TERKINI :

Tuesday, October 20, 2015

BNM ada kuasa di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan untuk ambil tindakan


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia akan mengambil tindakan penguatkuasaan, atau dikenali sebagai tindakan pentadbiran, terhadap pihak yang didapati melanggar atau tidak mematuhi peraturan dan undang-undang di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan.

"Tindakan ini boleh diambil secara serentak, atau secara berasingan dan berbeza daripada, prosiding jenayah yang di bawah kuasa Peguam Negara sepenuhnya."

Bank pusat berkata demikian dalam satu kenyataan untuk menjelaskan mengenai kuasanya untuk menguatkuasa pematuhan terhadap undang-undang pengawalseliaan yang ditadbir BNM.

Oleh itu, berasingan daripada sebarang keputusan mengenai prosiding jenayah, bank pusat itu dibenarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mengambil tindakan pentadbiran.

"Ini akan termasuk mengenakan penalti monetari, mengeluarkan arahan pematuhan, memberi bayaran balik (restitution) kepada mana-mana individu yang tidak berpuas hati disebabkan pelanggaran terhadap akta, memberi amaran awam dan persendirian serta arahan, supaya langkah-langkah diambil untuk mengurangkan atau menyelesaikan sesuatu pelanggaran terhadap akta.

'Perlukah saya undi usul tidak percaya?' - Ku Li

 
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Rakyat mempunyai hak untuk memberi pendapat mereka berkenaan hal kepimpinan negara.

Ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Ahli Dewan Rakyat hanya merupakan alat untuk membela kepentingan rakyat.

"Apa yang disuarakan adalah suara bagi pihak rakyat," kata beliau ketika diminta memberi pandangan mengenai usul undi tidak percaya yang dirancang untuk dibentangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Itu terpulang kepada mereka. Saya tidak terlibat dengan usul ini.

"Ahli Dewan Rakyat bebas memberi pendapat dalam soal ini kerana seorang yang diangkat menjadi Perdana Menteri melalui perlembagaan adalah individu yang mendapat keyakinan sebahagian besar mereka yang berada dalam Dewan Rakyat.

Alasan Hadi tak boleh diterima untuk lengahkan membentang akta Hudud di parlimen

Hudud: Dibicarakan di mahkamah bukan alasan untuk akta tidak dipinda - Mahfuz

https://lh3.googleusercontent.com/3meXDk91LMe7n7ECir2_gIjfR23QVlHxbt71oRQStJv9iTdnB9Pw_53-zmZIZjxyrRxH2T3HpChm21cEuA
KUALA LUMPUR: Kes berkaitan hudud yang sedang dibicarakan di mahkamah tidak seharusnya menjadi penghalang untuk sesuatu akta itu dipinda atau diluluskan, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz berpandangan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia boleh meluluskan usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 berkaitan hudud.

"Bagi saya tidak seharusnya kes yang berada di mahkamah itu menjadi penghalang kepada institusi pembuat undang-undang paling tinggi dalam negara kita (Parlimen).

"Speaker harus membuat peraturan untuk menegaskan bahawa proses di mahkamah itu satu perkara yang tidak boleh menghalang speaker atau Parlimen untuk menggubal atau meminda apa-apa undang-undang," kata Mahfuz ketika ditemui Astro AWANI.

Beliau memberi contoh kes berkaitan Profesor Azmi Shahrom yang menyaman kerajaan berkaitan Akta Hasutan masih lagi boleh dibahaskan dan dipinda di Parlimen.

Umno Pulau Pinang sedia kerjasama dengan PAS

Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya bersedia menjalin kerjasama dengan PAS kerana enggan melihat Melayu berpecah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2015.
Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang yakin kerjasama politik dengan PAS akan membawa kepada kejayaan kedua-dua pihak.

Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata Umno Pulau Pinang bersedia untuk menjalin kerjasama ini berdasarkan pendirian Umno yang enggan melihat Melayu berpecah kepada puak-puak kecil dan berbeza pandangan.

"Kita sedia untuk jalin kerjasama dengan PAS mahu pun mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlandaskan Islam.

"Namun keputusan itu hanya boleh dimuktamadkan oleh pemimpin tertinggi kedua-dua parti," katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Umno Negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah. – Bernama, 20 Oktober, 2015.

- See more at: sumber

Yang mana satu betul... Cakap Hj. Hadi atau wakil Amanah yang baru sahaja berjumpa Qardhawi..??

Kesilapan Tuan Guru Haji Hadi.. Saksikanlah!!

 http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/KEDAH_PAS_HADI_AWANG_220815_TMIHASNOOR_02.jpg
Susulan misi antarabangsa Parti Amanah Negara (Amanah) ke Doha, Qatar dan Istanbul, Turki minggu lalu, satu pertentangan pendapat timbul berhubung kewujudan 2 parti Islam di negara ini berdasarkan pandangan ulama besar Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu menolak kewujudan 2 parti berorientasikan Islam di Malaysia.

Katanya, penubuhan Amanah adalah haram kerana ia ditubuhkan selepas adanya parti Islam lain iaitu PAS.

"Yusuf menyatakan haram menubuhkan parti baharu kerana PAS sudah ada. Pendapatnya ini turut ditulis setiausahanya," kata Hadi ketika memberikan ucapan di Tumpat, Kelantan pada Ahad malam.

Hadi yang juga naib pengerusi kesatuan itu berkata, reaksi itu dibuat tokoh ulama terkenal tersebut ketika menerima kunjungan rombongan dari Malaysia baru-baru ini.

Bagaimanapun kenyataan Hadi yang sedang disebarkan penyokongnya melalui media sosial itu dinafikan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dalam satu kenyataannya semalam.

Jerebu kuning: Rakyat dinasihat pakai topeng



Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah segera menggunakan topeng hidung dan mulut bagi mengelakkan terkena habuk terampai yang dibawa menerusi jerebu berwarna kuning.

Katanya, jerebu itu dipercayai mengandungi pelbagai jenis partikel yang boleh menjejaskan kesihatan, sekali gus memberi kesan teruk kepada orang awam, khususnya warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan.

"Nasihat saya, elak keluar rumah atau pejabat. Kurangkan pendedahan udara kotor dan jika terpaksa, pakailah topeng hidung dan mulut.

"Mereka yang ada tanda sesak nafas, penyakit jantung dan asma diminta segera ke klinik atau hospital berhampiran secepat mungkin," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online sebelum merasmikan Konvensyen Khas Badan Perhubungan MIC negeri, di Melaka.

Muhyiddin: Sebagai anak tok guru, saya reda


Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau reda dengan segala perkara yang terjadi terhadap dirinya kebelakangan ini.

Timbalan Presiden Umno itu berkata, sebagai seorang yang beragama Islam dan anak kepada "tok guru", beliau reda dengan ketentuan serta qada dan qadar Tuhan.

"Tak apalah saya menerima apa sahaja orang kata. Keputusan atau perkara yang sudah ditakdirkan kepada saya, dengan reda saya terima kerana saya seorang Islam. Saya tahu qada dan qadar.

"Apa yang berlaku pada saya sesuatu yang ditakdirkan. Kita harus reda," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab ketika majlis minum petang anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) di ibu negara hari ini.

Kelantan: Pas batal guna taklik?

KOTA BHARU - Pas tidak menolak kemungkinan untuk memansuhkan penggunaan lafaz bai'ah taklik cerai terhadap wakil rakyat di negeri ini pada PRU14.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun pertimbangan sedang dilakukan dengan melihat keadaan semasa Pas di Kelantan.

“Taklik ini khusus untuk (wakil rakyat) Kelantan, ia diperkenalkan apabila pada 1995 dan waktu itu kita hanya tinggal satu kerusi lebih, terdapat usaha dari pihak lawan untuk membeli wakil- wakil rakyat melalui politik wang.

“Kelantan negeri kita memerintah, kita lihat ia sudah kukuh, wakil rakyat kita pun sudah istiqamah, calon- calon kita pun sudah bermutu dan bernilai berbanding dahulu,” katanya kepada media selepas menyempurnakan perasmian penutup Ijtimak Ulama Nusantara 2015 di sini, semalam.

Lebih 2000 ulama dari dalam dan luar negara dihimpunkan dalam Program Ijtimak Ulama Nusantara 2015 yang diadakan bagi memperkukuh dan menyelaraskan pemikiran alim ulama dan umat Islam Nusantara pada masa-masa akan datang.

Lafaz bai'ah yang dibuat di hadapan bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengandungi talak tiga menjadi polemik apabila beberapa bekas wakil rakyat dari negeri ini bertindak keluar parti sekaligus dikatakan berlakunya penceraian.

Amanah jawab isu diharamkan Yusuf al-Qardawi

KUALA LUMPUR - Dakwaan yang mengatakan bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) diharamkan oleh ulama terkenal ‎Profesor Yusuf al-Qardawi adalah tidak benar.

Menurut Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub, Datuk Mujahid Yusuf Rawa telah bertemu sendiri dengan Yusuf di Doha, Qatar pada 18 Oktober lalu bagi bertanya lanjut perihal tersebut.

"Sekali lagi dimaklumkan bahawa usaha untuk mempertemukan Amanah dan Pas adalah dipersetujui dan dialu-alukan oleh Prof Yusuf al-Qardawi.

"Oleh itu adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang menyatakan fatwa dari Prof Yusuf al-Qardawi bahawa kewujudan Amanah adakah haram di Malaysia.

"Saya sebagai mewakili Amanah tegaskan bahawa Amanah bersedia dan sentiasa terbuka untuk bertemu berbincang dan komited untuk menyertai apa-apa perbincangan dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan ummah  seluruhnya," katanya.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, Amanah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulama dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukkan sikap terpuji serta mengambil pendekatan terbuka terhadap parti tersebut.

"(Ia) memberi peluang untuk berbincang dengan Amanah dan bukanya mengambil pendekatan mencerca dan menghukum sewenang-wenangnya," katanya.

Agong bukan 'rubber stamp', kata Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui peranan yang di-pertuan agong dan raja-raja Melayu dalam sistem raja berperlembagaan.

Menjawab kenyataan timbalan perdana menteri berkaitan titah raja dalam isu 1MDB, beliau bagaimanapun berkata istana bukan 'rubber stamp' (pak turut) untuk mengesahkan tindakan kerajaan.

“Benar agong dan raja-raja Melayu adalah raja berperlembagaan.

“Tetapi ia tidak bermakna mereka hanya pak turut untuk mengesahkan semua tindakan kerajaan,” katanya.

Mahathir mengulas kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi yang menegaskan konsep pemisahan kuasa ketika menyentuh titah majlis raja-raja supaya siasatan 1MDB diselesaikan segera dan tindakan diambil kepada pesalah.

Selepas titah raja-raja berkaitan isu 1MDB, Zahid pada 8 Oktober berkata desakan untuk mempercepat atau melewatkan sebarang siasatan kepada mana-mana pihak tidak harus berlaku.

Zahid berkata segala titah raja-raja dinilai baik dan kerajaan telah mengambil langkah proaktif menangani isu yang dititah.

Beliau juga berkata kerajaan komited mendukung konsep pemisahan kuasa dan oleh itu setiap organ kerajaan perlu dibenarkan berfungsi seperti dijelaskan perlembagaan.

Tak semesti dengar kabinet saja

Majlis Raja-Raja Melayu bertitah supaya kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terlibat.

Mahathir, tokoh yang dilihat bertanggungjawab membataskan kuasa raja-raja ketika menjadi perdana menteri, hari ini turut mengulas panjang lebar berkaitan bidang kuasa mereka.

Mahathir berkata raja-raja kadangkala boleh bertindak atas budi bicara sendiri selain mendapatkan nasihat daripada pihak yang tidak semestinya berada dalam kabinet.

“Jelas sekali, jika sesuatu petisyen dibuat dan terdapat tuntutan awam, raja-raja tidak semestinya hanya dengar pada kabinet,” katanya.

Mahathir juga berkata majlis raja-raja tidak bertindak melebihi peruntukan dalam perlembagaan apabila mengulas isu 1MDB, syarikat cetusan ilham Datuk Seri Najib Razak yang sedang sarat hutang.

Beliau juga berkata terdapat beberapa peruntukan perlembagaan yang menyebut raja-raja boleh menjalankan beberapa fungsi eksekutif.

Pada 1983, Mahathir terlibat dalam kempen membataskan kuasa raja-raja Melayu.

Sepuluh tahun selepas itu, beliau berjaya mengehadkan kekebalan raja-raja Melayu yang membolehkan mereka didakwa jika melakukan kesalahan.

PAC kena siasat 1MDB, bukan Tony Pua

KUALA LUMPUR - DAP hari ini mengingatkan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu, Datuk Hasan Ariffin agar meneruskan siasatan ke atas syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mendedahkan kebenaran bukannya melencong dari tujuan asal.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tujuan utama PAC ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB bukan untuk menyiasat ahli-ahli jawatankuasa itu.

"Saya tak faham kenapa dalam kenyataan pertama beliau selepas dilantik jadi pengerusi PAC, beliau tumpukan pada kedudukan Tony Pua yang juga ahli PAC.

"Kita minta PAC siasat 1MDB, asal usul siapa yang bertanggungjawab dalam 1MDB. Kenapa nak siasat Tony Pua? PAc bukan utk siasat ahli atau Tony," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat, hari ini.

Semalam, Hasan dilaporkan menyebut bahawa mesyuarat PAC akan datang bakal menentukan nasib Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berhubung kedudukannya dalam jawatankuasa itu.

Tony sebelum ini dilihat lantang mengkritik 1MDB.

Guan Eng berkata, Hasan tidak sepatutnya memulakan tugasnya dengan perkara remeh sedangkan isu besar sudah didepan matanya.

1MDB: Pandikar senyum semalam, berkerut hari ini

PARLIMEN Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia Amin hari ini memerintahkan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) untuk menarik balik dan memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa menghina dirinya.

Kegagalan berbuat demikian, katanya akan menyaksikan Lim berdepan dengan penggantungan daripada Dewan.

"Kenyataan Gelang Patah menghina speaker," kata Pandikar semasa persidangan hari ini.

Beliau merujuk kenyataan Lim yang mendakwa speaker menyalahgunakan kuasa dengan membekukan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selama tiga bulan dalam usaha mensabotaj siasatan 1MDB.

Lim berkata demikian ketika perbahasan mengenai pelantikan ahli parlimen menganggotai jawatankuasa terpilih.

"Sampaikan mesej ini kepadanya. Jika beliau enggan memohon maaf dan menarik balik kenyataannya, maka usul ini akan dibawa terhadapnya.

"Ini telah berlaku kepada Gombak (Azmin Ali), Puchong (Gobind Singh Deo) dan Permatang Pauh (bekas ahli parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Keputusan saya tidak ada kena mengena dengan keadaan politik di negara ini," katanya.

Pandikar juga mengakui bahawa tersenyum semalam Lim ketika pemimpin veteran DAP itu engeluarkan kenyataan berkenaan terhadapnya.

Katanya, kegagalan bertindak ke atas Lim akan memberi gambaran bahawa speaker hanya berani bertindakan ke atas ahli parlimen baru tetapi melepaskan ahli parlimen veteran.

K’jaan akan jawab soalan ‘derma’ RM2.6 bilion di Parlimen

PARLIMEN Kerajaan akan menjawab soalan berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan soalan berkaitannya semasa sidang Parlimen kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Minsiter Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tarikh sebenar untuk tujuan itu akan ditentukan kemudian.

Dalam jawapab bertulisnya, beliau juga berkata kerajaan juga akan menjawab soalan berhubung dakwaan kehilangan bayaran AS$993,000,000 daripada 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

"Pertanyaan ini akan dijawab serentak bersama dengan pertanyaan lain yang mempunyai maksud yang sama pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian dalam persidangan kali ini juga," kata Azalina.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang dikemukakan kepada Najib, berhubung bagaimana sumbangan RM2.6 bilion itu dibelanjakan dan berapa baki yang tinggal.

Lim juga mahu tahu siapa penderma berkenaan dan sama ada Najib membayar cukai dan membuat deklarasi rasmi berhubung sumbangan itu.

Soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengenai ‘derma’ dan kehilangan bayaran AS$1 bilion kepada IPIC juga menerima jawapan yang sama.

Mahkamah tolak permohonan Gerakan cabar hudud Kelantan

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak usul yang difailkan oleh Gerakan untuk mencabar undang-undang syariah berhubung hudud di Kelantan, yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Mac lalu.

Parti komponen BN itu memohon kebenaran untuk mengemukakan empat soalan perlembagaan kepada mahkamah tertinggi, yang juga berfungsi sebagai mahkamah perlembagaan.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zaharah Ibrahim menolak permohonan itu atas alasan bahawa ketiga-tiga pemohon gagal untuk mendedahkan bagaimana undang-undang itu memberi kesan kepada mereka dan membuktikan sama ada mereka memang adalah Islam.

"Oleh itu, usul itu ditolak dengan tiada perintah tentang kos," katanya.

Anggota Gerakan Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie memfailkan usul berkenaan pada 8 Mei tahun ini memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan (Pindaan 2015).

Ketiga-tiga mereka diwakili oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, Harpal Singh dan Andy Yong manakala peguam kanan Sulaiman Abdullah mewakili kerajaan negeri Kelantan.

Hentikan serangan jika bukan ancaman - Amanah Kedah


Hentikan serangan jika bukan ancaman
Phahrolrazi (kiri) mengadakan pertemuan dengan Speaker Dun Kedah, 
Datuk Md Rozai Safian (kanan) di Wisma Darul Aman.
ALOR SETAR - Pas tidak perlu takut dengan perkembangan positif Parti Amanah Negara (Amanah) jika beranggapan ia bukan saingan dan ancaman kepadanya.

Timbalan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, sesiapa sahaja bebas menyertai Amanah berdasarkan amalan sistem demokrasi di negara ini.

“Mungkin sudah banyak kali diramalkan bahawa parti baharu tidak akan berpanjangan dan tidak menjadi ancaman kepada mereka (Pas).

“Saya fikir kalau ini bukan ancaman, maka Pas tidak perlu bimbang dengan perkembangan Amanah kerana saya melihat serangan yang dibuat agak teruk dengan pelbagai label,” katanya kepada media, hari ini.

Menurutnya, jika Pas mengakui Amanah bukan saingan mereka, maka biarlah parti Islam baharu itu berkembang tanpa sebarang gangguan.

HADI jual nama QARDHAWI dengan bercakap atas kepentingan peribadi dan parti beliau

FATWA PENGHARAMAN MENUBUHKAN PARTI BARU


Saya membaca tulisan seorang ustaz 'haraki', dia meriwayatkan daripada TG Abd Hadi Awang bahawa al-Qaradhawi menfatwakan penubuhan parti Islam baru adalah haram.

Maaflah, saya tak percaya dengan dakwaan seperti itu. Ini kerana 'fatwa' itu sangat bertentangan dengan manhaj yg dipegang oleh al-Qaradhawi.

Sesiapa yg membaca al-Sohwah, karangan beliau, akan dapati beliau cukup terbuka dengan kepelbagaian gerakan Islam. Bahkan al-Sohwah ditulis untuk mengurus perbezaan antara gerakan Islam.

Bahkan dalam Fiqh Daulah, beliau menganggap kepelbagaian parti politik seperti kepelbagaian mazhab dalam fiqh.

Fatwa yg begitu keras, ini juga sangat bertentangan dengan semangat wasatiyyah yg dipromosikan oleh beliau setiap hari. Dalam "al-Halal wa al-Haram fi al-Islam", beliau mensyarahkan tentang asas ibadah dan mu'malat. Pengharaman sesuatu perkara al-Mu'amalat mesti punya dalil yg 'soreh' (jelas) dan 'soheh', sebarang usaha mengharamkan yg halal tanpa dalil yg 'soreh' dan 'soheh' adalah sebahagian daripada syirik, menurut al-Qaradhawi.

Kedah cadang warta Hutan Paya Bakau Sungai Merbok

 Mukhriz Mahathir
SUNGAI PETANI - Kedah bercadang mewartakan Hutan Paya Bakau Sungai Merbok berkeluasan 3,000 hektar sebagai Rizab Biosfera Unesco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan itu kepada Unesco pada Januari 2016 apabila penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) menyelesaikan kajian itu.

"Kita buat keputusan untuk mengawal pembangunan yang berlaku di kawasan ini kerana kita nak mencari satu titik keseimbangan antara pembangunan dengan kerja melestarikan alam semula jadi kita.

"Ini tidak bertujuan mengacau periuk nasi masyarakat di sini, sebaliknya kami sedang mencari cara yang menggunakan alam semula jadi, tetapi pada masa yang sama menjana pendapatan lebih lumayan masyarakat di sini melalui aktiviti perikanan seperti sangkar ikan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Hutan paya bakau tersebut, kata Mukhriz, unik dengan 42 spesies paya bakau daripada 60 spesies di dunia terdapat di situ, satu daripadanya ialah Pokok Mata Buaya yang hanya terdapat di empat kawasan paya bakau di seluruh dunia.

Phahrolrazi serah notis tukar parti kepada Speaker DUN Kedah

Phahrolrazi serah notis tukar parti
ALOR SETAR - Adun Pangkalan Kundur, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi mengadakan kunjungan rasmi ke pejabat Speaker Dun bagi memaklumkan pertukaran keahlian parti disertainya.

Notis makluman penghijrahan ke Parti Amanah Negara (Amanah)itu diserahkan sendiri kepada Speaker, Datuk Md Rozai Safian di Wisma Darul Aman, di sini.

Phahrolrazi berkata, surat bertarikh 7 Oktober itu ditandatangani Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir.

“Surat ini diserahkan kepada Speker Dun Kedah supaya dapat mempertimbangkan kedudukan saya dalam Dun sebelum Mesyuarat Bajet Kedah 2016 berlangsung bulan hadapan,” katanya kepada media hari ini.

Menurutnya, perpindahan itu mungkin menyebabkan kedudukannya dalam Dun yang selama ini bersama Pas akan berubah bersama kumpulan Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR dan DAP.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...