TERKINI :

Thursday, November 5, 2015

Apabila adik NAJIB sendiri mengeluh berkenaan isu 1MDB

BILA LAGI PRO NAJIB NAK KOMEN?

Biasanya apabila saja  ada pandangan yang berbeza mengenai 1MDB, puak pro Najib sama ada dalam kabinet, dalam UMNO mahu pun di kalangan yang selalu memegang gajet pintar, pantas saja mereka memberi reaksi dan jawapan balasnya.

Bahkan kadangkala, 1MDB sama ada melalui kenyataan media atau menerusi Arul Kanda Kandasamy sendiri, turut pantas memberikan jawapan balas terhadap apa jua pandangan mengenai syarikat bermasalah dan sarat hutang itu.

Tetapi kenapa tiada yang mahu membuka mulut mengenai komen terbaru adik Najib sendiri, Nazir Razak ini?

Tambahan pula, ini bukanlah kali pertama beliau memberikan pandangan kiri seperti ini? (SH 05/11/2015)

Rafizi tak tersinggung, akui sotong tepung kegemarannya

Walaupun tidak tersinggung dan mengakui mempunyai kegemaran untuk sotong goreng, pemimpin PKR berkata ia mendedahkan keangkuhan Perdana Menteri dan tidak berdaya.

Walau dinia sebagai 'sotong masak tepung', namun Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengakui dirinya tidak tersinggung.

Malah, ahli parlimen Pandan yang berasal dari Terengganu itu mengakui bahawa sotong masak tepung atau goreng sotong adalah hidangan kegemarannya.
Bagaimanapun, beliau kesal kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sanggup menggunakan taktik murahan seperti yang dilakukan portal MyKMU.net bagi menjawap isu-isu penting negara.

"Saya tidak tersinggung, ini sebenarnya adalah tanda bahawa mereka kini terdesak.

"Setiap kali Umno tidak boleh berdepan dengan rakyat atau sukar menjawab kritikan, mereka mengambil jalan keluar dengan melemparkan label atau membuat kenyataan yang menghina," katanya kepada Malaysiakini.

Antara IJTIHAD 2 Mursyidul Am - Zaman TG Nik Aziz & TG Haron Din


Ijtihad TGFN dan TGNA Tahaluf Siyasi bersama DAP dalam Pakatan Rakyat adalah terbaik dalam abad ini dan sesuai dengan iklim politik Malaysia (system sama diamalkan BN UMNO). 

Buktinya keputusan PRU 2008 dan 2013. Persoalan Hudud yang dibangkitkan oleh PAS dan DAP bukan lah masalah besar jika MSU dan Presiden PAS benar2 faham Sunnah dan bersabar dalam tindakan dakwah, dimana kejayaan menguasai Parlimen Malaysia wajar menjadi agenda utama Pembangkang.
Bukti utama ijtihad TGFN dan TGNA supaya menumbangkan BN UMNO adalah benar wajar menjadi agenda utama sebelum Hudud dan Ijtihad MSU dibawah TGHD / TGHA sebaliknya, terbukti SALAH bila mana janji UMNO menyokong usul Hudud di Parlimen sehingga kini tidak berlaku.

DEDAH | Sebab sebenar tiba-tiba Arul takut nak berdebat dengan Rafizi?


Kalau Arul tak berani sahut cabaran Rafizi tu maknanya betul andaian Pakatan Harapan yang kata tujuan sebenar Arul ajak Tony Pua berdebat tu pasai nak Toy Pua 'dipecat' dari PAC dengan kerjasama Speaker.

AsrtoAwani melaporkan:

Pakatan Harapan menawarkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai pengganti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sebagai pendebat berdepan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.

"Bagi menghormati keputusan Yang DiPertua Dewan Rakyat ( Tan Sri Pandikar Amin Mulia) bahawa YB Petaling Jaya Utara Tony Pua, sebagai Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), tidak sewajarnya berdebat dengan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, maka Pakatan Harapan dengan ini menawarkan YB Pandan, Rafizi Ramli untuk menggantikan tempat YB Tony Pua," kata Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke yang membacakan kenyataan media bersama oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Kenyataan media tersebut dipersetujui oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu. - Astroawani.

SPRM: SRC macam tak mahu kami siasat


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatannya terhadap bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, tetap diteruskan.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata siasatan berhubung dakwaan berlaku kebocoran maklumat adalah perkara berbeza dan tidak boleh dijadikan penghalang.

“Sesungguhnya siasatan SPRM tidak boleh diganggu atau ditangguhkan atas alasan perlu menunggu sehingga siasatan yang berkaitan dengan kebocoran maklumat yang dilaporkan sebelum ini selesai terlebih dahulu,” katanya.

Zaki berkata, SPRM hanya bertindak mengikut lunas undang-undang dan tidak mahu ada sebarang gangguan yang boleh melewat dan menjejaskan siasatannya.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada SRC International jika pihaknya mahu membuat laporan polis agar menyiasat isu kebocoran maklumat dimaksudkan.

“Kenyataan SRC International berkaitan perkara ini sekiranya benar, ia seolah-olah pihak berkenaan tidak mahu SPRM menjalankan siasatan terhadap SRC International,” katanya.

Tiada KERJASAMA POLITIK antara PAS-UMNO di KEDAH

Kenyataan Media PAS Kedah

TIADA KERJASAMA POLITIK PAS-UMNO DI KEDAH

1. PAS Kedah kini telah berjaya meloloskan dari kemelut politik dalaman dan sedang berada dalam fasa membuat pecutan baharu untuk muncul sebagai parti alternatif kepada kepada rakyat setelah Umno/BN ternyata gagal dalam menjaga kepentingan rakyat.

2. Dengan itu sebarang usaha untuk ‘menangguk di air keruh’ oleh pihak tertentu ekoran secebis krisis dalaman PAS sehingga menghasilkan parti serpihan PAN (Parti Amanah Negara) kini, boleh dianggap sebagai usaha yang sudah terlambat dan sia-sia.

3. PAS Kedah tegas dan konsisten untuk tidak menjalin sebarang hubungan atau kerjasama politik dengan Umno, khususnya di tengah-tengah kegagalan parti itu menerajui pentadbiran negeri sehingga menyerlahkan pelbagai kepincangan. Tiada sebab untuk PAS 'memberi oksigen kepada Umno yang sedang kelemasan.'

Lebih 50% ahli PAS sokong Amanah di Kelantan - Ilham Centre

Majlis dialog Parti Amanah Negara yang diadakan di Kota Baru baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 November, 2015.

Walaupun perhimpunan raksasa PAS di Kota Baru bulan lalu menunjukkan parti Islam itu masih relevan di kawasan majoriti Melayu dan boleh berbangga dengan sokongan anak muda Islam, sebuah firma kaji selidik bebas mendakwa sebaliknya.

Menurut kajiannya, separuh ahli dan penyokong PAS di Kelantan akan menyokong Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pilihan raya umum akan datang dengan kebanyakannya daripada golongan muda, profesional serta bekas penyokong Berjasa dan Hamim sebelum ini.

Kira-kira 15% ahli PAS di Kelantan pula menyertai Amanah manakala 35% lagi masih berada dalam parti yang memerintah negeri Kelantan itu kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan kerajaan negeri yang dikuasai PAS itu.

Pengerusi Eksekutif Ilham Center Mohamad Hisomuddin Bakar yang mengkaji politik di Kelantan menemui fakta ini dalam kajian mereka yang terkini.

"Kami dapati sangat ramai aktivis Berjasa dan Hamim selama ini yang menyertai Amanah apabila ia ditubuhkan, di samping profesional dan golongan remaja yang menyertai parti baharu itu di Kelantan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Adakah Pengerusi KTMB penaik untuk dera pengundi bandar.. "Masyarakat bandar, BN dah confirm kalah"

  

Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad percaya kenaikkan tambang komuter baru-baru ini tidak memberi kesan kepada penumpang.

Bermula 2 Disember depan, KTMB menaikkan tambang pada kadar kira-kira 4 sen bagi setiap kilometer yang menyebabkan kenaikan sehingga 58 peratus bagi sesetengah laluan.

"Naik pun lagi penuh orang (penumpang) naik (keretapi)., memberi maksud tak ada apa-apa (kesan),” katanya ketika ditanya mengenai reaksi kenaikkan itu di laman Facebook.

Nawawi yang juga Ahli Parlimen Langkawi, berkata demikian ketika mengulas aduan oleh penumpang.

Beliau juga menolak andaian bahawa kenaikan tambang boleh memberi kesan kepada sokongan masyarakat bandar dan golongan muda terhadap BN.

Kelantan sepatutnya wujudkan PERUNTUKAN DUN bukannya PENAIK ELAUN wakil rakyat

Mat Alishah


Menjawab hujah sahabat bahawa YB memerlukan duit utk berkhidmat dengan masyarakat.. jadi saya cadangkan kenaikan elaun tersebut diganti dengan duit bantuan untuk setiap DUN dimana semua DUN KERAJAAN & PEMBANGKANG dapat peruntukan tersebut....

dengan duit diturunkan secara PERUNTUKAN DUN maka duit itu memang kompom untuk digunakan kepada rakyat dan memandangkan ia duit peruntukan maka setiap tahun JABATAN AUDIT boleh datang mai tanya duit tu dibellanjakan kemana....

Ini bukan apa untuk mengelakkan duit itu digunakan kot lain dan jika gaji YB tersebut berhak guna utk diri dia mcmana kita tengok NASARUDIN TANTAWI baru aja menang tak sampai 3,4 bulan teruih pie beli VELLFIRE....kelaku mcm nie yg kita tak nak...... [ sedutan dan komen di facebook beliau boleh dilihat disini : KLIK SINI ]

SUMBER : KLIK SINI

Arul tidak mahu debat 1MDB dengan Rafizi

Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy enggan berdebat mengenai syarikat milik kerajaan itu dengan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 November, 2015.
Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy enggan berdebat mengenai syarikat milik kerajaan itu dengan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 November, 2015.

Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy enggan berdepan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dalam perdebatan secara langsung membincangkan mengenai syarikat milik kerajaan itu susulan keputusan speaker Dewan Rakyat melarang beliau menjadi saksi dalam siasatan Parlimen ke atas 1MDB, jika menyertai debat itu.

Arul sebaliknya berkata, beliau akan menjawab soalan mengenai firma itu di depan "pihak berkuasa yang sah" seperti Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Speaker adalah pihak yang memegang kuasa muktamad berhubung semua perkara berkaitan Parlimen.

"Beliau (speaker) membuat keputusan mengenai tanggungjawab saya sebagai saksi dalam siasatan PAC dan sebarang perdebatan hanya boleh berlaku selepas pendengaran PAC," kata Arul dalam satu kenyataan hari ini.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak cadangan perdebatan secara langsung antara Arul dan ahli PAC Tony Pua kerana ia akan menjejaskan integriti jawatankuasa Parlimen itu.

Kerajaan Kelantan dikecam, naikkan elaun ADUN tapi tak bayar caruman guru YIK..


Kerajaan Kelantan dikecam kerana menaikkan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sehingga RM8,000 sebulan tetapi dalam masa sama tidak membayar tunggakan kepada guru Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Di media sosial dan blog, kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dikritik hebat kerana membuat keputusan menaikkan elaun itu tetapi gagal menjelaskan pencaruman dan potongan gaji guru YIK.

Pengkritik juga berpendapat kenaikan elaun tidak sesuai ketika rakyat berhadapan tekanan hidup disebabkan kos sara hidup makin tinggi.

Kenaikan elaun ADUN itu diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Isnin.

Kenaikan wakil rakyat daripada RM4,600 kepada RM8,000 sebulan mula berkuat kuasa Januari tahun depan selepas pindaan terhadap Enakmen Saraan Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 1980.

Parlimen tolak usul supaya PM jangan pegang 2 jawatan menteri serentak

Pandikar-Najib
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat menolak usul Rang Undang-Undang Persendirian bagi menghalang Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memegang dua jawatan serentak iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menolak usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli itu kerana berpandangan ia tidak menepati Peraturan Mesyuarat 27 yang memerlukan usul itu dihantar secara bertulis selain bertentangan dengan Akta Fungsi- Fungsi Menteri 1969.

Dalam masa itu, Rafizi berkata penolakan usulnya itu telah mengurangkan kebebasan dan merendahkan kedudukan Dewan Rakyat.

“Saya telah memfailkan satu Rang Undang-undang Persendirian untuk memisahkan fungsi Perdana Menteri dari Menteri Kewangan mengikut tarikh akhir yang ditetapkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat iaitu sebelum atau pada 23 September 2015.

Video | Lagu derma RM2.6 bilion Najib raih perhatian media sosial

 Lagu bertajuk Mana Hilang 2.6 Bintang ciptaan Amirudin Hizadin kini menjadi viral di laman sosial. – Gambar Facebook, 5 November, 2015.
Sebuah lagu dinyanyikan seorang penulis lirik bebas tempatan, mengenai derma politik RM2.6 bilion Datuk Seri Najib Razak yang diterima daripada seorang penderma Timur Tengah, sedang meraih perhatian ramai di media sosial.

Lagu bertajuk Mana Hilang 2.6 Bintang itu digubah Amirudin Hizadin, merujuk derma dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu, sebagai “bintang hilang” yang membuatkan seluruh dunia dalam kebingungan dan kegelapan.

Video muzik lagu akustik yang dimuat naik ke Facebook itu, serta dikongsi banyak laman sesawang terkenal, sehingga kini meraih 80,000 tontonan.

“Mana Hilangnya 2.6 Bintang” ialah sebuah lagu mengisahkan seorang pemuda tertekan hidupnya dalam sebuah negara pada zaman pemerintahan yang gelap,” kata Amirudin menerangkan kisah di sebalik lagu yang ditulisnya.

Dalam lagu itu, beliau berdendang tentang kesusahan rakyat Malaysia, termasuk peningkatan kos sara hidup disebabkan harga tol, minyak, elektrik dan makanan yang semakin meningkat.

Rafizi ganti Tony Pua dalam debat secara langsung 1MDB

 Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli daripada PKR akan menggantikan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP) untuk berdebat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 November, 2015.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli daripada PKR akan menggantikan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP) untuk berdebat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.

Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan perkara itu hari ini dan menegaskan, perdebatan itu mesti disiarkan secara langsung di televisyen dalam program yang turut disertai penonton.

"Kami berharap menteri komunikasi dan multimedia boleh teruskan slot di RTM itu untuk siaran langsung perdebatan itu," kata Ketua Whip Parlimen DAP Anthony Loke Siew Fook pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi menghormati pengumuman Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia iaitu Pua sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak sewajarnya berdebat dengan Arul.

Apa IJTIHAD PAS Sebenarnya - Menumbangkan UMNO BN atau PAKATAN HARAPAN..???

Nordin Said


MEMAHAMI IJTIHAD PAS DALAM MENUMBANGKAN UMNO ATAU BERSAMA PAKATAN HARAPAN

PAS dah tiada hasrat lagi menumbangkan umno. Bagi Ulama PAS dan Majlis Syura Ulama, menumbangkan Umno (yang mereka rasakan majoriti melayu) dan menaikkan PR (yang mereka rasakan berkongsi kuasa dengan non-muslim) adalah tidak mengikut Syarak.

Almarhum Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) dan pimpinan Amanah yang berada dalam PAS dulu mempertahankan ijtihad bahawa kita perlu jatuhkan BN melalui PR, isu dominasi Melayu tidak timbul disebabkan jumlah kerusi yang ditandingi Melayu dan Perlindungan yang ada pada perlembagaan.

Apabila TGNA meninggal dunia dan bekas pimpinan PAS tubuhkan Amanah (yang mana Presiden PAS arahkan disebabkan berbeza pandangan dalam hal ini), Majlis Syura Ulama dan Pimpinan utama yang tinggal dalam PAS adalah mereka yang mempunyai ijtihad bahawa menjatuhkan UMNO adalah tidak Syarie.

Kritikan terhadap Da’i Milenia, PU - Adakah iblis tidak berserban putih?

oleh Xifu Naser

SLOGAN Islam sebagai rahmah lil-‘aalamiin kini menjadi popular dalam dunia politik dan dakwah. Aktivis-aktivis Muslim sekarang mula sedar bahawa mereka perlu membawa Islam keluar dari zon selesa monokultural.

http://galaksi-media.com/wp-content/uploads/2014/01/LAN_2286.jpgTetapi bagaimanakah merealisasikan kesedaran ini secara praktis? Kita lihat bagaimana rancangan TV Da'i Milenia dan PU (Pencetus Ummah) berusaha mewujudkan kesedaran dakwah dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Ini langkah yang sangat bagus.

Tambah lagi peserta-pesertanya adalah daripada kalangan orang muda. Ini akan menggalakkan orang muda untuk bergiat dalam dunia dakwah.

Tetapi wacana yang dibawa oleh program-program ini adalah juga bersifat monokultural walaupun bertemakan dakwah.
Kita langsung tidak nampak kehadiran mood multikultural dalam kalangan penonton di dalam studio. Yang nampak ialah mood tudung labuh dan kopiah.

Di mana penonton Cina dan India bukan Muslim? Di mana penonton ‘mini skirt’, penonton yang berambut warna-warni, penonton yang hip hop dan Korean?

Naib Presiden PAS marah Husam pertikai Kelantan penaik elaun ADUN mereka

 Idris Ahmad
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Idris ‎Ahmad berpendapat, kerajaan Negeri Kelantan sudah mengambil kira pelbagai faktor sebelum menaikkan elaun Adun, Exco,Timbalan, Menteri Besar dan Speaker yang berkuatkuasa Januari tahun hadapan.

Katanya, adalah salah untuk mengatakan bahawa kerajaan negeri Kelantan mementingkan diri dan tidak memikirkan mengenai kemaslahatan rakyat Kelantan sebelum memuktamadkan keputusan tersebut.
"Apa yang wakil rakyat dapat itu ‎untuk perbelanjaan rakyat jugak.

"Wang itu untuk rakyat sebagai contoh pegawai kerajaan, gaji itu mereka dapat semua. Kita (ahli parlimen dan Adun) ini  memang untuk diberi kepada rakyat. Iaitu untuk membantu rakyat yang susah dan sebagainya," katanya kepada Sinar Online di Parlimen hari ini.

Kerajaan cakap bukan nak buat untung pun bawa masuk 1.5juta Bangladesh..awat tak percaya kaa??

Bawa masuk 1.5j Bangladesh bukan untuk kaut untung

Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyangkal dakwaan bahawa hasrat kerajaan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh adalah bermotifkan 'keuntungan perniagaan'.

Beliau berkata, sebaliknya keputusan itu dibuat berdasarkan permintaan daripada persatuan majikan sendiri yang lebih terdorong memilih pekerja asing dari Bangladesh.
"Setakat ini daripada profil pekerja, tidak ada prejudis, kesetiaan pekerja Bangladesh lebih baik daripada pekerja negara-negara lain, lebih amanah misalnya menjaga kaunter dan stesen minyak.

"Jangan mudah nak tuduh ini adalah mengenai wang, ini adalah perhambaan moden ... kerajaan memang sentiasa berusaha mencari jalan agar keadaan ini tidak berlaku," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat.

Video & Gambar | Kedah Layak ke SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA selepas menumpaskan JDT II 4-2

FB : Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah

Goal Highlights JDTII vs. Kedah

Keputusan penuh Kedah berjaya menewaskan tuan rumah JDT II dengan jaringan 4-2. Gol Kedah hasil jaringan Chidi Edeh, Syazwan Zainon, Muhd Syafiq Ahmad dan Liridon Krasniqi manakala gol lawan melalui Nicolas Delmonte dan Akram Mahinan.Kemenangan ini cukup bermakna dengan Kedah layak ke suku akhir TM Piala Malaysia 2015 bertemu PKNS FC 24 November ini.

Posted by Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah - on Wednesday, 4 November 2015

Keputusan penuh Kedah berjaya menewaskan tuan rumah JDT II dengan jaringan 4-2. Gol Kedah hasil jaringan Chidi Edeh, Syazwan Zainon, Muhd Syafiq Ahmad dan Liridon Krasniqi manakala gol lawan melalui Nicolas Delmonte dan Akram Mahinan.

Kemenangan ini cukup bermakna dengan Kedah layak ke suku akhir TM Piala Malaysia 2015 bertemu PKNS FC 24 November ini.

Kajian Bebas mendapati Ahli politik pencetus kontroversi

 Ahli politik pencetus kontroversi
ALOR SETAR - Kajian badan bebas termasuk dari beberapa universiti tempatan mendapati ahli politik lebih banyak mencetuskan kontroversi perpaduan.

Exco Perpaduan, Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, kebanyakan ahli politik mengambil kesempatan untuk merebut kuasa demi mencapai kepentingan peribadi dan puak masing-masing.

“Ini bukan pandangan saya tetapi berdasarkan kajian yang dibuat. Antara kumpulan yang banyak mencetuskan ‘kontroversi ekstrem’ dalam masyarakat ialah dari pemimpin politik sendiri.
“Berdasarkan kajian itu, marilah sama-sama kita mengambil iktibar dan perbetulkan keadaan supaya dapat memberi tumpuan kepada menyumbang bakti dan jasa untuk negara,” katanya selepas melancarkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Baru peringkat negeri di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan keadaan perpaduan dalam kalangan akar umbi dan rakyat jelata masih baik.

Bakar Din dilantik SUK Kedah yang baharu

Bakar Din dilantik SUK Kedah yang baharu 
 
dato bakarALOR SETAR - Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Bakar Din dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah baharu berkuatkuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Mohd Puat Mohd Ali yang bersara.

Manakala Pegawai Daerah Kota Setar, Datuk Sepiah Isa pula dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri menggantikan Bakar.

Watikah pelantikan mereka disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, di sini, hari ini.

Hadir sama dua anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah serta Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Bakar, 58, yang dilahirkan di Kampung Dulang Besar, Yan pernah memegang jawatan Penolong SUK (Tempatan), Penolong SUK (Kewangan), Penolong Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen), Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Setar, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pendang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...