TERKINI :

Saturday, October 24, 2015

Dulu borang Umno orang buat bungkus nasik lemak

Bicara Minda Muhyiddin
JOHOR BAHRU - Orang Johor baling borang keahlian ke dalam longkang dan buat bungkus nasi lemak apabila mereka dipujuk untuk menyertai Umno baharu selepas ia diharamkan.

Demikian antara ucapan mukadimah yang diungkapkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila memulakan program Bicara Minda dengan judul 'Berani Kerana Benar', di Hotel Bluewave sini, hari ini.

Sambil menegaskan ia menjadi cabaran kepadanya ketika menjawat jawatan Menteri Besar Johor ketika itu, namun kata Muhyiddin, beliau sesekali tidak pernah lari daripada masalah tersebut.

"Bila Umno diharamkan, orang Johor tolak Umno baru tidak setuju, pelbagai masalah bagaimana nak bersatu di bawah Umno, mereka mahu Umno asal kembali semula.

Bajet 2016 cantik di atas kertas tapi...

Azmin Ali
SHAH ALAM - Bajet dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertemakan ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’ disifatkan hanya cantik di atas kertas tetapi gagal di akhirnya.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat tahun ini namun pada masa sama, kadar tol dinaikkan.

“Bagaimana itu mensejahtera rakyat?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, Najib mengarut apabila mendakwa pembangkang bersetuju dengan GST dalam bajet alternatifnya.

“Saya ulang, GST ialah satu tekanan utama terhadap pendapatan gaji rakyat yang miskin. Beban cukai dikenakan lebih besar kepada rakyat biasa untuk ‘membiayai’ kesilapan pemimpin.

“Tiada pencapaian hebat pun dengan peningkatan pendapatan melalui GST. Sudah tentu hasil meningkat sebab anda mengenakan cukai pada setiap rakyat.

“Hakikatnya, pemerintahan Najib gagal apabila beranggapan bahawa kita terselamat kerana adanya GST,” katanya.

Muhyiddin sahkan Putrajaya cuba suntik RM3 bilion untuk 1MDB

 Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Putrajaya cuba meluluskan suntikan dana sebanyak RM3 bilion untuk 1MDB bagaimanapun gagal apabila Jemaah Menteri menolak cadangan berkenaan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 Oktober, 2015.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Putrajaya pernah cuba meluluskan suntikan dana sebanyak RM3 bilion untuk syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, tindakan itu bagaimanapun gagal apabila Jemaah Menteri menolak cadangan berkenaan.

"Selepas pinjam (dari) T Anandha Krishnan RM2 bilion, nak pinjam lagi RM3 bilion. Berapa bilion kita nak pinjam ni?" soal Muhyiddin merujuk kepada RM2 bilion yang dipinjamkan hartawan itu bagi membantu 1MDB menyelesaikan hutang banknya.

"Berniaga apa macam ini, pinjam atas pinjam," katanya ketika berucap pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk 'Berani kerana benar' anjuran akhbar Sinar Harian di Johor Baru hari ini.

Julung-julung kali bercakap di hadapan umum selepas pemecatannya pada Julai selain platform parti, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, syarikat itu kemudiannya hanya diberikan kredit tersedia sebanyak RM950 juta.

PAS tetap persoal ‘derma’ Najib walau tak semua angkat sepanduk

PAS konsisten mempersoalkan isu derma RM2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun tidak semua ahli Parlimennya memegang sepanduk ‘Mana RM2.6 bilion?’, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad. – Gambar The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2015.
PAS konsisten mempersoalkan isu derma RM2.6 bilion dalam akaun Datuk Seri Najib Razak walaupun tidak semua ahli Parlimennya memegang sepanduk "Mana RM2.6 bilion?" selepas pembentangan Bajet 2016 semalam, kata Naib Presidennya Idris Ahmad.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata demikian sewaktu diminta mengulas tindakan sebahagian besar ahli Parlimen pembangkang yang memegang sepanduk itu semalam, tetapi menyaksikan hanya 2 daripada 14 wakil rakyat PAS berbuat demikian.

"Takkanlah kami bodoh sampai kami sokong (isu derma) RM2.6 bilion," katanya kepada The Malaysian Insider merujuk wang yang dikatakan sumbangan daripada penderma Timur Tengah yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

Ditanya sama ada beliau mengangkat sepanduk itu atau tidak di Dewan Rakyat semalam, Idris berkata: "Tak ada plakard-plakardlah. (Kenyataannya isu) RM2.6 bilion (ini) kita dah lawan dah dalam surat khabar."

PAS dalam kenyataannya sebelum ini pernah menggesa perdana menteri mendedahkan identiti sebenar penderma itu bagi memudahkan urusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga pusat zakat membuat kunjungan mereka.

Najib digemparkan dengan 13 Cawangan UMNO sepakat gesa beliau letak jawatan

13 ketua Umno cawangan Negeri Sembilan gesa Najib letak jawatan
OLEH MELATI A. JALIL

 Ketua cawangan Umno dari Taman TKK, Kamarul Aznan Habibur Rahman (tengah) bersama 12 lagi ketua cawangan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meletak jawatan sebagai presiden parti. – Gambar The Malaysian Insider oleh Melati A. Jalil, 24 Oktober, 2015.

Ketua cawangan Umno dari Taman TKK, Kamarul Aznan Habibur Rahman (tengah) bersama 12 lagi ketua cawangan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meletak jawatan sebagai presiden parti. – Gambar The Malaysian Insider oleh Melati A. Jalil, 24 Oktober, 2015. 

Tiga belas ketua Umno cawangan dari Telok Kemang, Negeri Sembilan hari ini mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai presiden bagi memulihkan kredibiliti parti itu sebelum pilihan raya umum akan datang.

Di bawah pimpinan ketua Umno cawangan dari Taman TKK, Kamarul Aznan Habibur Rahman, mereka berkata, tiba masanya parti itu melakukan perubahan dan ia perlu bermula daripada presiden, Najib yang juga perdana menteri.

"Kami berpendapat, adalah lebih baik presiden berundur untuk membolehkan Umno tidak menjadi mangsa keadaan dan dihukum pengundi pada pilihan raya yang akan datang.

"Kebimbangan utama kami ialah, kita perlu mempunyai pemimpin yang kuat untuk mengemudi Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Politik Placard - Antara PAS & Zuhdi dizaman dulu dan sekarang..!!!

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


Bagi sesetengah orang, aksi angkat placard itu dikira kecil saja, tiada kesan sangat. Saya tidak fikir begitu.

Usaha membentuk keberanian rakyat adalah usaha besar walaupun bermula dengan tindakan kecil. Angkat placard itu tak boleh dilihat hanya dalam lingkungan empat dinding Dewan Rakyat saja.

Aksi itu sudah viral dan rakyat nampak. Sekurang-kurangnya rakyat tahu, keinginan mereka supaya pemimpin seperti Najib disingkirkan tidak dipandang sepi. Ada sesuatu yang dibuat dan kesannya jangan diharap berlaku dalam tempoh sehari atau seminggu.

Aksi Abdul Rani Kulup, aksi Bomoh Malaysia, walaupun hanya disertai beberapa orang pengikut tegarnya, ada implikasi tersendiri kepada kepekaan rakyat terhadap apa saja yang menyentuh kepentingan mereka.

Kalau aksi kecil sebegitu tidak penting, untuk apa nabi melaporkan kisah lelaki umat terdahulu yang terampun dosanya kerana memberi minum anjing?

Harum Manis, kelapa muda – #PAS dan #Amanah perang psikologi

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Pertembungan antara PAS dan parti serpihannya Parti Amanah Negara (Amanah) memasuki era perang proksi dan psikologi apabila sebahagian pemimpin dan ahli PAS yang pro Amanah terus kekal dalam parti Islam itu.

Ketika menjelaskan siapa mereka, maka lahirlah pelbagai label atau bayangan bagi menggambarkan kumpulan mereka masing-masing, seperti Harum Manis, kelapa muda, kelapa tua dan sebagainya.

"Saya Harum Manis," kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kepada rakan-rakanya dalam Amanah apabila ditanya apakah sikap sebenar beliau.

Harum Manis ialah sejenis mempelam yang mahal harganya, kira-kira RM20 satu kilogram, yang banyak ditanam Perlis.

"Harum manis ni, hijau di luar, oren di dalam," kata Mahfuz. Hijau merupakan warna rasmi parti bagi PAS manakala oren pula warna rasmi Amanah.

Kenyataan dan sikap Mahfuz, terutamanya sejak gagal mempertahankan jawatan sebagai naib presiden pada pemilihan parti Jun lalu, banyak berbeza dibandingkan sikap dan kenyataan pemimpin PAS yang lain.

Husam : Kelantan jangan cuba jadikan pemerintahan TG Nik Aziz sebagai alasan tidak menjawab persoalan

HUSAM TUNTUT PENJELASAN EXCO PENERANGAN


Mana Penjelasan?

Seseorang Exco Kelantan telah menafikan beliau ada berceramah di Kota Raja dalam sebelas hari ini, bermula dari 1 Muharam 1437H.

Namun tidak ada pula mana-mana Exco Kelantan ada menafikan kandungan ucapan yang tersebar luas di media sosial berkaitan isu ini.

Adakah dengan itu, kandungan ucapan itu di iyakan?

Tempat ucapan itu diucapkan adalah sampingan/secondary selagi mana kandungannya benar.

Samaada di Kota Raja atau di Kelana Jaya - itu mungkin umpanan bahasa untuk mengail respon.

Pokoknya, adakah Exco Penerangan telah menjawab dakwaan saya selama ini secara terbuka?

Kerajaan kutip RM39 bilion menerusi GST

Adam Abu Bakar

Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding jika kerajaan menerusikan SST yang hanya memberi pendapatan sebanyak RM18 bilion.

budget_gst_600

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata langkah kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) merupakan langkah yang tepat.

Perdana Menteri berkata, pendapatan kerajaan terus meningkat sejak GST diperkenalkan 1 April lalu berbanding jika kerajaan meneruskan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Jika kita terus menggunakan SST, kita hanya mampu mengutip sebanyak RM18 bilion.

“Tetapi sejak memperkenalkan GST, hasil kutipan meningkat kepada RM39 bilion ringgit,” katanya ketika membentangkan Bajet 2016 di Parlimen pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Najib menjelaskan bahawa walaupun pelaksanaan GST bukanlah langkah populis tetapi demi menjamin kehidupan rakyat, kerajaan akan terus melaksanakan perkara yang betul.

'Bajet 2016 untuk tutup skandal’


KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Bajet 2016 yang dibentangkan semalam sebagai bajet untuk menutup skandal.

Tanpa menjelaskan lebih lanjut mengenai apa yang disebut sebagai ‘tutup skandal’ itu, beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak prihatin dengan kesengsaraan rakyat akibat GST.

“Perdana Menteri hanya memberikan ‘pemberian’ tertentu dalam bajet kali ini tetapi tidak menyelesaikan masalah GST.

“GST perlu dihapuskan kerana tidak memberikan impak besar kepada ekonomi negara,” katanya.

Menurutnya, Najib juga tidak mengumumkan langkah untuk memperkukuhkan ringgit.

“Nilai ringgit masih rendah. Bolehkah ia kembali kepada RM3.60?” soalnya.

Katanya lagi, apa yang dibayar oleh rakyat kepada kerajaan adalah lebih tinggi berbanding apa yang diberikan kembali oleh kerajaan.

YB Khalid Samad menjawab pertuduhan Hj Hadi berkaitan Pindaan Perlembagaan PAS

https://lh5.ggpht.com/ABhFtJ3yuOnedO9wnOQQsBlhT-8YPq29gcXycWQ6K8oOkQzO-akRnUlUehP0CG9DxCETJrLsiOw2vAGQe4Y
YB KHALID SAMAD ‪#‎CABAR‬ HAJI HADI AWANG ‪#‎KEMUKA_BUKTI‬ KUMPULAN ‪#‎PROGRESIF‬ DALAM PAS DAHULU ‪#‎USAHA_PINDA‬ PERLEMBAGAAN UNTUK ‪#‎AMBIL_ALIH‬ KUASA AL-QURAN DAN SUNNAH YANG BERADA ‪#‎DITANGAN‬ MAJLIS SYURA ULAMA

Pindaan Perlembagaan PAS yang ingin diusahakan sebelum ini

Merujuk kepada tulisan saya bertajuk "Ke Mana Hilangnya Kebijaksanaan dan Keikhlasan?", saya telah berjanji untuk mendedahkan cadangan pindaan perlembagaan yang telah diusahakan untuk PAS tempoh hari. Presiden PAS telah menuduh bahawa pindaan ini bertujuan untuk mengambil alih kuasa Al-Quran dan Sunnah yang berada dengan Majlis Syura Ulama. Ia kononnya bertujuan untuk menjadikan PAS sebuah parti sekular.

Sepertimana saya sebutkan sebelum ini, saya sebenarnya amat tidak berminat untuk berbalah dengan PAS, tetapi memandangkan tuduhan ini merupakan satu pembohongan yang bertujuan untuk memburukkan kami supaya tindakan menjatuhkan kami dapat diterima ahli PAS; maka penjelasan adalah diperlukan bagi menangkis pembohongan ini.

Untuk mendedahkan perkara ini, saya telah meminta Saudara Asmuni Awi untuk menyerahkan kepada saya segala nota yang ada pada dirinya berhubung pindaan yang ingin dicadangkan. Saudara Asmuni adalah pengerusi JK pindaan perlembagaan tempoh hari. Saya sertakan sebahagian dari cadangan berkenaan di penghujung tulisan saya ini sebagai rujukan. Keseluruhan cadangan pindaan yang telah disiapkan adalah 74 dari 88 fasal.

Bajet 2016: Rakyat makin tertekan hari ini


Bajet 2016
ISI kandungan Bajet 2016 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen esok menjadi perdebatan di pelbagai lapisan masyarakat baik di media sosial mahupun di kedai kopi.

Malah tidak berlebihan jika Bajet 2016 ini dianggap sebagai kunci paling hampir kepada bebanan rakyat pada hari ini.

Namun, kunci itu mungkin kekal mengunci rakyat dalam kesempitan ataupun akhirnya membuka laluan untuk rakyat melepaskan diri dari belenggu bebanan sara hidup yang saban hari menekan ditambah dengan kenaikan kadar tol berganda-ganda yang diumumkan Khamis lalu.

Minyak naik, tol pun naik kemudian GST lagi tapi malangnya, pendapatan isi rumah tetap tak naik-naik. Rakyat yang berpendapatan rendah pasti sukar untuk bernafas ketika ini. Berjerebu di luar dan dalam.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman mengimbau kembali janji kerajaan yang menyatakan bahawa hasil tambahan pendapatan yang diperoleh menerusi pelaksanaan GST akan digunakan untuk manfaat serta kebajikan rakyat dan negara.

GST, BR1M: Kerajaan bagi sikit, ambil lebih!

Dr Wan Azizah Wan Ismail
KUALA LUMPUR - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kepada rakyat tidak memadai jika dibandingkan dengan hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ini kerana menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bantuan BR1M yang dihulur masih tidak mencukupi untuk menampung beban cukai yang terpaksa ditanggung kerajaan.

"Seorang individu perlu membayar GST sehingga RM1,300 setiap tahun. Jika dibandingkan dengan pemberian BR1M yang hanya RM1,050 (maksimum), ia masih kurang jika dibandingkan dengan apa yang diambil dari rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri pembentangan Bajet 2016 di sini, hari ini.

Pemberian Bantuan Rakyat‎ 1Malaysia (BR1M) diteruskan meski ramai tidak bersetuju dengan bantuan kerajaan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tetap menetapkan pemberian BR1M kepada rakyat‎ sebagai salah satu perkara dalam pembentangan Bajet 2016.

Ramai orang marah Najib

najib tun m
SHAH ALAM - "Kita sudah mempunyai lima perdana menteri tetapi tidak pernah dikecam kerana rasuah seperti ini dan semua orang berkata sebegitu," demikian kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu wawancara bersama media asing baru-baru ini.

Dalam wawancara yang dipetik The Guardian, Mahathir mengambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertahankan jawatannya dengan apa cara sekalipun.

"Najib mengawal media arus perdana. Mereka tidak dapat berkata apa-apa, mereka menapis diri mereka secara sukarela.

"Mereka boleh dipindahkan, mereka boleh dipecat, akhbar mereka boleh dihentikan dari penerbitan.

"Terdapat semua jenis perkara-perkara yang dia boleh lakukan. Dia boleh memanggil editor untuk disoal siasat, di mana ia agak tidak menyenangkan, jadi orang cuba untuk mengelakkan itu," katanya.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri itu juga berkata, cara untuk menyingkirkan Najib adalah melalui undi tidak percaya

Akhirnya ZAHID mengaku bahawa adiknya ada dalam senarai pembida kontrak hendak bawa masuk Bangladesh

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/10/Zahid-Hamidi1bangladesh.jpg
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa adiknya telah memperoleh kontrak menguruskan kemasukan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh secara sistem dalam talian.

Beliau berkata, syarikat adiknya itu hanya disenaraikan dalam senarai pembida kontrak tersebut tetapi masih belum dipilih. “Kita masih belum buat keputusan. Tidak ada sebarang surat pengesahan lagi.

“Ia hanya disenarai pendek, tetapi masih belum lagi dipilih,” katanya pada sidang media di Pameran dan Persidangan 4th General Polis and Special Equipment (GPEC) Asia 2015 pada Rabu.

Zahid Hamidi berkata, kementerian telah menerima beberapa kertas cadangan daripada syarikat syarikat yang berminat untuk mendapatkan kontrak tersebut.

53,000 kunjungi Tmn Agro Teknologi Mardi Langkawi

Taman Agro Teknologi Mardi Langkawi
LANGKAWI - Lebih 53,000 pelawat kebanyakannya pelancong dari negara Timur Tengah telah berkunjung ke Taman Agro Teknologi Mardi Langkawi dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Pengurus Mardi Langkawi Abdul Khadir Din berkata tahun ini, pihaknya mensasarkan lebih 100,000 pelancong dalam dan luar negara akan berkunjung ke taman itu, yang merupakan satu daripada produk pelancongan yang diwujudkan sejak 2005 di pulau bebas cukai itu.

Beliau berkata bagi mencapai hasrat tersebut, taman pertanian itu akan mempelbagaikan lagi aktiviti bagi menarik lebih ramai pengunjung antaranya memberi makan kepada rusa dan taman mini herba.

"Dengan cara itu, ia akan meningkatkan kemasukan pelancong ke taman yang terletak di mukim Ulu Melaka di sini bagi melihat aktiviti yang disediakan," katanya kepada Bernama hari ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...