TERKINI :

Thursday, October 22, 2015

Ku Li: MP BN berhak tolak bajet jika mahu singkir PM

Ahli Parlimen BN berhak mengundi menolak Bajet 2016 jika mereka berpendirian ia perlu untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Pada kebiasaannya, saya tidak fikir mereka akan mengundi menolak bajet.

"Tetapi berdasarkan isu-isu substantif dan jika mereka berfikiran perlu bagi menentang perdana menteri tetapi bukan bajet, maka mereka berhak melakukannya," katanya kepada pemberita di luar Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Gua Musang yang mesra dengan panggilan Ku Li berkata demikian ketika ditanya cadangan pembangkang supaya penyokong BN menolak Najib dengan mengundi tidak menyokong bajet.

Speaker Pandikar Amin Mulia juga mencadangkan perkara yang sama daripada mengusulkan pembentangan undi tidak percaya.

Ditanya mengenai pendirian peribadinya, Tengku Razaleigh berkata, beliau akan berfikiran terbuka.

"Dengar dulu, apa kata mereka. Kita datang ke Parlimen dengan fikiran terbuka dan lihat hujah yang mahu mereka bentangkan," katanya.

Najib dijadual membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat esok.

Bagusnya Malaysia sebab tak nak beri tekanan kepada Indonesia bab jerebu

Jerebu: M'sia tak akan beri Indonesia tekanan, kata Zahid

Malaysia tidak akan mengenakan sebarang bentuk tekanan kepada Indonesia untuk menangani gejala jerebu rentas sempadan yang berpunca dari republik itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata langkah sedemikian adalah tidak adil kepada Indonesia yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi kebakaran tanah gambut yang berlaku.

"Adalah tidak adil untuk mengenakan sebarang tekanan kepada Indonesia. Presiden Joko Widodo juga telah memperlihatkan komitmen tinggi untuk menyelesaikan masalah ini secara jangka panjang," katanya kepada wartawan selepas merasmikan Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya yang pertama diKuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menggesa semua pihak yang menerima kesan daripada masalah jerebu ini supaya jangan terus menuding jari menyalahkan satu sama lain.

Katanya sebaliknya semua negara ASEAN harus bekerjasama untuk membantu Indonesia mencari jalan penyelesaian jangka panjang kepada masalah itu.

"Kita juga harus bersimpati dengan Indonesia dalam mengatasi masalah ini. Jangan mengkritik mereka sahaja.

"Pada masa yang sama, saya juga harap tiada pihak di Indonesia yang salahkan pelabur Malaysia yang membuka ladang sawit di sana sebagai punca kebakaran,".

Kongsi amalan

Ahmad Zahid berkata Malaysia juga bersedia untuk berkongsi amalan terbaik penanaman kelapa sawit kepada Indonesia dalam usaha mengurangkan kebakaran dan mengatasinya di masa akan datang.

"Secara peribadi, saya telah cadangkan kepada Presiden Indonesia (Joko Widodo) mengenai amalan terbaik penanaman ladang besar Malaysia yang beroperasi di sana," katanya.

Mengambil contoh sistem yang digunakan TH Plantation di Riau, katanya selang setiap dua baris pokok sawit akan dibina sebuah perparitan yang berfungsi menyalurkan air untuk tanaman dan mengatasi kebakaran daripada merebak jika ia berlaku.

Katanya, bagaimanapun ia terpulang kepada kerajaan Indonesia untuk memperkenal sistem penanaman sawit yang terbaik kerana ia memerlukan kos tinggi dan kerjasama daripada peladang kecil.

Menurut kajian Jabatan Alam Sekitar, 97 peratus pembakaran tanah gambut berpunca daripada peladang kecil sawit yang masih menggunakan cara tradisional untuk penanaman mereka.

- Bernama

Pakatan Harapan : Zeti mampu pulih nilai Ringgit

wan-azizah,zeti
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan yakin dengan kemampuan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz untuk memulihkan kembali kejatuhan nilai Ringgit.

Sehubungan itu, Pakatan Harapan menyokong tempoh perkhidmatan Zeti dilanjutkan untuk tempoh dua tahun lagi.

Perkara itu diumumkan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika membentangkan Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan 2016 pada Rabu di Parlimen.

Sokongan terhadap perlanjutan perkhidmatan Zeti menjadi antara 10 dasar utama Belanjawan Alternatif itu bertemakan ‘Mengelakkan Krisis’.

“Pakatan Harapan percaya kejatuhan nilai ringgit dan inflasi harus ditangani dengan segera dan hanya Zeti yang boleh berbuat demikian,” kata Wan Azizah.

Belanjawan Pakatan Harapan : Kekalkan BR1M cuma ubah cara bayaran

wan-azizah_br1m_600
PETALING JAYA: Pakatan Harapan akan membuat rombakan terhadap Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bagi memastikan keberkesanan pelaksanaanya sekaligus mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini.

Perkara itu dimasukkan dalam Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan 2016 yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada Rabu di Parliman bertemakan ‘Mengelakkan Krisis’.

“Kami sedar bahawa model BR1M sekarang adalah tertakluk kepada unsur-unsur politik dan rasuah. Maka sistem yang lebih telus, cekap dan bersyarat adalah diperlukan,” katanya.

Pakatan Harapan percaya pembatalkan BR1M secara mengejut akan membawa lebih mudarat berbanding kebaikan.

Pakatan Harapan mencadangkan rombakan terhadap BR1M dengan menggunakan sistem yang dipakai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dimana pembayarannya dibuat melalui penambahan gaji oleh setiap majikan.

Dr. Zuhdi terlupa yang Presiden Pas juga pernah buat perkara populis sewaktu kuasai Terengganu dahulu..!

DR. ZUHDI BARANGKALI TERLUPA LANGKAH POPULIS PRESIDEN PAS HAPUS TOL JAMBATAN SULTAN MAHMUD SEMASA KUASAI TERENGGANU DULU

GEORGE TOWN  | 22 OKTOBER 2015

Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki menyifatkan usaha menghapuskan tol bagi Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pertama Pulau Pinang, jika Pakatan Harapan (PH) memerintah negara sebagai “langkah populis yang mahu menjanjikan 'bulan bintang' kepada rakyat".

Barangkali Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat itu terlupa yang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah mengambil langkah populis itu, dengan menghapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud selepas menguasai Kerajaan Negeri Terengganu, 1999 dulu.

Nasihat saya mudah, jangan meludah ke langit, kelak terkena muka sendiri.

Salah satu logik tol dikenakan adalah untuk membiayai kos pembinaan lebuh raya, kerana kos penyelenggaraan jalan diambil daripada cukai jalan (road tax).

Namun, syarikat konsesi tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) didedah mengutip keuntungan kira-kira RM18.3 bilion sehingga 31 Disember 2010, walaupun kos pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia itu direkodkan menelan belanja RM5.9 bilion sahaja.

Dianggarkan, syarikat kroni untung 52 sen bagi setiap satu ringgit yang diperas daripada pengguna lebuh raya itu.

Apabila semua ini didedah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menangguhkan cadangan kenaikkan kadar tol sebanyak 5 peratus setiap tiga tahun mulai 2016, atas sebab menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei 2013, serta isu tol ini diledakkan oleh para pemimpin pembangkang semasa itu.

Sementera itu, kutipan tol di Jambatan Pertama Pulau Pinang kalau ikut perjanjian asal adalah selama 17 tahun dan sepatutnya tamat pada tahun 2018.

Tetapi, Kerajaan Pusat berbincang dengan syarikat konsesi sahaja berwajib (serta tanpa partisipasi Kerajaan Pulau Pinang) secara tender tertutup telah melanjutkan tempoh kutipan tol selama 30 tahun lagi, dan ditamatkan pada 2038.

Sehingga 31 Disember 2011, syarikat konsesi Jambatan Pertama Pulau Pinang direkodkan mengutip tol kira-kira RM1.859 bilion dengan kos pembinaan projek itu sebanyak RM944 juta sahaja, sekaligus menunjukkan mereka mendapat lebihan kutipan RM924 juta semasa itu.

Bagi Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) pula pada tempoh sama didedah mengutip RM340 juta sedangkan kos pembinaanya hanya RM256 juta, sekaligus menunjukkan mereka berjaya mendapat lebihan kutipan sebanyak RM84 juta.

Populis atau tidak komitmen Pakatan Harapan itu adalah bukan isu utama di sini.

Perkara yang lebih penting dan utama untuk Dr. Zuhdi teliti adalah dari aspek amalan syarikat konsesi tol berwajib mengaut keuntungan berlebihan serta melanjutkan tempoh perjanjian konsesi.

Semua ini berpunca oleh amalan federalisme  Kerajaan Pusat secara berlebihan, yang nyata merugikan kepentingan pengguna lebuh raya terbabit.

Sekian.

"ISLAM RAHMATAN LIL 'ALAMIN"

Zainulfaqar Yaacob
Pengarah Komunikasi
AMANAH Pulau Pinang

+60194241583
zainulfaqary@gmail.com
faqar.blogspot.com

Pakatan Harapan akan mansuh tol Utara-Selatan & jambatan pertama Pulau Pinang


http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/09/Pakatan-Harapan-LGE.jpg 

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan akan memansuhkan tol di lebuh raya Utara-Selatan sebaik dipilih menjadi kerajaan dalam pilihan raya akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tindakan itu dibuat bukan hanya untuk meraih populariti tetapi sudah tiba masanya laluan sepanjang 600km itu bebas tol.

Menurutnya, selain laluan Utara-Selatan, jambatan pertama Pulau Pinang juga akan dihapuskan tol.

“Kenapa tol di lebuhraya ini masih dikutip sedangkan kos pembinaannya sudah habis dibayar. Kenapa rakyat masih perlu membayar tol?

“Bukan kita tidak mahu tol langsung, kita faham tol itu untuk membayar kos pembinaan lebuh raya tersebut, tetapi kosnya sudah habis dibayar. Kerajaan baru (Pakatan Harapan) akan hapuskan tol ini bila dipilih nanti,” katanya.

AMANAH : Kos baiki kerosakan KLIA2 terlalu tinggi

Mohamad Fadli | October 21, 2015

Sejak beroperasi, kos membaiki kerosakan di KLIA2 berjumlah RM76.5 juta atau 1/3 daripada RM231 juta untuk membina terminal.

Hanipa-Maidin,sprm,klia2

KUALA LUMPUR: Kos membaiki kerosakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang berjumlah RM76.5 juta sejak mula beroperasi dipertikaikan kerana jumlahnya terlalu tinggi.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah), Hanipa Maidin berkata, kos itu menyamai 1/3 daripada kos keseluruhan pembinaan terminal berjumlah RM231 juta.

“Mungkin ada bertambah lagi (jumlah kos baiki) kita tidak tahu… Isunya bagaimana boleh berlakunya kos yang sebegitu banyak?,” katanya di Parlimen.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam jawapan bertulis berkata, kos yang dibelanjakan oleh Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) bagi membuat kerja-kerja pembaikan kerosakan di KLIA2 sejak pembukaan itu adalah sebanyak RM76.5 juta.

Tiong Lai berkata, antara pembaikan dan penyelenggaraan yang dilakukan adalah berkaitan mendapan di tempat letak kereta, takungan serta retakan di bangunan terminal.

Aduhai PANDIKAR..dia nak senarai nama "Anti Najib" lebih dulu pulak..!!!

Shahbudin Husin,

Usul undi tidak percaya di Parlimen terhadap Perdana Menteri, Najib Razak seakan menerima halangan lagi apabila Speaker, Pandikar Amin Haji Mulia mahukan pihak pembangkang menghantar senarai Ahli-Ahli Parlimen yang mahu menyokong usul berkenaan terlebih dahulu sebelum sedia mempertimbangkan kelulusannya.

Saya masih menunggu senarai itu di atas meja saya kerana setahu saya mereka ada 89 undi saja. Apabila senarai yang mereka ada mencecah 90 atau 100, mungkin saya boleh tekan kerajaan untuk usul itu dibahaskan, kata Pandikar.

Meminta senarai awal sehingga 90 atau 100 yang menyokong usul itu secara tidak langsung bermakna ia berupa "pancingan" daripada Speaker agar pembangkang mendedahkan siapa Ahli-Ahli Parlimen BN yang bukan saja anti Najib, malah yang sanggup "melompat kolam". 

Sudah tentu ianya sesuatu yang mustahil boleh dilakukan. Kalau pun ada yang tergerak hati, tidak mungkin mereka sanggup "menjerut leher" lebih awal daripada yang sepatutnya.

Dan kalau pun pembangkang misalnya dapat membuktikan angka itu, ia memungkinkan terdedah pula kepada proses "tawar menawar" yang menyebabkan mereka itu kembali menyokong BN.

Hasilnya, tetap tak lepas juga usul tersebut.

PAS : PENGHAPUSAN TOL HANYA LANGKAH POPULIS PAKATAN HARAPAN

Oleh : Dr Mohd Zuhdi Marzuki | Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
21 Oktober 2015 / 8 Muharram 1437 

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat hasrat Pakatan Harapan (PH) seperti yang diumumkan oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, mahu menghapuskan tol Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pertama Pulau Pinang sekiranya PH memerintah negara sebagai langkah populis yang mahu menjanjikan 'bulan bintang' kepada rakyat. Langkah itu bukan sahaja dilihat populis, tetapi tidak realistik, apabila sumber alternatif yang dicadangkan untuk membiayai penyelenggaraan lebuhraya itu datang dari cukai jalan.

Cadangan PH itu dilihat sebagai populis kerana kerajaan Pulau Pinang yang diisytiharkan baru-baru ini sebagai kerajaan PH, sehingga hari ini tidak mampu untuk menghapuskan tol atau mengurangkan kadar tol yang ada di negeri tersebut. Walaupun PH boleh memberi alasan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mempunyai bidang kuasa terhadap konsesi lebuhraya, jika mereka benar-benar ingin meringankan beban rakyat Pulau Pinang banyak ikhtiar yang boleh diambil, sebagai contoh mengeluarkan sejumlah peruntukan tertentu dalam bajet tahunan untuk membantu rakyat Pulau Pinang yang terpaksa membayar tol setiap hari untuk pergi bekerja.

Cadangan supaya sumber alternatif untuk menyelenggara lebuhraya diambil dari cukai jalan bukan sahaja tidak realistik, tetapi juga tidak adil kepada rakyat khususnya golongan bawahan yang tidak atau jarang menggunakan lebuhraya. Ada tiga negeri di Malaysia iaitu Kelantan, Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai lebuhraya, tetapi mereka perlu membayar cukai jalan yang kemudiannya digunakan untuk menyelenggara lebuhraya. Dengan kos penyelenggaraan lebuhraya yang tinggi, sekiranya hasil daripada cukai jalan tidak mencukupi, adakah ini bermaksud kadar cukai jalan nanti perlu dinaikkan.

Selain daripada itu, lebuhraya-lebuhraya di Malaysia semakin kerap digunakan oleh warga asing yang membawa kenderaan peribadi mereka memasuki negara ini. Sekiranya langkah menghapuskan tol diambil oleh PH nanti, adakah ia bermaksud warga asing boleh menggunakan kemudahan kelas pertama negara ini dengan percuma, sedangkan rakyat bawahan yang tidak pernah menggunakan kemudahan ini terpaksa membiayai penyelenggaraannya melalui cukai jalan yang dikenakan ke atas mereka.

PPP melihat hasrat menghapuskan tol ini bukan langkah yang terbaik, kerana ia bukan sahaja tidak adil kepada pembayar cukai jalan yang tidak menggunakannya malah akan menyebabkan pekerja-pekerja berkaitan lebuhraya boleh diberhentikan kerja secara beramai-ramai. Pendekatan PAS dalam isu kutipan tol ini bukan dibuat secara semborono, sebaliknya kita akan berunding dengan rakyat akar umbi melalui platform KONGRES RAKYAT agar penyelesaian menang-menang dapat dicapai. Diyakini KONGRES RAKYAT akan memperhalusi perkara ini dan akan mengeluarkan polisi alternatif berkaitan dengannya bila tiba masanya kelak.

Undi Tak Percaya : Permintaan Speaker nak tengok senarai nama dulu tidak masuk akal - Anina

 anina_Pandikar-Amin-Mulia_600
PETALING JAYA: Anina Saadudin membidas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana membuat kenyataan pelik dan sukar diterima akal yang waras.

Pandikar Amin meminta pihak pembangkang mengemukakan senarai nama ahli parlimen yang tidak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memberi tekanan kepada kerajaan untuj membolehkan usul undi tidak percaya dibahas.

Anina, bekas Ahli Wanita UMNO Langkawi itu berkata, permintaan Pandikar Amin itu seolah-olah membawa maksud kerajaan perlu membuat punggutan suara terlebih dahulu sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).

“Jika begitulah caranya, apa kata kerajaan buat pungutan suara awal sebelum pilihanraya. Jika didapati ramai yang tidak mahu sokong Barisan Nasional (BN) maka janganlah buat pilihanraya. Kita bertanding kalau kita menang saja,” sindirnya.

Adun BN, PAS & PKR bersama membantah kerakusan K'jaan KEDAH tebang balak di Hutan Simpan Wang Perah

Zulkifli Yahaya


Kerajaan Mukhriz RAKUS tarah hutan, tebang kayu balak. Orang kampung Wang Perah, Kubang Pasu menderita, sumber air masyarakat tercemar dan kekeringan, tanah terhakis, tanaman rosak.

Beberapa ADUN BN, PAS, PKR berganding bahu mempertahankan hak rakyat yg jadi mangsa kerakusan Kerajaan BN Kedah.


AL Fatihah | Pelajar Kuin maut selepas konvokesyen

Pelajar Kuin maut selepas konvokesyen
ALOR SETAR - Seorang pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) tidak sempat meraikan kejayaannya bersama keluarga selepas menamatkan pengajian apabila maut dalam kawasan kampus itu, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu dipercayai berlaku ketika motosikal yang dibonceng mangsa bersama seorang lagi rakan terbabas ke bahu jalan.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.442911!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_700/image.jpg
Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa, Hamlan Din berkata, kejadian itu berlaku selepas mereka mengikuti Istiadat Konvokesyen Kuin ke-17.

“Rakannya yang menunggang motosikal itu hanya mengalami kecederaan manakala mangsa maut di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.

Mangsa yang berasal dari Bangkok, Thailand adalah lulusan Kuliah Syariah di Kuin Kampus Kuala Ketil, Baling.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Wari Kiew ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Kita terima makluman awal bahawa berlaku satu kemalangan dalam kawasan kampus tetapi punca kejadian belum diketahui,” katanya.

Alor Setar - Bekas pengikut al-Arqam penuhi ruangan ICU

Ummu Jah
ALOR SETAR – Ramai bekas pengikut kumpulan al-Arqam yang diharamkan mula memenuhi ruang menunggu di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta, di sini, hari ini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kebanyakannya mula menunggu seawal jam 8.30 pagi untuk menziarahi balu bekas pemimpin al-Arqam, Allahyarham Ashari Muhammad yang kini dalam keadaan tenat.

Hatijah Aam atau lebih mesra dengan panggilan ‘bonda Ummu Jah’ dimasukkan ke sebuah hospital di Australia Khamis lalu sebelum dipindahkan ke hospital berkenaan pada Sabtu.

Doktor yang merawatnya mengesahkan bahawa Ummu Jah mengalami koma akibat kematian otak (brain death) dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Menurut sumber, keadaan Ummu Jah kini masih tenat dan tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif berbanding hari sebelumnya.

“Hospital masih menanti keputusan ahli keluarga terdekat untuk menghentikan mesin bantuan pernafasan itu sebelum menghantarnya pulang ke Kampung Temalang, Mukim Putat, Jitra,” katanya kepada Sinar Harian.

Memerhati burung tarikan baharu di Langkawi

Memerhati burung tarikan baharu di Langkawi
LANGKAWI - Aktiviti memerhati burung boleh dijadikan nilai tambah kepada produk pelancongan sedia ada di Langkawi jika usaha dipergiat untuk mempromosikan aktiviti luar itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tan Sri Khalid Ramli berkata negara seperti Kanada dan Mexico meraih pendapatan AS$25 bilion setiap tahun daripada pelancong untuk aktiviti memerhati burung dan Langkawi memiliki kepelbagaian spesies burung yang dapat menawarkan tarikan sama.

"Jika kita boleh memperoleh sebahagian kecil daripada itu...katakan RM25 juta, ia merupakan nilai yang agak besar yang boleh meningkatkan industri pelancongan kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku kecil, 'Avian Life in Langkawi' di sini.

Menurut beliau pelancaran buku kecil itu merupakan langkah penting yang diambil oleh Lada untuk mempromosikan aktiviti memerhati burung dan rama-rama di Langkawi.

Awas !! Bacaan API Jerebu di kawasan Utara sudah mencecah 200 pada jam 3.30 pagi tadi







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...