TERKINI :

Monday, October 26, 2015

Hanya satu cara 13 Ketua Cawangan UMNO Telok Kemang boleh diselamatkan...!!

Shahbudin Husin,

Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Isa Samad nampaknya tidak menunggu lama untuk bertindak balas terhadap 13 Ketua Cawangan dalam bahagian itu yang dua hari lalu menuntut perletakan jawatan Perdana Menteri, Najib Razak bagi mengelakkan parti dihukum pengundi dalam pilihanraya.

Beliau yang juga Pengerusi Felda dilaporkan sudah meminta setiausaha UMNO bahagian menghantar laporan kerana menganggap tindakan ketua-ketua cawangan berkenaan telah mencemar amalan membuat keputusan secara kolektif yang selama ini dihormati.

Sokongan UMNO Teluk Kemang kepada Najib adalah berkekalan. Kita akan terus memberi sokongan dan bersama beliau, katanya Isa Samad lagi.

Dalam masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi pula tidak menganggap tindakan 13 Ketua Cawangan dalam bahagian Teluk Kemang itu sebagai suatu perkara yang besar.

Katanya, mereka hanya merupakan 13 orang daripada 20 ribu Ketua Cawangan yang ada di seluruh negara.

Bajet 2016 : Bajet Najib, oleh Najib, untuk Najib

Oleh Liew Chin Tong

najjib-razak,bajet-2016

PETALING JAYA: Saya sifatkan Bajet 2016 tidak lebih sekadar ‘Bajet Najib, oleh Najib dan untuk Najib’ semata-mata.

Bajet tersebut antaranya menampilkan 3 intisari penting:

Pertama, jumlah perbelanjaan bajet menurun buat pertama kalinya sejak tahun 2010 yang lalu. Perbelanjaan bagi tahun 2015 adalah RM 274 bilion manakala RM267 bilion telah diperuntukkan bagi 2016, menunjukkan penurunan sebanyak RM7 bilion.

Kedua, pemotongan bajet adalah amat diperlukan disebabkan oleh kejatuhan besar hasil petroleum.

Kerajaan mensasarkan perolehan RM39 bilion daripada GST di mana RM21 bilion adalah pendapatan baru bersih selepas ditolak kutipan yang diketepikan daripada pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Dalam erti kata lain, rakyat Malaysia telah memikul tambahan beban cukai yang baru sebanyak RM21 bilion menerusi GST.

Pemimpin Pas Sabah sertai Amanah

FMT Reporters | October 26, 2015

Mereka yang keluar daripada Pas merupakan 40 orang yang terawal untuk menyertai Amanah di Sabah

sabah-amanah

PETALING JAYA: Seramai 40 orang pemimpin dan anggota Pas di Sabah keluar dari parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Peralihan parti itu diketuai bekas Pesuruhjaya Pas Sabah dan pengasas awal Pas di Sabah, Hamzah Abdullah yang kini dilantik sebagai Pengerusi Amanah Sabah.

Borang keanggotaan menyertai parti Amanah diserahkan kepada Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus di Sandakan pada Isnin.

“Antara anggota Pas yang menyertai Amanah ialah bekas Naib Ketua Pemuda Pas Negeri, Harris Alimuddin dan Ketua Penerangan Pas Semporna, Mohd Shaman Palah,” kata Hamzah, lapor Bernama.

Katanya, mereka merupakan antara 40 orang kumpulan awal dari Sabah yang menyertai Amanah.

Pada peringkat awal, enam cawangan Amanah telah ditubuhkan di kawasan Batu Sapi.

Amanah: Bukan Bidangkuasa Azmin Tolak Penubuhan PH Di Selangor

Kenyataan Azmin Ali bahawa pentadbiran Pakatan Harapan tidak diperlukan di Selangor dilihat terlalu awal kerana beliau bukan presiden PKR, kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub seperti laporkan oleh portal themalaymailonline.

Salahuddin berkata bahawa apa-apa ketetapan sepatutnya datang dari pucuk pimpinan pakatan pembangkang yang baharu dalam usaha untuk memutuskan apa yang diperlukan bagi meredakan soalan orang ramai mengenai peranan Pakatan Harapan di negeri tersebut.

"Azmin adalah Timbalan Presiden sahaja walaupun dia adalah Menteri Besar Selangor. Oleh kerana PKR adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan, dia tidak boleh memberikan kata putus itu, ia mungkin hanya pendapat peribadinya sahaja," kata Salahuddin.

"Kami tidak mahu mengulangi apa yang telah berlaku dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, jadi apa sahaja yang Azmin katakan, kami di Majlis Presiden perlu membincangkan perkara ini."

Beliau mengesahkan bahawa kerjasama Amanah dengan kedua-dua pihak Pakatan Harapan lain - PKR dan DAP - tidak terjejas dengan kenyataan Azmin pada hari Khamis lalu.

Pada hari Khamis lalu, Azmin berkata wujud perbezaan senario politik di antara Selangor dan Pulau Pinang itu bermakna kerajaan Pakatan Harapan tidak diperlukan di nerinya.

Kuku Besi !! Suruh Najib berhenti terus kena ngadap Jawatankuasa Disiplin UMNO

Isa serah pada Jawatankuasa Disiplin UMNO ambil tindakan terhadap 5 ketua cawangan


PORT DICKSON: Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang Tan Sri Isa Samad berkata satu laporan akan dihantar kepada Jawatankuasa Disiplin parti tidak lama lagi berhubung tindakan 13 cawangan dalam bahagian itu yang membuat keputusan berlainan daripada perwakilan UMNO bahagian itu.

Katanya beliau meminta Setiausaha UMNO bahagian itu menghantar laporan itu kerana tindakan kumpulan itu mencemar amalan membuat keputusan secara kolektif yang dihormati anggota parti selama ini.

"Sokongan UMNO Bahagian Teluk Kemang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) akan berkekalan. Kita akan terus memberi sokongan dan akan bersama beliau," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Semalam, sekumpulan ahli UMNO Bahagian Telok Kemang, yang mendakwa mewakili 13 cawangan mengadakan sidang media di sini, mendesak Presiden parti meletak jawatan kerana telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

'Bayaran tinggi' untuk keberanian Muhyiddin


Dr Maszlee Malik JOHOR BAHRU - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai seorang pemimpin luar biasa dan merupakan kebanggaan anak Bangsa Johor.

Moderator Program Bicara Minda dan Sesi Dialog bersama bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Dr Maszlee Malik berkata, suara keberanian luar biasa Muhyiddin sebagai seorang pemimpin terpaksa dibayar dengan ‘bayaran tinggi’, termasuk kehilangan jawatan apabila digugurkan daripada Kabinet.

“Tan Sri Muhyiddin telah mempamerkan sikap seorang pemimpin yang berani bersuara dalam memperjuangkan kebenaran dan sudah tiba masanya untuk anak Johor terus bangkit dan mencontohinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Bicara Minda dan Sesi Dialog bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Hotel Grand Bluewave, di sini, semalam.

Maszlee, ketika mengendalikan program itu, sempat mengajukan soalan mengenai ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2016 kelmarin, berkaitan perumpamaan ‘gunting dalam lipatan’ dan ‘api dalam sekam’ kepada Muhyiddin.

Permata Kelantan Yang DiPinggirkan

Oleh Mat Luncai Aliuddin

http://bm.selangorku.com/wp-content/uploads/2015/02/husam.jpg 

Ramai kawan2 dari Pas menghilang atau bahasa lain unfriend di FB. Ramai juga yg marah2 kenapa saya suka 'memperli' Pas.

Jujur saya mahu bantu Pas walaupun org Pas pasti akn berkata, siapa kamu, hebat sgt kah kamu nak bantu Pas? Pas yg saya kenali sejak 1986 lagi berubah sedikit demi sedikit bersesuaian dgn kehendak zaman. Dari dikenali sebagai parti kampung atau ekstrimis agama, Pas lebih terbuka. Pas yg ditakuti oleh org Melayu dan Cina berubah 360% penerimaannya.

Tiba2 selepas pemergian Tuan Guru Nik Aziz, Pas berubah kembali 360%. 'Pembunuhan' golongan profesional dianggap satu pembunuhan kejam bukan sahaja kpd pemimpin terbabit tetapi kpd ahli dan penyokong PR.

Persoalan mengapa selepas pemergian TGNA. Bukan rahsia keakraban Husam dgn TGNA? Husam dianggap org penting di atas kejayaan Pas bertahan 25 tahun mentadbir atau memenangi pilihanraya.

Husam dianggap rujukan pentadbiran TGNA dlm menguruskan negeri Kelantan, dan TGNA pula rujukan Husam dlm bidang agama dan lain2nya...Mereka saling memerlukan.

Husam - Tunggakan SABK Hanya Setengah Juta, jumlah tunggakan hampir RM15 juta

oleh Husam Musa


Saya mendapat maklum, seorang pembesar Kelantan telah berucap merasmikan mesyuarat agung PIBG Ma'ahad Muhammadi Sabtu lalu.

Antara lain, beliau beralaskan YIK pernah membayar gaji guru SABK semasa transisi dari perkhidmatan YIK. Guru-guru berkenaan belum membayar balik wang itu.

Ada beberapa implikasi dari ucapan ini:
1. Dakwaan saya berlakunya tunggakan berkenaan nampaknya akhirnya disahkan.
2. Kerajaan masih dalam sindrom penafian. Enggan berterus terang dan mengakui masalah yang wujud.

Tunggakan bayaran balik gaji guru SABK hanyalah berjumlah sekitar setengah juta, hingga September ini.

Jumlah tunggakan caruman YIK pula mencecah hampir 15 juta.

Husam tidak akan berhenti mendedahkan kerakusan, korupsi & ketidak telusan...


Abied Abdullah



Ada ramai yang kepanasan dengan pendedahan demi pendedahan penyelewengan oleh Husam Musa. Terutama mereka yang duduk di tampuk kuasa kerana kerakusan, korupsi dan ketidak telusan..

Saya begitu bangga dan saya amat-amat yakin bahawa Husam tidak akan berhenti. Kerana apa Husam tak akan berhenti?!

Pertama : Kerana apa yang mereka telah lakukan kepada Husam selama ini.

Kedua : Kerana kepincangan dan penyelewengan yang menyebabkan Husam menentang UMNO/BN selama ini. Maka tidak akan dapat diterima Husam apabila dikalangan PAS yg berperangai seumpama ini.

Ketiga : Kerana Husam seorang yg tiada kepentingan jawatan seperti kebanyakan orang lain yang sedang hangat menfitnah dan mengaibkannya sejak dulu.

Bajet 2016 : Dapat RM100, belanja RM120

SYAHIR SULAIMAN | 26 Oktober 2015.

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/10/bajet-2016.jpg

"Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu (bakhil), dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya (boros), kerana akibatnya akan tinggal lah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia juga yang menyempitkannya; Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.” (Al-Isra’: 29-30)

Defisit fiskal

Sebagai permulaan kepada tempoh RMK11 (2016-2020) yang bertemakan ‘Pembangunan Berpaksikan Rakyat’, Perdana Menteri telah membentangkan sebuah bajet yang lebih besar dengan tema ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’.

Bagi tahun 2016, Kerajaan Persekutuan mengunjurkan pendapatan RM225 bilion dengan anggaran perbelanjaan RM267b; peruntukan RM215b untuk mengurus (81%) dan RM52b untuk pembangunan (19%), suatu nisbah 80:20 yang tidak mampan untuk sebuah negara yang berhasrat mahu mencapai status negara maju 2020.

Fatwa ikut syariat, untuk kesejahteraan umat, respons Mufti Pulau Pinang

SOHIBUS Samahah Dato' Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor.
KEBENARAN menggunakan pembesar suara untuk tujuan azan dan iqamah sahaja di Pulau Pinang mengundang pelbagai reaksi.
Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang terbabit dalam isu berbangkit tersebut turut digambarkan tunduk pada kemahuan politik Kerajaan Negeri.
Mufti Kerajaan Pulau Pinang, Sohibus Dato' Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor semasa diwawancara oleh fotojurnalis ZAINULFAQAR YAACOB baru-baru ini ada menjelaskan mengenai gambaran sebenar mengenai satu-satu fatwa itu dikeluarkan.
“Satu-satu fatwa ini dihasilkan oleh sebuah Jawatankuasa Fatwa, yang keanggotaannya terdiri oleh mereka yang kita anggap sebagai pakar dalam bidang masing-masing.
“Sebenarnya kita (Jawatankuasa Fatwa) memang diberikan kebebasan untuk berbincang mengenai satu-satu perkara baharu membabitkan umat Islam.
“Dalam isu azan ini, Ketua Menteri (Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng) sendiri pun baru tahu sahaja, itupun melalui akhbar sahaja, sama seperti Exco Hal Ehwal Agama Islam (Dato' Abdul Malik Abul Kassim).
“Ini, menunjukkan bahawa perkara ini adalah tidak ada kena-mngena dengan mana-mana ahli politik, kerana Majlis Fatwa mempunyai kebebasan tersendiri untuk memberikan penjelasan mengenai satu-satu perkara, di bawah perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertua Agong,” jelas Wan Salim semasa ditemubual di Pejabat Mufti Negeri dekat Komtar baru-baru ini.

AMANAH - Jerebu : Malaysia didesak senarai nama syarikat terlibat

Faiz Zainudin | October 26, 2015

Pihak yang terlibat dalam pembakaran terbuka itu perlu dikenakan tindakan tegas, termasuk syarikat dari Malaysia.

Wan-Anwar-Wan-Ibrahim

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) mendesak kerajaan supaya menyenarai syarikat-syarikat yang menjadi penyebab berlakunya masalah jerebu termasuk syarikat dari Malaysia.

Desakan itu dibuat oleh Naib Ketua Pemuda Amanah, Wan Anwar Wan Ibrahim ekoran masalah jerebu yang melanda negara ini semakin buruk.

“Catatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa tempat adakalanya mencecah paras bahaya (IPU200). Situasi ini telah memberi kesan buruk bukan sahaja terhadap kesihatan rakyat tetapi juga kepada keadaan ekonomi negara.

“Harus diingat bahawa antara pihak yang terlibat dalam pembakaran besar-besaran ini adalah bukan sahaja datangnya dari negara Indonesia, tetapi juga syarikat-syarikat multi-nasional yang turut mempunyai kepentingan negara berjiran termasuk Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Rafizi: Pemimpin Umno juga tolak Najib

Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa tindakan 13 Cawangan Umno di Bahagian Telok Kemang yang mendesak, Presiden Umno yang juga merupakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletak jawatan adalah sebagai 'signal' penolakan besar-besaran terhadap pimpinan Najib.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, penolakan itu akan terus berlaku kerana desakan hidup yang kini terus-menerus menghimpit hidup rakyat termasuk pemimpin akar umbi Umno.

"Saya rasa perkara itu akan terus berlaku jadi kita ada Perdana Menteri yang bukan sahaja ditolak rakyat tetapi sedikit demi sedikit lebih ramai ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi akan terus tampil ke hadapan kerana mereka tahu bahawa hasil kesilapan daripada pentadbiran Najib ini mereka sebagai rakyat biasa merasainya.

"Dalam pada itu apa yang kita tengok di masa hadapan ketua-ketua cawangan, pimpinan akar umbi akan terus ke hadapan kerana mereka faham tanggungan GST berbanding pimpinan kanan kerajaan," katanya kepada Sinar Online di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Tony Pua kekal, 5 muka baru anggotai PAC

Mohamad Fadli

Empat ahli Parlimen BN dan seorang ahli Parlimen PAS dilantik menganggotai jawatankuasa PAC

tony-pua-PAC

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara-DAP, Tony Pua kekal menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sekaligus menangkis dakwaan kononnya beliau akan dilucutkan jawatan ekoran kenyataannya berunsur kritikan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, empat ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan seorang ahli Parlimen PAS dilantik menganggotai PAC bagi menggantikan mereka yang dilantik ke Kabinet pada Julai lalu.

Pelantikan itu ditulis dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Pemilih yang ditandatangani Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mereka yang dilantik adalah ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh menggantikan Datuk Madius Tangau yang dilantik sebagai Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi.

Ahli Parlimen Jasin dari BN, Datuk Ahmad Hamzah menggantikan Datuk Mas Emieyati Shamsudin, sementara ahli Parlimen Langkawi dari BN Datuk Nawawi Ahmad menggantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

PKR kata RM40.8 juta kos digunakan bagi perjalanan jet peribadi PM untuk 6 bulan..!!!

PKR anggar kos perjalanan jet peribadi PM bernilai RM40.8 juta untuk 6 bulan


 PKR menggesa menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi penerangan berhubung kos jet peribadi digunakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan mencecah RM40.8 juta dalam tempoh 6 bulan sahaja. – Gambar fail AFP, 26 Oktober, 2015. 
Kos keseluruhan perjalanan melibatkan jet peribadi baharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Airbus ACJ320, dianggarkan sebanyak RM40.8 juta bagi tempoh 6 bulan sejak dibeli pada April lalu, dakwa PKR hari ini.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, anggaran kos itu meliputi kos sewa jet, penyenggaraan, operasi dan pengurusan serta kos perjalanan ke luar negara perdana menteri.

"Kalau jumlah ini tidak betul, maka saya mengalu-alukan menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menerangkan dan memberi jawapan betul," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. – 26 Oktober, 2015.

Apakah 100,000 hadirin bermakna PAS masih kuat?

OLEH SHERIDAN MAHAVERA


Biarpun kebanyakan media meramalkan PAS akan lenyap tidak lama lagi, namun aktivis parti Islam itu dari Pahang dan Terengganu tidak mempunyai masalah mengumpulkan kira-kira 1,000 ahlinya berkonvoi beramai-ramai dengan menunggang motosikal ke Kelantan bagi menghadiri perhimpunan terbesar parti pada minggu lalu.

Jumlah kehadiran cukup besar di kalangan "bikers" daripada kelab motosikal ARC PAS atau Alternative Riding Club, menunjukkan parti Islam itu masih mempunyai penyokong akar umbi di kalangan anak muda Melayu walaupun berita mengenai cawangannya ditutup dan ahli-ahlinya beramai-ramai menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), yang ditubuhkan beberapa pemimpin “progresif” selepas kalah teruk dalam pemilihan parti Jun lalu.

Himpunan Fastaqim di Kota Baru pada 18 Oktober lalu menunjukkan PAS masih boleh menarik sokongan dari kubu luar bandar mereka seperti di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Terengganu.

Tetapi persoalannya sekarang, adakah 100,000 penyokong yang berjaya dikumpulkan di stadium itu boleh disamakan dengan jumlah sokongan awam pada pilihan raya umum akan datang?

Kemana hilangnya artikal Zahid minta Muhyiddin keluar UMNO secara sukarela..???

Adam Al-Pekani,


Semalam ada satu berita yang keluar di BERITA HARIAN ONLINE dimana TIM. PERDANA MENTERI telah memintak mantan Tim Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya keluar UMNO secara sukarela...
LINK BH
Namun selepas beberapa jam berita tersebut sudah ditarik balik oleh BERITA HARIAN ONLINE... punca sebenar ia ditarik balik kita semua tak tahulah...

Berkenaan isu TPM memintak mantan TPM itu keluar UMNO secara sukarela itu kita pun tak pasti akan kesahihan berita tersebut atau ada pihak dari 'atas sana' yang mengeluarkan arahan supaya artikal itu di tarik balik semula...

Apa Najib tak beritahu dalam Bajet 2016

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak menawarkan senarai menarik dalam Belanjawan 2016, seperti faedah kepada penjawat awam dan peningkatan nilai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Tetapi dari mana datangnya wang untuk peruntukan itu ketika hasil negara menyaksikan kejatuhan harga komoditi?

Malaysiakini menemui 'berita buruk', dengan meneliti belanjawan yang dibentang kelmarin, berdasarkan kementerian-kementerian yang paling banyak dipotong peruntukannya.

Apa yang tidak dinyatakan, kemungkinan harga minyak masak semakin mahal, harga tiket kereta api dan pesawat laluan “tidak ekonomi” semakin mahal dan beberapa pemotongan subsidi.

Kementerian Kewangan – Subsidi umum hampir separuh

Sekilas pandang, Kementerian Kewangan dilihat paling banyak terjejas daripada belanjawan apabila peruntukannya dipotong daripada RM7 bilion (17.8 peratus) kepada RM32.247 bilion.

Bagaimanapun, dilihat lebih dekat, potongan besar itu dimungkinkan oleh pengurangan subsidi yang dijangka terus menurun sehingga 45 peratus ( RM8.707 bilion ) kepada RM10.633 bilion.

#1MDB : Berapa bilion lagi hendak pinjam?

Muhyiddin Yassin
JOHOR BAHRU - Selepas membuat pinjaman kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) sebanyak RM4 bilion, ‎ bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meminta lagi suntikan dana sebanyak RM3 bilion‎ ‎daripada Kementerian Kewangan.

Namun ujarnya, tindakan itu ditolak oleh Kabinet kerana merasakan suntikan sebanyak itu tidak munasabah.

"Selepas pinjam (dari) T Anandha Krishnan RM2 bilion, nak pinjam lagi RM3 bilion. Berapa banyak bilion kita nak pinjam ni?

"Apa sudah jadi dan waktu itulah saya sedar, ini satu masalah yang besar, bukan perkara yang kecil, nak pinjam mampu tidak hendak bayar? ‎Saya pasti ia tidak mampu bayar sebab pinjaman awal tidak mampu dibayar.

"Berniaga apa macam ini, pinjam atas pinjam," Katanya ketika berucap pada program Bicara Minda dan bertajuk 'Berani Kerana benar' anjuran Sinar Harian di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, syarikat itu kemudiannya hanya diberikan kredit tersedia sebanyak RM950 juta.

Mana RM2.6b?: Kenapa saya tak bangun? - Nik Abduh

 Nik Abduh Nik Abdul Aziz
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan beliau tetap protes kepada BN meskipun tidak turut bangun bersama PKR, DAP dan Amanah di Parlimen sambil mengangkat poster 'Mana RM 2.6b?'.

Menurutnya, dalam duduk, berdiri mahupun rebah, beliau tetap menentang Bajet 2016 yang disifatkan sebagai 'bajet panadol'.

"Ramai desak saya, mengapa tak turut bangun tanya 'Mana RM 2.6b?'. Saya jawab, kerana semua di hadapan saya bangun berdiri puji PM sambil angkat buku bajet.

"Saya pun duduk, protes 'bajet panadol' yang takkan berjaya. Saya protes BN dalam duduk, berdiri dan dalam rebah pun," katanya melalui satu status di Facebook.

Jumaat lalu, barisan ahli Parlimen pembangkang mengangkat plakad 'mana RM 2.6 b?' selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai membentangkan Bajet 2016.

Namun, kelihatan ahli Parlimen Pas seperti Nik Abduh dan Nasruddin Hasan tidak menyertai barisan pembangkang mengangkat poster yang sama.

Sehubungan itu, Nik Abduh menjelaskan bahawa untuk menentang pengkhianat, beliau hanya perlu bersama ALLAH dan rakyat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...