TERKINI :

Sunday, November 8, 2015

Mahathir terus memeningkan kepala Najib

Oleh Shahbudin Husin

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad akhirnya diambil keterangannya oleh pihak polis berikutan beberapa tindakannya dalam mendesak Najib Razak meletakkan jawatannya.Antara tindakan yang dilakukan oleh Tun Mahathir ialah membuat beberapa dakwaan terhadap Najib seperti "mencuri wang", "merasuah pemimpin UMNO" dan sebagainya.

Malah untuk menunjukkan kesungguhannya menyingkirkan Najib, Tun Mahathir juga turun ke perhimpunan Bersih 4 sebanyak dua kali.

Namun demikian, tidak diketahui atas kesalahan yang mana beliau disiasat dan diambil keterangannya itu.

Bagaimanapun, Tun Mahathir memilih untuk tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada pihak polis yang menemuinya selama kira-kira 45 minit di pejabatnya di Yayasan Al Bukhary itu.

Dengan memilih tidak menjawab pertanyaan pihak polis itu, Tun Mahathir kini seolah-olah menyerahkan kepada pihak polis, atau secara tepatnya kepada Najib yang sedang memimpin kerajaan, untuk mengambil apa-apa tindakan seterusnya kepada beliau.

Sudah tentu DAP lawan PAS di Selangor

Oleh Wan Ji Wan Hussin


Ramai akui selepas pilihan raya akan datang, tidak akan ada lagi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.Jika Barisan Nasional kalah di Selangor, kerajaan yang bakal dibina adalah kerajaan Pakatan Harapan. Kerajaan Pakatan Harapan ini, sudah pasti terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara, tanpa PAS.

PAS bukan tidak diajak menyertai Pakatan Harapan. Namun, PAS sendiri yang menyatakan sikap tidak mahu bersama dengan Pakatan Harapan.

Mungkin disebabkan mereka tidak bersedia bersama dengan DAP, disamping kewujudan “rakan-rakan lama” dari Amanah.

Ataupun, mungkin syarat yang dikenakan kepada PAS tidak dapat dilaksanakan, seperti tidak boleh ponteng mesyuarat Pakatan, tidak boleh “U-turn”, perbezaan dasar dan prinsip diselesaikan di meja rundingan dan sebagainya.

PAS cabar AMANAH bertanding di 8 kerusi yang DAP nak tanding di Selangor?

Beranikah Amanah bertanding di 8 DUN Selangor?

amanah
PETALING JAYA, Pas mencabar Parti Amanah Negara (Amanah) supaya bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dikuasainya.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, mempersoalkan pendirian parti itu yang dikatakan tidak membantah hasrat DAP untuk bertanding di kawasan berkenaan.

“Kami yakin, insya-Allah, Pas mampu kekalkan kerusi tersebut, yang penting semua sayap bergabung dan kuatkan saf untuk hadapi PRU14,” katanya yang dipetik daripada portal Sinar Harian.

Jelas Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan itu, dakwaan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad bahawa keputusan DAP untuk bertanding di kawasan berkenaan kerana parti itu telah hilang keyakinan menjadi tanda tanya.

Katanya, jika ia benar sepatutnya DAP memberi laluan kepada rakannya dalam Pakatan Harapan untuk bertanding, bukannya parti itu.

“Kalau hilang keyakinan, dia (DAP) patut bagi laluan kepada Amanah”, ulasnya.

Isu vape :KJ suruh Haramkan sama penjualan rokok

khairi vape
PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu penjualan rokok elektronik atau vape dan rokok dikawal selia dengan ketat oleh kerajaan.

Bagaimanapun katanya, jika kerajaan mahu mengharamkan penjualan vape maka ia perlu dilakukan dengan adil dan saksama terhadap rokok dengan mengharamkan juga penjualannya.

“Kita menghabiskan terlalu banyak masa mengenai perkara ini (membincangkan pengharaman penjualan vape)” katanya menerusi akaun twitternya pada Ahad.

Beliau yang sehaluan dengan pemilik akaun twitter Zikri Mzd yang menyatakan adalah agak mengecewakan melihat semua pandangan negatif mengenai vape namun, rokok masih dijual secara terbuka di pasaran tempatan.

Sebelum ini, Khairy menggesa supaya penggunaan vape diharam di sekolah.

Akhirnya Mukhriz sedia undur diri....


ALOR SETAR - Datuk Seri Mukhriz Mahathir sedia mengundurkan diri dari jawatan Menteri Besar Kedah dan menyerahkan kepada mana-mana pemimpin tempatan yang dirasakan lebih popular dan mampu menyakinkan rakyat menjelang PRU14.

Beliau berkata, hal itu akan berlaku sekiranya rakyat di negeri ini sudah tidak lagi menyokongnya.

"Namun jika rakyat dirasakan masih bersama saya, mohon semua pihak memberi kerjasama dalam pentadbiran saya untuk memastikan kita tetap mentadbir negeri ini hingga selepas PRU14 nanti," katanya kepada media di majlis anugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.

Hadir sama,Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata, saf (kepimpinan) perlu dirapatkan supaya apa sahaja yang dilakukan di peringkat negeri atau pusat mendapat sokongan semua pihak termasuk adun dan parlimen.

Tun M sindir Najib kerana kata ‘semuanya baik’

SHAH ALAM – Selepas disoal siasat pihak polis dua hari lalu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana jenayah fitnah berhubung kenyataan terbuka yang mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak semasa perhimpunan Bersih 4, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaikan ‘tidak serik’ dengan gangguan tersebut.

Malah kali ini beliau terus menyerang Perdana Menteri itu kerana menafikan bahawa negara berada di ambang krisis kewangan sedangkan nilai ringgit semakin menyusut kepada RM4.30 berbanding dolar Amerika Syarikat yang boleh menjejaskan ekonomi negara.

“Ini adalah satu penurunan nilai yang besar, lambat laun akan menjejaskan perniagaan import atau pinjaman dalam Amerika dolar. Pasaran saham pula turun dengan kehilangan besar dalam permodalan pasaran. Sekali lagi ini tidak baik untuk ekonomi.

“Pertumbuhan ekonomi ketinggalan di belakang Indonesia dan Filipina. Ini tidak normal. Kita biasanya meninggalkan mereka jauh di belakang,” katanya dalam entri terbaru di blognya chedet.cc, pada Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan Najib pada Rabu yang mengatakan Malaysia tidak akan mengalami krisis kewangan meskipun nilai mata wang negara terus jatuh.

Dalam pada itu, Dr Mahathir juga mempersoalkan jaminan Najib itu apabila timbul keperluan untuk menangkap pihak yang mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara.

“Jika mereka mensabotaj sudah pasti perbankan dan kewangan Malaysia tidak akan baik. Ia akan menjadi disfungsi. Tetapi adakah benar semuanya baik. Ini tidak mungkin! Bank-bank dan sistem kewangan mungkin baik, tetapi terdapat juga petunjuk-petunjuk lain yang menunjukkan bahawa ekonomi tidak baik,” ujarnya.

Bekas Perdana Menteri turut mengulangi kritikannya bahawa skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma RM2.6 bilion dalam akaun bank Najib dan penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen antara punca utama hilangnya keyakinan pelbagai pihak terhadap kerajaan.

“Jadi semua tidak boleh dikatakan baik. Siapakah yang bertanggungjawab? Tidak mungkin satu entiti yang tidak wujud!

“Mesti ada orang-orang yang menguruskan ekonomi, menguruskan negara, orang yang mempunyai kuasa dan pengaruh yang mana kata-kata dan perbuatan mereka boleh menjejas ekonomi,” tegasnya.

NGO: Gagal tangani isu vape, BN hilang sejuta pengundi

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) mendakwa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdepan risiko hilang sejuta pengundi pada pilihan raya umum jika isu rampasan cecair vape tidak ditangani segara.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah meminta Najib campur tangan dalam isu tersebut dan menggesa menteri bertanggungjawab meletakkan jawatan jika isu tersebut gagal ditangani.

"Kita mohon perdana menteri campur tangan dalam isu ini sebab hal ini melibatkan lebih daripada sejuta pengundi yang mana mereka adalah mengunakan pengguna vape.

"Kita tak nak isu ini menjadi isu politik yang akhirnya menjejaskan nama baik kerajaan yang sedia ada sebelum ini," kata Ridzuan ketika ditemui pemberita ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.

Beliau mewakili IKHLAS membuat laporan polis kira-kira jam 11.40 pagi ini terhadap Kementerian Kesihatan yang didakwanya membuat rampas rokok elektronik itu baru-baru ini.

Turut hadir Majlis Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRRIM).

Menurut Mohd Ridzuan lagi, beliau menggesa pengusaha vape yang barangnya dirampas supaya membuat laporan polis.

Sementara itu, dalam laporan polis itu, beliau berkata pihaknya, pengusaha dan usahawan vape Bumiputera kesal dengan tindakan rampasan yang dibuat kementerian itu, tanpa notis awal.

"Segala kerugian yang dialami oleh para peniaga perlu diambil tindakan," katanya dalam laporan polis itu.

Kementerian Kesihatan pada Isnin dilaporkan akan merampas cecair vape yang mengandungi nikotin dalam satu operasi dan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat menjual cecair bernikotin untuk rokok elektronik

Menterinya, Datuk Seri S Subramaniam berkata kementerian mempunyai kuasa untuk merampas produk yang mengandungi nikotin mengikut Akta Racun 1952 (semakan 1989) dan Akta Makanan 1983.

Menteri Kesihatan Datuk Dr S Subramaniam hari ini dilaporkan berkata satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengendalikan isu berkaitan e-rokok (vape) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada 28 Oktober, Subramaniam berkata kementerian sedang berusaha mendapatkan hak undang-undang sama ada untuk mengharamkan vape atau tidak sebelum ia menjadi isu besar.

Bagaimanapun, pada 29 Oktober, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kabinet telah memutuskan untuk tidak mengharamkan vape.

Pas sedia kerjasama dengan Umno


Hanafiah MatKUALA TERENGGANU – Pas sedia menjalinkan kerjasama bersama Umno ke arah pentadbiran kerajaan yang lebih amanah, cekap dan telus bagi kepentingan rakyat.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, bagaimanapun, Pas tidak akan menjalinkan kerjasama politik selagi Umno tidak ubah dasar pentadbiran sebagaimana disyariatkan Islam.

“Pas sememangnya bersedia untuk jalin kerjasama bersama Umno jika ia memberi kebaikan dan mengutamakan kepentingan rakyat. Kita akan beri pandangan sekiranya terdapat tata kerja yang merugikan rakyat.

“Mungkin ada perancangan kerajaan di peringkat keputusannya baik, tetapi di peringkat pelaksanaan tidak menepati apa yang sepatutnya dirangka,” katanya bagi mengulas kenyataan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada Majlis Perasmian Konvensyen Umno Terengganu 2015 di Dewan Gamelan, Hotel Primula, kelmarin.

PAC menyalak tetapi gigi rongak

Adam A Kadir
'ANJING’ banyak digunakan dalam ungkapan dan perbilangan dalam dunia bahasa Inggeris. Jika seseorang itu dikatakan seperti seekor anjing mengejar ranting kayu yang dicampak oleh tuannya, ia bermaksud anjing itu pandai bermanja dan bermesra. Tentunya maksud perbandingan begitu tidak sama dalam dunia budaya kita.

Perbandingan dengan anjing adalah amat negatif, apalagi melakukan sesuatu yang membazir atas suruhan orang lain. Ini membawa saya kepada pemakaian ungkapan Inggeris, ‘the toothless dog’ (‘anjing rongak’). Ia hampir sama dengan ungkapan ‘golok kayu’ dan ‘gendang kosong’. Yang satu gah dipandang mata tetapi sebenarnya tidak ada membawa kesan apa-apa. Yang kedua, lantang pada bunyi tetapi di'hapah'kan orang sebagai membising saja.

Saya tidak pernah menjadi ahli PAC, kependekan kepada Public Accounts Committee atau Jawatankuasa Kira-Kira Negara, sebuah badan di bawah Parlimen Malaysia. Sesuai dengan namanya, PAC yang dipadankan dari amalan Parlimen Westminster British di London ialah ‘watchdog’ ('anjing mengawas') kepada perihal wang negara - dari pengutipan kepada perbelanjaan hasil. Dengan penambahan ‘watchdog’ kepada ‘toothless dog’, ia melengkapkan satu proses tugas: dari mengamati dan mengawasi hingga akhirnya membawa kekandasan sama sekali.

Kerajaan Negeri P/Pinang umum bonos RM700 penjawat awam, RM300 guru kafa serta SAR, RM200 guru tahfiz serta pondok



Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM700 untuk anggota perkhidmatan awam negeri.

Ketua Menteri Lim Guan Eng ketika membentangkan Bajet 2016 Negeri Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri di sini, berkata bayaran bonus itu akan dibuat pada Disember ini.

"Kerajaan negeri amat prihatin kepada keperluan perbelanjaan tambahan pada akhir tahun, lebih-lebih lagi dengan kenaikan kos sara hidup masa kini dan berharap pemberian bonus ini dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan anggota perkhidmatan awam negeri," katanya.

Beliau berkata pemberian bonus dengan kadar RM300 seorang akan turut diberi kepada penyelia dan guru Kafa, guru sekolah agama rakyat, guru sekolah menengah agama rakyat dan guru serta staf sekolah persendirian Cina.

PAS umum nak lawan DAP boleh, mai DAP umum nak lawan PAS tak boleh pulak..!!

KLIK SINI

Tanding lapan kerusi, taktik DAP pecah undi Pas

KOTA BHARU - Tindakan DAP yang bercadang untuk bertanding lapan kerusi Pas di Selangor disifatkan sebagai taktik untuk memecah undi Pas di kawasan tersebut.

Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Wan Nik Wan Yusoff berkata, selain itu ia memperlihatkan taktik DAP untuk mengembalikan Umno di kerusi yang komposisi pengundinya adalah 20 hingga 30 peratus adalah bukan Melayu.

“Ia kerana difahami Pas menang pada PRU13 lalu adalah sumbangan pengundi bukan Melayu. Jika DAP bertanding di kawasan itu, bagi DAP, mereka akan dapat undi itu dan pengundi tidak akan mengundi BN, maka Pas akan peroleh undi Melayu sahaja. Itu yang tersirat,” katanya kepada Sinar Harian.

Lepas jawatan MB, Mukhriz masih berteka-teki

Lepas jawatan MB, Mukhriz masih berteka-teki

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih berteka-teki mengenai kesediaannya melepaskan jawatan yang disandang sejak 2013.

Perkara itu mula menjadi viral di laman Facebook selepas beliau menghadiri perjumpaan tertutup bersama pimpinan Umno Kedah dan Umno Pusat di Dewan Seri Mentalon, di sini, hari ini.

Mukhriz bagaimanapun masih menutup mulut dengan tidak mengiakan atau menafikan viral itu dengan menyifatkan bahawa sokongan rakyat perlu diutamakan.

“Apa sekalipun keputusan pucuk kepimpinan, saya sendiri termasuk semua kepimpinan juga lebih mengutamakan apa kehendak rakyat.

“Ini kerana kita tahu rakyat yang menentukan menang atau tidak dalam PRU14 nanti,” katanya kepada media, hari ini.

Turut hadir ialah Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Banjir - Jumlah mangsa di Baling meningkat kepada 608

Banjir

BALING - Jumlah mangsa ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di sini meningkat kepada 608 orang daripada 349 semalam, setakat 1 tengah hari ini.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Baling, Syamsul Izrin Isahak ketika dihubungi Bernama berkata, ia melibatkan 106 buah keluarga berbanding 87 semalam.

Sebanyak tujuh pusat pemindahan terlibat iaitu Dewan Baru Bongor, Banggol Derum, Kompleks Rakan Muda, Tabika Gua Reban, Dewan Kg Charok Sikin, Dewan Kg Lahar dan Dewan Kg Bawah Gunung.

Menurutnya, Kompleks Rakan Muda setakat ini mempunyai jumlah mangsa yang paling ramai iaitu 200 orang, diikuti Kg Bawah Gunung (100), Dewan Baru Bongor (90 orang), Tabika Gua Reban (80), Banggol Derum (76), Kg Lahar (57), dan Charok Sikin (5).

Pihak JKM Baling juga turut menyediakan pelbagai bantuan kepada mangsa terlibat di pusat pemindahan termasuk makanan dan minuman, tikar serta tilam, katanya. - Bernama

Kematian denggi meningkat di Kedah


denggiALOR SETAR - Angka kematian akibat demam denggi meningkat sebanyak 12 kematian di Kedah bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober lepas berbanding enam kematian bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kes kematian terbaharu membabitkan seorang remaja lelaki berumur 15 tahun dari Kuala Muda pada 27 Oktober lalu.

"Pesakit telah mengalami demam, sakit kepala dan muntah selama tiga hari sebelum dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim pada 23 Oktober dan telah dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama dan selepas beberapa hari dirawat, pesakit meninggal dunia pada 27 Oktober," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Norhizan berkata bagaimanapun, kes demam denggi di negeri itu mencatatkan penurunan 6.9 peratus iaitu 770 kes berbanding 828 kes yang direkodkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...