TERKINI :

Friday, November 13, 2015

Mahathir, Anwar bersatu kembali di penjara?


Di tengah-tengah asakan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, veteran DAP membangkitkan persoalan sama ada nasib Tun Dr Mahathir Mohamad juga akan berakhir di penjara.

Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang membangkitkan sama ada Mahathir akan mengikut jejak langkah musuh politiknya sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Adakah Mahathir akan berakhir dalam sel sebelah Anwar di penjara selepas kenyataan mengejutkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak?” soal Lim.

Salleh kelmarin berkata jika idea Mahathir bahawa gaya hidup mewah boleh digunakan sebagai bukti rasuah, maka bekas perdana menteri itu sendiri mungkin akan masuk penjara.

Beliau berkata keluarga Mahathir sendiri terlibat mengamalkan gaya hidup mewah.

Mahathir sebelum ini pernah berganding mentadbir negara ini sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri sehinggalah Anwar dipecat pada 1998.

Saya akan terus desak Najib undur, itu hak saya, kata Dr Mahathir


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan terus mendesak peletakan jawatan perdana menteri kerana itu haknya sebagai warganegara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 November, 2015.
Walaupun dipanggil polis dan disiasat atas dakwaan meminta Datuk Seri Najib Razak berundur, Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa serik hari ini berkata, beliau akan terus mendesak peletakan jawatan perdana menteri.

Dalam posting terbaru di blognya, Dr Mahathir berkata beliau tidak akan dinafikan haknya untuk meneruskan kritikan terhadap Najib, yang ketika ini diselubungi pelbagai dakwaan rasuah dan penyelewengan wang rakyat.

"Oleh itu, saya akan terus meminta Najib meletak jawatan, tidak mempercayai penjelasan beliau tentang bagaimana beliau mendapat RM2.6 bilion itu, mengkritik pinjaman yang diambil 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kerugian yang ditanggungnya.

"Ini hak saya sebagai seorang warganegara. Sesuatu yang sangat tidak demokratik untuk menyangkal saya hak ini,” katanya.

Dr Mahathir, 90, merupakan pengkritik tegar Najib untuk tempoh masa yang paling lama setakat ini, dan secara terbuka meminta perdana menteri meletak jawatan kerana didakwa "gagal" mentadbir negara.

Mad Bashah kata UMNO Kedah masih kukuh..hangpa caya kaa..??

Ahmad Bashah: Umno Kedah masih kukuh
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI

 Ahmad Bashah Md Hanipah
GEORGETOWN - Umno Kedah masih kukuh walaupun timbul pelbagai spekulasi terutama isu pertukaran menteri besarnya.

Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, semua pihak memberi komitmen yang baik termasuk dari akar umbi bagi memastikan parti itu terus kukuh tanpa sebarang perpecahan.

Beliau berkata, Umno Kedah sejak dahulu masih kukuh, bersatu padu malah tiada unsur perpecahan.

Ini kerana pertukaran menteri besar adalah perkara biasa dalam arena politik dan bergantung kepada prerogatif Perdana Menteri.

“Jika dia rasa perlu ada perubahan, maka itu hak dia. Pertukaran itu perkara biasa, tiada apa yang baharu pun.

“Ia lumrah dalam perjalanan pentadbiran negara dan rakyat perlu beri keyakinan kepadanya. Jika mahu saya komen isu pertukaran menteri besar, saya hanya berpegang kepada prerogatif Perdana Menteri. Lagipun, sudah beberapa kali dibuat sejak zaman

Isu Air Naik di Selangor - Khalid Ibrahim 'tweet' TV3 lapor.. last MB Selangor suruh tunjuk bukti dimana kata naik..!!

 http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/11/azmin-khalid.jpg
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menempelak Tan Sri Khalid Ibrahim yang memberikan kenyataan melalui laman media sosial, sedangkan bekas menteri besar Selangor itu adalah Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) dan boleh mendapatkan jawapan pada sidang DUN.

Azmin berkata, sebagai Adun Pelabuhan Klang, Khalid seharusnya datang dan mengemukakan pertanyaan pada sidang DUN kepadanya.

"Sebentar tadi dia (Khalid) Tweet. Tak perlu Tweet, sebab dia Adun... datang (sidang DUN).. kalau Tweet panjang saya nak kena jawab panjang. Duduk sebab kerusi dah ada. Kalau tak mahu kerusi, beritahu," katanya merujuk kepada Khalid yang tidak menghadiri sidang DUN hari ini.

Khalid sebelum ini dilaporkan mengeluarkan kenyataan berhubung laporan media mengenai kemungkinan kerajaan negeri Selangor akan menaikkan tarif air susulan penstrukturan semula industri itu.

AMANAH Kedah - ‘Harum manis’ pertama gugur 19 November

Wartawan Sinar Harian


ALOR SETAR – Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah memberi gambaran bahawa ‘harum manis’ pertama akan gugur dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Dr Ismail Salleh berkata, harum manis yang dimaksudkan ialah pemimpin dan ahli yang luarannya pengikut Pas tetapi dalamannya menyokong Amanah.

“Kita seolah dicabar untuk menunjukkan bukti bahawa wujudnya ahli Pas yang cenderung kepada Amanah.

“Maka kita akan tunjuk bukti kepada mereka dalam bentuk gugurnya buah itu. Sekarang kita bagi mereka bau dulu bunganya,” katanya kepada media di Ibu Pejabat DAP Kedah, Jalan Putra, di sini, semalam.

Menurutnya, maklumat lanjut berhubung perkara itu akan didedahkan pada 19 November ini kerana terpaksa menunggu ‘harum manis’ tersebut masak sebelum boleh diambil dan kupas.

Difahamkan, gelombang pertama ‘harum manis’ itu adalah melibatkan lebih 300 ahli Pas Kawasan Pokok Sena.

AMANAH akan lawan UMNO BN & BARUA-BARUANYA sekali tak kira di negeri mana

AMANAH LAWAN UMNO DAN BARUA UMNO.


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Amanah membohongi rakyat kerana sebelum ini ghairah menabur janji tidak akan mengganggu usaha PAS menentang Umno di Kelantan.

NOTA TAPAK KAKI:

awal-awal tubuh dulu orang ajak berbincang supaya tak ada pertembungan...mana kerusi yg pas kuat bagi kat pas mana kerusi yg pas tak kuat tak payah lah pulun nak lawannya...tapi pas tak nak nak depa kata depa kuat semua jentera depa hebat depa tak heran nak lawan sapa...

nah skrg bila org dah mula masuk jentera nak lawan pas pulak kalut dok bagi hujah macam2 pulak...habis dah tak nak berbincang dah tak nak bekerjasama...

Amanah yakin Pas akan berubah dan sudi bekerjasama dengan Pakatan Harapan menjelang PRU14 nanti

Amanah yakin Pas berubah

KOTA BHARU – Parti Amanah Negara yakin Pas akan berubah dan sudi bekerjasama dengan Pakatan Harapan menjelang PRU14 akan datang.

Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, Pas tidak seharusnya melihat parti itu memusuhi mereka kerana Amanah bekerja atas semangat kerjasama pembangkang melalui Pakatan Harapan.

“Sedangkan kita sebenarnya bergerak untuk mempertahankan Kerajaan Kelantan daripada jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

“Sikap Pas yang mengambil keputusan untuk bergerak secara sendirian, telah mewujudkan seolah-olah pertembungan tiga penjuru antara Pakatan Harapan, BN dan Pas. Walaupun begitu, kita berharap Pas akan berubah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyifatkan Amanah tidak boleh dipercayai dan berbohong kepada rakyat mengenai matlamat perjuangan mereka.

Wabak "Husam" Sedang Melanda PAS

Che Ibrahim Mohamed


Selepas banjir besar melanda Kelantan pd penghujung tahun 2014 yg telah memusnahkan banyak harta benda dan kemudahan awan, namun alhamdulillah tidak ada jiwa yg menjadi mangsa, nampaknya dipenghujung tahun 2015 ini Kelantan bakal ditimpa musibah lagi yg kesannya barangkali boleh menghanyutkan sebuah negeri.

Fenomena Husam yg mula bertiup di Kelantan skrg telah bertukar menjadi wabak, hampir semua golongan dari semua peringkat masyarakat telah terkesan dgn wabak ini, bahkan ada yg sudah menggila kerananya. Saya meramalkan wabak ini sudah sukar dibendung, bahkan kesannya dibimbangi melebihi musibah banjir besar sehingga boleh membawa kpd kecederaan dan kehilangan nyawa.

Wabak ini hanya boleh dikawal sedikit barangkali secara:

1. Sbg Adun Salor, Kerajaan Kelantan hendaklah menyaman Husam kerana mendedahkan rahsia kerajaan kpd umum atau telah menfitnah kerajaan yg Husam adalah sebahagian drpnya, jika kerajaan gagal atau tidak berbuat sedemikian, maka segala apa yg dibangkit oleh Husam adalah betul.

Orang Islam bersatu sajalah dalam PAS tak payah sokong DAP tuu..!!

KELEMAHAN semua partipun ada. Ini boleh diperbaiki. Tapi keteguhan prinsip dan dasar, asas agama yang kukuh, dukungan majoriti kaum profesional dan ilmuwan, dukungan massa rakyat marhaen, ditambah pengalaman yang lama, kematangan, pemahaman tentang sensitiviti negara kita tentang agama, bangsa dan kedudukan raja-raja Melayu menjadikan PAS terbukti lebih bertanggungjawab.

Pemimpin PAS lebih mementingkan kesejahteraan negara dan tidak mahu menyusahkan rakyat dengan menambah resah dan gelisah yang menghilangkan ketenangan dan ketenteraman hidup yang sudah sedia susah oleh kesalahan yang dilakukan oleh Barisan Nasional/ Umno begitu lama.

Pendekataan yang sejuk mata dan hati memandang lebih digemari majoriti rakyat yang umumnya cintakan keamanan dan perpaduan. Tidak suka kecoh-kecoh yang bagai mula mahu dijadikan budaya.

Rugi kita pecah-pecah ni. DAP sedang ambil kesempatan sehingga berani mencabar mahu merampas kerusi majoriti Islam kerana adanya yang sanggup memainkan peranan memecahkan kesatuan undi yang kita perlu.

Tindak tanduk Husam dilapor kepada PAS Pusat

KOTA BHARU: PAS Kelantan akan membuat laporan kepada PAS Pusat terhadap tindak tanduk Adun Salor, Datuk Husam Musa yang berterusan mengkritik secara terbuka kerajaan negeri dan pimpinan parti.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata pihaknya akan mengambil tindakan mengikut saluran ditetapkan parti.

“Dan tertakluk kepada PAS Pusat untuk mengambil apa-apa bentuk tindakan selepas ini.

“Bagi saya sebagai seorang pejuang demokrasi kebebasan bersuara tidak dihalang, kalau hendak bercakap cakaplah.

“Tetapi bagi orang yang sayang kepada parti dan jemaah biarlah mereka nilai dengan hati terbuka, boleh tengok sendiri kebenarannya,” katanya di sini.

Baru-baru ini ketika berceramah di Mulong, Husam dilaporkan mengulangi kecaman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kononnya PAS mahu membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor.

Air ketum jadi pilihan geng penagih nelayan di negeri Kedah

Air ketum pilihan penagih nelayan
Mohd Nazer melihat statisitik kawasan terlibat kegiatan dadah di negeri ini.

ALOR SETAR - Rata-rata penagih dalam kalangan nelayan di negeri ini dikhuatiri menjadikan air ketum sebagai alternatif kepada dadah bagi mendapatkan tenaga mahu pun menghilangkan rasa ketagihan.

Pengarah AADK Kedah, Mohd Nazer Mustafa berkata, kesukaran mendapatkan bekalan dadah berkemungkinan membuatkan mereka beralih arah kepada air ketum.

“Apatah lagi, bekalan air ketum mudah didapati berbanding dadah jenis heroin dan morfin," katanya.

Nazer berkata, harga pasaran air ketum berkenaan lebih murah berbanding dadah, sekali gus menarik perhatian golongan berkenaan untuk mencuba.

“Jika sebelum ini mereka perlu mengeluarkan wang sebanyak RM25 bagi mendapatkan dadah jenis morfin atau heroin, kini air ketum boleh didapatkan dengan harga RM7 sebungkus,” katanya.

Lapan pusat pemindahan banjir ditutup

Banjir

BALING - Sebanyak lapan daripada 14 pusat pemindahan banjir di Baling telah ditutup setakat jam 8 pagi, tadi.

Sumber Jabatan Pertahanan Awam (Jpam) Daerah Baling mengesahkan hanya enam pusat pemindahan banjir masih dibuka melibatkan seramai 260 orang.

Pusat pemindahan yang ditutup ialah Dewan Surau Weng, Surau Kampung Baru Siong, Dewan Umno Batu 60, Surau Kampung Lahar, Kampung Sungai Limau, Dewan Sungai Kampung Lalang, Kampung Charok Sikin dan Kampung Gua Reban.

Sementara pusat pemindahan banjir yang masih dibuka ialah Surau Ketangga melibatkan 15 mangsa, Dewan Risda Tanjung Pari (16), Rumah Mesra Rakyat Kampung Siput (7), Dewan Bangol Derum (64), Dewan Batu 48 Bongor (24) serta Kompleks Belia dan Sukan Baling (134).




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...