TERKINI :

Tuesday, November 10, 2015

Dr M, pengkritik 1MDB akan berakhir seperti pelawak

Presiden PPP Tan Sri M Kayveas percaya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pengkritik 1MDB akan berakhir kelihatan seperti "pelawak" jika mereka meneruskan bidasan terhadap syarikat pelaburan negara yang sarat hutang itu.

"Beliau (Mahathir) menjadi perdana menteri kita selama 20 tahun. Apa sahaja yang dia kata menyakitkan kita," katanya pada majlis rumah terbuka Deepavali di Brickfields.

"Mahathir perlu tahu apa yang patut dilakukan."

"Semua orang mula berhenti apabila fakta dan kebenaran (mengenai 1MDB) mula keluar satu per satu.

"Saya tidak fikir mereka boleh berbuat apa-apa. Jika mereka terus mengkritik, akhirnya mereka akan kelihatan seperti pelawak,” katanya.

Menurutnya, rakyat Malaysia yang dilahirkan di negara telah mendapat manfaat kerana segala-galanya termasuk pendidikan mereka diberikan.

"Mereka harus bersyukur terhadap negara, bukannya mengkritik negara 24 jam (sehari) sepanjang tempoh lima tahun selepas pilihan raya umum (ke-13)," katanya.

Almarhum TG Nik Aziz kata PAS bubar jika...


PAS bukan sahaja parti politik, tapi jugak gerakan Islam, dari dulu PAS sudah bagitau rakyat Malaysia tentang ini. Sebab itu dalam PAS berpolitik di dalamnya ada dakwah, dalam dakwah PAS ada politiknya. Dua-dua ni bercampur dan bersatu, tidak boleh diasingkan, kalau diasingkan, jadilah dia politik tanpa Islam dan jadilah dia Islam tanpa politik.

Dua-duanya adalah dari rubu' Islam, kalau tidak ada salah satunya, macam otak tanpa perasaan dan macam perasaan tanpa otak. Kalau ada otak tiada perasaan, maka akal berfikir tanpa rasa takut, bimbang dan kasihan belas. Kalau ada perasaan tapi tiada otak, apapun tidak boleh buat, sekadar berasa-rasa sahaja, tapi tidak mampu berfikir untuk berbuat apa yang dirasa.

Politik tanpa Islam, adalah politik jahat, politik rasis, politik rakus, politik hawa nafsu, politik rasuah dan politik yang tidak takutkan Allah, politik yang berada di luar kawalan Islam juga politik yang jauh daripada redha Allah SWT. Dakwah tanpa politik atau tanpa cita-cita politik hanya seumpama bina rumah yang tidak sempurna, hanya sekadar tiang tapi tiada pula dinding dan atapnya.

Pemimpin Wanita Umno didakwa guna dana yayasan kerajaan ketika pilihan raya

Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa individu yang juga pemimpin Wanita Umno Kelantan menerima wang daripada sebuah yayasan berkaitan kerajaan sebanyak 4 kali secara tunai pada 27, 28 April dan 1, 2 Mei tahun ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 9 November, 2015.
Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) mempersoalkan penggunaan dana sebuah yayasan berkaitan kerajaan berjumlah RM223,000 untuk aktiviti semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin pada 24 April lalu.

Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa individu yang juga pemimpin Wanita Umno Kelantan menerima wang tersebut sebanyak 4 kali secara tunai pada 27, 28 April dan 1, 2 Mei 2015.

"Berdasarkan bukti-bukti yang didedahkan, adakah benar individu menerima RM223,000 daripada (sebuah) yayasan untuk menganjurkan program di Rompin ketika PRK Parlimen Rompin?

"Jika ia, apakah bentuk program yang dijalankan ketika PRK Rompin? Apakah bukti program tersebut dilaksanakan ketika itu dan siapakah penerima manfaat derma sumbangan?," soal Akmal pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Kata Akmal melalui pemeriksaan beliau, tiada sebarang aktiviti melibatkan yayasan tersebut diadakan di Rompin.

Cara Felda gerakkan 10,000 hadir demo ‘baju merah’

Jawapan yang diberikan kepada Dewan Rakyat memberi petunjuk bagaimana Felda menggerakan 10,000 peneroka bagi menyertai perhimpunan 'baju merah' di Kuala Lumpur.

Menurut Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, agensi kerajaan yang membantu golongan miskin menerokai penempatan baru di luar bandar mengadakan perhimpunan sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September

Peneroka diberitahu bahawa Felda menganjurkan perhimpunan di ibu negara itu sebagai sebahagian daripada program komuniti untuk menggalakkan semangat patriotik dan menanamkan rasa syukur di kalangan peneroka.

"Bagaimanapun, seperti yang diketahui umum, 16 Sept tahun ini adalah perhimpunan baju merah," kata Teo.

"Adakah perhimpunan peneroka Felda sengaja diadakan pada hari yang sama untuk meningkatkan bilangan peserta perhimpunan baju merah?" soal pemimpin DAP itu.

Teo berkata, jawapan di Parlimen memaklumkan jumlah peneroka Felda yang menyertai perhimpunan tersebut dianggarkan 10,000.

Justeru, beliau mengandaikan kira-kira 10,000 peneroka Felda menyertai perhimpunan itu yang sebahagian besar mereka diangkut ke Kuala Lumpur dengan bas.

Teo juga membidas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Tanah Rancangan (JKKR) dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW)yang didukung oleh kerajaan pusat kerana memberikan peruntukan RM925,000 bagi membiayai ‘perhimpunan Felda’.

"Wang itu sepatutnya digunakan untuk kepentingan awam, bukan untuk tujuan politik ...," katanya.

Menurut Teo, peneroka Felda juga tidak mempunyai sebab untuk bersyukur, kerana saham Felda Global Ventures (FGV) jatuh daripada RM4.45 bagi setiap unit pada tahun 2012 kepada RM1.93 seunit.

Pencapaian AKP dalam 13 tahun pilihan raya di Turki

PARTI Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang dipimpin oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan baru sahaja memenangi pilihan raya legislatif yang diadakan pada awal bulan November ini.

Akan tetapi tahukah kita bahawa AKP telah memenangi pilihan raya di Turki sebanyak 13 kali?

Berikut perjalanan perolehan suara AKP merubah Turki dalam kurun waktu 13 tahun terakhir.

1. Memenangi pilihan raya pada tahun 2002 dengan perolehan suara sebanyak 10,848,704 orang.

2. Pada tahun 2004 AKP kembali menjadi pemenang dengan perolehan suara sebanyak 13,447,287 orang.

3. Pilihan raya 2007 kembali dimenangi AKP dengan suara sebanyak 16,327,291 orang.

4. Melangkah ke tahun 2009 dengan perolehan suara sebanyak 15,353,553 orang.

5. Pada tahun 2011 AKP memperoleh suara sebanyak 21,346,876 orang.

6. Pada tahun 2014 kembali memenangi pilihan raya dengan 20,519,134 orang.

7. Sementara itu pada pilihan raya legislatif 7 Jun 2015, AKP memperoleh 18,867,134 orang.

8. Dan akhirnya dalam pilihan raya semula akibat tidak terbentuknya kerajaan pada pilihan raya 7 Jun, Erdogan dan partinya memperoleh 23,669,933 suara pada awal November kelmarin. (Eramuslim)

Tolak Bajet Anti Rakyat, Bentang bajet Baru Pro Rakyat


Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR

http://media.themalaymailonline.com/images/sized/ez/mahfuz-omar1-200813_620_443_100.jpg
1. Menolak Bajet 2016 tidak akan mendatang masalah yang rumit kepada negara dan rakyat. Tetapi ia mendatangkan masalah imej buruk kepada kepimpinan Najib dan parti BN yang memerintah. Bajet yang bersifat anti rakyat wajar ditolak untuk membolehkan satu bajet baru yang pro rakyat dan negara dibentang semula bagi melancarkan pengurusan kewangan negara yang tidak membebankan hidup rakyat.

2. Salah faham kononnya jika Bajet 2016 ditolak akan menyebabkan negara tidak boleh berbelanja dan kakitangan kerajaan tidak mendapat gaji adalah suatu yang salah. Menolak bajet perlu dilihat bahawa suatu bajet yang lebih baik diperlukan. Menolak bajet bermakna suatu bajet baru perlu dibentangkan semula.

3. Sejarah membuktikan bagaimana Bajet tahun 2000 dibentang dua kali pada tahun 1999 dan tahun 2000. Kali pertama bajet tahun 2000 dibentang pada 29 Oktober 1999 oleh Menteri Kewangan, Tun Daim. Belum pun sempat diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, parlimen telah dibubarkan pada 11 November 1999 pada waktu Parlimen sedang membahaskan bajet tersebut.

Masalahnya cukai dinaikkan kerana kerajaan tidak pandai mencari sumber yang lain untuk negara.

Aspan Alias

aspan-alias blog
Sekarang adalah zaman kita membayar cukai dari satu cukai ke satu cukai yang lain.

Apabila kita membuat ‘complain’ terhadap cukai yang amat membebankan itu kita akan disuruh oleh pemimpin kita untuk mengendalikan kehidupan kita dengan baik dan praktikal.

Jika kita tidak larat membeli ikan jangan makan ikan. Itu kata seorang bekas menteri kita. Seorang lagi menteri yang masih muda tetapi agak ‘bongok’ telah meminta kita jangan marah dengan kenaikan tol. Jika tidak mampu membayar tol bangun pagi-pagi dan mulakan perjalanan ke pejabat awal pagi. Sikap pemimpin dari Sabah ini tidak lebih dan tidak kurang sikap orang yang suka melukah di tempat yang genting.

Dua hari yang lepas harga rokok melambung sebanyak 40 peratus. Ada pemimpin yang meminta kita menggunakan wang untuk rokok itu membeli makanan dan jangan menghisap rokok lagi. Kenyataan-kenyataan seperti ini amat menjemukan dan menjelekkan kita mendengarnya.

Masalahnya cukai dinaikkan kerana kerajaan tidak pandai mencari sumber yang lain untuk negara. Sejak pentadbiran yang ada sekarang ini, kita dicukai kerana pemimpin kita hanya tahu dan nampak satu sumber sahaja untuk menambah pendapatan negara. Subsidi bahan api dan yang lain ditarik balik dan dalam masa yang sama kita dicukai tidak berpatutan.

Tiada hubungan, Tuan Ibrahim sekali lagi tolak kerjasama PAS-Amanah

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bekerjasama ditolak kerana PAS enggan mempunyai hubungan dengan DAP mahupun Amanah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 November, 2015.
PAS sekali lagi menolak cadangan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya kedua-dua parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan di Selangor melalui satu perjanjian rasmi, Sinar Harian Online melaporkan hari ini.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan yang dikemukakan bekas pemimpin parti Islam itu, Khalid Samad ditolak kerana PAS sudah tiada hubungan dengan DAP mahupun Amanah.

"Kita (PAS) tiada hubungan dengan DAP. Parti itu pun tahu kita putus hubungan dan tidak mungkin akan bersama Pakatan Harapan untuk bergabung semula.

"Dan keduanya, kita tidak menerima parti Amanah. Jadi, saya fikir dia (Khalid) tidak berada pada realiti politik yang sebenar.

"Realiti sebenarnya, DAP tidak akan bersama PAS dan PAS tidak akan bersama DAP. Jadi saya fikir cadangan itu mungkin tidak akan berlaku," beliau dipetik berkata portal itu.

Tuan Ibrahim mengulas cadangan Khalid, yang selaku pengarah komunikasi Amanah membuat saranan itu bagi menangani kemelut politik yang melanda pentadbiran negeri Selangor.

Semua pusat pemindahan banjir Baling ditutup

BALING - Semua enam pusat pemindahan mangsa banjir telah ditutup dan 109 mangsa terakhir telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas banjir di daerah ini pulih sepenuhnya.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling Syamsul Izrin Isahak berkata, keenam-enam pusat pemindahan terbabit ditutup pada 5.00 petang ini. Ketika dihubungi, beliau berkata keadaan cuaca di Baling hari ini baik.

Kuala Nerang - Bayi sakit jantung perlu bantuan

KUALA NERANG - Seorang bayi berusia enam bulan yang menghidap sakit jantung di Kampung Padang Gelanggang, di sini memerlukan dana bagi membeli mesin bantuan pernafasan. Bayi, Muhammad Rayyan Mohd Yazid disahkan menghidap penyakit berkenaan ketika berusia sebulan. Ibu bayi, Annur Syakirah Mahazir, 19, berkata, anak kesayangannya itu kini terlantar di Wad Separa Kritikal (Pediatrik) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat penyakit berkenaan.

Menurutnya, doktor telah mengesahkan anaknya itu mengalami masalah jantung berlubang, saluran pernafasan sempit dan tiada injap dalam saluran pernafasan. “Disebabkan masalah itu, Rayyan sering mengalami masalah kekurangan oksigen kerana tidak dapat bernafas dengan baik dan menggunakan mesin bantuan pernafasan setiap masa.

"Selain itu, paru-paru Rayyan disahkan rosak, oleh itu dia terpaksa bergantung sepenuhnya pada mesin bantuan pernafasan,” katanya ketika ditemui di HSB semalam. Annur Syakirah berkata, dia dan suaminya, Mohd Yazid Lazim, 24, memerlukan dana sebanyak RM7,000 bagi membeli mesin bantuan pernafasan, tangki oksigen dan mesin penyedut kahak. Jelasnya, jika peralatan berkenaan dapat disediakan, anaknya boleh dibawa pulang ke rumah.

“Kami tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu kerana suami bekerja sebagai penoreh getah yang berpendapatan RM800 sebulan. “Kadangkalanya kami terpaksa berhutang untuk datang ke HSB ini kerana masalah kewangan. Kini HSB sudah menjadi rumah kedua kami sejak anak dirawat di sini,” katanya.

Bagi yang ingin membantu boleh berbuat demikian menerusi CIMB 7057753680 atas nama Annur Syakirah atau menghubungi talian 0194070530.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...