TERKINI :

Monday, November 9, 2015

Tun Mahathir VS Najib - Selesaikan Secara ANAK JANTAN !


Kali ini saya ingin berkongsi pandangan Zaid Ibrahim ( KLiK ) susulan soal siasat Polis dengan Tun Mahathir. Kemungkinan besar siasatan Polis adalah berkaitan apa yang diucap oleh Tun semasa Bersih baru ni.

Saya setuju dengan pandangan Zaid -

From what I recall, Tun Mahathir did say something that could well be grounds for a civil claim, but why drag in the police? Najib Razak should just sue Tun Mahathir for slander, or civil defamation—that, at least, is how a man should behave. After all the issue is a simple straightforward one; did Najib take the money from 1MDB / SRC or not. Then did he pay off all those UMNO / BN leaders to keep them quiet , and continue to support him in power?
.
( terjemahan saya ) Apa yang saya ingat, Tun Mahathir ada berkata sesuatu yang boleh dijadikan asas untuk satu kes sivil, tapi kenapa perlu diheret pihak Polis ? Najib sepatutnya saman saja Tun Mahathir atas tuduhan fitnah, sebagaimana seorang JANTAN harus bertindak.

Isunya mudah saja, adakah Najib terima wang dari 1MDB/SRC atau tidak. Adakah Najib bayar pemimpin2 Umno/BN untuk menutup mulut mereka dan supaya mereka terus menyokong beliau kekal berkuasa ? 

Pendek kata - Isu adalah isu PERIBADI antara Najib dengan Tun Mahathir. Tidak perlu dilibatkan pihak Polis atau mana2 pihak berkuasa atau parti atau kerajaan ... 

Isu sebenar ialah NAJIB bukannya VAPE..!!!

JANGAN TERBUAI DENGAN VAPE, ISU SEBENAR NEGARA IALAH NAJIB

Entah sampai bila isu vape ini akan terus berlarutan berikutan satu demi satu isu berkaitan dengannya sentiasa saja muncul di hadapan kita.

Bermula dengan Mufti WP sudah mengisytiharkannya haram, kemudian kabinet membuat keputusan bertentangan dengan tidak mengharamkannya, menteri yang tidak berkaitan membuat pengumuman mengenai vape dan selepas itu Kementerian Kesihatan pula membuat serbuan kepada kedai-kedai yang menjual vape berhubung kandungan nikotin dalam perisanya.

Ia kemudian bertukar menjadi isu perkauman dan politik apabila kononnya ramai pengusaha vape adalah Melayu dan timbul pula dakwaan yang entah kajian daripada mana bahawa gangguan terhadap vape akan menyebabkan BN kehilangan sejuta sokongan pengundi muda dalam pilihanraya akan datang.

Adakah untuk mengekalkan kuasa, BN akhirnya bukan saja perlu menghalalkan vape, bahkan juga perlu membenarkan semua perbuatan lain yang menjadi kesukaan anak-anak muda tanpa memikirkan kesan buruk atau halal haramnya?

Kemudian ada pula sebuah kementerian mengeluarkan kenyataan mahu menetapkan harga vape yang seragam, manakala menteri yang lain pula mahu kreativiti anak Malaysia dikenali di peringkat dunia kerana perisa vape yang berbagai dan macam-macam.

Kenapa tiba-tiba hendak jadi penasihat musuh

 
Parti Amanah Negara (AMANAH) membidas PAS yang didakwa cuba mengelirukan ahli akar umbi parti dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan negeri Terengganu.

"Bagaimana boleh anda jadi penasihat kepada musuh?" soal Naib Presiden AMANAH Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Katanya, ahli parti sentiasa diberitahu bahawa PAS sebagai sebuah parti politik perlu memenangi kerusi bagi merebut Putrajaya.

"Ini adalah sesuatu yang sangat asas.

"Ahli-ahli PAS sentiasa diberitahu bahawa parti perlu melaksanakan pembaharuan yang lebih efektif di negara ini dan bukannya menjadi penasihat kepada BN atau Umno," kata Mujahid kepada Malaysiakini.

4 individu gagal halang Hadi bentang hudud di Parlimen

Empat individu hari ini gagal menghalang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentang rang undang-undang berkaitan hudud di Parlimen. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2015.
Empat individu hari ini gagal menghalang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentang rang undang-undang berkaitan hudud di Parlimen.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan Hadi dan 4 yang lain untuk membatalkan saman tersebut atas alasan individu berkenaan tiada locus standi (kedudukan di sisi undang-undang) berbuat demikian.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu di dalam kamar dihadiri kesemua pihak.

Peguam Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili Hadi berkata yang Hakimjuga menyatakan sebagai anggota Parlimen, Hadi mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan Akta Parlimen.

Selain Hadi, 4 individu tersebut iaitu Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin menamakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, 2 Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee serta setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah sebagai defendan.

Syarikat parking saman MBAS RM46 juta

MPAS
PETALING JAYA: Sebuah syarikat meletak kenderaan, Syarikat Kayangan Parking Sdn Bhd (KPSB), memfailkan saman lebih RM46 juta terhadap Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Ia dibuat di depan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Setar, Noorhidayah Mohd Saad.

Tuntutan ganti rugi itu diambil selepas wujud pelanggaran perjanjian yang dipersetujui bersama.

Dalam fail writ samannya, Ketua Pegawai Eksekutif (KPSB), Ahmad Hazery Che Din mendakwa syarikatnya berdepan masalah selepas menandatangani perjanjian menguruskan tempat meletak kereta di bawah bidang kuasa MBAS pada 17 Mac 2015.

Selain menukar waktu dan tempoh operasi, MBAS turut dikatakan memendekkan masa operasi sepanjang Ramadan dan lewat membuat pembayaran perkongsian kutipan.

Menurut laporan yang dipetik Berita Harian Online, KPSB turut mendakwa defendan tidak mengeluarkan kompaun terhadap pesalah yang meletak kereta secara salah di luar petak tempat meletak kereta di kawasan bawah kawalan plaintif.

'Waspada cubaan eksploitasi kaum, agama demi laba peribadi'


Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya berwaspada dan tidak membenarkan sebarang cubaan mengeksploitasi sentimen kaum dan agama menular dalam masyarakat, demi meraih laba peribadi yang sempit.

Bekas timbalan perdana menteri itu turut menegur rakyat dan pemimpin supaya mengamalkan kehidupan berasaskan prinsip jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam kehidupan untuk memastikan negara kekal maju, aman dan makmur.

"Sama ada kita adalah rakyat atau pemimpin, masing-masing memikul tanggungjawab yang besar untuk memastikan negara kita sentiasa berada pada landasan yang betul dan mengorak langkah ke hadapan untuk menempa kemajuan, kestabilan dan kemakmuran yang berkekalan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut oleh masyarakat penganut Hindu esok.

Mohd Amar: Semua masalah dalaman PAS salah Hadi?


Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kemelut dalaman yang melanda parti Islam itu kini bukan disebabkan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebaliknya, Mohd Amar berkata masalah tersebut berpunca daripada sikap anggota parti itu sendiri terutama pemimpin yang tewas dalam pemilihan di muktamar PAS Jun lalu, lapor Sinar Harian hari ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga timbalan menteri besar Kelantan mempersoal sama ada permasalahan yang dikatakan berlaku dalam PAS terbukti disebabkan pemimpin nombor satu PAS itu.

"Cadangan semua orang boleh buat, tetapi adakah semua masalah yang berlaku di dalam PAS ini, salah presiden?

"Atau adakah masalah ini dicetuskan oleh ahli-ahli PAS terutamanya yang kalah dalam pemilihan baru ini, bukan Presiden yang menjadi masalah," katanya seperti dilapor dipetik akhbar itu.

G25 jumpa Dr M, Muhyiddin, tapi akui berkecuali

Kumpulan tokoh Melayu terkemuka (G25) menjarakkan diri daripada dakwaan seorang ahlinya yang menyokong Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai Perdana Menteri dengan berkata kumpulan itu kekal berkecuali dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

G25 dalam satu kenyataan malam semalam merujuk kepada kenyataan Mohamed Tawfik Ismail di The Star bahawa Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin ada berjumpa dengan mereka pada Oktober lalu berhubung rancangan menolak Najib tetapi kumpulan itu dikatakan tidak bersetuju.

Tawfik juga memberitahu akhbar harian berbahasa Inggeris itu bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis yang berasingan juga meminta G25 melakukan perkara yang sama.

"Kami percaya bahawa walaupun kuasa politik boleh berubah dari semasa ke semasa, namun, badan kehakiman, penguatkuasaan undang-undang dan agensi kawal selia dan perkhidmatan awam mesti kekal bebas untuk mewujudkan keyakinan dalam profesionalisme dan kesinambungan sistem pentadbiran.

Siasat 1MDB, bukan anak Azmin, kata DAP kepada polis

DAP membidas tindakan polis yang mengarahkan anak Menteri Besar Selangor, Azmin Ali untuk tampil ke balai polis kerana menyertai perhimpunan BERSIH 4 yang didakwa sebagai pendakwaan terpilih.

"DAP Selangor menggesa Kementerian Dalam Negeri untuk menghentikan gangguan terpilih ke atas Basheer Azmin, seorang pelajar berusia 15 tahun yang akan mula menduduki peperiksaan akhir di sekolahnya minggu ini.

"Apakah yang polis fikirkan?

"Sudah dua bulan sejak perhimpunan BERSIH dan tiba-tiba, ataupun sekadar kebetulan polis mengkehendaki kehadiran Basheer pada hari peperiksaan akhirnya?" kata Pengerusi DAP Selangor dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam satu kenyataan.

Katanya, tindakan polis mahu menyoal Basheer menunjukkan bahawa polis bermotifkan politik, dan bahawa BN cuba untuk menindas pembangkang.

Pua juga mempersoalkan sama ada polis akan menyiasat semua mereka yang hadir pada perhimpunan BERSIH 4.

"Adakah polis akan memanggil sehingga 500,000 orang yang hadir pada perhimpunan BERSIH untuk siasatan?

Kenapa Mahathir enggan jawab soalan polis

  
 
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menjawab soalan berkaitan siasatan dakwaan rasuah pemimpin Umno kerana perkara itu tidak penting lagi dalam sebuah "negara polis", kata bekas menteri.

Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata sama ada menjawab soalan atau tidak, polis akan tetap mendakwa seseorang itu di mahkamah jika mereka mahu.

“Mereka akan tanya kamu soalan walaupun kamu tidak tahu asas siasatan terhadap kamu.

“Ini mungkin sebabnya kenapa Mahathir enggan menjawab soalan mereka,” kata Zaid.

Zaid mengetengahkan isu itu setelah menerima banyak panggilan daripada penyokong Mahathir yang bimbang bekas perdana menteri itu didakwa kerana tidak menjawab soalan polis.

Ketika dinyatakan kenyataan 6 November lalu, Mahathir mengambil pendirian tidak menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

"Mereka (polis) bertanya soalan, saya berkata, saya tidak akan menjawab," kata Mahathir sambil ketawa ketika diajukan soalan pemberita selepas selesai sesi itu.

AMANAH tegur S'gor: Jangan ada wanita simpanan

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/09/azmin-ali_pan_selangor_600.jpg

Parti Amanah Negara (AMANAH) mengikuti dengan penuh minat desakan yang dibuat oleh salah seorang perwakilan konvensyen DAP Selangor terhadap kerajaan negeri Selangor.

Beliau mendesak supaya PAS dikeluarkan dari kerajaan negeri Selangor dan sekiranya tidak, maka DAP perlu keluar!

Desakan ini telah diberikan liputan luas oleh media dan ia mendatangkan bermacam-macam reaksi rakyat Selangor.

Walaupun ia bukan satu resolusi yang diluluskan secara rasmi dan hanya desakan seorang perwakilan, ia digambarkan seolah-olah keputusan muktamad DAP.

AMANAH melihatnya sebagai luahan peringkat akar umbi yang tidak berpuas hati dengan suasana yang dianggap terumbang-ambing antara Pakatan Harapan dan ‘Pakatan PKR-PAS’.

Namun demikian, desakan untuk mengeluarkan PAS secara mengejut tidak akan menguntungkan semua kecuali Umno dan BN.

Hala tuju Pakatan Harapan Selangor, MB jumpa AMANAH Khamis


Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mahu mengadakan pertemuan dengan pimpinan Parti Amanah Negara (AMANAH) Khamis ini untuk berbincang dengan pelbagai isu, khususnya membabitkan kerajaan negeri Selangor.

Ia antaranya termasuk menyelesaikan tuntutan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad supaya Pakatan Harapan menandatangani perjanjian bersama kerajaan Selangor.

"Itu cadangan dia (Khalid). Saya akan bertemu dengan pimpinan AMANAH pada hari Khamis ini.

"Untuk berbincang mengenai semua perkara (termasuk) macam mana nak lawan Umno-BN," katanya kepada pemberita selepas sidang media di ibu pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di ibu negara hari ini.

‘Kenapa tak rampas rokok yang ada 4,000 racun?’


SHAH ALAM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempersoalkan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyerbu premis dan merampas perisa-perisa rokok elektronik atau vape yang mempunyai kandungan nikotin sedangkan bahan yang sama digunakan dalam rokok.

Ketua Aktivinya, Datuk Nadzim Johan menegaskan kementerian itu perlu membuat kajian secara menyeluruh tentang kesan penggunaan perisa vape bernikotin itu khususnya kepada perokok kedua atau “second hand smoker” sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Kabinet perlu membuat keputusan yang jelas dan masuk akal berdasarkan undang-undang yang dikeluarkan setelah kajian dilaksanakan. Buatlah kajian betul-betul, rokok beratus tahun elok saja, elok tak diharamkan walaupun ada 4,000 racun dalamnya, tapi elok saja.

“Ada atau tidak (kesan), kenalah buat kajian termasuk universiti, bukan kajian yang dibuat oleh pihak yang ada kepentingan, ia perlu dikaji dan perlu ada regulasi yang jelas, tak boleh diambil tindakan tergesa-gesa nak rampas, nak tahan dulu sebelum ada keputusan, takut keputusan dibuat itu nampak tak jelas,” katanya kepada Sinar Online.

'Tolak Bajet 2016 tak jejas gaji penjawat awam'


MP PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menolak tanggapan kononnya jika Bajet 2016 ditolak akan menyebabkan kakitangan kerajaan tidak akan menerima gaji bulanan mereka.

Beliau berkata bajet "anti rakyat" wajar ditolak bagi membolehkan belanjawan baru "pro rakyat dan negara" dibentang semula bagi melancarkan pengurusan kewangan negara supaya tidak membebani hidup rakyat.

"Salah faham kononnya jika Bajet 2016 ditolak akan menyebabkan negara tidak boleh berbelanja dan kakitangan kerajaan tidak mendapat gaji adalah suatu yang salah. Menolak bajet perlu dilihat bahawa suatu bajet yang lebih baik diperlukan.

"Menolak bajet bermakna suatu bajet baru perlu dibentangkan semula," katanya dalam satu kenyataan.

Mengukuhkan hujahnya, Mahfuz mengemukakan bukti bahawa bajet tahun 2000 dibentang dua kali, kali pertama pada 29 Oktober 1999 oleh Menteri Kewangan ketika itu Tun Daim Zainuddin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...