TERKINI :

Thursday, November 12, 2015

'Najib guna polis, mahkamah bunuh lawan politik’

BERSIH dan Suaram hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan polis dan mahkamah untuk “membunuh lawan politiknya” menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata, trend itu adalah sesuatu yang tidak sihat dan perlu ditangani.

"Najib cuba memenangi pilihan raya akan datang dengan menggunakan mahkamah dan juga mensasarkan pemimpin-pemimpin politik,” kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat.

Dalam satu kenyataan bersama, Suaram dan BERSIH berkata 18 pemimpin pembangkang sedang disiasat kerana terbabit dengan protes dan mengeluarkan kenyataan berunsur ‘hasutan’.

“Tindakan sedemikian secara efektif bertujuan membunuh lawan-lawan politik dan juga bakal-bakal calon pilihanraya akan datang, selain merupakan sebuah upaya penindasan politik bagi menafikan hak membantah sepertimana yang dituntut dalam perhimpunan BERSIH 4.”

'Tak boleh elak kemungkinan kerajaan Umno-PAS' - ADUN Batang Kali


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali tidak menolak kebarangkalian ke arah pembentukan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

Penyelaras BN Selangor Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata kerajaan negeri sekarang ini juga sebenarnya sebuah “kerajaan perpaduan” antara DAP, PAS dan PKR.

Justeru, Mat Nadzari berkata, tidak mustahil bentuk sama boleh berlaku antara PAS dan Umno.

"Kita tidak boleh menolak sebarang kebarangkalian kerana ia pernah berlaku sebelum ini.

“(Isu kerajaan) perpaduan PAS dan Umno kita akan akur kepada (pendirian BN) pusat,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Malah, kata Nadzari, keadaan semasa juga menunjukkan empat parti sedang bertelagah berkaitan status kerajaan negeri.

Media bohong isu kenaikan air, MB Selangor ambil tindakan undang-undang

Nov 12 2015 / Nurul Farina Nazlan
Oleh: NORHAYATI UMOR

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/AZMIN_ALI_PC_260914_AFIFRAIEZAL_01.jpg
SHAH ALAM, 12 NOV: Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada media yang melaporkan pembohongan dalam isu kenaikan tarif air.

Beliau berkata, hal itu kerana Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan persetujuan untuk menaikkan sebarang kenaikan tarif air kepada penduduk negeri itu.

"Saya kecewa kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab seakan Kerajaan Negeri bersetuju menaikkan tarif air. Saya kesal ucapan penggulungan saya diputar belit sebahagian media yang merosakkan imej Kerajaan Negeri.

"Ini satu pembohongan. Oleh itu, kerana fitnah ini, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang," katanya dalam penggulungan peruntukan pembangunan Belanjawan Selangor 2016, di Sidang Dewan Negeri, di sini.

Mohamed Azmin turut membacakan hansard dewan jawapannya semalam yang menjawab soalan Sulaiman Razak (BN-Permatang) dan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) dalam sidang dewan itu.

Kejayaan AKP bukti kuasa dahulu untuk buat perubahan, kata pakar sejarah


http://durianasean.com/wp-content/uploads/2014/07/Professor_Datuk_Dr_Mohamad_Redzuan_Othman_-_umexpert.um_.edu_.my_pix.jpgKejayaan AKP Turki melaksanakan banyak perkara untuk kepentingan Islam membuktikan pentingnya untuk mendapat kuasa dahulu dalam politik sebelum membuat perubahan, kata Profesor Datuk Dr Redzuan Othman.

Perubahan pula perlu dibuat secara bertahap dan mengikut kesesuaian semasa, kata pakar sejarah itu dalam forum Turki Baru dan Harapan Dunia Islam di Kolej Dar Al-Hikmah, Bangi.

Buku tulisan Prof RedzuanBuku tulisan Prof Redzuan Katanya, di awal kekuasaannya, pemimpin AKP, Reccip Tayyib Erdogan pernah pergi ke kubur Kamal Attaturk dan bersumpah bahawa dia akan mengekalkan kerajaan sekular di Turki, atas dasar strategi.

"Ini kerana pengaruh sekular sudah terlalu menebal di Turki. Tiada pemimpin Islam di lain-lain negara sanggup mengambil pendekatan tersebut," kata Redzuan yang menulis buku 'Sekularisme dan Proses Demokrasi di Turki' itu.

Menurut Redzuan, tidak ada siapa sangka AKP boleh menang pilihanraya baru-baru ini sebanyak hampir 50%.

Kaji selidik yang dibuat sebelumnya menunjukkan paling banyak boleh menang ialah 44%, kata bekas pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) itu.

Pilihan raya semula diadakan di Turki selepas pilihan raya Jun lalu gagal memberikan majoriti kepada mana-mana pihak dan sukar untuk menubuhkan kerajaan.

Kenapa Wanita UMNO & Ahli Keluarganya Dibayar Gaji 81,700 Sebulan - Baca Pendedahan Ini.


Episode pertama.

Episode kedua.

Wanita UMNO ini memang tersangatlah kontroversi wataknya. Baca dua episode di atas untuk memahami jalan cerita setakat neh.

- Ada kaitan dengan salah guna dana banjir

- Ada kaitan dengan salah guna wang kerajaan untuk kempen PRU

Itu apa yang didedahkan oleh NOW.

Dan, lihat dokumen2 neh pula ;

Zahid cetus kekecohan di Dhaka, tangguh MOU pekerja.. mahu masukkan "cadangan syarikat terpilih Malaysia" dalam MOU

EKSKLUSIF l Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mencetuskan kekecohan di Bangladesh selepas beliau menangguhkan pemeteraian perjanjian dua hala untuk pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh oleh Malaysia.

Zahid berbuat demikian selepas menghantar surat kepada Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Guna Tenaga Kerja Luar Negara, Bangladesh dengan menegaskan bahawa "cadangan syarikat terpilih Malaysia" mesti dimasukkan ke dalam MOU.

"Saya dengan ini meminta Yang Berhormat supaya menggabungkan cadangan syarikat terpilih Malaysia dalam draf MOU yang sedang disediakan.

"Merujuk perkara di atas, sila abaikan semua rancangan awal yang dibuat sebelum ini, sehingga ini dimuktamadkan,” kata Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam surat bertarikh 6 November.

Beliau tidak menyatakan nama syarikat yang dimaksudkannya tetapi dipercayai bahawa syarikat berkenaan adalah Synerflux.

APAKAH HUKUMNYA 'memberi nafas' kepada mereka yang KHIANAT akan amanah yang diberikan kepada mereka?

Oleh Suhaimi Kassim



1. Sifat ulamak yang sebenarnya ialah menjauhi syubhat. Dia pula tidak boleh mendedahkan dirinya dengan melakukan perkara yang mengundang prasangka orang. Patut ke seorang ulamak mengeluarkan kenyataan kenyataan mengelirukan apatah kekeliruan di dalam hal ehwal kehidupan rezeki ini boleh mengundang kepada REDHA KEPADA MAKSIAT PEMBAZIRAN. Perkara mungkar WAJIB diingkari tetapi ustaz Hadi mengheret pengikutnya supaya berada di dua persimpangan. INGKAR DAN REDHA.

Hampir saban tahun belanjawan negara  yang dibentangkan oleh kerajaan UMNO BN  ialah DEFISIT. Setiap tahun juga kita mendapati ada sahaja penyelewengan dalam laporan audit. Sikap dan pendirian PAS ini akan menyebabkan penyelewengan wang dan khazanah negara bertambah subur. APAKAH HUKUMNYA 'memberi nafas' kepada mereka yang KHIANAT  akan amanah yang diberikan kepada mereka? Adakah dengan meredhai belanjawan ini, dia dan ahli-ahli PAS yang bersama dengannya akan terlepas daripada HISAB Allah SWT?

2. Pendekatan mendekati UMNO untuk tujuan islah pernah dilakukan oleh DSAI ketika masuk ke dalam UMNO. Bukan dia seorang sahaja yang mendekati UMNO, malah ramai dari kalangan sahabatnya dari ABIM dan JIM yang terlibat sama. Bagaimanakah kesudahannya? Jika dahulu, ramai pemimpin PAS yang memarahi  DSAI kerana masuk UMNO, adakah ustaz Hadi tidak boleh belajar daripada sejarah lama? Adakah beliau ingin mengulangi semula pengalaman PAS ditendang daripada UMNO 1978 ?

‘Keutamaan saya untuk tukar PM, bukan Umno’ - Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui keutamaan beliau adalah untuk menukar Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri bukannya Umno, mahupun sistem kerajaan.

"Keutamaan saya adalah untuk memastikan Najib berundur," katanya pada sidang media selepas simposium Peperangan Malaysia Menentang Rasuah 2015 di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau mengulas kenyataam Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk S Ambiga yang mencadangkan bahawa masyarakat awam perlu menimbang bekerjasama dengan Mahathir, jika bekas perdana menteri itu bersedia mahu mengubah sistem dan menyingkirkan Umno.

Dr Mahathir bagaimanapun mempertahankan Umno sebagai parti yang baik.

Husam tidak perlu akur kepada ulama naif

 
PERSIMPANGAN

Khabar pada malam 13 November (malam esok) Husam Musa akan berceramah di Kota Bharu Kelantan. Ceramah Husam ini merupakan kali kedua selepas ceramahnya di Kedai Mulong beberapa hari lalu yang telah mengejutkan khalayak politik apabila beliau mendedahkan cerita dalaman Pas yang melibatkan presiden parti tersebut bernama Abdul Hadi Awang.

Ceramah Husam itu sememangnya ditunggu-tunggu kerana sebelum ini beliau membisu walaupun Pas berkemelut ekoran tertubuhnya AMANAH. Husam beruzlah (menyunyikan diri) seketika tanpa mempedulikan politik kerana uzur.

Toh, sebaik pulih dari keuzuran Husam tidak menunggu lama untuk memainkan peranannya sebagai wakil rakyat dan ahli politik bagi membetulkan apa-apa keadaan yang dikira pincang pada akalnya dan perlu diperkatakan demi rakyat dan negeri.

Kerana isi ceramahnya malam itu terkena kena ke atas batang hidung presiden, ia menjadi kontroversi dan panas. Mereka yang mentaksubi Hadi dan menganggap dia adalah peribadi ulama sejati; sambil membela Hadi, membaling tuduhan kesat kepada Husam. Berbagai-bagai cacian dan nesta dilemparkan kepada Husam tanpa melihat kebenaran atau justifikasi apa yang didedahkan Husam.

Juak-juak dan para permuja Hadi marahkan Husam. Serban dan jubah Hadi telah menutup minda mereka untuk daripada melihat dunia secara realiti. Tidak menjadi masalah kalau "pahlwan lembu" yang membelasah dan membalun Husam dalam facebook dan media baru sebagai mempertahankan tindakan huduh Hadi. Tetapi apabila Ketua Dewan Ulama, Mahfodz Mohamad sendiri meminta Husam keluar Pas dan menyertai parti AMANH, ia dianggap sudah melampau. Mahfodz beranggapan Pas sebagai hak mak bapak dia.

Percubaan UG di Selangor: Penafian BANGANG Noh Omar ni tak boleh pakai kut.. !!

Bangang betul la pemimpin Noh Omar ni, memang la kalau takat 27 wakil rakyat tak boleh bwntuk kerajaan di Selangor, tapi benda UG di Selangor dah kecoh lama dah, takkan Pengerusi Umno Negeri taktau cerita.

Malaysiakini melaporkan:
Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini menafikan dakwaan bahawa partinya dan PAS cuba membentuk kerajaan perpaduan di negeri itu.
Malah, beliau turut mempersoalkan logik mengenai dakwaan yang dibuat bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa.

"PAS mempunyai 15 ADUN manakala Umno hanya ada 12. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 29 kerusi (daripada 56) untuk membentuk kerajaan di Selangor," katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Terbuka Deepavali MIC di Batu Caves. - Mkini.
TheMalaysianInsider pula melaporkan:
12 tambah 15, jadi 27. Dengan 27 (kerusi) tidak boleh tubuhkan kerajaan.

"Saya tidak tahu apa-apa. Tetapi secara logiknya, ikut fahaman orang biasa, bagaimana hendak tubuhkan sebuah kerajaan negeri dengan 27 (kerusi)?" soalnya ketika ditemui pemberita pada sambutan rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di Batu Caves hari ini.

Majoriti mudah 29 wakil rakyat dalam badan perundangan Selangor diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri - Ibid.
Bangang betul la pemimpin Noh Omar ni, memang la kalau takat 27 wakil rakyat tak boleh bwntuk kerajaan di Selangor, tapi benda UG di Selangor dah kecoh lama dah, takkan Pengerusi Umno Negeri taktau cerita.

PAS Halau Husam Lepas Tu Akan Tuduh Husam Pengkhianat!

Dewan Ulama saran Husam tinggalkan PAS, sertai Amanah

Susulan kelantangan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mengkritik Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyarankan beliau meninggalkan parti Islam itu, lapor Sinar Harian hari ini.

Mencadangkan Husam lebih sesuai menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfodz melontarkan soalan adakah tindakan Husam itu berkait dengan kegagalannya dalam pemilihan muktamar sebelum ini.

Ini kerana, katanya, kelantangan Husam mengkritik PAS secara langsung itu tidak mendukung kepimpinan presiden dan menunjukkan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu tiada hati dengan parti itu lagi. 

“Kita tidak tahu tujuan dia mengkritik secara terbuka. Adakah disebabkan kalah dalam muktamar baru-baru ini?," katanya dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.

Kenapa YaPEIM Bayar Pemimpin Wanita UMNO, Suami Serta Anaknya RM81,700 Sebulan?


Apa agaknya perasaan 588,930 orang penderma secara bulanan YaPEIM bila mengetahui sumbangan derma mereka digunakan untuk membayar gaji yang terlalu tinggi seorang pemimpin Wanita UMNO, Anaknya dan juga elaun kepada suami pemimpin wanita itu?

Jumlahnya bukan sedikit tapi secara keseluruhannya keluarga Wanita UMNO itu dikatakan menerima sekitar RM81,700 sebulan dari YaPEIM..

Sikit info mengenai YaPEIM..
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ditubuhkan pada 1976 untuk menjana dan menyokong kemajuan umat Islam dari aspek sosio-ekonomi secara kolektif.

Antara program teras yang dianjurkan YaPEIM adalah Program Mikro Kredit Ar-Rahnu atau sistem pajak gadai Islam yang membantu golongan peniaga kecil-kecilan dari segi aliran tunai, Program Membangun Ilmu Pengurusan Islami yang merangkumi projek terjemahan buku-buku Arab ke Bahasa Melayu dan Program Kecemerlangan Komuniti yang termasuk usaha membantu anak yatim dan fakir miskin.

Tiga program teras lain adalah program membangunkan institusi Islam yang merangkumi pembinaan masjid-masjid untuk kegunaan komuniti setempat serta program pembangunan tanah wakaf dan pemangkin, iaitu program membantu mangsa bencana alam.

Dakwaan Husam : Hadi tidak boleh kunci mulut

ABDUL HADI AWANG

SHAH ALAM - Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh terus mengunci mulut terhadap dakwaan yang dilemparkan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, Presiden Pas itu perlu menjawab dakwaan terhadap dirinya itu secepat mungkin bagi mengelakkan isu persepsi terus menebal.

“Jika benar, beliau harus menjawab. Jika tidak betul, beliau harus buktikan dengan testimoni-testimoni ataupun saksi-saksi yang boleh (membuktikan) beliau tidak melakukan.

“Hadi harus mengambil pendirian untuk segera bangkit memberi penjelasan apa sebenarnya yang berlaku," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, Husam yang juga Adun Salor mendakwa Abdul Hadi merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor dan menuntut presidennya itu menafikan dakwaan itu sekiranya ia tidak benar.

Singkir pemimpin sedia ada kalau mahu perubahan

 Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR - Setiap rakyat yang mengimpikan perubahan dalam pentadbiran kerajaan perlu memberi tumpuan kepada penyingkiran kepimpinan sedia ada.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perubahan akan berlaku sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diturunkan daripada jawatannya.

“Ini menjadi tugas penting untuk melakukannya," katanya.

Menurutnya, perubahan sistem pentadbiran haruslah diserahkan kepada pemimpin seterusnya.

“Setakat yang saya tahu, saya fikir, melainkan jika kepimpinan berubah, janganlah mengharapkan perubahan," katanya pada sidang media di sini.

Bilangan mangsa banjir di Baling menurun

Banjir
BALING - Bilangan mangsa di enam pusat pemindahan banjir di daerah ini menurun kepada 130 orang petang ini berbanding 285 pagi tadi.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling, Syamsul Izrin Isahak berkata, 130 mangsa itu adalah dari 30 buah keluarga.

Menurutnya, antara kampung terjejas adalah Kampung Banggol Derum, Kampung Tanjung Pari, Kampung Bukit Sebelah, Kampung Batu 60, Kampung Weng Dalam, dan Kampung Siput.

Enam pusat pemindahan terbabit adalah Surau Kampung Sri Ketengga, Dewan Risda Kampung Tanjung Pari, Dewan Surau Bonggol Derum, Rumah Mesra Rakyat Kampung Siput, Dewan Charok Sikin dan Dewan Batu 48. - Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...