TERKINI :

Thursday, October 29, 2015

Akhirnya NAJIB fail saman terhadap Ling Liong Sik

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah memfailkan saman fitnah terhadap bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.

Bercakap kepada Malaysiakini, peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun berkata saman itu telah difailkan kelmarin.

Ling merupakan pemimpin BN pertama yang disaman oleh Najib.

Najib yang juga pengerusi BN, juga memohon ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan dari bekas presiden MCA itu.

Difahamkan saman tersebut difailkan pada hari Selasa.

Menurut sumber, pengurusan kes tersebut ditetapkan pada 16 November di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk John Louis O 'Hara.

Lantik Nasha yang masih ahli PAS menunjukkan Najib pinggir ahli UMNO

Persoalan itu ditimbulkan kerana Nasharuddin masih ahli Pas dan mempunyai hubungan yang baik dengan Haron Din dan Abdul Hadi

shahbuddin,najib,nasharuddin

PETALING JAYA: Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melantik bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kesederhaan Global (GMM) menimbulkan tanda tanya.

Meskipun tidak memegang sebarang jawatan dalam parti parti Islam itu, dia masih menjadi ahli Pas dan dikatakan masih mempunyai hubungan yang rapat dengan Mursyidul Am, Datuk Haron Din dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Apakah dengan perlantikan Nasharuddin yang dikenali rapat dengan Hadi Awang dan Dr Haron Din ini merupakan laluan awal kerjasama politik antara UMNO dengan Pas?,” soal bekas Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin.

Dia yang mempersoalkan pelantikan itu dan menyifatkannya laluan awal kerjasama antara Pas dan UMNO.

Bagaimanapun, pelantikan yang dibuat Najib itu dipertikainya.

UMNO bukan parti gangster – Shahidan

 shahidan-UMNO
Kedudukan Muhyiddin Yassin selaku pemimpin nombor dua dalam UMNO masih kekal utuh dan sebarang tindakan menyingkir ahli perlu mematuhi perlembagaan parti.

shahidan-UMNOKUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan wujudnya komplot untuk menjatuhkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti yang didakwa Datuk Jamal Yunos.

Malah, katanya, kedudukan Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua dalam parti masih kekal utuh.

Shahidan berkata, UMNO bukan parti gangster yang sesuka hati boleh memecat pemimpin yang tidak disukai kerana parti terbesar di negara ini mempunyai Perlembagaan yang perlu dipatuhi.

“UMNO bukan parti gangster tetapi parti yang mengamalkan panduan kehidupan, agama, bangsa dan negara. Saya selaku Ahli Majlis Tertinggi (MT) dan Pengerusi UMNO Perlis tidak pernah tahu mengenai rancangan untuk menjatuhkan Muhyiddin.

PAS dan BN tidak mungkin akan bersatu, kata setiausaha agung

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan bercakap kepada pemberita di luar Parlimen, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 29 Oktober, 2015.
PAS menegaskan hari ini, pihaknya tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) seperti dilaporkan media sebelum ini, sebaliknya menegaskan ia akan tetap menjadi parti politik pembangkang.

Setiausaha agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyebut mengenai kerjasama membawa maksud kerjasama dalam perkara yang baik, dan bukannya kerjasama politik.

"Kami tidak akan kerjasama dengan BN di pilihan raya umum (PRU) akan datang. Kami akan tetap menjadi pembangkang.

"Yakin tidak yakin, kalau perlu, kita bersendirian, kita akan bersendirian. Kita pernah bersendirian," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

'Pemimpin lemah terpaksa pantau ahli supaya taat'

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pemantauan terhadap ahli parti adalah perkara lumrah bagi pemimpin yang lemah.

Katanya, pemantauan ini bertujuan untuk memastikan setiap ahli sentiasa mematuhi peraturan.

"Semua pertubuahn mempunyai peraturan [...] pertubuhan seperti kesatuan sekerja dan parti komunis juga mempunyai peraturan seumpama itu.

"Mereka siasat, kesan pergerakan (ahli). Terutama organisasi yang mempunyai pemimpin yang lemah, yang mereka mahu memastikan ahli sentiasa taat kepada mereka," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas siasatan Umno terhadap kepada tujuh pemimpin yang dikatakan akan dihadapkan untuk tindakan disiplin.

Mempelam Harummanis Tunggu Masa Gugur...

Banyak ‘harum manis’ PAS tunggu masa gugur, kata Amanah Kedah


Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah mendakwa akan ada lebih ramai individu yang dikategorikan sebagai ‘harum manis’ dalam PAS, yang hanya menunggu masa untuk keluar parti itu, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.

Pengerusinya Datuk Dr Ismail Salleh berkata, kumpulan itu dilabel sedemikian kerana daripada segi luaran mereka merupakan ahli PAS, namun di dalam hati, mereka lebih cenderung kepada Amanah.

“Ibarat buah mempelam yang harum manis, kulit luarnya hijau, isinya oren. Inilah istilah tepat yang ditujukan kepada kumpulan ini.

"Walaupun masih bergelar ahli PAS, mereka secara senyap menyokong Amanah tetapi belum bersedia meninggalkan PAS,” katanya sambil menambah, golongan harum manis ini juga dipercayai wujud di kalangan wakil rakyat parti Islam itu di Kedah.

Ajar beruk kita dahulu sebelum ajar beruk orang

 JERKAH SENJA
 
 http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/pakatan_rakyat_leadership_council-HUSAM_MUSA_PAS-080215-TMI-MUKHRIZ.jpg

Mengutus surat kepada pembesar negeri agar menjelaskan sesuatu isu atau pun memaklumkan apa-apa yang mungkin tidak diketahui oleh pembesar negeri dengan harapan ia diambil perhatian dan tindakan sudah menjadi fenomena baru sekarang ini. Apabila pemimpin bersikap mendiamkan masalah, surat adalah mekanisme terbaik untuk mengatasinya.

Bagaimana pun sedih sedikit, hal ini berlaku bukan sahaja dalam grup whatsaap tetapi terecer keluar juga ke dalam media massa yang dapat diakses oleh ramai orang. Orang politik nampak percaya masalah perlu diselesaikan secara terbuka. Pergolakan dalaman perlu dipertontonkan kepada publik.

Jika dilepaskan dalam grup whatsaap ia boleh dianggap normal dan terpelihara lagi, tetapi apabila sudah diviralkan dalam medisa massa, ia dianggap melampau. Apakah perbuatan ini memberi kesan positif ataupun mencarik lagi "bekah" yanhg sudah ada?

Saya ingin merujuk atau mengambil contoh dalam beberapa kes yang berlaku di negeri saya, Kelantan Darulnaim dengan mengutik khusus kepada surat-surat Husam Musa kepada Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan. Kalau tidak silap hitungan saya sudah dua atau tiga pucuk surat Husam yang tersebar.

“1MDB Berhantu, Malapetaka” - MP Sungai Petani


KUALA LUMPUR: Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB ) telah menjadi isu ‘berhantu’ dan ‘malapetaka’ di negara ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR) Datuk Johari Abdul berkata ramai pemimpin politik dan pegawai kerajaan telah menerima kesan sejak isu ini ditimbulkan beberapa tahun lalu.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah orang pertama yang mula bercakap tentang 1MDB, akhirnya dia dipenjara.

“Yang kedua isu ini dibawa oleh ‘Pagoh’ (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Semporna (Datuk Seri Shafie Apdal), apa jadi…mereka juga kena pecat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 di persidangan Dewan Rakyat, di sini, Rabu.

Beliau berkata, 'malapetaka' turut diterima oleh beberapa individu lain seperti bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas timbalan ketua pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador dan beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengkritik atau mempunyai kaitan dengan siasatan syarikat itu.

1MDB dalam bahasa paling mudah takut ada lagi yang tak faham – A Kadir Jasin

Oleh Datuk Abdul Kadir Jasin

Saya minta izin bincang hal 1MDB dalam bahasa paling mudah sebab takut ada lagi orang yang tak faham.

muhyiddin-yassin-mahathir-kadir-jasin

1. 1MDB diasaskan pada tahun 2008 sebagai Terengganu Investment Agency (TIA) dengan tujuan melabur hasil minyak negeri itu. Pada tahun 2009 ia ditukar jadi 1MDB. Dalam pengumuman pada 22 Julai, 2009, Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, kata TIA diubah jadi 1MDB dengan tujuan perluaskan faedah kepada seluruh rakyat Malaysia dan bukan Terengganu saja. Dengan itu, 1MDB jadi syarikat milik penuh Kementerian Kewangan di bawah kawalan lansung Perdana Menteri.

2. Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low jadi agen bebas (free agent) sejak zaman TIA lagi dan tambah berpengaruh bila TIA jadi 1MDB. Dia anak kepada jutawan Cina Pulau Pinang, (Tan Sri) Larry Low Hock Peng. Larry Low adalah antara pengasas dan peneraju syarikat Malaysia Weaving Printing Dyeing Factory Limited yang sekarang dikenali sebagai WME Holdings Berhad. Nenek Jho Low, (Datuk) Low Meng Tak lahir di Guangdong, China pada tahun 1922 dan bina kekayaan di China, Thailand dan Malaysia melalui perlombongan bijih besi, pengilangan arak dan kemudiannya hartanah.

HUSAM vs ZAHARUDDIN : I don't Think So..!!!

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Saya melihat serangan Ustaz Zaharuddin terhadap Dato Husam agak kasar dan melebihi apa yang sepatutnya sebagai seorang yang jauh lebih muda terhadap seorang yang lebih tua. Orang akan nampak itu budak kurang ajar.

2) Mungkin Ustaz Zaharuddin sudah nekad bahawa biar kurang ajar dengan orang tua itu daripada membiarkannya merosakkan PAS Kelantan dan pentadbiran kerajaan negerinya.

3) Dato Husam pula mengambil jalan istiqamah mengkritik kerajaan negeri yang ditadbir oleh PAS, sehingga membuatkan beberapa pemimpin PAS tidak senang. Saya tidak pasti apakah faktor yang membuatkan mereka tidak senang.

4) Serangan Ustaz Zaharuddin turut mengaitkan kejatuhan Kedah bersebab Pharorazi ke atas kerja buat Dato Husam ke atas kerajaan PAS Kelantan pada pandangan saya agak tidak kena. Mungkin Beliau ada sumber keyakinan yang berbeza dengan saya.

5) Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah bukan kerana kritikan Pahrorazi. Bagi saya Pahrorazi bukan mengkritik, tetapi membuat satu pakatan untuk menjatuhkan MB ketika itu, kerana ada projek yang dimintanya tidak dilulus oleh MB tersebut. Mereka menyerang prebiadi MB itu sebagai garang, cengei, keras kepala dan sebagainya. Jesteru itu, sukar untuk pemimpin PAS menjawab isu garang, cengei dan keras kepala itu.

Panas | Talian hayat politik BN kini ada pada SPRM..!!!


Pada hari ini, Malaysiakini telah melaporkan betapa Tony Pua (DAP) telah berkata bahawa peluang menggulingkan Perdana Menteri adalah terlalu tipis — sekurang-kurangnya bukan melalui undi tidak percaya ataupun melalui undi menentang bajet di Parlimen.

Pergerakan anti-Najib turut berpendapat dan telah menerima hakikat seandainya Najib mahu digulingkan, maka Umno dan Barisan Nasional terpaksa ditumpaskan sekaligus.

Ini bererti Umno dan Barisan Nasional mesti dikalahkan dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Perkara ini memang hampir tidak munasabah sebelum ini. Malah, pihak pembangkang telah menyebut demikian. Begitu juga pendapat beberapa orang penganalis politik. Akan tetapi, mulai hari ini, senario itu sudah semakin menghampiri kenyataan dan menjadi semakin besar kemungkinannya. Ini adalah disebabkan berlakunya satu gerakan SPRM hari ini keatas syarikat di Damansara Perdana yang bernama Brandworth Corporation.

Brandworth Corporation merupakan sebuah syarikat yang menguruskan strategi media Barisan Nasional semasa pilihanraya umum yang lalu, dan dalam pilihanraya umum yang akan datang juga. Keseluruhan strategi pilihanraya, bajet, pembiayaan, dan apa juga maklumat rahsia mengenai pilihanraya umum yang lalu dan yang akan datang , kini sudah berada dalam tangan SPRM.

Mana pie Projek Lapangan terbang KULIM..tak ada pun dalam bujet 2016???

Oleh Zulkifli Yahaya

1) Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) tidak tersenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datik Seri Najib Razak. Tidak juga muncul dalam ucapan Bajet 2016 di Parlimen baru-baru ini.

2) Mukhriz Mahathir membayangkan bahawa Kerajaan Negeri mampu untuk meneruskan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) jika tanpa pembiayaan Kerajaan Persekutuan sekalipun.

3) Kata Mukhriz: "Sekiranya kerajaan Persekutuan ada sebarang masalah soal kewangan, jangan menolak cadangan kami. Hal ini kerana (kami) masih boleh menerokai pelbagai opsyen yang lain untuk membiayai projek itu. Kenyataan itu jelas membuktikan kita tidak bergantung harap walaupun kita mengalu-alukan bantuan kewangan, jangan menolak cadangan kami".

4) Kenyataan Mukhriz itu tidak berpijak di bumi nyata. Pembiayaan untuk membina sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa adalah memakan belanja yang sangat besar - dianggarkan melebihi RM2 billion. Jumlah tersebut adalah bajet negeri Kedah kira-kira untuk dua tahun.

Malaysia gesa Indonesia tidak kompromi terhadap syarikat lakukan pembakaran hutan


JAKARTA: Malaysia menggesa kerajaan Indonesia mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat perladangan termasuk dari Malaysia jika didapati sengaja melakukan pembakaran hutan dan ladang di negara ini sehingga mengakibatkan jerebu ke negara jiran.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pendirian kerajaan Malaysia adalah jelas iaitu tidak akan menyebelahi mana-mana syarikat pelaburan dari negaranya yang melakukan kesalahan dan tidak mematuhi undang-undang di negara lain.

"Syarikat Malaysia yang beroperasi di sini berada di bawah undang-undang Indonesia, jadi terserah kepada kerajaan republik itu untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas mereka sekiranya bersalah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan beberapa anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, di sini hari ini.

Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengadakan lawatan kerja sehari ke Jakarta hari ini sebagai utusan khas kabinet Malaysia bagi mengadakan perbincangan mengenai masalah jerebu.

PAS boleh berkerjasama dengan UMNO dalam perkara kebajikan untuk rakyat - Ahmad Yakob


AHMAD: Contohnya dalam masalah banjir yang melanda Kelantan akhir tahun lepas, kita boleh berkompromi, kita boleh bincang dan ketepikan dari segi politik untuk menyelamatkan rakyat kita...itu perkara berkebajikan. - Gambar fail
KOTA BAHARU: PAS hanya bersedia menjalin kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam perkara yang membawa kebaikan dan kebajikan kepada rakyat dan bukan atas dasar politik.

Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata perkara tersebut telah menjadi dasar PAS sejak sekian lama.

"Contohnya dalam masalah banjir yang melanda Kelantan akhir tahun lepas, kita boleh berkompromi, kita boleh bincang dan ketepikan dari segi politik untuk menyelamatkan rakyat kita...itu perkara berkebajikan.

"Jadi pada pokoknya itulah yang dikehendaki presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Kerjasama BN-PAS mantapkan agenda pembangunan dan kemajuan rakyat


"BN terima sesiapa mahu kerjasama kerana sebelum ini pun mana-mana negeri yang tidak diperintah Kerajaan Pusat sentiasa membuka pintu kepada sebarang bentuk kerjasama - Annuar Musa
KUALA LUMPUR: Beberapa anggota parlimen Barisan Nasional (BN) menyifatkan kesediaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bekerjasama dengan kerajaan BN adalah tindakan proaktif dan harus dipuji demi kepentingan rakyat.

Anggota Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata pelbagai agenda pembangunan dan kemajuan untuk kehidupan rakyat boleh dimantapkan sekiranya PAS serius dengan pendirian kerjasama itu.

"BN terima sesiapa mahu kerjasama kerana sebelum ini pun mana-mana negeri yang tidak diperintah Kerajaan Pusat sentiasa membuka pintu kepada sebarang bentuk kerjasama.

"Kita yakin PAS parti yang mempunyai akar umbi kukuh tidak seperti parti pembangkang lain yang wujud hanya atas keperluan tertentu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

PERKASA - Hentam, perlekeh Tun M hanya rugikan Umno


SHAH ALAM - Perkasa menegaskan tindakan menghentam dan memperlekehkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga mahu menyingkirkan beliau daripada Umno adalah satu tindakan yang tidak bijak.

Malah kata Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya, tindakan itu juga akan mengurangkan lagi sokongan orang Melayu terhadap parti tersebut.

"Di kalangan pemimpin parti seharusnya membuat pendekatan yang lebih bijak untuk menambahkan sokongan dan memperbanyakkan lagi ahli supaya parti tersebut lebih kuat, bukannya membuat penyelesaian dengan menyingkirkan ahli yang ada," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Sejak kebelakangan ini, tindakan Dr Mahathir yang begitu lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pelbagai respons daripada pemimpin Umno.

Adu diekori, polis jawab 'kami bukan superman'

Adu diekori, polis jawab 'kami bukan superman'
SEORANG pelayar bertindak berkongsi kekecewaannya apabila didakwa diberi jawapan yang mengecewakan oleh seorang anggota polis selepas mengadu diganggu sekumpulan mat motor.

Dalam perkongsian semalam, pelayar wanita berkenaan mendakwa diganggu tiga penunggang motosikal yang bertindak mengacah dan menyimbah cecair ke cermin kereta yang dipandu ketika melalui daerah Kahang, Johor.

Walaupun sudah menelefon polis, mangsa terpaksa meneruskan perjalanan sambil diganggu dan akhirnya berjaya singgah di Balai Polis Kahang.

Pelayar berkenaan juga berkongsi dialog perbualan yang didakwa berlaku antara mangsa dengan seorang pegawai polis yang dikatakan berpangkat Inspektor.

Mangsa: Jadi, pihak tuan tidak dapat pergi cari suspek itu sekarang, memandangkan kita ada no plat salah seorangnya, jadi kita boleh kesan alamatnya? Saya risau kalau mereka tidak ditahan sekarang, mereka mungkin mengekori saya lagi sekejap lagi. Keselamatan kami sekeluarga dalam ancaman.

Polis: Saya tahu apa yang saya kena buat puan.

Kulim - Gagal larikan lembu guna kereta

 Gagal larikan lembu guna kereta

KULIM - Seorang pencuri yang cuba mencuri lembu seorang penternak di Kampung Bukit Sarang Ayam berjaya diberkas penduduk dalam kejadian kira-kira jam 1 petang kelmarin.

Penternak yang hanya ingin dikenali Pak Andak berkata, kejadian berkenaan berlaku ketika dia sedang memantau haiwan ternakannya meragut rumput di dalam ladang kelapa sawit.

"Kemudian datang empat lelaki, seorang daripada mereka terus menyumpit lembu saya dengan ubat pelali dan cuba memasukkannya ke dalam kereta Proton Waja.

"Mungkin mereka tidak perasan saya ada berhampiran kawasan berkenaan. Saya kemudiannya terus hubungi penduduk kampung,"katanya.

Pak Andak berkata, setelah menyedari kehadiran penduduk, tiga lelaki berkenaan melarikan diri, manakala pemandu kereta tidak sempat berbuat demikian.

Yan - Warga Emas Jumpa bayi perempuan baru lahir dalam mesin basuh

‘Ingatkan hantu, rupanya bayi dalam mesin basuh’
bayi
YAN - Seorang warga emas terkejut menjumpai seorang bayiperempuan yang baru lahir di dalam mesin basuh di rumahnya di Kampung Ulu Dulang Kecil, di sini, malam semalam.

Zainol Hamid, 71, berkata, dia terdengar seperti bayi menangis dari arah bilik air di bahagian dapur rumahnya semasa menonton televisyen kira-kira pukul 10.30 malam.

"Pada awalnya, saya ingatkan bunyi hantu kerana tiada bayi dalam rumah. Semua cucu saya sudah besar. Saya beranikan diri mencari bunyi tersebut dan terkejut apabila menemui bayi tersebut kemudian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zainol berkata bayi itu tidak berpakaian dan masih bertali pusat serta dalam keadaan sihat semasa ditemui.

Katanya bayi seberat dua kilogram lebih itu menangis mungkin kerana kesejukan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...