TERKINI :

Monday, November 2, 2015

Gaji MB & TMB Kelantan naik hingga RM10,000

KOTA BHARU - Persidangan Dun Kelantan hari ini meluluskan Enakmen Saraan Anggota-anggota Pentadbiran dan Anggota-anggota Dewan Negeri (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun Adun kepada RM8,000 berbanding RM4,600 sekarang.

Anggota pentadbiran seperti Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Timbalan Exco pula akan menerima kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000.

Rang undang-undang itu yang dibentang Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan disokong oleh Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan mula berkuatkuasa pada Januari tahun hadapan.

Ketua Pembangkang Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) ketika membahaskan enakmen berkenaan berkata, elaun Adun sepatutnya dinaikkan kepada RM11,000 agar ia selaras dengan negeri-negeri pembangkang lain seperti Pulau Pinang dan Selangor.

"Kenaikan kepada RM11,000 itu adalah wajar memandangkan keadaan ekonomi semasa dan tanggungjawab berat yang dipikul oleh wakil rakyat pada masa kini dan sepatutnya wajar dipertimbangkan oleh kerajaan negeri.

"Elaun khas kepada ketua pembangkang juga sepatutnya diwujudkan," katanya.

Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) ketika mencelah perbahasan itu berkata, kerajaan negeri tidak seharusnya menjadikan kekangan kewangan sebagai alasan utama mereka untuk tidak menaikkan elaun Adun kepada RM11,000.

"Ini kerana kerajaan Persekutuan sentiasa membantu kerajaan negeri terutama berkaitan belanja mengurus pada setiap tahun," katanya.

Sementara itu, Ahmad (Pas-Pasir Pekan) ketika menggulung perbahasan berkata, pihaknya memahami apa yang disampaikan oleh pembangkang berhubung kenaikan elaun berkenaan.

Ahmad berkata, bagaimanapun terdapat kekangan kewangan daripada kerajaan negeri pada ketika ini yang digunakan bagi pembangunan negeri.

"Elaun sebanyak RM8,000 adalah sesuai pada ketika ini memandangkan enakmen berkenaan tidak menyebut tempoh masa untuk menyemak kembali elaun berkenaan.

"Kita akan lihat kepada keupayaan dan keselesaan kerajaan negeri (dalam hal ini) dan kerajaan kekal dengan angka yang diberikan dalam dewan," katanya.

Rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan dengan sokongan kesemua 45 Adun. Kali terakhir elaun itu disemak adalah pada 2010. - Bernama

Azmin kena dengar desakan DAP Selangor - Johari Abdul

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali perlu mendengar desakan perwakilan DAP yang memberi kata dua kepada Timbalan Presiden PKR itu.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, meskipun desakan itu bukan sesuatu yang perlu dirisaukan namun ia tetap perlu diambil peduli.

"Jadi, secara terbuka, menteri besar kena dengar. Sudah tentu ada latar belakangnya, kenapa perwakilan DAP ini menyuarakan begitu. Adakah ianya secara kelompok ataupun dia melihat secara dasar...secara total.

"Saya rasa ini bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan tapi sudah tentu kita kena dengar. Mungkin ada meritnya. Namun begitu, sebagai pemimpin yang berjiwa besar, kita harus dengar," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, hari ini.

Semalam, Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong dilaporkan menggesa agar pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Azmin untuk memecat wakil rakyat Pas atau DAP keluar dari pentadbiran kerajaan negeri itu.

Mengulas lanjut, Johari berkata, mana-mana suara perwakilan yang diutarakan, ada yang diambil serius dan dipertimbangkan oleh parti.

"Itu adalah ucapan salah seorang daripada perwakilan. Di mana-mana perwakilan parti, Umno ke PKR ke Pas ke, ada juga yang berbicara secara ekstrim. Jadi maknanya, perwakilan boleh bercakap dan kadang-kadang kita ambil secara serius dan kadang-kadang dengar dan kita akan pertimbangkan.

"Ini adalah luahan orang-orang tertentu yang mungkin dia bawa daripada akar umbi...ada sekelompok manusia yang rasa begitu," katanya.

Menyentuh soal ketegangan hubungan Pas dengan DAP yang tidak reda, Johari berkata, PKR masih menjalankan tanggungjawab sebagai orang tengah untuk memulihkan hubungan dua rakan komponennya itu.

"(Jadi orang tengah) itu masih berlaku. Malah dalam dua, tiga minggu yang lalu, Presiden PKR (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) pergi berjumpa dengan pimpinan Pas di ibu pejabat Pas walaupun Presiden Pas (Abdul Hadi) tidak ada, tetapi Presiden PKR secara penuh rendah diri, pergi ke 'rumah' mereka.

"Itu menunjukkan bahawa Presiden PKR mahu memainkan peranan itu dan bersedia untuk terus memainkan peranan itu. Malah terbukti kita berjiwa besar. Sama ada ianya akan membuahkan hasil, itu masa depanlah," katanya.

Beliau juga menafikan PKR meminggirkan Pas dan menyifatkan ia tidak harus berlaku.

Kerjasama Pas-BN untuk kebaikan rakyat

KUALA LUMPUR - Pas bersedia berbincang dengan BN bagi menjalin kerjasama dengan perikatan itu dalam aspek kebajikan rakyat, kata Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Mengulangi pendirian kesediaan parti itu untuk bekerjasama dengan BN, beliau bagaimanapun menjelaskan kerjasama itu bukan untuk mencapai kepentingan politik.

"Kami (Pas) sentiasa menunggu jemputan daripada kerajaan sama secara rasmi atau tidak. Yang penting kerajaan panggil kami untuk berbincang. Kami mahu bagi sumbangan untuk rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Katanya, Pas terbuka untuk bertemu kerajaan serta bersedia menyumbang pelbagai idea bagi membela nasib rakyat di negara ini.

Ditanya kemungkinan kerjasama itu berniat meraih undi untuk pilihan raya umum akan datang, Nik Mohamad Abduh berkata: "Ini bukan langkah berunsur politik tetapi demi kebaikan untuk rakyat. Kami akan kekal sebagai pembangkang dan tiada niat untuk sertai BN."

Baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan parti itu untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak termasuk BN dalam perkara-perkara yang memberi keuntungan kepada rakyat.

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh berkata, kerajaan perlu mengambil kira pandangan pembangkang bagi memantapkan agenda pembangunan serta kemajuan rakyat.

"Sebelum ini Pas sentiasa terpinggir kerana Pas dianggap sebagai musuh. Kalau kerajaan mahu berubah, mesti ambil pandangan pembangkang untuk bincang isu-isu berkaitan," kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu. - Bernama

Wakil rakyat Kelantan dapat elaun RM8,000 sebulan

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan usul menaikkan elaun wakil rakyat daripada RM4,600 kepada RM8,000 sebulan, berkuat kuasa Januari depan.

Menurut portal Berita Harian Online, keputusan dibuat selepas Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob membentangkan Enakmen Saraan Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 1980.

Ahmad berkata, kenaikan itu berikutan komitmen dan tanggungjawab semua ADUN terhadap rakyat bagi memastikan kebajikan dan keperluan mereka terjaga.

"Kerajaan negeri sangat memahami perkara ini di mana sebagai wakil rakyat mempunyai banyak tugas berat bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

"Mereka perlu mengambil kira kedudukan kewangan masing-masing bagi menyelesaikan kesengsaraan rakyat.

"Justeru, kadar kenaikan gaji kepada RM8,000 adalah sangat tepat untuk masa ini bagi meringankan beban wakil rakyat yang perlu menjaga kebajikan rakyat masing-masing," katanya dipetik portal itu.

Pemindahan mengejut pendakwa raya SPRM

EKSLUSIF l Seorang pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) yang terbabit dengan penahanan beberapa saksi penting secara mengejut dipindahkan hari ini.

Menurut sumber kepada Malaysiakini, pegawai itu adalah Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Shazalee Abdul Khairi.

Beliau sebelum ini, ditahan oleh pihak polis pada awal pagi 1 Ogos lalu dan ditahan di sebuah lokap serta rumah dan pejabatnya digeledah.

Dokumen dan komputer ribanya turut dirampas daripada pejabatnya di operasi bahagian khas SPRM pada hari yang sama sebelum beliau dibebaskan.

Apa yang menjadi pemindahannya penuh tanda-tanya adalah peminjaman Ahmad Shazalee ke SPRM baru sahaja dilanjutkan pada pertengahan tahun ini dan sepatutnya berkuatkuasa sehingga 2017.

Bagaimanapun, Peguam Negara Mohamed Tan Sri Apandi Ali pada surat bertarikh 14 Oktober mengarahkan Ahmad Shazalee melaporkan diri pada hari berikutnya.

Difahamkan SPRM hanya menerima surat arahan pemindahan itu pada hari Jumaat (30 Oktober) lalu.

Ketika dihubungi, Apandi enggan mengulas mengenai pemindaha berkenaan.

"Saya ada banyak pegawai yang dipindahkan. Saya tidak dapat tentukan yang mana satu," katanya ketika ditanya sebab-sebab di sebalik pemindahan Ahmad Shazalee.

'Kerja Gila'

Pemindahan Ahmad Shazalee secara mengejut itu juga disahkan oleh sumber daripada Jabatan Peguam Negara dan SPRM.

Bagaimanapun, idak diketahui di mana Ahmad Shazalee melaporkan diri untuk kerjanya hari ini.

Menurut sumber yang tidak mahu namanya disiarkan, keputusan Jabatan Peguam Negara itu sebagai 'kerja gila' kerana tidak ada penggantian.

"Ini adalah usaha untuk menjejaskan siasatan ke atas SRC International," kata sumber lain.

Saya 'sokong' Guan Eng, Pakatan Harapan – Mohd. Salleh Man

Komunikasi Amanah Pulau Pinang


GEORGE TOWN - Dato' Mohd. Salleh Man berkata beliau akan terus menyokong kepemimpinan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng serta Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang, kerana kemenangannya pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei 2013 lalu adalah atas semangat Pakatan Rakyat.

Ketegaskan Mohd. Salleh itu sekaligus menilak laporan berita akhbar NST pada 31 Oktober lepas yang bertajuk Penang PAS rep 'won't support state govt.'.

“Saya tidak pernah ditemuramah oleh mana-mana wartawan daripada NST...apa yang dilaporkan oleh akhbar tersebut adalah fitnah liar semata-mata.

“Saya akan terus menyokong Y.A.B. Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang Pakatan Harapan dan akan membela beliau dan Kerajaan Negeri sebagai Ahli Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” tegas Mohd. Salleh pada sidang media bersama-sam Guan Eng di sini, pagi tadi.

Bajet Najib umpama candu

Oleh: AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM, 2 NOV: Bajet Kerajaan Persekutuan yang mengekalkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) disifatkan sebagai ‘candu’ untuk rakyat.

Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) berkata, ia diberi tanpa perancangan khusus dan satu bentuk ‘rasuah’ bagi meraih sokongan masyarakat.

BAJET 2016“Bajet dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan pemberian BR1M adalah ‘candu’ diberikan kepada rakyat tanpa perancangan.

“Ini adalah rasuah sesuai dengan BR1M sebagai pemberian rasuah satu Malaysia, berbeza di Selangor apabila kita membantu rakyat melalui peruntukan besar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Pada masa sama, Suee Lim berkata, peruntukan besar Kerajaan Selangor merangsang gencatan ekonomi meskipun belanjawan itu adalah defisit.

Nik Abduh perjelas kenapa tak akan undi tolak bajet

Seramai 14 orang anggota parlimen PAS tidak akan terlibat dalam undian penerimaan belanjawan 2016 susulan pendekatan baru kerjasama parti itu dengan BN, kata Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Ketua pemuda PAS itu berkata walaupun PAS menentang beberapa perkara seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), belanjawan itu masih mempunyai kebaikan untuk rakyat.

“PAS berbuat keputusan untuk berkecuali. Kita mengkritik beberapa perkara yang besar dalam bajet tersebut.

“Dan kita juga menyokong beberapa benda baru yang dibawa oleh kerajaan.

“Bajet ini memang asalnya dibuat untuk kebaikan rakyat Malaysia. Jadi kita berkecualilah,” katanya.

Nik Abduh bagaimanapun berkata wakil PAS akan terlibat membahaskan belanjawan itu.

Beliau juga bersetuju dengan pandangan pembangkang lain bahawa belanjawan itu menguntungkan Najib dan kerajaan BN.

Pakatan Harapan tidak hirau pendirian Hadi, tetap tidak sokong Bajet

OLEH MD IZWAN | Published: 2 November 2015.

Pakatan Harapan tetap tidak akan menyokong Bajet 2016 dan enggan menghiraukan pendirian PAS yang tidak akan menyokong usul menolak bajet itu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau menghormati pendirian dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun gabungan baharu pembangkang itu tetap akan meneruskan langkah menolak bajet yang dibentang Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober lalu.

“Itu pendirian PAS. Tetapi, setengah daripada mereka, secara senyap-senyap kata lain,” kata Dr Wan Azizah mengulas kenyataan Hadi.

Hadi semalam dipetik berkata, PAS akan mengambil tindakan berkecuali dan ahli Parlimennya sebulat suara tidak akan menyokong usul menolak Bajet 2016 kerana dasar parti Islam itu ialah menyokong perkara positif untuk rakyat.

Beliau juga berkata, pendirian tersebut akan menjadi penghalang utama untuk Pakatan Harapan berjaya dalam undi blok ahli Dewan ke atas bajet yang dibentangkan Najib.

Naib Ketua PAS Selangor kata orang yang masuk AMANAH nie tak tahu asas dosa pahala bab rasuah.

SILA BACA SAMPAI HABIS :

Rasuah: 'Kita belum berkuasa boleh cakaplah'

Abdul Mu'izz Muhammad
SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor mengingatkan ahlinya agar tidak terlalu bermain politik meskipun dilihat agak ketinggalan berbanding Pakatan Harapan.

Naib Ketua Pemuda Pas Selangor, Abdul Mu'izz Muhammad berkata, ahli-ahli Pas perlu mengakui bahawa penyertaan mereka dalam Pas mempunyai misi bukan kerana terlalu menyukai politik.

"Kita kena akui bahawa kita masuk politik bukan kerana suka sangat dengan politik tapi sebab kita nak ubah keadaan.

"Jangan terlalu main politiking nanti orang bosan walau kita dilihat ditinggalkan berbanding Pakatan (Harapan) sebab kita berpegang pada asas halal haram di mana kita tidak mengharamkan yang halal dan tidak menghalalkan yang haram," katanya pada Forum Integriti dan Pencegahan Rasuah Bersama Pemimpin Politik Pas Selangor, di sini, hari ini.

Menurutnya, manusia diuji ALLAH ketika berkuasa dan Pas juga tidak terlepas dari ujian tersebut.

NAJIB : Tak jadi saman WSJ di Amerika pulak, atas alasan orang tak kenal dia

‘Mungkin tak saman WSJ di Amerika, Najib tak dikenali sana'

Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak akan keberatan bagi memfailkan saman terhadap akhbar The Wall Street Journal (WSJ) berhubung artikel yang mendakwa US$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.

Alasan yang diberikan adalah bahawa Najib tidak dikenali di Amerika Syarikat.

Firoz Hussein, Ahmad Jamaluddin dan Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata anak guamnya mahu memfailkan saman itu di negara ini di mana Najib dikenali ramai.

Firoz memberi contoh kes seorang ahli perniagaan dari luar United Kingdom yang memfailkan saman di sana dan menang tetapi ganti rugi yang diberikan adalah kecil.

"Sebabnya ialah orang itu tidak dikenali di UK walaupun saman fitnah difailkan di sana."

"Atas sebab itu, saman (terhadap WSJ), jika difailkan akan dibuat di Malaysia di mana beliau (Najib) dikenali," katanya.

Ditanya apa yang menghalang mereka dari memfailkan saman terhadap WSJ kerana keadilan adalah penting bagi perdana menteri, Hafarizam berkata mereka perlu tahu sama ada akhbar kewangan antarabangsa yang berpangkalan di New York mahu menggunakan Akta SPEECH.

Kiraan Awal Pilihan Raya Parlimen; AKP Mendahului Dengan 49.4% Undi


Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) telah diberi mandat sekali lagi untuk memimpin Turki, bersendirian sekali lagi selepas berehat selama lima bulan, apabila mendapatkan majoriti parlimen pada pilihanraya yang berlangsung semalam.

Dengan hampir semua undi dikira, AKP mendahului pilihan raya dengan 49.4 peratus undi dan Perdana Menteri Ahmet Davutoglu dalam responnya, menyifatkan ia sebagai kemenangan demokrasi.

Keputusan awal menunjukkan Parti Republik Rakyat (CHP) berhaluan ‘pusat-kiri’ mengikuti kemenangan AKP dengan 25.4 undi, manakala ‘sayap kanan’ Parti Tindakan Nasionalis (MHP) dengan 11.9 peratus dan Parti Rakyat Demokratik (HDP) yang pro-Kurdish’ mendapat 10.7 peratus.

Dengan keputusan itu, AKP diramalkan dapat menuntut 316 kerusi daei 550 kerusi Parlimen 550, mencukupi untuk membentuk kerajaan secara tunggal dengan majoriti sendiri.

PBB gesa pembebasan Anwar, dakwa langgar undang-undang antarabangsa

Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB  menyifatkan perbicaraan membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah haram dan perlu dibebaskan serta-merta. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 November, 2015.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan penahanan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melanggar undang-undang antarabangsa dan menggesa pembebasan beliau dengan segera.

Keputusan itu diputuskan Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB (UNWGAD) yang menyifatkan perbicaraan membabitkan Anwar adalah haram dan perlu dibebaskan serta-merta.

"Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari mengeluarkan pendapat berikut: Pemenjaraan Saudara Anwar Ibrahim adalah arbitrari... mengambil kira semua hal dalam kes itu, kumpulan kerja berpendapat jalan untuk membetulkan keadaan adalah membebaskan Saudara Anwar dengan serta-merta dan memastikan hak-hak politik beliau yang dirampas kerana pemenjaraan beliau ini dikembalikan," kata kumpulan kerja itu yang dibacakan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di Parlimen pagi ini.

Nurul Izzah bersyukur dengan pendirian PBB itu sekali gus memberi isyarat jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menurut saranan mereka.

TUANKU desak bina hospital, tapi NAJIB pie bagi BANDARAYA GETAH..!!

TUANKU DESAK PERCEPAT BINA HOSPITAL, NAJIB BERI BANDARAYA GETAH
APA FAEDAH UNTUK RAKYAT KEDAH?
Oleh ZULKIFLI YAHAYA


Agaknya bergembira sakanlah rakyat Kedah kerana dihadiahkan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak sebuah Bandaraya Getah yang bernilai RM320 juta. Perkara itu terkandung dalam intisari Bajet 2016 yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini.

Bandaraya Getah tidak tersenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini tetapi muncul dalam Bajet 2016. Projek yang tersenarai dalam RMK11 ialah Hospital Pendang, namun ia tiada pula dalam Bajet kali ini.

Ura-ura kewujudan Hospital Pendang diperkatakan sejak tahun 2006 lagi apabila tapaknya telah disediakan oleh Kerajaan Negeri. Hampir satu dekad, ia belum jadi kenyataan. Hospital Pendang dianggap satu keperluan kerana ia adalah sebuah daerah yang luas, berpenduduk ramai tetapi tiada kemudahan hospital. Mereka terpaksa bergantung kepada Hospital Sultanah Bahiyah yang agak jauh bagi sebahagian besar penduduk Pendang.

Dengaq pie laa..kot kot najib lupa pesanan tuanku nie...

Posted by KedahLanie on Sunday, 1 November 2015

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pernah melahirkan rasa kecewa dalam titah perasmian Sidang DUN Kedah 2011, kerana rancangan untuk membina hospital bagi Daerah Pendang dan Bandar Baharu belum dilaksanakan.

Bekas menteri dedah ada usaha mengkondisi ketua bahagian Umno sebelum singkir Muhyiddin

Usaha mengkondisi ketua bahagian Umno sebelum singkir Muhyiddin
Oleh Tan Sri Zainuddin Maidin

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/tpm_tan_sri_muhyiddin_yassin_economy_growth_malaysia_afif.jpg
Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh dipecat dari jawatan timbalan presiden Umno kerana beliau dipilih perhimpunan agung, tetapi pemecatannya sebagai ahli Umno secara automatis akan menggugurkannya dari jawatan penting itu.Pemecatan sebagai ahli boleh dilakukan jika ada bukti yang kukuh.

Inilah yang sedang digerakan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan berkata siasatan terhadap 7 pemimpin Umno sedang dijalankan kerana kenyataan mereka yang boleh menjejaskan parti.

Usaha untuk mengkondisikan ketua bahagian dan ahli Umno menerima tindakan ini sudah pun didahului komando Umno dengan dakwaan 75 % ketua Umno Bahagian, malah ada yang kata 95%, siap sedia menyokong tindakan ini.

Sementara itu, rakan karib Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, juga lantang bersuara mendesak tindakan tegas tanpa mengira jawatan diambil terhadap mereka yang terlibat.

Barangkali, Muhyiddin menyedari perancangan terhadapnya, maka itu beliau berhati-hati dalam meneruskan kritikannya tetapi dalam suatu forum di Johor Baru baru-baru ini, beliau menganggap "pengecut" pemimpin Umno yang menyokong presiden. Ini mendorong penyokong-penyokong Najib menjadi semakin agresif.

Jangan keliru isu perpaduan Melayu

Oleh TS Muhammad Taib


Kini timbul kesah Melayu kena bersatu. Tiba2 soal Melayu bersatu menjadi sangat penting. Cerita nak bersatu ni adalah cerita yang baik. Lama dah kita bercerita pasal bersatu. Namun ada perbezaan soal bersatu dan soal memilih pemimpin yang baik untuk menyatukan orang Melayu.

Di Indonesia cerita begini pun sama. Mereka sudah memilih ramai pemimpin. Semua kata 'Bhinneka Tunggal Ika'. (Bebeda2 tapi tetap satu).

Nampaknya mereka masih mencari2 kejayaan.Didoakan President Jokowi sekarang dapat membawa Indonesia ke mercu kejayaan.

Di Malaysia yang penting sekarang dan menjadi prioriti ialah soal good governance. (Pentadbiran yg baik). Negara ini kaya. Org cerdik ramai.

Infrastructure baik. Pendidikan baik. (Hanya perlu sedikit adjustment). Negara aman. Tak ada gempa bumi & malapetaka alam. (Tolong jangan jadikan Kipidap, Ali Tinju dan Jamal Ikan Bakar sebagai ikon Negara) Ini langkah mundur. Kita ada ramai orang cerdik boleh di kedepankan.

Siapa jadi mangsa tindakan peguam negara dalam keputusan 1MDB?

Oleh Dzulkefly Ahmad


Kenyataan rasmi dikeluarkan Bank Negara Malaysia ((BNM) pada Isnin lalu, 19 Oktober membawa implikasi besar dari sisi perundangan dan termasuk persepsi terhadap tadbir urus kewangan negara. Kenyataaan ini bersabitan kontroversi dakwaan terhadap syarikat pelaburan strategik 100% milik Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kenyataan menegaskan BNM berhak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang melanggari mana peruntukan di bawah undang-undang yang ditadbirnya, selaku badan tunggal yang mengelola segala urusan tadbir urus kewangan negara.

Peruntukan tindakan pentadbiran atau “administrative action” tersebut, selain “tindakan jenayah” akan diambil berpandukan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Antara lainnya, mengenakan hukuman bayaran wang dan sebagainya.

Tindakan BNM ini dibaca atau difahami pelbagai pihak sebagai menegaskan sesuatu yang tidak kena dengan keputusan dibuat Jabatan Peguam Negara.

Persatuan pelajar kecam tindakan RTM

 Bahasa,-RTM,-TV2,-berita-Mandarin
PETALING JAYA: Pelajar Persatuan Pelajar Kolej Era Baru (UMANY) dan beberapa pertubuhan pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) mengutuk keras langkah Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengenakan tindakan terhadap Eksekutif Berita Mandarin, di TV2.

Ia dibuat selepas individu berkenaan menggunakan gambar yang didakwa menyinggung perasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa laporan berita pada Selasa lalu.

Menerusi kenyataan bersama pada Ahad, kumpulan pelajar berkenaan menyifatkan RTM sebagai sebuah stesen televisyen yang telah membawa kegelapan kepada sejarah media di negara ini.

“Mandarin TV2 telah dihukum atas tindakannya yang telah menyinggung perasaan Perdana Menteri kerana penggunaan foto yang tidak sesuai.

“Pihak berkuasa telah sewenang-wenangnya menindas dan menafikan kebebasan akhbar dan juga mencampur tangan dalam kebebasan media,”petik kenyataan itu.

Vape masih tidak tepati syarak - Mufti Perak

Harussani Zakaria

IPOH - Meskipun tidak mendatangkan kerosakan dalam aspek kesihatan, rokok elektronik atauvape masih dianggap tidak menepati syarak kerana memerlukan seseorang itu berbelanja atas perkara tidak berfaedah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, penetapan sesuatu hukum haram itu hanya berlaku apabila ia dijelaskan sendiri oleh hukum syarak.

“Benda kalau tak boleh, tak bolehlah, apa faedahnya vape, kalau tidak merosakkan, tetapi berbelanja atas perkara tidak berfaedah...ia tetap tidak dibenarkan oleh syarak,” ujarnya ketika ditemui pada Karnival Ukhuwah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk) 2015 di sini, semalam.

Katanya, penggunaan vape belum boleh disifatkan sebagai haram sekiranya kajian menyeluruh berhubung perkara itu belum dimuktamadkan.

Menurutnya, bagaimanapun mengambil contoh penggunaan racun yang ditetapkan haram, dengan dos tertentu diberi doktor untuk tujuan mengubati, ia boleh jadi harus.

“Kalau benda tu haram, ia boleh jadi harus dalam keadaan darurat, begitu juga (sesuatu itu) tak boleh jadi haram kecuali ditetapkan hukum syarak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...