini sepatutnya cara Dewan Ulama berfikir.

"Ini serupa macam orang lain, macam orang samseng juga. Awak siapa? Kalau dia (Mahfodz) jawab, ana (saya) ketua Dewan Ulama, ana (pula) ketua PAS kawasan Kubang Kerian," tegas Husam.

Apa pilihan Husam, harum manis atau kelapa muda?

Husam Musa

SEJAK kebelakangan ini, nama bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa semakin panas dek kerana ucapan ceramahnya pada 6 November lalu yang secara terang-terangan mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ekoran kelantangannya itu menyebabkan beliau ditunjukkan jalan keluar oleh Ketua Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang secara jelas tidak mahu gunting dalam lipatan menjejaskan parti Islam itu.

Sebelum ini Husam agak menyendiri selepas mengalami kekalahan dalam pemilihan Pas, namun rupanya beliau bukan membawa diri, tetapi mula menjadi pemerhati untuk melihat sendiri perjalanan Pas selepas perginya Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari lalu.

Munculnya Husam di kala Pas kini disisihkan oleh parti pembangkang lain menyebabkan ramai yang tertanya sama ada Husam akan mengikut langkah sahabat perjuangan yang menyertai parti Amanah.

Namun jangkaan ramai pihak yang beranggapan bahawa Husam akan membelakangi Pas tidak berlaku apabila beliau pada Oktober lalu menegaskan tetap setia dengan perjuangan Pas.

JITRA - Laluan penduduk kampung becak, paip air pecah kerana kerja mengorek sungai

Laluan becak, paip air pecah

JITRA - Penduduk di Kampung Cherok Na, Mukim Pelubang, dekat sini, berdepan pelbagai masalah melibatkan jalan, bekalan air dan elektrik sejak pembinaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dijalankan di kawasan itu.

Penduduk, Teeh Chan, 73, berkata, laluan utama mereka kini bukan sahaja rosak malah becak sehingga mengundang bahaya.

Menurutnya, dia sudah dua kali terjatuh akibat laluan yang licin dan berlopak.

"Bukan saya sahaja yang menjadi mangsa, malah beberapa penduduk lain turut menerima nasib yang sama.

"Selepas kejadian itu, penduduk pernah berjumpa dengan kontraktor dan meminta jalan itu dibaiki. Mereka sudah berjanji tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil,” katanya.

Katanya, pihak kontraktor sepatutnya membina laluan baharu untuk penduduk sebelum projek itu dilakukan kerana ia merupakan laluan utama.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...