TERKINI :

Saturday, November 7, 2015

Parti AKP Erdorgan adalah parti Anti Ulamak & Tolak Hudud..!!!

http://1.bp.blogspot.com/-AjY88CQC66U/VjlwZDWavPI/AAAAAAAB48s/Wd4yvabVqFg/s1600/4063.jpg

ULASAN GB

Kenyataan Nik Abduh menjelaskan beliau menganggap AKP Erdogan sebagai sebuah parti sekular. Di sebelah atasnya memuji Erdogan dan AKP kerana kemenangan besarnya di Turki. Di baahagian bawahnya sempat pula dia menyatakan "DPPM sedar bahawa AKP bukanlah parti berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah."

Kemudian dia menyatakan lagi: Justeru PAS di samping memuji kebijakan AKP, tetap mengingatkan tentang kewajiban ugama yang masih jauh daripada capaian politik umat Islam hari ini. Menegakkan syariat Allah adalah matlamat yang tiada galang gantinya di dalam mencapai kemenangan sebenar politik Islam hari ini dan pada bila-bila pun.

Walau bagaimanapun, tanggungjawab AKP juga besar. Mereka mesti bergerak kepada Islam setapak demi setapak. Ia memerlukan kebijaksanaan yang jitu bagi memujuk rakyatnya dan kewajipan untuk istiqamah dengan Islam pula adalah suatu komitmen yang begitu getir dan perlu diperhatikan.


Apakah masalah UMNO akan selesai dengan mendakwa MAHATHIR di mahkamah?

Shahbudin Husin, 

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan UMNO sedang bertungkus-lumus untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi parti itu.

Serentak dengan itu, beliau mahukan ahli di peringkat akar umbi mendukung segala usaha yang sedang dilakukan oleh pucuk pimpinan  UMNO bagi tujuan itu.

Atas dasar itu, kami menjelaskan kepada pemimpin peringkat negeri, bahagian dan akar umbi bahawa dukungan harus diberikan kepada kepimpinan pusat untuk menyelesaikan masalah tersebut, katanya di Alor Setar hari ini.

Walaupun Zahid tidak menyebut masalah yang sedang dihadapi oleh UMNO, tetapi semua orang memahami masalah utama UMNO sekarang ialah berkaitan 1MDB, derma RM2,600 juta dan hal-hal yang melingkari kepimpinan Najib sendiri.

Ia kemudian berkait pula dengan kedudukan Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan empat pemimpin lain yang dikenali "Kumpulan 7" sama ada bakal dipecat, digantung atau sebagainya daripada UMNO dalam waktu yang terdekat ini.

PAS hanya perlu jawab ‘YA’ atau ‘TIDAK’ – Husam Musa

Mohamad Fadli | November 7, 2015

ADUN Salor itu menjelaskan pendedahan yang dibuatnya itu bukanlah untuk mengaibkan parti itu tetapi untuk menghentikan sandiwara


PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sanggup menanggung sebarang risiko berhubung kenyataannya mengenai PAS pernah bekerjasama dengan UMNO untuk mewujudkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Katanya, pemimpin parti Islam itu menjawab menjawab dakwaanya itu sama ada ‘ya’ atau tidak dan bukannya lari daripada isu berkenaan.

“Fakta bahawa Presiden PAS mengakui beliau mengusahakan kerja sama politik itu ketika krisis MB Selangor tahun lalu tidak boleh diketepikan dengan alasan-alasan.

“Antara ‘ya’ dan ‘tidak’ sahaja yang diperlukan. Adakah ‘ya’ atau ‘tidak’ Presiden Pas mengaku seperti itu bila dipersoalkan?,” katanya di Facebooknya Pada Sabtu.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salur berkata pendedahan yang dibuatnya itu bukanlah untuk mengaibkan parti itu.

Jangan selektif ambil keterangan Dr Mahathir sahaja, kata Shafie

 Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tidak boleh hanya Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja yang disoal siasat polis sementara pemimpin yang lain melanggar undang-undang tidak disentuh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 November, 2015.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mempersoalkan mengapa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disoal siasat kerana mengkritik Datuk Seri Najib Razak dan firma pelaburan milik negara, tetapi tidak pemimpin lain yang melanggar undang-undang.

Bekas menteri itu, yang digugurkan daripada Kabinet selepas secara terbuka menyoal Najib berhubung dakwaan skandal kewangan, berkata Dr Mahathir adalah seorang negarawan yang perlu dihormati dan banyak berjasa.

"Saya berharap kalau kenyataan diambil terhadap tokoh seperti Tun, jangan pula ada tokoh lain yang melanggar undang-undang tetapi kenyataan langsung tidak diambil," kata Shafie ketika ditemui pada program Hari Diabetes Peringkat Daerah Semporna hari ini.

Beliau berkata pihak berkuasa tidak boleh bersifat selektif dalam melakukan penyiasatan dan menjalankan undang-undang.

"Perlu ada konsistensi dalam melaksanakan undang-undang yang ada. Tidak bolehlah selektif dalam kita melaksanakan tanggungjawab ini," katanya.

PAS sedia jadi pemerintah untuk rakyat Malaysia

FMT Reporters | November 7, 2015

Prinsip amar makruf dan nahi mungkar yang dipegang oleh Pas sejak dahulu pasti akan memudahkan Pas untuk mentadbir negara

Khairuddin-Aman_pas_600

PETALING JAYA:Pas bersedia untuk menjadi payung pemerintah kepada rakyat selepas parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) diselubungi krisis hingga menyebabkan kemerosotan keyakinan rakyat.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, sudah tiba masanya Pas memberikan idea-idea pengurusan dan pentadbiran berdasarkan prinsip-prinsip Islam kepada kerajaan pusat agar rakyat sentiasa menikmati hak sebagai warganegara.

“Ketika UMNO BN berhadapan dengan pelbagai isu melibatkan ketelusan seperti 1MDB, skandal derma politik RM 2.6 bilion, kenaikan kos hidup disebabkan percukaian GST, kejatuhan mata wang ringgit, kemerosotan hasil negara, belanjawan defisit, hutang negara yang memuncak, hutang isi rumah yang tinggi, susut nilai pendapatan maka Pas telah sangat bersedia untuk menjadi payung pemerintah kepada rakyat menggantikan UMNO dengan moto` PAS GANTI UMNO’,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Husam cadang Tuan Ibrahim ambil alih kepimpinan, hentikan kekeliruan PAS

Adun Salor Datuk Husam Musa mengatakan haru biru dalam PAS boleh dihentikan sekiranya kepimpinannya ditukar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 November, 2015.
Masanya kini tiba untuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletak jawatan sebagai Presiden PAS dan memberi laluan kepada pemimpin baharu yang mampu membawa perubahan kepada parti Islam itu, kata seorang bekas naib presiden parti.

Katanya, Hadi perlu diganti jika ahli berhasrat melihat pengakhiran kepada "kekeliruan " dan "haru biru" yang menyelubungi parti itu ketika ini, dengan pucuk kepimpinannya disifatkan sebagai "buang tabiat".

Ini susulan beberapa kenyataan bercanggah dibuat kepimpinan parti mengenai pendirian pihaknya dalam pelbagai isu - daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hingga kerjasama dengan Umno dan kumpulan sayap kanan Melayu, Perkasa - yang membuatkan akar umbi parti keliru.

Bagi menyelesaikan keadaan itu pada kadar segara, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa mencadangkan timbalan presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil alih pucuk kepimpinan PAS.

"Saya menerima pandangan Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz supaya pemimpin-pemimpin PAS tertentu berundur dan berehat dan memberikan laluan kepada pemimpin lain.

Anwar pertahan tindakan Tun Mahathir kritik Najib

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu membelenggu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam satu perutusan melalui peguamnya pada Jumaat, Anwar menyuarakan kebimbangannya selepas mendapat tahu Dr Mahathir telah disoal siasat serta diambil keterangan oleh polis semalam.

"Saya sangat bimbang apabila mendapat tahu Dr Mahathir telah disiasat polis pada 6 November. Beliau tidak melakukan sebarang jenayah apabila bertanyakan soalan dan menyuarakan kritikannya terhadap Najib mengenai krisis 1MDB.

"Jika beginilah caranya layanan terhadap Dr Mahathir, hak demokrasi rakyat Malaysia dalam mempersoal dan mengkritik kerajaan berada di tahap yang sangat terancam," tambah Anwar dalam kenyataan yang sama.

"Daripada menyiasat Dr Mahathir, kerajaan seharusnya menjawab soalan yang diajukan itu, yang turut menjadi tanda tanya oleh rakyat biasa," tambah Anwar.

Semalam  Dr Mahathir diambil keterangan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary.

Mukhriz: Kalau ikut hati memang rasa 'bebai'

ALOR SETAR - Umno Kedah akan terus berusaha menjalinkan kerjasama politik dengan Pas meskipun ia enggan menerimanya.

Pengerusinya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ketegasan Pas tidak mahu menjalinkan sebarang kerjasama dengan Umno adalah kenyataan yang biasa didengar.

“Kalau ikutkan hati, kita pun rasa ‘bebai’ sebab dah banyak kali kita menghulurkan tangan, tapi ia tidak disambut.

“Selagi niat kita ikhlas, tidak mengapa. Kita akan terus berusaha ke arah itu,” katanya kepada media selepas merasmikan seminar transformasi pemikiran Islam di Bangunan Tunku, di sini, hari ini.

Menurutnya, Umno Kedah sedia menerima kerjasama baik dengan Pas sebagai pelopor kepada usaha itu di peringkat pusat.

“Pembangkang di Kedah kini berpecah dua.  Kerusi Dun di hadapan terdiri dari Pas, belakang pula Pakatan Harapan. Mereka sudah terasing.

“Apabila Phahrolrazi (Adun Pangkalan Kundor- Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi) mengumumkan kepada Speaker Dun Kedah mengenai pertukaran parti Pas kepada Amanah, dia diubah ke belakang bersama PKR dan DAP,” katanya.

Mukhriz beranggapan, situasi itu adalah peluang untuk mereka mencari titik persamaan antara Umno dan Pas.

“Bukan bermaksud untuk kita bersatu buat masa ini, tetapi ada banyak perkara yang boleh kita bekerjasama.

“Mereka (Pas) pun tidak berapa menentang kita sangat dan percakapan mereka juga tidak terlalu mengkritik,” katanya.

Semalam, Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi menegaskan bahawa parti itu tidak akan menjalinkan kersama politik dengan Umno, khususnya di tengah-tengah kegagalan Umno menerajui pentadbiran negeri sehingga menyerlahkan pelbagai kepincangan.

Beliau berkata, tiada alasan untuk Pas Kedah memberi oksigen kepada Umno yang sedang kelemasan.

Dakwaan tanpa bukti, bertaubatlah Husam...

SHAH ALAM - "‎Banyak dakwaan yang dinyatakan oleh Adun Salor, Datuk Husam Musa  tidak dapat dibuktikan," itu respons Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berhubung dakwaan terbaharu bekas Exco Kelantan itu.

Terkini adalah dakwaan Husam terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‎berkaitan rancangan Abdul Hadi untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Khairil memberi contoh dakwaan Husam berkaitan Pemuda Pas yang kononnya menerima RM300,000 daripada tiga Exco Kelantan ketika menganjurkan Himpunan Fastaqim di Kelantan baru-baru ini. yang ternyata hanya dakwaan semata-mata.

"Husam selalu memetik sumber sekunder ketika membuat dakwaan, kalau diperhatikan tulisan Husam akan menulis (katanya) iaitu merujuk kepada orang kedua bukan dirinya sendiri.

"Dan semakan kami secara terperinci terhadap dakwaan Husam hanyalah dakwaan semata-mata, kerana tiada RM300,000 di dalam akaun yang dimaksudkan, itu saya sendiri yang semak," katanya kepada Sinar Online.

Oleh itu, Khairil mencabar Husam untuk melampirkan segala bukti dakwaan Husam terhadap Pas.

"Dia (Husam) ada bukti, bawa bukti, kami (Pemuda Pas) sanggup buat laporan kepada Jawatankuasa Disiplin parti sekiranya Husam tampil dengan bukti di setiap dakwaanya.

"Sekiranya tidak, kami mengandaikan dakwaan Husam hanyalah dakwaan beliau semata-mata," katanya.

Ketika menyentuh mengenai dakwaan Husam terhadap Presiden Pas, Khairil berkata, Pemuda Pas sudah dimaklumkan bahawa tiada kerjasama yang dijalankan oleh Pas Selangor dan pihak Umno.

"Pemuda tegas bahawa tiada sebarang hubungan dengan Umno Selangor," katanya.

Dalam pada itu, Khairil menyeru Husam agar bertaubat sekiranya tidak dapat membawa bukti disetiap dakwaannya.

"Berhati-hati apabila bercakap, jangan hanya membuat dakwaan. Kalau tidak bertaubatlah," katanya.

Amanah : Mujahid sedia ganti Rafizi untuk berdebat dengan Arul

GEORGETOWN - Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sedia untuk berdebat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy sekiranya mereka menolak Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.

Menurutnya, selain dirinya banyak lagi pemimpin Pakatan Harapan mahu pun Amanah sedia ‘berentap’ dengan Arul Kanda bagi merungkai persoalan mengenai skandal 1MDB.

Mujahid berkata, walaupun pelbagai alasan dan helah dilakukan untuk menggagalkan debat itu, namun rakyat boleh menilai apa yang cuba diselindungkan kerajaan dalam isu berkenaan.

“Kalau mereka menyekat Rafizi, saya dan wakil Amanah sedia menggantikannya, namun apa yang saya lihat sekarang mereka berusaha menghalang debat dengan pelbagai alasan,” katanya pada perhimpunan solidariti bersama Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Mujahid berkata, Arul Kanda sepatutnya tidak mencari alasan untuk tidak berdebat dengan Rafizi kerana kedua-duanya tiada kaitan dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Zahid perhati undi BN satu satu

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi amaran kepada anggota parlimen BN agar tidak bersekongkol dengan pihak pembangkang yang cuba menjatuhkan kerajaan melalui undi tidak menyokong Bajet 2016.

Undi meluluskan Bajet 2016 akan diadakan pada persidangan Dewan Rakyat yang berakhir 3 Disember ini.

Katanya beliau tahu siapa Anggota Parlimen BN yang terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan dan perdana menteri kerana ia telahpun berjalan sejak tiga ke empat bulan yang lalu.

"Saya tahu anggota parlimen BN yang telahpun dipujuk pembangkang dan ada juga yang mengugut kerajaan...saya akan perhati satu-satu undi mana-mana anggota parlimen (134 anggota BN) yang menolak Bajet 2016," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Konvensyen Umno Terengganu 2015 di Hotel Primula Beach Resort di Kuala Terengganu, malam tadi.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, yang juga Menteri Besar Terengganu.

Beliau berkata konspirasi itu turut menggunakan isu 1MDB, dana RM2.6 bilion dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya kerajaan yang memerintah hari ini adalah kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan ahli UMNO perlu mempertahankan ia dengan apa cara sekalipun demi kepentingan rakyat dan negara.

Kerjasama BN: Timbalan Presiden PAS kata tak perlu

PAS berkata dakwaan bekas naib presiden parti itu Datuk Husam Musa bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno dan beberapa wakil PKR tidak benar.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu juga sudah dinafikan oleh Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar pada 2014.

Kata Tuan Ibrahim PAS juga tidak mempunyai sebarang keperluan untuk bekerjasama dengan Umno di Selangor.

“Kenyataan tersebut tidak betul sebab kita di Selangor tidak ada keperluan bekerjasama dengan Umno seperti yang didakwa oleh Husam," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Husam dalam satu ceramah di Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas dilaporkan mendakwa Abdul Hadi mengaku pernah cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

Usaha itu, kata Husam, cuba dijalankan dengan memujuk beberapa ADUN daripada PKR menyertai gabungan berkenaan.

Klip video ucapan Husan dimuat naik di Facebook pagi ini dan cepat dikongsi pengguna Internet.

Mungkin panggil Husam

Husam yang juga ADUN Salor tidak menyatakan insiden mana dimaksudkan dalam ucapannya itu.

Bagiamanapun, Husam dipercayai merujuk situasi ketika kerajaan Pakatan Rakyat berdepan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali tahun lalu.

Mengulas lanjut apakah PAS akan mengambil tindakan kepada Husam, Tuan Ibrahim berkata parti itu akan meneliti terlebih dahulu kenyataan tersebut sebelum dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim tidak menyatakan bilakah mereka akan bermesyuarat.

“Kita akan teliti terlebih dahulu kenyataan beliau sebelum dibawa ke mesyuarat parti dan hanya akan ambil tindakan berdasarkan laporan yang diterima.

"Mungkin Husam boleh dipanggil untuk beri keterangan berhubung perkara itu,” kata Tuan Ibrahim.

Adakah Zahid sedang bagi amaran kepada geng dia..?

Amaran ahli bersekongkol dengan pembangkang

KUALA TERENGGANU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi amaran kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) agar tidak bersekongkol dengan pihak pembangkang yang cuba menjatuhkan kerajaan melalui undi tidak menyokong Bajet 2016.

Undi meluluskan Bajet 2016 akan diadakan pada persidangan Dewan Rakyat yang berakhir 3 Disember ini.

Katanya beliau siapa Ahli Parlimen BN yang terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan dan perdana menteri kerana ia telahpun berjalan sejak tiga ke empat bulan yang lalu.

"Saya tahu Ahli Parlimen BN yang telahpun dipujuk pembangkang dan ada juga yang mengugut kerajaan...saya akan perhati satu-satu undi mana-mana Ahli Parlimen (134 Ahli BN) yang menolak Bajet 2016," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Konvensyen Umno Terengganu 2015 di Hotel Primula Beach Resort di sini, malam ini,.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, yang juga Menteri Besar Terengganu.

Beliau berkata konspirasi itu turut menggunakan isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB), dana RM2.6 bilion dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya kerajaan yang memerintah hari ini adalah kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan ahli Umno perlu mempertahankan ia dengan apa cara sekalipun demi kepentingan rakyat dan negara.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, berkata Umno tidak pernah sunyi daripada berhadapan kemelut dan krisis sejak awal penubuhannya 69 tahun lalu termasuk ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Katanya dalam Umno pertukaran pucuk pimpinan itu adalah perkara biasa dan bukan sesuatu yang baharu dalam politik parti yang menjadi tunjang BN itu.

"Kita diajar untuk taat kepada pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan sokong pemimpin yang baharu, bukan cara Umno tikam dari belakang...setiap krisis kita perlu atasi bersama, bukan ketika senang sahaja kita bersama, semasa susah juga kita perlu bersama," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...