TERKINI :

Friday, October 30, 2015

Kata 3 juta ahli bersama dia, duit pulak ada orang derma RM2.6bil..tetiba boleh takut dengan 7 orang..!!!

DISOKONG 3 JUTA AHLI, PRESIDENNYA ADA WANG DERMA RM2,600 JUTA - KENAPA TAKUT DENGAN 7 ORANG?
 Shahbudin Husin,

UMNO hampir pasti akan mengambil tindakan menggantung atau memecat keahlian Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat MT yang akan datang ini.

Mesyuarat MT yang sepatutnya diadakan hari ini, 30 Oktober tetapi telah ditangguhkan ke tarikh lain, dipercayai untuk memberi ruang kepada petugas UMNO mengumpul segala bukti sebelum pertuduhan dilakukan.

Bersama beliau yang bakal menerima tindakan serupa ialah enam yang lain yang dikenali sebagai Kumpulan 7. Nama selebihnya yang disebut-sebut dalam kumpulan itu ialah Tun Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Shafie Apdal, Ahmad Said, Aziz Sheikh Fadzir dan Hamidah Osman

Ada juga menyebut Aziz Sheikh Fadzir dan Hamidah Osman tidak termasuk dalam senarai itu, sebaliknya yang terlibat ialah Sanusi Junid dan Rafidah Aziz.

Kesemua mereka ini dikatakan akan diambil tindakan bukan saja kerana serangan berterusan kepada Najib berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta, tetapi juga kerana penentangan terbuka berkaitan Sosma, baru-baru ini.

Di antara ketujuh-tujuh itu, yang paling mendesak bagi UMNO untuk diambil tindakan ialah Muhyiddin Yassin yang mana tujuan terselindungnya ialah untuk menghalang beliau daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta berucap di acara penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, Disember nanti.

MP PAS Jadi Bahan Sindiran Di Laman Sosial Kerana Tanya Soalan Tak Berkaitan Di Parlimen


Ini pendapat aku secara peribadi.

- Lebih baik MP Temerloh atau mana-mana MP bahas perkara yang kita memang faham tentangnya.

- Kalau bukan bidang kita, tiada masalah. Kita serahkan kepada mereka yang memang arif dalam bidangnya. Kita pula bertanyala soalan atau perkara yang memang menjadi pengetahuan kita.

- Lebih baik MP2 kita sebelum buat soalan, perincikan kepada beberapa aspek ;

1. Buat soalan berkaitan kawasan/tempat yang kita wakili terlebih dahulu. Apa masalah2 setempat di kawasan berkenaan.

2. Kemudian, buat soalan berkaitan negeri yang kita wakili. Kadang2 ada masalah di sesetengah daerah, kawasan tetapi yang mewakili kawasan tersebut bukan dari kalangan kita, sebaliknya dari kalangan BN, kita bawa isu berkenaan ke peringkat nasional.

Apa yang 1MDB takutkan, Nik Nazmi terkilan syarat debat

 Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata 1MDB tidak perlu risau sekiranya syarikat sarat hutang itu tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2015.
Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy tidak perlu gentar berdebat dengan Tony Pua jika syarikat itu tidak ada apa-apa hendak disembunyikan, kata Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurutnya, syarat Arul agar Pua meletak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum berdebat dengannya seolah-olah syarikat itu risau maklumat yang belum diketahui umum akan digunakan ahli Parlimen DAP itu di dalam debat itu.

"Bagi saya, antara hujah yang digunakan adalah, Pua akan guna maklumat dari PAC untuk berdebat. Tetapi kalau 1MDB tiada apa rahsia, tiada masalah. Apalah yang hendak ditakutkan?

"Jadi, itu bagi saya, hujah yang lemah. Seolah-olah dia (Arul) mengaku 1MDB ada masalah besar sehingga tak hendak bagi orang yang ada akses pada maklumat berdebat dengan beliau," katanya pada sidang media Pemuda Pakatan Harapan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong pada sidang media sama menggesa Arul agar memberikan penjelasan memuaskan tentang perjalanan 1MDB kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ali Tinju ugut Mahathir supaya henti hasut rakyat benci Najib

PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didesak supaya berhenti menghasut rakyat membenci Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ingatan itu dibuat oleh Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu, Ali Baharom atau Ali Tinju.

Katanya, jika Dr Mahathir berdegil dan meneruskan serangan terhadap Najib, pihaknya akan mendesak Perdana Menteri menggugurkan Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Katanya, dia tidak teragak-agak untuk menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali Gerakan Merah untuk melancarkan desakan itu.

“Jika Tun masih kacau dan menghasut rakyat supaya membenci Perdana Menteri Malaysia yang sah, Datuk Seri Najib Tun Razak, kami NGO Melayu #Gerakan Merah akan membuat bantahan supaya Perdana Menteri gugurkan anak Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah,” katanya kepada FMT.

Ali Tinju berkata, peringatan itu penting kerana Dr Mahathir masih ghairah menyerang kepimpinan Najib dengan melemparkan segala tuduhan dan tohmahan tidak berasas.

Phahrolrazi: Menantu Hadi hanya buat telahan sendiri

Menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad tidak boleh mengaitkan kejatuhan PAS di Kedah dengan keadaan politik parti itu di Kelantan kerana ia langsung tidak sama, kata bekas exco Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Beliau berkata Zaharudin adalah orang luar yang hanya membuat telahan sendiri apabila mendapat maklumat dari pihak lain.

Semalam, Zaharudin mendakwa bekas exco Kelantan Datuk Husam Musa cuba menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan seperti yang pernah dibuat oleh Phahrolrazi terhadap PAS Kedah.

“Saya tidak boleh nak komen bagaimana dia kata cara itu sama, jadi Zaharudin kena terangkan sikit. Adakah maksud dia kata Datuk Husam itu mendedahkan, mengkritik sesuatu benda yang agak spesifik.

“Saya tarik diri daripada kerajaan kerana berbeza pendapat, Datuk Husam tak sama dengan saya. Datuk Husam tidak ada tarik diri semasa exco tapi saya tarik diri. Jadi macamana dia nak kaitkan sama.

“Bila saya tidak mahu dilantik semula, itu yang dianggap satu krisis, ketika itu saya tidak berapa setuju dengan pemerintahan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum kejatuhan PAS di Kedah, Phahrolrazi yang ketika itu merupakan timbalan pesuruhjaya PAS negeri, telah membidas pentadbiran Azizan.

Penyokong Azizan mendakwa ia sebagai komplot Pharolrazi untuk mengguling menteri besar.

Hari ini di negeri Kelantan pula, Husam lantang mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri itu yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.

Malah Husam yang juga ADUN Salor menuntut kerajaan negeri supaya tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan Kekal Ulu Sat di Machang.

Zaharudin turut menjemput Husam untuk berdebat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) berkaitan perkara itu bulan depan.

Justeru, Phahlolrazi berkata, beliau sudi menjawab dakwaan yang dikemukakan oleh Zaharudin sekiranya turut dijemput dalam debat berkenaan.

“Saya tidak cadang untuk jawab dakwaan Zaharudin sekarang tapi kalau ada yang berbangkit mengenai Kedah, saya sedia hadir menjawab.

“Saya dengar-dengar ada satu debat Zaharudin dengan Datuk Husam, jadi kalau berbangkit perkara ini, saya akan jawab secara spesifik kerana apa yang ditulis oleh Zaharudin terlalu umum,” katanya.

Masa depan Umno ditentukan kumpulan sembang?

Sebahagian besar ahli akar umbi Umno dikatakan bimbang dengan perkembangan semasa parti itu yang dilihat membenarkan masa depan mereka ditentukan hanya melalui aplikasi kumpulan sembang.

Memetik laporan mendakwa 80 peratus pemimpin Umno bahagian mahu tindakan terhadap 'pemimpin derhaka', seorang ketua bahagian berkata, sangat lucu apabila pertimbangan itu dibuat melalui kumpulan sembang Telegram.

"Lebih penting, ia adalah penghinaan kepada parti apabila masa depan bangsa dan negara ditentukan oleh sekumpulan orang dalam kumpulan sembang Telegram," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Terdahulu Malaysiakini menyiarkan laporan mengenai bancian di kalangan 170 pemimpin bahagian dalam aplikasi sembang itu yang tidak menyebut sebarang nama secara khusus.

Ketua Umno Kapar, Datuk Faizal Abdullah mendakwa "sentimen menyeluruh mereka (ketua bahagian) adalah, cukuplah dengan apa yang dilakukan" oleh pengkritik perdana menteri.

Mengulas kenyataan itu, pemimpin bahagian yang enggan didedahkan identitinya itu berkata, agak aneh apabila kumpulan sembang Telegram itu tidak memasukkan semua ketua bahagian.

"Mengapa hanya 170 orang dan bukan semua pemimpin 191 bahagian Umno?

"Jika keahliannya berpilih-pilih mengikut kehendak pentadbir kumpulan itu, memang tidak anehlah sentimen mahu mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan lain-lain begitu tinggi," katanya.

'Seseorang' di pejabat PM

Secara sinis beliau juga mencadangkan supaya Umno menggubal perlembagaannya untuk membenarkan sebarang keputusan parti dibuat melalui perbincangan dalam kumpulan sembang Telegram atau WhatsApp.

Ditanya mengenai identiti pengendali kumpulan sembang itu, beliau enggan memberi maklumat secara khusus namun menyatakan ia “seseorang” di pejabat perdana menteri.

Sementara itu sumber lain memberitahu, kecenderungan sesetengah pemimpin Umno menggunakan kaedah kumpulan sembang menentukan masa depan parti sangat bahaya.

"Keadaan kini menunjukkan sebahagian pemimpin lebih risaukan kedudukan dan kuasa Datuk Seri Najib Razak berbanding kesinambungan perjuangan Umno.

"Mereka sepatutnya lebih bimbangkan jika belanjawan dibentang perdana menteri ditolak di parlimen berbanding sibuk mendesak parti mengambil tindakan terhadap pengkritik Najib.

"Parti lebih perlukan penerangan mengenai belanjawan serta peruntukan besar diberi kepada Jabatan Perdana Menteri berbanding leka mencaturkan masa depan pemimpin yang tidak sehaluan dengan presiden," katanya.

Bagaimanapun, pemimpin akar umbi yang dihubungi Malaysiakini itu bersetuju apa yang berlaku ketika ini adalah cubaan pihak tertentu menghalang pengkritik Najib hadir dalam Perhimpunan Agung Umno akan datang.

"Apa yang kami katakan ini adalah suara majoriti senyap peringkat akar Umno yang masih lagi cuba mempertahankan integriti parti.

"Tetapi jika begini keadaan parti yang diajar oleh sesetengah pimpinan atasan, jumlah tiga juta ahli Umno yang ada sekarang memang tidak menjamin BN akan kekal berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...