TERKINI :

Sunday, November 1, 2015

Selangor tanpa PAS?

Oleh Wan Ji Wan Hussin


Amanah dan DAP bersama PKR kini membina Pakatan Harapan di Pulau Pinang. Di peringkat Parlimen, susunan kerusi kedudukan ahli Parlimen juga menampilkan Pakatan Harapan diterima secara rasmi.

Keadaan ini berbeza di Selangor. Menteri besar Selangor masih menganggap Pakatan Rakyat masih lagi kekal. Ekoran itu, PAS masih lagi dianggap sebahagian rakan DAP dan PKR di Selangor, walaupun di peringkat Malaysia, DAP dan PAS sudah “tertalak” walaupun gabungan sebelum ini tidak pernah diikat dengan sebarang amalan bai'ah.

Ramai percaya Selangor selepas PRU akan datang adalah negeri Pakatan Harapan, bukan negeri Pakatan Rakyat lagi. Justeru, selepas PRU ini, ramai percaya PAS bukan salah satu parti yang mentadbir Selangor.

Sebelum ini, menteri besar Selangor pernah mengajak PAS bersama-sama dengan Pakatan Harapan. Namun, ramai anggap ajakan itu “ajak-ajak ayam”. 

PKR bakal paling rugi di Selangor disebabkan kegagalan membuat keputusan jelas nak bersama PH atau tak..!!

Oleh Amin Iskandar

http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2014/08/13/17/59/selangor.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Kegagalan membuat keputusan jelas, sama ada mahu bersama PAS atau DAP dan Amanah dalam Pakatan Harapan, akan memberi kesan buruk kepada PKR pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang, terutamanya di Selangor.

Ketika PKR masih mahu “makan” kiri dan kanan, DAP dan Amanah juga mempunyai rancangan PRU14 untuk bergerak bersama tanpa melibatkan parti Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Pengumuman Tony Pua yang DAP akan bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS di Selangor hanya sebahagian daripada rancangan itu.

Jika kesepakatan gagal dicapai sebelum PRU14, DAP dan Amanah akan turut bertanding di kerusi yang ditandingi PKR sebelum ini.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali mempersoalkan hasrat DAP bertanding di 8 kerusi parti Islam itu di Selangor, apakah ia disebabkan mereka tidak percaya kepada Amanah.

Pemerhatian Mustafa itu dengan mengandaikan PKR, DAP dan Amanah masih bergerak dalam gabungan Pakatan Harapan.

Tolak bajet 'tanggungjawab moral', kata PKR pada PAS

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyatakan rasa kesal terhadap kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti Islam itu tidak akan menolak Bajet 2016.

"Saya harap PAS akan mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak menolak bajet itu.

"Saya takut keputusan tidak menolak bajet oleh mana-mana anggota parlimen pembangkang daripada mana-mana parti memberikan kedudukan yang tidak baik pada hati nurani dan rakyat," katanya kepada Malaysiakini.

Rafizi berkata ini kerana bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah "terburuk yang pernah berlaku".

Naib Presiden PKR itu juga berkata ia juga merupakan harapan takyat untuk melihat Najib disingkirkan daripada perjabatnya.

Mengapa Abdul Aziz Bari sertai DAP

Mohd Sayuti Omar,

SEMBANG MALAM

Lama saya tidak berjumpa dengan bekas pensyarah Kuliyah Undang-undang UIAM, Dr Abdul Aziz Bari untuk berbincang dan berbual fasal politik. Kali terakhir saya bersamanya dalam sebuah forum di Kuala Lumpur di mana kami menjadi ahli pena.
Sembang dengan Aziz Bari turut diselit Zulqarnain. 
Kalau tidak silap isu yang dibicarakan malam itu mengenai Hudud di Kelantan. Selepas itu kami tidak berjumpa di mana-mana. Saya pula tidak turun ke majlis-majlis yang menampilkannya. Dalam forum itu saya memberi jaminan kepada mereka yang alergik dengan hudud supaya jangan bimbang kerana ia tidak akan dilaksanakan.

Apabila beliau menyertai DAP, hampir serentak dengan penyertaan Pak Samad (A Samad Said), teringin juga saya menemuinya untuk bertanya sebab dan musababnya. Aziz bukan boleh bercakap dengan telefon sebab beliau seorang yang tidak mesra telefon. Beliau berhubung dengan sesiapa sahaja menerusi e-mail sahaja. Kemisterian masih belum terjawab kenapa pakar perlembagaan ini tidak gemar kepada telefon.


Hal-hal yang perlu segera atau urgent dengannya boleh hubungi di nombor isterinya. Pun begitu Aziz seorang yang cepat memberi respon menerusi emailnya. Tidak ada masalah. Bahkan kalau interview rengkas dengannya boleh sahaja menerusi email.

Kebetulan apabila kelmarin dahulu beliau mengemailkan saya untuk berjumpa, ia bagaikan orang mengantuk diletakkan bantal atau si dahaga di hulurkan "orange". Jangan salah faham bila saya tulis orange, saya seorang yang payah untuk mempercayai kepada politik warna ini. Jadi cepat-cepat saya sambut pelawaanya dan kami berjumpa di sebuah cafe di Seri Gombak.

AMANAH terima derma RM50k, haram sedangkan PAS terima RM100k boleh pula..!

Ini diperolehi dari facebook sahabat AMANAH yang mana menjawab fitnah PAS mengatakan terima derma dari tokey cina untuk jatuhkan jamaah Islam...

Lihatlah komen beliau....

Jangan tutup masalah negara dengan asap vape

IDRIS AHMAD | 01 November 2015.


Kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa kerajaan memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape sebagai memahami aspirasi anak muda adalah sangat wan mengecewakan.

Ia menyimpang jauh dari cita-cita sebenar negara dan ibu bapa mereka untuk melihat modal insan yang bakal menjadi pemimpin masa depan negara.

Saya menyeru supaya kerajaan meneliti beberapa fakta berikut untuk dijadikan rujukan:

1. Kajian terkini oleh Public Health England bertajuk ‘E-cigarettes: a new foundation for evidence-based policy and practice’ menunjukkan bahawa vape mempunyai potensi untuk menolong perokok supaya berhenti merokok. Namun, ia bergantung kepada penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan bahawa vape digunakan untuk tujuan berhenti merokok sahaja dan tidak mendedahkan budaya vape kepada bukan perokok dan kanak-kanak. Adakah kerajaan sudah bersedia dengan akta kawalan untuk melindungi golongan tersebut dan kawasan bebas asap rokok?

2. Laporan tersebut turut menekankan bahawa setiap klinik berhenti merokok perlu digiatkan secara aktif untuk memastikan perokok yang bertukar kepada vape akhirnya berhenti merokok. Mohon jemaah menteri periksa berapa bilangan klinik berhenti merokok yang aktif di seluruh negara dan berapa bilangan kakitangan yang mahir dan bersedia untuk menggerakkannya.

Subsidi beras Super Tempatan ST15 dimansuhkan


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memansuhkan program subsidi beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) berikutan terdapat banyak masalah ketirisan berkaitannya.

Setiusaha Bahagian Industri Padi dan Beras MOA, Samsuddin Ismail dalam satu kenyataan semalam berkata, kajian mendapati antara masalah yang berlaku ialah beras yang sepatutnya dikeluarkan untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah boleh dibeli oleh bukan warganegara.

"Ada juga laporan mendapati terdapat tempat yang tidak mendapat bekalan mencukupi manakala ada tempat yang mempunyai bekalan berlebihan," katanya.

Beliau berkata walaupun beberapa tindakan telah diambil kementerian termasuk menghentikan lesen pihak terbabit tetapi masalah berkenaan masih timbul.

"Sejak dua bulan lalu, kami telah mencari jalan terbaik bagi memikirkan mekanisme baru yang akan memastikan bantuan yang diberikan lebih menepati golongan sasaran dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat termiskin," katanya.

Pas dibawah kepimpinan Hadi Awang nampaknya lebih sanggup "mati dalam angan-angan"

KAH, KAH, KAH...KESIANNYA DENGAN PAS SEKARANG INI!!

oleh Shahbudin Husin,



Tidak dinafikan Pas dibawah kepimpinan Hadi Awang makin melalut dan mengarut sejak kebelakangan ini. Apa perjuangan mereka pun tidak diketahui lagi, tidak lebih macam orang yang memandu kereta tanpa tujuan tetapi sekadar mahu menghabiskan minyak dalam tangki saja.

Setelah sebahagian ahli dan pimpinannya menubuhkan Amanah, sikap beliau semakin sukar difahami. Tidak tahu sama ada beliau mahu menjadikan Pas kekal sebagai parti politik atau sekadar pertubuhan kebajikan dan dakwah saja.

Mari kita baca antara kenyataan terbaru Presiden Pas itu sebagaimana yang disiarkan di media arus perdana hari ini:-

- Pas sedia menasihati BN dalam hal seperti 1MDB, cukai GST, perumahan serta kejatuhan nilai ringgit.

- Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam.

- Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar UMNO mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.

DAP tak akan 'tikam belakang' macam PAS, depa akan berbincang dahulu dalam PAKATAN HARAPAN


DAP tidak akan 'menikam belakang' dalam Pakatan Harpan sepertimana yang dilakukan PAS yang meletakkan calon di kerusi Kota Damansara milik PKR pada pilihan raya umum lalu, menyebabkan Umno menang, kata Pengerusi DAP Selagor Tony Pua.

Beliau berkata DAP akan berbincang terlebih dahulu dengan rakan komponen khususnya Parti Amanah Negara (AMANAH) jika mereka ingin bertanding di lapan kerusi DUN yang menjadi kubu kuat PAS di Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Pua berkata buat masa ini, sama ada DAP akhirnya akan bertanding lapan kerusi itu tidak penting, sebaliknya mahu memastikan jentera parti itu bergerak dan sedia memberi sokongan penuh kepada AMANAH jika parti Islam itu mahu bertanding di situ.

"Tujuan DAP terus terang. Kita ingin supaya kelapan-lapan kerusi di mana DAP mempunyai sedikit-sebanyak pengaruh akan dimenangi oleh parti-parti komponen Pakatan Harapan dalam pilihan raya yang akan datang.

PAS tidak sokong undi tolak Bajet 2016, kata Hadi


PAS akan mengambil tindakan berkecuali dan ahli Parlimennya sebulat suara tidak akan menyokong usul menolak Bajet 2016, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sinar Harian melaporkan presiden PAS itu berkata, parti itu tidak akan menolak Bajet 2016 kerana dasar parti Islam itu ialah menyokong perkara positif untuk rakyat.

“Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi membangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.

“Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai program dialog rakyat bersama PAS di Hotel Tanjung Vista, di Terengganu, semalam.

Sebelum ini, ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menyarankan agar kesemua ahli Parlimen pembangkang menolak usul Bajet 2016 sebagai salah satu protes menolak kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hadi turut dilaporkan berkata, PAS juga bersedia menjadi penasihat kepada Umno sekiranya parti Melayu itu merubah dasar perjuangan mereka.

Antara persepsi salah dan dilema Melayu dalam DAP

oleh Mahdzir Ibrahim

melayu pegang dap 


ADA banyak persepsi tentang DAP yang salah.

Ada yang simplistik, ada yang samar-samar dan ada yang mentah. Ini datangnya dari pelbagai sudut dan sumber. Dari persepsi itu, kebanyakannya datang dari sumber bukan DAP – contohnya, UMNO, Utusan atau TV3.

Selain sumber merapu itu, ada juga bersumberkan bekas ahli DAP yang telah keluar parti.

Antara persepsi yang paling simplistik ialah tentang ahli Melayu dalam DAP.

Ramai berpendapat, untuk DAP memulihkan imejnya di mata rakyat Malaysia sebagai parti berbilang kaum, mereka memerlukan ramai ahli Melayu – baik sebagai ahli atau pemimpin, baik pada peringkat cawangan, negeri atau pusat, menyimpan persepsi bahawa Melayu yang menyertai DAP harus diberi kedudukan sewajarnya (dalam kata lain bagi – keistimewaan) dalam parti.

Azmin punca DAP nak letak calon di DUN PAS

DAP lawan PAS di Selangor selepas Azmin tolak ubah gabungan

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata parti itu terpaksa membuat keputusan melawan PAS pada PRU akan datang kerana Menteri Besar Mohamed Azmin Ali enggan mengubah gabungan yang memerintah negeri itu selepas berakhirnya Pakatan Rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 1 November, 2015.
Keputusan DAP bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) diambil selepas Menteri Besar Mohamed Azmin Ali enggan mengubah gabungan di Selangor walaupun Pakatan Rakyat (PR) berkubur, kata Tony Pua.

Pengerusi DAP Selangor itu berkata, partinya terus kekal dalam kerajaan negeri yang dibentuk semasa PR masih wujud dahulu kerana tidak mahu menimbulkan lagi pergolakan politik di negeri terkaya itu selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan sebagai menteri besar.

"Sebab itu, DAP terus berada dalam sebuah kerajaan gabungan 'ad-hoc' dan DAP akan menjalankan peranan supaya dasar bersama Pakatan Rakyat yang disokong rakyat semasa pilihan raya dahulu akan dikotakan.

"Akan tetapi, gabungan ini tidak akan kekal selama-lamanya. Masa depan kita adalah bersama Pakatan Harapan.

"Apatah lagi PAS sudah berulang-kali menegaskan mereka memutuskan segala kerjasama politik dengan DAP dan akan meletak calon PAS untuk bertanding di kawasan yang dipegang DAP," kata Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, semasa berucap di Konvensyen Biasa Negeri DAP Selangor 2015 di Petaling Jaya, hari ini. – 1 November, 2015.

DAP pertikai kem tentera dipindah, tapak dijual harga rendah

tentera
KUALA LUMPUR 30 OKT: Pemimpin DAP mempertikai tindakan pemindahan beberapa kem tentera berikutan penjualan tapak lokasi itu kepada pemaju swasta untuk pembangunan komersil pada nilai bawah pasaran.

liew chin tongWalaupun dinafi Kementerian Pertahanan, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, berkata ia terus berlaku membabitkan kem Sungai Besi dan Pangkalan Udara Sungai Besi di sini, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang dan Kem Majidee, Johor.

Katanya, kerajaan menganggap penjualan itu sebagai program pertukaran tanah dengan kementerian dan pemaju swasta memperoleh keuntungan bersama sedangkan sebarang kerugian ditanggung rakyat selaku pembayar cukai.

“Persoalannya, mengapa kerajaan memindahkan kem tentera yang dikendalikan Kementerian Pertahanan (Mindef) dan menjual tanah kepada syarikat swasta?” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Beliau sebelum ini membuat pertanyaan bertulis kepada Menteri Pertahanan mengenai hal itu tetapi mereka menafikannya walaupun beberapa kejadian beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan sebaliknya.

PAS kata AMANAH dapat dana dari tokey DAP untuk sabotaj perjuangan ISLAM


PAN menjenamakan perjuangannya dengan label Islam sekalipun setakat ini tidak menunjukkan sensitiviti dalam isu isu berkaitan Islam sama ada dalam bentuk nasihat, teguran mahupun bantahan.

PAN memberi publisiti sumbangan RM50ribu yang diterima dari seorang pembiaya besar DAP iaitu Koon Yew Yin. Ia seakan memberi gambaran sebenar bagaimana PAN boleh berbelanja besar dalam programnya sehingga menjadi bahan perbualan di kalangan wartawan seperti pernah ditulis kolumnis akhbar The Star, Jocelyn Tan.

PAN terima RM50 ribu. Itu gula gula sahaja. Syaratnya kerja kuat kerana ia menepati dan selari dengan kepentingan DAP.

DAP Penang pernah terima RM50 juta dari Koon Yew Kin. Malah sempena hari jadi Lim Kit Siang, Pengerusi DAP pun beliau memberi RM100 ribu. Ini pernah dilaporkan media.

Kenapa tegas terhadap vape, tidak rokok, soal mufti Perlis

 Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kedua-dua rokok dan vape memudaratkan, tetapi mempersoalkan mengapa rokok tidak mendapat tentangan serius walaupun sudah lama difatwakan haram. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 November, 2015.
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang begitu tegas terhadap penggunaan rokok elektronik atau vape, tetapi tidak kepada rokok, walaupun fatwa pengharaman rokok adalah jelas.

Asri berkata, penentuan hukum menggunakan vape perlu berlandaskan kajian pakar kesihatan dan bukannya fatwa ahli agama semata-mata.

"Menghisap vape pada asasnya bukan amalan yang baik, kerana ia mungkin mempunyai risiko yang tidak baik untuk kesihatan.

"Sehingga setakat ini belum ada kajian yang putus tentang kesan vape, maka hukuman sehingga ke tahap 'haram' perlu menunggu kajian yang diyakini yang membuktikan mudaratnya,” katanya, dalam satu kenyataan di Facebook malam tadi.

"Adalah menghairankan apabila ada pihak yang bertegas keras tentang vape tetapi tidak bertegas tentang pengharaman rokok. Lebih pelik lagi pada masa kini, apabila isu pengharaman rokok bagaikan dilupakan sedangkan fatwa tentang pengharamannya hampir sepakat dan jelas, sementara dalam masa yang sama hanya vape yang 'kelihatan' haram.”

ADUN PAS tuduh Punca DAP untuk letakkan calon di kerusi Pas sebenarnya agenda AMANAH


KAJANG - “Kenyataan disuarakan DAP untuk letakkan calon di kerusi Pas sebenarnya agenda Parti Amanah Negara (Amanah),” demikian reaksi Adun Dusun Tua, Razaly Hassan.

Menurutnya, DAP tidak berani bertanding di kawasan majoriti Melayu, termasuk kawasan dimenanginya di Dusun Tua, namun beliau percaya kenyataan dibuat atas desakan Amanah.

Situasi terkini katanya, jelas menunjukkan Amanah memusuhi dan mahu melumpuhkan Pas, malah sanggup diperalatkan oleh DAP.

Razaly berkata, Pas tidak kisah sekiranya DAP mahu meletakkan calon di mana-mana kerusi untuk bertanding pada PRU14.

"Itu hak dia sebagai parti politik yang berdaftar dengan ROS. Saya tak boleh komen lebih-lebih kerana perkara ini ditentukan oleh pucuk pimpinan,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun Pas kini mengambil perhatian lebih sedikit selepas melihat kelantangan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

Pas sedia hantar pasukan khas beri nasihat Umno

 Pas sedia hantar pasukan khas beri nasihat Umno
KUALA TERENGGANU - Pas mengambil pendekatan berkecuali daripada menyertai cadangan penolakan usul Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober lalu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, saranan menolak usul bajet itu tidak akan disertai ahli parlimen dari Pas dan ia telah dipersetujui sebulat suara.

“Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi membangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.

“Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai Program Dialog Rakyat Bersama Pas di Hotel Tanjung Vista, di sini, semalam.

Pulau Bunting bakal jadi pelabuhan


YAN - Kerajaan Kedah tetap mahu membangunkan Pulau Bunting di sini sebagai sebuah pelabuhan walaupun ada cadangan pihak swasta untuk membina sebuah loji jana kuasa elektrik menggunakan arang batu di pulau itu.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pelabuhan di pulau itu adalah untuk dimanfaatkan oleh industri di Gurun, terutama syarikat automotif.

"Ini (pelabuhan di Pulau Bunting) adalah salah satu rancangan jangka panjang, jadi saya lihat Yan mempunyai banyak potensi bukan sahaja pelancongan tetapi juga industri," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke daerah itu hari ini.

Bagaimanapun katanya cadangan membangunkan Pulau Bunting sebagai sebuah pelabuhan masih pada peringkat awal.

Menurut Mukhriz kerajaan negeri merancang memanfaatkan pembinaan jalan raya antara Pulau Bunting dan Gurun oleh kerajaan pusat itu dengan terus membangunkan daerah tersebut.

Kerja pembinaan jalan raya sepanjang 18 kilometer itu kini mencecah 18 peratus. - Bernama

Tujuh cara orang kaya simpan duit

 tabung
TIADA siapa di antara kita yang tidak mahukan duit. Ada ketikanya pasti kita terfikir bagaimana golongan kaya dan berjaya mengumpul kekayaan mereka.

Memetik laman web lifehack.org, terdapat beberapa tips yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian kita untuk menyimpan wang sama seperti apa yang dilakukan golongan berada.

1. Berhati-hatilah dengan perbelanjaan yang kecil.

Kebanyakan daripada kita biasanya amat menitikberatkan untuk membuat pelaburan yang besar dan pembelian yang banyak. Namun kita cenderung untuk menghabiskan duit untuk perbelanjaan kecil. Tetapi perbelanjaan kecil itu sebenarnya dapat dikumpulkan dan menjadi jumlah yang besar.

2. Fokus kepada masa depan.

Mudah untuk menghabiskan duit bagi mendapatkan sesuatu yang kita kehendaki. Ubah tabiat itu dan fokus kepada masa depan berbanding mendapat kepuasan sementara.

JDT cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai Piala AFC

 Pasukan Johor Darul Ta'zim berjaya muncul juara Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan membawa pulang hadiah kemenangan berupa piala dan wang tunai berjumlah AS$350,000 (RM1.502 juta). – Gambar Facebook, 31 Oktober, 2015.
Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah baharu bola sepak tanah air selepas muncul pasukan pertama dari Malaysia menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Jaringan tunggal perancang tengah dari Argentina, Leandro Velazquez pada minit ke-22 sudah cukup bagi skuad Harimau Selatan menundukkan juara bertahanLiga Tajikistan, Istiklol FC pada aksi final di Stadium Republican Central di Dushanbe, Tajikistan, malam ini.

Pencapaian itu sekali gus, mengubat kekecewaan mereka yang gagal melepasi saingan peringkat kumpulan dalam penampilan sulung pada 2009, yang ketika itu dikenali sebagai Johor FC.

Selaku juara, JDT membawa pulang trofi piala AFC yang disampaikan sendiri Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, selain wang tunai berjumlah AS$350,000 (RM1.502 juta), manakala Istiklol FC meraih AS$250,000 (RM1.072 juta) selaku naib juara.

Harga petrol, diesel kekal bagi November

Tiada perubahan harga bahan api utama November ini yang menyaksikan RON 95 berada pada harga RM2.05 seliter, RON 97 (RM2.45) dan diesel (RM1.90). – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Oktober, 2015. 
 
Harga petrol RON 95, RON 97 dan diesel bagi November 2015 masing-masing kekal seperti bulan Oktober.

Ini bermakna harga pada November bagi RON 95 adalah RM2.05 seliter, RON 97 (RM2.45) dan diesel (RM1.90).

Seorang pengusaha stesen minyak memberitahu The Malaysian Insider selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan harga baharu bahan bakar utama itu akan diumumkan kepada Persatuan Pengguna Stesen Minyak Malaysia (PDAM) sahaja bulan ini.

Sebelum ini, satu pengumuman rasmi harga bahan bakar utama untuk bulan seterusnya daripada KPDNKK akan dibuat pada tengah malam setiap hujung bulan berdasarkan kaedah Pengapungan Terkawal bermula 1 Disember 2014.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...