TERKINI :

Tuesday, November 3, 2015

Antara debat Arul/Tony & Zaharudin/Husam, dua-dua debat yang tidak bawa manfaat

oleh Mohd Sayuti Omar, 

SUSUPAN TENGAHARI

Setuju sangat dengan pandangan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang debat mengenai 1MDB di antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ketua Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy tidak akan menyelesaikan masalah melain ia memberi pencerahan dan maklumat kepada umum.

Jalan penyelesaian terbaik untuk menuntasi skandal itu kata Khairy ialah dengan menyerahkan kepada PAC untuk menyudahkan siasatannya. Beliau percaya dengan prosedur PAC sahaja isu itu dapat diselesaikan.

Di sini saya nak tambah sedikit, bukan sahaja setakat itu tetapi kerajaan perlu membebaskan siasatan tersebut tanpa ada campur tangan dan halangan. Pasukan khas yang dibentuk sebelum ini terdiri daripada pihak SPRM, PDRM, Bank Negara dan juga Jabatan Peguam Negara untuk menyiasat segala transksi ke dalam akaun 1MDB termasuk wang derma kepada Najib Razak dan perkara-perkara lain perlu dihidupkan semula.

Kempen "Mana RM2.6BILION?"

Beberapa bulan telah berlalu sejak pendedahan The Wall Street Journal tentang wang RM2.6 bilion dikatakan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Dato' Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia. Sehingga hari ini seluruh rakyat Malaysia masih tercari-cari, terpinga-pinga dari siapa, untuk apa, kepada siapa dan ke mana wang RM2.6 bilion tersebut?

Perdana Menteri sendiri mengakui duit RM2.6 bilion tersebut diterima beliau dari seorang penderma dari Timur Tengah. Timbalan Perdana Menteri maju setapak lagi dengan mengatakan beliau sudah bertemu wakil penderma tersebut. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM] juga mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan wang tersebut malah menyatakan akan memanggil Najib memberikan keterangan.

Masa berlalu tetapi statusnya masih sama. Najib belum dipanggil memberikan keterangan. Siapa penderma, untuk apa diderma, kenapa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib masih belum terjawab. Pertanyaan-pertanyaan Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat setiap hari menyentuh isu tersebut tetapi tiada sebarang jawapan diberikan.

Debat apanamanya jika tiada soaljawab dan tanpa penonton?


 Shahbudin Husin, 

Ketika debat antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkaitan syarikat sarat hutang itu hampir menjadi kenyataan, semua pihak seharusnya lebih memberi sokongan agar ianya benar-benar menjadi realiti akhirnya.

Tetapi tindakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak yang meletakkan syarat tertentu mengenai debat itu tidak lebih seperti suatu percubaan untuk mengelakkannya daripada menjadi kenyataan saja layaknya.

Daripada peranan beliau sepatutnya hanya memastikan RTM bersedia menyiarkannya secara langsung melalui televisyen saja, kini Salleh turut menyatakan debat itu akan diadakan tanpa soal jawab serta tanpa penonton.

Katanya, kedua-dua belah pihak hanya dibenarkan membentangkan hujah dan fakta berkaitan 1MDB semasa sessi debat diadakan, tetapi tiada soal jawab dibenarkan.

Salleh yang dilantik sebagai menteri kerana gigih mempertahankan Najib daripada serangan Tun Mahathir juga berkata, tiada penonton akan dijemput semasa debat, sebaliknya akan diadakan di sebuah studio tertutup, bagi menjamin suasana kondusif dalam membincangkan isu yang diperdebatkan.

Zuhdi - Kerakusan DAP 'menawan' Malaysia makin terserlah


http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/06/suhaardiPR1.jpg
MUTAKHIR ini pimpinan DAP makin menyerlahkan kerakusan mereka untuk menawan Putrajaya dengan menunggangi parti-parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) dan beberapa individu Melayu yang menyertai DAP. Tindakan DAP mengisytiharkan keputusan mereka untuk bertanding di kerusi-kerusi yang dimenangi PAS di Selangor jelas membelakangkan PAN yang diyakini mempunyai keinginan bertanding di kerusi yang sama.

Selain itu, DAP terus mendesak Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR untuk menyingkirkan exco PAS. Jelas sekali DAP kini cuba memperbudak-budakkan parti-parti lain dalam PH.

Semenjak PAS bertahaluf bersama DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) telah menelaah strategi dan unjuran DAP untuk menguasai Malaysia melalui PR, iaitu dengan memaksimakan kemenangan calon-calon bukan Islam dan meminimakan kemenangan calon-calon Islam.

Pendekatan mereka ialah dengan memainkan isu-isu sensitif berkaitan sentimen agama dan kaum, seperti isu kalimah Allah, penolakan dasar-dasar afirmatif seumpama DEB dan lain-lain. Ketika itu, PAS sentiasa menjadi halangan utama disebabkan manipulasi isu seperti ini akan merugikan PR secara keseluruhan.

Tahi anda adalah tanggungjawab anda ...

Oleh Mat Kuantum


Kepada rakyat Malaysia yang dihormati,Tahi anda adalah tanggungjawab anda. Jadi, sila flush (bahasa melayu??) tahi anda selepas berak sama ada anda guna tandas awam, tandas masjid atau tandas persendirian.

Jangan biarkan 'jongkong emas' (baca: tahi) anda dilihat orang. Paling memalukan apabila jongkong emas itu dilihat berada dalam tandas masjid.Takkan benda simple (senang) macam ini pun nak kena ajar?

Apa benda kau orang ini? Kau orang tak belajar istinjak ke?

Takkan setiap hari saya kena berleter dan mengkritik perangai buruk orang malaysia?

Di New Zealand walaupun kami guna tisu untuk istinjak, tetapi tandas kami selalu bersih. Ini benda basic.

Kalau benda basic sebegini pun tak boleh buat, jangan harap nak majukan negara dan bina tamadun. Mungkin kita patut wujudkan pendidikan kebersihan di sekolah.

Ingat tahi, ingat tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

Bangun awal pagi jika tidak mahu bayar tol – menteri

Faiz Zainudin | November 3, 2015

Kerajaan menyediakan jalan alternatif kepada pengguna yang mahu mengelak daripada membayar tol.

rahman-dahlan

KUALA LUMPUR : Rakyat disaran supaya merancang perjalanan dengan bangun lebih awal untuk ke tempat kerja jika tidak mahu membayar tol susulan pengenalan kadar baharu tol yang berkuatkuasa bulan lalu.

Cadangan itu dibuat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau juga mencadangkan rakyat memilih jalan alternatif yang sememangnya disediakan oleh kerajaan bagi pengguna yang mahu mengelak daripada membayar tol.

“Saya nak tekankan, dimana kita letakkan tol kita mempunyai jalan alternatif, ada jalan alternatif dari point A ke point B tanpa melalui tol. Bila tidak melalui tol dia akan memakan masa dan menghadapi kesesakan lalu lintas dan menghadapi banyak lampu isyarat.

DUN PAS KELANTAN : Elaun ADUN naik tapi caruman guru tak bayar


FMT Reporters | November 3, 2015

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/11/kelantan-kerajaan.jpg
Kelantan naikkan elaun ADUN kepada RM8,00 sebulan tetapi pada masa sama tidak membayar potongan gaji dan caruman guru YIK membabitkan tunggakan berjumlah RM14.6 juta.

PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan dikecam kerana menaikkan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sehingga RM8,000 sebulan tetapi dalam masa sama tidak membayar tunggakan kepada guru Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Di media sosial dan blog, kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dikritik hebat kerana membuat keputusan menaikkan elaun itu tetapi gagal menjelaskan pencaruman dan potongan gaji guru YIK.

Pengkritik juga berpendapat kenaikan elaun tidak sesuai ketika rakyat berhadapan tekanan hidup disebabkan kos sara hidup makin tinggi.

Bajet 2016 "Bajet Mujoq"..........

OLEH DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/09/mafuzpakatan.jpg 

1. Bajet 2016 yang dibentang Najib dalam keadaan ekonomi suram, apatah lagi dengan kejatuhan harga minyak. Setiap tahun bajet dirangka berasaskan harga minyak kerana hampir 50 % sumber pendapatan negara adalah datang daripada sumber utama minyak dan gas melalui Petronas.
2. Malaysia menemui minyak pada tahun 1974. Lebih awal dari negara Norway menemui minyak. Norway kini trilion, mempunyai trilion USD simpanan wang masa depan (sovering fund) hasil tabungan yang diambil daripada pendapatan hasil minyak untuk generasi mendatang.

Kerajaan Norway mempunyai "pemikiran beringat" untuk masa depan berbanding dengan Kerajaan Malaysia menjadikan Petronas yang menguruskan Industri Petroliam Negara sebagai lembu kenyang yang kini Lembu itu sudah pun kurus kering seperti lembu subsidi. Kerajaan sudah tidak boleh lagi bergantung harap pada hasil petroliam dan Petronas.

3. Malangnya, Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk mencari sumber baru bagi menampung perbelanjaan negara tanpa membebankan rakyat. Apa yang dilakukan ialah mengambil jalan mudah dengan mengambil daripada poket rakyat melalui cukai baru GST. Pembaziran, penyelewengan dan salahguna kuasa GST yang melindungi.

Pas ingatkan Najib masih ada 41 hari


Perdana Menteri pada Jun lalu berjanji untuk menyelesaikan masalah 1MDB dalam tempoh enam bulan.

PAS

PETALING JAYA : Datuk Seri Najib Tun Razak masih mempunyai 41 hari sahaja lagi sebelum tempoh enam bulan yang dijanjikannya untuk menyelesaikan masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tamat.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat mengharapkan Perdana Menteri tidak menggunakan debat antara Tony Pua dan Arul Kanda untuk mengatakan masalah 1MDB telah selesai.

“Sebagai peringatan, ada 41 hari sahaja lagi sebelum tempoh enam bulan yang dijanjikan Najib untuk menyelesaikan masalah 1MDB akan tamat.

“Diharap Najib tidak menggunakan kemenangan debat ini sebagai penunaian janji bahawa masalah 1MDB telah selesai. Hakikatnya, masalah 1MDB tidak selesai di satu debat,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Polis dijangka rakam kenyataan Mahathir Jumaat ini


Pihak polis dijangka merakamkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung beberapa laporan polis yang mendakwa bekas perdana menteri itu membuat kenyataan fitnah terhadap pemimpin Umno.

Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Dr Mahathir telah memberikan 6 November sebagai tarikh tentatif.

"Bagaimanapun ini tertakluk juga kepada peguamnya," kata Khalid ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya lokasi kenyataan itu akan dirakamkan, Khalid berkata terpulang kepada Mahathir untuk membuat keputusan.

Khalid sebelum ini berkata Mahathir itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah.

Ini adalah berkaitan dengan kenyataannya semasa perhimpunan BERSIH 4, di mana Mahathir membuat dua penampilan pada 29 Ogos dan 30 Ogos dan menuduh pemimpin Umno menerima rasuah.

'Nak gantung, nak patah, nak kepak saya tak kisah' - Zam


Tan Sri Zainuddin Maidin berkata beliau tidak kisah dengan laporan terkini yang menyenaraikannya antara tujuh anggota Umno yang berdepan risiko penggantungan.

“Saya tiada masalah. Saya tak ada hal nak gantung ke, nak kepak ke, nak patah ke.

“Sebab saya tiada apa-apa (kepentingan) dalam Umno. Saya tiada kepentingan. Keluar pun tidak merugikan saya,” kata bekas menteri penerangan itu.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam itu juga secara sinis mengucapkan terima kasih kepada pihak yang memantaunya kerana menjadikannya “lebih besar daripada sepatutnya”.

“Saya tidak sedih, saya tidak tersinggung. Saya tidak ada jasa pada Umno,” kata bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Zainuddin dilapor tersenarai antara tujuh anggota Umno dipantau selain Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naibnya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

10 soalan bocor untuk presiden 1MDB

 
Pengkritik lantang 1MDB Tony Pua melantik dua anggota parlimen DAP untuk berunding dengan 1MDB bagi pihaknya berkaitan format dan butiran debat beliau dengan presiden syarikat itu Arul Kanda Kandasamy.

Pua, anggota parlimen Petaling Jaya Utara, memilih dua wakil rakyat parti itu, iaitu Teo Nie Ching (Kulai) dan Dr Ong Kian Ming (Serdang).

Sementara menunggu kesepakatan dalam hal itu, Pua sempat mengemukakan 10 soalan awal kepada Pua bagi membolehkan Arul bersedia lebih awal.

“Dengan ini, Arul tidak boleh buat-buat tidak tahu apa pura-pura tiada dokumen pada masa itu untuk menjawab soalan,” kata setiausaha publisiti DAP itu.

Soalan Pua itu antaranya:

(1) Kenapa Bank Negara tarik balik kebenaran untuk 1MDB untuk pindahkan lebih daripada AS$1.8 bilion ke luar negara?

Adakah kerana kebanyakan dana yang dipindahkan ke akaun tidak berkaitan usaha sama dengan Petrosaudi International Limited, yang didedah dalam minit mesyuarat bocor, adalah benar?

Berapa banyak pindahan ke akaun ini? Adakah akaun itu milik Good Star Limited dan siapa yang memiliki dan mengawal syarikat itu?

(2) Adakah benar 1MDB menandatangani perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi secara tergesa-gesa, tanpa mendapat kelulusan diperlukan daripada lembangan pengarah pada masa itu?

Mahfuz kecewa 'mesej celaru' pembangkang

MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini membidas tindakan pemimpin parti pembangkang "memberi mesej celaru" kepada rakyat berhubung isu-isu yang dibahaskan di Parlimen.

Tanpa merujuk kepada mana-mana isu, Mahfuz menggesa pemimpin parti pembangkang berlapang dada dengan duduk semeja supaya rakyat mendapat "satu mesej terarah"

"Apa yang penting dalam Parlimen. Pembangkang harus memberi mesej yang betul dan tepat kepada rakyat.

"Pembangkang hari ini telah memberikan mesej yang bercelaru kepada rakyat.

“Ini tak mustahil akan menyebabkan rakyat give up dengan politik parti-parti pembangkang khususnya... untuk pilihan raya umum akan datang," katanya kepada media di lobi parlimen.

Mahfuz itu dipercayai merujuk kepada beberapa kenyataan pemimpin pembangkang berhubung cadangan menolak Bajet 2016 dan undi tidak percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

'Bertembung sama sendiri, lemah'

PANAS | Tan Sri Pendikar Amin nak letak jawatan.....

Tan Sri Pandikar Amin menjelaskan beliau sedia melepaskan jawatan speaker Dewan Rakyat jika kerajaan mahu meneruskan rancangan perdebatan antara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berhubung syarikat yang sarat hutang itu.

"Kalau dibenarkan debat itu seolah-oleh debat itu lebih penting daripada PAC. Dan jika debat ini dibenarkan, jangan ada PAC biarkan debat sahaja, tidak guna ada jawatan kuasa (parlimen).

"Kalau kerajaan seperti yang disebut (bahawa) ada agenda, itu agenda kerajaan. Bagi saya, kalau kerajaan mahu meneruskan perdebatan itu, saya tidak akan melibatkan diri saya dalam hal ini.

"Dan saya dengan segala sukacitanya akan mengundur diri sebagai speaker, kalau itu juga diteuskan. Pendirian saya adalah jelas," katannya.

Akibat 'gaduh' dengan Zahid Hamidi, Ali Tinju dipanggil polis

Gaduh dengan Zahid: Ali Tinju dipanggil polis

Zahid-gaduh
PETALING JAYA: Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju di panggil pihak polis untuk memberi keterangan berhubung pergaduhan menerusi aplikasi Whatsapp dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu memberitahu FMT, perselisihan faham berhubung jemputan ke majlis perkahwinan anak Zahid pada September lalu telahpun selesai secara baik.

Namun, dia mendakwa, ada pihak ketiga sengaja mahu mengambil peluang dan memperbesarkan itu dengan membuat laporan polis.

“Isu pergaduhan saya dengan Zahid berhubung jemputan ke majlis perkahwinan anak beliau pada September lalu sudah selesai.

“Saya sendiri telah memohon maaf kepada beliau (Zahid) mungkin pada masa itu saya terlalu emosi, apabila dimaklum oleh pegawai Zahid bahawa saya tak dijemput sedangkan saya menerima jemputan itu.

Mengapa suspek utama pembunuhan Pengasas Ambank tidak didakwa?

Mengapa suspek utama pembunuhan Ahmad Najadi tidak didakwa?
FMT Reporters | November 2, 2015

Lelaki berumur 55 tahun dipercayai dalang pembunuhan itu ditahan di KLIA kemudian dibebaskan tanpa pendakwaan.

Gobind-Singh_najadi_600

KUALA LUMPUR: Gobind Singh Deo mempersoalkan mengapa lelaki yang dipercayai suspek utama pembunuhan Pengasas Ambank, Hussein Ahmad Najadi, dibebaskan tanpa didakwa.

Ahli Parlimen DAP dari Puchong yang memetik laporan akhbar Kwong Wah Jit Poh berkata, suspek utama ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira dua minggu lalu tetapi Timbalan Pendakwa Raya tidak meneruskan pendakwaan.

“Apakah yang terjadi? Suspek utama ditahan kemudian dibebaskan. Tiada tindakan diambil. Bukan saya kata dia suspek utama tetapi polis,” katanya ketika membahas Bajet 2016.

Laporan akhbar itu memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, suspek utama berumur 55 tahun itu ditahan sebaik tiba dari China.

Gobind adalah peguam kepada anak Ahmad Najadi, Pascal Najadi.

Peguam Negara nafi DPP di SPRM dipindahkan

Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali menafikan dakwaan bahawa timbalan pendakwa raya (DPP) di bahagian operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysua (SPRM) dipindahkan.

Ahmad Shazalee Abdul Khairi berkhidmat di bahagian yang meneliti SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

“Saya sudah semak.

“Berita kamu berkaitan DPP yang dikatakan dipindah keluar daripada SPRM adalah palsu,” katanya dalam pesanan teks kepada Malaysiakini lewat Isnin.

Apandi ditanya kenapa Ahmad Shazalee kenapa beliau dipindahkan secara tiba-tiba.

Tweet Pejabat Peguam Negara (AGC) malam ini menyebut:

“AGC menjelaskan bahawa tiada arahan pemindahan kepada DPP Shazalee Abdul Khairi keluar daripada SPRM.”





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...