TERKINI :

Friday, October 23, 2015

Rakyat bayar cukai tambahan RM20 bilion

Adam Abu Bakar | October 23, 2015

Kerajaan terus bergantung kepada rakyat untuk mendapatkan pendapatan melalui pembayaran cukai bukan syarikat korporat.

rafizi-ramli,najib-razak

KUALA LUMPUR: Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menyebabkan rakyat terus terbeban.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, ini kerana rakyat akan membayar cukai tambahan yang lebih.

Katanya, jika dilihat kandungan Bajet 2016 secara teliti, rakyat akan membayar tambahan cukai sebanyak RM20 bilion yang dikutip daripada rakyat.

“Dalam kita menghadapi situasi krisis pada tahun hadapan, ia akan menyebabkan rakyat terus terbeban ekoran membayar cukai yang lebih.

“Jelas menunjukakn kerajaan terus bergantung daripada rakyat dan terus mengenakan cukai. Kerajaan tidak lagi bergantung kepada cukai pendapatan korporat dan pendapatan institusi negara,” jelasnya lagi.

Bajet 2016 - Hanya Ini Yang Menarik..!!!

BAJET 2016 - HANYA INI YANG MENARIK

 
Apa yang sebenarnya menarik mengenai kandungan Bajet 2016 yang dibentangkan Najib Razak petang tadi? 

Sama seperti ramai yang berhati suram ketika menanti pembentangannya, selepas dibentangkan ia terus juga suram.

Hakikatnya tiada apa-apa  yang menarik dalam bajet kali ini. Lagi-lagi bantuan tunai BR1M sebagai modal utama. Ucapan Najib yang lebih pendek dan ringkas berbanding tahun-tahun sebelumnya membuktikan beliau sendiri bagaikan sudah kekeringan modal.

Kalau ada pun yang kekal menarik ialah ketidakberaniannya untuk menyentuh sama sekali mengenai wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya.

 

Wan Azizah: Terima GST? Najib tak baca betul-betul

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menempelak kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa pembangkang menerima pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan sehingga memasukkan perkara itu dalam dokumen bajet alternatif mereka.

Wan Azizh berkata Najib yang juga menteri kewangan "tidak membaca betul-betul" cadangan Pakatan Harapan dalam dokumen bajet yang didedahkan semalam.

"Dia (Najib) tidak baca betul-betul. Memang kita tahu, telah diletakkan semua instrumen GST. Kalau kita nak berhenti begitu sahaja, kita (dianggap) tidak bertanggungjawab.

"Jadi kalau kita buat sebetul-betulnya, kita buat 'zero rated'. Dia ikut kita buat apa," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Najib itu.

Pakatan Harapan dalam bajetnya mengumumkan langkah untuk menyelesaikan krisis ekonomi antaranya mengenakan kadar sifar atau ‘zero rated’ kepada semua barangan GST untuk mengukuhkan aliran tunai.

Najib ketika membentangkan bajet menyatakan kerajaan tetap bertegas dengan pendirian bahawa kerajaan mempunyai keberanian serta iltizam politik untuk melaksanakan GSTsekalipun keputusan itu ternyata mendapat pelbagai cabaran dan tidak popular.

"Malah pihak seberang sana, yang mula-mula dulu menentang dengan begitu lantang dan keras, kini juga mula menerima GST, hatta telah memasukkannya pula dalam dokumen bajet mereka.

"Ini jelas menunjukkan, pendirian pembangkang yang sentiasa berubah-ubah dan tidak konsisten," katanya sambil dibantah oleh pembangkang.

Wan Azizah yang adalah presiden PKR juga tidak yakin kerajaan mampu untuk mengurangkan bajet defisit kepada 3.1 peratus kerana mereka biasanya akan mengemukakan bajet tambahan.

Katanya, negara berdepan dengan defisit sejak suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan sebagai menteri kewangan.

"Negara mengalami defisit sejak sekian lama dan sepertimana yang sama beritahu, pengurangan defisit 3.1 peratus tidak mungkin tercapai kerana ia biasanya hadir dalam bentuk yang lain iaitu bajet tambahan," katanya.

Pembangkang sambut bajet dengan soalan 'mana 2.6 bilion?'

Anggota parlimen pembangkang hari ini menyambut pembentangan belanjawan 2016 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mempamerkan plakad bertulis “mana 2.6 bilion?”

Ia bertujuan menyindir isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib yang juga menteri kewangan.

Tulisan itu dipamer selepas Najib selesai membentangkan belanjawan 90 minit, yang dikira ringkas berbanding sebelum-sebelum ini, kira-kira jam 5.45 petang tadi.

Najib hari ini membetangkang belanjawan bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat'.

Bagaimanapun, berdasarkan gambar dikongsi di Internet, kelihatan beberapa anggota parlimen bagaimanapun tidak mengangkat plakad itu.

Isu dana itu pada mulanya didedahkan oleh akhbar kewangan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan dana itu sebagai "derma".

Najib menafikan sebarang salah saku dalam isu itu.

Jalan parlimen atau istana untuk singkir PM?

Untuk menyingkirkan Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad percaya hanya terdapat dua cara untuk melakukannya, salah satunya melalui undi tidak percaya parlimen.

“Atau tunjukkan kepada raja bahawa dia telah hilang keyakinan dan sokongan majoriti anggota parlimen,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Gurdian.

Mahathir, yang menerajui negara lebih dua dekad, juga menjelaskan bahawa beliau pada mulanya mengkritik Najib tidak secara terbuka.

“Saya pada mulanya cuba bercakap dengan perdana menteri. Dia tidak buat apa-apa sama sekali terhadap nasihat itu.

“Kemudian saya terpaksa beritahu dia secara peribadi, saya tidak lagi sokong dia. Itu juga tiada kesan. Kemudian saya bercakap dengan orang awam saya tak lagi sokong dia.

“Ini terpaksa melalui media alternatif kerana dia menyekat apa saja yang saya kata daripada keluar dari media arus perdana. Ramai banyak blog saya dan komen di situ,” katanya.

Usul undi tidak percaya terhadap Najib dikemuka oleh ketua pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

BAHAGIAN 1 - KENAPA YB LIM KIT SIANG DIGANTUNG 6 BULAN?

Pada Isnin 19/10/2015 semasa mencelah perbahasan Ahli Parlimen Sepang YB Hanipa Maiden, YB Lim Kit Siang (LKS) bertanya, adakah tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin menghentikan prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara [PAC] daripada menyiasat skandal 1MDB adalah salah guna kuasa kerana Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat tidak mempunyai peruntukkan membolehkan Speaker bertindak demikian. YB LKS seterusnya bertanya adakah tindakan Tan Sri Speaker itu suatu tindakan diktator.

Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: Adakah Yang Berhormat Sepang
bersetuju bahawa tadi kita dengar satu tafsiran daripada Tuan Yang di-Pertua mengenai Standing Order 77. Itu sahaja tafsiran sahaja. Oleh sebab adakah Yang Berhormat Sepang setuju bahawa Tuan Yang di-Pertua semua Tuan Yang di-Pertua saya hormat, tidak ada kuasa untuk memberhentikan PAC daripada bermesyuarat. Itu satu salah guna kuasa.

Oleh sebab, itu tafsiran keputusan sama ada Standing Order 77 tidak mencegah PAC daripada bermesyuarat sungguh tidak ada. Oleh sebab tidak ada pengerusi ialah dewan yang mulia ini bukan Tuan Yang di-Pertua. Tidak ada peruntukan diberi kuasa kepada Tuan Yang di-Pertua untuk berhentikan satu jawatan kuasa khasnya PAC daripada bermesyuarat. Adakah Yang Berhormat Sepang bersetuju ini satu salah guna kuasa yang Tuan Yang di-Pertua tidak patut berlaku dan ini merupakan satu sabotaj penyiasatan 1MDB, satu skandal besar antarabangsa. Itulah.

YB LKS digantung melalui suatu usul kerana dikatakan mengjina Speaker kerana mengatakan Speaker salah guna kuasa dan diktator.

Adakah benar Speaker salah guna kuasa seperti yang dikatakan oleh YB LKS?

Untuk mengetahuinya kita perlu lihat asal usul perbahasan dan meneliti Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang berkaitan.

Perbahasan pd hari tersebut berkaitan perlantikan Penngerusi PAC yang baru kerana Pengerusi PAC dan beberapa anggota PAC telah hilang kelayakan kerana dilantik oleh Najib menjadi Menteri dan Timbalan Menteri. Apabila PAC tidak mempunyai Pengerusi, Speaker telah menangguhkan semua prosiding siasatan PAC yang telah dijadualkan sementara menunggu perlantikan Pengerusi baru. Ini yang dipertikaikan. Adakah Speaker mempunyai kuasa menghentikan prosiding PAC dan adakah tindakan tersebut adalah salah guna kuasa.

PAC diperuntukkan di dalam Peraturan 77 Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan.

Peraturan 77 (2) menyatakan bahawa PAC hendaklah mempunyai seorang Pengerusi dan Naib Pengerusi yang dilantik oleh Majlis dan tidak kurang 6 dan tidak lebih 12 anggota yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih.

Peraturan 77 (3) menyatakan bahawa jika dalam ketiadaan Pengerusi dan Naib Pengerusi oleh kerana uzur atau sebab-sebab lain, anggota PAC blh memilih sesiapa saja dari kalangan anggota untuk mempengerusikan prosiding PAC.

Masalah mula timbul apabila Pengerusi PAC dilantik menjadi menteri dan hilang kelayakan sebagai Pengerusi. Dalam keadaan ini dengan tiba-tiba Speaker mengarahkan prosiding PAC ditangguhkan sementara Pengerusi baru dilantik. Ini suatu tindakan yang salah kerana Speaker tiada sebarang kuasa mengganggu perjalanan PAC kerana PAC berjalan atas kapasiti sendiri. PAC hanya bertanggungjawab kepada Majlis bukan Speaker.

Apabila Speaker mengarahkan prosiding PAC ditangguhkan, ianya suatu tindakan yang salah.

Speaker menggunakan Peraturan 100 yang menyatakan bahawa dalam keadaan tiada peruntukkan yang jelas, Speaker mempunyai kuasa tetapi mengambil Peraturan 100 itu juga salah kerana Peraturan 100 ialah berkaitan perjalanan mesyuarat bukan perjalanan Jawatankuasa.

YB LKS mengatakan Speaker salah guna kuasa dan sememangnya betul jadi tidak sepatutnya YB LKS diusulkan digantung. YB LKS ingin mempertahankan kedudukan Speaker bukan menghina Speaker. Speaker yang dimaksudkan bukan orang yang menjawat jawatan Speaker tetapi institusi Speaker Dewan itu agar tidak dicemari dengan tindakan yang salah.

Zulhazmi Shariff
23102015

NAK PERINTAH NEGARA MACAM MANA, USUL TAK PERCAYA DAH BERGADUH SESAMA SENDIRI

Rakyat ketawa melihat pembangkang bertelagah sesama sendiri mengenai usul undi tidak percaya kepada PM. Lucu apabila usul yang dibawa ahli parlimen PKR, Hee Loy Sian ditolak oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu usul itu dibawa oleh ketua pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Walaupun Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendakwa ia adalah strategi PKR tetapi ia tidak boleh diterima kerana Presiden PKR masih ada.

Sehubungan dengan itu Pakatan Harapan bersetuju Dr Wan Azizah yang membawa usul itu walaupun ia tidak diterima dua minggu sebelum persidangan dewan. Dalam pada itu Bersih sebagai pemantau pilihanraya turut membelasah Pakatqan Harapan kerana mereka tidak bersatu dalam membawa usul undi tidak percaya kepada PM. Sebaliknya Bersih meminta semua ahli parlimen menolak Bajet 2016. Apabila bajet ditolak secara automatik kerajaan pimpinan Najib Razak akan tumbang.

Bajet 2016 mengelisahkan Najib

NYANYIAN MALAM

Esok Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2016. Seluruh lapisan rakyat Malaysia menanti pembentangan bajet berkenaan dengan doa dan harapan ia membawa faedah dan ada manfaat besar bagi mereka.

Keadaan rakyat pada masa kini yang rata-rata terkesan dengan kesempitan hidup ekoran beberapa dasar dan polisi baru diperkenalkan kerajaan, termasuk pelaksanaan cukai GST, kejatuhan nilai ringgit dan sebagainya mengharapkan bajet itu memberi sedikit kelegaan kepada mereka.


Jerebu ekonomi yang menimpa mereka kini sungguh melemaskan, jadi sejalur sinar diharap daripada bajet esok.

Itulah yang menjadi perhatian umum. Tetapi bagi saya, persoalan yang besar daripada pembentangan bajet itu bukan soal apakah keuntungan dan bonus yang dijanjikan kerajaan buat rakyat. Saya, tetap juga seperti bajet-bajet sebelum ini tidak pernah merasai apa-apa nikmat langsung daripada bajet, kecualilah bajet pada zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM dimana road tax untuk kenderaan dibawah 200 CC dimansuhkan untuk satu tahun. Itulah yang dapat dikenangkan.

Selepas itu tidak ada apa-apa keuntungan dan bonus lagi bagi saya yang diperolehi daripada bajet.

JIKA BAJET 2016 ADALAH "BAJET SAMPAH", SUKARKAH AHLI2 PARLIMEN MENOLAKNYA?

Shahbudin Husin,

Petang ini Najib Razak akan membentangkan Bajet 2016 di Parlimen. Ini adalah kali ketujuh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan berbuat demikian.

Tetapi, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, pembentangan Bajet kali ini berlaku di ketika imej beliau hampir-hampir gelap diselubungi jerebu yang diakibatkan oleh kemelut 1MDB dan wang derma RM2,600 juta yang masih menjadi pertikaian rakyat.

Di sisi yang lain, awan hitam sebenarnya sudah agak lama membayangi kepimpinan Najib yang gemar dengan slogan retorik seperti "janji ditepati", "kami mendengar" dan "BN menang rakyat senang", tetapi hakikatnya sentiasa saja menambahkan beban rakyat dengan perlaksanaan cukai GST, menghapuskan subsidi minyak serta yang terbaru membenarkan kenaikan tol di dalam bandar, sedangkan antara janji PRU 13 BN ialah mengurangkannya secara berperingkat-peringkat.

Selain semua keadaan itu, ditambah dengan pelbagai "pekung", "tokak" dan "panau"  dalam kepimpinannya yang sudah menjadi bualan rakyat sejak 2009 lagi, hakikatnya tiada apa-apa lagi harapan rakyat dalam Bajet yang dibentangkannya ini.

Jika janji pilihanraya boleh dimungkiri dan slogan sendiri senang-senang dikhianati, apa lagi harapan yang ada dalam hati?

Penganjuran Zikir Perdana bermotif politik– Zam


FMT Reporters | October 22, 2015

Bekas Menteri Penerangan juga mendakwa ia bukan jati diri umat Islam di negara ini

ZAINUDDIN,zikir

PETALING JAYA: Penganjuran Zikir Perdana yang akan berlangsung di Putrajaya dikatakan berkepentingan politik.

Dakwaan itu dibuat bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang turut melihatnya tidak ubah seperti sebuah konsert.

Lontaran berkenaan dimuatnya di entri blog beliau, zamkata.blogspot.com susulan hebahan yang dibuat di Utusan Malaysia berkenaan Zikir Perdana yang akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. dianggap sebagai sesuatu yang berkepentingan politik.

“Program Zikir Perdana suatu usaha yg bukan jati diri umat Islam Malaysia yg akan tambah melalaikan umat Islam negara ini. Tak perlu dipromosi,” tulisnya di Twitter yang kemudian disiarkan menerusi posting terbaru di blog berkenaan.

Atas faktor itu, beliau meminta orang ramai memulaukan majlis yang akan berlangsung di Masjid Putra, 7 November depan.

Bajet 2016: Rakyat makin tertekan hari ini

Bajet 2016
ISI kandungan Bajet 2016 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen esok menjadi perdebatan di pelbagai lapisan masyarakat baik di media sosial mahupun di kedai kopi.

Malah tidak berlebihan jika Bajet 2016 ini dianggap sebagai kunci paling hampir kepada bebanan rakyat pada hari ini.

Namun, kunci itu mungkin kekal mengunci rakyat dalam kesempitan ataupun akhirnya membuka laluan untuk rakyat melepaskan diri dari belenggu bebanan sara hidup yang saban hari menekan ditambah dengan kenaikan kadar tol berganda-ganda yang diumumkan Khamis lalu.

Minyak naik, tol pun naik kemudian GST lagi tapi malangnya, pendapatan isi rumah tetap tak naik-naik. Rakyat yang berpendapatan rendah pasti sukar untuk bernafas ketika ini. Berjerebu di luar dan dalam.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman mengimbau kembali janji kerajaan yang menyatakan bahawa hasil tambahan pendapatan yang diperoleh menerusi pelaksanaan GST akan digunakan untuk manfaat serta kebajikan rakyat dan negara.

Hudud: Pas tidak bimbang terhadap sokongan rakyat

Ahmad Yakob
KOTA BHARU - Pas tidak bimbang terhadap sokongan rakyat berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan memandangkan undang-undang itu tidak melibatkan parti malah ia merupakan hukum ditetapkan dalam Islam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, undang-undang terbabit bukan dilaksanakan atas tiket Pas namun ia perlu dilaksanakan bagi menjalankan undang-undang yang termaktub dalam agama dan mengikut syariat.

"Soal Pas mungkin tidak mendapat sokongan dalam Parlimen itu bukan isunya tetapi dari segi pelaksanaannya ia sudah sahih menunjukkan sebagai orang Islam hudud perlu dilaksanakan.

"Ia merupakan hukum Allah dan setakat ini di Kelantan sokongan yang diberikan rakyat amat memberangsangkan berhubung pelaksanaannya dan turut difahami golongan bukan Islam," katanya.

Ummu Jah meninggal dunia malam tadi

Ummu Jah

JITRA - Balu kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam dilaporkan meninggal dunia pada kira-kira jam 7.45 malam tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, berkata, Allahyarhamah menghembus nafasnya yang terakhir di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Kedah Medical Centre (KMC) di Alor Setar.

Semasa hayatnya, Hatijah adalah Pengerusi Global Ikhwan Sdn Bhd GISB dilaporkan meninggal dunia akibat serangan stroke.

Beliau yang menerima rawatan di KMC sejak 16 Oktober lalu dijangka disembahyangkan esok di Masjid Mustaqim, Bandar Darulaman, di sini, sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Putat, Batu 20, Jalan Kodiang.

Tiga fokus utama persiapan Discover Kedah 2016

Tiga fokus utama persiapan Discover Kedah 2016
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan menumpukan kepada tiga fokus utama dalam persiapan sempena Discover Kedah 2016, kata Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid.

Ia termasuk promosi dan pemasaran, menaik taraf produk pelancongan, persediaan pihak berkuasa tempatan serta mencungkil produk pelancongan baharu di setiap daerah.

Menurutnya, satu perjumpaan akan diadakan dengan Pegawai Daerah bagi menggalakkan mereka mencungkil produk pelancongan baharu di daerah mereka.

"Kemudian kita akan menyerahkan kepada pejabat daerah supaya mereka yang bertanggungjawab menjaga dan memajukan kawasan atau produk pelancongan tersebut," katanya selepas merasmikan Sari Warna VIII 2015 'Landskap Minda Merentasi Generasi' di sini hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...