TERKINI :

Wednesday, October 28, 2015

Video | Sessi Dialog bersama Timb. Presdien Parti Amanah Negara Sdr. Salahuddin Ayub


"Saya ingat tak payahlah ada kerjasama PAS-UMNO, kita ikut haluan masing-masing" - Nazri Aziz


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz secara jelas menolak kerjasama antara Umno dengan PAS.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata ini kerana bagi mengelak berlakunya perebutan kerusi antara kedua-dua parti itu dalam pilihan raya akan umum (PRU) akan datang.

"Saya ingat tak payahlah (kerjasama), kita ikut haluan masing-masing.

"Kalau datang pilihan raya nanti berebut kerusi, kerusi yang Umno bertanding dia nak tanding. Dah kena rebut kerusi, gaduh pula," katanya kepada pemberita selepas meraikan pembukaan Festival Filem Eropah di ibu negara sebentar tadi.

Sebelum ini dilaporkan seorang timbalan menteri masih berharap kerjasama antara PAS dan Umno direalisasikan demi agama Islam dan bangsa Melayu.

Malah, ia berdasarkan pertimbangan perjuangan kedua-dua parti dianggotai orang Melayu itu yang dikatakan selari.

Saya menunggu penuh sabar saman Najib – Liong Sik

ling-liong-sik_najib_law_600 
 
PUTRAJAYA: Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik mengakui beliau menunggu penuh sabar saman yang mahu difailkan Perdana Menteri terhadap dirinya.

Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menghantar notis meminta Liong Sik menarik balik atau meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.

“Saya masih menunggu. Saya seorang penyabar. Tak Perlu kelam kabut, hanya perlu tunggu” katanya selepas menghadiri majlis penyampaian anugerah Kiwanis di Putrajaya, lapor The Star Online.

Bekas Menteri Pengangkutan itu berkata, beliau terkejut mengapa Perdana Menteri mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan itu.

“Saya juga terkejut mengapa mengambil masa lama tetapi saya akan terus bersabar,” katanya.

'Sokong siapa saja PM asal bukan Pekan'


Pembangkang sedia menyokong beberapa anggota parlimen Umno, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh) sebagai perdana menteri.

Anggota parlimen PKR Datuk Johari Abdul bagaimanapun berkata langkah itu akan diambil asalkan Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Johari berkata demikian ketika mengulas isu berkaitan pembahagian kekayaan dengan Sabah dan Sarawak yang sepatutnya sebanyak 40 peratus.

Wakil Sungai Petani itu berkata sehingga kini, Sabah cuma mendapat RM26.7 juta setahun sejak menyertai Malaysia pada 1963.

Beliau mempersoalkan faktor penghalang untuk kerajaan persekutuan menyerahkan 40 peratus hasil kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri di bawah bayu itu.

"Berkali-kali (saya sebut), Sabah bukan (sahaja) salah satu daripada negeri di Malaysia, Sabah ialah sebahagian dan wilayah yang menyertai Malaya untuk menjadikan Malaysia.

"Sebab itu, saya amat meminta teman-teman daripada Sabah, Sarawak, ini masanya terbaik untuk teman-taman di sebelah sana, untuk minta daripada kerajaan persekutuan. Kita nak jatuhkan BN, tak apalah, kita tunggu pilihan raya umum.

Menantu Hadi, anak didik Nik Aziz 'perang' balak

Bekas exco Kelantan Datuk Husam Musa dan menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad menjadikan laman sosial sebagai medan perang terbuka mereka berkenaan isu pembalakan di negeri itu.

Husam yang juga adalah ADUN Salor mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri hari ini yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.

Zaharudin pula melalui posting Facebook menuduh anak didik bekas Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat itu cuba menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan.

“Demi Allah! saya akan lawan Husam selepas ini demi selamatkan Kelantan. Cukup saya melihat Kedah dijatuhkan oleh puak-puak Phahrolrazi dengan fitnahnya.

“Saya menyeru rakyat Kelantan bersama-sama mempertahankan Kelantan,” tulisnya.

Zaharuddin merujuk kepada kekalahan PAS yang kehilangan negeri Kedah pada pilihan raya umum ke-13 lalu.

Isu kerajaan negeri dijawab dalam sidang Dun Kelantan

KOTA BHARU: Menteri Besar berharap mana-mana Adun yang mempunyai soalan berkaitan kerajaan negeri boleh mengemukakan soalan pada persidangan Dun yang akan bermula 2 November ini.

Setiausaha Akhbarnya Mohd Asri Mat Daud berkata, Ustaz Datuk Ahmad Yakob telah meneliti soalan yang diemailkan kepada pejabatnya dan akan menjawabnya di persidangan Dun nanti.

“Oleh itu Menteri Besar berharap wakil-wakil rakyat dapat mengemukakan soalan sepanjang persidangan tersebut diadakan.

“Begitu juga isu dibangkit Adun yang dihantar melalui surat akan dijawab pada persidangan Dun 2 hingga 5 November ini,” katanya di sini.

Difahamkan Adun Salor, Datuk Husam Musa antara Adun yang aktif menghantar surat kepada kerajaan negeri dengan membangkitkan isu termasuk pembalakan di Hutan Simpan Ulu Sat dan pembalakan laluan lebuh raya rakyat.

Selain itu Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK, fakta-fakta isu penswastaan tebangan balak KPK dan pemberian hutan simpan kekal untuk ladang hutan.

Surat tersebut yang sebelum ini diviral di media baru kini dicetak setebal 24 halaman diedar pihak tertentu difahamkan program anjuran PAN Sabtu lepas.

Mohd Asri berkata apabila isu membabitkan kerajaaan negeri diviralkan di laman sosial ia akan mengundang kekeliruan orang ramai yang tidak tahu kedudukan sebenar. - HARAKAHDAILY 26/10/2015

Bajet 2016 kurang beri tumpuan kepada Kedah

ALOR SETAR – Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak umpama ‘kain pendek yang serba tidak cukup’ kerana kurang memberi perhatian kepada Kedah.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, perkara itu jelas membuktikan kelemahan ketara Najib dalam pengurusan kewangan negara.

“Rakyat Kedah, khususnya penduduk Pendang pasti merasa terkilan kerana sehingga kini hospital daerah yang diura-urakan oleh kerajaan hampir satu dekad lalu belum menjadi kenyataan.

“Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa pembentangan Bajet 2006 mencadangkan pembinaan Hospital Pendang dan Hospital Shah Alam. Tetapi sehingga kini tapak pembinaannya masih berhutan, sedangkan Hospital Shah Alam sudah siap,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, lebih aneh apabila projek Bandaraya Getah (Rubber City) yang baru diura-urakan tersenarai untuk dilaksanakan sekalipun tiada jaminan bahawa kewujudannya akan meningkatkan harga komoditi getah, sekaligus meningkatkan taraf hidup pekebun dan penoreh.

“Sehingga kini, kerajaan masih kabur untuk menjelaskan keperluan kewujudan Bandaraya Getah serta keupayaannya untuk memberi faedah terhadap rakyat di negeri ini.

“Pemberian subsidi RM300 setan metrik kepada pesawah juga pengumuman yang kelakar dan seolah-olah mempersenda 155,000 keluarga pesawah kerana sejak 15 tahun lalu mereka mendapat subsidi RM248.10 setan metrik,” katanya.

Beliau berkata, penyelarasan harga padi iaitu RM1,200 bagi setiap tan metrik juga bukan perkara baru yang diperkenalkan kerajaan.

“Ia sudah pun diselaraskan sebelum ini. Cuma isu yang menjadi kemusykilan pesawah ialah piawai sebenar dalam pemutuan harga padi.

“Kerajaan mesti memberi penjelasan perkara itu supaya rakyat memahami dan menerima baik kaedah pemutuan yang sebenar,” katanya.

Ahmad Fakhruddin berkata, secara umum rakyat Kedah dilihat tidak mendapat apa-apa keistimewaan tersendiri dari bajet kali ini.

“Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pernah menyarankan agar Kedah dikecualikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) enam peratus dalam perkara tertentu nampaknya langsung tidak mendapt perhatian Perdana Menteri.

“GST dikenakan bukan atas lebihan atau keuntungan, bahkan dikenakan atas transaksi yang majoritinya melibatkan orang miskin. Semoga kerajaan yang ada insaf mengenai tindakan keterlaluan mereka,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya dengan pertambahan hasil negara melalui GST sebanyak RM39 bilion (berbanding cukai jualan dan perkhidmatan hanya RM18 bilion) lebih banyak manfaat yang diperolehi.

“Malangnya banyak pula perbelanjaan penting negara terpaksa dipotong. Misalnya peruntukan untuk universiti awam dalam Bajet 2016 dikurangkan RM1.44 bilion berbanding 2015.

“Saya ucapkan ‘tahniah’ kepada Najib kerana berjaya mengalihkan kebergantungan sumber pendapatan negara dari hasil petroleum kepada poket rakyat iaitu dengan memperkemaskan lagi pelaksanaan GST,” katanya.

Kapal perang pemusnah peluru berpandu AS ronda Spratly


WASHINGTON – Sebuah kapal pemusnah peluru berpandu Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) belayar menghampiri beberapa pulau buatan China di Laut China Selatan semalam sekali gus mengundang kemarahan Beijing.

Rondaan oleh kapal USS Lassen di kawasan seluas 22.22 kilometer persegi yang dituntut oleh China di sekitar Kepulauan Spratly itu berisiko meningkatkan lagi ketegangan di Laut China Selatan yang merupakan salah satu laluan perkapalan paling sibuk di dunia.

Seorang pegawai pertahanan AS berkata, USS Lassen belayar dalam lingkungan 22.2 kilometer dari Terumbu Subi.

Seorang lagi pegawai pertahanan AS memberitahu, rondaan beberapa jam itu yang turut membabitkan Terumbu Mischief merupakan misi pertama daripada beberapa latihan ketenteraan bertujuan untuk menguji tuntutan China di Laut China Selatan.

Nasharudin Mat Isa ganti Saifuddin Abdullah ketuai pegawai eksekutif GMM

 
Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif baru Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Beliau menggantikan Datuk Saifuddin Abdullah, bekas timbalan menteri dan pemimpin pusat Umno yang menyertai PKR baru-baru ini, lapor The Star.

Nasharudin, kini pengerusi Yayasan Nassar, seorang graduan pengajian Islam daripada Universiti Jordan dan mempunyai sarjana dalam undang-undang perbandingan di Malaysia.

“Dengan pelantikan Nasharudin, GMM yakin usaha berterusannya untuk memperkukuh relevansi dan pendekatan sederhana dalam dasar luar dan dalam konteks negara ini,” kata pengerusi GMM Tan Sri Razali Ismail.

Saifuddin dilapor meletakkan jawatan GMM selepas menyertai PKR pada 15 Oktober.

Nasharudin sebelum ini pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat Yan (1999-2004) dan Bachok ( 2008-2013).

Pemimpin Umno masih harapkan kerjasama PAS

Seorang timbalan menteri masih berharap kerjasama antara PAS dan Umno direalisasikan demi agama Islam dan bangsa Melayu.

Malah, ia berdasarkan pertimbangan perjuangan kedua-dua parti dianggotai orang Melayu itu yang dikatakan selari.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) juga berkata Pakatan Harapan harus bersedia berdepan cabaran politik baru jika PAS-Umno bekerjasama.

Tajuddin menjawab soalan lisan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) berhubung cadangan mewujudkan semula kaedah pawah lembu berdasarkan pendekatan Lautan Biru bagi mengurangkan import dan mengurangkan kemiskinan.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada YB (Bukit Gantang) setuju dengan dasar Blue Ocean, satu strategi dan dasar kerajaan BN," katanya di Dewa Rakyat.

Kemudian Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said mencelah dan berkata: "Ia diterima baik presidennya semalam".

Selepas itu, Tajuddin berkata: "Maknanya ada tanda-tanda tu, jadi... rakan-rakan Pakatan Harapan perlulah membuat persiapan untuk menghadapi cabaran politik baru.

Kerajaan Negeri Kedah tak seharusnya bersubahat 'BAILOUT 1MDB'

oleh Zulkifli Yahaya


1) Isu yang berkaitan 1MDB di Kedah adalah mengenai projek besar milik Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pada April 2014, TNB telah memeterai Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan 1MDB Solar Sdn. Bhd. (1MDB), melibatkan pembinaan loji janakuasa tenaga solar foto voltan (solar PV) dengan kapasiti 50 megawat (mw) terbesar di Kedah.

2) Perjanjian tersebut membolehkan 1MDB terlibat dalam merekabentuk, membina, memiliki, menjalankan operasi dan menyelenggara loji tersebut yang merupakan projek perintis 50 mw Solar PV di Malaysia setakat ini.

3) Projek tersebut menjadi kontroversi apabila seorang Ahli Jawatankuasa Kira-kira Kewangan Parlimen mendedahkan bahawa ianya cuma projek bailout (penyelamatan) 1MDB yang menanggung hutang berbilion ringgit.

4) Kerajaan Barisan Nasional didakwa menyelamatkan 1MDB dengan memaksa TNB menganugerahkan kontrak pembinaan stesen janakuasa tenaga solar tersebut kepada 1MDB di Kedah dan pembekalan tenaga elektrik tanpa tender terbuka atau sebarang prosesyang telus.

Kes selesai, Nizar mohon maaf kepada PM

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang didakwa atas tuduhan memfitnah Datuk Seri Najib Abdul Razak, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh selepas beliau memohon maaf secara terbuka kepada perdana menteri.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membuat keputusan itu selepas Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak Yusaini Amer Abdul Karim memaklumkan bahawa perdana menteri bersetuju kes itu dikompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.

Ikmal Hishan memerintahkan ADUN Changkat Jering itu membaca permohonan maaf berkenaan di dalam mahkamah bagi memudahkan beliau mencatatkannya dalam rekod prosiding kes tersebut.

Mohammad Nizar kemudian memohon maaf secara terbuka dan memaklumkan beliau kini menyedari bahawa kenyataannya terhadap Najib, seperti yang disebut dalam pertuduhan, adalah tidak berasas.

Pemuda UMNO tegur menteri kurang bijak

Jamawi-Jaafar,fadilah
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menegur anggota Kabinet supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak bijak berkaitan isu kenaikan harga khususnya tol.

Ia merujuk kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof yang berulang kali meminta pengguna mencari jalan alternatif sekiranya tidak mahu membayar tol.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar menyifatkan ia sebagai satu kenyataan yang akan menaikkan kemarahan rakyat dan berpendapat adalah lebih baik jika menteri berkenaan tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Lebih bagus, kita jangan keluarkan jawapan seperti kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam, kalau masakan hostel mahal, masak sendiri dan kalau harga tol mahal, jangan guna jalan tol. Tidak boleh begitu jawapannya Datuk,” ujarnya dalam satu forum di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein pada Selasa.

Sudah tiba masa Pas lebih agresif

Oleh Nazuri Ismail

kongress,pas 

Seperti ada yang tidak kena dengan Pas..

Perkembangan politik mutakhir yang melibatkan parti tersebut amat jelas menunjukkan bahawa Pas menjadi “kambing hitam” bagi parti-parti yang dahulunya rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR) yang sudah pun berkubur.

Tidak cukup dengan kejian, kata nista dan tuduhan palsu yang dilemparkan kepada Presidennya, Tuan Guru Haji Hadi dan barisan pimpinan yang lain, malah ahli mereka “dicuri” serta harta mereka dirampas.

Namun ramai yang terkesima dengan reaksi yang diberi oleh Pas, kelihatan seolah-olah redha menjadi “bahan” politik. Kepimpinan Pas bagi penggal 2015-2017 tidak langsung menunjukkan mereka barisan yang berjaya menumpaskan puak “duri dalam daging” yang gagal mendapat mandat daripada ahli akar umbi.

Kelesuan dan respon pasif terhadap fitnah, penghinaan dan ketidakadilan oleh “rakan-rakan” mereka dalam PKR dan DAP menggambarkan seakan-akan merekalah yang kalah pada muktamar baru-baru ini.

Polis selesai siasat kes pijak gambar PM, Hadi, bakar patung pemimpin DAP

Siasatan insiden memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa perhimpunan Bersih 4 pada Ogos lalu berjaya diselesaikan dan menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara. – Gambar Facebook, 28 Oktober, 2015.
Siasatan polis ke atas mereka yang didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa perhimpunan Bersih 4 pada Ogos lalu kini selesai dan sedang menunggu arahan selanjutnya daripada Jabatan Peguam Negara.

Dalam satu jawapan bertulis Parlimen, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, turut selesai ialah siasatan terhadap kejadian di Kota Baru yang melibatkan pembakaran patung Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng, yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

Zahid berkata, kertas siasatan memijak gambar Najib dan Hadi diserahkan kepada timbalan pendakwaraya pada 17 September, manakala insiden membakar patung pemimpin DAP itu diserahkan kepada timbalan pendakwaraya pada 13 Oktober.

"Pihak polis menjalankan siasatan berkait Manjoi Report 635/15 kertas siasatan 2002/15 di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan atas perbuatan memijak gambar Pekan dan Marang, kertas siasatan dirujuk kepada timbalan pendakwaraya pada 17 September 2015 untuk arahan selanjutnya.

Kedah e-Tutor projek sampai RM18juta !! Kenapa mahal sangat..???

Zulkifli Yahaya


1. Kedah e-Tutor (KeT) adalah aplikasi yang menawarkan kelas tuisyen dalam talian secara percuma kepada lebih 280,000 pelajar di negeri ini. Ia dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada April 2015 lalu. Aplikasi tersebut kononnya membolehkan para pelajar yang berusia antara 10 hingga 17 tahun mengulangkaji pelajaran dan menjalani latihan dengan dipantau oleh guru serta ibu bapa masing-masing.

2. KeT muncul kononnya selepas Kerajaan BN tertekan dengan prestasi pelajaran para pelajar - Kedah mendapat tempat kedua paling bawah dalam senarai semua negeri di Malaysia. Kerajaan negeri mahu Kedah berada dalam kelompok lima negeri paling atas.

3. Persoalan besar yang jadi tandatanya ialah perbelanjaan projek tersebut yang terlalu tinggi, iaitu berjumlah RM18 juta! Perak juga telah melancarkan aplikasi yang sama (dengan jumlah topik sedikit sahaja lebih kecil) tetapi kos projek hanya RM2.5 juta. Andaikan Kedah sekali ganda lebih besar, kosnya baru RM5 juta.. bukan RM18 juta. Mengapa kos KeT tersangat tinggi? Siapa yang mendapat anugerah menjalankan projek tersebut?

Selepas 30 tahun, adakah penghujung masalah jerebu Malaysia?

 Jerebu semakin teruk setiap tahun walaupun Malaysia dan Indonesia terus menggesa penguatkuasaan lebih ketat terhadap pembakaran sifar serta mengawal undang-undang pembakaran yang tetap juga ‘dilanggar’. – Gambar fail Reuters, 28 Oktober, 2015.
Selama berdekad, asap dari Indonesia bertiup masuk ke Malaysia pada setiap penghujung tahun, memadam pemandangan indah bangunan ikonik negara dan menyebabkan orang ramai duduk berkurung di dalam rumah menunggu sesuatu yang kini dikenali sebagai “musim jerebu”, berlalu pergi.

Tajuk utama sejak hampir 20 tahun lalu melaungkan “Menteri Asean akan bincang masalah jerebu” – dan pada 2015, mereka masih membincangkannya.

Selepas berbincang sebegitu lama dan berlanjutan, apa yang Malaysia dan Indonesia berjaya capai?

“Malangnya, tidak banyak,” kata Dr Helena Varkkey (gambar, kanan), pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategi Universiti Malaya.

“Jerebu jadi semakin teruk setiap tahun. Kedua-dua kerajaan terus menggesa penguatkuasaan lebih ketat terhadap pembakaran sifar dan mengawal undang-undang pembakaran. Mereka bagaimanapun terus-terusan ‘dilanggar’.

Varrkey, yang menulis lebih sedozen artikel akademik mengenai jerebu berkata walaupun Indonesia mengambil tindakan mahkamah terhadap beberapa individu dan syarikat atas kesalahan pembakaran terbuka dan menghukum mereka, ini hanyalah “bilangan yang sangat kecil daripada keseluruhan pesalah”.

“Selain itu, kedua-dua negara biasanya memberi respons terhadap jerebu dalam cara sangat reaktif. Anggota bomba dan pesawat dihantar hanya selepas kebakaran dikesan dan tidak banyak. Jika adapun, tindakan pencegahan diambil sebelum musim pembakaran.

1MDB: Mana boleh Menteri Kewangan jawab begitu


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP, Tony Pua mempertikaikan jawapan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disifatkannya tidak bertanggungjawab.

Topy meminta Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan sama ada 1MDB masih berhutang sebanyak AS$ 481 juta seperti yang tercatat dalam Laporan Audit International Petroleum Investment Company (IPIC) untuk Disember 2014.

"Menteri Kewangan mengatakan bahawa mana-mana pihak berhak menentukan kaedah laporan penyata kewangan mereka. Ini satu kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab kerana Laporan Audit IPIC ditandatangani oleh auditor antarabangsa, Ernst & Young (EY). Bukan auditor Tony Pua atau auditor siapa-siapa.

"EY telah pun menafsirkan bahawa memang ada hutang AS$481 juta daripada 1MDB kepada IPIC. Mana boleh Menteri Kewangan berkata "itu dia (IPIC) punya pasal. Itu masalah IPIC, apa dia nak tulis, apa dalam akaun mereka itu masalah mereka, tak ada kena mengena dengan 1MDB." Tak bolehlah begitu," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat, hari ini.

AMANAH mengulas kenyataan S/U Agung PAS berkenaan wujudnya 2 pakatan pembangkang serentak

Kerjasama dua koalisi: Bunyinya menarik tapi...


SHAH ALAM – Kerjasama politik dua pembangkang sejak 1990 antara Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat tidak boleh lagi dijadikan sebagai ‘kayu pengukur’ untuk mewujudkan dua pakatan pembangkang secara serentak pada hari ini.

Demikian kata Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad sambil menegaskan kombinasi dua koalisi itu bukan menjadi perkara utama, sebaliknya ia sekadar untuk mewujudkan persefahaman tertentu khususnya antara Pas dan Amanah.

“Perbandingan kedudukan politik pembangkang hari ini dengan sejarah kerjasama dua koalisi pembangkang pada 1990 secara serentak, adalah menarik tetapi tidak semestinya seluruhnya tepat mahupun sesuai dibuat.

“Selama tujuan dan cita-cita membuat perubahan itu sama-sama didukungi semua parti-parti pembangkang, sama ada kombinasi pendekatan 'koalisi' atau sekadar tahap 'persefahaman', bukan perkara paling utama,” katanya kepada Sinar Online.

Tol naik, taraf hidup pun naik

Tol naik
BEBERAPA kumpulan pengguna menyuarakan kebimbangan berhubung kenaikan kadar tol yang dijangka menambah lagi tekanan dan bebanan terhadap kos sara hidup, yang semakin meningkat sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
  
Berkuatkuasa Khamis lepas, kadar tol di beberapa lebuh raya dan jalan utama termasuk di Lembah Klang yang dikendalikan beberapa syarikat konsesi naik antara 10 sen dan RM6.
  
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata peningkatan berterusan kos pengangkutan akan menyebabkan kos operasi perniagaan turut meningkat, dan secara langsung melonjakkan harga barangan dan perkhidmatan.
  
"Kerajaan tidak boleh menyalahkan peniaga dan penjaja jika menaikkan harga barangan kerana mereka tidak mempunyai pilihan apabila kos operasi meningkat.
  
"Tetapi, sebarang kenaikan harga ekoran daripada kenaikan kadar tol  hendaklah munasabah dan tidak keterlaluan sehingga menyusahkan rakyat, yang sebagai pengguna telah pun dibebani dengan kos sara hidup semakin tinggi," katanya kepada Bernama.

684,000 biji pil kuda untuk pasaran M'sia dirampas

684,000 biji pil kuda untuk pasaran M'sia dirampas
NARATHIWAT - Pihak berkuasa di selatan Thailand menumpaskan dua rangkaian pengedaran dadah terbesar dan merampas hampir 684,000 biji pil kuda bernilai 83 juta baht yang dipercayai untuk pasaran di Malaysia.

Pil-pil kuda itu dirampas setelah polis mengadakan operasi di sebuah rumah milik seorang lelaki Pauzi Saleh, 52, di Mukim Munok, Daerah Sungai Golok, Narathiwat.

Ketua Polis Mukim Munok, Daerah Sungai Golok, Kolonel Prayuth Pongsanti berkata, dalam serbuan itu, polis menemui 114 bungkusan dengan setiap satu mengandungi 6,000 biji pil kuda yang disembunyikan dalam sebuah kereta, dan sedia untuk diseludup ke Malaysia.

Hasil soal siasat, beliau berkata suspek mengakui bahawa pil kuda tersebut adalah milik adiknya Samran Baka, 42.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...